• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tugasan ekonomi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "Tugasan ekonomi"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Sistem Ekonomi Malaysia

Pada Dasarnya Malaysia mengamalkan Sistem Ekonomi Campuran. Ini dibuktikan dengan pelbagai sistem ekonomi yang dijalankan. pihak swasta mahu pun pihak kerajaan berganding bahu membangunkan ekonomi Malaysia ini.

Pada Amnya sistem ekonomi ini terbahagi kepada 4 bahagian iaitu sistem ekonomi sosialis, sistem ekonomi kapitalis, sistem ekonomi komunisme,sistem ekonomi campuran

Sistem Ekonomi Kapitalis

Merupakan sistem ekonomi dan sosial yang cenderung kepada pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa ganguan kerajaan dan bermatlamatkan keuntungan. takrif individu disini tidak semestinya merujuk kepada orang perseorangan tetapi juga termasuk organisasi atau pun sekumpulan individu. sistem ekonomi kapitalis digerakan oleh kuasa pasaran dalam menentukan pengeluaran, kos penetapan harga barangan dan perkhidmatan, pelaburan dan pendapatan . pengkrtik sistem kapitalis ini mewujudkan jurang perbezaaan yang ketara antara kekayaan dengan miskin. sistem yang bertentangan dengan ideologi ini adalah komunisme dan sosialisme. kapitalisme berasal dari perkataan inggeris capital: yang bermaksud modal. istilah kapitalis mula diperkenalkan pada abab ke 19 oleh karl marx, pengasas komunisme untuk menerangakan ekonomi moden bukan komunis

amalan ekonomi kapitalis mengukuhkan di england diantara abad ke 16 dan ke 19 masehi. walaubagaimana pun telah wujud ciri-ciri kapitalis sejak dulu lagi terutamnya dikalangan saudagar zaman pertengahan, kapitalis menjadi dominan dibarat semenjak berakhirnya era Feudalisme. dari england kapitalis merebak keseluruh eropah dan pada abab ke 19 dan 20 ia menjadi sistem ekonomi dunia yang menyumbang besar didalam dunia perindustrian

Ekonomi Sosialisme

Adalah satu sistem perekonomian yang memberikan kebebasan yang cukup besar kepada setiap orang untuk melakukan kegiatan ekonomi tetapi dengan campurtangan pemerintah. pemerintah masuk kedalam sistem ekonomi untuk mengatur tata kehidupan perekonomian negara serta jenis jenis perekonomian negara serta jenis perekonomian yang menguasai hajat hidup orang banyak dikuasai oleh negara negara seperti air , electrik telekomunikasi, gas dan lain lain

Ekonomi Komunisme

Komunisme adalah satu sistem perekonomian dimana peranan pemerintah sebagai pengatur seluruh sumber kegiatan ekonomi. setiap orang tidak berhak memiliki kekayaan peribadi sehinggalah nasib mereka ditentukan oleh pemerintah dengan tujuan pemerataan dan persamaan ekonomi . namaum tujuan sistem ekonomi komunisme ni belum lagi menunjukan sebarang kejayaan ketahap yang lebih maju, banyak negara telah meninggal amalan ekonomi ini.

Ekonomi Campuran

Ekonomi Campuran adalah sistem ekonomi yang mengabungkan lebih dari satu aspek sistem ekonomi lazimnya ekonomi campuran mengandungi unsur unsur ekonomi kapitalis dan

(2)

Tiada satu definasi untuk ekonomi campuran , tetapi aspek paling penting adalah darjah kebebasan ekonomi persendirian ( termasuk permilihan industri secara persendirian )

bercampur aduk dengan ekonomi terancang ( termasuk campur tangan untuk kebajikan sosial , pemuliharaan alam sekitar atau pemilikan asset atau sumber pengeluran oleh negara.

dari segi praktik nya banyak negara sebagai contohnya Amerika mengamalkan system ekonomi campuran ini,. Untuk mencapai status negara maju sesebuah negara mesti menjalan kesemua jenis ekonomi ini atau pun 2 atau 3 jenis ekonomi . contohnya Malaysia pada asalan penubuhan Felda dan Fecra adalah mengamalkan sistem ekonomi Komunisma . dimana tanah dan rumah adalah hak milik kerajaan sepenuhnya, keadaan ekonomi ini bertukar dari satu kaedah kesatu kaedah ekonomi dari ekonomi komunisme bertukar kepada sosiolisme dan bertukar kepada kapitalis , yang mana pada masa sekarang tanah dan rumah di felda telah menjadi hak milik penoroka. Kejayaan Felda untuk menaik taraf kan ekonomi peneroka telah membuka luas negara-negara luar dengan sistem ekonomi campuran yang telah diamal kan di malaysia.antara sysytem ekonomi campuran yang telah diamalkan di Malaysia adalah :

1) ekonomi Komunisme ---->2)ekonomi Sosialis ---->3)ekonomi kapitalis--->4) ekonomi islam Untuk menjadi sebuah negara maju , kebanyakkan negara mengamalkan dasar ekonomi campuran, terutamnya didalam pelbagian teknologi yang makin berkembang pesat. Ciri-ciri ekonomi campuran

1) Kegiatan ditentukan oleh pihak kerajaan dan swasta

Kerajaan - mengeluarkan barangan yang gagal disediakan oleh makanisma harga - meningkatkan taraf kebajikan rakyat.

Swasta - barang yang dikehendaki oleh masyarakat memaksimumkan keuntungan. 2)Pilihan

pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan

individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluran yang mereka miliki

kerajaan membuat pengawalan dipasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barangan yang memberi manafaat kepada pengguna

3)Kegiatan Ekonomi Yang Terkawal

Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang, supaya kegiatan ekonomi, tidak menghasilkan kesan luaran negatif

4)Keputusan Ekonomi

-semua keputusan ekonomi di tentukan oleh kerajaan dan makanisma harga, kerana sumber ekonomi dimilki oleh pihak kerajaan dan swasta

-keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebakjikan masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan keuntugan.

-Firma bebas bersaing tetapi dikawal oleh phak kerajaan

- Frima bebas menentukan jumlah barangan yang akan dikeluarkan, kaedah pengeluaran dan sasaran bagi barangan yang hendak dikeluarkan.

(3)

- Kerajaan mengeluarkan barangan yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta. - idividu, pihak swasta dan pihak kerajaan bersama membuat keputusan Kebaikan ekonomi campuran

1) Kegiatan ekonomi yang stabil

2)Agihan pendapatan yang lebih setara 3)Menyediakan barangan awam

Kelemahan Ekonomi Campuran

1)Karenah Birokrasi kerajaan yang menghalang perkembangan sektor swasta 2) Kesukaran menetukan dasar yang sesuai

3) Pembaziran sumber akibat daripada kerugian perusahaan awam Sistem ekonomi campuran di Malaysia

1) Peraturan dan undang-undang

2)Pengawalan harga barangan dan perkhidmatan 3)Sistem Percukaian

4)Subsidi

(4)

Sistem Pungutan hasil Negara

Sesebuah negara perlu mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri. Kepentingan sistem pungutan hasil untuk negara bukan sekadar untuk membiayai keperluan perbelanjaan negara tetapi juga untuk mencapai matlamat pengendalian ekonomi negara. Sistem pungutan hasil boleh diguna untuk mempengaruhi

peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi. Pada akhirnya ia juga boleh

mempengaruhi kestabilan ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu menghala kepada ekonomi mampan.

Dalam usaha kerajaan mengubal dasar berkaitan sistem punggutan hasil negara, semangat keadilan ekonomi dan kemantapan muafakat dikalangan rakyat perlu menjadi prinsip-prinsip asas utama. Tanpa prinsip-prinsip tersebut mempengaruhi sistem punggutan hasil negara keutuhan dan keharmonian masyarakat akan

tercabar. Semangat tersebut adalah inti kepada kekukuhan dan kecapaian kemajuan ekonomi negara secara berterusan kerana agenda ekonomi berkait rapat dengan keunggulan keadaan sesebuah masyarakat.

Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galian dan sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-sumber tersebut menyumbang secara besar-besaran kepada keperluan negara maka jumlah cukai yang perlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga

berkemungkinan cukai dikecualikan secara mutlak. Suasana tersebut berbeza dari sesebuah negara dengan yang lain. Dalam sebuah negara Islam, Kerajaan berhak memungut hasil melalui kaedah zakat (wajib), cukai dan pinjaman.

i. Zakat

Zakat adalah rukun dan wajib dipunggut di kalangan masyarakat Islam oleh kerajaan. Ia boleh dikenakan terhadap berikut:

(a) Harta modal - ternakan, komoditi untuk perdagangan, jentera, kilang, tanah sewa, bangunan sewa, saham dan sebagainya.

(b) Pendapatan semasa - keluaran hasil bumi, hasil pertanian, hasil laut dan sebagainya.

(c) Tabungan semasa dan yang lepas - emas, perak, wang dan perhiasan barang kemas wanita dan sebagainya.

Zakat adalah satu kaedah yang dinamik. Ia adalah untuk menyelesaikan persoalan ekonomi golongan daif dan sekaligus mampu mengarah kepada kecapaian

(5)

Ia juga akan mengembangkan jumlah kepenggunaan negara apabila selesainya masalah pengangguran golongan daif dengan melibatkan mereka dalam usaha ekonomi. Kemampuan kuasa membeli akan dapat diwujudkan apabila gologan tersebut dapat melibatkan diri dalam usaha ekonomi melalui tabung zakat. Tujuan besar zakat ialah untuk mengubah golongan penerima zakat semoga pada akhirnya menjadi pembayar zakat.

Oleh kerana bentuk pengurusan ekonomi negara semasa jauh berbeza dengan zaman Rasulullah s.a.w. di mana rata-rata negara Islam bukan lagi bergantung kepada ekonomi pertanian, tetapi bergantung kepada ekonomi perindustrian, ruang untuk berijtihad dalam bidang berikut, seperti asas zakat yang dapat dikenakan, nisab zakat, dan cara yang berkesan terhadap pembiayaan tabung zakat, perlu difikirkan secara berterusan.

Di peringkat negara, institusi zakat perlu dapat berperanan dalam mengendalikan dasar fiskal ke arah pencapaian kestabilan ekonomi dan seterusnya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pandangan yang maju ini perlu ada kepada ulama, pemikir dan pemerintah negara.

ii. Percukaian

Cukai adalah salah satu di antara alat untuk memungut hasil kepada negara. Ia mungkin dalam bentuk cukai korporat, cukai pendapatan, cukai jualan, cukai import dan eksport; dan sebagainya.

Kerajaan Islam mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini

diasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. dengan maksud:

"Di dalam harta seseorang terdapat tanggungjawab selebih daripada pembayaran zakat"

Mengikut Marghinani jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum.

Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa negara boleh menaik atau menurun kadar cukai mengikut kemampuan rakyat. Khalifah-khalifah ulung Islam seperti Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali bin Abi Talib dan Umar ibn ‘Abd al-Aziz, telah dilaporkan memberi tekanan bahawa cukai-cukai yang dikenakan oleh negara hendaklah berasaskan semangat yang menjurus kepada keadilan dan memupuk masyarakat penyayang semoga kadar cukai tidak membebankan rakyat dan tidak diluar kemampuan rakyat membayar.

(6)

sudah pasti sumber cukai kepada sesebuah negara perlu digubal menepati peranan penglibatan sektor swasta dalam ekonomi sesebuah negara. Justeru itu, falsafah sistem percukaian hendaklah menepati semangat mempertahan hak dan

kebebasan individu dan disertai dengan usaha memupuk perasaan dan peranan tanggungjawab ke atas golongan masyarakat yang berada.

Sistem cukai yang digubal oleh sesebuah negara dengan itu jangan sekali-kali bermatlamat untuk membebankan sektor swasta. Disamping sebagai sumber pendapatan hasil negara, sistem cukai hendaklah bermatlamat untuk

mempengaruhi sektor swasta ke arah mereka mengambil tindakan positif kepada keharmonian dan seterusnya pembangunan ekonomi negara.

iii. Pinjaman

Kerajaan turut dibenarkan membuat pinjaman melalui sumber dalaman atau dari luar negara untuk membiayai program negara. Negara meminjam bukan sekadar untuk memenuhi keperluan pembiayaannnya tetapi juga untuk mencapai matlamat-matlamat ekonomi seperti menstabil kedudukan ekonomi, mengagih pendapatan dan sebagainya. Sekaligus juga negara perlu memperhitungkan dari dasar

pinjamannya semoga kebebasan individu turut tidak terjejas. Di samping

mengambil kira kesemua prinsip-prinsip tersebut dasar pinjaman negara perlu juga membuat perhitungan tentang beban hutang yang terpaksa dipikul oleh

masyarakat masa hadapan. Beban hutang negara adalah jaminan negara meliputi beban membayar pada masa hadapan.

Dari perbincangan di atas kita dapati bahawa sesebuah negara mempunyai pilihan selain daripada sumber zakat, untuk mengubal dasar semoga keperluan hasil negara dapat dipungut seperti dasar percukaian dan dasar pinjaman.

Sistem Percukaian dan Pembangunan Negara

Dalam menghadapi kemelut ekonomi semasa, kita perlu terus waras dalam mengambil tindakan. Ini termasuk dalam menggubal Dasar Percukaian Negara, khususnya dalam Bajet 2011.

Sesebuah negara perlu mempunyai sistem pungutan hasilnya yang tersendiri. Sistem pungutan hasil boleh diguna untuk mempengaruhi peruntukan sumber dalam negara. Ia juga dapat mempengaruhi arah aliran peruntukan penggunaan sumber ekonomi.

Pada akhirnya ia juga boleh mempengaruhi kestabilan ekonomi. Matlamat-matlamat ekonomi ini penting dalam pengurusan ekonomi sesebuah negara semoga ekonomi negara sentiasa berada dalam keadaan baik dan mampu menghala kepada ekonomi mampan.

(7)

menjadi prinsip-prinsip asas utama. Semangat tersebut adalah inti kepada kekukuhan dan kecapaian kemajuan ekonomi negara secara berterusan kerana agenda ekonomi berkait rapat dengan keunggulan keadaan sesebuah masyarakat.

Sesebuah negara pada lazimnya mempunyai kekayaannya yang mampu menghasil pendapatan seperti tanah, hutan, bahan galian dan sebagainya. Jika pendapatan dari sumber-sumber tersebut menyumbang secara besar-besaran kepada keperluan negara maka jumlah cukai yang perlu dipunggut mungkin kecil dan ia juga

berkemungkinan cukai dikecualikan secara mutlak.

Cukai adalah salah satu di antara mekanisme untuk memungut hasil kepada negara. Ia mungkin dalam bentuk cukai korporat, cukai pendapatan, cukai jualan, cukai import dan eksport; dan sebagainya.

Kerajaan mengikut Islam mempunyai hak untuk mengadakan dasar percukaian dalam memungut hasil kepada negara, asalkan dasar tersebut digubal menepati prinsip yang adil dan tidak membebankan individu rakyat (sektor swasta). Hak ini diasaskan kepada hadis Nabi s.a.w. dengan maksud:

"Di dalam harta seseorang terdapat tanggungjawab selebih daripada pembayaran zakat"

Mengikut Marghinani jika sumber pendapatan negara tidak mencukupi, negara perlu memungut cukai daripada rakyat untuk membiayai kepentingan umum. Begitu juga pandangan Imam Abu Yusuf yang menjelaskan bahawa negara boleh menaik atau menurun kadar cukai mengikut kemampuan rakyat.

Khalifah-khalifah ulung Islam seperti Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Ali bin Abi Talib dan Umar ibn ‘Abd al-Aziz, telah dilaporkan memberi tekanan bahawa cukai-cukai yang dikenakan oleh negara hendaklah berasaskan semangat yang menjurus kepada keadilan dan memupuk masyarakat penyayang semoga kadar cukai tidak membebankan rakyat dan tidak diluar kemampuan rakyat membayar.

Sistem percukaian mengikut Islam dengan itu perlu kepada satu pengkajian yang teliti dan rapi menepati prinsip-prinsip di atas. Falsafah sistem percukaian

hendaklah menepati semangat mempertahan hak dan kebebasan individu dan disertai dengan usaha memupuk perasaan dan peranan tanggungjawab ke atas golongan masyarakat yang berada.

Sistem cukai yang digubal oleh sesebuah negara dengan itu jangan sekali-kali bermatlamat untuk membebankan sektor swasta.

(8)

Dalam konteks mengubal dasar cukai oleh sesebuah negara, Ibn Khaldun (1332-1406M) memberi satu pendekatan yang sangat menarik. Pendekatan yang beliau kemukakan bukan sahaja mampu memenuhi semangat keadilan tetapi sekali gus mampu memerangsangkan semangat berusaha dikalangan pengusaha (pembayar cukai) yang seterusnya memungkinkan keadaan ekonomi turut berkembang dan mampan.

Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti berikut:

"Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang

perseorangan dan taksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat."

Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat penganalisaan berikut:

"Kemudian, jumlah taksiran cukai dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu menyukarkan mereka.

Taksiran itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak melakukan budaya mengusahakan akan menjadi lenyap,

Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, sebab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.

Sekiranya seseorang itu memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti keusahawanan ialah dengan mengurangkan

sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan."

Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian negara, kita dapat mempelajari beberapa panduan dalam mengubal dasar percukaian semasa untuk sesebuah negara seperti berikut:

(9)

(ii) Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras yang rendah.

(iii) Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal.

Akibat dari gelagat pemerintah yang mewah, kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan meningkat. Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran.

Referensi

Garis besar

Dokumen terkait

Tentunya untuk mengembangkan buku ajar berbasis proyek, buku ajar harus sesuai dengan karakteristik pembelajaran berbasis proyek, Berikut adalah karakteristik

Jurnal merupakan jurnal internasional yang diperoleh melalui ebscohost dan google scholar dengan kata kunci bullying in schools dan school violence.. Hasilnya, keenam jurnal

Perlawanan dengan kekerasan dan nonkekerasan yang diperlihatkan oleh PKL Sampangan dan Basudewo dapat dipahami, karena mereka dalam memperjuangkan keinginan dan

Penggemukan sapi potong menjadi target dari Dinas Peternakan Kabupaten Kupang untuk diintrodusir kepada para peternak di NTT karena sapi-sapi yang akan dijual keluar

Data ini dikeluarkan oleh AGB Nielsen Media Research pada tahun 2010 yang merupakan masa satu sesudah pemilu atau bisa dikategorikan sebagai masih berdekatan

Strategi yang digunakan oleh Qutaibah bin Muslim dalam penaklukan ke wilayah Transoxiana yaitu penaklukan dilakukan pada musim semi dan jika musim dingin datang, Qutaibah dan

Pesatnya pertumbuhan Android karena Android adalah platform yang sangatlah lengkap baik dari segi sistem operasinya, aplikasi dan tools pengembangannya, market yang menyimpan

A particular parent revealed that jobs required English much, especially for those who work with the international-based company.Moreover, there are three kinds