• Tidak ada hasil yang ditemukan

Headline PENINGGALAN BRITISH DI PULAPOL MediaTitle Kosmo Date 28 Apr 2015 Language Malay Circulation 218,251 Readership 654,753 Section Kosmo 2 Color

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Headline PENINGGALAN BRITISH DI PULAPOL MediaTitle Kosmo Date 28 Apr 2015 Language Malay Circulation 218,251 Readership 654,753 Section Kosmo 2 Color"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)
(2)

Wlrtaij sekolali ^

Nilai estetika bangunan yang sudah berusia 75 tahun itu kekal utuh

menjadi sekolah kepolisan negara selain telah menghasilkan seramai

79,000 pegawai dan anggota sejak pertama kali dibuka.

MENYARUNG baju kemeja putih berkancing hingga ke lengan, bertali leher rona biru bersama suaian celana hitam pekat cukup siegak bagi padanan pada hujung minggu. Malah, sesekali tampil kemas untuk keluar bersama rakan dan meluangkan kualiti masa bersama dilihat mampu menghilangkan rasa perih hampir seminggu memerah keringat. Memandangkan hujung minggu merupakan antara waktu genting melepaskan tekanan, maka pengunjung yang hadir bagi memenuhi kotak panggung sangat ramai. Terpaksa beratur panjang sebelum sampai ke gerbang masuk. Selepas beberapa sahaya menunggu, kaki mula melangkah melepasi pintu dan kelihatan sebanyak 200 buah bangku terbaris kemas mula dipenuhi tubuh. Dal am pencahayaan samar­samar, tangan meraba tempat sambil bola mata dicelik luas memerhatikan kekosongan untuk melabuhkan punggung. Saat projektor diputar, tayangan gambar Menanti Hari Esok mula dipertontonkan kepada khalayak yang hadir. Penampilan hero Malaya, Jins Shamsuddin bersama gandingan ideal, Seniwati Sarimah Ahmad seakan­akan ditunggu. Penceritaan yang direncah dengan pergolakan keluarga membawa sayu hati ketika menonton. Bertih jagung yang dimamah terasa pahit dan seakan­akan hilang rasa dek plot penceritaan dimainkan oleh pengarah. Cukup sejam 53 minit diri menahan peluh dengan hanya berbekalkan beberapa buah kipas dinding, akhirnya filem pecah panggung itu tamat meninggalkan penonton. "Kami meninggalkan dewan panggung 1, Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) ini dengan hati yang senang kerana hujung minggu merupakan masa paling ditunggu­tunggu oleh semua platun untuk menghiburkan diri dengan menonton tayangan yang ditetapkan oleh pihak pengurusan. "Malah, ia merupakan satu­ satunya panggung wayang kepada pasukan pelatih sejak zaman pemerintahan British termasuk yang feerbangsa Singh. Panggung Ki adalah hiburan tunggal %ami," ujar Sarjan Mejar Mohd. Nasri Mat Jata, 60, ketika mengimbau lipatan sejarah hidupnya sebagai pelatih di Pulapol. Jelas Mohd. Nasri, aktiviti hujung minggu diperuntukkan untuk kesemua pelatih baharu menonton filem di dewan panggung dengan mengenakan pakaian Working Out Dress. Mereka tidak dibenarkan keluar ke bandar sebelum tamat latihan.

Memori

Sudah berkhidmat selama hampir empat dekad sejak 16 Mei 1976, kenangan berada di 'Taman Inggeris' begitu membuatkannya hidup sehingga sekarang. Kehidupan dengan dikelilingi bangunan rekaan zaman British menggunakan batu bata merah itu mengukir 1,001 memori dalam dunia kepolisannya. Ujarnya, pada zaman tersebut latihan kepolisan masih dikendalikan oleh pegawai British dan ketika itu pakaian seragam masih seluar pendek berona coklat muda dan skirt labuh bagi anggota wanita. Masih segar dalam ingatannya, latihan yang diterima bersama 200 lagi platun bagi kelompok tahun itu sangat keras. Bagaimanapun, api juangnya terus membara demi satu tekad untuk melindungi keselamatan anak bangsa dan negara. "Kami perlu berkawad dalam keadaan panas terik dengan

(3)

hanya memakai celana dan tanpa seurat benang menutupi tubuh. Keadaannya mencengkam tulang belulang malah akibat terlalu lama berjemur, kulit menjadi mengelupas namun itu sudah menjadi perkara biasa. "Diherdik dan dikasari oleh jurulatih menjadi asam garam ketika menjadi pelatih. Saya tak kisah, ini adalah jalan dan pekerjaan yang dipilih, nak tak nak ia harus ditempuh sehingga tamat latihan selain mendidik untuk tahan lasak," katanya yang pernah merangkul anugerah pekerja cemerlang. Walaupun kini pakaian seragam itu sudah bertukar wajah, namun nilai estetika bangunan yang berusia hampir 75 tahun tersebut kekal utuh menjadi sekolah kepolisan negara selain menghasilkan kira­kira 79,000 pegawai dan anggota sejak pertama kali dibuka. Malah, menjadi penempatan transit bagi pelatih sebelum ditetapkan balai berkhidmat, kawasan yang berkeluasan 76 hektar itu turut ditempatkan sebagai depoh kepolisan negara, Pusat latihan ini mula dibangunkan oleh pihak British sejak tahun 1930 di Riffle Range Road

sebelum ditukar nama menjadi Jalan ^

Gurney, Jalan Semarak dan kini secara rasmi dikenali sebagai Jalan Sultan Yahya Petra. Kerja­kerja pembinaan selama sedekad itu telah menelan belanja sebanyak 900,000 pound (RM4.8 juta). "Kerja­kerja pembinaan pusat latihan ini telah dimulakan pada tahun 1930 tetapi terpaksa dihentikan seketika ekoran kegawatan ekonomi. Lima tahun selepas itu, kerja­ kerja pembinaan Pulapol dikaji semula oleh British. "Pada tahun 1936, kerja­ kerja pembinaan disambung kembali dan tetap terus dibangunkan oleh British walaupun Perang Dunia Ke­2 tercetus pada September 1939," ujar Timbalan Komandan (Latihan) Pulapol, Asisten Komisioner Abdul Latiff Yunus ketika ditemui Kosmo! baru­baru ini.

Depot

Sedekad pembinaan, pusat latihan itu siap sepenuhnya untuk diduduki dan DP. Macnamara merupakan seorang pegawai British pertama dilantik sebagai komandan di sana. Secara total, seramai 12 orang komandan British telah menerajui Pulapol sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. "Setelah Depot siap dibina, pihak British hanya dapat menjalankan latihan dalam masa yang singkat kerana kemaraan tentera Jepun yang mula menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Bagi mempertahankan Kuala Lumpur ketika itu, British telah mengerahkan kesemua 450 rekrut untuk mematahkan serangan. "Ironinya, hanya lapan orang anggota yang tinggal berkawal di Depot pada ketika itu. Tentera Jepun kemudiannya berjaya menawan Depot dan menjadikannya sebagai markas kempeitai Jepun terbesar di Semenanjung," katanya Pulapol sebelum ini adalah dikenali sebagai Pusat Latihan (Depot). Bagaimanapun, penjajahan negara Matahari Terbit itu tidak bertahan lama dan hanya sempat berkuasa sehingga Ogos 1945. Sebaik menyerah kalah, Brtitish telah membangunkan semula Pulapol sebagai pusat latihan kepolisan terbesar dan terulung dalam menyediakan Program Latihan Asas Kepolisan yang terbaik. "Berikutan banyak nyawa terkorban dalam pertempuran itu, sebuah tugu peringatan polis dengan ketinggian 2,500 meter telah dibina pada tanggal 11 Mac 1959 dan dirasmikan oleh Yang di­Pertuan Agong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad. "Pembinaan tugu ini adalah bagi memperingati jasa seramai 1,345 pegawai dan anggota Regular Force dan Special Constabulary ketika zaman darurat. Bagi memperkasakan Pulapol, British menubuhkan Pentadbiran Ketenteraan British dan Pasukan Kebajikan Polis Awam bagi menjalankan tugas­tugas kepolisan," katanya. Begitupun, selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Pulapol terus berkhidmat dalam menjadi peneraju utama dalam bidang kepolisan selain meninggalkan nilai sejarah untuk tatapan warga milenia kini. Sebanyak 28 buah bangunan lama yang terdapat di Pulapol telah diwartakan sebagai bangunan warisan sejarah oleh Kementerian Kesenian dan Warisan pada 30 September 2004. Pewartaan bangunan itu termasuklah dengan bangunan sekolah batu lama, kediaman Ajutan, surau Pakistan, bengkel senjata pusat, tugu peringatan dan kuil lama iaitu gurdwara sahib. Kesemua aset yang mempunyai nilai tinggi sejarah tersebut tidak boleh dirobohkan mahupun sebarang renovasi terhadapnya.

Komited

Dalam pada itu, bagi pelatih Ismail Pitaran, 26, peluang yang, diterima untuk menjalani latihan asas kepolisan bagi pangkat Inspektor adalah sesuatu yang tidak disangka. Malah, menyifatkannya sebagai satu kurniaan tuhan yang tidak terhingga. Meredah fasa transisi daripada orang awam kepada bergelar pegawai polis, ia memerlukan masa yang lama untuk membiasakan diri selain harus memiliki disiplin yang tinggi agar kekal fokus dan komited. "Itii adalah resipi utama dalam menjadi seorang pegawai polis yang berwibawa. Tanpa dua kunci tersebut, saya pasti gagal dalam memikul tanggungjawab yang bakal digalas dalam menjaga keselamatan. "Kesempatan yang diberikan ini juga telah membuka mata saya untuk melihat polis dari satu sudut pandang yang berbeza. Sebelum ini saya sedikit kabur dan prejudis dengan unit beruniform ini, sebaliknya mereka sebenarnya melaksanakan tugasan seperti yang telah digariskan pihak kerajaan," katanya. Dia sangat berminat dengan badan beruniform selain berpengalaman menyertai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan selama tiga tahun ketika menjadi pelajar di Universiti Utara Malaysia. Malah, pernah menyertai Ops Daulat di Sabah selama sebulan bersama Tentera Laut Diraja Malaysia memberi nilai tambah pada dirinya. Namun begitu, sebagai pendatang baharu dalam bidang keselamatan ini, Ismail berpendapat, latihan yang disediakan di Pulapol adalah susunan terbaik bagi sekolah kepolisan. Setiap silibus yang diajar di sana telah memberi kefahaman kepadanya bukan hanya sebagai bakal anggota polis, sebaliknya rakyat biasa. "Kami diberi pengetahuan tentang undang­undang dalam negara seperti Kanun Keseksaan, Akta Keterangan, Kanun Prosedur Jenayah serta Undang­Undang Am. Ia sebagai bekalan pada diri kami

(4)

dalam memahami garis kesalahan sekiranya dilepaskan untuk berkhidmat. "Pengisian ini sangat penting selain penerapan nilai­nilai kerohanian agar kami kekal dalam landasan integriti seperti ditekankan oleh pucuk pimpinan," katanya yang kini mempunyai sisa lagi enarn bulan untuk melengkapkan latihan.

ttsmmsk

Pulapol

• Siap dibina pada Oktober 1940. • Anggaran kos pembinaan sebanyak 900,000 pound (RM4.8 juta). • Komandan British pertama dilantik ialah DP. Macnamara. • Seramai 12 pegawai British pernah dilantik menjadi komandan. • Sebelum ini, Pulapol dikenali sebagai Pusat Latihan (Depot). • Pernah dijadikan markas kempatai Jepun terbesar di Semenanjung. • Dirasmikan pada 11 Mac 1959 oleh Yang di­PertuanAgong, Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhamad. • Mampu menampung seramai 1,600 orang pelatih bagi satu­satu masa.

MIT tingkat tahap profesionalisme polis

DALAM memastikan peningkatan tahap integriti dalam kalangan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu ujian khas telah diperkenalkan ke atas setiap anggota rekrut baharu yang bakal mengisi jawatan dalam pasukan itu. Pengarah Pengurusan PDRM, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata, kaedah Malaysian Integrity Test (MIT) tersebut diguna pakai dalam memastikan tapisan lengkap nilai integriti ke arah meningkatkan tahap profesionalisme pasukan keselamatan tersebut. Ujar Mohamad Fuzi, ia telah diaplikasikan kepada kelompok pengambilan lalu termasuk mereka berpangkat inspektor, sarjan mahupun konstabel. "Ia diharapkan dapat membantu untuk melonjakkan tahap integriti anggota baharu dalam usaha memerangi rasuah. Malah, ujian ini dibuat melalui arahan daripada pihak kerajaan yang memandang serius tentang permasalahan ini. "Langkah awal ujian ini diwujudkan adalah mengelakkan PDRM daripada mengambil individu yang berpotensi melakukan penyelewengan

atau terlibat dengan aktiviti

rasuah," katanya ketika dihubungi Kosmo! baru­baru ini. Selain itu, MIT juga turut digunakan untuk mengukur etika seorang pegawai, nilai kerja, tingkah laku langsung serta sosial seseorang anggota. Ujian integriti itu turut dilaksanakan secara meluas di peringkat antarabangsa termasuk negara seperti Hong Kong dan Australia dalam menambah usaha proaktif untuk memerangi gejala rasuah. "MIT juga mendapat pengiktirafan oleh badan­badan persijilan antarabangsa dan mampu memberi impak positif serta membantu kelancaran PDRM dalam proses merekrut anggota baharu," jelasnya. Tambahnya, usaha lain dalam mencegah gejala rasuah adalah pengukuhan daripada aspek kerohanian dan psikologi anggota. MOHD. NASRI

(5)

PESURUHjAYA Polis WLR CarboneH dan ASP B.D.R. Wenworth bersama tujuh

(6)

PELATIH baharu menjalani latihan asas kepolisan sebelum diserap untuk memikul tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Referensi

Dokumen terkait

Jadi, dapat disimpulkan bahwa disiplin karyawan adalah perilaku seseorang yang sesuai dengan peraturan, prosedur kerja yang ada atau disiplin sikap, tingkah laku,

Sudah menjadi tugas kita bersama untuk bersama-sama memperbaiki kualitas pendidikan di Indonesia, sebagaimana yang dicetuskan dalam tujuan pendidikan nasional,

Dalam pembuatan animasi interaktif media pembelajaran berbasis komputer, diperlukan spesifikasi yang memadai untuk menunjang keberhasilan dalam pembuatan

Penelitian ini sendiri membuahkan kesimpulan yang mengungkapkan bahwasanya korelasi antara pengajaran berbasis website dengan motivasi dan minat belajar Aqidah

Pernyataan tersebut adalah bahwa kayu adalah bahan wajib yang digunakan dalam setiap bangunan, responden Bali tidak setuju dengan pernyataan ini, artinya bahan bangunan kayu

Dengan mengucapkan Alhamdulillah segala puji dan syukur saya panjatkan atas kehadirat Allah SWT karena berkat rahmat, hidayat, dan taufiq-Nya sehingga penyusunan Skripsi

Adanya peluang untuk mengembangkan konsep social network pada rekomendasi tempat wisata di Indonesia untuk memberikan konsep berbeda ketika mencari tempat wisata

Pemetaan potensi emas dihasilkan dari parameter morfologi struktur, parameter Controlled Source Audio- frequency Magnetotelluric (CSAMT), parameter Magnet, parameter