• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

1

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM

MANUAL PEREKODAN

INSTRUMEN PENTAKSIRAN PRASEKOLAH KEBANGSAAN

Manual ini mengandungi panduan untuk merekod Instrumen Pentaksiran Prasekolah Kebangsaan (IPPK) untuk murid.

Pentaksiran Prasekolah

Pentaksiran prasekolah ialah satu proses yang sistematik untuk mengumpul maklumat

tentang perkembangan murid. Guru hendaklah melaksanakan pentaksiran

perkembangan murid untuk melihat sejauh mana murid prasekolah dapat mencapai Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Pentaksiran perkembangan murid prasekolah juga dapat membantu guru merancang tindakan susulan yang dapat diambil terhadap murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. Proses dalam pentaksiran melibatkan aktiviti mengumpul, menganalisis dan menginterpretasi maklumat yang diperoleh.

Pentaksiran dilaksanakan dengan berdasarkan Standard Prestasi (SPr) yang disediakan. SPr ialah satu set kriteria yang menunjukkan tahap-tahap penguasaan murid sebagai petunjuk bahawa sesuatu perkara itu telah dikuasai. SPr dibina berdasarkan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

Panduan Umum Pelaksanaan Pentaksiran

1. Pentaksiran dilaksanakan melalui pemerhatian semasa proses pengajaran dan

pembelajaran.

2. Pemerhatian ialah pengamatan terhadap perlakuan murid yang dilakukan secara

bersahaja tanpa murid tahu bahawa dia sedang diperhatikan.

3. Pemerhatian boleh dilakukan terhadap tingkah laku dan interaksi (lisan) murid.

4. Pemerhatian dilakukan secara berterusan sepanjang tahun bermula pada awal tahun.

5. Kaedah dan masa pemerhatian bergantung kepada kebijaksanaan guru dan

kesediaan murid.

6. Pemerhatian yang dilaksanakan tidak semestinya mengikut urutan SPr.

(2)

2

pamerkan. Guru boleh merekod maklumat pemerhatian menggunakan senarai semak, rekod anekdot, rekod berterusan dan dokumen lain yang sesuai.

8. Maklumat yang direkod (termasuk hasil kerja murid) perlu ditafsir dan dianalisis untuk membolehkan guru membuat rumusan mengenai perkembangan murid.

9. IPPK merupakan senarai semak yang menyeluruh berdasarkan SPr (konstruk)

yang dibina berasaskan kelompok SK dan SP dalam KSPK.

10. Hasil pemerhatian hendaklah direkodkan dalam IPPK. Perekodan dalam instrumen ini dilaksanakan sebanyak dua ( 2 ) kali. Perekodan kali ketiga dibuat jika ada keperluan (contoh: tahap perkembangan dan penguasaan murid perlahan atau tidak konsisten).

Panduan Umum Merekod dalam IPPK

1. Guru boleh mengisi instrumen ini dengan:

i. Mengenal pasti murid yang ingin diperhatikan. ii. Mengenal pasti SPr yang ingin difokuskan.

iii. Menilai hasil kerja murid semasa atau selepas pengajaran dan pembelajaran.

2. Tiga tahap penguasaan bagi SPr yang digunakan iaitu:

Jadual1 : Tahap Penguasaan bagi Standard Prestasi Prasekolah

Tahap Penguasaan (TP) Kod Kriteria

Belum Menguasai (BM) 1 Tahu beberapa perkara asas (yang minimum)

berkaitan SPr yang ditetapkan tetapi tidak boleh buat (sentiasa memerlukan bimbingan)

Sedang Maju (SM) 2 Tahu dan boleh buat dengan bimbingan

Telah Menguasai (TM) 3 Tahu dan boleh buat sendiri dengan baik dan

secara bertatasusila

Bahagian: Maklumat Murid

1. Lengkapkan ruangan nama NEGERI, PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

(PPD)/PARLIMEN/DAERAH, SEKOLAH/TABIKA/TADIKA, ALAMAT, KOD

SEKOLAH/TABIKA/TADIKA, KELAS, TAHUN dan NAMA GURU.

2. Masukkan nama murid (nama murid akan tertera secara automatik dalam ruangan

(3)

3

3. Masukkan nama GURU BESAR/PENYELIA.

4. Ruangan JUMLAH murid lelaki dan perempuan serta JUMLAH murid 4+ dan 5+ akan tertera secara automatik.

Bahagian: Tahap Penguasaan Murid Mengikut Tunjang

1. Ruangan NAMA MURID, UMUR dan JANTINA akan tertera secara automatik

(sebagaimana Bahagian Maklumat Murid).

2. Komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang akan tertera dalam ruangan paling atas. Contoh: Kemahiran Mendengar, Bertutur, Membaca dan Menulis bagi Tunjang Komunikasi dan sebagainya mengikut Tunjang.

3. Ruangan SPr bagi setiap Tunjang dinyatakan di bawah Komponen

Pengetahuan/Kemahiran/Nilai. Contoh: BM5 ialah SPr bagi Kemahiran membaca dan memahami ayat mudah. (3.6, 3.7 dan 3.9) ialah SP yang terkandung dalam KSPK.

4. Ruangan P1, P2 dan P3 adalah berkaitan penilaian pertama, kedua dan ketiga. Lengkapkan ruangan di bawah P1 dan P3 sahaja bagi perekodan yang dibuat sebanyak dua kali (abaikan ruangan P2). Jika perekodan kali ketiga dibuat (jika berkaitan), lengkapkan ruangan di bawah P1, P2 dan P3. (Ruangan P3 akan menjana maklumat graf bar pada ruangan Pelaporan Keseluruhan).

5. Lengkapkan ruangan TP iaitu tahap penguasaan murid dengan memasukkan kod

sama ada 1 (Belum Menguasai), 2 (Sedang Maju) dan 3 (Telah Menguasai) mengikut tahap murid yang dinilai.

6. Lengkapkan ruangan Tarikh semasa penilaian dibuat.

7. Lengkapkan ruangan Evidens iaitu bukti yang boleh dipamerkan dalam bentuk:

i. Tingkah laku (contoh: mengurus diri, membuat kolaj dalam kumpulan,

bermain dengan rakan, menyusun blok dengan rakan atau bersendirian);

ii. Interaksi (contoh: membaca, menyanyi, bersoal jawab, interaksi dengan bahan, haiwan, tumbuhan dan persekitaran);

iii. Hasil kerja (contoh: lukisan, buku skrap, kraftangan, lembaran kerja dan model); dan

iv. Lain-lain (contoh: maklumat daripada ibu bapa, Pembantu Pengurusan

Murid, guru lain dan sumber lain).

Dicadangkan singkatan berikut digunakan:

Tingkah laku – TL Interaksi – IK

(4)

4

8. Ruangan KESELURUHAN mengandungi rumusan pencapaian murid berdasarkan

TP mengikut semua SPr yang telah dinilai bagi setiap murid. Rumusan ini merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi setiap Tunjang. Rumusan ini akan tertera secara automatik mengikut perekodan TP pada P1 dan P3 (dan P2 jika diisi).

9. Keseluruhan TP ialah rumusan pencapaian murid bagi setiap Tunjang akan

tertera secara automatik.

10. Bilangan dan peratusan murid yang telah ditaksir dan tidak ditaksir akan tertera secara automatik dalam ruangan Jumlah mengikut TP.

Bahagian : Laporan Murid Akhir Tahun

1. Ruangan maklumat sekolah dan guru akan tertera secara automatik.

2. Sila klik ruangan Nama Murid untuk memilih murid yang diingini. Maklumat murid

akan tertera secara automatik iaitu butiran Nama, Nombor Mykid, Jantina, Kelas dan TP serta deskripsi bagi setiapTunjang.

3. Ruangan Komen Guru diisi jika ada maklumat tambahan berkaitan tahap

perkembangan murid yang ingin difokuskan. Jika perlu, lembaran tambahan boleh dikepilkan.

4. Laporan ini boleh dicetak dan ditandatangani oleh Guru

Prasekolah/Tabika/Tadika, Guru Besar/Penyelia dan Ibu Bapa/Penjaga.

5. Bahagian ini adalah untuk pelaporan akhir tahun sahaja.

Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid Mengikut Komponen

1. Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalam ruangan P3 mengikut Tunjang.

2. Graf memaparkan bilangan murid mengikut TP bagi setiap Komponen dalam

Tunjang yang dinilai.

Bahagian : Pelaporan Keseluruhan Perkembangan Murid

1. Graf bar akan tertera secara automatik berdasarkan maklumat yang diisi dalam ruangan P3 mengikut Tunjang (Graf bar hanya akan tertera jika ruangan P3 dilengkapkan).

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil tersebut, hasil penelitian ini memperlihatkan bahwa dengan memberikan teknik token economic memberikan perubahan yang membaik secara signifikan terhadap

Pengujian yang telah dilakukan meliputi pengujian sinyal PWM dan pensakelaran, pengujian arus dan tegangan pada induktor terkopel, pengujian tegangan pada kapasitor dan

Pasal 106 Undang-Undang Nomor 3 Tahun 2014 tentang Perindustrian menyebutkan bahwa kegiatan-kegiatan Industri wajib berada di kawasan Industri, kecuali Industri

Skripsi berjudul: Analisis Gaya Kepemimpinan, Komitmen Organisasi dan Komunikasi Terhadap Semangat Kerja Karyawan (Studi Kasus Pada Dealer Indomobil Nissan Datsun

Remaja adalah suatu masa transisi atau masa peralihan dari masa anak-anak ke masa dewasa, masa remaja merupakan masa dimana sulit untuk menentukan pilihan,

Jumlah kantor di Kota Palembang adalah 385 kantor, jumlah ini paling banyak terletak di wilayah Puskesmas Kampus yaitu sebanyak 45 kantor. Jumlah hotel di Kota

28 L.. Tetapi, ia menekankan, “jika tidak benar bahwa prinsip-prinsip yang digunakan untuk menilai pengalaman seseorang ada di dalam pengalaman itu sendiri,

(Kamus Besar Bahasa Indonesia) Perancangan adalah suatu kegiatan yang memiliki tujuan untuk mendesain sistem baru yang dapat menyelesaikan masalah- masalah yang dihadapi