• Tidak ada hasil yang ditemukan

Perencanaan Kota Pasca Bencana Gempa Bumi Dan Tsunami

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2016

Membagikan "Perencanaan Kota Pasca Bencana Gempa Bumi Dan Tsunami"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

PERENCANAAN KOTA PASCA BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI

Abdul Ghani Salleh

1

PERENCANAAN KOTA PASCA BENCANA

GEMPA BUMI DAN TSUNAMI

Abdul Ghani Salleh

Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, Malaysia

Abstrak. Isu dan masalah akibat daripada kesan Bencana Tsunami di Banda Aceh dikenalpasti dan Banda Aceh perlu dibangun semula dengan seberapa segera untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh penduduknya. Beberapa strategi pembangunan berasaskan kelebihan dan potensi yang dimilikinya dikenalpasti untuk meningkatkan semula pembangunan ekonomi Banda Aceh. Prinsip perencanaan berteraskan hubungan dengan Tuhan, alam sekitar dan insan untuk mencapai pembangunan seimbang dicadangkan. Prinsip ini perlu diintegrasikan dengan unsur-unsur pembangunan berkelanjutan supaya keperluan generasi akan datang tidak diketepikan.

Katakunci: Bencana Tsunami, Pembangunan Seimbang, Pembangunan Berkelanjutan

1. Pendahuluan

Bencana alam tidak selalu berlaku tetapi sekiranya ia berlaku kesannya adalah luar dari jangkaan kita. Tidak pernah kita merencanakan untuk memulihkan pembangunan semula sesebuah kota ssebelum berlakunya bencana itu. Perencanaan itu hanya dilakukan setelah penelitian dan penilaian akibat daripada bencana dilakukan.

Bencana Tsunami yang berlaku di Banda Aceh pada 26 Disember 2004 adalah luar daripada jangkaan kita. Kita hanya dapat menilai sejauh mana kesan kemusnahan itu selepas bencana itu berlaku. Apa kah yang kita dapat rumuskan hasil daripada penelitian kita tentang kesan Bencana Tsunami itu? Saya kira banyak pengajaran yang kita dapati daripada bencana itu. Seluruh kawasan yang dilanda oleh Bencana Tsunami itu musnah melainkan bangunan masjid, pokok-pokok dan penduduk yang selamat.Adakah Bencana Tsunami ini merupakan amaran Tuhan kepada kita kerana ketidakpatuhan kita kepada

perintahNya terhadap pembangunan yang sedang kita dilaksanakan? Sekiranya itulah kesilapan kita, maka kita seharusnya sentiasa mengambilkira perintah Tuhan, menjaga alam sekitar dan perhubungan sesama insan dalam pembangunan kota.

SEBELUM

SELEPAS

(2)

Jurnal Arsitektur “ATRIUM” vol. 02 no. 01, April 2005 : 1-4

2

MASJID

MASJID MASJID

ALAMSEKITAR ALAMSEKITAR

MANUSIA

KERJASAMA

(3)

PERENCANAAN KOTA PASCA BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI

Abdul Ghani Salleh

3

2. Isu Dan Masalah

Akibat daripada Bencana Tsunami itu ramai penduduk kehilangan saudara mara, pekerjaan dan harta benda. Banyak infrastruktur dan kemudahan umum musnah. Sejauh mana kemusnahan itu berlaku perlu dinilai dan direncanakan semula untuk memulihkan kehidupan harian penduduk dan pembanguan ekonomi kota. Oleh itu, isu-isu dan masalah yang perlu diberi perhatian dalam pembangunan semula Banda Aceh adalah perumahan, pekerjaan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, infrastruktur dan kemudahan umum.

3. Pembangunan Semula Banda Aceh

Pembangunan semula kota dan desa di Banda Aceh perlu mengambilkira keperluan penduduknya berasaskan prinsip pembangunan yang telah dijelaskan di atas. Ia perlu direncanakan dengan seberapa segera memandangakan ramai mangsa bencana itu perlu memulakan hidup mereka secepat mungkin. Strategi pembangunan Banda Aceh perlu dibentuk melalui Analisis Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan Ancaman (SWOT). Secara ringkasnya analisis ini dilakukan denga mengenalpastikan faktor-faktor yang berkaitan seperti berikut:

Kekuatan Banda Aceh: ƒ Hasil Sumber Asli ƒ Sumber Manusia ƒ Pusat Ilmu

Kelemahan Banda Aceh:

ƒ Kemusnahan Akibat Bencana ƒ Kekurangan Parasarana

ƒ Kekurangan Kemampuan Manajemen Kota

ƒ Ketidaksetabilan Politik

Peluang Banda Aceh:

ƒ Kerjasama Serantau IMTGT dan Lain-Lain ƒ Kerjasama dengan Pemerintah Pusat ƒ Pemasaran Sumber Asli dan Pendidikan

Ancaman Banda Aceh: ƒ Bencana Alam

ƒ Persaingan dengan Wilayah dan Negara lain

Berdasarakan analisis di atas, strategi pembangunan Banda Aceh yang dikenalpasti adala seperti berikut:

ƒ Meningkatkan Pembangunan Ekonomi

ƒ Meningkatkan Pembangunan Berasaskan Ilmu

ƒ Meningkatkan Hubungan Pemerintah Pusat dan Provinsi & Kota dan Desa

ƒ Meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R & D) untuk bersaing

ƒ Pembangunan Berasaskan Partisipasi Masyarakat

ƒ Pembangunan Tanpa Menjejaskan Sistem Ekologi Alam

4. Prinsip Perencanaan

Pembangunan semula Banda Aceh perlu berdasarkan kepada 3 prinsip perencanaan untuk menjamin pembangunan seimbang seperti berikut:

ƒ Hubungan Manusia dengan Allah ƒ Hubungan Manusia dengan Manusia ƒ Hubungan Manusia dengan Alamsekitar

Selaras dengan itu, Pembangunan Pasca Bencana Tsunami Banda Aceh adalah seperti berikut:

- Pembangunan Sosial dan Rohani - Pembangunan Ekonomi

- Pembangunan Parasarana & Perkhidmatan

Konsep pembangunan Banda Aceh perlu dibentuk mengikut konsep pembangunan kejiranan dan pembangunan kota seperti dalam Rajah1 dan 2 dengan memberi keutamaan kepada pembangunan berasaskan ilmu ( k-development).

Rajah 1.Konsep Pembangunan Kejiranan

(4)

Jurnal Arsitektur “ATRIUM” vol. 02 no. 01, April 2005 : 1-4

4

Rajah 2.Konsep Pembangunan Kota

Konsep pembangunan ini perlu diimplementasi mengikut prinsip-prinsip pembangunan berkelanjutan yang melibatkan setiap genap lapisan masyarakat. Di antara beberapa unsur pembangunan berkelanjutan adalah seperti berikut:

Lengkap – Segregasi aktivitas perlu dikurangkan. Pembangunan masyarakat lebih seimbang dari segi pekerjaan, pekerjaan, perumahan, perniagaan dan lain-lain.

Padat – Kota Padat (Compact city) tidak terlalu bergantung kepada mobil, lebih murah untuk menyediakan parasarana dan kurang tekanan keatas kawasan alamsekitar yang sensatif.

Konservasi – Pertumbuhan kota perlu dihadkan sekitar kawasan alamsekitar yang sensatif dan mengekalkan fungsi ekologi habitat.

Selesa – Ruang umum (public spaces) yang selesa kepada pejalan kaki perlu disediakan untuk manfaat semua.

Koordinasi – Koordinasi aktivitas perencanaan dan manajemen akan menjamin pembangunan guna lahan dan parasarana yang efisyen.

Usahasama – Penduduk perlu terlibat dalam keputusan yang mempengaruhi hidup mereka.

5. Kesimpulan

Isu dan masalah akibat daripada kesan Bencana Tsunami di Banda Aceh telah dikenalpasti dan Banda Aceh perlu dibangun semula dengan seberapa segera untuk mengatasi masalah yang sedang dihadapi oleh penduduknya. Untuk meningkatkan semula pembangunan ekonomi Banda Aceh, strategi pembangunannya perlu dibentuk berasaskan kelebihan dan potensi yang dimilikinya. Untuk mencapai pembangunan seimbang, prinsip perencanaan berteraskan hubungan dengan Tuhan, alam sekitar dan insan perlu digunakan. Prinsip ini perlu diintegrasikan dengan unsur-unsur pembangunan berkelanjutan supaya keperluan generasi akan datang tidak diketepikan.

Referensi

Dokumen terkait

Faktor lingkungan dan prilaku yang berhubungan dengan kejadian malaria di Kecamatan Panyabungan adalah perilaku tidak menggunakan kelambu pada malam hari, tidak

Sebagian besar perempuan di Wilayah Kota Semarang berisiko mengalami IMS berdasarkan ditemukannya karakteristik sebagian besar perempuan mengalami tanda dan gejala IMS

Abstrak.Pseudomonas aeruginosa merupakan patogen utama bagi manusia yang disebut patogen oportunistik, bakteri ini menjadi problema serius pada pasien rumah sakit yang

Pembelajaran mikro dilaksanakan sebagai salah satu mata kuliah wajib yang harus ditempuh pada semester VI untuk memberi bekal awal pelaksanaan PPL. Kegiatan ini

Bidang dan Kegiatan Usaha Perdagangan batubara dan pertambangan batubara melalui Anak Perusahaan pemegang 12 (dua belas) Izin Usaha Pertambangan pada Wilayah IUP di Provinsi

Hasil penelitian ini program seleksi tenaga kerja, training kerja dan penghargaan terhadap kinerja karyawan ini didukung peneliti sebelumnya yang sama-sama

 Kawasan industri generasi ketiga diharapkan mampu menjawab berbagai kekurangan dari konsep kawasan industri sebelumnya, sehingga diperoleh pembangunan daya saing industri

Adapun fungsi pada A = {bilangan asli} yang didefinisikan dengan f(x) = 2x adalah fungsi satu-satu, sebab kelipatan dua dari setiap dua bilangan yang