• Tidak ada hasil yang ditemukan

QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

QUDWAH HASANAH DAN PEMBENTUKAN AKHLAK PENGENALAN

Akhlak yang baik akan mengangkat manusia ke darjat yang tinggi dan mulia. Akhlak yang buruk akan membinasakan seseorang insan dan juga akan membinasakan ummat manusia. Manusia yang mempunyai akhlak yang buruk suka melakukan sesuatu yang merugikan orang lain, suka melakukan kekacauan, suka melakukan perbuatan yang tercela yang akan membinasakan diri dan masyarakat seluruhnya. Manusia yang tidak mempunyai akhlak, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan dirinya. Mereka sanggup berbohong, membuat fitnah, menjual maruah diri dan keluarga, malah dengan tidak segan silu mereka akan menjual agama dan negaranya.( Al-Attas.H,(2011)

Masalah keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan masyarakat dewasa ini semakin membimbangkan dan memerlukan satu penyelesaian yang menyeluruh daripada semua pihak. Menurut Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin (1988) penerapan nilai-nilai murni menjadi tajuk utama dalam sistem pendidikan khususnya bagi menyediakan anak bangsa yang mempunyai ketahanan diri yang teguh. Akhlak merupakan sifat semulajadi yang lahir dalam diri manusia dicorakkan melalui didikan yang dilalui oleh sesorang daripada peringkat rendah mahupun sekolah menengah. Tingkah laku pelajar di dalam dan diluar kelas adalah melambangkan keunggulan mereka sebagai seorang guru yang mudah diterima baik oleh murid-murid (Hussain & Ashraf,1989).

(2)

KONSEP

Konsep Qudwatul Hasanah bermaksud contoh teladan yang baik iaitu sesuatu yang boleh dicontohi oleh orang lain. Qudwah ialah keadaan yang boleh diikut oleh orang lain sama ada baik atau buruk. Hasanah bermaksud contoh yang baik dan sunnah yang bagus (Muhammad Hajir 2012). Sesungguhnya Rasulullah SAW adalah tauladan yang terbaik untuk seseorang Muslim. Peribadi yang ada pada Rasulullah SAW menjadi ikutan kepada para sahabat dan pengikutnya dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik pada hari Akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak dalam masa susah atau senang. “

( Surah Al-Ahzab 33 : 21 )

Ayat ini menjelaskan bahawa Rasulullah SAW merupakan contoh yang terbaik yang perlu diikuti oleh seseorang Muslim yang mengharapkan keredhaan Allah. Rasulullah SAW merupakan sebaik-baik ikutan atau role model dalam kehidupan khususnya kepada pendidik. Pendidik yang menjadikan Rasulullah SAW sebagai ikutan dalam aspek tingkah laku, komunikasi, kepemimpinan, pengurusan dan sebagainya dapat membantu dalam proses membentuk akhlak murid.

Masyarakat dan ibu bapa mutakhir ini banyak menyerahkan tugas mendidik anak kepada guru dan institusi sekolah (Ab. Halim & Mohamad Khairul Azman, 2010). Hal ini kerana, faktor ibu bapa yang sibuk dengan tugasan harian di rumah atau di tempat kerja sehingga perkembangan diri anak tersebut dan proses didikan yang sepatutnya bermula dari rumah terabai. Kesan daripada ini, peranan guru dalam mendidik dan membimbing anak murid dalam melahirkan individu yang berakhlak mulia semakin mencabar kerana guru kini tidak hanya sekadar menyampaikan ilmu di dalam kelas sahaja.

(3)

dan diaplikasi dalam kehidupan harian ibu bapa akan menjadi lantai asas kepada pembentukan peribadi dan akhlak seseorang anak. Maka, tidak boleh tidak ibu bapa haruslah berusaha dan berupaya menjadi Qudwah Hasanah sejak anak itu dilahirkan. Seterusnya apabila semakin meningkat dewasa, anak-anak akan mengembangkan lagi pertumbuhan akhlak yang telah diamalkan dan diaplikasi sejak dari kecil di samping keboleh upayaan mereka menangkis cabaran-cabaran luar yang sentiasa mengganggu gugat pertumbuhan akhlak tersebut. Oleh itu, jika lantai asas akhlak itu kukuh maka mereka akan berjaya mengekalkan akhlak baik tersebut walau sederas mana cabaran akhlak terutama sekali cabaran pengaruh rakan sebaya dan persekitaran.

Guru adalah Ibu bapa kedua bagi setiap anak dan sekolah adalah rumah kedua bagi mereka setelah melangkah ke alam persekolahan. Maka, mekanisme kedua terpenting dalam pembentukan akhlak seorang manusia adalah guru. Menurut teori Albert Bandura, guru berperanan sebagai model atau contoh kepada anak muridnya (Qumruin Nurul Laila, 2015). Sebagai model, apa sahaja tingkah laku atau perbuatan yang ditunjukkan oleh guru akan menjadi ikutan murid sama ada tingkah laku positif mahupun tingkah laku negatif. Seharusnya guru perlu sentiasa menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik sama ada di dalam mahupun di luar kelas. Hal ini kerana, tingkah laku yang ditunjukkan oleh guru itu akan ditiru oleh murid, jika perlakuan yang baik ditiru maka hasilnya terbentuklah akhlak yang baik dan begitu juga sebaliknya. Maka, peranan guru dalam menunjukkan segala gerak geri, tingkah laku dan perwatakan yang baik amat penting untuk ditiru oleh diri murid seterusnya menjadi amalan dalam kehidupan mereka.

Guru yang baik dan menunjukkan sifat mesra akan disenangi oleh anak muridnya. Hal ini kerana, guru yang mudah mesra dengan murid akan dapat memenangi hati murid seterusnya menjadikan guru itu disayangi dan disenangi (Mohd Khairuddin, 2014). Apabila seseorang guru itu disenangi peribadinya, maka segala tunjuk ajar, nasihat dan bimbingan akan mudah diterima. Maka, secara tidak langsung kejayaan dalam membentuk akhlak murid akan mampu dicapai dengan jayanya.

(4)

harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Norazri (2015), mengatakan bahawa guru perlu menyemai nilai-nilai murni dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bagi meningkatkan akhlak murid. Guru yang gagal mempraktikkan nilai murni dalam pengajarannya selaras dengan nilai-nilai masayarakat secara tidak langsung akan merendahkan martabat profesion keguruan itu.

KEPENTINGAN

Qudwatul Hasanah mampu mengatasi cabaran guru dalam pembentukan akhlak pelajar (Siti Rashidah et.al 2016). Dalam proses PdPc guru berpeluang mengaitkan kandungan pengajaran dengan akhlak yang mulia yang boleh dicontohi oleh pelajar dalam kehidupan seharian. Kaedah yang boleh dilakukan oleh guru adalah dengan melakukan perbincangan dan penerangan yang mudah diikuti oleh pelajar. Pengamalan konsep Qudwatul Hasanah oleh guru akan memudahkan pelajar meniru akhlak guru. Guru menunjukkan teladan dan pelajar akan meniru sikap guru berdasarkan apa yang dilihat. Di samping itu, guru mampu menyingkirkan akhlak buruk dengan sering menegur dan memberi nasihat. Kaedah menegur dan memberi nasihat perlulah secara berhikmah iaitu secara lemah lembut, baik dan secara umum atau peribadi.

(5)

dan pelajar juga berada dalam tahap yang cemerlang. Tingkah laku delinkuen dalam kalangan pelajar terjadi disebabkan halangan keberkesanan komunikasi guru dalam bilik darjah. Guru yang bersikap negatif seperti tidak masuk kelas, membosankan dan mudah marah menyumbang kepada tingkah laku delinkuen pelajar. Oleh itu, guru perlu berkomunikasi dengan berkesan bagi memastikan wujud perubahan tingkah laku positif ke atas pelajar.

Pendidikan bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang berkualiti. Konsep Qudwatul Hasanah sangat relevan untuk meningkatkan akhlak murid dalam melahirkan modal insan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni (Haryati et al. 2009). Modal insan yang ingin dihasilkan perlu dilengkapi dengan nilai-nilai murni dan sikap optimistik kerana kemajuan dan pembangunan material semata-mata gagal melahirkan generasi yang seimbang untuk mencapai kualiti hidup dan kegemilangan tamadun manusia. Pendidikan perlu bersifat sepadu serta berpaksikan tauhid dan berlandaskan falsafah serta nilai Islam. Pendidikan akhlak yang berteraskan konsep Islam yang syumul yang terkandung dalam konsep Qudwatul Hasanah amat sesuai dan membantu dalam merealisasikan matlamat ini.

CADANGAN

Konsep qudwatul Hasanah ini boleh dijadikan sebagai metod terbaik dalam pembentukan akhlak. Rasulullah SAW merupakan contoh qudwatul hasanah yang terbaik untuk dicontohi. Hisyam bin Amir pernah bertanya kepada Aisyah RA mengenai akhlak Rasaulullah SAW. Aisyah RA menjawab, “ Akhlak nabi Muhammad SAW adalah al- quran.” ( HR Muslim). Sungguhpun jawapan Aisyah itu singkat tapi ia penuh bermakna. Aisyah menyifatkan Rasulullah SAW dengan satu sifat yang boleh mewakili seluruh sifat yang ada. Firman Allah :

         

Maksud ayat:

(6)

Konsep Qudwatul Hasanah juga boleh digunakan dalam membina modul dalam kurikulum dan diperluaskan di sekolah dalam pengajaran dan pemudahcaraan (pdpc). Menurut imam Al-Ghazali jiwa anak-anak yang bersih jika diajar dengan kebaikan mereka akan menerima kebaikan begitu juga sebaliknya. ( Hamid Reza 2017: Mahmood &Fatemeh 2012). Guru berpeluang untuk mendidik anak-anak dengan akhlak yang baik kerana masa keberadaan guru bersama murid adalah adalah panjang. Guru juga sangat sesuai untuk menjadi role model dalam menjalani kehidupan seharian. Contohnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas guru berpakaian menutup aurat menepati garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat, guru perlu menjaga tutur kata di dalam bilik darjah supaya tidak mengeluarkan perkataan yang kurang sopan, guru juga perlu menjaga akhlak antara bukan muhram, ini kerana semua murid berlainan jantina merupakan ‘ajnabi’atau bukan muhram dengan mereka. Ini bertepatan dengan kajian Nurul Hudani, Marof dan Noor Hisham (2013) bahawa kecerdasan emosi guru yang positif melahirkan akhlak dan tingkah laku yang baik.

(7)

RUMUSAN

Analisis daripada lima jurnal mendapati masalah akhlak di kalangan pelajar pada zaman ini semakin keruncing. Mereka kehilangan contoh role model untuk dicontohi, Konsep Qudwatul hasanah dari guru dan ibu bapa memberi banyak impak penting kepada pembentukan akhlak pelajar. Pendekatan Akhlak Islamiah yang diamalkan oleh guru di dalam bilik darjah merupakan satu perkara penting untuk pelajar-pelajar melihat dan mengambilnya sebagai contoh tauladan seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Proses pembentukan akhlak pelajar ini memerlukan bimbingan dan panduan dengan pendekatan penuh kasih sayang, simpati, ikhlas dan mencegah kesilapan dengan berilmu dan berhikmah. Kesemua pendekat ini perlu diamalkan oleh guru sewaktu mengajar di sekolah.

(8)

Di samping itu juga semua pihak perlulah memainkan peranan bagi memastikan agenda pembentukan akhlak ini dapat direalisasikan dengan jayanya pada masa akan datang. Contohnya ibu bapa tidak mengabaikan pendidikan anak-anak dirumah. Guru-guru tidak mengabaikan tanggunjawabnya mendidik anak bangsa di bangku sekolah. Manakala bagi masyarakat sekeliling perlulah bersama-sama membentuk generasi ini agar tidak rosak ditelan zaman..

(9)

RUJUKAN

Ab. Halim Tamuri & Mohamad Khairul Azman Ajuhary. 2010. Amalan Pengajaran Guru Pendidikan Islam Berkesan Berteraskan Konsep Mu’allim. Journal of Islamic and Arabic Education 2(1): 43-56.

Haryati Shafie, Sharifah Meryam Shareh Musa & Zakila Abdul Rahman. 2009. Pembangunan Modal Insan Ke Arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat. International Conference on Human Capital Development.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. 2014. Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan 5: 59-77.

Mohd Khairuddin Abdullah, Khalid Hj Johari, Ag Yusof Ag Chuchu & Halimah Laji. 2014. Komunikasi Guru Dalam Bilik Darjah dan Tingkah Laku Delinkuen Murid Sekolah Menengah. Jurnal Pemikir Pendidikan 5: 59-77.

Muhammad Hajir Nonci. 2012. Penerapan Uswatun Hasanah Terhadap Pembinaan Anak. Sulesana 6(1): 67-83.

Norazri Mohd Zaidin (2015). Penerapan Nilai-Nilai Murni Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Ke Arah Pembentukan Sahsiah Pelajar Di Kolej Kemahiran Tinggi Mara. Tesis Sarjana: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Nurul Asiah Fasehah Muhamad, Mohd Isa Hamzah, Ab. Halim Tamuri. 2014. Kesan Kepercayaan Epistemologi Islam Terhadap Pembentukan Konsep Kendiri Guru Pendidikan Islam. Journal of Islamic and Arabic Education 5(2): 15-24.

Qumruin Nurul Laila. 2015. Pemikiran Pendidikan Moral Albert Bandura. MODELING : Jurnal Program Studi PGMI 3: 22-36.

(10)

Referensi

Dokumen terkait

Kajian ini dijalankan untuk meninjau masalah-masalah yang sering dihadapi oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual semasa proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah..

“Tuhan menjaga jangan sampai kita itu dan teman-teman kita tergantung dengan kemewahan dunia.” Guru Ahmad Zuhdiannor memberikan pengajaran, bahwa Tuhan menjaga

“Tarekat berperan penting dlaam kehidupan saya karena tarekat sangat membantu saya untuk mendalami ilmu-ilmu syariat dalam menjaga hati dari hal-hal yang bisa

Skor 3 : selalu berupaya untuk bertindak santun dalam bersikap dan berbicara dengan guru/pegawai dan siswa lain, sopan dalam berpakaian, serta berupaya melaksanakan

Pelaksanaan : kedua madrasah sama-sama menggunakan metode ceramah (pengajaran di kelas), guru sangat menjaga tingkah laku dan ucapan karena merupakan contoh figur, dan

ini strategi pengajaran adalah tertumpu kepada pengajaran berpusatkan pelajar amat digalakkan kerana semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) , guru akan melibatkan

Dalam kajian yang dijalankan oleh Jones (2004) mendapati bahawa tujuh halangan yang wujud semasa pengintegrasian ICT dalam pengajaran ialah guru kurang berkeyakinan semasa

Sebagai usaha dalam membantu guru memahami dan menerapkan kemahiran proses sains semasa pengajaran dan pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah menghasilkan modul ini