• Tidak ada hasil yang ditemukan

BerbukaPuasa. Jadual Waktu Solat & R a m a dha n H KAJANG SUBUH ZOHOR ASAR MAHGRIB ISYA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BerbukaPuasa. Jadual Waktu Solat & R a m a dha n H KAJANG SUBUH ZOHOR ASAR MAHGRIB ISYA"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

Berbuka

Jadual Waktu Solat &

Puasa

R a m a d h a n 1 4 3 8 H

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

5:40

5:39

5:39

5:39

5:39

5:39

5:39

5:39

5:39

5:40

5:40

5:40

5:40

5:40

5:40

5:40

5:40

5:40

5:40

5:41

5:41

5:41

5:41

5:41

5:42

5:42

5:42

5:42

5:42

5:43

5:43

1:13

1:13

1:13

1:13

1:14

1:14

1:14

1:14

1:14

1:14

1:15

1:15

1:15

1:15

1:15

1:15

1:16

1:16

1:16

1:16

1:16

1:17

1:17

1:17

1:17

1:18

1:18

1:18

1:18

1:18

1:19

4:37

4:37

4:38

4:38

4:38

4:38

4:39

4:39

4:39

4:39

4:40

4:40

4:40

4:40

4:41

4:41

4:41

4:42

4:42

4:42

4:42

4:42

4:43

4:43

4:43

4:43

4:44

4:44

4:44

4:44

4:44

7:21

7:22

7:22

7:22

7:22

7:22

7:22

7:23

7:23

7:23

7:23

7:23

7:24

7:24

7:24

7:24

7:25

7:25

7:25

7:25

7:25

7:26

7:26

7:26

7:26

7:27

7:27

7:27

7:27

7:27

7:28

8:36

8:36

8:36

8:37

8:37

8:37

8:37

8:38

8:38

8:38

8:38

8:39

8:39

8:39

8:40

8:40

8:40

8:40

8:41

8:41

8:41

8:41

8:42

8:42

8:42

8:42

8:43

8:43

8:43

8:43

8:43

26 Mei

27 Mei

28 Mei

29 Mei

30 Mei

31 Mei

1 Jun

2 Jun

3 Jun

4 Jun

5 Jun

6 Jun

7 Jun

8 Jun

9 Jun

10 Jun

11 Jun

12 Jun

13 Jun

14 Jun

15 Jun

16 Jun

17 Jun

18 Jun

19 Jun

20 Jun

21 Jun

22 Jun

23 Jun

24 Jun

25 Jun

29 Sya’ban

1 Ramadhan 

2 Ramadhan 

3 Ramadhan 

4 Ramadhan 

5 Ramadhan 

6 Ramadhan 

7 Ramadhan 

8 Ramadhan 

9 Ramadhan 

10 Ramadhan 

11 Ramadhan 

12 Ramadhan 

13 Ramadhan 

14 Ramadhan 

15 Ramadhan 

16 Ramadhan 

17 Ramadhan 

18 Ramadhan 

19 Ramadhan 

20 Ramadhan 

21 Ramadhan 

22 Ramadhan 

23 Ramadhan 

24 Ramadhan 

25 Ramadhan 

26 Ramadhan 

27 Ramadhan 

28 Ramadhan 

29 Ramadhan 

1 Syawal* 

HARI TARIKH MASIHI | HIJRAH SUBUH ZOHOR ASAR MAHGRIB ISYA’

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA

ISMA

KAJANG

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang

sebelum kamu agar kamu bertakwa”. (Al-Baqarah : 183)

(2)

Menjawab dan menghurai segala persoalan khusus yang berkaitan

kewanitaan di bulan Ramadhan.

Haidh dan Nifas.

1. Saya dapati darah haidh telah keluar ketika sedang berpuasa di bulan Ramadhan. Adakah puasa saya telah terbatal?

Wanita yang mendapati dirinya haidh pada siang hari di bulan Ramadhan, telah terbatal puasanya. Maka hendaklah dia berbuka puasa di tempat yang tidak dilihat orang sebagai menghormati orang lain yang sedang berpuasa. Kemudian hendaklah dia menggan-tikan (qadha’) puasa tersebut pada waktu lain.

2. Bagaimana untuk saya tentukan bahawa saya telah suci dari haidh dan boleh memu-lakan ibadah puasa di bulan Ramadhan?

Untuk tentukan bila boleh melakukan mandi wajib adalah dengan melihat tanda telah suci iaitu keluarnya cairan putih dari faraj.

Di dalam hadis ada menyebut bahawa wanita pada zaman dahulu telah membawakan kepada Ummul Mukminin Aisyah R.A secarik kain yang bercalit cairan yang keluar dari faraj. Aisyah R.A berkata, “Janganlah kalian

terge-sa-gesa mandi wajib sampai kalian melihat cairan putih”.

Sekiranya sudah ada tanda suci itu, maka perlulah mandi wajib.

3. Saya dapati bahawa saya telah suci dari haidh pada waktu siang di bulan Ramadhan. Apa yang perlu saya lakukan?

Hendaklah segera mengerjakan mandi wajib dan melakukan ibadah yang dituntut seperti solat. Adapun puasa pada hari itu tidak dikira dan perlu diganti (qadha’) pada hari lain di luar bulan Ramadhan. Namun, tetap perlu menahan diri dari makan dan minum di siang hari bagi menghormati bulan Ramadhan.

4. Bagaimana pula keadaan wanita yang ‘bersama’ suaminya (junub) atau yang suci dari haidh sebelum masuk waktu subuh, namun baru mandi wajib setelah masuk waktu Subuh?

Wanita yang tidak sempat mandi wajib

sebelum waktu subuh, lalu melakukannya setelah masuk waktu subuh, maka dia wajib berpuasa pada hari itu dan puasanya sah.

1. Bolehkah saya mengambil pil penahan haidh di dalam bulan Ramadhan untuk mem-bolehkan beribadah di bulan yang mulia ini dan memperoleh kelebihannya?

Haidh adalah sesuatu yang normal dan trah yang Allah kurniakan bagi setiap wanita. Ada hikmahnya mengapa Allah menetapkan bagi setiap wanita itu ada kitaran haidhnya. Hikmah ini bersesuaian dengan tabiat wanita. Jika kita menahannya dan mengubah ketetapan ini dengan mengambil pil penahan haidh, pasti akan berlaku sesuatu yang boleh memud-haratkan kesihatan kerana ianya tidak normal.

“Allah tidak akan membebani seseorang melainkan apa yang terdaya” (Al-Baqarah :

286).

Rasulullah SAW bersabda “Janganlah kamu

melakukan perkara yang memudaratkan diri kamu dan orang lain”.

Justeru, adalah lebih elok bagi wanita untuk tidak mengambil pil penahan haidh dengan tujuan untuk tidak ketinggalan meraih pahala yang berlipat ganda di bulan Ramadhan. Bahkan banyak lagi ibadah yang boleh dilaku-kan bagi wanita yang haidh seperti berzikir, berdoa, bersedekah, dan menyediakan hidangan bersahur dan berbuka bagi orang yang berpuasa, yang mana pahalanya sama seperti orang yang berpuasa juga. Maha pemurahnya Allah terhadap wanita.

Istihadoh.

1. Saya sedang mengalami istihadhah. Bagaimanakah ibadah puasa Ramadhan, solat, serta tilawah al-quran saya?

Istihadah adalah darah penyakit yang keluar di luar waktu kitaran haidh dan bukan darah yang keluar kerana melahirkan bayi. Wanita yang mengalami istihadhah wajib berpuasa seperti biasa. Juga wajib mengerjakan solat seperti biasa tetapi perlulah bersuci dan menukar kain tuala wanita (pad) setiap kali

(3)

Fidyah & Ganti (Qadha') Puasa.

1. Bolehkah saya tidak berpuasa kerana hamil dan menyusukan bayi?

Kebanyakan fuqaha’ menggolongkan wanita yang hamil dan menyusukan bayi dalam golongan orang yang sakit dan mengambil hukum orang yang sakit, iaitu mereka dibolehkan untuk berbuka dan mengganti-kannya (qadha’) di lain hari.

“Barangsiapa di antara kamu yang sakit atau be a , b e a a be b a , e d a

a b a a be a a eba a a a

d b a ada a a a a

(Al-Baqarah :184)

Di dalam hadis telah disebutkan bahawa,

“Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi a a be a be b a a a da e a a a a , da ba a a yang hamil dan menyusui berbuka puasa”. 2. Perlukah membayar dyah sekiranya golongan di atas berbuka puasa?

Pertama, sekiranya wanita yang hamil atau wanita yang menyusukan bayi bimbang akan kesihatan dirinya sendiri sahaja, maka hendaklah dia berbuka dan menggantikan-nya pada waktu yang lain dan tidak perlu membayar dyah.

Kedua, jika wanita itu bimbang akan anak dan dirinya, maka hendaklah dia berbuka puasa dan menggantikannya pada waktu yang lain serta membayar dyah.

Ketiga, bagi wanita yang kerap hamil dan menyusukan bayi (contohnya dia hamil pada setiap tahun, dan sentiasa menyusukan bayinya), jika wanita ini tidak mampu untuk berpuasa, maka dia boleh berbuka puasa dan membayar dyah sahaja tanpa perlu menggantikan puasanya.

Keempat, adapun wanita yang jauh jarak tempoh kehamilannya atau yang hanya hamil 2-3 kali sahaja, maka hendaklah dia menggantikan puasanya kerana dia mem-punyai kemampuan untuk melakukannya.

Adapun berkenaan perlu bayar dyah atau tidak, kembali semula kepada perkara pertama dan kedua.

3. Sekiranya saya tidak sempat mengganti-kan puasa beberapa Ramadhan yang lalu (2-3 tahun lepas), adakah saya hanya perlu menggantikan puasa sahaja atau perlu membayar dyah?

Puasa yang ditinggalkan wajib diganti. Jika seseorang tidak dapat menggantikannya sebelum datangnya Ramadhan semula, maka dia perlu membayar dyah berdasarkan bilangan hari yang dia tinggalkan puasanya. Tetapi puasanya masih perlu diganti.

Tetapi bagi wanita yang mengandung dan menyusu, kembali semula kepada hukum menggantikan puasa bagi wanita yang men-gandung dan menyusu.

Solat Sunat Tarowih.

1. Ada yang mengatakan lebih baik (afdhal) solat sunat Tarowih di rumah sahaja bagi wanita. Mohon ulasan Ustazah.

Asal bagi solat wanita adalah lebih afdhal ianya dilakukan di rumah. Tetapi jika dia melihat adanya kepentingan (maslahah) jika dia melakukan solat di masjid seperti dapat mendengar tazkirah atau kuliyyah, bertemu dengan sahabat-sahabat wanita untuk berukhuwwah, dan dengan hadirnya ke masjid menjadikannya lebih bersemangat untuk melakukan amal ibadah, maka ianya dibolehkan. Tetapi dengan syarat:

Wanita

Ustazah Hasanah Khairuddin

Biro Tarbiyyah ISMA Kajang BA. Syariah Universiti Al-Azhar

masuk waktu solat. Setiap wud-huknya sah untuk 1 solat fardhu dan beberapa solat sunat. Boleh juga menyentuh dan membaca Al-Quran seperti biasa.

Menutup aurat.

Mendapat keizinan suami atau mahram. Tidak menggunakan wangian dan perhi-hiasan yang boleh

menarik perhatian lelaki ajnabi.

Menjaga diri dari ikhtilat (pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram) ketika masuk dan keluar masjid.

1. 2. 3.

(4)

Sunnah pada Aidulfitri

1. Adakah menziarahi kubur selepas solat Aidul tri adalah satu amalan sunnah?

Banyak dalil sohih yang menyuruh menziar-ahi kubur. Oleh itu hukum menziarmenziar-ahi kubur pada asalnya adalah sunat dan dituntut kerana ia mengingatkan kematian dan boleh menjadikan kita zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat.

Walaubagaimanapun, tidak ada dalil yang mengkhususkan amalan menziarahi kubur pada hari raya. Justeru, ia bukan satu amalan sunnah. Tetapi, mereka yang ingin menziar-ahi kubur pada hari raya juga dibenarkan kerana ia akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju akhirat.

2. Ada yg mengucapkan "Taqabbalallah minna wa minkum" pada 1 Syawal. Adakah ia sunnah Rasulullah SAW?

Apa sahaja ucapan yang memberi maksud mengucapkan selamat dan mendoakan sesama muslim dibenarkan pada hari raya. Ucapan ‘taqabalallah minna wa minkum’ juga boleh diucapkan kerana terdapat beberapa riwayat yang telah menyebutnya tetapi dalam riwayat yang lemah.

3. Bolehkah menggabungkan puasa sunat 6 hari Syawal dengan puasa ganti?

Ulama’ telah berselisih pandangan dalam menggabungkan niat puasa sunat 6 Syawal dengan puasa ganti. Ada ulama’ yang meng-haruskannya dan ada juga ulama’ yang tidak mengharuskannya. Untuk lebih berhati-hati dan selamat, digalakkan untuk memisahkan antara puasa sunat dan puasa ganti.

4. Bolehkah membayar zakat trah pada pagi 1 Syawal?

Boleh kerana waktu yang afdhal membayar zakat trah ialah pada pagi Syawal sebelum solat sunat aidul tri. Waktu membayar zakat

trah terbahagi kepada 5 bahagian :

Waktu Harus – Awal bulan Ramadhan

sehingga akhir bulan Ramadhan.

Waktu Wajib – Selepas terbenam matahari

pada akhir bulan Ramadhan.

Waktu Afdhal – Selepas solat Subuh pada

hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan solat sunat Aidul tri.

Waktu Makruh – Selepas solat sunat

Aidul-tri sehingga sebelum terbenam matahari.

Waktu Haram – Selepas terbenam matahari

pada hari raya Aidul tri.

5. Adakah wanita yg sedang haidh digalak-kan turut sama ke Surau atau Masjid untuk mendengar khutbah Aidul tri?

Disunatkan pada hari raya, umat Islam keluar beramai-ramai ke tempat solat hari raya termasuklah kaum wanita dalam haidh untuk sama-sama bertakbir, mendengar khutbah, dan berdoa. Tetapi mereka dike-hendaki duduk di belakang jemaah perem-puan yang lain iaitu di luar bangunan masjid.

6. Apakah hukum jika solat sunat Aidul tri tetapi tidak mendengar khutbah selepas itu?

Hukum Mendengar khutbah Aidul tri adalah sunat. Barang siapa yang tidak mendengar khutbah aidul tri, mereka telah meninggal-kan satu sunnah.

7. Kenapa terdapat perbezaan tarikh 1 Syawal di seluruh dunia? Ada kawasan yg menyambut Aidul tri sehari sebelum kita, ada yang sama dengan kita, dan ada yang sehari selepas kita.

SoalJawab

Aidulfitri

Prof. Madya Dr. Kapten (B) Azmil

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS) Pensyarah Kanan Universiti Perguruan Sultan Idris

Tarikh 1 syawal ditentukan oleh pemerintah berdasar-kan falak dan ru’yah negara masing-masing. Hadis daripada Abu Hurairah, Nabi bersabda (mafhum-nya), "Berpuasalah setelah

kelihatan anak.bulan dan be b a a a a a , setelah kelihatan anak bulan. Sekiranya anak bulan

e d , a a s e m p u r n a k a n bulan itu S aaba , a (HR Bukhari dan Muslim).

(5)

Mengupas pelbagai pertanyaan mengenai ibadah puasa. Dimulai

dengan niat, bersahur, berbuka dan sebagainya termasuklah ibadah

lain yang dikhususkan di bulan Ramadhan iaitu zakat trah.

Niat.

1. Bagaimanakah niat puasa?

Niat puasa mengikut mazhab Sya e adalah menyatakan tiga perkara iaitu pertama, “Puasa”, kedua “Jenis puasa” (Fardhu atau Sunat), dan ketiga “Kerana Allah SWT”. Lafaz yang masyhur “Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan kerana Allah Ta’ala”.

2. Selepas azan Subuh, saya tak ingat sudah berniat puasa atau belum. Puasa sah atau tidak? Kalau tidak sah puasa, wajib ke saya teruskan puasa?

Puasa sah. Maka wajib berpuasa.

3. Bila waktu terakhir untuk niat? Sebelum imsak atau sebelum azan subuh?

Niat perlu sebelum Azan Subuh. Imsak tiada kaitan dengan rukun puasa. Malah, sebaha-gian ulama’ dahulu seperti Ibnu Hajar dan ulama’ moden seperti Syeikh Dr. Yusuf Qardhawy, menolak amalan imsak kerana bercanggahan dengan maksud hadis galakan “dilewatkan bersahur”.

Bersahur.

1. Adakah saya wajib bersahur?

Tidak wajib tetapi sahur adalah sunat yang sangat dituntut. Dari Anas RA bahawa Rasulul-lah SAW. bersabda “BersahurRasulul-lah kalian kerana

sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat keberkatan” (Hadis riwayat Bukhari & Muslim). 2. Kalau terlewat bangun untuk bersahur, ketika makanan terhidang, azan berkuman-dang. Bolehkah saya bersahur lagi?

Paling rajih (tepat) adalah tidak boleh. Ada pandangan yang mengatakan masih boleh bersahur berdasarkan sepotong hadis Rasu-lullah SAW tetapi pandangan ini ditolak dalam mazhab Syafei.

Berpuasa.

1. Gosok gigi di pagi hari, batal tak puasa saya?

Tidak batal.

2. Saya termuntah ketika gosok gigi, adakah dikira muntah dengan sengaja dan puasa terbatal?

Muntah tersebut diikira sebagai tidak sengaja. Puasa masih sah.

3. Tertelan sisa makanan, air liur basi, atau tahi gigi, adakah puasa saya masih sah?

Sah kerana ianya merupakan “perbuatan tidak sengaja”. Hadis Rasulullah yang masyhur, “Diangkat daripada umatku tiga perkara” dan diantaranya adalah “tersilap” tanpa sengaja.

4. Telan kahak yang keluar dari tekak, batal tak puasa saya?

Paling rajih (tepat) adalah tidak terbatal.

5. Adakah batal puasa jika titiskan ubat mata (Eyemo) atau ubat telinga ketika berpuasa?

Tidak batal. Namun ada pandangan supaya ianya dielakkan.

6. Guna ubat asthma (nebulizer atau inhaler) ketika puasa, batal atau tidak?

Mengikut pandangan Syeikh Dr. Yusuf Qardhawy di dalam Fiqh Puasa, setelah meneliti pandangan 4 mazhab, ianya diboleh-kan.

7. Adakah merokok, berbekam, dan menerima suntikan boleh membatalkan puasa?

Ya, merokok membatalkan puasa, tetapi berbekam dan suntikan yang tidak menghil-angkan rasa lapar adalah tidak membatalkan puasa.

(6)

Berbuka puasa (Iftar).

1. Saya berbuka puasa dengan yakin selepas terdengar azan Mahgrib di tv atau radio. Ketika sedang makan, terdengar azan di surau. Puasa sah atau batal?

Sah kerana keyakinan tersebut berdasarkan suatu yang pasti (konkrit). Namun andai kata azan Maghrib di tv atau radio disiarkan awal sedikit daripada waktunya, maka ianya termasuk di dalam perkara yang tersalah dan dimaafkan.

2. Adakah sah puasa dengan membatalkan puasa selepas azan Maghrib dengan cara bercium, berjimak, atau lain-lain kerana tiada makanan atau minuman ketika bermusa r?

Puasa tersebut adalah sah tetapi Syeikh Dr. Yusuf Qardhawy menyebut perihal ini di dalam kitabnya Fiqh Puasa dengan menegur perbuatan ini sebagai tidak memahami tujuan adab dan keberkatan berpuasa. Walla-hua’alam.

Fidyah, Kaffaroh & Ganti Puasa.

1. Apakah Fidyah dan Ka aroh pada bulan Ramadhan.

Ka aroh hanya dikenakan kepada mereka yang berjimak di siang hari Ramadhan secara sengaja. Ianya dikenakan kepada suami sahaja. Suami wajib membebaskan hamba, dan jika tidak mampu, maka perlu berpuasa dua bulan berturut-turut selain daripada bulan Ramadhan, dan jika tidak mampu maka dia perlu memberi makan kepada 60 orang miskin.

Manakala Fidyah pula adalah sedekah secupak (lebih kurang 670 gram) makanan kepada fakir atau miskin bagi setiap hari yang ditinggalkan.

2. Siapakah yang perlu ganti puasa dan siapakah yang perlu bayar dyah?

Secara asasnya semua yang tidak berpuasa disebabkan uzur syarie atau tidak, maka wajib menggantikan puasa. Tetapi dyah hanya perlu dibayar oleh kelompok berikut :

1. Seorang yang tidak sempat menggantikan puasa sebelum tibanya Ramadhan yang baru.

2. Orang tua yang sudah tidak mampu berpuasa, dan sakit yang tidak mampu berpuasa sehingga akhir hayat.

3. Wanita hamil dan menyusu yang berbuka disebabkan risaukan anaknya.

Solat Sunat Tarowih.

1. Bilakah waktu untuk menunaikan solat sunat Tarowih?

Di antara waktu Isya’ dan Subuh (sebelum bersahur).

2. Adakah sah solat sunat tarowih jika tidak cukup 8 rakaat?

Ulama’ tiada khilaf pada bilangan yang paling sedikit. Maka, tiada masalah jika hanya mampu menunaikan 2 rakaat sahaja. Namun, mereka berbeza pandangan pada bilangan terbanyak. Ibnu Qudama menyebut di dalam Al-Mughni bahawa Athauri, Abu Hanifah, Sya e dan Malik ber-pandangan bahawa bilangan terbanyak adalah 36 rakaat. Manakala Imam An-Nawawi pula menyebut di dalam Majmu’ bahawa pandangan paling kuat di sisi jumhur (majoriti) ulama adalah 20 rakaat.

3. Bolehkah saya solat sunat tarowih secara bersendirian?

Boleh tetapi solat secara berjemaah adalah sangat digalakkan.

4. Bolehkah saya solat sunat tarowih sebanyak 4 rakaat selepas solat Isya' kemudian menunaikan 4 lagi rakaat sebelum bersahur?

Dibolehkan.

Zakat Fitrah.

1. Saya bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Kajang, Selangor. Bolehkah saya tunaikan zakat trah di Kuala Lumpur?

Boleh dan sah. Anda juga boleh tunaikan zakat trah di negara lain di mana anda bekerja.

2. Bolehkah seorang pelajar sekolah bayar zakat untuk dirinya sendiri?

Pelajar sekolah boleh menunaikan zakat trah untuk dirinya sendiri. Bahkan, dia juga boleh menunaikan zakat trah untuk ibu dan bapanya.

3. Bolehkah memberi zakat terus kepada asnaf tanpa melalui amil (pemungut) zakat?

(7)

Sah tetapi berdosa. Menurut Fatwa Negeri Selangor yang diwartakan bertarikh 9 April 2007, "Dari segi siasah dan maslahah, zakat merupakan pemangkin kepada ekonomi umat Islam. Peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pemerintah atau Ulil Amri adalah demi menjaga hak dan kepentin-gan zakat tersebut. Walaupun dari segi syara', mengagihkan zakat secara persendirian tanpa melalui pemerintah adalah sah sekiranya diagihkan kepada asnaf yang layak, tetapi per-buatan melanggar peraturan dan undang-un-dang pemerintah dalam perkara kebaikan adalah berdosa, kerana di dalam Islam patuh dan taat kepada pemerintah atau Ulil Amri dalam perkara kebaikan adalah wajib."

4. Siapakah asnaf (penerima) zakat?

Fakir - Muslim yang tiada harta (atau

pendapatan) atau Muslim yang ada harta (atau pendapatan) tetapi tidak mencapai 50% daripada keperluan dirinya dan tanggungan-nya.

Miskin - Muslim yang mempunyai harta (atau

pendapatan) yang hanya boleh menampung lebih 50% keperluan dirinya dan tanggungan-nya tetapi masih belum mencukupi.

Amil - Pihak yang dilantik oleh Majlis Agama

Islam Selangor (MAIS) bagi mewakili DYMM Sultan untuk menjalankan tugas-tugas pen-gurusan zakat meliputi pungutan dan agihan. Muallaf - Seseorang yang baru memeluk Islam atau Seseorang bukan Islam yang dijinakkan hatinya dengan Islam atau yang perlu ditarik simpatinya kepada Islam atau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatannya terhadap orang Islam.

Riqab - Seseorang yang terbelenggu di

bawah suatu kuasa atau keadaan yang menjadi hambatan kepada dirinya bagi men-jalani kehidupan yang lebih baik.

Gharimin - Muslim yang berhutang untuk

memenuhi keperluan asas diri dan tanggun-gannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya atau Muslim yang berhutang untuk memenuhi keperluan asasi bagi permasalahan diri atau keluarga tanggungannya atau orang yang berhutang untuk menyelesaikan masalah masyarakat dan memerlukan:

i. Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya.

ii. Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yang diharuskan syarak.

iii. Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.

Fisabilillah - Perjuangan, usaha dan aktiviti

yang bertujuan untuk menegakkan dan mem-pertahankan agama Allah.

Ibnu Sabil - Muslim yang kehabisan belanja

semasa memulakan perjalanan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hukum Syarak dengan syarat: i. Putus bekalan dalam perjalanannya. ii. Tidak dapat memanfaatkan hartanya

untuk meneruskan perjalanan.

iii. Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.

iv. Ditinggalkan dalam perjalanan.

Keimanan & Ketekunan.

“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ketekunan, maka diampunkan segala dosa yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim).

Ibnu Hajar Al-‘Asqolani didalam Fathul Bari menyebut maksud “dengan penuh keimanan” sebagai “beri’tiqad (dengan penuh keyakinan dan kehendak) bahawa puasa adalah suatu kewajipan (daripada Allah). “Ketekunan” pula disebut sebagai sifat hamba yang sentiasa mengharapkan balasan hanya daripada Allah dalam bentuk ganjaran pahala.

Imam An-Nawawi pula berkata maksud berpuasa dengan penuh keimanan sebagai “membenarkan sesungguhnya hanya kepada Allah hak kembalinya segala kelebi-han”. Manakala “ketekunan” pula adalah “HambaNya itu hanya mengharapkan Allah

Ustaz Suhail Sufian

Ahli Majlis Ulama ISMA (MUIS) BA. Syariah Universiti Al-Azhar

SWT (dalam amalannya) tanpa mengharapkan pandangan manusia dan selainnya yang bercanggah dengan ikhlas. Semoga Ramadhan kali ini mengembalikan kita kepada hakikat yang tinggi ini dengan puasa yang penuh pengha-yatan dan ketekunan.

(8)

Kenali

ISMA

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) adalah sebuah pertubuhan Islam dan Melayu sederhana yang mempunyai visi untuk membangun kekuatan tamadun Islam di Malaysia berasaskan keadilan bersama. ISMA aktif mempromosikan Islam sebagai cara hidup yang unggul kepada masyarakat

melalui pakej-pakej program yang meliputi pelbagai aspek dan lapisan masyarakat.

www.ismakajang.net twitter.com/ismakajang fb.com/ismakajang instagram.com/ismakajang

Hubungi ISMA Kajang

Pusat Komuniti ISMA Kajang,

No. 2, Jalan Impian Murni 2/4, Taman Impian Murni, 43000 Kajang, Selangor di talian 011-1013 5359 untuk sebarang pertanyaan lanjut

Sertai Aktiviti ISMA Kajang di

Karnival Sukan Tradisional Robotics Smart Aulad

Al-Fateh Archery Hu az Cilik

Usrah Wanita Madrasah Tafsir Quran

Kelas Tahsin Quran Kelas Memasak Masakan Arab Kelas Tahsin Quran

Karnival Impian Murni Karnival Lepasan SPM Kuliah Pengajian Agama

Misi Bantuan Banjir

Pemeriksaan Kesihatan Percuma Kaunseling Rumahtangga

Sukarelawan Palestin Sukan Memanah

iFitness

Pertandingan Futsal

Kejohanan Ping-pong Saujana Impian

Bengkel Asas Photoshop Kursus Reka Gra k Web

Wartawan Ummah Seni Fotogra

Referensi

Dokumen terkait

CATATAN ATAS LAPORAN KEUANGAN KONSOLIDASIAN NOTES TO CONSOLIDATED FINANCIAL STATEMENTS UNTUK TAHUN YANG BERAKHIR 31 DESEMBER 2013 FOR THE YEAR ENDED 31 DECEMBER 2013.

- Biaya Semi Variabel adalah biaya-biaya yang mempunyai unsur-unsur tetap dan variabel, oleh karenaitu biaya ini sering disebut biaya campuran (mixed cost).contohnya

Dan di dalam ayat yang mulia ini adalah dalil yang menunjukkan bahwa hawa nafsu mereka tidak layak untuk menjadi panutan, karena al-Qur‟an meskipun diturunkan kepada

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 9 huruf a, Undang-Undang Nomor 1 Tahun 2015 tentang Penetapan Peraturan Pemerintah Pengganti Undang-Undang Nomor 1 Tahun

Untuk melihat kemampuan keuangan Kabupaten Maros dalam melaksanakan pembangunan bidang Cipta Karya dalam lima tahun ke depan (sesuai jangka waktu RPIJM) maka dibutuhkan

Guna kesemua 20 tip ni untuk beli rumah pertama, lepas tu anda automatik akan tahu dah macam mana nak beli rumah kedua, ketiga dan

Ini terlihat dari hasil pretest dan posttest yang dilakukan, pengisisan perkembangan bayi balita atau KKA, anak aktivitas para peserta untuk bertanya tentang

HASIL PENELITIAN DAN PEMBAHASAN Tabel 4.1 Deskripsi Pengetahuan Ibu Hamil Tentang Triple Eliminasi Sebelum Diberikan Edukasi Di Desa Sukadana Kecamatan Campaka Kabupaten