• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 13 LAPORAN AKHIR PROFESIONALISME GURU edited 30 April-

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2017

Membagikan "BAB 13 LAPORAN AKHIR PROFESIONALISME GURU edited 30 April-"

Copied!
36
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 13 

PROFESIONALISME, KOMPETENSI DAN MEKANISME PEMANTAUAN   KUALITI GURU 

  13.1 Pengenalan 

Bab  ini  membincangkan  pendekatan  yang  difikirkan  terbaik  dan  sesuai  bagi  meningkatkan  tahap  profesionalisme  dan  kompetensi  seseorang  guru  kerana  pengajaran  yang  efektif  berkait  rapat  dengan  cara  gaya,  kemahiran,  komitmen  dan  pendekatan pengajaran guru itu sendiri. William (1996) menyatakan amalan guru di bilik  darjah  adalah  signifikan  dalam  menentukan  kualiti  pengajaran  mereka.  Ini  bermakna  proses menjadikan seseorang guru menjadi lebih kompeten perlu dilakukan dari semasa  ke  semasa  bagi  memastikan  tahap  profesionalisme  dan  kompetensi  guru‐guru  dilaksanakan secara berterusan. Ini bermakna semua guru termasuk guru‐guru baharu,  guru‐guru  kanan  mata  pelajaran,  guru‐guru  cemerlang,  guru‐guru  penolong  kanan  dan  Pengetua/Guru  Besar  perlu  diberi  latihan  secara  berterusan  untuk  menjadikan  mereka  lebih kompeten dan profesional.  

13.2  Objektif 

Objektif bab ini adalah; 

• Untuk  menjelaskan  isu‐isu  utama  berkaitan  profesionalisme,  kompetensi  dan  pemantauan profesionalisme guru. 

• Untuk  memaparkan  dapatan  kajian  yang  berkaitan  dengan  profesionalisme,  kompetensi dan pemantauan profesionalisme guru. 

• Untuk  mencadangkan  dasar  dan  mekanisme  bagi  meningkatkan  tahap  profesionalisme guru di Malaysia.  

(2)

13.3  Isu‐Isu Utama      

   

Isu‐isu utama yang diberi tumpuan dalam perbincangan ini adalah berkaitan Anjakan ke‐ 4 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025, iaitu Mentransformasi  profesion keguruan menjadi profesion pilihan.  

a)  Cabaran  untuk  melengkapkan  diri  dengan  kemahiran  teknologi  maklumat  dan  komunikasi,  menangani  masalah  disiplin  dan  gejala  sosial,  melaksanakan  pengurusan  sekolah yang berkesan, merealisasikan harapan masyarakat yang tinggi dan sebagainya.  Dalam  menangani  cabaran  ini,  para  guru  perlu  mempunyai  semangat  juang  yang  kuat  dan  sentiasa  bersedia  untuk  mengadaptasikan  diri  dengan  perubahan.  Persoalannya,  adakah guru di Malaysia memiliki kesediaan menangani cabaran‐cabaran perubahan itu  sendiri dan bagaimanakah mekanisme pemantauan dilaksanakan bagi memastikan guru‐ guru telah melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan bagi melaksanakan sesuatu  perubahan yang dirancang oleh pihak KPM.  

b)  Penilaian  dan  pemantauan  terhadap  kompetensi  guru  dalam  Pengajaran  dan  Pembelajaran.  Isu  ini  agak  kritikal  bila  merujuk  kepada  Laporan  Jemaah  Nazir  yang  mendapati  sebahagian  guru  di    Malaysia  masih  berada  pada  Tahap  HARAPAN  (52%),  MEMUASKAN  (31%)  yakni  tahap  yang  masih  boleh  diperbaiki  (Jemaah  Nazir  dan  Jaminan  Kualiti  KPM,  2013).  Hanya  12%  berada  pada  taraf  BAIK  dan  CEMERLANG.  Dengan  erti  kata  lain,  masih  terdapat  beberapa  kelemahan  guru  yang  perlu  diperkasakan.  Laporan  tersebut  juga  memaparkan  secara  keseluruhannya,  31%  taraf  Pengajaran  dan  Pembelajaran  adalah  MEMUASKAN  dan  hampir  5%  LEMAH.  Aspek  kelemahan yang telah dikenal pasti adalah berkaitan dengan pembelajaran berpusatkan  murid secara “hands‐on” yang kurang dipraktikkan. Sementara itu laporan tersebut juga  menemukan bahawa pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam  Pengajaran  dan  Pembelajaran  masih  kurang  dilaksanakan  sepenuhnya  di  dalam  bilik  darjah.  Daripada  penilaian  yang  dilakukan  ke  atas  aspek‐aspek  kualiti  Pengajaran  dan  Pembelajaran  Standard  4:  Pembelajaran  dan  Pengajaran,  iaitu  aspek‐aspek  4.1  hingga  4.9  (penglibatan  murid,  penguasaan  pembelajaran  murid,  hasil  kerja  murid,  perancangan  dan  persediaan  guru,  kaedah  penyampaian,  kemahiran  komunikasi,  penggunaan  sumber  pendidikan,  penilaian  dan  teknik  penyoalan),    didapati  sebanyak  30%  masih  berada  pada  skor  MEMUASKAN  dan  ke  bawah,  manakala  teknik  penyoalan  yang digunakan oleh guru di dalam bilik darjah adalah berbentuk soalan aras rendah dan  kurang mencabar pemikiran kreatif dan kritis murid. 

(3)

• Memperkasakan  kepimpinan  instruksional  dalam  kalangan  pemimpin  sekolah di setiap peringkat pengurusan; 

• Perubahan  dari  segi  pendekatan  pengajaran  dan  pembelajaran  ke  arah  berpusatkan  murid  yang  berorientasikan  proses  pembelajaran  dan  proses  berfikir yang bukan berorentasikan peperiksaan; 

• Kemenjadian  murid  seperti  yang  dihasratkan  dalam  Falsafah  Pendidikan  Kebangsaan (FPK) dan aspirasi murid perlu dicapai; dan 

• Melonjakkan  mutu  pendidikan  untuk  mencapai  tanda  aras  bertaraf  antarabangsa. 

 

c)  Matlamat  untuk  mengangkat  dan  memartabatkan  kualiti  pendidikan  bertaraf  dunia  mengikut  acuan  Malaysia  dan  melahirkan  guru  berkualiti  berasaskan  kepada  aspirasi  Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013‐2025 (PPPM).   

 

d)  Pemilihan  calon‐calon  guru  yang  berkualiti  bagi  memastikan  hanya  guru  terbaik  sahaja  yang  dapat  dipasarkan  di  pasaran.  Anjakan  ini  memungkinkan  proses  pengambilan  calon  guru  yang  lebih  berwibawa    di  peringkat  Institut  Pendidikan  Guru  (IPG)  dan  Institut  Pendidikan  Tinggi  Awam/Swasta  (IPTA/  IPTS).  Ini  akan  menjadikan  kerjaya guru sebagai kerjaya pilihan dan rebutan seperti yang berlaku di negara‐negara  maju.  

 

e)  Sistem  pendidikan  di  Malaysia  juga  berhadapan  dengan  masalah  yang  timbul  disebabkan  oleh  pelbagai  tafsiran  dan  pemahaman  yang  melibatkan  penggubal  dasar.  Pelbagai tafsiran dan pemahaman tersebut diandaikan berpunca daripada: 

• Kepelbagaian  tahap  kepimpinan  di  setiap  peringkat  terutamanya  dari  segi  politik dan latar belakang pendidikan; 

• Setiap  kali  berlaku  pertukaran  kepimpinan  sering  berlaku  perubahan  mengenai pendekatan pelaksanaan sesuatu dasar; 

• Penggubalan  dasar  yang  dibuat  mengikut  tekanan  ahli  politik  dan  tidak  bersandarkan  kepada  fakta  empirikal  dan  ilmu  pengetahuan  dalam  bidang  berkaitan; dan 

• Tahap profesionalisme keguruan yang sewajarnya perlu dicapai oleh guru.  f)  Memperkasa  perkhidmatan  perguruan  bagi  mencapai  hasrat  untuk  melahirkan  Pasukan Guru Malaysia yang mempunyai ciri‐ciri berikut:   

• Kekentalan semangat keguruan; 

(4)

• Kemahiran;  • Kepakaran;  • Dedikasi; dan  • Komitmen. 

13.4  Memperkasakan Guru       

Aspek pemerkasaan guru perlu mengambilkira elemen berikut:  

i. Memantap  dan  memperteguh  profesyen  keguruan  dari  aspek  keilmuan,  profesionalisme, kemahiran, kepakaran; 

ii. Mengukuhkan  iltizam  dari  aspek  ketepatan  visi,  kesesuaian  misi  dan  keberkesanan fungsi; 

iii. Menggagahkan  perwatakan  guru  bercirikan  keikhlasan,  kesungguhan,  keberanian, ketegasan; dan 

iv. Meninggikan imej keguruan dari aspek pengiktirafan, kemuliaan peribadi  dan prestij guru. 

Di  samping  itu,  elemen  yang  mendasari  keteguhan  Profesionalisme  Keguruan  adalah  sejauhmana  seseorang  guru  melalui  proses  latihan  ikhtisas  dan  ilmu  serta  kemahiran  yang diperoleh dari institusi latihan guru. Dalam ertikata lain untuk menjadikan kerjaya  perguruan sebagai suatu profesion “ teguh” seseorang guru itu perlu:   

• Telah mengikuti program pengajian tinggi formal;  • Telah dilatih mendapatkan kemahiran tertentu;  • Mengamalkan pengajaran berasaskan beberapa teori;  • Mempraktikkan ilmu secara berterusan; 

• Mengamalkan etika profesyen .  

Profesion  keguruan  seperti  juga  profesion‐profesion  yang  lain  menuntut  ahlinya  untuk  mengamalkan budaya pembelajaran berterusan dari segi:  

• Pertambahan ilmu; 

• Pertambahan pengetahuan;  • Pertambahan kemahiran;  • Pertambahan kepakaran; 

• Penguasaan Perubahan teknologi;  • Penghayatan budaya; 

(5)

Dalam  konteks  pemerkasaan  profesyen  guru,  para  guru  perlu  sentiasa  menginsafi  dan  menghayati kemuliaan profesyen guru itu sendiri. Kemuliaan fungsi profesion keguruan,  termasuklah  mendidik,  melatih,  memimpin,  mengasuh  dan  mengajar  generasi  muda  untuk  menyebarkan  ilmu  dan  kemahiran,  pengekalan  tradisi,  pengwujudan  perubahan  ke arah meningkatkan martabat bangsa dan negara. Selain itu fungsi profesion keguruan  penting untuk: 

• Meniupkan dan meningkatkan semangat patriotik murid;  • Menyedarkan murid tentang aspek berkaitan kenegaraan; 

• Mengasuh  dan  membimbing  murid  memahami  dan  menghayati  kemerdekaan negara; 

• Menyedarkan  murid  tentang  pengorbanan  generasi  terdahulu  dalam  meneroka, membangun dan memajukan negara; 

• Memberikan  kefahaman  tentang  kegemilangan  sejarah  yang  telah  menyumbang kepada pembinaan negara bangsan yang berdaulat.  

13.5  Sekolah Berkesan 

 

Sekolah  berkesan  adalah  aspirasi  yang  perlu  diberikan  penumpuan  sebagai  salah  satu  elemen untuk mengangkat martabat dan harakat pendidikan di Malaysia ke tahap lebih  gemilang. Model Sekolah Berkesan mengetengahkan kreteria berikut;  

i. Kepimpinan profesional; 

ii. Pengkongsian visi dan matlamat;  iii. Persekitaran pembelajaran; 

iv. Penumpuan kepada pembelajaran dan pengajaran;  v. Pengajaran berkesan; 

vi. Harapan yang tinggi;  vii. Peraturan positif;  viii. Kemajuan pemantauan; 

ix. Hak dan tanggungjawab murid;  x. Kerjasama rumah sekolah; dan  xi. Organisasi belajar. 

(6)

i. Pengurusan dan Kepimpinan Organisasi;  ii. Pengurusan Kurikulum; 

iii. Pengurusan KoKurikulum;  iv. Pengurusan Hal‐Ehwal Murid; 

v. Pengurusan Kewangan; 

vi. Pengurusan Pentadbiran Pejabat; 

vii. Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal;  viii. Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia; dan 

ix. Pengurusan Pembangunan Luar. 

Sementara  itu,  para  guru  pula  perlu  mengamalkan  piawaian  yang  standard  dalam  amalan  pengajaran  dan  pembelajaran  .  Standard  Guru  Malaysia  (SGM)  menggariskan  beberapa kriteria yang merangkumi aspek berikut;  

i. Kepimpinan Berkesan; 

ii. Mengutamakan Instruksional;  iii. Berwawasan; 

iv. Menterjemah Dasar; 

v. Merancang dan Melaksanakan;  vi. Komunikasi; 

vii. Menangani Krisis;  viii. Urustadbir yang Cekap; 

ix. Pembangunan ETOS; dan  x. Keberhasilan Akademik. 

13.6   Dapatan Kajian Melalui Seminar dan Analisis Dokumen   

1. Profesionalisme Guru 

(7)

Sebarang  aktiviti  yang  dilaksanakan  bagi  pembangunan  profesional  yang  terdiri daripada semua pengalaman pembelajaran semula jadi yang dilalui,  yang  mencakupi  aktiviti‐aktiviti  yang  terancang  dengan  tujuan  untuk  memberikan  manfaat  secara  langsung  atau  secara  tidak  langsung  kepada  individu,  kumpulan  atau  sekolah,  dan  meningkatkan  kualiti  pendidikan  di  bilik  darjah.  Pembangunan  profesionalisme  merupakan  proses  pembangunan  profesional  guru  untuk  menyemak,    memperbaharui  dan  memantapkan  komitmen  mereka  sebagai  agen  perubahan,  memperoleh  dan  membangunkan  pengetahuan  kritikal,  kemahiran  dan  kecerdasan  emosi bagi memperbaiki amalan di bilik darjah pada setiap fasa pengajaran  mereka (Joyce & Showers, 1980). 

Sebagai  golongan  profesional  adalah  perlu  bagi  guru  sentiasa  peka  kepada  aspek  peningkatan  kualiti  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  di  bilik  darjah.  Beberapa  elemen  dalam meningkatkan kualiti tersebut adalah seperti pada jadual berikut: 

Jadual 13.1: Aspek Peningkatan Kualiti Guru 

BIL.  PENINGKATAN  ASPEK YANG PERLU DITINGKATKAN 

1.  Akademik  Semua  guru  perlu  memiliki  Ijazah  pertama 

(sebagai  guru  siswazah  terlatih),  wajib  meneruskan  pengajian  sampai  ke  peringkat  Sarjana.  Menjelang  2020,  semua  guru  perlu  memiliki  Ijazah  Sarjana.  Mereka  yang  sudah  memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian  sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. 

2.  Pembelajaran  dan 

pengajaran 

Guru‐guru  wajib  mengikuti  kursus‐kursus  latihan  dalam  perkhidmatan  bagi  mengasah  bakat  sebagai  guru  yang  profesional.  HaI  ini  boleh 

dilakukan  melalui  program‐program 

perkembangan  profesionalisme  yang  berterusan  (Continuing  Professional  Development  Programmes). 

3.  Pentadbiran  dan 

Pengurusan 

(8)

4.  Penyuburan Diri  Guru‐guru  perlu  dilatih  untuk  menguasai  kemahiran‐kemahiran  generik  secara  berterusan  agar  personaliti  mereka  dapat  dipupuk  untuk  menjadi individu yang berkebolehan dalam serba  serbi.  Antara  aspek  dalam  kategori  ini,  termasuklah  semangat  patriotisme,  perpaduan,  pengurusan  stress,  kecerdasan  pelbagai  dan  pembangunan personaliti kendiri. 

5.  Keagamaan  dan 

Moral 

Aspek  ini  perlu  dibimbing  supaya  guru‐guru  berakhlak, bernilai dan bermoral. 

Program Pembangunan Profesional Yang Berterusan 

 

Bagi  peningkatan  tahap  profesionaliksme,  guru‐guru  wajib  meningkatkan  tahap  pengetahuan  dan  kemahiran  mereka  melalui  Program  Pembangunan  profesional  dengan mod berikut: 

Jadual 13.2: Mod Program Pembangunan Profesional Guru 

Mentoran   Menghadiri kursus‐kursus 

dan bengkel‐bengkel  

Jaringan Komuniti  Pembelajaran  

Pembelajaran kendiri   Pencerapan di bilik darjah   Pengajaran Berpasukan  

Bimbingan Rakan Sebaya   Penyelidikan Tindakan   Kumpulan‐kumpulan  Penyelesai Masalah  

Menulis dalam jurnal  profesional  

Pasukan Pengurusan  Sekolah  

Permuafakatan  Sekolah‐Universiti  

Jaringan Pakar Mata Pelajaran   Pendidikan Guru secara 

on‐line (dalam talian) 

Latihan Dalaman  

Program Sandaran  Penggiliran Tugas   Konsultansi  

E‐Pembelajaran   Pembelajaran 

Berkumpulan  

Lawatan ke Sekolah  

(9)

Landskap perkembangan profesionalisme guru juga harus dilahat dari perspektif zaman  bagi  mencerminkan  keperluan  terhadap  perubahan  itu  sendiri.  Jadual  berikut  menjelaskan perspektif tersebut;   Jadual 13.3: Konsep‐konsep Tradisional Dan Baharu Tentang Perkembangan Staf  Konsep Tradisional Tentang  Perkembangan Staf  Konsep Baru Tentang Perkembangan Staf  1. Kawalan dari luar 

•Autoriti  pendidikan  di  pusat  merancang  dan  menguruskan  aktiviti‐ aktiviti  yang  menekankan  semata‐ mata tentang polisi 

 

•Staf  tidak  berminat  untuk  melibatkan  diri dan memberikan pendapat 

 

•Aktiviti‐aktiviti  tidak  boleh  memenuhi  keperluan staf 

 

•Aktiviti‐aktiviti  diadakan  di  luar  institusi/sekolah,  peserta  perlu  meninggalkan  tempat  kerja  dan  tugas  institusi/sekolah yang normal terjejas. 

1. Program berasaskan institusi/sekolah 

•Staf  merancang  dan  mengurus  aktiviti‐ aktiviti  dan  kandungan  kursus  direka  bentuk  mengikut  keperluan  staf  setiap  institusi/sekolah 

 

•Staf  bersedia  untuk  terlibat  dan  memberikan sumbangan idea 

 

•Aktiviti  lazimnya  dikendalikan  di  institusi/sekolah  pegawai/guru  tidak  perlu  meninggalkan  tempat  kerja  dan  mereka  boleh  mengamalkan  apa‐apa  yang dimuridi secara serta merta. 

 

2. Pemulihan 

•Aktiviti  disusun  untuk  tujuan  pemulihan  apabila  proses  pendidikan  menjadi salah. 

   

•Hanya  mengambil  berat  tentang  masalah secara umum, tidak tertumpu 

kepada  keperluan  sesebuah 

institusi/sekolah. 

 

2. Perkembangan 

•Aktiviti‐aktiviti  dirancang  untuk  tujuan  perkembangan  dengan  memenuhi  keperluan  institusi/sekolah,  kumpulan  dan individu 

 

(10)

3. Sementara, tidak sistematik  •Aktiviti‐aktiviti adalah hanya  sementara, dirancang dan  dikendalikan oleh pakar‐pakar  daripada luar.   

•Tiada  mempunyai  strategi  jangka  panjang  untuk  pembangunan  dan  tiada pengurusan yang sistematik   

3. Berterusan, sistematik 

• Aktiviti‐aktiviti sudah dimasukkan di dalam  perancangan  tahunan  institusi/sekolah  sepenuhnya  disokong  oleh  pentadbiran  institusi/sekolah 

 

• Mempunyai  strategi  jangka  panjang  dan  pengurusan yang sistematik 

4. Kandungan 

•Terputus‐putus 

•Terlampau  menekankan  ilmu  teknikal  dan perubahan tingkahlaku 

4. Kandungan 

• Berterusan dan komprehensif 

• Perkembangan  teknik,  kesan,  nilai  dan  kepercayaan,  kesemuanya  diberi  pertimbangan 

 

5. Fokus terhadap individu 

 

•Menekankan  pembaikan  individu  dan 

mengabaikan  perkembangan 

kumpulan  dan  institusi/sekolah  secara  keseluruhan. 

 

 

5. Fokus  terhadap  individu,  kumpulan  dan    institusi/sekolah 

• Menekankan  perkembangan  pada  tahap‐ tahap individu, kumpulan dan keseluruhan  institusi/sekolah 

6. Untuk guru‐guru sahaja   

6.  Bukan  sahaja  untuk  guru,  tetapi  juga  untuk pentadbir, staf sokongan dan murid 

7. Penceramah luar sahaja 

•Mereka  tidak  faham  tentang  situasi  institusi/sekolah  dan  menggunakan  contoh‐contoh yang tidak relevan.   

7. Penceramah luar dan dalaman 

• Kandungan  kursus  disesuaikan  dengan  keperluan  peserta  dan  kajian  kes  yang  sebenar  yang  dikongsi  amat  berguna  dalam amalan di tempat kerja. 

8. Peranan staf pasif  8. Peranan staf aktif 

9. Jenis aktiviti yang mudah 

•Hanya kuliah 

9. Pelbagai jenis aktiviti 

(11)

kumpulan  kualiti  mutu  kerja,  penyelidikan  bilik darjah, penilaian, dan lain‐lain lagi. 

 

10. Motivasi 

•Menggalakkan  penglibatan  staf  secara  ganjaran  ekstrinsik,  seperti  kenaikan  pangkat dan pengurangan beban tugas  kerja. 

 

10. Motivasi 

• Penglibatan  staf  adalah  berbentuk  motivasi  kendiri  melalui  ganjaran  secara  intrinsik  sebagai  perkembangan  profesional dan perasaan sepunya. 

 

Merujuk  kepada  konsep‐konsep  baru  perkembangan  staf  dalam  Program  Pendidikan  Guru Yang Bersepadu pada jadual di atas, beberapa fungsi penting perkembangan staf  pada pelbagai tahap dapat dirumuskan seperti berikut: 

Jadual 13.4: Impak Perkembangan Staf  

Elemen Perkembangan Individu Dan Keberkesanannya 

Untuk  menggalakkan  staf  secara  individu  supaya  lebih  bermotivasi  dan  mempunyai  iltizam terhadap tugas mereka; 

Untuk  memberi  sumbangan  kepada  peningkatan  ilmu,  keterampilan  dan  kepakaran  staf; 

Untuk membantu staf secara individu dalam perkembangan kerjaya mereka; 

Untuk membantu ahli‐ahli individu membuat refleksi terhadap tujuan dan objektif dan  polisi institusi/sekolah yang sedia ada; 

Untuk memperkembang potensi setiap ahli staf; 

Untuk menjaga dan membaiki kepuasan peribadi dalam menjalankan tugas harian; dan  Untuk meningkatkan keyakinan individu. 

Elemen Perkembangan Kumpulan Dan Keberkesanannya 

Untuk menggalakkan kerjasama di dalam kumpulan;  Untuk membina semangat berpasukan; 

Untuk memupuk perasaan persaudaraan dan hubungan intim;   Untuk belajar daripada ahli kumpulan yang lain; 

Untuk memahami dan menerima idea‐idea alternatif di dalam kumpulan;   Untuk menyelesaikan konflik kumpulan; 

Untuk memperbaiki komunikasi dalam kalangan ahli kumpulan; dan 

(12)

dalam kumpulan. 

Elemen Perkembangan Institusi/Sekolah Dan Keberkesanannya 

Untuk  memastikan/meningkatkan  kualiti  pembelajaran  dan  pengajaran  di  institusi/sekolah; 

Untuk memperbaiki pengurusan staf; 

Untuk membina budaya institusi/sekolah yang kuat; 

Untuk  memupuk  jalinan  hubungan  kemanusiaan  yang  terbuka  dan  positif  dalam  institusi/sekolah; 

Untuk  memberi  peluang  berkomunikasi  dan  membina  misi  dan  matlamat  institusi/sekolah; 

Untuk  membantu  ahli‐ahli  institusi/sekolah  bagi  tujuan  melaksanakan  perubahan  di  institusi/sekolah atau mengadakan inovasi‐inovasi dalam bidang pendidikan; 

Untuk memenuhi keperluan jangka panjang sekolah; dan 

Untuk  menggalakkan  penyertaan  yang  meluas  dalam  kalangan  ahli‐ahli  di      institusi/sekolah. 

 

13.7  Akreditasi Dan Pelesenan Guru 

 

Seksyen  104  –  114  Akta  Pendidikan  1996  menetapkan  perkara‐perkara  yang  berkaitan  pendaftaran  dan  pelesenan  guru.  Berdasarkan  akta  tersebut,    guru  perlu  mengikuti  kursus ikhtisas bagi melayakkan mereka memperoleh lesen mengajar dari satu peringkat  ke  satu  peringkat  yang  lain.    Bagi  guru‐guru  permulaan  yang  baru  ditempatkan  ke  sekolah,  mereka  wajib  mengikuti  program  induksi  sebelum  memperoleh  lesen  mengajar. Tempoh sah laku bagi satu‐satu sijil pentauliahan ialah selama 5 tahun. Syarat  untuk  mendapat  lesen  mengajar  pada  kali  pertama  dan  seterusnya  perlu  memenuhi  kriteria‐kriteria berikut: 

(a) Boleh mengajar dengan baik (hasil daripada pencerapan di bilik darjah); 

(b) Tahap  keberhasilan  murid  (berdasarkan  kepada  keputusan  ujian  dan  peperiksaan); 

(c) Kualiti portfolio; 

(13)

(e) Mempunyai hubungan yang baik dengan kalangan pentadbir, rakan sejawat,  dan murid. 

Bahagian  III  Seksyen  10  Akta  Pendidikan  1996  memperuntukkan  penubuhan  Majlis  Penasihat  Pendidikan  Kebangsaan  yang  berfungsi  menasihati  Menteri  Pelajaran  berhubung  apa‐apa  perkara  yang  berkaitan  dengan  pendidikan.  Bahagian  IX  PENDAFTARAN  GURU  (Bab  1),  menetapkan  perkara‐perkara  yang  termasuk  dalam  pendaftaran  guru.  Seksyen  103  menetapkan  bahawa  “...tiada  seorang  pun  boleh  mengajar di sesuatu institusi pendidikan melainkan jika dia didaftarkan sebagai guru di  bawah  Akta  Pendidikan  1996”.  Seksyen  104  –  seksyen  113  menetapkan  prosedur  berkaitan pendaftaran guru. Bahagian IX,  Bab 2 Seksyen 114 pula menetapkan perkara‐ perkara  berkaitan  permit  mengajar  guru.  Justeru,  penguatkuasaan  undang‐undang  di  bawah Akta Pendidikan 1996 perlu diperhalusi supaya guru yang mengajar adalah telah  berdaftar mengikut kehendak Akta.  

 

13.8 Kompetensi Guru 

 

Kompetensi  merujuk  kepada  pengetahuan,  kemahiran,  dan  ciri‐ciri  peribadi  atau  “personality  traits”  yang  perlu  bagi  melaksanakan  sesuatu  tugas  atau  tanggungjawab.   Menurut Kamus Dwibahasa Dewan, kompetensi merupakan istilah bahasa Inggeris, iaitu 

competence yang  bermaksud  kelayakan,  kemampuan,  kesanggupan,  dan  kecekapan  untuk melakukan sesuatu tugas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999). 

 

Menurut Daud Ibrahim (2003), kompetensi bermakna “competence, proficiency, skillful  and skill”. Kompetensi ditakrifkan sebagai gabungan aspek pengetahuan, kemahiran dan  ciri‐ciri  peribadi  yang  perlu  dimiliki  serta  diamalkan  bagi  melaksanakan  sesuatu  pekerjaan  atau  jawatan.    Prinsip  asas  dalam  model  kompetensi  menjelaskan  bahawa  prestasi seseorang pegawai perkhidmatan awam akan meningkat sekiranya  mempunyai  semua kompetensi yang diperlukan bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab jawatan  yang disandangnya.   

Sementara  itu,  kompetensi  guru  juga  dikaitkan  dengan  elemen‐elemen   personal, 

(14)

ialah  kurikulum,  pedagogi,  penilaian,  sumbangan  kepada  sekolah  dan  sumbangan  kepada profesion. 

1. Kurikulum.      Guru  hendaklah  mempunyai  pengetahuan  terkini  tentang  isi  kandungan  kursus yang diajar (kepakaran subjek). 

2.  Pedagogi.  Guru  mestilah  tahu  dan  mahit  untuk  mengajar,  menguruskan  kelas menggunakan mod pembelajaran dan kaedah pengajaran yang sesuai,  serta teknologi pengajaran yang sesuai.   

3. Penilaian.  Guru  hendaklah  cekap  dalam  menilai  hasil  kerja  dan  tahap  kemajuan  murid,  menilai  kemajuan  murid,  melaporkan  kemajuan  kepada  murid  dan  ibu  bapa,  menyimpan  rekod  kemajuan  pembelajaran,  serta  menetapkan tahap kemajuan. 

4. Sumbangan  kepada  sekolah.  Setiap  guru  seharusnya  berupaya  memberi  sumbangan  yang  konstruktif  kepada  sekolah  secara  menyeluruh  dan  bersedia  samping  menerima  tanggungjawab.  Di  samping  itu  guru  perlu  mempunyai hubungan yang baik dengan murid, ibu bapa dan komuniti serta  menjaga  reputasi  institusi  pendidikan  yang  menyumbang  kepada  kemajuan  dan kemenjadian murid di sekolahnya.  

5. Sumbangan  profesional.  Setiap  guru  diharapkan  dapat  mengamalkan  profesion  keguruan  dengan  menyertai  kursus  berkaitan  perkembangan  profesional,  aktif  dalam  aktiviti  profesional,  menyumbangkan  idea‐idea  pembangunan  dalam  profesion  keguruan,  kesedian  untuk  berkolaborasi  untuk  menyalurkan  kemahiran  yang  dimilikinya  dan  bersedia  untuk  membantu rakan sejawat secara profesional. Secara amnya seorang guru  profesional  perlu  mempunyai  kompetensi  dalam  aspek  berkaitan   penilaian,  komunikasi,  pembaikan  berterusan,  pemikiran  kritikal,  kepelbagaian,  etika,  perkembangan  insan  dan  pembelajaran,  pengetahuan mengenai subjek, suasana pembelajaran, perancangan dan  peranan guru, dan kemahiran teknologi.      

Prinsip  asas  kompetensi  menjelaskan  bahawa  seseorang  guru  dapat  dipertingkatkan  pengetahuan dan kemahirannya bagi menjalankan   tugas dan  tanggungjawab jawatan  yang  disandangnya  dari  semasa  ke  semasa  sesuai  dengan  keperluan  bagi  membolehkannya  melaksanakan  tugas  dengan  berkesan  dan  memberi  impak  kepada  pencapaian prestasi. Terdapat tiga  komponen kompetensi yang utama iaitu: 

(a)  Pengetahuan: 

(15)

(b)  Kemahiran 

Kebolehan  pegawai  mengguna  dan  memanfaatkan  (ability  to  use  in  practice)  pengetahuan  dan  kemahiran  yang  diperoleh  bagi  melaksanakan  tugas  dengan  cemerlang untuk mencapai objektif organisasi. 

(c)  Ciri‐ciri Peribadi   

Nilai‐nilai peribadi dan perlakuan (personal attributes and behaviours) yang perlu  dihayati dan diamalkan oleh pegawai perkhidmatan awam. 

(16)

Terdapat dua jenis  kompetensi iaitu; 

(a)  Kompetensi umum(Generic Competencies):  

Merupakan  pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri‐ciri  peribadi  serta  tatakelakuan  yang  perlu  dimiliki    oleh  setiap  anggota  dalam  sesuatu  perkhidmatan berkenaan. 

   (b)  Kompetensi Khusus(Functional Competencies) 

Merupakan  pengetahuan,  kemahiran  dan  ciri‐ciri  peribadi  yang  spesifik  bagi  menjalankan  tugas  dan  tanggungjawab  bagi  sesuatu  jawatan  dan  kumpulan jawatan. 

Tahap  kompetensi  guru  boleh  ditingkatkan  melalui  latihan  dalam  perkhidmatan,  peningkatan tahap akademik atau melalui program perkembangan profesionalisme yang  berterusan. Tahap kompetensi guru boleh dianjakkan daripada tahap novis kepada guru  novis berpengalaman, seterusnya kepada kompeten, cekap dan akhirnya kepada tahap  pakar. Jadual 13.6 di bawah ini menggambarkan tahap peningkatan kompetensi guru:   

Jadual 13.6: Tahap Pengingkatan Kompetensi Guru 

Tahap 1: Novis 

• Patuh kepada arahan  

• Mempunyai gambaran cetek terhadap situasi  • Tidak boleh membuat keputusan 

Tahap 2: Novis yang berpengalaman 

• Garis  panduan  untuk  tindakan  berdasarkan  atribut  dan  mempunyai  sedikit pengalaman 

• Persepsi terhadap situasi masih terhad 

• Semua atribut dan aspek digunakan secara berasingan  Tahap 3:  Kompeten 

• Mampu bekerja dengan kumpulan 

• Kini mula melihat tindakan untuk mencapai matlamat jangka panjang  • Mula merancang 

• Prosedur‐prosedur standard dan bersifat rutin  Tahap 4: Cekap 

• Melihat situasi secara holistik  

(17)

Tahap 5: Pakar 

• Tidak lagi bergantung kepada peraturan dan garis panduan  

• Boleh  memahami  situasi  secara  naluri  berdasarkan  penelitian  yang  mendalam 

• Menggunakan  pendekatan  analitikal  dalam  situasi‐situasi  apabila  menemui sebarang masalah timbul 

• Mempunyai visi yang boleh diimplementasikan /dilaksanakan 

 

13.9  Dapatan Kajian Tentang Tahap Kompetensi Guru Di Malaysia  

 

Satu  kajian  mengenai  persepsi  tahap  kecekapan  guru  yang  mengajar  di  sekolah  perlu  dijalankan  untuk  mengenal  pasti  tahap  profesionalisme  perkhidmatan  guru.  Oleh  itu,  satu kajian menggunakan sumber data primer telah dijalankan bagi menentukan tahap  kompetensi  guru  di  Malaysia.  Seramai  2590  orang  guru  telah  terlibat  di  dalam  kaji  selidik  mengenal  pasti  tahap  kompetensi  guru  dan  tanggungan  tugas.    Borang  soal  selidik  telah  dihantar  kepada  guru‐guru  sekolah  di  seluruh  Malaysia.  Analisis  data  mengenai  tahap  kompetensi  guru  di  Malaysia  yang  diperoleh  secara  amnya  adalah  seperti berikut; 

13.9.1   Profil Demografi Responden 

 

  Carta 13.1: Jantina Responden 

21% 

79% 

(18)

Berdasarkan  Carta  13.1  di  atas,  didapati  jumlah  responden    wanita  lebih  ramai  berbanding  dengan  responden  lelaki.    Responden  wanita  mewakili  79.4%,  manakala  responden lelaki sebanyak 20.6%. 

  Carta 13.2: Lokasi Sekolah 

Carta 13.2 menunjukkan taburan responden mengikut lokasi sekolah. Kajian mendapati   majoriti  responden  iaitu  53.2%  daripada  jumlah  keseluruhan  responden  mengajar  di  sekolah luar bandar dan selebihnya mengajar di sekolah bandar. 

 

53% 

47%  Luar Bandar 

(19)

   Carta 13.3: Pengalaman Mengajar 

Sementara itu carta 13.3 menunjukkan kebanyakan responden mempunyai pengalaman  mengajar  yang  lama,  iaitu  24.1%  (melebihi  20  tahun  pengalaman)  berbanding  jumlah  responden mempunyai pengalaman mengajar  20 tahun ke bawah. 

 

21% 

21% 

17%  17% 

24% 

(20)

  Carta 13.4: Agama Dianuti Responden 

Daripada  segi  agama  yang  dianuti,  Carta  13.4  menunjukkan  majoriti  responden  adalah  beragama  Islam,  iaitu  73%  dan  diikuti  oleh  responden  yang  beragama  Buddha,  iaitu  17.2%. Seterusnya, Carta 13.5 menunjukkan sebanyak 72.6% responden terdiri daripada  kaum  Melayu,  diikuti  oleh  kaum  Cina  sebanyak  20.8%,  manakala  Carta  13.6  pula  menunjukkan sebanyak 85% daripada responden telah berkahwin.   

 

 

 

73%  5% 

17% 

5%  0%  0% 

(21)

  Carta 13.5 : Etnik Responden 

 

  Carta 13.6: Status Perkahwinan 

73%  21% 

5%  1% 

0%  0% 

0%  0% 

0% 

Melayu  Cina  India  Iban  Bidayuh  Melanau  Kadazan  Bisaya  Siam 

13% 

85%  1% 0% 1% 

Status Perkahwinan 

Bujang 

Berkahwin 

Janda/Duda 

Ibu/Bapa Tunggal 

(22)

 

  Carta 13.7: Gred Sekolah 

Carta 13.7 menunjukkan gred sekolah bagi tempat responden mengajar. Majoriti adalah  dari  sekolah  Gred  A,  iaitu  76.1%,    diikuti  oleh  Gred  B  sebanyak  23.7%.  Carta  13.8  pula  menunjukkan  sebanyak  52.5%  responden  mengajar  di  sekolah  rendah,  berbanding  47.5% mengajar di sekolah menengah.  

  Carta 13.8: Jenis Sekolah 

76%  24% 

0% 

Gred A 

Gred B 

Gred sekolah kurang murid 

52% 

48%  Sekolah rendah 

(23)

  Carta 13.9: Jenis Sekolah Menengah 

Carta  13.9  menunjukkan  majoriti  guru  yang  mengajar  di  sekolah  menengah,  dalam  kajian ini, adalah mengajar di sekolah menengah kebangsaan.  

 

Carta 13.10: Kelayakan Akademik Responden 

Dari  segi  kelayakan  akademik  pula,  Carta  13.10  menunjukkan  majoriti  responden  mempunyai Ijazah Sarjana Muda (71.5%) dan tahap Diploma 24%).  

86%  3% 

7% 2%  2%  Sekolah Menengah Kebangsaan 

Sekolah Menengah  Kebangsaan (Harian  Perdana) 

Sekolah Menengah  Kebangsaan Agama 

24% 

72% 

4%  0% 

Diploma 

Ijazah Sarjana Muda  Ijazah Sarjana 

(24)

 

Carta 13.11: Kelayakan Ikhtisas 

Dari segi kelayakan ikhtisas pula majoriti responden mempunyai Diploma Pendidikan  (45%), Sijil Perguruan (28% ) dan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan sebanyak 27.0%. 

 

  Carta 13.12: Tempoh Guru Bertugas 

Carta  13.12  di  atas  menunjukkan  tempoh  bertugas  sebagai  guru  terlatih  di  kalangan  responden  adalah  di  antara  1‐5  tahun  sebanyak  22.3%,  berpengalaman  antara    6‐10 

0% 

27% 

45%  28% 

Sarjana Pendidikan  Teknikal 

Ijazah Sarjana Muda  Pendidikan 

Diploma Pendidikan 

Sijil Perguruan 

22% 

20% 

14%  20% 

13% 

6%  4% 

1%  1‐5 tahun 

(25)

tahun  sebanyak  20.3%.  Ini  menjadikan  majoriti  responden  mempunyai  pengalaman  sebagai guru terlatih di antara 1‐10 tahun (42.6%). 

 

Dari segi bilangan murid dalam kelas pula, Carta 13.13 di bawah menunjukkan bahawa  majoriti responden yang mengajar kelas yang mempunyai  bilangan murid antara 31‐40  orang    ialah  52.2%,  dan  diikuti  37.0%  pula  bagi  kelas  yang  mengandungi  jumlah  murid  sebanyak 20‐30 orang. 

 

 

Carta 13.13: Bilangan Murid Dalam Kelas 

 

 

 

 

 

 

 

 

6% 

37%  52% 

5% 

(26)

 

Dari  segi  jumlah  murid  di  sekolah,  Carta  13.14  menunjukkan  bahawa  responden  yang  mengajar di sekolah dengan jumlah murid lebih 1500 orang ialah 12% sahaja, di sekolah  yang jumlah muridnya di antara 1000 – 1500 orang ialah 20%, manakala di sekolah yang  bersaiz  sederhana  (500‐999  orang)  ialah  46%,  dan  di  sekolah  bersaiz  kecil  (kurang  500  orang) ialah 22%. 

  Carta 13.14: Jumlah Murid Di Dekolah 

 

 

 

 

12% 

20% 

46%  22% 

Lebih 1500 orang  1000 – 1500  500‐999 

(27)

 

Carta 13.15: Kursus Yang Dihadiri Guru 

Responden  juga  diminta  untuk  memberikan  persepsi  tentang  kursus‐kursus  yang  perlu  dihadiri  oleh  mereka,  di  samping  menjalankan  tugas  hakiki  sebagai  guru  di  sekolah.  Kebanyakan responden menyatakan bahawa kursus yang dihadiri adalah berkait dengan  mata  pelajaran  yang  diajar  di  sekolah.  Dengan  berdasarkan  Carta  13.15  di  atas,  peratusan  yang  mengatakan  “Ya”  untuk  “Berkait  dengan  mata  pelajaran  yang  diajar”  adalah  69.2%  berbanding  dengan  bidang  kepakaran  (35.2%)  dan  jawatan  yang  disandang (31.8%).  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

69.2 

35.2  31.8 

30.1 

Berkait dengan  matapelajaran diajar 

Berkait dengan bidang  kepakaran 

Berkait dengan jawatan  yang disandang 

(28)

 

Dari  segi  jawatan  yang  disandang  oleh  guru  pula,  Carta  13.16  menunjukkan  bahawa  peratus  responden  yang  memegang  jawatan  sebagai  guru  tingkatan  ialah  28%,  diikuti  oleh  jawatan  sebagai  guru  penasihat  persatuan/kelab/sukan  (19%),  guru  disiplin  (17%)  dan  setiausaha  (11%).  Selebihnya,  guru‐guru  memegang  pelbagai  tugas  seperti  guru  data, guru panitia, bendahari, dan Jawatankuasa PIBG.  

  Carta 13.16: Jawatan Yang Disandang oleh Guru 

 

19% 

2% 

17% 

3%  5%  11% 

28%  5% 

4% 1%  2% 

2% 1% 

Guru jngkatan 

Guru data 

Guru panija 

Bendahari 

Jawatankuasa PIBG 

Sejausaha 

Penasihat persatuan/ kelab/sukan 

Guru kanan mata  pelajaran 

Guru disiplin 

Kaunselor sekolah 

(29)

 

Jadual 13.7: Purata Skor Item Kompetensi Guru 

  N  Min  Mak  Purata  Sisihan 

piawai 

Ilmu Asas Sebagai Guru       

Falsafah dan Tujuan Pendidikan  2492  1  5  3.90    .60 

Matlamat Umum Pendidikan  2490  1  5  3.87  .57 

Psikologi Murid  2490  1  5  3.95  .57 

Hubungan Baik  2492  2  5  4.13  .56 

Tahap Pembelajaran Kognitif  2486  1  5  3.93  .56 

Teknik Pengujian  2484  2  5  3.94  .57 

Kandungan Mata Pelajaran       

Kandungan Ilmu  2493  1  5  4.20  .60 

Susunan Hieraki Konkrit Abstrak  2488  2  5  3.91  .65 

Matlamat dan Objektif Mata  Pelajaran 

2492  2  5  4.13  .57 

Susun Urutan Mata Pelajaran  Setahun 

2489  1  5  4.08  .60 

(30)

Pedagogi       

Kaedah dan Teknik Pengajaran  2494  1  5  3.93  .58 

Kaedah dan Bahan Pengajaran ICT  2492  1  5  3.65  .69 

Kebolehan Murid  2493  1  5  3.93  .57 

Semak dan Taksir Penguasaan  Murid 

2494  2  5  4.01  .57 

Memandu Murid Memahami  2491  2  5  4.09  .57 

Kerja Rumah danTugasan  2491  2  5  4.02  .57 

Nilai‐nilai Budaya Moral  2496  2  5  4.14  .57 

Rancangan Pelajaran  2493  2  5  4.11  .59 

Bahan‐bahan Pengajaran dan  Pembelajaran 

2495  2  5  4.04  .57 

Gubal Soalan Ujian  2492  1  5  4.01  .62 

Pengurusan Bilik Darjah       

Bersedia dan Bermotivasi  2497  2  5  4.03  .59 

Mengurus Aktiviti Pembangunan  Kumpulan Bilik Darjah 

2494  1  5  4.02  .58 

Kawal Tingkah Laku Buruk  2498  1  5  3.99  .64 

Urus Projek Luar  2497  1  5  3.71  .67 

Pengalaman Projek Murid  2496  1  5  3.92  .61 

Berkomunikasi Secara Jelas  2495  1  5  4.06  .59 

Hubung Ilmu Dengan Pengalaman  Hidup 

(31)

Atribut Profesional       

Penuhi Tugas dan Tanggungjawab  2498  2  5  4.09  .58 

Patuh Peraturan dan Etika  2500  2  5  4.24  .59 

Tingkatkan Komitmen  2497  2  5  4.20  .59 

Bacaan dan Aplikasi Konsep  2499  1  5  3.84  .63 

Penyelidikan Skala Kecil  2495  1  5  3.64  .68 

Tulis Kertas Kerja  2493  1  5  3.20  .84 

Kelola Seminar  2495  1  5  3.33  .83 

Aplikasi Ilmu Melalui Seminar  2499  1  5  3.84  .68 

Sokong Pentadbir Sekolah  2495  2  5  4.03  .64 

Capai Sasaran Prestasi  2496  1  5  4.06  .60 

Perbaiki Semangat dan Kerja  Berpasukan 

2491  2  5  3.99  .61 

Pengurusan Masa  2496  2  5  4.05  .57 

Penyelesaian Masalah  2496  2  5  3.94  .59 

Penilaian Kendiri  2494  1  5  4.00  .57 

(32)

Pengurusan dan Pembangunan  Sekolah 

         

Kendali Kokurikulum  2491  1  5  3.97  .64 

Pengurusan Sumber Pengajaran dan  Pembelajaran 

2494  1  5  3.99  .58 

Pengurusan Rekod Murid  2495  1  5  3.98  .65 

Mendisiplinkan Murid  2488  1  5  4.01  .62 

Penglibatan Aktiviti/Polisi Sekolah  2493  1  5  3.96  .61 

Penglibatan Proses Pembuatan  Keputusan 

2494  1  5  3.72  .69 

Menyelia Guru Baru  2483  1  5  3.60  .77 

Pembangunan dan Kebajikan Murid       

Menasihati Murid  2494  1  5  4.10  .63 

Beri Kelas Tutorial Tambahan  2490  1  5  3.92  .68 

Pengelolaan Seminar Motivasi  2491  1  5  3.53  .78 

Pandu Murid Ke Arah Aktiviti  Komuniti 

2490  1  5  3.62  .73 

Pandu Murid Ke Arah Mencari  Informasi 

2493  1  5  3.75  .70 

       

 

Jadual  13.7  menunjukkan  skor  purata  terhadap  item‐item  bagi  tujuh  (7)  komponen  kompetensi guru. 

(33)

saya  untuk  meningkatkan  komitmen  saya  kepada  sekolah  dan  profesion”  yang  memperoleh skor purata sebanyak 4.20. Keadaan ini diikuti oleh item “kompetensi saya  dalam  mengajar  nilai‐nilai  budaya‐moral  dalam  mata  pelajaran  yang  saya  ajar”  yang  memperoleh  skor  purata  sebanyak    4.14.  Daripada  analisis  skor  purata  tertinggi  ini  didapati  bahawa  responden  meletakkan  dua  (2)  item  dalam  komponen  atribut  profesional  sebagai  paling  penting  dalam  menentukan  tahap  kompetensi  guru.  Atribut  profesional juga merupakan persepsi utama responden untuk memartabatkan profesion  keguruan. 

Carta 13.17: Skor Purata Item Kompetensi Guru 

   

 

 

4.24 

4.20 

4.20 

4.14 

4.13  4.13 

4.11  4.10 

4.09 

4.09 

Patuh Peraturan dan Ejka 

Kandungan Ilmu 

Tingkatkan Komitmen 

Nilai‐nilai Budaya Moral 

Hubungan Baik 

Matlamat dan Objekjf  Mata Pelajaran 

Rancangan Pelajaran 

Menasihaj Pelajar 

(34)

 

Carta  13.18    di  bawah  menunjukkan  jumlah  skor  bagi  setiap  komponen  kompetensi  guru.  

  Carta 13.18: Skor Komponen Kompetensi Guru 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

23.73 

20.30 

39.94 

27.81  57.90 

27.24 

18.92 

Ilmu Asas 

Kandungan Mata  Pelajaran 

Pedagogi 

Pengurusan Bilik Darjah 

Atribut Profesional 

(35)

Carta  13.19  pula  menunjukkan  komponen  kompetensi  yang  memperoleh  skor  purata  yang paling tinggi, iaitu kompetensi dari segi kandungan mata pelajaran (4.06), pedagogi  (3.99), pengurusan bilik darjah (3.97), dan ilmu asas (3.95). 

  Carta 13.19: Skor Purata Komponen Kompetensi Guru 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.95 

4.06 

3.99 

3.97  3.86 

3.89 

3.78  lmu Asas 

Kandungan Mata  Pelajaran 

Pedagogi 

Pengurusan Bilik Darjah 

Atribut Profesional 

(36)

Jumlah skor untuk semua komponen kompetensi bagi kesemua responden dibahagikan  kepada tiga (3) tahap, iaitu kompetensi tahap rendah, tahap sederhana dan tahap tinggi.  Keadaan  ini  ditunjukkan  pada  Carta  13.20,  iaitu  sebanyak  34.1%  daripada  responden  memiliki  kompetensi  tahap  tinggi,  31.1%  kompetensi  tahap  sederhana  dan  34.7%  kompetensi tahap rendah. 

  Carta 13.20: Tahap Kompetensi Guru 

 

Seterusnya penjadualan silang tahap kompetensi dan profil guru telah dijalankan untuk  meihat  hubungan    antara  tahap  kompetensi  dan  profil  demografik  responden.  Hanya  hubungan yang penting (signifikan) sahaja ditunjukkan dalam bahagian seterusnya. 

 

34.7 

31.1 

34.1  Tahap kompetensi 

rendah 

Tahap kompetensi  sederhana 

Referensi

Dokumen terkait

Sama halnya dengan siswa-siswa di kelompok B, awalnya siswa-siswa kelompok C (kemampuan kognitif rendah) juga sedikit ragu dalam memahami langkah kerja yang disajikan

Maka dalam penelitian ini dijelaskan bagaimana membuat animasi dengan menggunakan prinsip animasi, yaitu salah satunya adalah metode pose to pose, serta mengimplementasikan

Penguasaan ilmu pengetahuan melalui cara tradisi ini mempunyai berapa ciri seperti: (1) pengetahuan melalui cara tradisi ini mempunyai berapa ciri seperti:

Sistem panas bumi vulkanik adalah sistem panas bumi yang berasosiasi dengan gunungapi api Kuarter yang umumnya terletak pada busur vulkanik Kuarter yang memanjang

bagi penerima pelayanan KB, dan termasuk upaya untuk lebih menyeimbangkan penggunaan kontrasepsi hormonal dan non hormonal. Pokok kegiatan yang lain dari program ini adalah: 1)

Jenis produk yang dihasilkan dalam usaha ini adalah makanan ringan olahan ubi talas yang dibuat menjadi stick dengan berbagai rasa yakni keju, cokelat, original dan balado..

Rasio-rasio tersebut menjadi yang paling memepengaruhi karena beberapa perusahaan yang diteliti selalu memiliki nilai yang negatif di dalam rasio-rasio tersebut, sehingga meskipun

Studi analisis kelayakan dilakukan untuk mengetahui apakah implementasi pada biogas berbahan baku limbah mendong ini layak untuk dijalankan jika dilihat dari aspek pasar, aspek