• Tidak ada hasil yang ditemukan

1. PENGENALAN 2. MISI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1. PENGENALAN 2. MISI"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.

PENGENALAN

Universiti Sains Malaysia (USM) ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1969,

merupakan salah satu Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang kedua tertua di

Malaysia. Pada tahun 1971, Kampus Induk USM telah didirikan di Bukit Minden, lebih

kurang 10km dari Bandaraya Georgetown. Suasana kampus yang nyaman dan

harmoni ini menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pembelajaran.

Kini USM mempunyai dua (2) kampus cawangan: Kampus Kejuruteraan bertempat di

Seri Ampangan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang. Manakala Kampus Kesihatan

bertempat di Kubang Kerian, Kelantan. Institut Perubatan dan Pergigian Termaju

(IPPT) telah ditubuhkan pada tahun 2002.

Sejak ditubuhkan, USM telah diberikan mandat untuk memberi dan memajukan

pengajian tinggi dalam bidang sains dan teknologi yang meliputi Sains Tulen, Sains

Gunaan, Perubatan, Kejuruteraan, Pembangunan dan juga bidang Sains

Kemasyarakatan, Kemanusiaan dan Pendidikan. USM merupakan institusi yang

menyediakan arena untuk penyelidikan, pemajuan dan penyebaran ilmu intelek sains

dan kemanusiaan.

USM telah terpilih dan diisytihar sebagai antara empat (4) Universiti Penyelidikan di

Malaysia. Pengisytiharan ini amat bermakna dimana USM terus mengungguli IPTA

lain dalam memartabatkan bidang penyelidikan di rantau ini. Pada 4 September 2008

pula USM telah diisytihar sebagai Universiti APEX (

The Accelerated Programme for

Excellence

) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di

Malaysia. Pengisytiharan ini telah melonjakkan USM untuk menjadi Universiti yang

ternama dan tersohor di dunia selari dengan matlamat Pelan Strategik Pengajian

Tinggi Negara.

2.

MISI

Memimpin dan menginovasi untuk mencapai kecemerlangan pada peringkat

antarabangsa melalui pemajuan dan penyebaran ilmu dan kebenaran,pemupukan

kualiti-kualiti yang menekankan kepada kecemerlangan akademik dan professional,

perkembangan individu yang menyeluruh dan komitmen yang kukuh terhadap aspirasi

masyarakat, negara dan universal.

3.

UNIVERSITI DALAM TAMAN

Konsep

Universiti Dalam Taman

yang diadunkan oleh USM ini

menunjukkan hubungan akrab di

antara peranan dan fungsinya

sebagai

institusi

pengajian

tinggi dalam persekitaran taman

yang segar. Unsur flora, fauna, air

dan

ciptaan-ciptaan

lain

merupakan

hubungan

yang

dinamik

dalam

penerokaan

kehidupan selanjutnya.

(2)

2

Usaha murni ini memberikan keindahan yang tiada taranya, menggambarkan kampus

yang sungguh menarik, nyaman dan kaya dengan semangat kemanusiaannya. USM

menjadi model kehidupan universiti dalam taman yang patut dicontohi dan dicemburui.

Ianya merupakan gabungan harmoni persekitaran kampus dalam taman yang

menyediakan medan wacana intelek dalam menerokai akal budi – siapa kita,

bagaimana kita mengetahui dan bagaimana kita patut meneruskan kehidupan

selanjutnya.

4.

KAMPUS SEJAHTERA

Konsep Kampus Sejahtera timbul dari kesedaran terhadap faktor utama untuk

meningkatkan pembelajaran, iaitu kualiti kesejahteraan dan kesihatan pelajar dalam

konteks yang lebih luas. Penekanan diberikan terhadap aspek kerohanian, sosial,

fizikal, emosi, mental dan persekitaran.

Program Kampus Sejahtera yang telah dimulakan pada tahun 2000, berasaskan 5 ciri

utama:

Kesukarelaan

Kerja berpasukan

Data dan maklumat

Berdikari

Dokumentasi yang lengkap

Konsep ini mengajak kita untuk

mengekalkan kehijauan kampus

sebagai

sebahagian

daripada

usaha

membangunkan

dunia

intelek. Kita perlu semarakkan

semangat dan amalan dalam

menjaga persekitaran kampus,

malah terus menyayangi dan

menghargai alam semulajadi dan

ekologi

yang

dianugerahkan

Tuhan di hati dan pemikiran pada

setiap warga kampus.

Untuk menyedarkan semua pihak

terhadap usaha ini, pelbagai

unsur perlu diberikan perhatian.

Unsur-unsur ini adalah nisbah di

dalam pemajuan tanah yang ada,

keindahan flora dan fauna, tasik

dan keindahan yang berkaitan,

rekabentuk dan seni bina serta

amalan seluruh warga kampus.

(3)

Program ini juga menekankan gaya hidup sihat sebagai kunci kepada penguasaan

pengetahuan. Sumber maklumat diutamakan dalam penyediaan perkhidmatan yang

berintegrasi. Sehubungan dengan itu sebuah Portal telah dibangunkan, dinamakan

sebagai

Portal

Kampus

Sejahtera

(http://healthycampus.usm.my)

yang

mengutamakan capaian umum kepada maklumat aktiviti dan dokumentasi berkaitan

dengan kesejahteraan. Maklumat yang berkaitan disediakan dan dapat dibaca atau

dimuat turun pada bila-bila masa.

6.

PUSAT-PUSAT PENGAJIAN DI USM

a) Kampus Induk USM, Pulau Pinang

6.1 Pusat Pengajian Sains Kajihayat

6.2 Pusat Pengajian Sains Kimia

6.3 Pusat Pengajian Sains Fizik

6.4 Pusat Pengajian Sains Matematik

6.5 Pusat Pengajian Sains Farmasi

6.6 Pusat Pengajian Sains Komputer

6.7 Pusat Pengajian Teknologi

Industri

6.8 Pusat Pengajian Perumahan,

Bangunan & Perancangan

6.9 Pusat Pengajian Sains

Kemasyarakatan

6.10 Pusat Pengajian Komunikasi

6.11 Pusat Pengajian Pengurusan

6.12 Pusat Pengajian Seni

6.13 Pusat Pengajian Ilmu

Kemanusiaan

6.14 Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan

6.15 Pusat Pengajian Pendidikan

Jarak Jauh

5.

KEDUDUKAN USM

Pada masa ini Universiti Sains

Malaysia mempunyai 24 buah Pusat

Pengajian dan 13 buah Pusat

Kecemerlangan yang menjalankan

pelbagai

aktiviti

pengajaran

pembelajaran

dan

penyelidikan.

Sebanyak 111 program pengajian

ditawarkan secara penuh masa dan

13 program pengajian ditawarkan

secara Jarak Jauh. Pengajaran

dijalankan oleh 1,464 orang staf

akademik dan dibantu oleh lebih

7,006 staf eksekutif dan sokongan.

Universiti

Sains

Malaysia

kini

mempunyai populasi pelajar sarjana,

sarjana muda sepenuh masa dan

separuh masa sebanyak 27,712

orang.

(4)

4

b) Kampus Kejuruteraan Sri Ampangan, Nibong Tebal, Pulau Pinang

c) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan

i.

Pusat Pengajian Sains Kesihatan

ii.

Pusat Pengajian Sains Perubatan

iii.

Pusat Pengajian Sains Pergigian

7.

PUSAT PENYELIDIKAN DAN KECEMERLANGAN

7.1

Pusat Bahasa dan Terjemahan

7.2

Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi

7.3

Pusat Penyelidikan Dasar

7.4

Pusat Kawalan Doping Negara

7.5

Pusat Racun Negara

7.6

Pusat Pengajian Samudera dan Pantai

7.7

Pusat Penyelidikan Arkeologi Negara

7.8

Pusat Penyelidikan Dasar dan Ubatan

7.9

Pusat Penyelidikan dan Pendidikan Pendamaian

7.10

Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Wanita

7.11

Pusat Penyelidikan Kejuruteraan Sungai dan Saliran Bandar

7.12

nstitut Perubatan dan Pergigian

7.13

Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara

8.

USM PILIHAN PERTAMA

8.1

Diisytihar sebagai

APEX University

(

The Accelerated Programme for

Excellence

) atau Program Pemacuan Untuk Kecemerlangan yang pertama di

Malaysia.

8.2

Diiktiraf sebagai

Universiti Penyelidikan

yang sentiasa menggalakkan aktiviti

kajian dan penyelidikan.

8.3

Hasil penyelidikan USM terbukti bertaraf internasional dengan kemenangan

pelbagai anugerah di pertandingan penyelidikan antarabangsa.

8.4

Suasana kampus yang harmoni, kondusif yang mengamalkan konsep

Universiti Dalam Taman dan Kampus Sejahtera.

8.5

Program-program pengajian multi-disiplin yang diiktiraf dunia.

8.6

Interaksi rapat antara pusat pengajian dan industrialis serta syarikat-syarikat

korporat telah mendedahkan para pelajar tentang perkembangan terkini yang

berkaitan dengan bidang pelajaran mereka.

i.

Pusat Pengajian

Kejuruteraan Awam

ii.

Pusat Pengajian

Kejuruteraan

Aeroangkasa

iii.

Pusat Pengajian

Kejuruteraan Mekanik

iv.

Pusat Pengajian

Kejuruteraan Kimia

v.

Pusat Pengajian

Kejuruteraan Bahan &

Sumber Mineral

vi.

Pusat Pengajian

Kejuruteraan Elektrik/

Elektronik

(5)

9.

PENCAPAIAN USM

Keunggulan USM dalam bidang penyelidikan di iktiraf dunia melalui penganugerahan

geran-geran dan projek-projek penyelidikan. Penyertaan USM dalam pameran

penyelidikan, penganugerahan-penganugerahan berprestij dari dalam dan luar negara

dan pengiktirafan yang diterima oleh staf setiap tahun menunjukkan USM berada

dalam kelas kecemerlangan pada peringkat antarabangsa. Eksplorasi para saintis kita

ke benua Antartika penemuan dan penerokaan & ilmu-ilmu baru turut mengukuhkan

lagi persepsi mata dunia terhadap tahap dan mutu penyelidikan di USM. Telah berjaya

merangkul pelbagai anugerah kecemerlangan di symposium penyelidikan dalam dan

luar negara antaranya;

9.1

Ekspo Sains & Teknologi di Malaysia

9.2

ITEX Malaysia, MOSTE di Malaysia

9.3

Seoul International Inventation di Korea Selatan

9.4

International News Product Exposition (INPEX) di Amerika Syarikat

9.5

International New Products Exposition (INPEX) di Geneva

9.6

Khwarizmi International Award di Iran

9.7

IENA di Jerman.

9.8

Penemuan

Perak Man

di Kota Tampan, Perak oleh Pusat Penyelidikan

Arkeologi USM merupakan eksplorasi persejarahan yang paling bernilai di Asia

Tenggara.

11.

MAKLUMAT LANJUT

10.

KEMUDAHAN AWAM DI USM

10.1 Kemudahan Bank

a.

Bank Simpanan Nasional

b.

Bank CIMB Malaysia

Berhad

c.

Bank Islam Berhad

(Perbankan Elektronik)

d.

Bank Muamalat

10.2 Kemudahan Kedai

a.

Kedai Mahasiswa

b.

Kedai Buku

c.

Kedai Farmasi

10.3 Kafetaria

10.4 Masjid

10.5 Pusat Kesihatan

10.6 Rumah Tetamu

10.7 Kemudahan-kemudahan

Sukan

a.

Stadium Hoki

b.

Stadium Bolasepak &

Olahraga

c.

Kolam Renang

d.

Kompleks Sukan

Badminton

Squash

Gymnasium

e.

Padang Golf

f.

Tenis

g.

Bola jaring

h.

Bola keranjang

(6)

6

Sebarang maklumat lanjut mengenai pogram pengajian di Universiti Sains Malaysia

sila hubungi :-

Encik Shukeri Abd Rahman

Penolong Pendaftar Kanan

Unit Pengambilan & Kemasukan

Bahagian Pengurusan Akademik

Jabatan Pendaftar

Aras 2, Bangunan Canselori

Universiti Sains Malaysia

11800 USM, Pulau Pinang.

Tel:

04-6532688, 6533072, 6533327, 6533141, 6533697

Faks: 04-6533328

Emel:

admissions@notes.usm.my

Laman Web: http://www.usm.my

Referensi

Dokumen terkait

model, hasil analisis structural Equation Modelling tercantum dalam gambar 2. Berdasarkan gambar 2 tersebut dapat diketahui nilai koefisien jalur. Nilai koefisien

Rincian kesimpulan dari masing-masing variabel adalah Nazhir yang memiliki sedikit informasi tentang wakaf uang sebanyak 0,053 kali dengan yang menyatakan setuju terhadap wakaf

Hasil penelitian menunjukkan bahwa terdapat beberapa bentuk pergeseran dalam pernikahan adat Batak Samosir di Kuantan Singingi yaitu : Mebat atau Paulak Une atau merupakan

kebanyakan pendidikan, dan peringkat tertinggi dalam masyarakat alasan secara moral dalam post-tahap moral konvensional tetapi bertindak dengan moralitas terendah dalam

Penelitian ini bertujuan untuk membuktikan adanya pengaruh pemberian madu secara dosis bertingkat terhadap gambaran mikroskopis hepar tikus wistar jantan

Pada penelitian 1m yang akan dilakukan adalah membuat kandidat bahan acuan serbuk standar uranium oksida (U02 dan U308) yang mengandung kadar unsur pengotor logam Co, AI, Cd, Be dan

Ide penulis adalah bagaimana merancang ulang design pintu mobil istrik agar pintu mobil listrik yang terbuat dari bahan komposit dapat berfungsi dengan baik,

23 Desain kartu voucher isi ulang pulsa yang menarik 14 16 24 Terdapat bonus yang diberikan saat menggunakan layanan seluler 11 19 25 Kekuatan Sinyal yang bagus dan