• Tidak ada hasil yang ditemukan

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2"

Copied!
32
0
0

Teks penuh

(1)

KEMAHIRAN

HIDUP

BERSEPADU

PERDAGANGAN

DAN

KEUSAHAWANAN

79

DOKUMEN

STANDARD

PRESTASI

(DSP)

BAGI

PENTAKSIRAN

SEKOLAH

TINGKATAN

2

(2)

Cetakan 2013

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa

mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

(3)

KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2 3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

2 3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8 PENYATAAN STANDARD 7

9 STANDARD PRESTASI KHB PERDAGANGAN DAN KEUSAHAWANAN 8

(4)

PENDAHULUAN

Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi serta Perdagangan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran.

Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Perdagangan dan Keusahawanan sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

(5)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(6)

MATLAMAT MATA PELAJARAN

Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN

OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menterjemahkan idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM4 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6 Mengenal pasti bentuk dan jenis perniagaan dalam negeri dan antarabangsa.

OM7 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM8 Mengenal pasti kaedah menyimpan rekod secara sistematik.

OM9 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM10 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum,

(7)

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Perdagangan dan Keusahawanan. (2005). Lembaga Peperiksaan,

(8)

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.

o Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain lagi.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

(9)

KERANGKA STANDARD PRESTASI

1

2

3

4

5

6

Tahu

Faham

Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham

Tahu

Boleh Buat

Faham

Tahu

Tahu

Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Faham

Tahu

Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Faham

(10)

PENYATAAN STANDARD

BAND PENYATAAN STANDARD

6

(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5

(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4

(Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan secara sistematik.

3

(Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

2

(Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan.

1

(11)

STANDARD PRESTASI

KHB PERDAGANGAN DAN

KEUSAHAWANAN

TINGKATAN 2

(12)
(13)

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

1 Tahu

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan.

Murid boleh : B1D1

Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek.

B1D2

Mengetahui tentang asas elektronik.

B1D3

Mengetahui tentang asas lukisan teknik.

B1D4

Mengetahui tentang masakan.

Murid boleh : B1D1E1

Menyatakan dua jenis bahan pembinaan projek.

B1D1E2

Menyatakan dua cara mencantum bahagian projek.

B1D2E1

Menyatakan empat simbol komponen elektronik.

B1D3E1

Menyatakan empat alatan lukisan teknik.

B1D4E1

Menyatakan lima faktor penting dalam merancang menu.

B1D4E2

Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.

(14)

B1D5

Mengetahui tentang tanaman hiasan.

B1D6

Mengetahui tentang pengenalan kepada perniagaan.

B1D7

Mengetahui tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan.

B1D8

Mengetahui tentang keusahawanan.

B1D9

Mengetahui tentang simpan kira.

B1D4E3

Menyatakan tiga contoh hidangan sepinggan lengkap.

B1D5E1

Menyatakan dua tujuan pemasuan semula tanaman hiasan.

B1D5E2

Menyatakan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula.

B1D6E1

Menyatakan tiga jenis perniagaan runcit besar-besaran.

B1D7E1

Menyatakan empat jenis bantuan perniagaan.

B1D8E1

Menyatakan lima agensi kerajaan yang membantu usahawan.

B1D9E1

Menyatakan dua jenis aset. B1D9E2

(15)

B1D9E3

Menyatakan dua prinsip sistem catatan bergu.

(16)
(17)

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

2

Tahu dan Faham

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan keusahawanan

Murid boleh : B2D1

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan penghasilan projek.

B2D2

Mengetahui dan memahami tentang asas elektronik.

B2D3

Mengetahui dan memahami tentang asas lukisan teknik.

B2D4

Mengetahui dan memahami tentang masakan.

B2D5

Mengetahui dan memahami tentang pengenalan kepada perniagaan.

Murid boleh : B2D1E1

Menerangkan dua bahan pembinaan projek dari segi sifatnya.

B2D2E1

Menerangkan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya.

B2D3E1

Menerangkan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya.

B2D4E1

Menerangkan lima adab dan sopan semasa makan.

B2D5E1

Menerangkan tiga jenis perniagaan runcit besar-besaran.

(18)

B2D6

Mengetahui dan memahami tentang penubuhan dan pengendalian perniagaan.

B2D7

Mengetahui dan memahami tentang keusahawanan.

B2D8

Mengetahui dan memahami tentang simpan kira.

B2D6E1

Menerangkan empat jenis bantuan perniagaan dari segi kepentingannnya. B2D6E2

Membezakan tiga ciri perbankan Islam dengan perbankan konvensional.

B2D7E1

Menerangkan dua agensi kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

B2D8E1

Mengelaskan butiran bagi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil dan belanja.

(19)
(20)

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan.

Murid boleh : B3D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek.

B3D2

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik.

B3D3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik.

B3D4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira.

Murid boleh : B3D1E1

Menyediakan jadual kerja. B3D1E2

Menghasilkan projek reka bentuk.

B3D2E1

Membaca nilai satu perintang tetap. B3D2E2

Menterjemah semua komponen1 dalam

lukisan skematik kepada lukisan bergambar.

B3D3E1

Melukis unjuran ortografik.

B3D4E1

Merekod 15 urus niaga2 tunai mengikut

(21)

B3D4E2

Merekod 10 urus niaga2 kredit mengikut

sistem catatan bergu. B3D4E3

Merekod 15 urus niaga2 ke dalam buku

tunai dua ruangan.

semua komponen1 : Minimum empat jenis [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)].

(22)
(23)

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan secara sistematik.

Murid boleh : B4D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara

sistematik.

B4D2

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik.

B4D3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik.

Murid boleh : B4D1E1

Menghasilkan projek reka bentuk mengikut prosedur ¹.

B4D2E1

Membaca nilai satu perintang tetap

mengikut prosedur2.

B4D2E2

Menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar

mengikut prosedur 3.

B4D3E1

Melukis unjuran ortografik mengikut

(24)

B4D4

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara sistematik.

B4D4E1

Merekod 15 urus niaga tunai mengikut

prosedur5.

B4D4E2

Merekod 10 urus niaga kredit mengikut

prosedur5.

B4D4E3

Merekod 15 urus niaga ke dalam buku tunai

mengikut prosedur5.

prosedur ¹ : Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan

membuat kemasan.

prosedur2 : Bacaan yang tepat.

prosedur3 : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul.

prosedur4 : Kaedah dan teknik yang betul.

prosedur5 : i. Catatan didebitkan dan dikreditkan dengan betul.

(25)
(26)

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan secara berinisiatif.

Murid boleh : B5D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara

berinisiatif.

B5D2

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif.

B5D3

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang simpan kira secara berinisiatif.

Murid boleh : B5D1E1

Menghasilkan projek reka bentuk dengan daya usaha¹.

B5D2E1

Melukis unjuran ortografik dengan daya usaha².

B5D3E1

Merekod 15 urus niaga tunai dengan daya usaha3.

B5D3E2

Merekod 10 urus niaga kredit dengan daya usaha3.

(27)

B5D3E3

Merekod 15 urus niaga ke dalam buku tunai

dengan daya usaha3.

daya usaha¹ : i. Cantuman kukuh.

ii. Kemasan sempurna.

daya usaha² : i. Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm).

ii. Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. iii. Hasil lukisan betul dan bersih.

(28)
(29)

BAND

STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR

APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS

BAGAIMANA murid persembahkan “APA murid tahu dan boleh buat”

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi serta perdagangan dan

keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh : B6D1

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh : B6D1E1

Menghasilkan projek reka bentuk dengan

nilai tambah1.

(30)

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS

BERDASARKAN BAND TERAS

BERDASARKAN TAJUK TERAS

BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS

BIL. EVIDENS

B1

D1 E1, E2 2

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK B1 D1 E1, E2 2 D2 E1 1 B2 D1 E1 1 D3 E1 1 B3 D1 E1, E2 2 D4 E1, E2, E3 3 B4 D1 E1 1 D5 E1, E2 2 B5 D1 E1 1 B2 D1 E1 1 B6 D1 E1 1 D2 E1 1 ELEKTRONIK B1 D2 E1 1 D3 E1 1 B2 D2 E1 1 D4 E1 1 B3 D2 E1, E2 2 B3 D1 E1, E2 2 B4 D2 E1, E2 2 D2 E1, E2 2 LUKISAN TEKNIK B1 D3 E1 1 D3 E1 1 B2 D3 E1 1 B4 D1 E1 1 B3 D3 E1 1 D2 E1, E2 2 B4 D3 E1 1 D3 E1 1 B5 D2 E1 1

B5 D1 E1 1 MASAKAN B1 D4 E1, E2, E3 3

D2 E1 1 B2 D4 E1 1

B6 D1 E1 1 TANAMAN HIASAN B1 D5 E1, E2 2

(31)

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (PK)

BERDASARKAN BAND ELEKTIF (PK)

BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF (PK)

BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS

BIL. EVIDENS B1 D6 E1 1 PENGENALAN KEPADA PERNIAGAAN B1 D6 E1 1 D7 E1 1 B2 D5 E1 1

D8 E1 1 PENUB. DAN PENGEN.

PERNIAGAAN

B1 D7 E1 1

D9 E1, E2, E3 3 B2 D6 E1, E2 2

B2 D5 E1 1 KEUSAHAWANAN B1 D8 E1 1 D6 E1, E2 2 B2 D7 E1 1 D7 E1 1 SIMPAN KIRA B1 D9 E1, E2, E3 3 D8 E1 1 B2 D8 E1 1

B3 D4 E1, E2, E3 3 B3 D4 E1, E2, E3 3

B4 D4 E1, E2, E3 3 B4 D4 E1, E2, E3 3

B5 D3 E1, E2,E3 3 B5 D4 E1, E2, E3 3

(32)

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya Tel. : 03-88843787 Faks : 03-88843783 Web http://www.moe.gov.my/lpm

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui Kualitas Butir Soal Ujian Akhir Semester Gasal Standar Kompetensi Mengelola Sistem Kearsipan kelas XI Administrasi Perkantoran di

Menurut (Siregar, 2019) bahwa pulsed lip breathing exercise merupakan salah satu bentuk terapi yang efektif untuk memperbaiki penurunan sesak napas, selain mudah,

Untuk memperoleh respon siswa digunakan angket dengan skala Likert. Skala Likert digunakan untuk mengukur sikap, pendapat, dan persepsi seseorang atau sekelompok

Pada saat Peraturan Menteri ini mulai berlaku, seluruh jabatan yang ada beserta pejabat yang memangku jabatan di lingkungan Unit Pelaksana Teknis Bidang Monitor

Pejabat/pegawai yang ditunjuk menyampaikan surat pertimbangan yang telah disahkan oleh Koordinator Kopertis Wilayah V Yogyakarta kepada Ketua Badan Penyelenggara

Disajikan sebuah kalimat rumpang berupa pernyataan tentang seseorang yang harus menyampurkan sedikit garam ke dalam sup, siswa dapat melengkapi kalimat tersebut dengan menggunakan

Menurut TAP MPR RI Nomor XI/MPR/1998 tentang Penyelenggaraan Negara yang bersih dan bebas dari korupsi, kolusi dan nepotisme, tujuan dari sistem pengukuran kinerja adalah

Pada sintesis tahap pertama, terbentuk jaringan polimer kitosan melalui reaksi ikat silang antara gugus amina kitosan dengan gugus karbonil asetaldehida.. Pembentukan