• Tidak ada hasil yang ditemukan

RefleksiTDP.doc Recent site activity EDU3053PISMP4BJun2013 RefleksiTDP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "RefleksiTDP.doc Recent site activity EDU3053PISMP4BJun2013 RefleksiTDP"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

REFLEKSI

Saya telah menerima tugasan daripada pensyarah pembimbing bagi modul Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Soalan mengkehendaki saya untuk menyimpan semua bahan yang berkaitan tugasan di dalam storan maya seperti Google Drive. Folder dalam storan maya tersebut perlu dikongsi dengan pensyarah. Seterusnya, saya dikehendaki untuk membangunkan laman web yang mengandungi pautan terhadap butiran yang telah disimpan di dalam Google Drive. Untuk tugasan berkumpulan pula, saya dikehendaki untuk menyediakan satu bahan pengajaran dan pembelajaran yang mengandungi Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau Rancangan Pengajaran Slot (RPS) dengan mengambil kira aspek-aspek rekabentuk pengajaran yang sesuai. Kemudian, berdasarkan RPH atau RPS tersebut, saya dikehendaki menghasilkan media pengajaran yang akan digunakan dalam jangka masa yang bersesuaian dengan pengajaran tersebut.

Perkara utama yang ingin saya fokuskan dalam tugasan kerja kursus berasaskan ilmu ini ialah saya perlu memilih bahan internet yang sesuai dengan objektif pembelajaran seterusnya menggunakan platform kerja yang sesuai untuk menghasilkan bahan pengajaran Bahasa Melayu. Saya harus mengaplikasi dan membuat analisis bahan yang sesuai untuk dijadikan sebagai bahan pengajaran. Saya juga perlu meneliti dan mendokumentasikan proses yang dilalui dan faedah yang diperolehi semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya perlu membuat perancangan pengajaran berdasarkan model rekabentuk pengajaran yang sesuai. Saya juga membina dan menghasilkan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) atau Rancangan Pengajaran Slot (RPS) yang mengintegrasikan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran seterusnya menghasilkan bahan media pengajaran yang mengintegrasikan TMK dalam pengajaran seperti yang dirancang. Selain itu, saya menghasilkan e-Portfolio yang menunjukkan proses dan peringkat perkembangan pembelajaran Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Akhir sekali saya perlu membina dan menghasilkan sebuah laman web seperti menggunakan Google Site untuk menempatkan bahan pengajaran dan pembelajaran.

(2)

secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memudahkan, istilah teknologi pengajaran akan digunakan seerti dengan teknologi pendidikan. Teknologi pengajaran ialah satu komponen teknologi pendidikan yang merupakan satu gabungan harmonis dan sistematik antara perkakasan, perisian , seni penggunaan dan pengendalian untuk mencapai pengajaran yang berkesan dan bermakna. Secara jelas nya teknologi pengajaran menekankan kepada keperluan dan proses pembelajaran yang berkesan.

Setelah mendapat bimbingan daripada pensyarah pembimbing, saya mulai jelas sedikit demi sedikit berkenaan dengan tugasan ini. Setelah sesi soal jawab dan bimbingan di dalam kelas bersama pensyarah, saya mula mendapat gambaran untuk menyiapkan tugasan ini. Menerusi tugasan ini, saya dapat memahami bahawa penggunaan ICT dalam P&P dilihat dalam konteks aspek pengajaran guru (guru menggunakan ICT) dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan ICT dalam P&P boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula ICT digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Dalam konteks pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu guru dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan ICT iaitu dengan mengaplikasikan sistem ICT untuk membuat perancangan dan penyediaan BBM menggunakan perisian program Microsoft Word membuat perkataan dan ayat-ayat tunggal mahupun petikan, Microsoft Power Point guru dapat menghasilkan persembahan grafik yang menarik dan bersesuaian dengan peringkat umur murid. Perkakasan berupa cakera padat (CD), VCD, MP3, projektor LCD, kamera digital di samping kemudahan internet memudahkan guru mencari maklumat yang berkaitan dengan pengajaran Bahasa Melayu.

(3)

bermakna anda dapat mengakses semua bahan digital anda dari mana-mana saja pada bila-bila masa dan menggunakan apa saja peranti yang diingini. Pada saat kita tidak mempunyai sambungan Internet, Google Drive boleh digunakan ketika offline.

Profesionalisme seseorang guru dapat dipertingkatkan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada caranya ialah dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan menggunakan media pengajaran semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Banyak kajian dan penyelidikan telah dijalankan di dalam dan luar Negara mengenai faedah dan kepentingan media pengajaran dalam pendidikan. Artikel ini akan membincangkan peranan media pengajaran dan faedah kepada guru dan murid. Dengan penggunaan media pengajaran, guru akan dapat dilihat sebagai seorang yang sentiasa proaktif dan menitik beratkan hasil akhir pengajaran yang mana akan dapat membantu murid memahami dan mengingati sesuatu fakta dan ilmu. Contohnya, sebelum memilih sesuatu media pengajaran, guru perlu menetapkan objektif yang hendak dicapai terlebih dahulu. Contohnya, kalau objektif guru adalah supaya murid mengetahui tentang bunyi sebutan perkataan yang betul di dalam pembelajaran bahasa kedua, dan di samping membetulkan bunyi sebutannya, maka murid perlu mendengarnya sendiri. Oleh itu media yang betul ialah alat perakam audio. Boleh juga alat perakam audio digabungkan dengan carta dan sebagainya jika difikirkan mustahak. Oleh itu, saya telah membina Rancangan pengajaran harian dengan menggunakan media pengajaran berbentuk audio dan visual supaya murid mendapat kefahaman yang lebih terhadap tajuk yang diajar pada hari tersebut.

Teknologi bersepadu terkini mempunyai kelebihan menggabungkan visual realistik dengan teks dan suara yang berupaya membenarkan murid menggunakannya dalam apa jua cara contohnya dalam pengajaran membunyikan huruf vokal, murid dapat mendengar sebutan vokal dengan lebih jelas dan dapat di ulang-ulang audio tersebut secara tidak langsung dapat membantu kefahaman serta kejelasan intonasi sebutan murid apabila menyebut huruf vokal. Melalui ICT, beberapa perubahan dan pendekatan proses P&P berlaku. Antaranya ialah perubahan fokus daripada pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam hal ini murid menjadi fokus kepada aktiviti pembelajaran yang berorientasikan kepada proses penerokaan dan penemuan berdasarkan kepada teori konstruktivisme.

(4)

menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

Kita berpendapat bahawa kedua-dua proses ini perlu dan tidak dapat dipisahkan dalam pengajaran Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Dengan kata lain, sekiranya sesuatu persekitaran itu, sama ada di bilik darjah atau di luar bilik darjah, kaya dengan input bahasa sama ada dari sudut pendengaran dan pembacaan mahupun percakapan dan penulisan, maka pembelajaran bahasa akan menjadi lebih bermakna kepada pelajar tersebut. Kita mendapati bahawa pembelajaran bahasa berbantukan komputer yang menggunakan multimedia dapat memenuhi permintaan ini. Hal ini demikian kerana kedua-dua proses pembelajaran dan pemerolehan boleh berlaku secara serentak. Langkah ini dapat membantu pelajar menguasai kemahiran Bahasa Inggeris mahupun Bahasa Melayu dengan lebih berkesan.

Saya turut mengaplikasikan Model Assure dalam pembinaan RPH saya. Saya mengenalpasti ciri-ciri peringkat masuk (pengetahuan sedia ada) murid berkaitan dengan tajuk dan isi kandungan (pengetahuan, kemahiran dan sikap) sebelum seseorang itu ingin membuat Rancangan pengajaran Harian (RPH). Saya menyatakan objektif-objektif pembelajaran secara khusus di dalam RPH. Penentuan objektif berdasarkan peringkat prestasi yang ingin dicapai, keadaan pembelajaran dan kriteria-kriteria atau darjah pencapaian. Saya juga memilih media bahan yang sesuai harus difikirkan sebelum membuat RPH. Media bahan dipilih berdasarkan tingkat kebolehan pelajar dan matlamat atau objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Ia meliputi penyediakan bahan yang sesuai, tempat-tempat belajar, makmal dan pusat sumber yang cukup dan juga menyediakan set induksi yang menarik bersesuaian dengan tujuan dan objektif pembelajaran. Dalam proses pembelajaran pula, pelajar perlu dilibatkan dalam aktiviti pembelajaran (membuat latihan, simulasi, perbincangan, latih tubi, kuiz dan lain-lain). Pengukuhan yang diberikan serta-merta akan menghasilkan tindak balas yang betul. Akhir sekali saya membuat penilaian dan semakan semula perlu dijalankan di akhir pembelajaran.

(5)

Guru juga dapat membina minda murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dengan adanya pembaharuan menghasilkan bahan bantu mengajar (BBM) menggunakan aplikasi ICT iaitu kemahiran powerpoint. Penggunaan BBM powerpoint membolehkan murid membaca petikan yang dipaparkan dengan gaya persembahan powerpoint yang berbeza-beza iaitu menekankan huruf serta perkataan yang terdapat pada petikan disertakan dengan gambar yang berkaitan dengan tajuk pengajaran. BBM ini secara amnya dapat meningkatkan motivasi murid membuat latihan tatabahasa yang dihasilkan dalam powerpoint. Guru juga dapat membantu murid dengan adanya latihan yang disediakan.

Penggabungan ICT dalam P&P memerlukan kemahiran dan komitmen guru secara tekal dan berfokus. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa ada diperlukan oleh guru BM. Namun, penggunaan yang tidak menyeluruh dari segi keperluan perlu diberikan perhatian. Contohnya, penggunaan komputer dalam kemahiran menulis sepatutnya diberikan perhatian kerana penggunaan komputer mampu membantu pelajar dalam menyusun organisasi teks serta dapat memudahkan penyuntingan dilakukan. Bagi memastikan keberkesanan pengajaran, bahan bantu yang digunakan perlulah dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.

Pendidikan merupakan bidang yang sentiasa mengalami perubahan mengikut kesesuaian dengan perkembangan yang berlaku pada persekitarannya. Perubahan tersebut banyak memberi kesan dalam pendidikan, terutamanya dalam aspek kurikulum. Justeru itu, para pendidik seharusnya bergerak seiringan dengan tuntutan perubahan yang berlaku dalam menyampaikan ilmu pengetahuan. Subjek Bahasa Malaysia merupakan subjek yang penting kerana Bahasa Malaysia juga adalah bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar di Malaysia. Di peringkat sekolah rendah, Bahasa Malaysia juga merupakan subjek teras yang merangkumi pemahaman dan penulisan.

(6)

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya mempelajari bahawa seorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan tajuk kursus ini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran menggunakan komputer dengan baik. Jika seorang guru boleh menyediakan kemahiran asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih mudah lagi.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan bahan untuk sesebuah aktiviti pembelajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menyediakan satu aktiviti dan tajuk pembelajaran yang dapat dilaksanakan dengan berkesan. Ciri asas sesebuah bahan yang ingin digunakan mestilah menarik kepada murid-murid. Namun begitu, bahan yang menarik sahaja tidak cukup untuk memastikan sesebuah aktiviti pembelajaran itu dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebaliknya, sesebuah bahan tersebut haruslah benar-benar dapat membantu keberkesanan sesebuah aktiviti pembelajaran tersebut. Justeru itu, kreativiti idea seorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.

Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

(7)

demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

RUJUKAN

Draf Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia Sekolah Kebangsaan Tahap 1. (2012). Bahagian Pembangunan Kurikulum,Kementerian Pelajaran Malaysia.

Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Pahang: PTS Publications & Distributors.

Mohd Nihra Haruzuan (2006). Pengenalan kepada Pengaturcaraan Visual dalam Konteks Visual Basic. Johor Bahru: Penerbit UTM.

Siti Nor Baizura (2006). Kajian Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Pendekatan “Problem-Based Learning” (PBL): Suatu Kajian Tinjauan di Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Vicki Sharp (1999). Computer Education for Teachers, Third Edition. Singapore: Mc Graw-Hill College.

(8)

Zamzar

http://www.zamzar.com/uploadComplete.php?convertFile=mp4&to=wmv

Pengajaran Berbantukan Komputer

Referensi

Dokumen terkait

Transformasi desain bangunan tradisional Souraja pada bangunan kantor pemerintah di Palu meliputi transformasi : bentuk bangunan (bentuk panggung), bentuk geometri

Kompleksitas yang terlibat dalam beroperasi di Negara-negara berbeda dan mempekerjakan kategori karyawan yang berbeda kebangsaan adalah suatu variable kunci yang

” Pemodelan Pemilihan Moda Angkutan Antar Kota Bus Dan Kereta Api ” guna memenuhi salah satu syarat untuk memperoleh gelar Sarjana Teknik di Jurusan Teknik

[r]

Dari analisis dapat disimpulkan beberapa hal: (1) Munculnya batik Banyuwangi di latar belakangi oleh ekspansi kerajaan Mataram pada tahun 1635, 1636-1639 ke

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)

Puji dan syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan karunia dan rahmat-Nya sehingga penulis dapat menyelesaikan penyusunan dan penulisan skripsi

Tujuan teks berbeda dengan teks negosiasi , dimana tujuan teks deskripsi sangat jelas yaitu agar orang yang membaca teks ini seolah-olah sedang merasakan langsung apa yang sedang