• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERATURAN BOLA SEPAK KARNIVAL SUKAN SEKO

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERATURAN BOLA SEPAK KARNIVAL SUKAN SEKO"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9

SEBELAH

Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli /Pedalaman

1. NAMA PERTANDINGAN

Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah Sepasukan Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli.

2. PENGELOLA

Dianjurkan oleh Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan dan dikelolakan oleh Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

Keseluruhan kawalan dan pengurusan pertandingan adalah di bawah Jawatankuasa Pertandingan yang tertakluk kepada arahan Jawatankuasa Pengelola (Jabatan Pendidikan Negeri yang dipilih / dilantik).

3. PERATURAN UMUM

Pertandingan akan dijalankan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan MSSM.

4. PERATURAN TAMBAHAN

Selain daripada peraturan umum di atas, Jawatankuasa Pengelola adalah berhak meminda / mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli.

5. KELAYAKAN PEMAIN

5.1 Seseorang pemain yang terdiri daripada murid Orang Asli sekolah rendah layak mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

5.2 Dokumen pengesahan kelayakan pemain yang perlu dikemukakan sebelum sesebuah pasukan itu turun bermain seperti berikut

:-5.2.1 Salinan sijil lahir yang disahkan oleh Guru Besar sekolah berkenaan.

5.2.2 Surat pengesahan oleh Guru Besar sebagai murid sekolah berkenaan.

5.2.3 Sebarang pertelingkahan atas hak status mana-mana pemain akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pertandingan yang mana keputusan adalah muktamad.

(2)

6.1 Setiap Jabatan Pendidikan Negeri dikehendaki menghantar satu pasukan dan setiap pasukan hendaklah mengandungi tidak lebih dari 12 orang pemain termasuk pemain simpanan.

6.2 Pendaftaran nama-nama pemain hendaklah dilakukan dengan menggunakan borang yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola, hanya pemain-pemain yang berdaftar sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian.

6.3 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah atau menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan kedua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.

6.4 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum pertandingan.

6.5 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan bagi setiap perlawanan ialah 5 orang. Pasukan yang bermain kurang daripada 5 orang pemain dalam sesuatu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah. Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang akan diberi kemenangan percuma dengan jumlah jaringan 3 - 0.

6.6 Tiga (3) orang pemain gantian dibenarkan untuk ditukarkan pada bila-bila masa sepanjang permainan termasuk masa tambahan. Pemain yang telah diganti dibenarkan bermain semula di dalam perlawanan yang sama. (rolling substitute)

7. CARA PERTANDINGAN

Kejohanan ini adalah di antara pasukan dijalankan satu pusingan dan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Dua pasukan yang mendapat mata yang tertinggi dari setiap kumpulan akan layak bermain di separuh akhir.

8. PERATURAN TENDANGAN PENALTI

8.1 Pengadil akan memilih gol sebagai tempat tendangan penalti akan diambil. Tendangan akan diambil dari tanda penalti yang ditetapkan.

(3)

diambil secara berselang-seli oleh pemain-pemain dari kedua-dua pasukan.

8.3 Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol daripada lawannya akan dikira sebagai pemenang.

8.4 Sekiranya setelah mengambil ketiga-tiga tendangan penalti, kedua-dua pasukan menjaringkan bilangan gol yang sama atau tidak menjaringkan sebarang gol, maka tendangan penalti tambahan hendaklah diteruskan mengikut giliran yang sama sehingga keputusan diperolehi.

8.5 Setiap tendangan akan diambil oleh pemain yang berasingan dan sehingga semua pemain dalam pasukan yang sama boleh mengambil tendangan kali kedua.

8.6 Hanya pemain-pemain yang bermain sehingga tamat masa tambahan, boleh mengambil tempat penjaga gol semasa tendangan penalti diambil.

8.7 Kecuali pemain-pemain yang akan mengambil tendangan penalti serta kedua-dua penjaga gol, semua pemain hendaklah berada ditempat yang ditentukan oleh pengadil.

9. PEMAIN YANG DIBERI AMARAN / BUANG PADANG

9.1 Mana-mana pemain yang menerima dua amaran bertulis (kad kuning) dalam masa perlawanan / kejohanan, adalah dengan sendirinya digantung bermain bagi satu perlawanan selepas perlawanan yang diterima amaran bertulis kedua.

9.2 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang (kad merah) akan digantung dua perlawanan.

9.3 Mana-mana pemain yang diperintah keluar padang kerana mengeluarkan kata-kata atau menunjukkan isyarat-isyarat tidak tertib dengan tidak mengira beliau menerima amaran bertulis sebelum ini atau tidak, akan digantung tiga perlawanan.

(4)

9.5 Mana-mana pengurus atau jurulatih atau pemain yang melakukan kesalahan di luar padang semasa pasukan sedang bermain adalah dianggap melakukan di dalam padang.

10. “ OFFSIDE ” DAN SEPAK PENJURU

Peraturan offside tidak digunapakai dalam kejohanan ini.

11. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

11.1 Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format berikut

:-Menang - 3 mata Seri - 1 mata

Kalah - 0 mata

11.2 Sekiranya setelah semua perlawanan liga selesai, dua pasukan atau lebih

didapati memperolehi jumlah mata sama, maka susunan penentuan berikut akan diambil kira untuk menentukan pemenang

:-a. Kaedah perbezaan gol iaitu pasukan yang mempunyai perbezaan antara jaringan gol masuk dengan jaringan gol

kena akan menduduki tempat yang lebih tinggi.

b. Jika masih sama, maka pasukan yang telah menjaringkan bilangan gol yang paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

c. Jika masih sama, maka pasukan yang mengalahkan lawannya dalam pusingan awal akan dikira sebagai pemenang.

d. Jika keputusan perlawanan awal di antara mereka seri maka Jawatankuasa Pertandingan akan menentukan keputusan dengan tendangan penalti atau cara lain yang difikirkan sesuai bagi menentukan pemenang.

(5)

12. MASA PERTANDINGAN

12.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh 3 hari.

12.2 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa pengelola.

12.3 Setiap perlawanan mempunyai dua separuh masa. Tempoh permainan bagi setiap separuh masa adalah 15 minit dan 3 minit (15-3-15) untuk pertukaran tempat kecuali untuk pusingan separuh akhir dan akhir yang akan dijalankan 20 minit – 5 minit – 20 minit.

12.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

12.5 Pengurus atau ketua pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada pengadil rasmi 15 minit sebelum perlawanan dimulakan.

12.6 Pasukan yang gagal berada hadir di padang permainan pada masa yang dijadualkan akan diberi masa tangguhan selama 15 minit. Jika setelah tamat tempoh masa yang diberikan pasukan tersebut tidak juga hadir maka ia dianggap telah memberi kemenangan percuma dan semua keputusan perlawanan pasukan tersebut sebelumnya akan dibatalkan. Pasukan tersebut juga tidak akan dibenarkan meneruskan baki perlawanan jika ada.

12.7 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberikan kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urusetia Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli akan mengambil tindakan dengan mengenakan denda yang telah ditetapkan dan menarik bantuan kewangan yang diperuntukan dan akan melaporkan kepada Jawatankuasa Induk Karnival Sukan Sekolah Murid Orang Asli agar mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat dan bertanggungjawab.

13. PENANGGUHAN PERLAWANAN

Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang di- tangguhkan oleh pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara berikut adalah diambilkira.

(6)

tersebut tidak boleh diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan cara sistem tendangan penalti tanpa mengambil kira sebarang jaringan yang telah diperoleh oleh kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.

13.2 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak dapat diteruskan lagi maka jaringan gol yang telah diperolehi sehingga perlawanan diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol akan dianggap pemenang. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan penalti.

13.3 Jika perlawanan diberhentikan atas sebab-sebab disiplin (kad merah) dan tinggal 4 orang pemain sahaja di atas padang, kemenang 3 – 0 akan diberi kepada pihak lawan.

14. JERSI

14.1 Setiap pasukan dikehendaki mendaftar sekurang-kurangnya 2 set jersi berlainan warna dan bernombor. Pasukan yang dicatatkan terdahulu di dalam jadual pertandingan akan dikehendaki menukar jersi sekiranya berlaku persamaan warna.

14.2 Penjaga gol hendaklah memakai warna jersi yang berbeza daripada pemain-pemain lain dan juga pengadil.

14.3 Setiap pemain hendaklah menggunakan nombor jersi yang sama sepanjang kejohanan ini.

14.4 Semua ketua pasukan hendaklah memakai lilitan lengan yang nyata di lengan kiri jersinya. Sekiranya Ketua Pasukan digantikan, maka lilitan lengan tersebut hendaklah diserahkan kepada pemain yang mengambil alih sebagai Ketua Pasukan.

15. PERALATAN PERTANDINGAN

15.1 Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan bola jenis yang diiktiraf oleh FAM/FIFA

16. PENGADILAN

16.1 Setiap negeri dikehendaki membawa seorang pengadil yang bertauliah.

(7)

17.1 Sebarang bantahan boleh dibuat oleh Pengurus Pasukan sahaja dan hendaklah dibuat secara bertulis kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Teknikal Pertandingan dalam tempoh 30 minit setelah tamat perlawanan. Surat bantahan tersebut hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan berserta dengan wang cagaran sebanyak RM200.00 tunai. Wang cagaran ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tersebut gagal atau ditolak.

17.2 Sebarang keputusan yang dibuat dari keputusan Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib adalah muktamad.

18. JAWATANKUASA BANTAHAN & TATATERTIB

Pengerusi : Pengerusi Jawatankuasa Pengelola /Wakil

Ahli : Pengelola Pertandingan/Wakil Pengerusi Jawatankuasa Teknik & Pertandingan/Wakil

Pengerusi Jawatankuasa Pengadil/Wakil

19. HADIAH

Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur iaitu Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga.

20. HAK JAWATANKUASA PENGANJUR

Jawatankuasa Penganjur adalah berhak untuk meminda/menambah peraturan-peraturan yang difikirkan perlu. Sebarang keputusan adalah muktamad.

21. PERINTAH AM

Sepanjang kejohanan diadakan pegawai dan para peserta adalah tertakluk kepada Perintah Am Kerajaan yang berkuatkuasa dari masa ke semasa. Jawatankuasa pengelola atau Urusetia Kejohanan akan memanjangkan laporan kepada Ketua Jabatan/Perkhidmatan yang berkenaan sekiranya terdapat pegawai atau peserta yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib serta peraturan-peraturan pertandingan yang berkenaan.

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga dapat disimpulkan bahwa pemberian Royal Jelly selain dapat sebagai sumber energi yang meningkatkan kekuatan otot, juga dapat mencegah terjadinya

17 SKK-MIGAS-01-025 Mempekerjakan Kembali Tenaga Kerja Indonesia di Atas Usia Pensiun 18 SKK-MIGAS-01-026 Melakukan Evaluasi Kinerja Pengelolaan SDM dari SKK Migas 19

Bahwa benar dengan demikian, Terdakwa telah meninggalkan Kesatuan Yonif 751/BS tanpa ijin Danyonif 751/BS atau atasan lain yang berwenang, sejak tanggal 13 Juli 2012

Dan berdasarkan hasil serangkaian penelitian tersebut, didapatkan briket kokas lokal yang dipandang mampu secara laboratoris digunakan di industri pengecoran logam,

Pengaruh Kepemimpinan Kepala Sekolah dan Sistem Informasi Manajemen terhadap Formulas i Rencana Stratejik ………... Populasi Penelitian SMP Swasta Se-Kota Bandung

Metode pengumpulan data merupakan metode cakap dengan teknik dasar berupa teknik pancing, dan teknik lanjutan berupa cakap semuka yang didukung oleh teknik catat

24 Muhammad Imarah, al-A’mal alKamilah, h.. Dalam usahanya memperbaiki kurikulum pendidikan di al-Azhar, Muhammad ‘Abduh menekankan pentingnya pendidikan akhlak yang

Berdasarkan hasil analisis menggunakan diagram kartesius bahwa variabel Assurance dan Tangible berada pada kuadran Amenunjukkan faktor atau atribut yang