• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (L)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (L)"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR (L)

1.0 NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Bola Tampar Lelaki Pesta Sukan Kementerian Kewangan Ke-31 Tahun 2005 yang dikelolakan oleh SURUHANJAYA SEKURITI.

2.0 TARIKH DAN TEMPAT PERTANDINGAN

Tarikh : 18 hingga 20 Ogos 2005

Tempat : Pusat Latihan MAYBANK, Bangi

Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Bangi

3.0 PERATURAN PERMAINAN

3.1 Semua perlawanan dalam pertandingan ini mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan. Undang-undang pertandingan adalah seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) dan Persatuan Bolatampar Antarabangsa (FIVB).

3.2 Jika terdapat percanggahan antara undang-undang FIVB dengan peraturan pertandingan ini, maka peraturan pertandingan ini hendaklah diguna pakai.

4.0 PESERTA-PESERTA

Kejohanan ini terbuka kepada semua kakitangan sepenuh masa yang telah berkhidmat dengan jabatan/badan di bawah Kementerian Kewangan tidak kurang daripada tiga bulan

sebelum tarikh Pesta Sukan diadakan.

5.0 PENDAFTARAN PEMAIN

5.1 Pendaftaran pemain hendaklah dibuat melalui borang pendaftaran yang disediakan. 5.2 Tidak lebih daripada 12 orang pemain dibenarkan mendaftar bagi mewakili satu-satu pasukan. Hanya pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh bermain untuk pasukan masing-masing.

5.3 Sekiranya didapati ada antara pemain satu-satu pasukan bukan daripada pegawai/ kakitangan jabatan/agensi pasukan itu, maka pasukan berkenaan akan terkeluar dengan sendirinya daripada menyertai pertandingan.

6.0 CARA PERTANDINGAN

6.1 Pasukan-pasukan yang menyertai pertandingan akan dibahagikan kepada dua kumpulan.

6.2 Semua perlawanan peringkat awal akan dijalankan secara liga dalam kumpulan dan ditentukan berdasarkan permainan tiga set terbaik.

(3)

6.3 Johan dan naib johan setiap kumpulan akan disilang balik (criss-cross) di peringkat separuh akhir. Peringkat separuh akhir, penentuan tempat ketiga/keempat dan pertandingan akhir akan dijalankan secara kalah mati dan ditentukan berdasarkan permainan lima set terbaik.

6.4 Pertandingan tidak diadakan untuk menentukan tempat kelima hingga kelapan. 6.5 Setiap pasukan yang bermain akan terdiri daripada enam orang dengan

dianggotai satu orang pemain Pegawai.

6.6 Semasa permainan dilangsungkan, sebarang pertukaran permain hendaklah mengekalkan komposisi permain seperti pada Para 6.5.

6.7 Permainan akan ditamatkan sekiranya ada pasukan yang telah mencapai set kemenangan 2-0 atau 2-1 pada peringkat awal dan set kemenangan 3-0, 3-1 atau 3-2 pada peringkat separuh akhir, ketiga/keempat dan akhir.

6.8 Bagi perlawanan pusingan awal (round robin) yang mana keputusan ditentukan berdasarkan permainan tiga set terbaik, mata kemenangan bagi set pertama hingga kedua ialah 25 mata, manakala set ketiga atau set penentuan ialah 15 mata. Bagi perlawanan separuh akhir dan akhir pula yang mana kemenangan ditentukan berdasarkan lima set yang terbaik, mata kemenangan ialah 25 mata bagi set pertama hingga yang keempat, manakala set yang kelima atau set penentuan ialah 15 mata.

6.9 Apabila kedua-dua pasukan terikat dikedudukan mata 24 sama bagi set pertama hingga kedua/keempat dan mata 14 sama dalam set penentuan, “deuce” akan diberikan dengan mata kemenangan berdasarkan perbezaan dua mata terbaik. 6.10 Kemenangan percuma (3-0) akan diberikan sekiranya sesuatu pasukan tidak

mencukupi korum pemain dalam satu-satu permainan seperti pada para 6.5. 6.11 Pengurus/ketua pasukan hendaklah mengemukakan senarai nama semua pemain

yang akan mengambil bahagian bagi sepanjang acara ini dijalankan semasa mesyuarat akhir pengurus-pengurus. Pertukaran terakhir pemain selepas penyerahan senarai ini boleh dilakukan satu jam sebelum permainan pertama bermula.

6.12 Pengurus/Ketua Pasukan hendaklah mengemukakan nama pemain yang akan bertanding pada tiap-tiap perlawanan 15 minit sebelum pertandingan dimulakan kepada Ketua Pengadil. Pertukaran pemain selepas penyerahan senarai nama ini tidak akan dilayan.

7.0 TEMPAT DAN MASA

Tarikh, tempat dan masa akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

8.0 WAKTU PERLAWANAN

Semua perlawanan bermula pada masa yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Masa menunggu selama 10 minit diberi selepas masa yang ditetapkan itu. Pasukan yang

(4)

9.0 PENGADILAN

9.1 Pengadil-pengadil yang bertauliah dan berdaftar akan mengadili semua perlawanan. Laporan dan keputusan tiap-tiap perlawanan akan dikemukakan oleh pengadil kepada Jawatankuasa Pertandingan selepas perlawanan. Keputusan pengadil adalah muktamad.

9.2 Penjaga-penjaga garisan hendaklah terdiri daripada pemain-pemain pasukan yang sedang bertanding.

9.3 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu seperti yang telah ditetapkan oleh Majlis Sukan Kementerian Kewangan.

10.0 PASUKAN YANG TIDAK MENGHABISKAN PERLAWANAN

10.1 Dilarang memberi kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Sekiranya didapati ada pasukan yang berbuat demikian, maka secara automatik pasukan tersebut terkeluar daripada menyertai pertandingan ini dan akan didenda sebanyak RM100.00.

10.2 Penangguhan perlawanan hanya dibuat atas keputusan Pengadil dan Jawatankuasa Pertandingan sahaja.

11.0 PERGADUHAN

Pengadil pertandingan berhak memberhentikan perlawanan jika didapati kedua-dua pasukan itu terlibat dalam pergaduhan.

12.0 PENANGGUHAN

12.1 Semua perlawanan hendaklah berjalan sebagaimana yang dijadualkan. Permohonan untuk penangguhan tidak akan dilayan.

12.2 Jawatankuasa Pertandingan Bola Tampar (L) berhak meminda sebarang jadual perlawanan sekiranya perlu.

13.0 KIRAAN MATA

13.1 Pasukan yang menang akan diberi dua mata dan pasukan yang kalah tidak mendapat sebarang mata.

13.2 Sekiranya terdapat lebih daripada dua pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, maka kadar berikut akan digunakan:

C = A / B ( A – Jumlah set menang bagi semua perlawanan ) ( B – Jumlah set kalah bagi semua perlawanan ) ( C – Nisbah set )

13.3 Sekiranya keputusan masih seri, maka kadar berikut akan digunakan: Z = X / Y ( X – Jumlah mata menang bagi semua perlawanan )

( Y – Jumlah mata kalah bagi semua perlawanan ) ( Z – Nisbah mata )

(5)

13.4 Sekiranya selepas kiraan tersebut masih berlaku seri untuk dua pasukan, maka pasukan yang menang dalam perlawanan di antara mereka dikira menang. Sekiranya tiga pasukan berkedudukan seri, maka undian akan dijalankan bagi menentukan pemenang.

14.0 HADIAH

14.1 Hadiah-hadiah akan diberikan kepada johan, naib johan dan tempat ketiga. Sebanyak 13 hadiah disediakan untuk pemain (termasuk untuk Pengurus Pasukan).

15.0 HAK JAWATANKUASA PERTANDINGAN

15.1 Jawatankuasa Pertandingan akan menjalankan undian perlawanan mengikut amalan dan format FIVB masa kini.

15.2 Jawatankuasa Pertandingan ini berhak mengambil/membuat sebarang keputusan jika timbul sesuatu kemusykilan/masalah sepanjang kejohanan ini yang tidak tercatat dalam Peraturan Pertandingan ini dan keputusan yang diambil adalah muktamad.

16.0 AM

16.1 Semua pemain dikehendaki memakai pakaian yang tidak menjolok mata semasa bermain.

16.2 Semasa permainan berlangsung, pemain tidak dibenarkan meninggalkan gelanggang tanpa kebenaran Pengadil.

16.3 Minuman dibenarkan pada bila-bila masa diperlukan tetapi hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pengadil.

16.4 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pemain/pasukan yang mengambil bahagian sepanjang kejohanan ini diadakan.

(6)

KUMPULAN A Jabatan/Agensi

1 Suruhanjaya Sekuriti

2 Lembaga Hasil Dalam Negeri 3 Perbendaharaan Malaysia 4 Bank Negara Malaysia

KUMPULAN B Jabatan/Agensi

1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 2 Kastam Diraja Malaysia

3 Jabatan Penilaian & Perkhidmatan Harta 4 Bank Simpanan Nasional

TARIKH PERLAWANAN KUMPULAN MASA GELANGGANG KEPUTUSAN

18.08.2005 (KHAMIS) A1 B1 A3 B3 A1 B1 A2 B2 A1 B1 A2 B2 JKA JKB lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn lwn A2 B2 A4 B4 A3 B3 A4 B4 A4 B4 A3 B3 NJKB NJKA 8.30 pg 8.30 pg 10.30 pg 10.30 pg 2.30 ptg 2.30 ptg 4.30 ptg 4.30 ptg 8.30 pg 8.30 pg 10.30 pg 10.30 pg 3.30 ptg 3.30 ptg A B A B A B A B A B A B A B 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 1 2 19.08.2005 (JUMAAT) 19.08.2005 (JUMAAT) 20.08.2005 (SABTU)

PERINGKAT SEPARUH AKHIR

PERINGKAT AKHIR TEMPAT KE 3 & 4 AKHIR 8.30 pg 8.30 pg 2 1

JADUAL PERLAWANAN BOLA TAMPAR LELAKI

Tarikh : 18 hingga 20 Ogos 2005 Tempat : Pusat Latihan Maybank, Bangi

Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Bangi

BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16

Referensi

Dokumen terkait