Puji Lughahwi
Memuji kepada Allah Taala dengan lidahnya sebab muqabalah dengan nikmat atau tiada muqabalah dengannya.
Puji Istilahi
Memuji Allah Taala sebab memberi nikmat atau lain-lain sama saja ada memuji dengan lidah atau dengan jawarih atau dengan hati.
Puji Syukur yang Lughahwi
Bersamaan puji yang istilahi menurut kata setengan Ulama’ R.A. Puji Syukur yang Istilahi
Merintahkan atau menghargai nikmat Allah Taala yang telah dikurniakan kepadanya seperti nikmat mata, lidah, telinga, akal, fikiran, jawarih, dan sebagainya agar dipergunakannya dengan sebaik-baiknya ke arah memperoleh keredhaan Allah S.W.T
Salam
Salam Allah Taala kepada Nabi S.A.W itu ialah rencana daripada hidayah Allah Taala yang munasabah kepada martabat Rasulullah S.A.W. Setengah Ulama’ berkata: Rencana berupa kesejahteraan (terselamat) daripada fitnah dunia dan akhirat. Ada pula yang berkata: Rencana berupa pemeliharaan Allah Taala daripada dosa besar dan dosa kecil. Sesetengahnya pula ada berkata: Rencana berupa pemeliharaan Allah Taala daripada mendapat ‘aradh basyariah yang boleh menjatuh dan mencelakakannya.
Selawat
Selawat ke atas Nabi S.A.W itu ialah rencana daripada pemberian anugerah Allah Taala dengan anugerah yang tiada inhishar dalam keadaan yang disertakan dengan ta’zim. Selawat daripada Allah Taala itu dinamakan rahmat.Selawat daripada malaikat itu dinamakan istighfar. Selawat daripada manusia dan jin itu dinamakan doa.Selawat daripada haiwan dan jamadat dan sebagainya itu dinamakan ibtihal dan tadharru’.
Nabi
Nabi itu ialah manusia lelaki lagi merdeka yang diberikan wahi oleh Allah S.W.T dalam keadaan disuruh sampaikan kepada makhluk atau tiada.
Ilmu tauhid
Mengifradkan yang disembah sebenarnya dengan ibadatnya serta mengiktikadkan wahdaniyat zatNya dan sifatNya dan af’alnya.
Nama agama
Rencana daripada perintah Allah Taala yang dibawa oleh Nabi kita Muhammad S.A.W sampai kepada orang mukallaf. Dan kata setengah ulama: Ia merupakan rencana daripada ketaatan. Ada yang berkata: ia merupakan rencana daripada juzu’ dalam hari kiamat. Ada pula yang berkata: Ia merupakan rencana daripada hisab tetapi yang awal itulah yang lebih rajih.
Wahyu
Rencana daripada yang disampaikan Jibrail A.S kepada Nabi kita Muhammad S.A.W serta bacanya Jibrail kepadanya S.A.W.
Ahli keluarga nabi
Daripada Imam Syafie R.A: keluarga itu khusus kepada anak cucu Hashim dan Muthalib yang mu’minin lagi haram makan zakat dan berkata Imam Malik R.A: keluarga itu khusus kepada anak cucu Hashim jua dan bukan anak Muthalib dan kata Syeikh Abdus Salam Rahimahullah Alaihi: Keluarganya itu ialah sekalian orang yang Muttaqi kepada Allah Taala daripada umat Nabi Muhammad S.A.W.
Sahabat Baginda Nabi
Sahabat itu orang yang berhimpun serta Nabi Muhammad S.A.W ketika hidupnya mukmin dengan adat orang yang berhimpun dan mati halnya beriman dan jikalau kecil atau buta sekalipun.
Ilmu
Ilmu itu mengenal akan suatu akan hakikatnya. Maka kata Ulama’ yang rajih dan adapun ilmu itu dibahagi atas dua bahagi pertama ilmu tasawwur dan ilmu Tasdiq.
Ilmu tasawwur
1. Tasawwur Mutlak
Iaitu mentaswirkan barang sesuatu didalam zihin yakni hati 2. Tasawwur Tawassad
Iaitu mentaswirkan barang yang suatu di dalam zihin serta jazam. Ilmu Tasdiq
Iaitu ditaswirkan barang sesuatu di dalam zihin serta jazam lagi muafakat dalam hakikatnya istbat keadaannya atau nafi.
Raja’
Mengharap-harap hati di dalam mengesahkan barang suatu yang lagi akan datang berserta mengerjakan sebabnya yang hasil dengan demikian itu atau mengharap hasil sesuatu pada masa akan datang serta mengerjakan sebabnya atau mengerjakan ibadat hanya untuk Allah Taala kerana mengharap-harap SyurgaNya atau kerana mengharap-harap keredhaanNya atau berharap-harap bertemu dengan mahbubNya.
Qabul
Menerima dengan barang sesuatu itu rencana redha dengan dia serta tiada iktirad atas orang yang mengerja dia. Maka inilah kata Ulama’ yang rajih dan kata setengah Ulama’ yakni serta diberi pahala atas demikian itu.
Tham’ah
Mengerjakan ibadat kepada Allah S.W.T keadaan mengharap pahala akhirat maka iaitu thom’ah yang Mahmud dan adapun thom’ah atas pekerjaan yang bangsa dunia itu maka iaitu daripada sifat hati yang mazmumah.
Hukum Akal 1. Wajib
Barang yang tentu adanya 2. Mustahil
Barang yang tentu tiadanya 3. Jaiz
Barang yang sah adanya dan sah tiadanya.
Adapun makna hukum akal ialah rencana daripada mengisbatkan daripada satu perbuatan atau menafikan dia.
Hukum Adat
Rencana daripada menyertai satu perbuatan serta takrir halnya sah menyalahi dan tiada memberi bekas salah suatu itu kepada lainnya.
Hukum Syarak
Rencana daripada hukum Allah S.W.T kepada hambanya dengan thalabnya dan ibahahnya dan wadha’ dan
1. Wajib yang bangsa syarak
Barang yang dapat pahala jikalau dikerjakannya dan dapat seksa jikalau ditinggalkannya. 2. Haram
Barang yang dapat pahala jikalau dijauh dan dapat seksa kalau dikerjakan. 3. Makruh
Barang yang dapat pahala jikalau dijauh dan tiada dapat seksa jikalau dikerjakan. 4. Sunat
Barang yang dapat pahala jikalau dikerjakan dan tiada diseksa jikalau ditinggalkan. 5. Mubah
Barang yang bersamaan mengerjakan dan meninggalkan yakni tiada dapat pahala dan tiada dapat seksa.
Wada’
Allah Taala menjadikan tanda alamat bagi hukum syarak yang lima perkara itu, maka iaitu dibahagi atas tiga bahagi:
1. Sebab
Sesuatu yang sudah lazim tiada wujud sebab, sehingga menjadi lazim tiada wujud musabab, sedang wujud sebab itu lazim wujud musabab.
2. Syarat 3. Mani’
Sesuatu yang sudah lazim berupa wujud mani’ sehingga menjadi lazim tiada mamnu’ yang adakalanya menjadi ‘adam.
Taklif Syara’
Dengan melazimkan mengerjakan barang yang diwajibkan oleh Allah S.W.T atau meninggalkan barang yang ditegahkan oleh Allah S.W.T kepadanya atau iktikadkan barang yang wajib itu tentu wajibnya dan barang yang haram itu diiktikadkan haramnya dan barang yang makruh itu diiktikadkan haramnya dan barang yang makruh itu diiktikadkan makruh dan barang yang mandub itu diiktikadkan mandubnya. Ilmu
Mengetahui barang suatu dengan pengenal dengan yang yakin tulus isbat keadaannya atau nafi. Iktikad
Nazhari
Mentertibkan dua ma’lum atau lebih supaya sampai kepada ma’lum yakin. Alam Tinggi
Alam yang tinggi itu barang yang di atas falakiyah Alam yang di bawah
Yakni dibawah falakiyah sampai kepada diri yakni makhluk yang berada di bawah sekali. Iman
Tasdiq yang putus akan wujud Allah S.W.T yang bersifat dengan sifat uluhiyah dan Maha Suci daripada bersifat naqais dan Nabi Muhammad itu tentu pesuruh Allah S.W.T yang benar khabarnya lagi kepercayaan dan barang yang dibawa oleh Nabi Muhammad itu tentu benar khabarnya.kata Imam Asy’ari R.A.
Dan kata Imam Abu Mansur Al-Maturidi R.A erti iman itu adalah iktikad yang putus yang sampai kesudahan putus akan wujud Allah S.W.T dan benar barang yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Islam
Mengerjakan barang yang disuruh oleh Allah S.W.T dan menjauh daripada barang yang ditegah oleh Allah S.W.T diiktikadkan yang demikian itu benar daripada Allah dan Rasulnya seperti barang yang dikata oleh jemaah daripada Imam Abu Mansur Al-Maturidi R.A. Erti islam itu mengerjakan barang yang disuruh oleh Allah S.W.T dan iman dan islam kepadanya itu berlainan mafhumnya dan jikalau melazim keduanya sekalipun yakni tiada dapat iman melainkan serta islam dan demikianlah akasnya.
Kepada Imam Abu Mansur, iman dan islam itu satu mafhum yakni ia islam ia iman kerana makna islam kepadanya itu rencana daripada qabul dan iz’an kepada hukum Allah Taala serta ilmu istikbar.
Haji
Rencana daripada ziarah kepada Kaabah Allah dengan mengerjakannya lima perkara dan iaitu Ihram serta haji dan wukuf di Padang Arafah dan tawaf Kaabah Allah dan sa’ie antara Bukit Safa dan Marwah, bercukur dan tertib.
Solat
Solat itu pada lughah ini doa dan kepada syarak itu rencana daripada beberapa perbuatan yang ditentukan yang dimulai dengan takbir dan sudah dengan salam.
Puasa
Rencana daripada Imsak pada berbuat serta dengan niat. Zakat
Zakat pada lughah itu iaitu bertambah-tambah dan di dalam syarak iaitu mengeluarkan sesuatu daripada harta yang sampai nisab bagi orang yang sampai mustahak dan hukumnya semata-mata yang telah tersebut itu iaitu telah tersebut di dalam ilmu fekah.
Sifat nafsiah
Sifat Salbiah
Barang yang madlulnya itu menafikan barang yang tiada layak bagi Allah Taala. Sifat Ma’ani
Rencana daripada sifat yang maujud bagi zat. Sifat Ma’nawiyah
Tiap-tiap sifat yang tsubut bagi zat halnya melazim sifat ma’ani. Wujud
Wujud itu sifat nafsiah yang bererti wajib bagi Allah S.W.T itu bersifat WujudNya dengan ZatNya yang menafikan ‘adam sabik, ‘adam lahiq dan ‘adam mustamir iaitu dibilang sifat berdasarkan mazhab Abu Mansur r.a tetapi menurut Imam Asy’ari r.a ialah a’in zat bukat sifat yang bertambah.
Qidam
Qidam itu sendiri menafikan ‘adam yang mendahului wujud atau tiada permulaan atas wujudnya atau tidak ada yang memulai dalam wujudnya sehingga ketiga-tiga maknanya itu bersamaan jua.
Baqa’
Rencana tentang kekal wujud dalam zaman akan datang disertai dengan tiada kesudahan iaitu qaul yang dhaif. Ada Ulama’ berkata: Qidam dan Baqa’ itu dinamakan sifat Nafsiyah. Ada juga yang berkata sifat idhafiyah. Ada pula yang berkata: sifat yang hakikat dan ma’nawiyah. Ada Ulama’ yang berkata sesungguhnya kedua-duanya itu dinamakan sifat salbiah. Jadi qaul yang akhir inilah yang muktamad. Qidam Zati
Rencana berupa wujud yang tiada didahului oleh yang lain serta tiada bersandar bagi yang lain selainnya yang dinamakan qidam zati.
Qidam zamani
Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya setahun dan rencana berupa sesuatu yang tersandar bagi yang lain serta tidak didahului oleh ‘adam.
Qidam Idhofi
Terdahulu sesuatu atas sesuatu dan rencana daripada lama wujudnya. Mukhalafatuhu Lil Hawadis
Ertinya tiada ada persamaan wujud Allah Taala itu bagi segala wujud baharu dalam keadaannya semata-mata di dalam zatNya, sifat-sifatNya dan af’alnya. Berkata setengah Ulama’: Erti mukhalafah itu ialah rencana berupa menafikan sesuatu yang tidak patut bagi Allah Taala seperti jirim,’aradh, kulliyah, juzieyah dan sebagainya. Ini kerana segala wujud yang baharu itu adakalanya jisim, adakalanya jauhar dan adakalanya ‘aradh.
Qiyamuhu Binafsi
Ialah Allah Taala sendiri tiada berkehendak kepada yang menjadikanNya, tidak berkehendak kepada zat yang lain dan tidak berkehendak kepada tempat. Dalam ertikata qiyamuhu binafsi itu ialah rencana berupa ghina’ yang mutlak.
Ertinya tiada menduakan dalam Zat-Nya, sifat-sifatNya dan af’alNya. Wahdaniyah dalam Zat-Nya
1. Menafikan barang suatu yang muttasil seperti bersusun di dalam zatNya.
2. Menafikan suatu yang munfasil yakni menafikan barang yang menduai dalam zatnya. Wahdaniyah dalam Sifat-Nya
1. Menafikan bersusun dalam sifat Allah S.W.T
2. Menafikan barang yang menduai di dalam sifat Allah Taala Wahdaniyah dalam Af‘alnya
1. Menduai akan af’al Allah Taala di dalam menjadikan atau meniadakan
2. Menafikan barang suatu daripada Allah Taala dengan memberi bekas ia barang suatu dengan adatnya atau dengan kuatnya.
Qudrat
Wajib bagi Allah Azza Wa Jalla itu bersifat Qudrat yang Kamil, yang azali lagi qadim yang imkan dengan dia menjadikan sekalian mumkin atau mentiadakannya atas muafakat dua sifat iaitu Iradat dan Ilmu Iradat
Sifat yang Qadim yang azali yang imkan dengannya menentukan sekalian mumkin dalam keadaan berbeza Iradat kepada amar yang dikaitkan dengan Nafsiah,
Ilmu
Wajib pula Allah Azza Wa Jalla itu bersifat Ilmu yang kamil yang qadim lagi azali yang qadim dengan zatnya yang mengetahui sekalian ma’lum-Nya ketika tertakluknya.
Hayat
Wajib pula dalam hak Allah Azza Wa Jalla itu bersifat Hayat yang Qadim lagi yang azaliyah yang menjadikan sah wujud sifat Ilmu, Qudrat, Iradat dan juga yang lain-lain.
Kalam
Yang bangsa Zati dan iaitu sifat yang qadim yang azali Maha Suci daripada segala tanda yang baharu daripada huruf dan bersuara dan barang sebagainya.
Sama’
Wajib pula dalam Hak Allah Azza Wa Jalla itu bersifat Sama’ iaitu qadim lagi azali yang qadim lagi inkisyaf yakni tertakluk atas yang maujud berdasarkan qaul yang rajih.
Basar
Wajib pula dalam hak Allah S.W.T itu bersifat basar iaitu sifat yang qadim lagi maujud lagi azali yang qaim bagi Zat Allah Taala yang inkisyaf terhadap sekalian yang maujud.
Sifat zat
Rencana daripada sesuatu yang maujud lagi qaim kepada zatnya atau rencana daripada sesuatu yang keluar dari sifat yang qaim kepada zatnya iaitu sifat-sifat Ma’ani dan Ma’nawiyah dan sebagainya. Sifat fi’il
Rencana daripada sesuatu yang diambil dari sifat yang tiada qaim kepada zatnya seperti sifat Khaliq dan Razzaq
Hakikat Zat
Adalah Wujud yang Qadim dengan ZatNya yang keadaanya tiada tersandar kepada yang lain Hakikat sifat
Wujud yang qadim sebab qadim zatnya yang keadaannya disandarkan kepada Zat ‘Ainiyah
Rencana daripada wujud yang bersamaan dalam hakikatnya yakni sifat Allah Azza Wa Jalla yang dihubungkaitkan dengan Zat yang tidak sah dikatakannya bahawa sifat itu ‘ain zat dan tidak sah pula dikatakannya bahawa sifat itu lain daripada Zat.
I’lat dan Ma’lul
Pengertian ‘illat dan ma’lu di sisi Haq Taala itu adalah dengan makna mulazimah antara kedua-duanya. Sifat Salbiyah = Sifat Jalal
Sifat Tsubutiah = Sifat Kamal = Sifat Ikram Sifat yang takluk
Barang yang menuntut ia akan perbuatan yang bertambah atas berdiri bagi zatnya Erti takluk bagi sifat Qudrat
Imkan Ijad barang suatu daripada mumkin dan imkan a’dam akan segala mumkin Takluk bagi Iradat
Imkan Takhsis akan segala mumkin Mumkin
Perkara yang sah adanya dan sah tiadanya yang keadaannya bersamaan Wujud yang wajib
Wujud Zat Allah Taala dan sifat-Nya sehingga tidak tertakluk qudrat Iradat terhadap kedua-duanya. Takluk Ilmu
Nyata inkisyaf bagi sekalian maklum Taklum kalam
Mengkhabarkan barang maklumnya. Takluk Sama’ dan Basar
Tertakluk kepada sekalian wujud Qadim atau baharu Quran
Quran itu ialah rencana berupa lafaz dan kalimah yang diturunkan oleh Allah Taala Azza Wa Jalla kepada Nabi S.A.W dalam bahasa Arab dan lisan Jibrail A.S.
Sementara Jumhur Ulama’ Al-Mutakallimin berkata:
Quran itu ialah rencana daripada Kalam Allah Taala yang Nafsi lagi Qadim Azali tiada berhuruf dan tiada bersuara yang qaim kepada Zat Allah Taala. Sedang tidak harus mengucapkan atau mengatakan itu baharu sekalipun Mazhab Usuliyyin sebab memberi ibham kepada orang awam.
Orang yang berbahagia
Orang yang mati dalam keadaan bersifat Iman sekalipun kedahuluan kafir Orang yang celaka
Orang yang mati dalam keadaan bersifat kafir sekalipun terdahulu Iman Usaha Mukallaf
Berkata Imam Asya’ari R.A:
Erti usaha Mukallaf itu ialah rencana dengan menyertakan qudrat yang qadim dengan qudrat yang baharu yang ada dalam muta’alluqnya dalam keadaaan memberi bekas qudrat yang baharu melainkan menjadi kenyataan bagi Qudrat yang Qadim.
Berkata Qadhi Biaqlani:
Disertai dengan qudrat yang baharu dalam muta’alluqnya dalam ertikata Qudrat yang Qadim itu takluk pada asal fi’il sedang qudrat yang baharu itu takluk dalam sifat fi’il berupa taat atau maksiat.
Berkata Ustaz Abu Ishaq R.A:
Disertai qudrat yang baharu yang sudah pun dijadikan oleh Allah Taala bagi hambaNya dengan Qudrat yang Qadim yang sesungguhnya takluk kedua-dua qudrat itu pada asal perbuatannya serta memberi bekas (kedua-duanya) di dalam asal perbuatan.
Berkata Ibnu Ilham:
Rencana daripada azam mushmam yang putus atas mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya sedang yang demikian itu terhasil dengan qudrat yang baharu jua yang tidak sekali-kali dijadikan oleh Allah Azza Wa Jalla iaitu sebagai mengesahkan taklif Syara’ kepada orang mukallaf.
Berkata Syeikh ‘Abdur Rahman al-Juhri:
Rencana daripada azam yang mushmam jua dalam mengerjakan sesuatu perkara atau meninggalkannya yakni Allah Taala itulah yang menjadikan pada orang Mukallaf itu tamakkun terhadap azam yang mushmam.
Berkata Imam Haramain:
Rencana daripada qudrat yang telah dijadikan oleh Allah Taala pada orang mukallaf supaya menuntut dan menahan sesuatu yang menyalahinya jika wujud syaratnya dan nafi mani’nya.
Berkata Syeikh ‘Abdus Salam:
Rencana daripada baharu yang tsabit dalam zatnya serta tidak memberi bekas seperti nazhar kita, fikiran, gerak dan diam serta sahaja yang putus dengan perbuatan sesuatu yang dinamakan kesemuanya itu dengan mubasyarah dalam keadaan khilaf nama usaha yang keluar daripada zatnya seperti keluar batu yang dibuangkan dari tangannya itu adalah khusus bagi Qudrat yang Qadim yang tidak sekali-kali masuk qudrat yang baharu dalam keadaan kata sepakat Jumhur Ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah R.Anhum Fadhl
Rencana berupa pemberian rahmat Allah Taala kepada hambaNya dengan ikhtiar tanpa ijab Adil
Menjadikan sesuatu perkara pada tempatnya.
Zulmun
Memerintahkan sesuatu yang bukan miliknya. Kebaikan
Perkara yang tidak dicela oleh Syara’ di dalam dunia ini dan tidak diseksa di akhirat nanti. Inilah qaul yang rajih. Berkata sesetengah Ulama’:
Perkara yang dipuji oleh Syara’ di dunia ini sehingga memperoleh pahala di akhirat. Kejahatan
Perkara yang sudah dicela oleh Syara’ di dunia sehingga mendapat seksaan di akhirat. Qadar
Menurut Mazhab Imam Abu Mansur Maturidi R.A.
Qadar ertinya rencana daripada pemastian Allah Taala terhadap sekalian makhlukNya sejak azali yang tidak sekali-kali berubah iaitu Qadim.
Berkata Imam Asy’ari R.A. :
Qadar ertinya rencana daripada ketentuan kejadian makhluk pada kharijiyah iaitu baharu kepadanya. Qadha’
Berkata Imam Asya’ari R.A :
Erti Qadha’ itu ialah pemastian Allah Azza Wa Jalla itu terhadap sekalian makhlukNya sejak azali lagi yang tidak sekali-kali berubah iaitu Qadim kepadaNya.
Berkata Imam Abu Mansur R.A :
Qadha’ ertinya rencana daripada kejadian segala makhluk dalam keadaan muafakat perkara yang pasti sejak azali lagi sehingga percaya kepada Qadar dan Qadha’ itu supaya dia menjadi orang yang redha dengan sesuatu perkara yang maujud pada kharijiyah. Sedang dia tidak mencela sesuatu perkara melainkan jikalau Syara’ ada menyuruh supaya mencelanya barulah kita mencelanya kerana menurut kepada Syara’ Allah Taala.
Percaya kepada Rasul
Erti percaya kepada Rasul itu ialah hendaklah dengan iktikad yang putus bahawa Allah Taala itu menyuruh para RasulNya daripada Nabi Adam A.S sampai kepada Nabi Muhammad S.A.W.
Rasul
Erti Rasul itu ialah manusia lelaki lagi merdeka yang diberi wahi oleh Allah Taala lagi menyampaikan perkara yang disuruh olehNya kepada makhlukNya.
Amanah
Terpelihara daripada dosa besar dan dosa kecil pada anggotanya zahir dan batin Siddiq
Muafakat dalam mengkhabarkan hakikat perbuatan seperti perkhabaran Rasullullah muafakat dengan perkhabaran Allah Taala.
Tabligh
Menyampaikan perkara yang disuruh oleh Allah Azza Wa Jalla kepada sekalian makhlukNya. Fathanah
Kemampuannya mengambil hujah supaya dapat mengalahkan kesemua orang yang mengingkarinya. Dusta perkhabaran
Tiada muafakat perkhabaran itu pada hakikat perbuatan. Khianat
Dengan melakukan dosa kecil atau besar Kitman
Tidak menyampaikan perkara yang disuruh Allah Taala kepada makhluk. Perkara yang harus pada hak Rasul dan Nabi
Harus pada hak mereka ‘aradh basyariah yang tidak menjadikan kecelaan terhadap martabat mereka yang tinggi seperti makan dan minum dan seperti jimak akan perempuan atau amahnya dalam perihal yang halal yang bukan pada waktu haidh atau nifas dan juga sakit,lapar, dahaga dan sebagainya sedang tidak harus menjadikan dalam martabat mereka seperti buta, kelu dan sebagainya.
Makna uluhiyah
Makna uluhiyah itu ada empat perkara
1. Istighnaul Ilahi ‘an kulli ma siwahu, yakni kaya tuhan sebenar-benarnya daripada yang lain selain Allah.
2. Iftiqar kulli ma siwahu ilaihi yakni berkehendak setiap yang lain selain Allah Taala kepada Allah S.W.T.
3. Istihqaqul Ibadah yakni mempunyai ibadat yang sebenar-benarnya. 4. Wajibul Wujud yakni yang wajib adaNya.
Lawazim istighna
1. Harus bagi Allah Taala menjadikan segala mumkin atau meninggalkannya
2. Maha Suci Allah Taala daripada mengambil faedah dalam menjadikan segala mumkin atau dalam memberi hukum,
3. Tiada memberi bekas sesuatu yang lain selain Allah Taala saja dengan kekuatanNya Lawazim iftiqar
1. Baharu sekalian alam
2. Tidak sekali-kali memberi bekas sekalian sesuatu yang lain selain Allah Taala menurut adat kebiasaannya.
Mukjizat
Perbuatan yang membinasakan adat kebiasaan yang disertai bersama dengan menjadi pesuruh Allah Taala lagi tiada sesuatu pun yang menyalahi dan menjadi sebab wujud mukjizat Rasulullah S.A.W
Allah Taala memelihara mereka daripada berhajat dalam perlakuan maksiat serta sentiasa kekal kemampuannya.
Keramat
Erti keramat bagi wali itu adalah rencana daripada perbuatan yang membinasakan adat kebiasaan dalam keadaan tidak turut serta mendakwa Nabi.
Irhash
Rencana daripada perbuatan yang membinasakan adat kebiasaaan dalam keadaan muqaddimah menjadi Nabi yang tampak zahir sebelum menjadi Nabi.
Ma’unah
Perkara yang keluar keramatnya daripada hamba Allah Taala yang sah iktikadnya tetapi tidak tampak zahir kebaikan dan ibadatnya
Ihanah
Perkara yang keluar mencarik adat daripada seseorang yang tiada mulazimah dengan syara’ yakni perkara yang zahir daripada orang kafir.
Istidraj
Perkara yang zahir pada hamba Allah Taala yang tidak sah dalam iktikad yakni perkara yang tampak zahir daripada ahli ilmu sihir dan sebagainya.
Ajal Mubram
Perkara yang sudah ditakdirkan oleh Allah Taala dalam azal yang tidak sekali-kali boleh berubah sehingga tidak ada sesiapa pun yang mengetahui dalamnya melainkan Allah Taala sahaja.
Ajal Mu’allaq
Ajal yang bukan mubram iaitu perkara yang sudah tersurat dalam Lauh Mahfuz iaitu baharu sehingga jika berlakunya dalam ajal mu’allaq, maka tidak mustahil berubahnya.
Maut
Berkata Imam Asy’ari:
Erti maut itu ialah ‘aradh yang wujudi lawannya hayat iaitu ‘aradh yang wujudi juga. Berkata sesetengah ulama’:
Maut ertinya ‘aradh ‘adami yang tiada wujud pada kharij ‘Ajbuz Zanab
Tulang yang terlalu sangat kecil di dalam belakang manusia Roh
Berkata Jumhur Malikiyah dengan menyatakan qaul Ulama’ yang marjuh:
Sesungguhnya hakikat roh itu adalah jisim yang lathif lagi syaffah yang hidup dengan zatnya yang melengkapi jisim yang kasar ini umpama melengkapi air di dalam pokok kayu yang hijau. Ulama’ yang bersepakat membicarakan hakikat roh mengatakan sesungguhnya itu adalah ‘aradh yang dihubungkaitkan dengan ilmu.
Akal
Akal itu adalah rencana daripada kemuliaan yang menjadikan ia dikenali oleh ilmu iaitu Nur di dalam hati sedang cahayanya di dalam otak. Iniah yang diperkatakan oleh Imam Malik dan Imam Syafie R.Anhum serta Jumhur Al-Mutakallimin dan qaul yang rajih sebelum ini.
Barzakh
Nama antara dunia dan akhirat kerana sesungguhnya orang yang mati itu di dalam barzakh. Zaman
Ertinya zaman yakni masa atau saat atau ketika iaitu rencana daripada menyerupai sesuatu yang majhul dengan sesuatu yang majhul dengan sesuatu yang ma’lum umpama anda berkata kepada seseorang: “Engkau datanglah kepadaku dalam tengah hari dan barang sebagainya.
Berkata sesetengah ulama’ iaitu rencana daripada wujud barang suatu yang telah ma’lum halnya dikiranya dan barang suatu yang majhul seperti berubah ‘aradh dengan takdir seperti putih dan hitam. Maka sekira-kiranya ia dengan pindah falakiyah daripada noktahnya.
Hisab
Allah Taala mengirai kesemua amal hambaNya sama ada baik keadaannya atau jahat sebelum terlepas di Padang Mahsyar.
Saiyyiaat
Perkara yang dicela oleh syara’ di dalam dunia ini dan mendapat seksaan di akhirat. Hasanaat
Perkara yang dipuji oleh syara’ di dunia dan mendapat pahala di akhirat. Ghufranul Zunub
Berkata Jumhur Ulama’ ertinya itu ialah ditutupi suratannya. Ada pula yang mengatakan ertinya dihapuskan suratan serta selamat sentosa daripada seksaan.
Percaya kepada hari kiamat
Hendaklah mengiktikadkan bahawa dunia sudah tentu binasa sehingga menjadi amat kepayahan dan kesakitan.
Percaya kepada neraca amal dan timbangan segala amal
Hendaklah diiktikadkan bahawa wujud neraca amal sehingga ditimbang kesemua amal itu sudah tentu adanya.
‘Arasyh
Jisim yang lebih besar lagi nuraniyah yang lebih tinggi lagi tunggali segala makhluk dan tawaqqafkan kepada Allah Taala pihak jenisnya dan sifatnya atas qaul ulama’ yang rajih.
Jisim yang berchaya yang besar yang berada di hadapan ‘Arasyh dalam keadaan bertemu dengannya iaitu lain daripada ‘Arasyh.
Qalam
Jisim yang besar lagi bercahaya-cahaya yang mencatat kesemua perkara hingga hari kiamat sehingga ia tawaqqafkan kepada Allah Taala pihak hakikatnya.
Lauh
Jisim yang besar lagi bercahaya-cahaya yang dalam Qalam itu dengan Qudrat Allah Taala hingga hari kiamat dan tawaqqafkan kepadaNya pihak hakikatnya.
Neraka
Tempat musyaqqah lagi kesakitan Syurga
Tempat beristirehat dan kelazatan yang disertai dengan kegembiraan. Percaya kepada syurga dan neraka
Hendaklah diiktikadkan bahawa kedua-duanya itu sudah maujud pada waktu ini. Sedang tempat syurga itu di atas tujuh langit manakala tempat neraka itu ditawaqqafkan kepada Allah Taala atas qaul ulama’ yang rajih.
Orang yang syahid
Orang yang mati dengan muqabalah dengan orang kafir. Syahid di negeri akhirat
Orang yang muqabalah dengan orang kafir dalam keadaan mengqasadkan dalam hatinya kerana untuk meninggikan atau menaikkan agama.
Syahid dunia saja tiada syahid akhirat
Iaitu orang yang mati dengan sedemikian adalah kerana untuk mengqasadkan pekerjaan yang dihubungkait dengan dunia yang tidak menghasilkan pahala di akhirat tetapi menjadi dosa serta diseksa di akhirat berdasarkan dalil hadis Nabi S.A.W.
Syahid akhirat
Iaitu lebih banyak rupanya antaranya orang yang mati di dalam laut, mati dalam gharrabah, mati perempuan ketika beranak atau sebelum melepasi nifasnya berdasar kata sesetengah ulama’, orang yang mati kerana dianiayai orang, orang yang mati dimakan haiwan atau yang lain-lain, orang yang mati sebab lapar atau dahaga atau sebagainya.
Rezeki
Berkata ahli Sunnah Wal Jamaah:
Erti nama rezeki itu ialah sesuatu yang diberikan oleh Allah Taala kepada hambaNya serta dimanfaatkannya sama ada keadaannya cela atau selainnya.
Ialah mubasyarah sebab dengan ikhtiar seperti musafir kerana menjalankan perniagaan dan berubat, serta memelihara hartanya yang disertai dengan mengiktikadkan sedemikian tidak sekali-kali memberi bekas.
Tawakkal
Menurut Imam Qusyairi R.A :
Erti tawakkal itu ialah I’timad kepada Allah Taala dengan meninggalkan sebutan serta kuasa untuk usaha. Berkata Imam Ghazali R.A :
Erti tawakkal itu ialah tsiqah kepada Allah Taala dengan hati yang yakin bahawa hukum Allah Taala itu sudah tentu lulus dan mengikut perlakuan Rasulullah S.A.W dan yang sebagainya berupa usaha yang dihubungkaitkan dengan ikhtiar seperti keuntungan dalam perniagaan, berubah memelihara hartanya, makan dan minum dan sebagainya.
Jauhar fard
Sesuatu yang tidak dapat dibahagi iaitu asal kesemua jisim. Dosa besar
Perkara yang dijanjikan oleh Allah Taala kepada orang yang melakukan sedemikian dengan seksaanNya yang amat sangat di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W.
Perbuatan yang ma’ruf
Setiap sesuatu perkara yang sudah dikenal berupa ketaatan kepada Allah Taala dan jalan ibadat bagi-Nya dan Ihsan bagi manusia.
Kejahatan
Setiap perbuatan yang sudah dikenal daripada sesuatu perkara yang dibenci oleh Allah Taala dan RasulNya.
Namimah
Memindahkan perkataan sebahagian orang kepada sebahagiannya kerana ada pihak yang merosak binasakannya.
Mengumpat
Kamu menyebut tentang manusia atau seseorang dalam ertikata jika dia mendengar maka dia akan berasa benci sama ada dengan lidah atau dengan hati atau dengan anggota atau dengan isyarat.
‘Ujub
Si hamba melihat banyak amal dan ilmunya dan sebagainya itu adalah haram jua. Takbur
Menolak perkataan seseorang yang benar dalam syara’ dan menghina manusia sehingga sesetengah ulama’ mengatakan takbur itu berasa lebih daripada orang lain iaitu dikira dosa besar.
Daul hasad
Mengharap hilang nikmat Allah Taala yang terdapat pada orang Muslim sama ada mengharap hilang sedemikian itu berpindah kepada dirinya.
Mira’
Munaza’ah tentang sesuatu perkara yang didakwa dirinya itu benar serta menghina orang lain.
Jadal yang diharamkan
Menolak lawannya dengan mengambil hujah dalam bentuk berbantah bagi mengesahkan katanya sehingga dapat mengalahkan musuhnya yang disertai ada qasad meninggi dan merendahkan yang lain. Ilmu tasawwuf
Rencana daripada mengenal sesuatu perkara untuk membaiki hati daripada segala sifat mazmumah yang sudah tersebut sebahagiannya serta menghiasi hati dengan segala sifat mahmudah yang juga sudah tersebut sebahagiannya.
Menurut kata Imam Ghazali R.A :
Ilmu tasawwuf itu ialah rencana daripada ingatan hatinya kepada Allah S.W.T dan ikhtiar kesemua perkara yang lain selain Allah Taala yakni melupakan perkara yang lain selain Allah S.W.T saja.
Berkata sesetengah Jumhur Ulama’:
Ilmu tasawwuf itu ialah rencana daripada mengenali kesemua sifat yang tercela disertai dengan mensucikan hatinya daripada sedemikian sehingga dia mengenali kesemua sifat mahmudah serta menghiasi hatinya dengan sifat-sifat sedemikian. Ini kerana ilmu tasawwuf itu tidak akan sah dikenali oleh seseorang itu melainkan dengan mengerjakan perkara yang sudah tersebut padanya.
Bida’ah yang wajib
Sesuatu yang masuk dalam kaedah-kaedah syara’ yang wajib seperti menulis Al-Quran dan ilmu Usuludin serta ilmu yang dihubungkaitkan dengan Syarieyyah sekiranya ditakuti atasnya itu sia-sia tanpa sedemikian.
Bida’ah yang haram
Sesuatu perkara yang masuk dalam qawa’id syara’ yang haram seperti cukai sesama Islam, menzalimi orang Muslim, membunuh orang Islam dan sebagainya.
Bida’ah yang mandub
Sesuatu perkara yang masuk dalam qawa’id yang mandub seperti solat Tarawih dalam keadaan berjama’ah
Bida’ah yang makruh
Sesuatu perkara yang masuk dalam qawa’id syara’ yang makruh seperti menambahkan sesuatu perkara yang diwaridkan oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Bida’ah yang mubah
Sesuatu perkara yang masuk dalam qawa’id syara’ yang mubah seperti membaiki makanan. Ikhlas
Mengqasadkan kerana untuk memperoleh keredhaan Allah Taala dengan ibadat sama ada yang dihubungkaitkan dengan perbuatan atau perkataan atau ibadat yang berkait rapat dengan hati.
Mengerjakan sesuatu ibadat kerana untuk mengqasadkan untuk manusia atau lain-lain. Riya’ yang khalis
Seperti tiada mengerjakan ibadat melainkan kerana manusia dan sebagainya Riya yang syirik
Seperti tiada mengerjakan ibadat melainkan untuk memperoleh keredhaan Allah Taala dan kerana manusia.
Nafsu Ammarah
Kecenderungan nafsu itu khusus untuk kejahatan sahaja. Nafsu lawamah
Adakalanya cenderung kepada pekerjaan yang harus Nafsu Mutmainnah
Adakalanya cenderung kepada ibadat kepada Allah Taala. Hawa
Kecenderungan nafsu kepada sesuatu yang dikasihinya atau amat disukainya sekalipun ada padanya itu yang boleh merosak binasakan tubunya tanpa memikirkan akibat perbuatannya.
Hubbudunya
Suka dan kasih hatinya pada sesuatu yang tidak memberi manfaat di akhirat berupa harta atau cita-cita hari atau khatrah yang tidak ada manfaatnya di akhirat.
Tamak
Mengharap-harap akan sesuatu yang tiada wujud dalam tangannya daripada dunia. Sum’ah
Mengerjakan ibadat supaya didengar oleh manusia Zuhud
Yakni tetap kepada orang awam itu memerangi hawa nafsunya dengan mengerjakan perkara yang disuruh oleh Allah Taala dan menjauhi segala larangannya.
Berkata ahli tasawwuf:
Zuhud itu ialah membuangkan sesuatu yang digemari oleh hawa nafsunya dan mengerjakan perkara yang tidak digemari oleh hawa nafsunya.
Berkata sesetengah ulama’:
Zuhud itu ialah membuangkan sesuatu yang maujud selain Allah Taala serta menujukan atau menghalakan hatinya kepada Zat Allah S.W.T.
Qana’ah
Berkifayah dengan apa yang ada di tangannya dan tidak mengharap-harap sesuatu yang tidak ada ditangannya.
Menahan hatinya daripada kesusahan ibadah kepada Allah Taala serta menjauhkan perkara yang ditegah olehNya.
Berkata sesetengah ulama’:
Sabar itu ialah hatinya memandang kepada Allah Taala dengan berpaling daripada sesuatu yang lain selain Dia sahaja.
Berkata sesetengah ulama’:
Sabar itu ialah menahan hawa nafsunya daripada mukhalafah sesuatu perkara yang disuruh oleh Allah Taala serta menahan dirinya daripada kesusahan dan kesakitan yang berkaitan dengan dunia seperti kesabaran Nabi Allah Ayub dan Nabi Allah Ya’qub A.S.
Berkata sesetengah ulama’:
Sabar daripada kesakitan umatnya adalah seperti Nabi penghulu sekalian makhluk Nabi Muhammad S.A.W.
Tawakkal
Hatinya yakin kepada hukum Allah Taala ke atas makhluknya kerana sesungguhnya hukum Allah Taala itu sudah tentu lulusnya itu mustahil menyalahinya serta mengerjakan sebab yang dihubungkaitkan dengan syara’ sepertimana yang sudah tersebut di dalamnya.
Redha
Hatinya yakin kepada hukum Allah Taala ke atas setiap makhlukNya serta redha terhadap sesuatu perkara yang jahat berlaku ke atas dirinya.
Syukur
Mentadbirkan sesuatu nikmat yang ada pada dirinya kepada Allah Taala sama ada nikmat yang zahir atau nikmat yang batin.
Ikhlas
Mengerjakan ibadat hanya untuk Allah Taala kerana pihak pahala Allah Taala sedang pihak dirinya itu adalah hamba yang lebih papa lagi hina kerana pihak Zat Allah Taala.
Orang yang wasil kepada Allah Taala
Rencana berupa musyahadah hanya untuk Allah Taala dalam keadaan yakin serta berpaling daripada sesuatu yang lain selain Allah S.W.T sahaja.