• Tidak ada hasil yang ditemukan

sejarah perkembangan ekonomi daerah simu

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "sejarah perkembangan ekonomi daerah simu"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 1

Perkembangan Ekonomi di Daerah Simunjan dari Tahun 1960-1990 1.0 Pengenalan

Kesultanan Brunei telah memerintah Negeri Samarahan, seperti juga kawasan lain di utara Borneo, selama lebih dari 500 tahun. Pemerintahan Kesultanan Brunei berakhir apabila perbalahan di antara Pengiran Indera Mahkota Muahamad Salleh dengan Raja Muda Hashim tercetus pada akhir tahun 1841.1 Dengan menggunakan persenjataan yang lebih canggih pada ketika itu, James Brooke dan rakan-rakannya telah membantu Raja Muda Hashim menundukkan pemberontakan tersebut. Ekoran daripada itu beliau telah diberikan jajahan Kuching Sarawak, dari Tanjung Datu hingga Kuala Sungai Samarahan pada tahun 1846. Dengan satu perjanjian pada tahun 1853 Samarahan dan Sadong telah diserahkan kepada James Brooke oleh Sultan Omar Ali Saiffudin. Negeri Sarawak di bawah Tuan Besar James Brooke hendaklah membuat bayaran tahunan $1500 sebagai gantian kepada kehilangan cukai dan ufti. Perjanjian ini hanya disahkan pada tahun 1855. Pada tahun 1861 satu lagi perjanjian dibuat dan kali ini James Brooke hendaklah membayar sebanyak $4500 setahun. Tidak lama selepas ini Samarahan dan Sadong diletakkan dalam Bahagian Kuching Sarawak di mana pusat pentadbiran terletak di bandar Kuching Sarawak. Di bawah kerajaan Brooke, pada tahun 1901 Daerah Sadong telah dibentuk merangkumi kawasan Simunjan (Lower Sadong) dan Serian (Upper Sadong) dengan Simunjan sebagai pusat pentadbiran. Pada tahun 1955, Serian telah dipisah dari Daerah Sadong dan wujud menjadi sebuah daerah baru yang dinamakan Daerah Serian. Setelah itu, Daerah Sadong telah diberi nama baru iaitu Daerah Simunjan.2

1.1 Tajuk Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Daerah Simunjan dengan mengkaji perkembangan ekonomi Daerah Simunjan dari tahun 1960 iaitu pada akhir zaman pemerintahan dan pentadbiran Brooke sehingga 1990.

1 Dr. Sulaiman Husaini. Samarahan Dari Kampung Terpencil ke Desa Ilmu. Kuching : Sarawak Press Sdn. Bhd, 2008.

(2)

1.2 Permasalahan Kajian

Sebagai generasi muda kini, saya ingin mengetahui ekonomi-ekonomi yang terdapat di kawasan Daerah Simunjan, Samarahan yang menjadi sumber pendapatan penduduk kampung sekaligus sebagai punca pendapatan daerah pada akhir zaman pemerintahan dan pentadbiran Brooke iaitu era 60an sehingga selepas pemerintahan Brooke iaitu era 90an. Oleh hal yang demikian, maka betapa pentingnya kajian ini dilaksanakan untuk meneroka dan mengenalpasti serta menerangkan persoalan yang bermain di minda dengan lebih jelas lagi supaya dapat memahami serta mendalami tentang ekonomi yang terdapat di Daerah Simunjan. Jika tidak dikaji maka mungkin tidak akan adanya sumber untuk dimanfaatkan oleh generasi akan datang. Selain itu, masalah yang dihadapi semasa menjalankan kajian ini ialah data dan maklumat yang diperlukan berselerak seperti di pejabat daerah, majlis daerah, dan perpustakaan kerana belum ada kajian yang khusus dan terperinci pernah dibuat berkaitan dengan tajuk kajian. Selain itu, segala data dan maklumat yang diperoleh perlu dinilai dan ditapis terlebih dahulu untuk memastikan kesahihan dan kebenarannya.

1.3 Tinjauan Kajian Lepas

Kajian ini berdasarkan oleh kajian yang lepas berkaitan dengan bagaimana Simunjan menjadi sebagai sebuah daerah yang menjalankan aktiviti ekonominya tersendiri apabila berpisah dengan Samarahan yang ditulis oleh Dr. Sulaiman Husaini yang bertajuk Samarahan dari kampung terpencil ke Desa Ilmu3 dan Puan Rodziah Morshidi & Dr. Charles Lei bertajuk Kuching terus makmur yang membincang tentang ekonomi di sekitar kawasan Daerah Kuching termasuk Simunjan.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada generasi akan datang mengenai ekonomi di Daerah Simunjan, Samarahan dari akhir zaman pemerintahan Brooke sehingga selepas pemerintahan Brooke. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menyenaraikan ekonomi- ekonomi serta kegiatan yang terdapat di kawasan kajian. Objektif terakhir kajian ini dijalankan adalah untuk menambahkan pengetahuan tentang latar belakang kawasan tempat kelahiran saya. Dengan mengenalpasti dan menambah pengetahuan yang sedia ada, ia dapat membantu saya dalam menjalankan kajian.

(3)

1.5 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan di kawasan Daerah Simunjan Samarahan dari tahun 1960-1990. Kajian ini menerangkan tentang 3 aspek dalam 2 bab iaitu bab 2, bagaimana Simunjan mendapat nama (asal-usul nama Simunjan), latar belakang daerah (Simunjan sebagai satu daerah) dan bab 3 tentang ekonomi pada tahun 1960-1990. Jenis-jenis ekonomi yang dikaji ialah sumber asli (arang batu), pertanian (padi), perniagaan, (kedai runcit, jahitan, batu-bata), penternakan (ayam, itik, lembu) dan perkilangan (beras). Dalam bab 3 juga akan menyentuh tentang usaha yang diambil oleh kerajaan dalam membangunkan ekonomi di Daerah Simunjan dan kesan-kesan pembangunan ekonomi terhadap Daerah Simunjan.

1.6 Metodologi Kajian

Bagi tujuan pengumpulan data, metod perpustakaan dan pelbagai bahan bacaan ilmiah lain bagi memperoleh data skunder menjadi asas dalam mengolah persoalan pokok mengenai ekonomi di Daerah Simunjan, Samarahan. Metod ini digunakan untuk mencari maklumat dan data-data tentang perkembangan ekonomi. Kaedah temubual dijalankan untuk mendapatkan maklumat-maklumat tambahan kepada penyelidikan. Sasaran temubual adalah individu yang tahu mengenai sesuatu kejadian sejarah, ataupun orang yang terlibat secara langsung dalam sesuatu kejadian sejarah, iaitu dipanggil sebagai saksi. Kaedah temu ramah dan perbualan merupakan satu kaedah yang lazim digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang atau pandangan daripada seseorang. Dalam kajian ini, saksi utama ialah Pegawai Daerah Simunjan, ketua kaum dan penjawat awam.

Selain itu, metod yang digunakan adalah dengan melayari laman sesawang yang berkaitan dengan tajuk bagi mencari maklumat terperinci dan bagi mengukuhkan lagi pemahaman pengkaji. Kajian-kajian lepas yang telah dilaksanakan juga merupakan satu panduan pengkaji.Seterusnya metod melawat ke tempat kajian atau kajian lapangan iaitu di Majlis Daerah Simunjan dimana penyelidik praktikkan bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkaitan hurian kajian kerja kursus ini.

(4)

Kajian ini dibuat untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda tentang ekonomi yang terdapat di Daerah Simunjan pada akhir pemerintahan dan pentadbiran Brooke sehingga tahun 1990. Walaupun generasi muda itu sendiri yang berasal dari Simunjan, namun mereka masih tidak mengetahui sejarah Simunjan serta bagaimana Simunjan berkembang secara berperingkat oleh hasil ekonominya. Maklumat dari kajian ini diharap dapat membantu pengkaji-pengkaji akan datang untuk dijadikan sebagai rujukan. Hal ini kerana, maklumat-maklumat yang berkaitan dengan Daerah Simunjan adalah terhad. Simunjan merupakan sebuah Daerah yang terpencil dan ada dalam kalangan masyarakat luar tidak mengetahui tentang Simunjan serta kedudukannya. Sesungguhnya, perbuatan yang baik dan murni perlu dicontohi ataupun diteladani dan dijadikan sebagai pedoman dalam kehidupan kita. Manakala, amalan dan peristiwa sejarah tanah air yang difikirkan tidak sesuai dengan arus perubahan zaman perlu dijauhi agar ia tidak berulang pada masa yang akan datang.

(5)

LATAR BELAKANG EKONOMI DI SIMUNJAN DARI TAHUN 1960-1990

2.0 Latar Belakang Simunjan

Daerah Simunjan adalah salah sebuah daerah bawah pentadbiran Bahagian Samarahan. Ianya terletak di antara Serian dan Sri Aman dan bersempadan dengan Sebuyau dan Samarahan. Asal-usul nama Simunjan diambil berdasarkan kedatangan pedagang-pedagang yang singgah di kawasan itu.

2.1 Asal Usul Nama Simunjan

Terdapat pelbagai versi cerita yang telah disampaikan oleh orang-orang tua di Daerah Simunjan mengenai asal usul nama SIMUNJAN diperolehi. Antaranya :

2.1.1 Cerita Rakyat 1

Menurut cerita, Daerah Simunjan mendapat nama daripada seorang pedagang Cina yang datang ke Simunjan. Pedagang Cina tersebut datang dengan menggunakan wangkang.4 Pedagang Cina tersebut berhenti berehat dan melabuhkan wangkangnya di seberang sungai Simunjan. Kemudian beliau terus naik ke darat dan menjemur jan5 dalam keadaaan cuaca yang mendung. Perbuatan pedagang Cina tadi telah menyebabkan orang Melayu yang berada di situ tersenyum lalu berkata "Semunlah Jan" kau itu. Sejak itu perkataan "Semun"6 dan "Jan" bermain dibibir orang Melayu di kawasan itu. Mulai dari itu juga penduduk kawasan itu menggelar kawasan tersebut sebagai "SIMUNJAN".

2.1.2 Cerita Rakyat 2

Simunjan berasal dari perkataan Melayu Sarawak, di mana pada zaman dahulu, penduduk asalnya terdiri daripada penduduk kampung seberang iaitu dari kawasan Ensengei yang berhijrah ke sini. Kebanyakan penduduk pada zaman dahulu bekerja di lombong arang batu. Ketika hendak menyalakan mancis untuk membakar arang batu, mancis yang digunakan menjadi lembab atau dalam bahasa Melayu Sarawaknya dipanggil “semun”. Keadaan ini berlaku akibat hujan yang seringkali turun pada ketika itu

4 Wangkang adalah sejenis kapal besar yang digunakan oleh pedagang cina semasa datang ke Simunjan dan dipenuhi dengan tembakau dan garam untuk tujuan perdagangan dan kegunaan harian.

(6)

menyebabkan mancis tersebut menjadi lembab dan memandangkan kawasan tersebut masih belum diberi nama, maka penduduk asalnya menggabungkan perkataan “semun” dan “hujan” hingga dinamakan Simunjan. Itulah asal-usulnya hingga diberi nama ‘SIMUNJAN’.

2.2 Simunjan Sebuah Daerah

Daerah Simunjan adalah salah satu daerah di bawah Pentadbiran Bahagian Samarahan. Keluasan Daerah Simunjan ialah 2,077 km persegi.7 Ia terletak kira-kira 176 km dari Bandar Kuching berdasarkan jalan darat dan 103 km melalui jalan air. Manakala Sebuyau dan Gedong adalah di bawah pentadbiran Daerah Simunjan. Bentuk muka bumi Simunjan secara keseluruhannya adalah berbukit-bukau, pergunungan di kawasan paya dan rendah di tepian pantai.8 Sungai Batang Sadong merupakan sungai utama bagi Daerah Simunjan. Pekan-pekan penting di bawah pentadbiran Simunjan ialah Simunjan, Gedong, Sebangan, Sebuyau dan Tebelu. Jumlah penduduk Daerah Simunjan ialah 38,098 orang yang terdiri daripada pelbagai suku kaum.9

Secara keseluruhannya, pekerjaan utama penduduknya ialah petani, pekebun dan nelayan. Ketua Pentadbiran bagi Daerah Simunjan ialah Pegawai Daerah. Manakala Ketua Pentadbiran Daerah Kecil Sebuyau ialah Pegawai Pentadbir Sarawak. Di beberapa buah pekan penting, telah ditempatkan seorang Pembantu Am Rendah untuk mewakili jentera Pentadbiran Daerah di Kawasan tersebut. Pekan-pekan yang diwakili oleh Pembantu Am Rendah ialah Gedong dan Sebangan.

Di samping itu, Pentadbiran Daerah dibantu oleh ketua-ketua masyarakat yang dibayar gaji bulanan yang telah dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk mentadbir hal-ehwal adat istiadat kaum masing-masing mengikut kawasan yang telah ditetapkan untuk mereka. Bagi Daerah Simunjan, terdapat 3 orang pemanca iaitu Pemanca Cina, Iban dan Melayu.

Selain itu, Daerah Simunjan juga mempunyai lima orang Penghulu Melayu, enam orang Penghulu Iban dan dua orang Penghulu Cina. Pentadbiran setiap penghulu dibantu

7 Rujuk Portal Rasmi Pejabat Daerah Simunjan yang menerangkan tentang keluasan Daerah Simunjan serta jarak dari Bandar Kuching.

8 Dimana Letaknya Simunjan. Diakses pada 16 Februari 2015 dari http://www.simunjandc.sarawak.gov.my/

(7)

oleh ketua-ketua kaum yang telah dilantik Kerajaan Negeri untuk mewakili jentera Pentadbiran Daerah di kawasan kampung masing-masing. Bagi pentadbiran pembangunan daerah, Pegawai Daerah selaku Ketua akan dibantu oleh Ketua-ketua Masyarakat dan Ketua-ketua Jabatan dari Agensi Kerajaan dan badan berkanun.Semua perancangan pembangunan daerah dibincang dan dirancang serta diselaras oleh Jawatankuasa Pembangunan Daerah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah sebelum ia dibawa kepada Jawatankuasa Pembangunan Bahagian.

BAB 3

(8)

3.0 Perkembangan Ekonomi Daerah Simunjan Tahun 1960-1990

Ekonomi merupakan tunggak utama dalam membangunkan sesebuah Bandar. Begitu juga dengan Daerah Simunjan. Daerah Simunjan juga mempunyai hasilan ekonomi bagi menampung kehidupan seharian penduduk sekali gus memajukan dan membangunkan kawasan tempat tinggal mereka.

3.1 Perkembangan Ekonomi Tahun 1960-1990

Pada mulanya, ekonomi di Daerah Simunjan pada akhir pemerintahan Brooke tertumpu kepada hasil bahan mentah iaitu arang batu. Namun, bagi memperkembangkan lagi ekonomi di sekitar Daerah Simunjan, pelbagai usaha yang dilakukan antaranya ialah pertanian, penternakan dan perikanan.

3.1.1 Ekonomi Bahan Mentah (Arang Batu)

Perlombongan arang batu menjadi bahan galian eksport yang utama bagi negeri Sarawak selama sepuluh tahun selepas tahun 1889 apabila kerajaan akhirnya berjaya mengusahakan lombong arang batu di Sadong. Daerah Simunjan memang terkenal dengan Perlombongan Arang Batu. Bekas lombong masih lagi terdapat di kawasan Gunung Ngeli, Simunjan. Antara khazanah yang masih dijaga sehingga kini ialah "Boiler" yang kini di bawah penjagaan pihak Majlis Daerah Simunjan. "Boiler" ini telah wujud sekitar tahun 1941-1945, pada suatu ketika dahulu berfungsi sebagai alat untuk membakar batu arang sebelum ia bersedia untuk dijadikan bahan bakar.10 Khazanah ini kini diletakkan berhampiran dengan Majlis Daerah Simunjan dan dijaga dengan rapi.

Di zaman era pemerintahan British, daerah Simunjan merupakan kawasan pelombongan arang batu yang terbaik di negeri Sarawak pada tahun 60-an. Perlombongan arang batu di Gunung Ngeli dikatakan antara jenis arang batu yang bermutu tinggi. Dan kerana itulah banyak penempatan-penempatan baru dibuka di daerah Simunjan terutama sekali oleh penduduk-penduduk di sepanjang sungai Simunjan yang ingin bekerja di lombong tersebut. Sehingga ke hari ini tinggalan sejarah perlombongan

10 Sejarah Lombong Arang Batu. Diakses pada 16 Februari 2015 daripada

(9)

arang batu di Gunung Ngeli masih menjadi bahan bukti untuk tatapan generasi sekarang.Daerah Simunjan pada ketika itu kaya dengan arang batu namun, pada akhir tahun 1961, arang batu tidak menjadi sumber utama lagi di daerah Simunjan kerana kehabisannya. Arang batu juga memberi kepentingan kepada kerajaan Brooke. Hal ini kerana, galian ini amat diperlukan untuk kegunaan kapal-kapal wap pada ketika itu. Arang batu menjadi galian eksport bahan mineral yang penting. Bagi memudahkan perhubungan antara kawasan Daerah Simunjan dengan tempat yang lain, jalan air merupakan jalan utama bagi menggerakkan kegiatan ekonomi di Daerah Simunjan.

Gambar di atas menunjukkan sebuah “Boiler” yang digunakan untuk aktiviti perlombongan arang batu semasa pemerintahan British. Perlombongan arang batu suatu masa dahulu giat dijalankan di kawasan Gunung Ngeli Simunjan pada awal 60-an. Kini perlombongan tersebut sudah tidak berfungsi dan masih meninggalkan kesan perlombongan di kawasan tersebut sehingga kini.

3.1.2 Ekonomi Pertanian

(10)

menampung kehidupan seharian penduduk sahaja. Antara hasil pertanian yang dijalankan oleh penduduk kampung ialah padi biris, kelapa, lada hitam, koko dan ubi kayu. Padi biris pula ditanam oleh penduduk kampung yang tinggal di sekitar pedalaman yang mempunyai tanah yang luas. Manakala, penduduk yang tinggal dipersisiran sungai pula hanya menanam kelapa, ubi kayu dan lain-lain. Namun, penduduk yang berada di kawasan persisiran pantai lebih tertumpu kepada ekonomi perikanan.

Selain itu, penduduk yang tinggal di kawasan bukit pula menanam pokok getah, ubi kayu, lada hitam, koko dan padi biris. Keistimewaan penduduk yang tinggal di kawasan bukit ialah aktiviti ekonomi mereka lebih banyak berbanding penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman dan persisir sungai. Hal ini kerana, banjir yang berlaku di kawasan tersebut menyebabkan aktiviti ekonomi mereka terbantut. Pertanian pada ketika ini iaitu tahun 1960-1970 tidak dijalankan secara komersial kerana, ekonomi di Daerah Simunjan pada ketika itu hanyalah bergantung kepada sumber asli iaitu arang batu. Selain menjadi makanan utama penduduk kampung, padi biris juga dibekalkan kepada tentera British sebagai bekalan makanan yang utama. British juga telah memperkenalkan Jabatan Parit dan Tali Air yang sehingga kini wujud dikenali juga Jabatan Pengairan dan Saliran. Hal ini bagi memudahkan pengurusan penanaman padi. Walaupun penanaman padi dilakukan secara tidak komersial, namun padi merupakan sumber makanan yang utama bagi membantu penduduk kampung, pekerja di lombong arang batu dan tentera British untuk menampung kehidupan harian mereka.

Penanaman padi pada awalnya dilakukan secara tradisional iaitu para petani hanya menggunakan kerbau untuk bercucuk tanam. Peningkatan berlaku apabila Dasar Ekonomi baru diperkenalkan dan pertanian dijalankan dengan menggunakan jetolak ataupun jentera padi. Pada akhir tahun 1970, hasil pertanian dijadikan sumber kewangan iaitu, lebihan hasil pertanian dijual di Pasar Simunjan.11 Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru, telah menjadikan penduduk membuat perniagaan secara kecil-kecilan. Sekitar tahun 1970, bagi meningkatkan lagi mutu pertanian dalam kalangan penduduk tempatan, satu badan bukan kerajaan iaitu perkilangan milik swasta atau persendirian dibina untuk menghasilkan dan memudahkan petani. Kilang yang dibina adalah untuk memantapkan lagi ekonomi dan memelihara pekerjaan meraka.12 Padi yang 11 Pasar Simunjan dibina pada tahun 1979 adalah bertujuan untuk memudahkan penduduk melakukan aktiviti perniagaan dan merupakan pusat pentadbiran utama Daerah Simunjan dan terletaknya semua pejabat-pejabat kerajaan.

(11)

ditanam dan telah diproses menjadi beras dipaketkan dan dijual kepada penduduk Daerah Simunjan serta penduduk di luar Daerah Simunjan. Pada tahun 1990, kilang tersebut masih beroperasi seperti biasa bagi memberikan peluang kepada petani-petani untuk menjadikan padi sebagai sumber pendapatan yang utama. Jelasnya disini, aktiviti pertanian yang dijalankan bukanlah secara komersial melainkan hanyalah untuk menampung kehidupan harian penduduk di Daerah Simunjan sahaja.

3.1.3 Ekonomi Penternakan

Penternakan merupakan satu kegiatan sara diri yang menandakan bermulanya kehidupan yang saling berhubung dan bergantungan antara satu sama lain yang dijelmakan melalui perdagangan. Namun, pada akhir zaman pemerintahan dan pentadbiran Brooke di Daerah Simunjan, penternakan hanyalah sebagai ekonomi sara diri. Antara jenis ternakan yang diternak ialah ayam, itik, lembu dan babi. Bagi memastikan penduduk mendapat bekalan makanan yang mencukupi melalui sumber-sumber makanan yang ada, sistem barter13 dijadikan amalan oleh penduduk setempat. Misalnya, penduduk yang mempunyai lebihan beras akan menukarkan berasnya kepada penduduk yang mempunyai hasil lebihan ternakan. Begitulah amalan yang dilakukan oleh penduduk di Daerah Simunjan untuk meneruskan kehidupan harian mereka.

Pada akhir tahun 1970, kegiatan penternakan mula beroperasi sebagai ekonomi yang utama iaitu hasil penternakan di jadikan sumber kewangan. Hal ini disebabkan Dasar Ekonomi Baru yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang pertama. Penduduk diberikan peluang untuk berniaga secara kecil-kecilan. Misalnya, Pasar Simunjan dibina untuk menjual segala jenis lebihan hasil ternakan. Disebabkan Daerah Simunjan mempunyai kemudahan iaitu Pasar Simunjan untuk menjual hasil ternakan, para penternak mengambil peluang untuk menternak binatang serta membuka ladang ternakan. Perkembangan dari segi penternakan pula iaitu sekitar tahun 1980-1990, penternakan masih juga dijalankan secara kecil-kecilan. Bezanya, para penternak memperbanyakkan lagi bilangan hasil ternakan mereka dan membuka luas ladang ternakan. Aktiviti penternakan tidak dilakukan secara komersial iaitu tidak dijual ke kawasan luar Daerah Simunjan. Secara kesimpulannya, penternakan yang dilakukan oleh penduduk di Daerah Simunjan pada tahun 1960-1990 adalah secara kecil-kecilan sahaja sebagai menampung kehidupan harian mereka.

(12)

3.1.4 Ekonomi Perikanan

Perikanan merupakan aktiviti utama penduduk yang menetap di tepi laut, sungai dan tasik dengan menggunakan peralatan tradisional seperti bubu, lukah, serkap, jala dan kelong. Begitu juga di Daerah Simunjan, aktiviti perikanan giat dijalankan oleh penduduk yang mendiami kawasan tebingan sungai. Secara keseluruhannya, pekerjaan penduduk di Daerah Simunjan pada tahun 1960-1970 merupakan nelayan. Perikanan merupakan aktiviti ekonomi yang utama bagi penduduk yang menetap di kawasan persisiran sungai. Antara kemudahan pengangkutan yang digunakan oleh penduduk untuk menangkap hasil laut ialah perahu. Kebanyakkan penduduk menggunakan pukat14 untuk menangkap hasil laut. Majoriti, penduduk yang berbangsa Melayu menjalankan aktiviti perikanan ini. Mereka tinggal di kawasan tebingan sungai yang dipanggil sungai Batang Sadong.15 Antara hasil laut yang selalu mereka perolehi ialah, ikan bulu, udang, ikan toman, ikan keli……

Hasil laut yang diperolehi bukan sahaja dijadikan sebagai sumber protein untuk menjalankan kehidupan harian mereka, malahan ianya juga dijadikan sebagai sumber ekonomi mereka. Hasil tangkapan juga dijual kepada penduduk-penduduk kampung dengan harga yang berpatutan. Sehingga sekarang, hasil tangkapan yang jarang diperolehi seperti udang dan ketam akan dijual kepada penduduk kampung dengan harga yang berpatutan. Hasil laut yang diperolehi oleh nelayan kadang melebihi had keperluan harian mereka. Bagi mengelakkan hasil tangkapan tersebut buruk, inisiatif yang diambil ialah dengan menjemur ikan-ikan tersebut. Ikan-ikan tersebut dikeringkan dan dijadikan sebagai sumber protein mereka dalam tempoh jangka masa yang panjang. Pada mulanya, ikan-ikan kering tersebut hanyalah sebagai sumber protein untuk penduduk-penduduk setempat sahaja. Pada awal tahun 1980, permintaan dari penduduk-penduduk luar Daerah Simunjan untuk membeli ikan-ikan kering tersebut meningkat dari semasa ke semasa. Dapat dilihat bahawa, ikan-ikan kering yang dijual menjadi sumber ekonomi nelayan. Oleh kerana permintaannya yang meningkat, perkembangan dari segi teknologi menangkap ikan juga turut berkembang. Nelayan menggunakan perahu yang mempunyai enjin membolehkan perahu tersebut bergerak dengan pantas berbanding pada akhir tahun 1960, mereka hanya menggunakan dayung untuk mendayung perahu. Selain 14 Pukat merupakan Bahasa Sarawak yang bermaksud jala.

(13)

pertanian dan penternakan, perikanan juga turut mendapat sambutan oleh penduduk kampung. Lebihan hasil tangkapan akan dijual di Pasar Simunjan. Ianya merupakan bekalan makanan untuk penduduk bagi memenuhi kehidupan harian mereka.

3.1.5 Ekonomi Perniagaan

Pada tahun 1960, aktiviti perniagaan amat kurang memberansangkan. Penduduk hanya menggunakan sistem barter untuk memenuhi kehidupan harian mereka. Namun begitu, pada tahun 1970 kerajaan telah menggalakkan penduduk untuk membuat perniagaan dengan mengesan bakat-bakat sedia ada penduduk. Contohnya, kelas-kelas menjahit dan memasak diadakan di setiap kampung. Apabila penduduk mahir dalam menjahit dan memasak, mereka mengambil upah untuk menjahit baju dan sebagainya. Pada awal tahun 1980, penduduk kampung juga menjalankan perusahaan sofa dan batu-bata. Mereka mengambil upah apabila adanya tempahan yang dibuat oleh penduduk kampung. Kemajuan teknologi seiring dengan perubahan zaman. Dengan berbekalkan mesin membuat batu-bata, ianya memudahkan lagi penduduk kampung memproses batu-bata untuk membuat rumah, kedai dan pembangunan yang lain.16

Selain itu, perniagaan juga turut dilakukan oleh penduduk yang mendiami kawasan pedalaman. Peniaga-peniaga ini mendapatkan bekalan barangan melalui nelayan, petani dan penternak. Peniaga yang mendapatkan bekalan melalui nelayan, petani dan penternak adalah mereka yang berniaga di Pasar Simunjan. Peniaga hanya mengambil sedikit keuntungan daripada pembekal. Misalnya, peniaga menaikkan sedikit harga barangan tetapi barangn tersebut masih mampu dimiliki oleh penduduk yang lain. Peniagaan runcit juga dijalankan secara kecil-kecilan. Peniaga mendapatkan bekalan daripada pembekal luar Daerah Simunjan. Peniagaan runcit dijalankan disemua kampung iaitu setiap kampung memiliki sebuah kedai yang membekalkan semua kemudahan asas yang diperlukan oleh penduduk kampung.

3.1.6 Ekonomi Perkilangan

Bagi memenuhi keperluan petani, sebuah kilang beras milik syarikat persendirian dan swasta telah dibina untuk membantu petani dalam memproses padi untuk menjadi beras. Kilang ini dibina sekitar awal tahun 1970 dan masih beroperasi sehingga sekarang. Kilang ini dilengkapi dengan mesin padi yang dapat membantu petani untuk meringankan beban

(14)

mereka. Sekitar tahun 1960, penduduk hanya menggunakan alatan tradisional untuk memproses beras. Ianya mengambil masa yang lama untuk memisahkan beras dari tangkainya. Dengan adanya kemudahan yang disediakan, petani tidak memerlukan waktu yang lama untuk memproses beras. Lebihan beras akan dibungkus dan dijual kepada penduduk. Hasil daripada jualan tersebut, ianya digunakan untuk mengupah pekerja-pekerja mereka.

3.2 Usaha Kerajaan dalam Membangunkan Ekonomi di Daerah Simunjan

Bagi memastikan semua penduduk mendapat pembangunan yang sewajarnya, pelbagai usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk membangunkan ekonomi di Daerah Simunjan. Antaranya ialah, kerajaan telah memberikan peruntukkan untuk Projek Mesra Rakyat. Selain itu, pelbagai projek menaiktaraf pembangunan yang ada di Daerah Simunjan. Misalnya, termasuklah Projek Naiktaraf Gelanggang Tenis Majlis Daerah Simunjan, Projek Menurap Jalan Kampung Tebuan, Naiktaraf Dewan Kampung Temiang, Naiktaraf Surau Al-Mutaqqin Kampung Lot Baru Gedong, Naiktaraf Dewan Kampung Semelatong, Bina Baru Balai Raya Kampung Sateman Simunjan, Bina Baru Dewan SK Kepayang, Naiktaraf Parit Konkrit di Kg Nanas Hulu, Naiktaraf Jalan dari Kampung Benat A dan Kampung Benat B ke Jalanraya Utama Engsengei/Lubuk Buntin, Projek Menurap Kawasan Bawah Jambatan Baru Jalan Gedong-Simunjan di Gedong dan lain-lain.17 Hal ini untuk memberi peluang kepada penduduk di kawasan ini untuk memperbaiki kehidupan sedia ada ke satu taraf yang lebih berjaya. Memetik kata-kata beliau iaitu Hajah Nancy Shukri18 :

"Jika kita tidak mengambil peluang ini, kita juga yang akan rugi kerana peluang ekonomi akan lebih terbuka lebih-lebih lagi selepas siapnya Jambatan Batang Sadong yang akan menghubungkan daerah kecil Sadong Jaya, daerah Asajaya dan Simunjan pada tahun

2016”.19

Selain itu, kerajaan juga telah memberikan bantuan kepada penduduk yang memerlukan. Bantuan bukan sahaja diberikan dalam bentuk BRIM malahan bantuan akan diberikan dalam bentuk lain. Memetik kata-kata beliau, iaitu Datuk Haji Naroden Bin Majais20:

17 Transformasi Ekonomi Parlimen Batang Sadong, dlm Berita Sarawak, 3 Januari 2015.

18 Hajah Nancy Binti Haji Shukri merupakan Ahli Dewan Rakyat P.200 Batang Sadong merangkap Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

19 Transformasi Ekonomi Parlimen Batang Sadong, dlm Berita Sarawak, 3 Januari 2015.

(15)

“Kerajaan bukan sahaja memberi bantuan BRIM, malahan pelbagai bantuan lain seperti subsidi baja, gula, bantuan pukat, enjin, bantuan pinjaman persekolahan dengan kadar faedah dan seumpanya”.21

Bukan itu sahaja, pembukaan gerai Medan Selera di Pekan Simunjan nyata merancakkan lagi aktiviti ekonomi serta usaha kerajaan terhadap penduduk di sekitar Simunjan sejak ia dirasmikan pada Julai 2010 lepas. Menerusi Majlis Daerah Simunjan (MDS), penduduk di Pekan Simunjan berpeluang untuk meluangkan aktiviti riadah di 10 buah lot perniagaan dalam gerai Medan Selera yang disumbangkan oleh pihak Perbadanan Ekonomi Sarawak (PES). Terletak bersebelahan dengan stesen bas Pekan Simunjan, gerai Medan Selera menawarkan pelbagai makanan, minuman dan lain-lain produk yang menarik kepada pengunjung luar mahupun penduduk tempatan di Simunjan. Gerai Medan Selera dirasmikan Ahli Parlimen Batang Sadong, YB Hajah Nancy Syukrie.22

3.3 Kesan-kesan Perkembangan Ekonomi terhadap Daerah Simunjan

Perkembangan ekonomi di Daerah Simunjan memberikan kesan terhadap pekerjaan penduduk kampung, serta infrastuktur di Daerah Simunjan. Perkembangan ekonomi banyak memberikan kesan yang positif terhadap pembangunan di Daerah Simunjan yang sekaligus mencapai hasrat kerajaan dalam membangunkan ekonomi di Daerah Simunjan seiring dengan perubahan arus masa dan setanding dengan kawasan yang lain.23 Kemudahan-kemudahan asas kini diberi perhatian khusus agar segala aktiviti ekonomi dapat dijalankan dengan jayanya sejajar dengan pakej ransangan.

3.3.1 Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk kampung

Pada akhir era pemerintahan dan pentadbiran Brooke di Daerah Simunjan, ekonomi di Daerah Simunjan hanya bergantung kepada sumber asli iatu arang batu. Selain penjajah British, penduduk Simunjan juga bekerja sebagai pelombong arang batu. Namun, setelah Daerah Simunjan tidak memiliki sumber asli, penduduk kampung hilang pekerjaan. Demi menampung kehidupan ahli keluarga, mereka meneruskan kehidupan menjadi nelayan 21 Christina Ulau, Simunjan jadi Pusat Ekonomi Masyarakat, dlm Utusan Sarawak, 5 march 2014.

22 Laman Web Rasmi Komuniti Desa. Diakses pada 26 Februari 2015 daripada

http://portal.softbox.com.my/v6/kampunglubukpunggur/index.php/ms/sosioekonomi.html?showall=1

(16)

dan petani. Penduduk kampung yang tinggal di kawasan pedalaman dan tebingan sungai menjalankan ekonomi sara diri iaitu mereka hanya bekerja sebagai petani dan nelayan juga. Kegiatan pertanian dan perikanan pada ketika itu hanyalah menggunakan peralatan tradisional. Dengan adanya perkembangan teknologi, pekerjaan sebagai petani dan nelayan bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini disebabkan penggunaan teknologi yang memudahkan mereka untuk bekerja dengan mengambil masa yang singkat jika dibandingkan dengan dahulu iaitu mereka mengambil masa yang agak panjang untuk mencari rezeki.

Selain itu, peluang pekerjaan dapat dilihat dengan lebih drastik apabila wujudnya kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Contohnya, kerajaan telah membina Pasar Simunjan. Dengan wujudnya Pasar Simunjan, ianya memberi peluang kepada peniaga-peniaga untuk berniaga di sana. Disebabkan pertambahan penduduk berlaku, permintaan sumber protein semakin meningkat. Ini menyebabkan peniaga memerlukan lebih banyak sumber protein daripada pembekal. Peluang pekejaan juga diberikan kepada perempuan yang mempunyai bakat seperti menjahit dan memasak. Kerajaan telah membuka kelas-kelas menjahit. Hasil daripada pembelajaran yang berlaku semasa kelas-kelas, mereka telah mengambil peluang dengan mengambil upah menjahit baju daripada penduduk kampung.

Rata-rata penduduk Daerah Simunjan bertugas di syarikat-syarikat swasta dan tidak kurang yang memilih bekerja di ladang-ladang kelapa sawit. Namun begitu, ada juga di kalangan penduduk yang melibatkan diri dalam sektor pertanian, penternakan dan perkhidmatan perahu tambang. Penternakan itik, ayam dan lembu dijalankan secara kecil-kecilan dan dikomersialkan di samping untuk keperluan seisi keluarga. Di Kampung Lubuk Punggur, terdapat seorang pemilik kilang pemprosesan padi yang sudah lama menjalankan kegiatan ini. Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan beras. Upah perkhidmatan dikira mengikut berat padi yang dihantar.24

Di samping itu, penduduk juga menyediakan perkhidmatan perahu Tambang kepada orang ramai atau penghuni di kampung ini. Perahu Tambang yang mereka miliki mampu memuatkan pelbagai jenis barangan mengikut had tertentu. Perahu ini sering kali

24 Laman Web Rasmi Komuniti Desa. Diakses pada 26 Februari 2015 daripada

(17)

berulang-alik ke destinasi utama penduduk kampung seperti di pekan Simunjan dan pekan Gedong. Selain itu, perahu ini juga digunakan sebagai pengangkutan utama bagi pelajar-pelajar yang hendak pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gedong.

3.3.2 Perkembangan Infrastuktur

Perkembangan infrastuktur termasuklah penubuhan sekolah-sekolah, jalan raya, jalan perhubungan air balai polis dan hospital. Kerajaan sedar bahawa, bagi memperkembangkan ekonomi serta meningkatkan kualiti kehidupan, kerajaan telah membina sekolah untuk penduduk kampung. Dari segi pendidikan, di Simunjan turut disediakan beberapa buah sekolah bagi mendidik anak tempatan. Pedidikan tidak hanya tertumpu kepada golongan anak-anak, malah golongan dewasa turut dititikberatkan. Sekolah rendah dibina di kawasan pedalaman dengan memberi pendedahan kepada penduduk untuk membaca, mengira, menulis dan memberikan kemahiran-kemahiran bekerja. Antara sekolah yang terawal dibina ialah SK. Sageng. Sekolah ini terletak di Kampung Sageng. Pada mulanya, sekolah ini dibina dengan menggunakan kayu namun, inisiatif kerajaan bagi memajukan sekolah ini dengan memberikan peruntukkan untuk membina semula bangunan yang kukuh diperbuat daripada simen serta sekolah kabin bagi menggantikan sekolah lama.25 SK. Abang Man juga merupakan sebuah sekolah yang tertua di Daerah Simunjan dan di baikpulih untuk merancakkan tranformasi kerajaan.26 Selain sekolah, Pejabat Pendidikan di Daerah Simunjan juga dibina untuk berdekatan dengan SK. Abang Man.27 Di daerah ini terdapat 52 buah sekolah rendah dan 5 buah sekolah menengah. Kebanyakan sekolah rendah bertaraf daif dari segi kemudahan pendidikan. Dengan keperihatinan yang tinggi kerajaan negeri Sarawak menerusi SDI mengambil inisiatif untuk menggerakkan penyelidikan supaya masalah pendidikan di daerah Simunjan dapat diulas dengan asas-asas data empiris dan bukti penyelidikan yang kukuh.28

Selain itu, perkembangan kemudahan infrastuktur seperti jalan raya dibina atas dasar kebaikan ekonomi dan memberi kemudahan kepada penduduk setempat. Dapat dilihat bahawa, pada mulanya jalan raya di Daerah Simunjan dan di kampung-kampung

25 Bangunan lama SK. Sageng ranap, pembelajaran 125 murid terjejas, dlm Utusan Borneo, 5 Julai 2012. 26 Bandar Baru diwujudkan di Simunjan : Noraden, dlm Borneo Post, 11 Oktober 2011.

27 Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Diakses pada 19 Februari drpd

http://jpnsarawak.moe.gov.my/index.php/ms/ppd-simunjan

(18)

hanya dapat dilalui oleh pejalan kaki dan motosikal sahaja. Bagi memudahkan penduduk, kerajaan telah menaik taraf jalan kampung dengan membesarkan serta menurap jalan. Kini, jalanraya boleh dilalui oleh kereta, lori dan kenderaan besar. Bukan itu sahaja, jalan pintas juga dibina untuk memudahkan penduduk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Kemudahan seperti feri juga disediakan bagi menjimatkan masa untuk ke pusat Bandar iaitu Bandar Kuching.29

Jalan perhubungan Simunjan ke kawasan lain pada masa dulu ialah sungai.

Bagi memastikan penduduk mendapat rawatan kesihatan yang sewajarnya maka hospital didirikan berhampiran dengan Pejabat Daerah Simunjan Jalan Gunung Ngeli.30 Jabatan Kesihatan serta Klinik Kesihatan dibina di Pasar Simunjan bagi memudahkan penduduk untuk memeriksa kesihatan mereka. Terdapat 7 buah klinik kesihatan yang dibina di Daerah Simunjan.31 Manakala, sebuah hospital yang dibina pada tahun 1993 iaitu Hospital Simunjan.

Bagi tujuan keselamatan dan keamanan di Daerah Simunjan, sebuah Balai Polis dibina pada awal era 50an di kawasan Simunjan. Terdapat sebuah Ibu Pejabat Polis

29 Jalan Penghubung utama ke Simunjan pada masa dahulu ialah sungai. Jadi, Ekspres dan kapal adalah pengangkutan utama yang digunakan. Ia memakan masa kira-kira 8 jam perjalanan dari Kuching ke Simunjan mengikut pasang surut air.

30 Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia. Diakses pada 19 Februari 2015 daripada

http://www2.moh.gov.my/pkds?pkd%5Bstate_id%5D=11&search=simunjan&commit=Cari

31 Maklumat Fasaliti Kesihatan di Bahagian Samarahan. Diakses pada 19 Februari 2015 daripada

(19)

Daerah Simunjan, sebuah Balai Polis Simunjan dan sebuah Pondok Polis Gedong, Simunjan.32 Bangunan polis lama yang wujud pada tahun 50an dan bertapak di Kampung Sabun telah lenyap akibat hakisan di Sungai Simunjan. Oleh sebab itu, kerajaan mengambil inisiatif dengan memindahkan bangunan polis tersebut ke tapak yang baru iaitu di Jalan Tun Openg, Simunjan. Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan dirasmikan pada 8 Ogos 1995. Jelaslah bahawa, perkembangan ekonomi di Daerah Simunjan banyak memberikan kesan yang positif terhadap penduduk di Daerah Simunjan sekaligus menjadikan Simunjan sebuah pusat ekonomi yang setaraf dengan kawasan lain.

Bangunan Lama Balai Polis Daerah Simunjan

BAB 4 PENUTUP

Daerah Simunjan merupakan sebuah Daerah di bawah Pentadbiran Daerah Samarahan. Kawasan Daerah Simunjan merangkumi satu perlimen, dua ADUN iaitu DUN N.21 Simunjan dan DUN N.2O Sadong Jaya.33 Bagi DUN N.21 Simunjan, dipegang oleh Datuk Haji Mohd Noraden Bin Majais manakala Parlimen P.200 Batang Sadong dipegang oleh YB. Hajah Nancy Shukri.34 Perkembangan ekonominya yang pesat menjadikan Daerah Simunjan ini membangun dan memiliki kemudahan-kemudahan yang cukup lengkap oleh

32 Portal Rasmi Polis Di Raja Malaysia. Diakses pada 20 Februari 2015 daripada

http://www.rmp.gov.my/direktori/direktori-pdrm/sarawak/simunjan

33 Laman Web Rasmi Pusat Internet 1 Malaysia. Diakses pada 28 Februari 2015 daripada

http://simunjan.pi1m.my/index.php?option=com_content&task=view&id=92&Itemid=23

34 Laman Web Rasmi Barisan Nasional. Diakses pada 28 Februari 2015 daripada

(20)

Gambar

Gambar  di  atas  menunjukkan  sebuah  “Boiler”  yang  digunakan  untuk  aktiviti

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan dari penelitian ini adalah untuk mengetahui kemampuan pengikatan khitosan terhadap logam berat timbal (Pb) pada limbah karagenan dan menentukan konsentrasi terbaik

Kata-kata berdisfemia ini biasanya muncul dalam situasi yang tidak ramah, biasanya untuk mengungkapkan kekesalan atau kejengkelan dan juga disfemia merupakan

Indicator ketidakpuasan ini diperkuat dengan hasil analisis kesenjangan dan uji t dimana nilai kesenjangan antara nilai kenyataan lebih rendah dari nilai harapan dan pada uji

7 penelitian ini diharapkan dapat mengisi kekosongan khazanah intelektual terutama yang menghubungkan nilai teologi atau keagamaan yang termanifestasikan dalam pesantren dan

Puji syukur kehadirat Allah SWT yang telah memberikan rahmat dan karunia- Nya, serta restu kedua orang tua sehingga penulis dapat menyelesaikan skripsi ini untuk memenuhi

Nilai ini adalah nilai yang diberikan oleh Dosen Guru Pamong berdasarkan jawaban peserta atas pertanyaan yang diberikan pada Sejarah Daerah Lampung Nilai ini adalah nilai

ISUZU D MAX DblCabin 3. 69jt Pondok Gede Permai Jl. Raya Duri Kosambi No. Rac STNK Pjg BagusSiapPakai Rp. Duri Kosambi No. 8D RawaBuaya JakBar Hp. 000 orisinil, simpanan,