• Tidak ada hasil yang ditemukan

INTERVENSI MENANGANI MASALAH DISIPLIN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "INTERVENSI MENANGANI MASALAH DISIPLIN"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)c  c   c  

(2) cc c    Tteknik Modifikasi Tingkah Laku adalah merupakan salah satu intervensi yang boleh digunakan oleh guru dalam menguruskan disiplin di dalam bilik darjah. Teknik Modifikasi Tingkah Laku menggunakan prinsip peneguhan. Di dalam teori peneguhan, tingkha laku murid ditentukan oleh akibat yang bakal diterima selepas tingkah laku ditunjukkan. Tingkah laku ini akan dipelajari oleh murid berdasarkan akibat atau peneguhan tersebut. Murid akan mempelajari tingkahlaku yang diterima atau tidak diterima bedasarkan respon yang diperoleh daripada persekitaran. Oleh itu, akibat memainkan peranan penting dalam menguatkan atau melemahkan tingkahlaku yang akan ditunjukkan pada masa akan datang. Secara keseluruhan, teori peneguhan menyatakan: y. Tingkahlaku dipengaruhi oleh akibat selepas tingkahlaku ditunjukan.. y. Tingkah. laku. boleh. dibentuk,. dikekalkan,. diteguhkan. atau. dilemahkan. berdasarkan akibat yang diberikan. y. Teknik modofikasi tingkahlaku bertindak berdasarkan tingkah laku yang diberi ganjaran akan diulangi manakala yang tidak diberi ganjaran akan terlepas.. y. Mengikut kajian, peneguhan positif (ganjaran) adalah lebih berkesan daripada dendaan iaitu guru digalakkan menggunakan peneguhan positif dalam memodifikasikan tingkah laku murid dalam bilik darjah..   Terdapat pelbagai jenis peneguhan yang boleh digunakan dengan berkesan untuk memodifikasikan. tingkah. laku. yang. diingini.. Keberkesanan. sesuatu. peneguh. bergantung kepada ciri-ciri dan minat murid. Ciri-ciri dan minat murid sekolah rendah adalah berbeza dengan pelajar sekolah menengah. Hal ini juga bergantung kepada situasi di mana peneguhan itu digunakan dan bentuk tingkahlaku yang diingini. Faktorfaktor murid seperti umur, latar belakang, tahap pembelajaran, tingkahlaku yang ingin dibentuk, kesukaran aktiviti dan tahap kemahiran akan mempengaruhi keberkesanan.

(3) peneguhan. Menurut Larrive (2005), terdapat lapan peringkat peneguh seperti yang ditunjukkan dalam jadual.. Kepuasan kendiri (peneguh dalaman, mendapat kepuasan diri). Perakuan guru (pujian dan perhatian guru, ibu bapa). pengiktirafan rakan(diterima/ dipuji oleh rakan sebaya). keistimewaan (menjadi ketua kumpulan, penolong guru, rehat awal, kurang tugasan) Aktiviti(aktiviti yang diminati oleh murid seperti bermain komputer, menolong guru dan membaca buku yang diminati) Token(barangan seperti lencana, markah, bintang yang dapat ditukar dgn peneguh yang lain) Barangan (permainan, pelekat, hadiah, sijil). Bahan makanan (coklat, gula-gula, kismis, kacang). Peringkat-peringkat ini mengikut hierarki. Bermula dengan peringkat-peringkat yang paling rendah (peringkat 1-3) yang berbentuk kebendaan sehinggalah peringkat lebih tinggi yang melibatkan minat murid (peringkat 4-5) diikuti dengan pengiktirafan sosial (peringkat 6-7) dan peneguh yang paling utama iaitu murid itu sendiri. Pada peringkat 8 pula, murid cuba melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini kerana tingkah laku ini memuaskan dirinya sendiri. Peneghu bermula daripada luaran dan bersifat kebendaan, beralih kepada pengiktirafan orang luar dan diakhiri dengan peneguh dalaman yang bersifat lebih kekal dan berkesan..

(4) Terdapat dua prinsip penggunaan hierarki peneguhan iaitu: * Prinsip 1 Guru dinasihatkan hanya menggunakan peneguh peringkat rendah untuk meneguhkan tingkah laku yang baru hendak dibentuk atau untuk mengekalkan tingkah laku yang diingini. * Prinsip 2 Peneguhan perlu ada kesinambunagn. Guru bermula dengan peringkat rendah dan perlu beralih kepada peringkat peneguh yang lebih tinggi. Peneguhan peringkat rendah biasanya hanya sesuai sekiranya guru ingin mula membentuk/memodifikasi tingkah laku. Sekiranya ingin terus digunakan, murid akan lebih berminat dengan ganjaran tersebut(motivasi ekstrinsik) dan hal ini akan mengurangkan motivasi instrinsik murid. Selepas seketika, guru perlu beralih kepada meneguh yang bukan berbentuk barangan, contohnya seperti peneguh yang melibatkan minat murid. Peneguhan ini boleh bermula dengan token. Token yang dikumpul boleh ditukarkan dengan sesuatu yang menarik minat murid tetapi dalam bentuk yang bermanfaat seperti melayari internet, membaca buku pilihan, berpeluang memilih tugasan dan sebagainya. Kemudian guru beralih kepada peneguh berbentuk aktiviti/keistimewaan yang dapat menaikkan motivasi dalaman murid. Contohnya, keistimewaan memilih kumpulan sendiri, keistimewaan menjadi ketua tugasan/ penolong guru dan sebagainya. Setrusnya, peneguhan ini boleh diikuti dengan pengiktirafan. Guru boleh melatih murid-murid di dalam kelas untuk menghargai rakanrakan mereka yang berkelakuan baik. Mereka perlu dilatih untuk tidak memandang negatif kepada rakan mereka yang mendapat pengiktirafan. Sifat cemburu dan ejekan rakan boleh melemahkan peneguhan berbentuk peneguhan berbentuk pengiktirafan. Guru harus menyedarkan murid-murid yang lain dengan mengatakan sesiapa juga boleh mendapat pengiktirafan sekiranya mereka menunjukkan tingkah laku yang bermanfaat kepada diri dan rakan sekelas. Akhir sekali, peneguhan yang bersifat dalaman adalah yang paling berkesan. Murid sudah tidak memerlukan ganjaran kebendaan atau pengiktirafan sosial untuk berkelakuan baik. Pengaruh merupakan kepuasan diri mereka sendiri. Guru.

(5) memperoleh murid-murid sebegini dianggap sudah mencapai hierarki tertinggi dalam peneguhan. c

(6) cccc      Kadangkala adalah perlu bagi guru untuk mengadakan suatu bentuk sistem modifikasi tingkah laku yang formal dan berstruktur. Hal ini untuk memastikan tingkah laku yang hendak dibentuk dicatatkan dengan jelas berserta dengan akibat atau peneguhan yang akan diterima. Mengikut Larrivee (2005), terdapat dua sistem yang boleh digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku murid secara berstruktur dan sistematik iaitu: y. Sistem kontrak tingkah laku. y. Sistem token. !"!  Sistem ini merupakan satu kontrak berstruktur yang dibentuk oleh guru dengan seorang murid atau dengan kumpulan murid. Kontrak akan dibentuk setelah mendapat persetujuan daripada kedua-dua belah pihak terhadap tingkah laku yang diingini. Untuk memastikan keberkesanan kontrak tersebut, guru perlu: y. Berjumpa dengan murid tersebut dan terangkan rasional dan langkah-langkah yang perlu untuk memastikan kontrak tersebut berkesan.. y. Meminta bantuan pihak-pihak lain seperti guru lain dan ibu bapa untuk memastikan murid tersebut mematuhi kontrak yang dipersetujui.. y. Menetapkan matlamat jangka masa yang panjang supaya murid dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini walaupun kontrak sudah berakhir.. Langkah-langkah membina kontrak tingkah laku adalah: 1. Melibatkan murid dalam pembentukan kontrak. 2. Tingkahlaku yang diingini perlu dinyatakan dalam bentuk yang positif. Contohnya, µsekiranya awak melaksanakan kerja dengan senyap(positif)¶. Dan bukannya, µsekiranya awak bising semasa melakukan kerja, awak akan demerit 3 markah(negatif)¶..

(7) 3. Tingkahlaku yang ingin dicapai perlu dinyatakan dengan jelas. 4. Kontrak perlu dibentuk untuk satu jangka masa yang ditetapkan. 5. Kontrak perlu disesuaikan dengan murid. Kontrak yang dibentuk mesti boleh dicapai dan dituruti oleh murid. 6. Peneguhan dan ganjaran perlu mendapat persetujuan bersama antara guru dan murid. 7. Peneguhan dan ganjaran yang dijanjikan di dalam kontrak perlu diberikan dengan kerap dan segera pada permulaan jangka masa kontrak. 8. Kontrak perlu ditandatangani oleh semua pihak yang terlibat dalam perlaksanaan kontrak tersebut. Terdapat dua jenis kontrak tingkahlaku iaitu: y. Kontrak sosial- kontrak mudah yang digunakan untuk mengubah tingkahlaku sosial murid.. y. Kontrak. akademik-kontrak. mudah. yang. digunakan. untuk. membantu masalah tingkahlaku akademik murid. !" Token berfungsi seperti wang yang dapat ditukar seperti barangan yang digemari atau aktiviti yang menyeronokkan. Sistem token selalu digunakan di dalam kelas-kelas pemulihan atau pendidikan khas. Walaubagaimanapun, sistem ini juga boleh digunakan di dalam kelas-kelas biasa. Langkah-langkah membina sistem token adalah: 1) Senaraikan tingkah laku-tingkah laku spesifik yang akan diberikan token. 2) Pilih token yang senang dicari dan digunakan. 3) Tetapi kekerapan memberikan token dan masa token akan diberikan? 4) Tetapkan siapakah yang akan memberikan token? (guru, rakan sekelas atau murid sendiri). 5) Senaraikan peneguh atau ganjaran yang akan diterima melalui token yang dikutip. 6) Tetapkan masa bilakah token dapat ditukar dengan ganjaran. 7) Memilih peneguh/ganjaran yang tepat.

(8) Cara yang terbaik untuk menentukan ganjaran yang diberikan berkesan adalah dengan memerhatikan tingkah laku murid semasa mendapat ganjaran. Kadangkala ganjaran yang diberikan kepada murid tertentu sesuai, tetapi tidak sesuai pula dengan murid yang lain. Contohnya, apabila guru memuji Amy di hadapan kelas, dia kelihatan gembira dan meningkatkan udaha selepas dipuji. Berlainan pula dengan Kevin, apabila dipuji di hadapan kelas, mukanya merah padam dan kelihatan tidak selesa. Selepas dipuji , Kevin mengelak daripada menjawab soalan guru. Strategi-strategi berikut boleh digunakan untuk membantu guru memilih peneguh yang sesuai. Antaranya ialah: 1. Perhatikan murid dan kenal pasi apakah aktiviti yang menyeronokkan murid atau apakah kesukaan murid? Kesukaan murid akan menjadi peneguh yang berkesan. 2. Tanya kepada murid dan bincang dengan murid bentuk peneguh yang disukai oleh mereka? Guru juga boleh menyuruh murid menulis peneguh/ganjaran yang disukai oleh mereka ataupun guru membuat senarai ganjaran dan meminta mereka memilih daripada ganjaran yang tersenarai. 3. Kadangkala beri murid kejutan atau ganjaran misteri yang tidak dijangka oleh murid. Kejutan akan membangkitkan elemen suspen dan menarik perhatian murid. 4. Tukar ganti peneguh apabila sudah diguna pakai untuk jangka masa yang lama. Peneguh yang sudah biasa akan membuatkan murid berasa bosan dan jemu. Hal ini akan mengurangkan keberkesanan peneguh/ganjaran. Senarai di bawah memberikan contoh-contoh peneguh/ganjaran yang boleh diberikan oleh guru di dalam bilik darjah: (i) Ganjaran Aktiviti Menggunakan komputer. Menolong murid lain. Menolong guru. Merancang aktiviti kelas. Membaca buku yang dipilih. Belajar sendiri. Pergi ke perpustakaan. Membuat kraf tangan.

(9) Menghias bulletin kelas. Membantu guru mengajar (ii) Ganjaran keistimewaan. Masa rehat tambahan. Pencatat markah kelas. Memilih tempat duduk. Menggunakan alatan guru. Kurang kerja rumah. Memilih kerja rumah. Lebih masa bermain komputer. Dipilih menjadi murid terbaik. Ketua kumpulan. Boleh membuat kerja bebas. Bebas memilih pasangan aktiviti. Memberikan markah pada aktiviti. Orang pertama keluar rehat. Tidak perlu membuat tugasan tertentu. Dipilih untuk mempamerkan hasil kerja. Dipilih untuk menyertai projek khas. (iii) Jenis-jenis token Lencana untuk dipakai. Cip untuk dikumpul. Sijil. Duit mainan. Markah. Warna tertentu pada carta. Pelekat atau bintang. Bahagian tertentu pada  . Pelan Intervensi Pengurusan Kendiri Tingkah Laku Murid Pengurusan modifikasi tingkah laku murid merupakan suatu intervensi yang berkesan untuk menguruskan tingkah laku murid di dalam bilik darja. Hal ini boleh dimulakan oleh guru tetapi boleh ditingkatkan dengan pengurusan kendiri oleh murid. Dalam pengurusan modifikasi tingkah laku, akibat dan peneguhan akan ditetapkan oleh murid sendiri. Mereka bertanggungjawab atas tingkah lakuyang ditunjukkan oleh mereka. Apabila mereka menunjukkan tingkah laku tertentu, mereka akan memberikan ganjaran atau peneguhan yang tertentu yang telah ditetapkan oleh mereka sendiri. Pada peringkat permulaan, murid perlu dibimbing dan ditunjuk ajar untuk menguruskan sendiri modifikasi tingkah laku mereka. Guru perlu memerhati dan mengawasi supaya murid sedar perkara yang dilakukan, mengikut apa-apa yang ditetapkan dan melakukan pengurusan kendiri dengan betul dan berkesan. Membantu murid membuat pengurusan kendiri modifikasi tingkah laku memerlukan kerjasama yang baik antara guru dengan.

(10) murid. Guru dan murid perlu bekerja secara kolaboratif untuk memastikan usaha ini berkesan. Untuk memulakan pengurusan kenduri, guru perlu memotivasikan murid untuk mengubah tingkah laku mereka kepada bentuk tingkah laku yang diingini dan bermanfaat kepada murid. Hal ini boleh dilakukan melalui perbincangan dengan murid tersebut.. Guru. perlu. mendengar. dengan. aktif. tentang. masalah. murid. dan. memotivasikan mereka untuk berubah kepada perlakuan yang lebih baik. Bekerjasama secara kolaboratif dengan murid supaya mereka secara sukarela bersedia untuk mengubah tingkah laku mereka. Selepas itu, guru bersama-sama dengan murid mengenal pasti tingkah laku yang ingin diubah dan mengenal pasti tingkah laku yang bagaimana ingin diubah. Contohnya, guru mengenal pasti murid tersebut mempunyai masalah suka bercakap dengan rakan semasa guru sedang mengajar. Hal ini merugikan murid kerana mereka tidak akan memahami apa-apa yang sedang diajar. Di samping itu, keadaan ini juga menganggu rakan lain yang ingin belajar. Setelah masalah dikenal pasti, guru menyedarkan murid dan memberikan motivasi kepada murid. Sekiranya murid sedar dan ingin berubah, guru membimbing murid tersebut supaya menguruskan sendiri modifikasi tingkah laku yang perlu diubah. Kemudian guru dan murid menetapkan matlamat tingkah laku yang ingin diubah seperti pada minggu pertama, murid akan bercakap dengan rakan sebelah hanya dua kali semasa gurusedang mengajar. Guru seterusnya membimbing murid mencatat dan mengawasi perlakuannya sendiri dan mendapatkan ganjaran terhadap perlakuannya yang telah berjaya diubah. Secara dasarnya, berikut merupakan langkah-langkah yang boleh digunakan oleh guru untuk membantu murid mempunyai pelan intervensi modifikasi tingkah laku sendiri. Antara adalah: 1) Tetapkan tingkah laku yang ingin diubah. 2) Sedarkan murid tentang situasi dan kekerapan tingkah laku bermasalah yang bermasalah yang ditunjukkan. 3) Kenalpasti beberapa tingkah laku yang diingini yang boleh digunakan oleh murid untuk ditukar dengan tingkah laku yang bermasalah tadi..

(11) 4) Tetapkan matlamat yang realistik untuk murid mengubah tingkah lakunya. 5) Bincangkan akibat yang mendatangkan kesan kepada murid. Akibat tersebut seboleh-bolehnya berbentuk positif tetapi boelh menjadi akibat negatif sekiranya perlu. 6) Bina besama-sama dengan murid satu sistem pengurusan kendiri yang mudah untuk murid mengawasi tingkah laku mereka dan bagaimana catatan dibuat terhadap pengawasan tersebut. 7) Guru merekod pengawasan kendiri yang dijalankan oleh murid dalam bentuk carta graf supaya tingkah laku yang ingin dibentuk dapat dipandu. 8) Buat penilaian terhadap perubahan tingkah laku yang telah ditunjukkan dan tentukan jenis dan jumlah akibat positif dan negatif yang diperoleh murid sepanjang pengurusan kendiri itu dilakukan. 9) Berikan peluang kepada murid untuk mengurus akibat dan peneguhan yang diperoleh. 10) Buat penilaian terhadap perkembangan murid secara berterusan. 11) Ubah program atau sistem apabila diperlukan (matlamat, akibat, peneguhan, corak pemerhatian dan cara memantau). 12) Beritahu murid-murid lain tentang kejayaan murid mengubah tingkah lakunya sendiri dan bagaimana kesannya kepada diri murid tersebut dan orang lain di persekitaran. 13) Bombing murid seboleh yang mungkin untuk mendapatkan peneguhan secara intrinsik (dalaman) terhadap tingkah laku yang berjaya diubah. Contohnya, perasaan puas hati terhadap diri sendiri, perasaan gembira kerana mempunyai lebih ramai kawan, perasaan tenang kerana boleh belajar dengan lebih berkesan. 14) Perlahan-lahan bantu murid untuk mengurangkan peneguhan berbentuk ekstrinsik (luaran). 15) Matlamat utama ialah perubahan tingkah laku murid kekal walaupun tanpa peneguhan ekstrinsik..

(12)

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan kajian ialah untuk mengukur tahap kewujudan masalah disleksia yang mempengaruhi pencapaian dalam pelajaran serta tingkah laku murid pemulihan di sekolah-sekolah

Kajian ini dijalankan bagi mengkaji kesan Intervensi Psiko-Positif antara kumpulan rawatan dan kawalan terhadap tingkah laku agresif, kemurungan dan kecenderungan

41 Melalui pemerhatian yang telah penyelidik jalankan, perubahan tingkah laku murid setelah kelas akronim dijalankan adalah bersesuaian dengan pendapat Mok Soon Sang

Kajian ini telah menunjukkan penggunaan terapi tingkah laku kognitif yang memfokuskan kepada bidang pengetahuan tentang buli, memahami sebab diri dibuli dan efikasi kendiri oleh

Wawancara Behavioral Teknik wawancara behavioral ini bertujuan untuk menemukan informasi mengenai tingkah laku yang bermasalah berdasarkan sejarah dan hubungannya dengan factor-faktor

Jika perkara sebegini dijalankan, pihak majikan akan berfikir dengan terbuka untuk mengambil pekerja bekas penagih dadah kerana telah ada hitam putih daripada AADK dan juga bekas

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai pengaruh faktor tingkah laku guru, faktor latar belakang keluarga pelajar, faktor rakan sebaya dan faktor diri sendiri terhadap