• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. PENGENALAN 2. TUJUAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. PENGENALAN 2. TUJUAN"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN DAN SYARAT-SYARAT TAWARAN BIASISWA BAGI PROGRAM SIJIL / DIPLOMA / IJAZAH SARJANA MUDA / IJAZAH LANJUTAN / SARJANA / PhD / KURSUS PROFESIONAL BAGI WARGA

KERJA ANAK-ANAK SYARIKAT DAN BADAN-BADAN BERKANUN NEGERI SELANGOR

1. PENGENALAN

Tabung Pendidikan ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memberi biasiswa kepada warga kerja anak-anak syarikat / badan-badan berkanun Negeri Selangor dan anak-anak warga kerja yang berkelayakan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

2. TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan secara terperinci tentang syarat-syarat, peraturan dan kemudahan Tabung Pendidikan ini bagi warga kerja bagi mengikuti kursus di peringkat Sijil / Diploma / Ijazah Sarjana Muda / Sarjana / PhD / Kursus Profesional.

3. TAFSIRAN

Bagi tujuan garis panduan

ini:-“anak-anak syarikat” bermaksud, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan atau mana-mana anak-anak syarikat yang membuat sumbangan kepada Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB);

“badan-badan berkanun” bermaksud Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang membuat sumbangan kepada Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat dan Badan-Badan Berkanun Negeri Selangor (TPASBB);

“biasiswa” bermaksud elaun dan kemudahan seperti yuran Pengajian dan bantuan-bantuan lain bagi anak warga kerja berkelayakan seperti yang ditetapkan oleh TPASBB;

“jawatankuasa pentadbir TPASBB” bermaksud Jawatankuasa Pentadbiran Tabung Pendidikan.

(2)

4. SYARAT-SYARAT UMUM

4.1 Kemudahan biasiswa ini terbuka kepada pencalonan daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) atau mana-mana anak-anak syarikat / badan-badan berkanun Negeri Selangor yang menyumbang kepada TPASBB.

4.2 Calon hendaklah mempunyai pengetahuan, kemahiran, pengalaman, minat dan perwatakan / sikap yang sesuai bagi menentukan kejayaan dalam pengajian dan seterusnya berupaya memberi sumbangan ke arah peningkatan kepada keberkesanan organisasi. Anak-anak syarikat / badan-badan berkanun yang mencalonkan pegawai masing-masing juga boleh mengenal pasti kursus yang bersesuaian yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan organisasi. Pegawai juga hendaklah mempunyai kelayakan yang diiktiraf atau setaraf dengannya.

5. SYARAT-SYARAT KHUSUS

5.1 Terbuka kepada warga kerja anak-anak syarikat / badan-badan berkanun yang berjawatan tetap atau kontrak seperti berikut:-

a) Warga kerja berjawatan tetap dan telah disahkan jawatan serta

telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dengan anak-anak syarikat / badan-badan berkanun; atau

b) Warga kerja yang berkhidmat secara kontrak sekurang-kurangnya

tiga (3) tahun dengan anak-anak syarikat / badan-badan berkanun dan mempunyai baki perkhidmatan sekurang-kurangnya enam [6] bulan pada tarikh permohonan.

5.2 Telah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian secara separuh masa untuk kursus yang diktiraf oleh MQA / institusi-institusi yang berkaitan / badan-badan bertauliah / profesional di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia. Kursus pengajian hendaklah mengikut keperluan dan / atau relevan dengan bidang tugas di anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing;

(3)

5.3 Warga kerja yang sedang mengikuti pengajian boleh memohon dengan syarat tempoh pengajian masih berbaki sekurang-kurangnya satu (1) semester semasa permohonan diterima oleh anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing;

5.4 Mencapai sekurang-kurangnya tahap memuaskan di dalam penilaian prestasi tahunan warga kerja selama tiga (3) tahun terdahulu secara berturut-turut ;

5.5 Mempunyai rekod disiplin yang baik dan tidak dikenakan sebarang tindakan tatatertib / disiplin untuk tempoh tiga (3) tahun sebelum permohonan;

5.6 Permohonan hendaklah mendapat sokongan dan pelepasan daripada Pengurus Besar / Ketua Pegawai Eksekutif anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing;

5.7 Memiliki syarat kelayakan akademik seperti berikut:

PERINGKAT PENGAJIAN

KELULUSAN PNGK ATAU SETARAF

DIPLOMA SARJANA MUDA SARJANA

Sijil Tidak berkaitan Diploma Tidak berkaitan

*Sarjana Muda 2.5 ke atas Tidak berkaitan Sarjana Tidak

berkaitan 2.5 ke atas

Tidak berkaitan

PhD Tidak

berkaitan 2.5 ke atas Lulus * Tempoh pengalaman kerja boleh diambil kira tertakluk kepada

penerimaan kemasukan oleh IPTA / IPTS

5.7.1 Kelayakan bagi pengajian Kursus Profesional adalah tertakluk kepada perakuan anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing.

(4)

6. YURAN DAN ELAUN

6.1 Elaun yang layak diterima adalah seperti berikut:

BIL .

BAYARAN/ ELAUN KADAR

1. Yuran Pengajian Dibayar berdasarkan

invois tuntutan oleh pihak IPT / resit bayaran

2. Elaun Buku (Setahun):

(i) Sijil/Diploma/Diploma Lanjutan (ii) Sarjana Muda

(iii) Kursus Profesional (iv) Sarjana (v) Doktor Falsafah (PhD) RM 525 RM 525 RM 525 RM 750 RM 825

3. Elaun Alat tulis (setahun) RM 700

4. Elaun Penyediaan Tesis (sekali sahaja):

(i) Diploma Lanjutan / Sarjana Muda (ii) Sarjana

 Kerja kursus (Coursework)  Penyelidikan (Research) (iii) Doktor Falsafah (PhD)

RM 400

RM 1,500 RM 3,000 RM 6,000

6.2 Salinan keputusan peperiksaan setiap semester hendaklah dikemukakan oleh warga kerja kepada anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing bagi tujuan tuntutan yuran pengajian kecuali tuntutan semester pertama.

7. BIDANG TAJAAN

Kursus pengajian hendaklah mengikut keperluan dan / atau relevan dengan bidang tugas di anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing.

(5)

8. TEMPOH DAN CARA PERMOHONAN

8.1 Tempoh permohonan adalah dibuka sepanjang tahun.

8.2 Permohonan hendaklah menggunakan Borang Permohonan Biasiswa Tabung Pendidikan Anak-Anak Syarikat & Badan-Badan Berkanun yang boleh diperoleh daripada anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing.

8.3 Borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan hendaklah dikemukakan kepada anak-anak syarikat / badan-badan berkanun masing-masing.

9. HAD UMUR DAN LANJUTAN TEMPOH PENGAJIAN

9.1 Had umur permohonan bagi warga kerja adalah sehingga umur 45 tahun sahaja.

9.2 Sekiranya warga kerja perlu melanjutkan tempoh pengajian atas sebab gagal dalam mana-mana subjek atau PNGK kurang dari had minimum yang ditetapkan oleh pusat pengajian dan perlu mengulang (repeat) subjek atau semester, sebarang kos tambahan perlu dibiayai sendiri oleh pihak warga kerja tersebut.

10.IKATAN PERJANJIAN BERKHIDMAT DENGAN ANAK-ANAK SYARIKAT / BADAN-BADAN BERKANUN

10.1 Tempoh ikatan perjanjian berkhidmat bagi warga kerja adalah seperti berikut:

Jumlah Biasiswa Yuran

Pengajian (RM) Tempoh Ikatan

10,000 ke bawah 1 Tahun 10,001 - 30,000 2 Tahun 30,001 - 50,000 3 Tahun 50,001 - 70,000 4 Tahun 70,001 - 90,000 5 Tahun 90,001 ke atas 6 Tahun

(6)

10.2 Tempoh ikatan perjanjian berkhidmat adalah berkuatkuasa dari tarikh keputusan peperiksaan terakhir dikeluarkan.

10.3 Sekiranya warga kerja menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh tamat ikatan perjanjian berkhidmat tersebut, warga kerja boleh dikenakan tuntutan ganti rugi daripada jumlah keseluruhan biasiswa mengikut kadar berikut:

TEMPOH PERKHIDMATAN KADAR

Kurang daripada satu (1) tahun berkhidmat 30% Satu (1) tahun berkhidmat 20% Dua (2) tahun berkhidmat 10%

10.4. Pegawai kontrak yang tidak diperbaharui kontrak perkhidmatannya atas sebab disiplin dan prestasi kerja yang tidak memuaskan perlu membayar keseluruhan kos pengajian yang telah dibayar oleh TPASBB.

11. GAGAL MENAMATKAN PENGAJIAN

Sekiranya warga kerja didapati gagal menamatkan pengajian, maka warga kerja boleh dikenakan tuntutan ganti rugi seperti yang dinyatakan di dalam perjanjian yang akan ditandatangani.

12.TAJAAN LAIN

Sekiranya permohonan diluluskan, warga kerja tidak boleh menerima lain-lain penajaan daripada mana-mana yayasan, tabung bantuan kewangan daripada mana-mana agensi kerajaan atau swasta.

13.PENUTUP

Garis panduan ini disediakan sebagai satu usaha untuk menerangkan dan memperincikan mengenai tatacara dan prosedur Program Biasiswa TPASBB. Garis panduan ini hendaklah dijadikan rujukan dan panduan agar Program Biasiswa TPASBB dapat dilaksanakan dengan cekap dan teratur.

(7)

Garis panduan ini hendaklah berkuatkuasa mulai pada 1 Julai 2015.

15. URUSETIA

Sebarang pertanyaan, sila

hubungi:-Y.B. Pegawai Kewangan Negeri Perbendaharaan Negeri Selangor

Bahagian Analisa Pemantauan Pelaburan dan Pinjaman Tingkat 11, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam

No. Tel: 03-5544 2327 / 03-5521 2391 No. Faks: 03-5544 7659

Ketua Pegawai Eksekutif

Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,

Tingkat 14, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam.

Tel : 03-5521 2251 Faks : 03-5544 7844 Presiden

Kumpulan Darul Ehsan Berhad Bahagian Sumber Manusia 17th Floor, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam. Tel : 03-5510 3999

Faks : 03-5510 9977, 5519 7493 Ketua Pegawai Eksekutif

Permodalan Negeri Selangor Berhad,

Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran Tingkat 25, Wisma MBSA,

Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam.

(8)

Faks : 03-5510 7232, 5512 9528

Pengurus Besar

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, Bahagian Sumber Manusia

Tingkat 2 - 9, Menara HPAIC, Laman Seri Business Park,

No. 7, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam.

Tel : 03-5520 1266/1816 Faks : 03-5510 2162 Pengurus Besar

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor,

Bahagian Pentadbiran, Komunikasi Korporat dan Teknologi Maklumat, Tingkat 10 - 11, Wisma PKPS,

Persiaran Perbandaran Seksyen 14, 40675 Shah Alam.

Tel : 03-5519 2621 Faks : 03-5519 1481

Referensi

Dokumen terkait

upaya merintis langkah-langkah perbaikan sistem perlindungan HaKI pengetahuan/ teknologi tradisional dimaksud, telah dilakukan inventarisasi dan dokumentasi teknologi

BIODATA FUNGSIONARIS HMJ PENDIDIKAN EKONOMI..

detail halus pada permukaan model. 77), pada tahap ini, film belum dibuat tapi persiapan apa saja yang dibutuhkan sudah direncanakan mulai dari tema, lalu dikembangkan menjadi

Jurnal merupakan catatan akuntansi yang pertama diselenggarakan dalam proses akuntansi, maka dalam sistem akuntansi, jurnal harus dirancang sedemikian rupa sehingga tidak akan

Hasil penelitian menunjukan bahwa: (1) peningkatan kemampuan pengembangan Civic Competences peserta didik yang memperoleh model pembelajaran Project Citizen lebih

[r]

Ikan nila ( O. niloticus ) di Indonesia pertama kali di datangkan dari Taiwan pada tahun 1969, merupakan salah satu ikan budidaya air tawar yang mempunyai prospek

Pengantar kepada Membantu Guru Mengembangkan Kompetensinya dalam Pengajaran Matematika untuk Meningkatkan CBSA.. Psikologi Suatu