• Tidak ada hasil yang ditemukan

laporan epidemiologi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "laporan epidemiologi"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 1

PENGENALAN

Penyakit denggi adalah disebabkan oleh sejenis kuman yang dipanggil virus denggi.Virus ini tergolong di dalam keluarga Togaviridae. Ia merupakan virus yang berkembang biak dalam serangga. Terdapat 4 jenis 'serotype' virus yang telah dikenalpasti iaitu Den 1, Den 2, Den 3 dan den 4. Semua jenis serotype ini boleh meransang pembentukan antibodi yang berbeza-beza. Namun begitu

kekebalan yang dihasilkan oleh pertahanan badan tidak menyeluruh terhadap semua jenis virus denggi. Ia akan hanya melindungi individu untuk jenis virus tersebut sahaja.Virus ini masuk ke dalam peredaran darah manusia melalui gigitan nyamuk Aedes dan boleh didapati dalam tempoh yang singkat sahaja iaitu 4-5 hari pada tahap awal penyakit

Demam denggi terbahagi kepada dua jenis iaitu demam denggi klasikal iaitu Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'breakbone fever'. Yang kedua ialah demam denggi berdarah iaitu Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering

menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera.

Virus Denggi akan terpendam di dalam badan pesakit selama 3 - 14 hari (purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus. Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile) dijumpai di kawasan tropika dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan bertindan (cross-protection) dan wabak denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus).

(2)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 2

DATA DAN STATISTIK

Rajah 1

Rajah 1 menunjukkan kes denggi yang terjadi di Pengkalan Hulu bermula pada tahun 2005 sehingga 2010. Pada tahun 2005,kes yang dikesan adalah sebanyak 173 kes dimana ini merupakan jumlah kes yang tertinggi sepanjang 2005 hingga 2010. Pada tahun yang berikutnya kes yang

dikesan telah berkurang iaitu sebanyak 96 kes sahaja. Penurunan yang agak banyak ini mungkin disebabkan pelbagai langkah telah diambil untuk menangani masalah tersebut

Pada tahun 2007 kejadian kes meningkat semula iaitu sebanyak 152 kes dan menurun

kembali kepada 133 kes pada tahun 2008. Dapat diperhatikan disini kejadian kes adalah berbeza dan tidak sekata pada setiap tahun. Pada tahun 2009 kes malaria semakin menurun iaitu sebanyak 108 kes sahaja. Bermula pada tahun 2007 sehingga tahun 2010 kes yang dilaporkan terus menurun dan pada 2010 hanya 84 kes yang dikesan.

0 20 40 60 80 100 120 140 160 180 200 2005 2006 2007 2008 2009 2010

(3)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 3 RAJAH 2

Rajah 2 pula menunjukkan bilangan kes mengikut bangsa penduduk Pengkalan Hulu pada tahun 2010. Pada rajah diatas jelas menunjukkan bangsa yang tertinggi menghidap denggi adalah bangsa melayu. Ini mungkin disebabkan majority penduduk di Pengkalan Hulu adalah berbangsa melayu. Bangsa kedua tertinggi yang menghidap denggi selepas bangsa melayu pula ialah bangsa india iaitu sebanyak 19 kes sahaja. Perbezaan yang agak banyak dengan yang berbangsa melayu dapat dilihat.

Selepas bangsa india,bangsa kedua tertinggi yang mengalani denggi adalah bangsa cina. Perbezaan antara bangsa cina dan india hanyalah 2 kes sahaja. Kes yang dikesan pada bangsa cina ialah 17 kes sahaja. Jumlah kes bagi lain-lain bangsa pula masing-masing mencatatkan sebanyak 3 kes sahaja menjadikan jumlah kes adalah berada dalam keadaan terkawal secara keseluruhannya.

Kesimpulannya, majoriti daripada jumlah penduduk di daerah pengkalan hulu adalah terdiri daripada bangsa melayu dan kebanyakan kes demam denggi juga berlaku ke atas mereka dan mungkin juga mereka kurang tentang pengetahuan mengenai bahaya demam denggi menyebabkan mereka tidak mengamalkan langkah-langkah pencegahan demam denggi.

45 17 19 3

BANGSA

MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN

(4)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 4 RAJAH 3

Rajah 3 menunjukkan kes denggi pada setiap bulan sepanjang tahun 2010 di Pengkalan Hulu. Bermula pada Januari hanya terdapat 3 kes yang dikesan pada bulan tersebut. Dapat dilihat dalam graf bulan Januari merupakan kejadian kes yang paling sedikit sepanjang tahun. Pada bulan Februari pula hanya terdapat satu peningkatan kes sahaja berbanding pada bulan Januari.

Peningkatan yang agak banyak dapat dilihat pada graf dimana pada bulan March adalah sebanyak 7 kes. Pada bulan april pula sedikit penurunan kejadian kes iaitu sebanyak 6 kes yang direkodkan. Sedikit lagi penurunan kejadian kes denggi berlaku pada bulan Mei iaitu sebanyak 4 kes sahaja. Penurunan kes mungkin disebabkan adanya usaha untuk mencegah dari terjadinya denggi oleh semua pihak.

Pada bulan Jun pula 5 kes telah direkodkan diikuti dengan bulan Julai dimana jumlah kes yang sama dengan bulan Mei direkodkan iaitu sebanyak 5 kes sahaja. Peningkatan dan penurunan kes yang terjadi adalah bergantung pada semua pihak sama ada anggota kesihatan mahupon orang awam yang bersama-sam dalam mengatasi masalah denggi. Pada bulan Ogos peningkatan yang tinggi berlaku dimana terdapat 12 kes yang direkodkan. Ini merupakan satu peningkatan yang tinggi yang mana pada bulan Julai hanya terdapat 5 kes sahaja. Pada bulan September juga sama dengan bulan Ogos dimana terdapt 12 kes yang dikesan di Pengkalan Hulu.

0 2 4 6 8 10 12

KES DENGGI SEPANJANG TAHUN 2010 di

PENGKALAN HULU

(5)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 5 7 kes direkodkan pada bulan Oktober dan November. Berlaku sedikit penurunan pada kedua-dua bulan ini. Pada hujung tahun pula iaitu bulan Disember peningkatan berlaku semula setelah penurunan kes pada bulan sebelumnya. Jumlah kes pada bulan Disember ialah 12 kes.

RAJAH 4

Rajah 4 menunjukkan kejadian kes denggi mengikut peringkat umur sepanjang tahun 2010 di daerah Pengkalan Hulu. Penyakit denggi boleh menyerang sesiapa sahaja dan tidak mengira

peringkat umur seseorang itu. Dapat dilihat dengan jelas pada graf tentang peringkat umur yang menghidap denggi. Peringkat umur yang paling tinggi mengalami denggi adalah umur 21-40 tahun iaitu sebanyak 35 kes. Pelbagai factor boleh dikaitkan dengan kejadian denggi yang dialami oleh individu yang berumur peringkat ini.

Peringkat umur kedua tertinggi pula ialah umur 11-20 tahun yang mana kes direkod sebanyak 20 kes dan diikuti ketiga tertinggi iaitu peringkat umur 41-60 sebanyak 15 kes. Bagi peringkat umur 1-10 tahun kes yang direkodkan adalah sebanyak 12 kes sahaja. Kes kejadian denggi yang paling sedikit mengikut umur adalah pada peringkat umur 61-70 iaitu hanya sebanyak 3 kes pada tahun 2010. 0 5 10 15 20 25 30 35 40

1-10 TAHUN 11-20 TAHUN 21-40 TAHUN 41-60 TAHUN 61-70 TAHUN

(6)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 6

PERBINCANGAN

Pelbagai langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mencegah rebakan nyamuk aedes ini. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah:

 Memberi pendidikan kesihatan kepada orang ramai

 Elakkan ke kawasan yang berisiko

 Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

 Lindungi diri dari gigtan nyamuk

Memusnahkan tempat pembiakan nyamuk:

 Buangkan air dari pingan-pingan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan itu sehingga bersih untuk memusnahkan telur-telur nyamuk.

 Tutup semua bekas-bekas menyimpan air dengan rapat untuk elakkan nyamuk dari bertelur.

 Masukkan garam sebanyak 2 atau lebih sudu the ke dalam tiap-tiap perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk.

 Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik kedalam bekas menyimpan air tiga bulan sekali.

 Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun-daun kering yang menyekat pengaliran air.

 Pelihara ikan-ikan seperti ikan gapi dan puyu. Ikan-ikan ini memakan jentik-jentik

 Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga dan kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru

 Bekas-bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpul dan dibuang kedalam tong sampah atau ditanam

(7)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 7 Gambarajah diatas menunjukkan tiga perkara yang perlu diambil perhatian yang sangat

penting bagi mencegah, mengawal dan merawat kes-kes denggi. Ketiga-tiga perkara diatas iaitu kolam jangkitan, putus transmisi jangkitan, dan lindungi hos adalah tiga perkara yang sangat berkait rapat.

Kolam jangkitan merujuk kepada manusia, dan agen penyebab/vektor. Untuk mengelakkan

agen penyebab menjangkiti hos rentan, agen penyebab perlu dikawal. Agen penyebab bagi denggi adalah nyamuk betina genus anopheles. Langkah-langkah untuk menggelakan agen penyebab menjangkiti hos adalah dengan mengurangkan pembiakannya melalui menutup lubang-lubang yang terbuka, menghapuskan bekas-bekas yang berisi air dan membina limpahan yang selamat. Selain itu, langkah kedua adalah dengan membunuh larva dengan cara memelihara ikan gapi dan

menggunakan bahan pembunuh seperti minyak petrol. Langkah ketiga ialah membunuh nyamuk dewasa. Semburan DDt atau Malation ke lokasi-lokasi yang kerap dilaporkan kes jangkitan. Langkah keempat ialah memusnahkan parasit. Kes-kes yang disyaki perlulah dirawat dengan sempurna. Bagi ibu yang mengandung, prophyllaxis perlulah diberikan.

Kolam jangkitan

PENCEGAHAN DENGGI

Lindungi hos Putus transmisi jangkitan

(8)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 8

Lindungi hos yang rentan bermaksud melindungi manusia daripada mendapat jangkitan.

Seseorang yang belum terkena penyakit ini mestilah menggelakan diri daripada digigit nyamuk yang infektif. Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat hidup nyamuk iaitu waktu-waktu nyamuk selalu aktif dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi terutama pada bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Selain pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk

mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Untuk memutuskan transmisi jangkitan, adalah dengan mengurangkan pembiakannya

melalui menutup lubang-lubang yang terbuka, menghapuskan bekas-bekas yang berisi air dan

membina limpahan yang selamat. Selain itu, langkah kedua adalah dengan membunuh larva dengan cara memelihara ikan gapi dan menggunakan bahan pembunuh seperti minyak petrol. Langkah ketiga ialah membunuh nyamuk dewasa. Semburan DDt atau Malation ke lokasi-lokasi yang kerap dilaporkan kes jangkitan. Langkah keempat ialah memusnahkan parasit. Kes-kes yang disyaki perlulah dirawat dengan sempurna. Selain itu, seseorang yang telah dijangkiti dengan virus denggi perlulah diisolasikan untuk elakkan digigit nyamuk yang belum terinfeksi. Pemindahan darah juga perlu diteliti. Pemindahan darah juga boleh menjangkitkan manusia. Apabila darah dipindahkan dari pesakit denggi kepada orang lain, secara langsung penyakit ini juga turut dipindahkan. Oleh itu, elakkan seseorang yang disyaki dari menderma darah.

(9)

DIPLOMA PEMBANTU PERUBATAN Page 9

RUMUSAN

Rumusannya penyakit denggi merupakan sejenis penyakit yang berbahaya yang mana boleh mengakibatkan kematian kepada penghidapnya. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan perlulah dititikberatkan agar penyakit denggi ini dapat dibendung pada masa akan datang. Semua pihak

hendaklah memainkan peranan masing-masing dalam langkah kawalan dan pencegahan. Sebagai contoh ahli rumah perlulah sentiasa menjaga kebersihan kawasan rumah agar pembiakan nyamuk tidak berlaku. Segala aktiviti pencegahan seperti semburan fogging perlu dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Media massa juga perlu memainkan peranan yang penting dalam langkah pencegahan iaitu mempromosikan tentang bahaya denggi kepada orang ramai.

Komplikasi demam denggi ialah demam denggi berdarah dan sindrom renjatan denggi. Pada umumnya, prognosis bagi demam denggi dan demam denggi berdarah adalah baik jika rawatan sokongan diberi lebih awal. Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu lebih peka terhadap kawasan sekitar tempat tinggal mereka agar nyamuk ini tidak dapat membiak dengan membersihkan kawasan rumah dan membuang segala sampah sarap yang mungkin menjadi sarang nyamuk ini melakukan proses pembiakkan malah pihak berkuasa juga perlu memastikan setiap premis bebas daripada denggi.

Segala aktiviti kawalan dan pencegahan tidak akan berjaya jika tiada kerjasama dari semua pihak sama ada anggota kesihatan mahupun orang awam. Strategi kawalan dan pencegahan juga perlulah ditingkatkan kualiti kesannya oleh pihak kerajaan. Rehabilitasi juga amat penting dalam langkah kawalan dan pencegahan kepada individu yang telah menghidap penyakit denggi. Dengan ini, semua langkah dan pencegahan yang telah dibincangkan diatas amat penting bagi melahirkan masyarakat yang mempunyai kesihatan yang optimum. Masyarakat yang sihat akan menjadikan sesebuah negara lebih maju dan kehadapan.

Referensi

Dokumen terkait

Pakan komplit dengan lama pemeraman berbeda yang berbahan dasar ampas sagu berpengaruh sangat nyata terhadap(P<0.05) terhadap kandungan bahan kering (BK) in vitro dan

Tujuan umum dari penelitian ini ialah untuk mengetahui efektivitas pengelolaan kursus menjahit tingkat dasar dalam rangka meningkatkan kompetensi lulusan. Adapun

a) Pengujian dilakukan dengan memberikan nilai cluster yang berbeda-beda diantaranya: 5, 10, 15, dan 20. c) Citra acuan yang digunakan adalah citra yang tersimpan di dalam

Berbeda dengan media sosial seperti Twitter dan Facebook yang menggunakan lebih dari dua hashtag untuk mengurangi keterlibatan, pengguna Instagram tidak akan puas

Untuk Pendidik di SMP Negeri 1 Madapangga Lebih tepatnya guru PKn dan para guru lainnya agar lebih aktif lagi untuk mengikuti program MGMP, sebab di dalam aktifitas

Agar pelaksanaan kebebasan akademik dan kebebasan mimbar akademik dapat terselenggara dengan baik, maka perlu dibuat ketentuan atas dasar nilai-nilai atau

Untuk pengambilan data lebih difokuskan kepada kondisi eksisting industri kreatif Kota Bandung meliputi jumlah asset yang digunakan, jumlah tenaga kerja yang terlibat, dan

Bergson da, bu açık tartışmaya olabildiğince "tarafsız" bir çeh- re ile karışır ve hükümlerini bu itibarla daha fazla kıymetlen- dirmek kaygısı güder. Ancak