• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

PENERAPAN ELEMEN TAUHID DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI

Sayyidah Nusaibah Mohd Salehudin Zanaton H Iksan

Zamri Mahamod

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi Abstrak

Sains Tauhidik adalah salah satu usaha Islamisasi Ilmu dalam bidang pendidikan. Usaha ini telah dimulakan oleh ramai Sarjana Islam dalam memerangi sekularisme. Dalam menerapka elemen Tauhid dalam Pendidkan Sains, Al-Qur’an menjadi panduan utama. Kertas konsep ini bertujuan menjelaskan tentang penerapan elemen tauhid dalam Pendidikan Biologi. Dalam kertas konsep ini, definisi Sains Tauhidik dinyatakan. Seterusnya, startegi penerapan elemen Tauhid dalam biologi dijelaskan. Kertas konsep ini juga mencadangkan supaya penerapan elemen Tauhid dibuat secara lebih mendalam dalam setiap subtopik yang dipelajari. Penerapan elemen Tauhid dalam Pendidikan Sains ini diharapkan dapat melahirkan generasi yang hidupnya berpandukan Al-Qur’an dan mempunyai pemikiran Ulul Albab iaitu mempunyai pengetahuan yang mendalam dan keyakinant yang jitu kepada Allah S.W.T seterusnya menjadi generasi yang memakmurkan dunia.

Kata kunci: Pendidikan, Islamisasi Ilmu, Sains Tauhidik, Sains Biologi, Strategi Penerapan

Keywords: Education, Islamisation of Knowledge, Tawhidic Science, Biological Science,integration strategy

PENGENALAN

Al-Quran merupakan kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T sebagai panduan kepada manusia dalam menjalani kehidupan. Ia adalah dasar dalam membina minda yang bijaksana, membentuk masyarakat yang beriman dan menghasilkan generasi yang bertaqwa kepada Allah S.W.T. Generasi Al-Qur’an ialah generasi yang memahami dan mengamalkan agama, terdidik dengan Al-Qur’an, tidak tenggelam dalam agenda materialisme serta mempunyai keluhuran budi pekerti seperti yang terkandung dalam ajaran Islam. Generasi ini mengamalkan konsep 5M (Sabri Bin Mohamad Sharif 2009) iaitu menbaca Al-Qur’an, menghafaz Al-Qur’an, memahami dan menguasai Al-Qur’an, menghayati pengajaran Al-Qur’an serta mempelajari keindahan dan ketinggian Kalamullah di dalam Al-Qur’an.

(2)

kepada konsep ilmu duniawi dan ilmu ukhrawi atau dikenali sebagai sistem dualisme. Kesannya, subjek agama “kering” daripada nilai-nilai aqli dan subjek sains dibiarkan “bebas” daripada nilai-nilai naqli (Zetty Nurzuliana Rashed & Ab. Halim Tamuri 2014). Tanpa pemupukan nilai agama dan budaya dalam pendidikan amnya dan pendidikan sains khususnya, lahirlah generasi yang berpelajaran tinggi tetapi mengabaikan nilai kemanusiaan menyebabkan berlakulah jenayah kolar putih, rasuah, pecah amanah malahan pembunuhan untuk memastikan matlamat material tercapai (Mohd Yusof Hj Othman 2013). Dewasa ini, masalah rasuah dan salah guna kuasa banyak dilaporkan di media massa. Contohnya, kenyataan media Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada 5 Oktober 2016 bertajuk “SPRM tahan 4 individu termasuk dua penjawat awam terlibat rasuah, rampas wang tunai RM 53 juta”. Kes berprofil tinggi yang melibatkan nilai jutaan ringgit ini bukannya melibatkan golongan yang tidak berpelajaran, malahan mereka pernah memegang jawatan yang tinggi dalam kerajaan. Oleh itu, tahap pendidikan yang tinggi tidak dapat menjamin pembentukan individu yang berintegriti dan beretika.

Justeru, salah satu usaha yang dilakukan oleh para sarjana Islam kini bagi membentuk generasi al-Qur’an yang hidup berlandaskan agama adalah melalui Islamisasi Ilmu (Islamization of Knowledge, IOK). Islamisasi ilmu dewasa ini bermula sejak tahun 1970-an lagi. Ia dipelopori oleh sarjana Islam seperti S. M. Naquib al-Attas dan Ismail R. al-Faruqi. Gerakan Islamisasi ilmu ini didorong oleh keinginan sarjana-sarjana Islam ini untuk memerangi sekularisme. Islamisasi ilmu diterjemahkah dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, sosiologi, politik, pendidikan, linguistik termasuklah sains dan teknologi (Ahsan, Shahed & Ahmad 2013). Islamisasi sains adalah usaha untuk menerapkan elemen Tauhid dan nilai agama dalam ilmu sains. Usaha ini adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Negara yang ingin menerapkan keseimbangan intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam diri generasi akan datang (Normaya Md Zamri & Zanaton Hj Iksan 2016). Namun demikian, pendidikan sains hari ini masih lagi tidak diintegrasikan dengan agama dan konteks ketuhanan. Walaupun di sekolah agama, subjek agama dan masih lagi diajar berasingan. Hanya segelintir guru yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran sahaja yang mampu mengintegrasikan kedua-dua elemen ini dalam satu subjek.

Menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Kementerian Pendidikan Malaysia 2013), anjakan ketiga daripada sebelas anjakan utama untuk

(3)

mentransformasikan sistem pendidikan negara ialah ‘melahirkan rakyat Malaysia dengan penghayatan nilai’. Selain kemahiran memimpin, pelajar perlu mempunyai penghayatan nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil dan penyayang bagi membimbing mereka dalam membuat keputusan yang beretika dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin meruncing. Oleh itu, pengintegrasian ilmu sains dengan konsep Tauhid diyakini dapat membentuk pelajar yang seimbang dunia dan akhirat yang tidak hanya memikirkan material dan keduniaan semata-mata, malah menyandarkan setiap keputusan mereka berdasarkan panduan dan nilai agama

Fagan (2006) menyatakan bahawa amalan agama meningkatkan kesihatan, pencapaian akademik, dan kesejahteraan ekonomi dan memupuk kawalan diri, harga diri, empati, dan belas kasihan seterusnya memberi manfaat kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara. Justeru, keyakinan akan agama dan kewujudan Tuhan itu penting untuk diterapkan dalam diri pelajar sejak awal lagi supaya masalah sebegini tidak menjadi barah yang akan merosakkan generasi akan datang. Keyakinan tentang adanya Tuhan mampu memandu pelajar supaya segala tindakan mereka adalah berlandaskan agama dan nilai serta tidak mudah terpengaruh dengan kepentingan material seterusnya membawa kepada kesejahteraan dunia dan akhirat.

Kertas konsep in bertujuan mendefinisikan sains Tauhidik, menjelaskkan strategi penerapan elemenTauhid dalam Sains serta cadangan pengukuhan pendidikan Sains Tauhidik melalui pendekatan naratif. Empat strategi penerapan dicadangkan beserta contoh iaitu mengaitkan fenomena Sains dengan ayat-ayat Al-Qur’an dan Hadith, mengaitkan femomena Sains dengan Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah dalam Mencipta, Kehebatan sarjana Islam silam, dan melalui nasihat dan nilai murni serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi.

DEFINISI SAINS TAUHIDIK

Sains diambil daripada istilah Latin, scientia yang bermaksud pengetahuan (Medawar 1984; Mohd Yusof Hj Othman 2013). Sains bermaksud ‘pengetahuan yang bersistem dan terumus’, ‘kajian secara bersistem berdasarkan kepada pencerapan dan eksperimen’ serta ‘pencarian untuk menerangkan secara rasional tentang fenomena alam tabii’. Oleh itu, sains boleh didefinisikan sebagai ilmu pengetahuan tentang cara manusia mencerap dan memerhati alam tabii secara semulajadi dengan sistematik seterusnya dihujahkan dan dianalisis secara logik dan objektif. Selain itu, ekperimen juga dilakukan dan

(4)

keputusannya dibandingkan dengan andaian teorinya. Ilmu pengetahuan sains ini dipupuk dan diperkembang seterusnya meningkatkan khazanah pengetahuan ilmu sains. (Mohd Yusof Hj Othman 2014).

Tauhid pula merujuk kepada sifat Allah S.W.T yang Esa dan Tunggal serta menolak menafikan kewujudan sesuatu yang sama dan serupa atau yang sekutu denganNya. Hal ini menolak pencerakinan Tuhan – samada dari segi sifat atau rupa – kepada bahagian-bahagian yang lebih asas atau kecil yang terpisah-pisah sifatnya. Sesungguhnya, ke-Esa-an yang semutlak-mutlaknya hanyalah milik-Nya jua (Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil 2012). Menurut Mohd Yusof Hj Othman (2014) dan Abdullah Basmeih (2001), konsep Tauhid dapat dilihat dengan jelas melalui Surah Al-Ikhlas (112) yang bermaksud:

‘Katakanlah (wahai Muhammad) “Tuhan-ku ialah Allah Yang Maha Esa” (1). Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat (2). Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan (3). Dan tidak ada sesiapapun yang setara dengan-Nya (4).’

Al-Qur’an (112: 1-4)

Dalam mempelajari akidah, empat elemen utama yang dibicarakan iaitu Uluhiyyah (ketuhanan), Nubuwah (kenabian dan kerasulan), Ruhaniyyah (berkaitan Malaikat dan Jin) dan Sami’yat (hari akhirat, alam kubur, dosa dan pahala). Aspek Uluhiyyah boleh dibuktikan melalui dalil Naqli (dalil yang dirujuk dalam Al-Qur’an) dan dalil Aqli (dalil berdasarkan logik akal dan fenomena alam) (Mohd. Arip bin Kasmo 2000). Maka, Wan Mohd Aimran (2012) mendefinisikan Sains Tauhidik sebagai ‘usaha memberikan sifat-sifat yang mencirikan tauhid kepada ilmu pengetahuan sains’. Sains Tauhidik menekankan kewujudan Tuhan iaitu Allah S.W.T sebagai pencipta yang Maha Berkuasa ke atas alam ini. Mohd Yusof Hj Othman (2014) menjelaskan bahawa terdapat tiga entiti utama dalam kerangka Sains Tauhidik iaitu Tuhan, manusia dan alam. Hal ini berbeza dengan sains konvensional yang menidakkan entiti Tuhan. Justeru, Sains Tauhidik boleh didefinisikan sebagai pembelajaran tentang pengetahuan sains dan fenomena alam berdasarkan pemerhatian, pencerapan, dan eksperimen yang berlandaskan keyakinan bahawa alam tabii ini diciptakan oleh Allah S.W.T. dan semua ciptaan tunduk di bawah kekuasaan-Nya.

STRATEGI PENERAPAN ELEMEN TAUHID DALAM PENDIDIKAN BIOLOGI

(5)

Allah S.W. T adalah dengan cara meneliti, mengkaji dan memikirkan tentang ciptaan-ciptaan Allah S.W.T yang wujud di alam semesta ini dan juga dengan cara mengenali nama-nama Allah S.W.T. Melalui pembacaan dan pengkajian tentang sumber Al-Qur’an, Sunnah dan makluk ciptaan Allah, kita dapat mengenali dan meyakini kewujudan Allah (Mohd. Arip bin Kasmo 2000). Hal ini dijelaskan dalam ayat al-Qur’an seperti berikut:

“Katakanlah: Perhatikanlah apa yang ada di langit dan di bumi. Tidaklah bermanfaat tanda kekuasaan Allah dan rasul-rasul yang memberi peringatan bagi orang-orang yang tidak beriman.”

Surah Yunus, ayat 101

Melalui ayatnya ini Allah S.W.T menyuruh manusia memerhatikan alam ini untuk mencari bukti kewujudan dan keagungan-Nya. Untuk mendapatkan keyakinan kepada Allah (iman), manusia boleh mencapaianya melalui pancaindera dan akal. Manusia diperintahkan Allah mencari dalil dan bukti ini supaya beriman dan mempelajarinya seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam ayat-Nya.

Justeru, beberapa strategi boleh dilakukan oleh guru-guru bagi menerapkan serta mengintegrasikan elemen Tauhid dalam matapelajaran sains. Antaranya ialah dengan mengaitkan subtopik pembelajaran pelbagi fenomena sains dengan ayat-ayat Al-Qur’an. Kedua, guru boleh menggabungkan Sains dengan Tauhid dengan cara mengaitkan setiap kejadian, fenomena, dan apa-apa situasi berkaitan Sains dengan Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah S.W.T. Seterusnya, kehebatan sarjana Islam silam dan kegemilangan tamadun Islam suatu ketika dahulu perlu diceritakan kepada pelajar bagi meningkatkan motivasi mereka dalam menuntut ilmu supaya dapat mengembalikan semula kegemilangan tersebut suatu hari nanti. Disamping itu, guru-guru juga boleh mengaitkan elemen Tauhid dengan Sains dengan cara memberi nasihat dan menekankan tentang nilai selain fakta dan konsep ketika mengajar subjek sains serta menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi bagi mengukuhkan pengintegrasian. Bahagian berikutnya menjelaskan strategi-strategi ini dengan lebih lanjut.

1. Mengaitkan Konsep Sains dengan Ayat-Ayat Al-Qur’an dan Hadith

Al-qur’an merupakan mukjizat teragung yang diturunkan oleh Allah kepada ummat Nabi Muhammad S.A.W. Ia terpelihara sejak ia diwahyukan lebih 1400 tahun dahulu, malahan kandungannya masih lagi relevan dan menjadi panduan manusia sejak dahulu, kini dan selamanya. Analisis Al-Qur’an oleh Karran Sayid Ghanim menyatakan bahawa terdapat lebih daripada 750 ayat al-Qur’an berkaitan dengan sains berbanding

(6)

dengan tidak melebihi 150 ayat berkaitan fikah dan syariah (Mohd. Arip bin Kasmo 2000). Hal ini menakjubkan kerana Al-Qur’an diwahyukan lebih 1400 tahun dahulu ketika mana fakta-fakta sains ini masih belum ditemui. Fenomena-fenomena alam yang berlaku mampu dijelaskan dan difahami dengan berpandukan Al-Qur’an sama ada secara tekstual ataupun kontekstual

Sebagai contoh, ketika guru mengajar tentang bab pembiakan, guru boleh mengaitkannya dengan ayat al-Qur’an berkaitan embriologi (Mohd. Arip bin Kasmo 2000) yang berbunyi:

Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian, air mani itu kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu kami balut bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maha Sucilah Allah Pencipta Yang Paling Baik.

(Surah Al-Mu’minun ayat 12 – 14) Ayat al-Qur’an ini menggambarkan secara jelas kejadian manusia di dalam rahim ibu bermula daripada ovum dan sperma sehingga kepada fetus yang telah menyerupai bentuk manusia. Apa yang mengagumkan ialah ayat ini diturunkan lebih 1400 tahun dahulu; yang mana ilmu berkaitan embriologi ini masih belum ditemui.

Selain itu, terdapat juga bab-bab yang dapat dikaitkan dengan Al-Qur’an secara tidak langsung. Contohnya ketika mengajar bab Koordinasi dan Gerak Balas tentang sistem saraf dan neuron, isu penyalahgunaan arak dan alkohol boleh dikaitkan dengan ayat al-Qur’an berkaitan pengharaman arak dalam surah Al-Baqarah ayat 219 yang bermaksud: “Mereka bertanya kepadamu mengenai arak dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya ada dosa yang amat besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya...”. Perkara ini juga dikaji oleh Shafiah Abdul Rashid et al. (2014) yang mengintegrasikan pendidikan Sains Tauhidik dalam penggunaan arak dan alkohol. Beliau mengetengahkan masalah skop pembelajaran yang terlalu ringkas bagi isu penyalahgunaan arak dan alkohol dalam subjek Sains, Biologi dan Kimia. Justeru, beliau mencadangkan pengajaran subtopik ini diintegrasikan dengan pendekatan Al-Qur’an. Kertas konsep beliau menerangkan tentang definisi arak dan alkohol, larangan meminum arak dalam Islam serta keburukan arak dari segi saintifik dan sosial. Oleh itu, dengan pendekatan ini diharapkan elemen

(7)

Tauhid dapat diterapkan sedikit demi sedikit dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Sains Tulen.

2. Mengaitkan femomena Sains dengan Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah dalam Mencipta

Sains Tauhidik menekankan kewujudan Tuhan iaitu Allah S.W.T sebagai pencipta sekalian makhluk. Penciptaan ini sangat kompleks. Hanya dengan memerhati, belajar dan mendalaminya dengan teliti, fenomena-fenomena ini dapat difahami dengan lebih jelas. Dengan cara ini, kekuasaan dan kebijaksanaan Allah jelas dapat dihayati. Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang-orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun baring dan mereka banyak berfikir mengenai penciptaan langit dan bumi, kemudian berkata “Wahai Tuhan kami, Engkau tidak menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.”

(Surah Ali Imran, ayat 190-191) Ayat ini menggesa Umat Islam supaya sentiasa mengingati Allah dan berfikir tentang fenomena alam seterusnya meransang umatnya menjadi saintis yang melakukan kajian berpandukan Al-Qur’an (Faszly Rahim et al. 2014). Sebagai contoh, ketika guru mengajar proses pembahagian sel. Sebelum sel membahagi, maklumat di DNA perlu disalin satu per satu melaui proses yang dipanggil replikasi. Berjuta-juta bes DNA perlu disalin mengikut susunan tanpa sebarang kesilapan. Proses ini dilakukan oleh beberapa jenis molekul protein berupa enzim yang bekerja dengan penuh tertib dan sempurna tanpa kita sedari. Begitu juga proses penghasilan protein oleh sel di ribosom. Proses dimulakan dengan transkripsi DNA kepada mRNA seterusnya proses translasi mRNA kepada rantaian protein. Proses ini berlaku dengan sempurna tanpa sebarang kesilapan. Siapakah yang mengatur semua proses-proses ini? Adakah molekul-molekul protein ini mempunyai kebijaksanaan untuk melakukan semua perkara ini? Dengan mengkaji secara mendalam, fenomena-fenomena alam ini dapat ditafsirkan berdasarkan Kebijaksanaan dan Kekuasaan Allah S.W.T, bukannya terjadi sendiri (natural selection) ataupun secara kebetulan (by chance) seperti yang dipercayai golongan saintis kini.

Selain itu, guru-guru juga boleh menerapkan keyakinan terhadap Kehebatan dan Kekuasaan Allah S.W.T dengan cara mengadakan lawatan dan kem. Kajian tentang perkara ini telah dilakukan oleh Zanaton Hj Iksan et al. (2015) melalui Kem Pandang

(8)

Alam yang dijalankan keatas pelajar Fakulti Sains dan Teknologi yang mengikut kursus Sains Tauhidik di peringkat Pra-Siswazah. Sebanyak 32 responden yang mengikuti kem ini dan kajian dilakukan dengan cara menganalisis refleksi yang dibuat sepanjang kem berlangsung. Semasa kem ini, peserta merentas hutan dan pemudahcara akan membentangkan aya-ayat al-Quran yang jelas berkaitan dengan fenomena yang diperhatikan di sekeliling mereka di chekpoint tertentu. Tema diperoleh daripada refleksi tersebut melalui analisis perbandingan konstan. Antara tema yang diperoleh ialah melihat, merasai dan menjiwai kebesaran Tuhan yang menimbulkan rasa syukur. Kesannya, pengajaran diambil untuk dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Dapatan kajian mendapati bahawa kem ini dapat mewujudkan suasana mentadabbur Al-Qur’an melalui pengalaman yang dirasai sendiri bagi memperoleh penghayatan terhadap Al-Qur’an. Dapat disimpulkan bahawa, dengan mengadakan kem dan lawatan, pelajar dapat memerhati dan merasai sendiri pengalaman dan menghayati Kebesaran Allah S.W.T.

3. Kehebatan sarjana Islam silam

Islamisasi Imu pada masa kini boleh dikatakan masih baharu, namun amnya dipersetujui bahawa ianya bermula sejak penurunan wahyu Al-Qur’an kepada Nabi Muhammad S.A.W. lebih seribu empat ratus tahun dahulu (Ahsan et al. 2013). Ayat pertama yang diwahyukan merupakan Surah Al-Alaq ayat 1 – 5 yang menekankan suruhan membaca (Mohamad Faizal et al. 2014). Membaca adalah asas bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Justeru, sarjana Islam silam gigih berusaha mempelajari dan menterjemah penulisan ahli falsafah awal Greek serta ilmu dari tamadun lain seperti Parsi, India dan China dalam usaha mereka mendalami ilmu pengatahuan. Hasil kegigihan mereka, muncullah pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti falsafah, teologi, matematik, feqah, astronomi, undang-undang, tasauf, logik, metafizik, fizik, kimia, senibina, geografi dan pelbagai lagi. Seterusnya pada era kegemilangan tamadun Islam, lahirlah ramai sarjana-sarjana Islam yang bukan hanya menguasai satu bidang sahaja, malahan pelbagai bidang ilmu termasuklah sains dan teknologi.

Islam mencapai zaman kegemilangannya pada abad kesembilan hingga keenam belas Masihi. Ketinggian peradaban ini tidak mampu dicapai tanpa penguasaan ilmu pengetahuan yang tinggi. Al-Qur’an juga telah menyatakan perkara ini dalam ayat yang bermaksud;

(9)

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama daripada kalanganmu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya mengenai apa yang kamu kerjakan.”

(Surah Al-Mujadalah, ayat 11) Ayat ini menjelaskan kepentingan ilmu pengetahuan dalam meningkatkan darjat manusia. Tanpa ilmu, manusia akan terperangkap dalam kebodohan, keangkuhan, dan kesesatan. Allah berfirman dalam Surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud;

“Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

(Surah Az-Zumar ayat 9) Justeru, ilmu pengetahuan sahajalah yang mampu membawa manuasia kepada kejayaan yang sebenar. Kecintaan sarjana dan pemerintah Islam silam terhadap ilmu pengetahuan mendorong mereka menerokai pelbagai bidang ilmu yang akhirnya membuahkan hasil apabila peradaban mereka mencapai zaman kegemilangan.

Ramai tokoh Islam terulung dalam bidang Sains dan Teknologi wajar dijadikan teladan. Antaranya ialah Ibnu Sina yang merupakan tokoh terkenal dalam bidang sains dan teknologi dan digelar Bapa Perubatan. Namanya terkenal di timur dan barat dan kitab tulisannya yang diterjemah berjudul Precepts of Medicine merupakan rujukan asas universiti-universiti di Itali dan Perancis pada abad ke- 17 (Mohamad Faizal et al. 2014) dan masih lagi dirujuk dan dikagumi sehingga kini. Tokoh seterusnya ialah Jabir Ibn Hayyan yang merupakan Bapa Ilmu Kimia Dunia dengan pencapaiannya menemukan cara penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik dan tartarik yang merupakan bahan asas dalam eksperimen Kimia sehingga kini. Beliau menghasilkan beberapa buah buku seperti Kitab Kimya dan Kitab Sab’een yang diterjemah ke bahasa Latin. Al-Khawarizmi pula merupakan sarjana Islam yang mahir dalam bidang matematik, astronomi dan geografi. Beliau menulis banyak karya dalam pelbagai bidang seperti Al-Jabar wa al-Muqabalah dan Al-‘Amalu bi Asturlab.

Sarjana Islam yang seterusnya ialah Ibnu Al-Haitham yang merupakan tokoh yang mahir dalam bidang matematik, sains, geometri, perubatan, astronomi dan falsafah. Karyanya tentang optik sangat mengagumkan. Beliau merupakan orang yang pertama dalam dunia Islam menulis tentang optik. Penciptaan teori penglihatan olehnya boleh dianggap sebagai revolusi dalam bidang tersebut (Morrison 2004). Penjelasan

(10)

fenomenologi Ibn al-Haytham mengenai pembentukan imej dalam mata dalam bahasa matematik merupakan transformasi radikal dalam disiplin tersebut. Kitabnya berkaitan optik iaitu Kitab al-Manazir menjelaskan tentang psikologi penglihatan dan pemahaman yang terkehadapan berkaitan pembiasan mampu menjelaskan mengapa humor kristal mata itu mengesan beberapa bentuk cahaya dan warna yang mencapai mata tetapi bukan yang lain. Ibn al-Haytham mempunyai pengaruh yang besar ke atas bidang optik di Eropah. Selain itu, Al-Biruni juga merupakan antara tokoh yang banyak memberikan sumbangan dalam bidang sains dan teknologi. Beliau menguasai falsafah, kimia, perubatan, astronomi dan geografi serta menghasilkan hampir 180 karya dalam bentuk buku dan risalah. Antara karya utama beliau ialah Istikhral Al-Autar Fi Al- Daerah Bi Khowasi Al-Khatti Al-Munhani Al-Waqi’ Fiha yang merupakan karya dalam bidang trigonometri.

Kehebatan tokoh-tokoh Islam silam dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi boleh dijadikan motivasi, penggerak dan cabaran kepada pelajar agar mereka berusaha menuntut ilmu dalam pelbagai bidang bagi memacu kembali kejayaan tamadun Islam di masa akan datang. Ketinggian ilmu dan pencapaian mereka sangat mengagumkan seharusnya diteladani. Kegigihan sarjana Islam ini menulis pelbagai jenis buku dalam pelbagai bidang juga patut dijadikan teladan kerana dengan cara inilah ilmu dapat disebarkan dan diperturunkan ke generasi seterusnya. Guru seharusnya bijak menyelitkan sejarah-sejarah ini dalam pengajaran mereka supaya pelajar tercabar dan bermotivasi dalam menuntut ilmu.

4. Nasihat dan nilai murni

Selain itu, penerapan elemen Tauhid dalam Biologi dapat dilakukan melalui nasihat dan nilai murni. Strategi ini adalah usaha yang paling mudah yang boleh dilakukan oleh guru dalam menerapkan elemen Sains Tauhidik dalam pendidikan mereka. Sebagi contoh ketika mengajar tentang mutasi DNA, guru boleh menerangkan bagaiman perubahan meskipun satu bes DNA boleh menyebabkan kecacatan, malah membawa kepada kematian. Oleh itu, rasa kesyukuran kepada Tuhan yang menciptakan mereka dalam bentuk yang paling sempurna dan sihat boleh ditanamkan dalam diri pelajar. Selain itu, ketika guru mengajar tentang pencemaran, guru boleh menerapkan elemen kelestarian alam sekitar dalam diri pelajar. Pelajar boleh diajar untuk menjimatkan tenaga, dan air serta mengitar semula sisa buangan bagi memastikan

(11)

alam sekitar sentiasa terjaga.

5. Menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK/ICT)

Pada era ini, guru dan pelajar tidak dapat lari daripada menggunakan ICT. Maklumat dapat diperoleh di hujung jari menggunakan telefon pintar dan komputer tidak kira di mana sahaja berada. Oleh itu, guru seharusnya bijak menggunakan saluran ini bagi membolehkan pelar memperoleh manfaat darinya. Sebagai contoh, video-video mengenai kejadian manusia boleh dipertontonkan kepada pelajar bagi mengukuhkan lagi pembelajaran biologi bab pembiakan. Selain itu, pelbagai simulasi komputer dapat ditunjukkan kepada pelajar bagi menunjukkan kehebatan Allah S.W.T mencipta seterusnya menyedarkan bahawa betapa kerdil dan terbatasnya ilmu pengetahuan manusia. Sebagai contoh, simulasi perbezaan saiz antara saiz biji kopi, beras,

sehinggalah ke sel, organel, DNA, dan atom

(http://learn.genetics.utah.edu/content/cells/scale/) boleh memberi kesedaran bahawa

bertapa teliti dan kompleksnya Allah mencipta manusia dan alam ini. Dalam hal ini guru perlulah bijak menggunakan simulasi tersebut dan menerangkan Kebesaran Allah S.W.T yang dapat dipelajari daripada aktiviti itu. Tanpa penerangan guru, video dan simulasi tersebut akan menjadi hambar, tidak ubah seperti pembelajaran biologi sekular. Perkembangan sains dan teknologi berlaku dengan pesat ditambah pula dengan perkembangan internet yang membolehkan maklumat diperoleh di hujung jari. Manusia begitu mengagumi kehebatan sains sehingga tanpa sedar telah menjadikannya sebagai “tuhan” dengan cara menganggap sains mampu menyelesaikan segala permasalahan manusia. Malahan, terdapat juga penemuan-penemuan baharu sains yang mencabar akidah dan menguji ulama-ulama untuk menilai fatwa-fatwa mereka supaya relevan dengan keadaan semasa (Mohd. Arip bin Kasmo 2000). Justeru, penerapan pembelajaran sains berlandaskan kebenaran kekuasaan Allah dan kebenaran Al-Qur’an adalah perlu bagi memastikan pengetahuan agama pelajar seiring dengan kemajuan sains dan teknologi. Selain itu, Sains Tauhidik diharap mampu menyediakan pelajar dalam menghadapi cabaran sains dan teknologi kini supaya bertepatan dengan fatwa dan pandangan agama. Seterusnya lahirlah generasi Al-Qur’an yang berpemikiran Ulul Albab. Ulul Albab merupakan ‘golongan yang mempunyai asas yang kukuh dalam Al-Qur’an, ilmu pengetahuan yang luas dan pelbagai, mampu berfikir dan memerhati kejadian tuhan melalui mata hati dan akal yang tajam serta mengambil iktibar darinya’ (Faszly Rahim et al. 2014)

(12)

CADANGAN

Berdasarkan kajian lepas yang dinyatakan, beberapa cadangan untuk mengukuhkan Sains Tauhidik dalam pendidikan dapat diperoleh. Pertama, menyediakan pelbagai jenis modul Sains Tauhidik. Contohnya, Modul STEM bersepadu STEMind oleh Faszly Rahim et al. (2014). Selain itu, pendekatan Sains Tauhidik juga dapat dilaksanakan dalam subtopik sains yang berkaitan dengan nilai seperti kajian Shafiah Abdul Rashid et al. (2014) berkaitan tajuk penyalahgunaan arak dan alkohol. Selain itu, guru-guru Sains dan Pendidikan Islam perlu berkolaborasi sesama mereka untuk menjalankan kajian pengajaran (lesson study) (Zanaton H Iksan et al. 2016) supaya ilmu dapat dikongsi, dan pengajaran dan pembelajaran Sains Tauhidik dapat ditingkatkan. Khalijah Mohd Salleh et al. (2011) berdasarkan kajiannya juga mengutarakan beberapa cadangan seperti mengadakan seminar dan bengkel Sains Tauhidik kepada guru-guru. Selain itu, bahan bantu mengajar berkaitan Sains Tauhidik perlu disediakan bagi membantu guru-guru dalam proses pengangajaran dan pembelajaran.

Pada masa kini, penerapan Sains Tauhidik dalam pendidikan lebih bertumpukan kepada perkaitan ayat Al-Qur’an atau Hadis dengan fenomena-fenomena atau isu-isu yang berlaku. Sudah sampai masanya untuk para pendidik menerapkan elemen ini dengan lebih mendalam lagi dengan mengaitkan tentang Kekuasaan dan Kebijasanaan Allah S.W.T dalam setiap bab dan subtopik yang diajar. Sebagai contoh, dalam subjek Biologi Tingkatan 4, guru boleh mengaitkan tentang kejadian sel yang kompleks seperti fungsi organel, membran plasma dan juga itu proses-proses yang berlaku dalam sel dengan Kekuasaan dan Kebijaksanaan Allah S.W.T dalam mencipta makhluk-Nya serta menekankan keunikan penciptaan yang tidak mungkin berlaku secara semulajadi tanpa kewujudan Pencipata yang Agung. Hal ini secara tidak langsung dapat memupuk kemahiran berfikir pelajar dan selaras dengan firman Allah S.W.T dalam Surah Ali Imran, ayat 190-191 yang mengatakan bahawa orang yang berakal ialah orang yang berfikir dan tetang penciptaan langit dan bumi dan mengaitkannya dengan kebesaran-Nya.

Justeru, guru-guru haruslah meningkatkan ilmu pengetahuan mereka supaya setiap subtopik dalam pelajaran Biologi dapat dikaitkan dengan Kebesaran dan Kekuasaan Allah S.W.T. Dengan cara ini, pelajar akan terbiasa mengaitkan kesemua fenomena alam dan biologi di sekeliling mereka dengan kekuasaan Allah S.W.T

(13)

walaupun mereka tidak lagi mendapat bimbingan guru. Apabila mereka melanjutkan pelajaran dan mempelajari fenomena ini dengan lebih mendalam dan kompleks, keyakinan mereka pada Kekuasaan Allah S.W.T semakin bertambah. Selain itu, ketokohan sarjana Islam silam yang menguasai pelbagai bidang perlu diperkenalkan kepada pelajar supaya tokoh ini dijadikan idola dan ikutan mereka dalam menuntut ilmu. Proses yang berterusan ini seterusnya akan melahirkan pelajar yang sentiasa mengaitkan apa yang dipelajarinya dengan kekuasaan Allah S.W.T walaupun mereka tidak lagi mendapat bimbingan langsung dari guru ketika melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan cara ini, diharap generasi Al-Qur’an berpemikiran Ulul Albab yang akan memakmurkan dunia pada masa akan datang akan dapat dihasilkan.

KESIMPULAN

Sains Tauhidik bukanlah satu cabang ilmu baru, namun ia adalah satu pendekatan baru dalam mendefinisikan ilmu sains berdasarkan fitrah dan Sunnatullah. Melalui pendekatan ini, saintis yang berpaksikan Tauhid mampu menyedari bahawa segala ilmu dan penemuan yang diprolehinya adalah anugerah daripada Allah berupa setitis ilmu daripada selautan ilmu-Nya. Kesedaran tentang limitasi ilmu ini bakal melahirkan ahli sains yang cemerlang, tetapi tawaduk dan melaksanakan kajiaannya berdasarkan batas-batas yang ditetapkan agama. Hal ini tidak akan dapat diterap dalam jiwa bakal saintis tanpa ilmu dan bekalan yang secukupnya daripada guru mereka. Oleh itu, pendidikan Sains Tauhidik ini penting bagi menyedarkan pelajar tentang Kehebatan Allah S.W.T dalam kehidupan seharian serta kesan jangka panjangnya menghasilkan generasi sains dan teknologi yang melaksanakan amanah sebagai Khalifah dengan memakmurkan bumi ini. Sejarah kemilangan tokoh Islam silam dalam bidang keilmuan seharusnnya dijadikan cabaran dan dorongan bagi memacu ummat Islam dalam menuntut ilmu dan menguasai pelbagai bidang bagi mencapai zaman kegemilangan Islam sekali lagi.

Walau bagainmanapun, Sains Tauhidik dalam bidang pendidikan pada masa kini hakikatnya masih di peringkat awal lagi. Banyak lagi bidang yang boleh diteroka dan didalami. Usaha untuk memantapkannya perlu dilipatgandakan supaya semua pelajar khususnya Muslim dapat menghayati pembelajaran sains berpandukan Al-Qur’an

(14)

dengan lebih mendalam lagi. Guru-guru sains dan agama perlu berganding bahu bagi memastikan matlamat ini tercapai. Kepakaran dalam kedua-dua bidang iaitu sains dan agama perlu dikongsi bersama supaya manfaatnya dapat dinikmati semua pelajar. Justeru, pengintegrasian Sains dan elemen Tauhid ini diharapkan dapat menghasilkan pelajar yang mampu berfikir tentang Kekuasaan Allah S.W.T setiap masa dalam kehidupan mereka seterusnya mewujudkan keyakinan yang mendalam dalam diri mereka tentang Kewujudan Allah S.W.T. Hal ini akan melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berusaha gigih dalam dalam setiap apa yang dilakukannya serta hidup berpandukan Al-Qur’an bagi mencapai kejayaan didunia dan di akhirat.

RUJUKAN Al-Qur’an.

Abdullah Basmeih. 2001. Tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian Al-Qur’an. Kuala Lumpur: Darul Fikir.

Ahsan, M. A., Shahed, A. K. M. & Ahmad, A. 2013. Islamization of Knowledge : An Agenda for. Global Journal of Management and Business research Administration and Management, 13(10), 33–42.

Fagan, P. F. 2006. Why religion matters even more: The impact of religious practice on social stability. http://www.heritage.org/research/reports/2006/12/why-religion-matters-even-more-the-impact-of-religious-practice-on-social-stability Faszly Rahim, Zanaton Iksan, Oziah Othman, Wan Nasyrudin, Siti Norul Huda, Norhana Arsad, Karim, A. et al. 2014. Pemerkasaan Ulul Albab Melalui Modul STEM bersepadu STEMind. The Online Journal of Islamic Education: Special Issue of ICIEd 2014, 1–12.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 (Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah).

Khalijah Mohd Salleh, Mohd Yusof Hj Othman, Shadidan Radiman, Jawiah Dakir, Abdul Halim Tamuri, Nor Hayati Alwi, Muhammad Hafizuddin Jumali et al. 2011. Teachers ’ Concerns , Perception and Acceptance toward Tauhidic Science Education. Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies, 4(1&2), 124–155. Medawar, P. 1984. The Limits of Science. United Kingdom: Oxford University Press. Mohamad Faizal bin Ahmat, Mohamad Faizal bin Ismail, Wida Yanti binti Mohammad

Zen Umar & Maimun Aqsha Lubis. 2014. Budaya Ilmu Asas Kemgemilangan Terhadap Sains dan Teknologi dalam Tamadun Islam. The 5th International Conference of ASEAN Studies (UKM-POLMED 2014), hlm.1–8.

Mohd. Arip bin Kasmo. 2000. Pemantapan Akidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Qur’an. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Yusof Hj Othman. 2013. Sains Tauhidik: Mensejahtera Insan dan Melestari Alam. Prosiding Seminar Internasional Revitalisasi Ilmu Ushuluddin Dalam Menghadapi Tantangan Global, hlm.94–104.

Mohd Yusof Hj Othman. 2014. Islamic Science ( Tawhidic ): Toward Sustainable Development. Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies, 7, 110–123.

Morrison, R. G. 2004. Review on The Enterprise of Science in Islam. Aestimatio, 1, 28– 43.

(15)

Normaya Md Zamri & Iksan, Z. H. 2016. Persepsi Guru Sains Terhadap Penerapan Saintifik Tauhidik Ke Dalam Pengajaran Sains Sekolah Rendah. Prosiding Persidangan Antarabangsa Sains Sosial dan Kemanusiaan, hlm.Vol. 4, 517– 531.

Sabri Bin Mohamad Sharif. 2009. Generasi Ulul Albab: Segunung harapan, Seteguh Gagasan. Shah Alam: Penerbit Buku Karisma.

Shafiah Abdul Rashid, Nur ’Irma Diyana Mohd Norbi, Khoo Sioh Gee, Saravanan Ramasamy & Zanaton Hj Iksan. 2014. Integrasi Pendidikan Sains Tauhidik dalam Isu Penyalahgunaan Arak dan Alkohol. Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan, hlm.Vol. 1, 111–124.

Wan Mohd Aimran Wan Mohd Kamil. 2012. Beberapa Saranan Pengukuhan Bagi Kursus STPD 2143 Pengenalan Sains Tauhidik. Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM, hlm.1–30.

Zanaton H Iksan, Md Noor Saper & Zetty Nurzuliana Rashed. 2016. Integration of Tawhidic Science through Lesson Study Approach in teaching and learning Science or Islamic Study. Tinta Artikulasi Membina Ummah, 2(1), 40–50. Zetty Nurzuliana Rashed & Ab. Halim Tamuri. 2014. Melahirkan Generasi Al-Quran

Melalui Kurikulum Pendidikan Integrasi Dan Holistik Jabatan Agama Islam Selangor(Jais). E-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 1(2), 74–83.

Referensi

Dokumen terkait

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga