• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERSATUAN BOLA TAMPAR AMATOR KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR AMATEUR VOLLEYBALL ASSOCIATION

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "PERSATUAN BOLA TAMPAR AMATOR KUALA LUMPUR KUALA LUMPUR AMATEUR VOLLEYBALL ASSOCIATION"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

PERSATUAN BOLA TAMPAR AMATOR KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR AMATEUR VOLLEYBALL ASSOCIATION

吉 吉

吉 隆隆隆 隆 坡坡坡 坡 業業業 業 餘餘餘 餘 排排排 排 球球球 球 總總總 總 會會會 會

(0209/98)

KEJOHANAN BOLA TAMPAR KUALA LUMPUR

2014

13-16 September 2014

KOMPLEKS SUKAN INSPEN BANGI

Organized by Co-organized by Sponsor & Official Ball

Address: 11th Floor, Menara Zurich, 12 Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel. no : 603-2146 8707 Fax No : 603-2143 2875 e-Mail: klvolleyball@gmail.com Website: www.klava.org.my or www.klvolleyball.org

(2)

1. NAMA KEJOHANAN

Nama kejohanan ini adalah Kejohanan Bola Tampar Kuala Lumpur 2014 2. PENGANJUR

Kejohanan ini akan dianjurkan oleh Persatuan Bola Tampar Amator Kuala Lumpur (KLAVA) dan kerjasama City Rangers Volleyball Club (CRVC).

3. PENDAFTARAN & PERTANYAAN

3.1 Tarikh akhir untuk pengesahan penyertaan adalah 5hb September 2014

3.2 Untuk semua pertanyaan mengenai kejohanan dan pendaftaran serta borang pertandingan sila hubungi:

En. Ricky Chow Kit Leong PPW

Setiausaha Kehormat

Kuala Lumpur Amateur Volleyball Association (KLAVA)

11th Floor, Menara Zurich,12, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Tel: 03-2146 8707 Fax: 03-2143 2875 H/P: 012-220 7887 Email: klvolleyball@gmail.com Homepage: www.klava.org.my

kl.open@yahoo.com.my atau

Name Telefon

En. Hon Kim Nien 012-302 1221 Cik. Nur Haizreen 017-279 0759 Cik. Jocelyn Teoh 012-987 0228 En. Soo Yoke Foong 012-298 2499

4. TARIKH & TEMPAT

Kejohanan ini akan diadakan pada 13-16 September 2014 bertempat di Kompleks Sukan INSPEN Bangi.

5. PENYERTAAN

5.1 Kejohanan ini terbuka kepada semua pasukan bola tampar yang ingin menyertai kejohanan ini mengikut kelayakan di para 8.

5.2 Keutamaan akan di beri kepada ahli persatuan (KLAVA).

5.3 Kejohanan ini akan di pertandingkan oleh 32 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita.

5.4 Jika jumlah pasukan yang ingin mengambil bahagian melebehi jumlah di atas pasukan akan di pilih atas dasar “first come first served” mengikut tarikh pembayaran yuran penyertaan dan borang E-02.

6. YURAN PENYERTAAN

6.1 Yuran penyertaan : RM300.00 (Lelaki & Wanita).

6.2 Yuran penyertaan hendaklah dibayar ke:

PERSATUAN BOLA TAMPAR AMATOR KUALA LUMPUR (KLAVA) No Akaun : 19400030169 (Hong Leong Bank)

6.3 Yuran penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya pasukan tersebut menarik diri atas apa jua alasan.

7. Mesyuarat Pengurus Pasukan dan Cabutan Undi

Mesyuarat Pengurus Pasukan dan cabutan undi untuk memastikan kumpulan akan di adakan pada 5hb September 2014, 20:00, bertempat di Pejabat KLAVA, Pusat Komuniti Sri Petaling Lot 35206, Jalan 1/149D, Bandar Baru Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur, Malaysia

(3)

8. KELAYAKAN PEMAIN 8.1 Kategori Lelaki:

8.1.1 Semua pemain MESTILAH warganegara Malaysia kecuali pasukan dari sekolah-sekolah antarabangsa yang di jemput khas oleh persatuan.

8.1.2 Kelayakan pemain adalah mengikut ketetapan yang di senaraikan di Lampiran A

8.1.3 Pasukan-pasukan yang tidak mematuhi peraturan-peraturan di atas pada bila- bila masa, akan dibatalkan penyertaan mereka oleh Jawatankuasa Penganjur.

8.2 Kategori Perempuan: Terbuka.

9. KOMPOSISI PASUKAN

9.1 Satu pasukan boleh terdiri daripada TIDAK MELEBIHI 15 ahli (1 Pengurus Pasukan, 1 Jurulatih, 1 Pelatih/Pengiring dan 12 pemain).

9.2 Semua pasukan mestilah mendaftarkan sekurang-kurangnya 9 orang pemain. Pasukan yang menyenaraikan kurang dari 9 orang tidak akan di terima.

9.3 Senarai muktamad/akhir 12 pemain (dengan menggunakan Borang KLAVA-02bis) mesti diserahkan kepada penganjur sebelum/semasa Mesyuarat Teknikal/Mesyuarat Pengurus.

9.4 Kad Pengenalan atau passport pemain mesti diserahkan kepada Jawatankuasa Pertandingan pada perlawanan pertama setiap pasukan untuk pengesahan.

10. SISTEM PERTANDINGAN

10.1 Pengagihan Pasukan untuk Pusingan Awal

10.1.1 32 pasukan akan dibahagikan kepada 8 kumpulan,terdiri daripada 4 pasukan, melalui cabutan undi untuk pertandingan Lelaki.

10.1.2 8 pasukan akan dibahagikan kepada 2 kumpulan,terdiri daripada 4 pasukan, melalui cabutan undi untuk pertandingan Wanita.

10.2 Susunan dan Jadual Perlawanan

10.2.1.1 Perlawanan Pusingan Awal berdasarkan kepada sistem “Round Robin” dalam kumpulan masing-masing.

10.2.1.2 2 pasukan yang berkedudukan teratas akan mara ke Pusingan Suku Akhir.

10.2.1.3 Perlawanan Pusingan Suku Akhir akan ditentukan melalui cabutan undi.

10.2.1.4 Pasukan-pasukan yang telah bertemu di peringkat Pusingan Awal tidak akan bertemu di Pusingan Suku Akhir.

10.3 Sistem Ranking/Kedudukan Pasukan

Kategori Lelaki:

Mata yang diberi pada setiap perlawanan:

Perlawanan yang menang : 2 mata Perlawanan yang kalah : 1 mata Pembatalan teknikal : 0 mata Sekiranya Berlaku Kes Seri

Nisbah Mata (M)

M = Jumlah mata menang (semua perlawanan) Jumlah mata kalah (semua perlawanan)

Nisbah Set (S)

S = Jumlah set menang (semua perlawanan) Jumlah set kalah (semua perlawanan)

(4)

Kategori Wanita:

Mata yang diberi pada setiap perlawanan:

• Perlawanan yang menang 3 – 0 atau 3 – 1 : 3 mata

• Perlawanan yang kalah 3 – 0 atau 3 – 1 : 0 mata

• Perlawanan yang menang 3 – 2 : 2 mata

• Perlawanan yang kalah 3 – 2 : 1 mata

• Pembatalan teknikal : 0 mata

Sekiranya berlaku kes seri, nisbah mata akan diambil kira. Jika nisbah mata seri, nisbah set akan diambil kira.

10.4 Sistem Mata

10.4.1 Untuk kategori lelaki, semua perlawanan pusingan AWAL, SUKU AKHIR, SEPARUH AKHIR & TEMPAT KE-3/KE-4 akan dimainkan secara ‘Best of 3 sets’. Perlawanan Akhir akan dimainkan secara “Best of 5 sets”.

10.4.2 Untuk kategori wanita, semua perlawanan akan dimainkan secara ‘Best of 5 sets’.

* Jawatankuasa pengelola berhak menentukan system yang bersesuaian sebelum mesyuarat pengurus pasukan. Sistem yang digunapakai akan diumumkan semasa mesyuarat pengurus pasukan.

11. PERATURAN RASMI KEJOHANAN

11.1 Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Rasmi Bola Tampar FIVB 2013- 2016 yang terkini, dan peraturan kejohanan.

11.2 Semua interpretasi berkenaan dengan Peraturan Permainan yang perlu, akan dibuat pada Mesyuarat Teknikal/Mesyuarat Pengurus.

11.3 Pihak Penganjur mempunyai hak muktamad untuk membuat keputusan atas perkara- perkara yang tidak termaktub dalam 11.1 di atas.

11.4 Tarikh akhir untuk pertambahan dan penukaran pemain adalah semasa mesyuarat pengurus pasukan. Sebaran permintaan penukaran selepas tarikh ini tidak akan di layan atas apa-apa sebab.

12. Pakaian Permainan

12.1 Semua pemain mestilah memakai jersi bernombor yang jelas di depan dan belakang jersi mengikut penetapan FIVB

12.2 Hanya nombor-nombor 1 hingga 18 di benarkan 12.3 Jersi Libero mestila berlainan warna dari pemain lain 13. RAYUAN/BANTAHAN

13.1 Semua rayuan/bantahan hendaklah dibuat secara lisan oleh kapten permainan kepada Pengadil Pertama perlawanan.

13.2 Selepas Borang Skor telah disemak dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkaitan tanpa sebarang bantahan, maka tiada bantahan pasukan selanjutnya dari aspek teknikal akan diterima.

13.3 Rayuan/bantahan mesti ditulis dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Inggeris disertai dengan wang cagaran sebanyak RM500 dan diserahkan kepada Pengarah Pertandingan dalam masa 1 jam.

13.4 Wang cagaran akan dipulangkan sekiranya bantahan itu diterima.

13.5 Jawatankuasa Rayuan terdiri daripada Pengarah Teknikal Kejohanan, Pengurus Pengadil, Ketua Pengadil dan 2 Pengurus Pasukan yang tidak mempunyai kepentingan/kelebihan dengan pasukan yang terlibat dalam bantahan tersebut.

13.6 Keputusan Jawatankuasa Rayuan adalah muktamad.

(5)

14. HADIAH

• Pemenang-pemenang akan dianugerahkan:

Kategori LELAKI

Johan : Wang Tunai RM2000 + Baucer bernilai RM2000 + Pingat Naib Johan : Wang Tunai RM1000 + Baucer bernilai RM1000 + Pingat Ketiga : Wang Tunai RM500 + Baucer bernilai RM500 + Pingat Keempat : Wang Tunai RM300 + Baucer bernilai RM300 + Pingat Kategori WANITA

Johan : Wang Tunai RM1500 + Baucer bernilai RM2000 + Pingat Naib Johan : Wang Tunai RM800 + Baucer bernilai R1000 + Pingat Ketiga : Wang Tunai RM400 + Baucer bernilai RM500 + Pingat Keempat : Wang Tunai RM200 + Baucer bernilai RM300 + Pingat

(6)

LAMPIRAN A

1) Kelayakan Pemain [Eligibility of players]

a) Seorang pemain hanya boleh mewakili satu pasukan sahaja. Begitu juga dengan pegawai pasukan (jurulatih, penolong jurulatih). Mana-mana pihak dari pasukan bertanding yang melanggar syarat ini akan disingkirkan dari pertandingan.

b) Sesuatu pasukan terdiri daripada 12 pemain, 1 jurulatih, 1 penolong jurulatih dan 1 pengurus pasukan.

c) Kategori Pemain

• Pemain untuk pertandingan ini akan di bahagiakan kepada 3 kategori iaitu “A”, “B”

dan “C”.

[Players participating in the tournament shall be categorized into 4 distinct categories namely “A”, “B” and “C”].

• Pemain-pemain dalam kategori A, B, dan C di bawah mestilah warganegara Malaysia.

[Players in Categories A, B, and C must be Malaysian citizens and show proof of their citizenship.].

• Category A

o Pemain yang telah mewakili pasukan Negara (senior dan remaja) dari tahun 2009 – 2014 (bolatampar dewan dan pantai).

[Players who have played for the National Team at both Senior and Junior levels from the years 2009 -2014 (indoor and beach volleyball)].

o Sila rujuk Appendix B untuk senarai nama.

[Please refer to Appendix B for the list of players].

• Category B

o Pemain dalam kategori ini adalah seperti berikut:

i. Pemain yang telah mewakili Negara di ke kejohanan sekolah-sekolah ASEAN dari tahun 2009-2014.

[Players who have represented the country at the ASEAN schools meet from the years 2009 – 2014].

ATAU [OR]

ii. Pemain yang telah mewakili pasukan negeri masing-masing ke kejohanan kebangsaan yang di senaraikan di bawah dari tahun 2012-2014 (bolatampar dewan dan pantai). Pemain yang bermain dalam kejohanan-kejohanan tersebut di bawah tetapi berumur 17 tahun dan ke bawah pada tahun pemain tersebut mewakili negerinya tidak akan di klasifikasikan sebagai pemain kategori “B”

[Players who have played for the respective state teams at both Senior and Junior levels from the years 2012 -2014 (indoor and beach volleyball.

Players who represented their respective states at the below mentioned tournaments who were 17 years of age and below during the year of participation shall not be considered to be under category “B”].

a. National Open b. MAVA League c. SUKMA

(7)

• Category C

o Semua pemain yang tidak di kategorikan di “A” dan “B”.

[Players who are not in Category A or B]

• Pemain dari sekolah-sekolah antarabangsa yang bukan warganegara Malaysia mestilahlah berumur 18 tahun dan kebawah. Pemain warganegara Malaysia dari sekolah antarabangsa adalah tertakluk kepada criteria seperti di Category A , B dan C di atas.

[Foreign nationals who represent their respective International Schools who are below the age of 18. Malaysia nationals representing the international schools are subject to the same criteria as stated in Caregory A, B and C above.]

• Seorang pemain yang bermain sebagai “libero” dalam kategori “A” dan “B” akan dikategorikan dalam ”kategori C” jika pemain itu didaftar sebagai libero. Jika pemain “libero” dalam kategori “A” dan “B” didaftarkan sebagai pemain biasa, pemain tersebut akan dikekalkan di kategorinya.

[A libero who is from category A or B shall be considered to belong to category C if he is registered as a libero. If a libero who is from category A or B is registered as a non-libero, his status will remain the same.]

* Pemain bukan libero dari kategori “A” dan “B” akan dikekalkan di kategorinya, tidak kira sama ada pemain tersebut didaftarkan sebagai libero atau tidak.

[A non-libero player from category A and B will remain as such, regardless of his registration as a libero or not.] – Added on 5th July 2014

• Semua pemain yang berumur melebihi 40 tahun akan di kategorikan dalam “C”.

[All players age 40 and above will fall under category C automatically].

d) Ketentuan pemain [Player restriction criteria]

Ketentuan pemain dari setiap kategori adalah seperti berikut.

[Representation of each category in the team shall be as follows]

• 1 from category A + 1 from category B + 10 from category C

• 3 from category B + 9 from category C

• 12 from category C

(8)

LAMPIRAN B

Senior (Men) Indoor National Player List

No. Name Competition Year

1 HOO KOK WAI SEA GAMES 2009, 2011

2 CHEOH JIA MING SEA GAMES 2009, 2011

3 KEK SOON CHIUN SEA GAMES 2009

4 KIEW CHONG UNG SEA GAMES 2009

5 YOGESWARAN SEA GAMES 2009, 2011

6 SOH KAH LING SEA GAMES 2009

7 MHD RUSLI MAHMOOD SEA GAMES 2009

8 ANG CHUN LAI SEA GAMES 2003, 2009

9 MOH HIONG KWONG SEA GAMES 2009

10 NORDIN ZAINAL SEA GAMES 2009

11 TAN QEE HAN SEA GAMES 2009

12 MOHD RAZIF MAHADI SEA GAMES 2009

13 WONG KE JING SEA GAMES 2011

14 MOH HIONG SHIN SEA GAMES 2011

15 LEW KIAN HUI SEA GAMES 2011

16 GOH PIN SIANG SEA GAMES 2011

17 LIM LONG SIANG SEA GAMES 2011

18 MOHD RUZAIMI IKRAM SEA GAMES 2011

19 MOHD AIZZAT SEA GAMES 2011

20 SIM HUI ENG SEA GAMES 2011

21 NG KAI GUAN SEA GAMES 2011

1 LEE BOON KIAT SEA GAMES 2013

2 LEU CHOW YEE SEA GAMES 2013

3 LIM LEONG SIANG SEA GAMES 2013

4 NIK IRWAN ZULKAWI SEA GAMES 2013

5 TAY CHIEN BIN SEA GAMES 2013

6 SOH KAH LIM SEA GAMES 2013

7 SIM JIAN QIN SEA GAMES 2013

8 LIEW KIAN HUI SEA GAMES 2013

9 GOH PIN SIANG SEA GAMES 2013

10 YOGESWARAN ELANGOVAN SEA GAMES 2013

11 CHEOH JIA MING SEA GAMES 2013

12 YAP KENT BIN SEA GAMES 2013

(9)

Junior (Men) Indoor National Player List

No. Name Competition Year

1 RAJA NAZMI SAIFUDDIN SEA JUNIOR 2010

2 MOHD RAFDIUDDIN SEA JUNIOR 2010

3 MOHD AIZZAT M ZOKRI SEA JUNIOR 2010

4 LONG MOHD SHAZWADI SEA JUNIOR 2010

5 YEW MENG KIT SEA JUNIOR 2010

6 LIEW KIAN HUI SEA JUNIOR 2010

7 TANG CHEE HONG SEA JUNIOR 2010

8 LIM LEONG SIANG SEA JUNIOR 2010

9 YAP KENT BIN SEA JUNIOR 2010

10 TAN QI XIANG SEA JUNIOR 2010

11 TAY CHIEN BIN SEA JUNIOR 2010

Men Beach Volleyball National Player List

No. Name Competition Year

1 RAFI ASRUKI SEA Games 2011

2 KHOO CHONG LONG SEA Games 2011

3 FITRI SALIM SEA Games 2011

4 KIEW CHIONG UNG SEA Games 2011

5 LEE KWANG TUNG SEA Games 2009

6 MOHD. FAIZ PUTRA B. ABD. RAZAK SEA Games 2009

7 NAIM MOHD SALIM AVC BV TOUR 2011

1 RAJA HUSSIN ASIAN BV WUHAN 2013

2 MOHD ZOKRI ASIAN BV WUHAN 2013

1 RAFI ASRUKI EL JOHN AVC TOUR 2013

2 KIEW CHIONG UNG EL JOHN AVC TOUR 2013

1 RAFI ASRUKI Islamic game-palembang 2013

2 KIEW CHIONG UNG Islamic game-palembang 2013

1 KHOO CHONG LONG Tainan Open 2013

2 NIK IRWAN BIN ZULKAWI Tainan Open 2013

BEH KIANG YAO

RAJA NAZMI SAIFUDDIN 2014

MOHD AIZZAT M ZOKRI 2014

Referensi

Dokumen terkait

Puji Tuhan penulis ucapkan kepada Tuhan Yesus Kristus yang selalu memberikan Kasih KaruniaNya, sehingga penulis mampu menyelesaikan perancangan serta penulisan

Sumbangan Kepada Persatuan Penduduk Taman Indah Bintang Sumbangan Kepada Persatuan Anak-anak Segambut Kuala Lumpur Sumbangan Kepada Persatuan Penduduk Kampung Segambut Bahagia,

penyelidikan berhubung dengan aktiviti ketidakpatuhan terhadap peraturan penyenaraian Bursa Saham Kuala Lumpur. Peraturan penyenaraian BSKC adalah merupakan set

Pada gambar 2 dapat dilihat simulasi sistem kontrol pada software TIA Portal yang tertera pada gambar 3 dengan blok PID Compact sebagai controller lalu blok Plant motor DC

Famili No.5-B Medan Denai Kodya Medan, saksi Ngatiyem sedang berada dalam rumahnya yang pada saat itu saksi Ngatiyem sedang makan malam, sedangkan terdakwa Fitri Mawati Als Pipit

Penetapan kinerja Sekolah Usaha Perikanan Menengah (SUPM) Negeri Ladong tahun 2016 telah ditetapkan secara berjenjang sesuai dengan kedudukan, tugas dan fungsi

14.2.3 Sekiranya perlawanan diteruskan di gelanggang yang sama, set permainan yang terganggu akan diteruskan seperti biasa dengan skor yang sama, pemain yang sama (kecuali

LAGA YANG BERLANGSUNG SELAMA 51 MENIT INI BUKAN TANPA PERLAWANAN // COLLINS YANG BERMAIN CUKUP BAIK DI SET PERTAMA MEMBUAT SABALENKA CUKUP KEWALAHAN // MESKI