• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bab 11. Keberkesanan Kemahiran Komunikasi Di Kalangan Guru Dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Bab 11. Keberkesanan Kemahiran Komunikasi Di Kalangan Guru Dalam Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

63

Bab 11

Keberkesanan Kemahiran Komunikasi Di Kalangan Guru Dalam

Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE)

Nor Azlah Mohd Jaafar & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat

Fakulti Pendidikan

Universti Kebangsaan Malaysia (UKM) E-mail: norazlahmdjaafar@gmail.com Abstrak

Kepelbagaian teknik pengajaran dan pembelajaran dengan kemudahan yang disediakan dapat menarik minat pelajar supaya lebih inovatif dan berdaya saing. Program Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE) telah dibekalkan oleh 1Bestari Net ke semua sekolah kerajaan baik sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Bahagian Teknologi Pendidikan setiap negeri dengan bantuan Pusat Kegiatan Guru (PKG) sedang menjalankan Kajian Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE) dalam kalangan guru dan pelajar di sekolah-sekolah setiap negeri . Sekolah-sekolah akan disenaraikan mengikut tahap penggunaan dan diumumkan sekolah paling aktif penggunaan FROG VLE seluruh Malaysia pada setiap bulan. Namun terdapat sekolah-sekolah yang tidak mengakses program ini sebaiknya dan mengaplikasi elemen-elemen FROG VLE dalam pengajaran dan pembelajaran. Beberapa faktor perlu dirungkai dalam memaksimakan penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE) ini. Faktor kemahiran komunkasi dalam kalangan guru adalah amat penting terutamanya di sekolah rendah dalam menarik minat pelajar memahami dan menggunakan Persekitaran Pembelajaran Maya (FROG VLE). Keberkesanan kemahiran komunikasi dalam kalangan guru perlu dititikberatkan supaya tahap penggunaan dapat dipertingkatkan.

Kata kunci: kemahiran komunikasi, persekitaran pembelajaran maya (FROG VLE)

1. Pengenalan

Bayangkan Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (Frog VLE) sebagai internet, bilik darjah online dan ruang sosial untuk sekolah, semuanya dalam di bawah satu bumbung. Ia adalah sistem pembelajaran berasaskan laman web yang menyerupai pendidikan dunia sebenar dengan menyatukan konsep pendidikan konvensional. Sebagai contoh, guru-guru boleh memberi tugasan, ujian dan markah secara maya, sementara para pelajar boleh menghantar kerja rumah mereka dan menyemak markah yang diperolehi melalui Frog VLE. Ibu bapa pula boleh berkomunikasi dengan guru-guru dan pihak pentadbir sekolah boleh menyusun kalendar sekolah dan memaparkan notis melalui Internet. Frog VLE boleh diakses di mana jua, pada bila-bila masa dengan adanya sambungan Internet.

Frog VLE adalah platform pembelajaran maya yang telah memenangi anugerah dan mudah digunakan, selain direka khas untuk pengguna. Dibangunkan di United Kingdom dengan rekod pencapaian selama 13 tahun, Frog memfokuskan kepada usaha untuk memudahkan kehidupan guru dan pelajar sekaligus untuk mempertingkatkan teknik pengajaran dan pembelajaran. Sebagai tambahan, Frog VLE juga disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran. FrogAsia, penyedia penyelesaian Frog VLE, turut bekerjasama rapat dengan golongan pendidik tempatan dan organisasi-organisasi pendidikan untuk membekalkan sistem pembelajaran bertaraf dunia yang releven dengan rantau Asia. Selain teknologi, penekanan turut diberi

(2)

64

kepada usaha untuk melengkapkan dan membimbing sekolah-sekolah tentang penggunaan Frog sebagai satu peralatan yang boleh menambah-baik sekolah secara keseluruhannya.

1.1 Perlaksanaan FROG VLE

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran akan dapat dipertingkatkan dengan penggunaan Frog VLE. Frog VLE dibina supaya dapat meluaskan jaringan hubungan dari kalangan ibubapa, guru dan pelajar. Tujuan utama untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berkuasa ke atas pemilikan pendidikan mereka serta dapat bersaing dalam ekonomi global yang berasaskan pengetahuan, kemahiran dan aspirasi. Frog VLE menyediakan guru dengan aplikasi yang mudah untuk melaksanakan tugas seperti merancang pengajaran, menandakan tugasan dan menguruskan kalender akademik.

Hubung dan kolaborasi: Frog VLE juga menghubungkan para pendidik di seluruh negara bagi membolehkan

mereka berkolaborasi serta berkongsi sumber dan idea.

Belajar di luar sempadan: Oleh kerana Frog adalah berasaskan awan (cloud-based), pembelajaran boleh

dilaksanakan pada bila-bila masa, di mana jua. Malah, disebabkan pelajar boleh melakukan penyimpanan awan, beg sekolah yang berat bakal menjadi sejarah.

Menarik dan Menambat Perhatian: Sistem Frog yang mudah digunakan membolehkan guru dan pelajar mencari

kandungan pendidikan di internet (video, imej, sumber pendidikan) dan menjadikannya sebagai satu laman web, tanpa perlunya kepakaran teknikal. Ini membolehkan guru menghasilkan sumber-sumber pengajaran yang menarik dan menambat perhatian bagi memenuhi gaya pembelajaran berbeza, dengan hanya beberapa klik mudah.

Platform pembelajaran yang terbukti: Frog mempunyai rekod pencapaian selama 13 tahun dan digunakan di

lebih 700 buah sekolah di United Kingdom dan di seluruh dunia. Sebagai tambahan, Frog VLE turut disepadukan dengan rakan kandungan dan alat pendidikan lain yang berkuasa, termasuklah Google Apps untuk Pendidikan dan Khan Academy, untuk memajukan lagi teknik pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Isu Persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE)

Perlaksanan projek 1BestariNet ini memberi sokongan kepada guru-guru dengan menyediakan aplikasi yang menarik dan bersesuaian untuk diakses. Laman Komuniti Frog dalam Frog VLE adalah satu ruang yang disediakan untuk memberi sokongan kepada guru-guru melalui penyediaan tutorial video, buku panduan latihan serta buku panduan pengguna yang dapat membantu mereka memahirkan diri dengan kemahiran baru Frog VLE . Di Laman Komuniti Frog, guru-guru boleh mendapatkan idea-idea baru serta berkongsi amalan terbaik dan cerita-cerita kejayaan dengan bersambung dengan para pendidik lain di seluruh negara. Mereka juga boleh mencari kumpulan berdasarkan subjek yang diminati, atau membuat kumpulan sendiri, menjemput guru-guru lain untuk menyertai kumpulan, blog, menghantar mesej dan terlibat dalam forum. Lebih daripada itu, Laman Komuniti Frog turut menyediakan sumber dan material lain sebagai cabaran dan inspirasi untuk golongan pendidik.The Pond adalah portal pelajar yang boleh diakses melalui Frog VLE dan ia menyediakan sumber-sumber yang boleh dipelajari oleh Frog Student Champions dan membantu mereka untuk memacu penggunaan Frog VLE di kalangan sesama pelajar.Tidak setakat itu, The Pond juga adalah ruangan untuk pelajar menyertai pertandingan, melayari pautan pendidikan, video, permainan dan tip-tip, serta mengetahui tentang perkembangan Juara Pelajar Lain di Wall of Fame. Sebagai tambahan, para pelajar boleh bersembang dengan rakan sebaya serta berkongsi idea dan menyatakannya di dalam The Voice, satu bahagian dalam The Pond yang memberi ruang untuk para pelajar mengemukakan pendapat pelajar itu sendiri.

(3)

65

1.3 Teori Komunikasi

Menurut, James A.F. Stoner & Charles Wankel (1989) komunikasi ialah satu cara manusia berhubung yang melibatkan pengertian atau maksud yang dikongsi, dengan syarat mereka perlu bersetuju dengan definisi istilah--istilah yang digunakan berdasarkan sesuatu yang simbolik seperti isyarat, huruf, nombor, dan perkataan yang huruf, nombor, dan perkataan yang melambangkan atau menyerupai idea--idea yang dapat menyampaikan maksud. Manakala menurut, S.Bernard Rosenblatt dalam bukunya Communication in Business (l983) mendefinisikan komunikasi sebagai pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara peribadi atau tidak peribadi melalui simbol atau isyarat yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi.

Emery, Ault dan Agee (dlm. Sulaiman Masri, 1997) pula berpendapat komunikasi ialah seni memindahkan maklumat, ,idea dan sikap daripada seseorang kepada seseorang. Manakala Sulaiman Masri (l997) merumuskan bahawa komunikasi bermula apabila satu mesej (maklumat) daripada pengirim (penutur, penulis) dipindahkan menerusi alat atau saluran tertentu atau saluran tertentu kepada penerima (pembaca, pendengar) yang kemudiannya memberikan maklum balas (mengekod dan mentafsir) mesej tersebut.

Maka dapat disimpulkan bahawa komunikasi ialah satu proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih, dengan maksud untuk berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada manusia. Elemen-elemen komunikasi adalah seperti berikut:

o Penyampai - Individu yang menunjukkan perlakuan berkomunikasi.

o Penerima - Individu yang memahami maksud yang disampaikan oleh penyampai maklumat. o Maklumat/mesej - Maksud / fakta / niat yang difahami oleh penerima maklumat.

o Maklum balas - Perlakuan yang ditunjukkan oleh penerima mesej sebagai tindak balas kepada mesej yang disampaikan oleh penyampai mesej.

o Saluran - Media penyampai maklumat dan pemberi mesej kepada penerima mesej.

- Saluran paling asas : melalui pendengaran dan penglihatan - Saluran-saluran tambahan : media elektronik, lukisan di kanvas atau bahan cetakan.

o Konteks - Keadaan (situasi) penyampai mesej daripada pemberi ,mesej kepada penerima masej.

2. Objektif Kajian

2.1 Mengkaji penggunaan persekitaran pembelajaran FROG VLE di sekolah dari kalangan guru dan pelajar. 2.2 Membuat jangkaan semasa tahap penggunaan persekitaran pembelajaran FROG VLE di sekolah.

3. Metodologi

Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menganalisa statistik tahap penggunaan FROG VLE di sekolah dari kalangan guru dan pelajar.

4. Dapatan Kajian

Hasil peninjauan berdasarkan Statistik Penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya (Frog VLE) di sekolah secara rawak didapati bahawa penggunaan Persekitaran Pembelajaran Maya ( FROG VLE) masih lemah. Berikut adalah graf statistik penggunaan FROG VLE.

(4)

66

Rajah 1. Statistik Penggunaaan FROG VLE berdasarkan jumlah pengguna mengikut bulan

Rajah 2. Statistik Penggunaaan FROG VLE berdasarkan jumlah pengguna mengikut bulan

Berdasarkan Rajah 1, didapati bahawa penggunaan persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE) pada bulan Nov. 2012 hingga bulan Feb 2013 dan Rajah 2, pada Dis 2013 hingga Dis 2014 adalah amat kurang. Penggunaan yang tertinggi hanya pada bulan Mei 2013 dan Ogos 2014. Hampir setiap bulan tiada penggunaan sistem persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE). Maka ini jelas menunjukkan terdapat faktor yang perlu dirungkai bagi meningkatkan penggunaan sistem ini. Faktor utama iaini kemahiran komunikasi dimana proses maklumat disampaikan dan pertukaran idea berlaku.

(5)

67

Rajah 3. Statistik Penggunaan FROG VLE berdasarkan jumlah pengguna dari kalangan guru

Rajah 4. Statistik Penggunaan FROG VLE berdasarkan jumlah pengguna dari kalangan guru

Berdasarkan Rajah 3 dan Rajah 4 pula, didapati bahawa penggunaan persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE) daripada kalangan guru juga amat lemah. Hanya pada bulan Mac 2013 dan pada bulan Ogos 2014 mencatatkan penggunaan daripada kalangan guru yang tertinggi.

(6)

68

Rajah 5. Statistik Penggunaan FROG VLE berdasarkan jumlah pengguna dari kalangan pelajar

Berdasarkan Rajah 5, didapati bahawa penggunaan persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE) dari kalangan pelajar juga amat lemah. Hanya pada bulan Ogos 2014 mencatatkan penggunaan tertinggi dari kalangan pelajar. Keseluruhannya dapatan statistik daripada data yang diperoleh seperti rajah-rajah menunjukkan tahap penggunaan persekitaran pembelajaran Maya (FROG VLE) adalah terlalu rendah. Teknik pembelajaran ini amat memerlukan usaha seorang guru dalam memberi arahan, menggalakkan, memaklumkan penggunaan serta output yang dikehendaki daripada para pelajar. Di sini jelas bahawa keberkesanan kemahiran komunikasi di kalangan guru adalah amat penting. Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting terutamanya di kalangan guru dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai target dan hasil yang terbaik.

5. Kesimpulan

Inisiatif Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memperkenalkan Persekitaran Pembelajaran Maya ini perlu disokong oleh semua pihak terutamanya di kalangan guru. Pembangunan ICT yang diketengahkan dalam bentuk pembelajaran ini memberi banyak manfaat untuk memudahkan komunikasi di kalangan semua pihak yang terlibat sama ada ibu bapa, guru atau pelajar.

Pendekatan yang digunakan dalam mengakses laman ini memberi peluang kepada ibubapa memberi respon sama ada komen atau cadangan dalam satu-satu program sekolah terbuka luas. Maklumbalas yang diterima boleh digunapakai demi meningkatkan kualiti dan impak kepada semua pelajar. Disamping itu, para pelajar pula semakin cekap dalam penggunaan aplikasi sistem ICT. Ini adalah selaras dengan perkembangan teknologi semasa dan aspirasi serta pelan pembangunan dalam menuju negara maju.

Maklumat di hujung jari , menerusi persekitaran pembelajaran maya (FROG VLE )ini dapat direalisasikan dengan mantap melalui media pengantaraan yakni keberkesanan komunikasi seorang guru. Justeru itu kemahiran komunikasi guru perlu digilap dan dipertingkatkan dalam melahirkan generasi yang bijak ICT serta dapat mencapai objektif sesebuah sekolah. Ini juga membantu dalam membentuk modal insan yang berketrampilan dan berdaya saing.

Rujukan

Frog Asia. 2012. Gambaran Keseluruhan Frog VLE, Manual Pengguna (Guru, Frog VLE Overview; User: Staff), Malaysia.

Ab. Aziz Yusuf. 2003. Komunikasi Untuk Pengurus. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Abd. Rahman Abdul Aziz. 2000. Kemahiran Sosial Asas. Utusan Publication & Distributor Sdn. Bhd.Kuala

Lumpur.

(7)

69

Ainon Mohd & Abdullah Hassan. 2002. Mendorong Diri Sendiri. PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd. Pahang. Ahmad Atroy Hussain. 1986. Tingkah Laku Organisasi Dalam Pengurusan Moden. Dewan Bahasa Dan Pustaka,

Kuala Lumpur.

Azizi Yahya, Sharifuddin Ismail, Amir Hamzah Abdul & Halimah Ma’alip. 2001. Hubungan di Antara Konsep Kendiri Dengan Kemahiran Komunikasi Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Disekolah Menengah Di Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia.

Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan. 2006. Menguasai Penyelidikan dalam Pendidikan. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. KualaLumpur. (diakses pada 4 Disember 2014) http://www.1bestarinet.net

Rujukan Gaya UKM: Bab 11

Nor Azlah Mohd Jaafar & Fariza Khalid 2014. Keberkesanan kemahiran komunikasi di kalangan guru dalam penggunaan persekitaran pembelajaran maya (Frog VLE). Dlm. Aliran Terkini Dalam Pengajaran Sumber & Teknologi Maklumat: Impaknya ke atas Penyelidikan dalam Pendidikan, disunting oleh Fariza Khalid, Md Yusoff Daud & Mohd Jasmy Abd Rahman. 64-68. Bangi: Penerbit Fakulti Pendidikan, UKM.

Referensi

Dokumen terkait

Interaksi penggunaan jenis kedelai tahan salinitas dan isolat fungi mikoriza arbuskular nyata meningkatkan jumlah daun 5 MST dan produksi per tanaman dengan

Bakteri ditumbuhkan pada media air laut dengan sumber karbon campuran sukrosa glukosa dan Na.asetat dengan salinitas 3% dan 5% Inkubasi di atas shaker pada suhu

Hal tersebut juga dijelaskan dalam penelitian mengenai kepuasan travellers dalam keinginan membeli tiket pesawat secara online oleh Bukhari, et al (2012) yang menyatakan

Orang yang belum pemah kontak dengan mycobacteria, tak ada reaksi terhadap tuberkulin. Orang sudah pemah mendapat infeksi primer dengan basil tbc, dalam 24-48 jam

Asetosal merupakan zat yang memiliki sifat alir dan kompresibilitas yang buruk sehingga apabila akan dibuat sediaan tablet harus dilakukan granulasi terlebih

Pertemuan ini terdiri dari kegiatan awal (pendahuluan), siswa memberi salam dan berdoa, guru mengabsen siswa. kegiatan inti dengan materi yang diajarkan yaitu: pola

Hasil uji Error Correction Model (ECM) pada Tabel 7 dapat diketahui bahwa nilai probabilitas residualnya sebesar 0,0066 lebih kecil dari 0,05, maka dapat disimpulkan ECM

Penelitian pendahuluan ini dilakukan untuk menentukan formula terbaik dengan memberikan pilihan kombinasi perbandingan antara tempe dan formula bahan pendukung dalam