• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan. pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan. pdf"

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

25

Bab 5

Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Perisian

Google

-

Satu Analisis Kajian Lepas.

Suzana Shaharuddin & Fariza Khalid Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat

Fakulti Pendidikan

Universti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Abstrak

Kajian ini merupakan satu analisis deskriptif yang dibuat oleh penulis ke atas dapatan oleh penyelidik berdasarkan kajian yang telah dijalankan dengan memberi fokus kepada manfaat perisian Google dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Beberapa perisian yang telah dijalankan kajian penggunaannya dalam dunia pendidikan melalui kajian lepas mencakupi perisian Google Form dalam aspek penilaian pengajaran Bahasa Indonesia, Google Doc sebagai sarana utama subjek teknologi maklumat, Google Plus dalam subjek komponen sastera, Google Maps untuk manfaat subjek geografi serta Google translate dan Google Sketch up dalam pendidikan seni. Kajian ini juga mendapati hasil dapatan pengkaji cenderung ke arah positif dalam usaha merealisasikan perisian - perisian ini dalam pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan arus teknologi maklumat abad ke - 21. Namun tidak dapat dinafikan terdapat sedikit kekurangan yang memerlukan penambahbaikan apabila sesuatu perisian itu hendak dilaksanakan seperti keperluan pelaksanaan rangkaian jalur lebar yang meluas, infrastruktur komputer yang mencukupi dan kemahiran ilmu teknologi maklumat itu sendiri perlu dikuasai sebelum perisian Google ini dapat dilaksanakan secara meluas dalam dunia pendidikan.

Kata kunci: perisian google, teknologi maklumat

1. Pengenalan

1.1 Senario Pendidikan

(2)

26

pelajar. (Kementerian Pendidikan Malaysia 2010). Bersandarkan kepada kelebihan adanya jaringan akses kepada rangkaian 4G di sekolah melalui 1Bestari Net, di samping penggunaan sistem luar talian di sekolah, penulis berpandangan, adalah wajar pendidik dan pelajar mengambil panduan dan memanfaatkan perkembangan perisian Google dalam pengajaran dan pembelajaran menelusuri kajian lepas ke atas aplikasi perisian ini. Tambahan lagi, pelaksanaan VLE – frog (Virtual Learning Environment), satu kaedah pembelajaran maya menjadi pemangkin kepada pelaksanaan sistem perisian Google ini. Menurut Norazilawati Abdullah (2013), VLE adalah satu kaedah penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran boleh diakses di sekolah, atau di mana-mana sahaja melalui capaian internet. Frog VLE merupakan satu projek transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Projek 1Bestari Net mulai tahun 2011.

Dalam projek ini, sekolah - sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat terkini persekolahan murid-murid menerusi capaian internet. Pendidikan tidak wajar dihidangkan sebagai satu kaedah penyampaian ilmu secara sterotaip yang menggunakan kaedah penyampaian sehala guru kepada pelajar dan kebergantungan hanya kepada buku teks semata apabila pelajar sukar mendapatkan maklumat yang dikehendaki atau pun maklumat lambat diberikan kepada pelajar. Konsep ‘maklumat di hujung jari’ perlu direalisasikan bagi memenuhi keperluan maklumat generasi ini. Terdapat pelbagai enjin pencarian maklumat yang memudahkan integrasi dengan pelbagai sistem rangkaian sosial seperti Internet Explore, Google Chrome dan Mozilla Firefox yang menjalankan fungsi rangkaian sosial.

2. Perisian Google dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi dengan pelbagai penciptaan perisian telah membuka ruang maya yang cukup luas kepada pelajar dalam mencari ilmu. Selain mendorong minat dan menggalakkan pembelajaran secara akses kendiri, teknologi maklumat ini wajar dimanfaatkan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Sejajar dengan transformasi pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, penulis cenderung meneroka sumbangan perisian Google dalam arena pendidikan dengan menelusuri analisa deskriptif kajian lepas. Google adalah koperator multinasional yang mengkhususkan perkhidmatan internet dan beberapa produk atas talian. Antara produknya meliputi teknologi pengiklanan, pencarian, pengkomputeran dan perisian. Google telah diasaskan oleh Larry Page dan Sergey Brin semasa mereka menjadi pelajar PHD di Universiti Stanford University. (http://en.wikipedia.org/wiki/Google). Apabila syarikat Google berkembang, ia telah meluaskan produk atas talian nya selain sebagai enjin pencarian, ia menghasilkan perisian email iaitu (Gmail), perkhidmatan cloud storage iaitu (Google Drive), perisian pengurusan office suite iaitu (Google Doc) manakala rangkaian sosial disediakan melalui perkhidmatan (Google plus). Selain itu Google turut menyediakan Google translate, Google Maps dan terkini dihasilkan Google Street View.

2.1 Google Drive

Sejajar dengan transformasi pendidikan dan perkembangan teknologi maklumat, penulis cenderung meneroka sumbangan perisian Google dalam arena pendidikan dengan menelusuri analisa kajian lepas. Muhammad Rizal Fauzi (2014) dalam kajiannya terhadap penggunaan perisian Google Drive dengan memfokuskan komponen borang “google form” sebagai alat penilaian bagi mata pelajaran bahasa Indonesia di Sekolah Menengah Pertama Negeri 1

(3)

27

2.2 Google Document (Google Doc)

Selain itu Ernita Tamba (2012), telah membangunkan prototaip Aplikasi Pemanfaatan Google Doc Berasaskan Web dalam subjek pendidikan teknologi maklumat di SMP Negeri 1 Salatiga, Indonesia. Ia merupakan satu program rintis sekolah bertaraf antarabangsa. Google Docs merupakan salah satu perisian Google yang disediakan untuk menyimpan dokumen - dokumen. Kelebihan Google Docs ialah ia dapat melakukan perkongsian bahan (shared)

secara atas talian, menyimpan dokumen berupa spreadsheet seperti Microsoft Excel, pengolahan perkataan seperti Microsoft Word dan melakukan persembahan seperti Office Power Point. Dokumen tersebut tidak hanya dapat dibaca (read only) tapi juga dapat diedit. Dapatan daripada kajian ini ialah terdapat peningkatan ruang komunikasi antara guru dan siswa di Slatiga, selain daripada melakukan diskusi, latihan secara atas talian dan perkongsian bahan pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran lebih menarik dan interaktif kerana terdapat kolaborasi antara guru dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar. Sebagai rumusan kajian, dengan adanya web pembelajaran menggunakan Google Docs, dapat membantu pelajar dalam proses pembelajaran dan meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar.

2.3 Google Plus

Aplikasi rangkaian sosial Google Plus telah dikaji oleh Siti Salwa Atan (2013) dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Bahasa Melayu Komponen Sastera di tiga buah sekolah menengah di Zon Seremban 2, Seremban. Pengkaji ingin mengenal pasti sejauh mana guru-guru Bahasa Melayu mengaplikasikan rangkaian sosial Google Plus sebagai medium pengajaran dalam P&P mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa guru-guru yang terlibat menunjukkan sikap yang sangat positif berkaitan penggunaan rangkaian sosial Google Plus dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS. Guru-guru bersedia menggunakan rangkaian sosial ini untuk diaplikasikan bersama murid.Guru-guru sangat pasti Google Plus menjadi bahan pengajaran yang sangat efektif kepada murid. Bahan pengajaran yang guru muat naik di Google Plus mudah dikemas kini dari semasa ke semasa. Guru boleh menghantar apa-apa saja bahan berbentuk nota pelajaran, kuiz mahu pun latihan dengan mudah, menarik, berkesan dan disediakan dengan paparan yang cantik dan menarik. Data yang dikutip dan dianalisis mendapati, kebanyakan guru yang menggunakan perisian Google Plus ini pada bila-bila masa boleh menghantar tugasan untuk dilengkapkan oleh murid. Jika guru keluar untuk bermesyuarat atau berkursus, murid hanya perlu mengakses laman sosial Google Plus untuk mendapatkan latihan atau sebarang nota yang dihantar oleh guru. Hal ini amatlah menyenangkan sama ada kepada pihak guru mahu pun murid. Tidak ada alasan yang boleh diberi oleh murid jika sekiranya mereka tidak menyiapkan tugasan dan latihan yang diberi oleh guru menerusi Google Plus. Sewaktu cuti sekolah pun jika guru berkehendakkan murid mengulang kaji, guru tiada masalah untuk melakukan sedemikian kerana apa yang perlu guru lakukan hanyalah menghantarkan saja latihan untuk dikongsi bersama muridnya di Google Plus. Satu kebaikan yang nyata yang disediakan oleh Google Plus adalah setiap soalan latihan atau pun kuiz yang diberikan, guru boleh mendapatkan tindak balas segera apabila murid menjawabnya. Guru boleh melihat dan menyemak jawapan murid secara online malah boleh menyemak murid yang belum menghantar tugasan kerana setiap jawapan yang dijawab oleh murid, nama mereka akan terpapar dalam halaman tersebut. Mohd Arif, Zamri dan Norizan (2008) dalam kajian mereka berkenaan multimedia dan aplikasinya dalam pembelajaran Bahasa Melayu mendapati, penggunaan multimedia dan Internet mampu meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan menarik minat murid belajar dengan lebih baik dan berkesan. Hal ini kerana konsep multimedia serta hipermedia membolehkan maklumat pengajaran dan pembelajaran dapat diakses oleh murid dengan lebih berkesan dan bermakna seperti laman sesawang SMART Net yang dibangunkan untuk membantu guru dan murid mempelajari strategi-strategi pembelajaran bahasa dalam Bahasa Melayu.

2.4 Google Sketch up

Dalam pada itu, kajian telah dilakukan oleh Dewi Masithah (2012) melalui penerapan Google Sketch up

(4)

28

merupakan salah satu daripada perisian yang berfungsi untuk membuat gambar 3D (3 dimensi). Perbezaan Sketch up

berbanding dengan perisian 3D lain adalah user friendly, iaitu Sketch up mudah digunakan oleh siapa pun tanpa perlu menguasai teknik-teknik yang rumit dan melibatkan banyak pengiraan. Keunikan Sketch up juga, ia dapat menghasilkan pelbagai ragam karakter gambar. Bermula dari gambar 2D vector, 3D realistik, atau pun gambar yang sangat menyerupai sketsa tangan. Pada 9 Januari 2007, Google telah merintis Sketch up 6 dengan pelbagai fitur tambahan seperti "follow me" tool, dan Sketch up Layout. (agnespedrosa.blogspot.com/2012/12/apa-itu-sketchup.html). Sehubungan dengan itu, Dewi Masithah (2012), menggunakan perisian Google Sketch Up bertujuan untuk meningkatkan minat siswa kepada pembelajaran Seni Budaya dan perisian ini begitu fleksibel hingga dapat digabungkan dengan aplikasi model 3D lainnya seperti AutoCAD, 3DSMAX, dan Blender. Hasil kajiannya menunjukkan adanya peningkatan dalam aktiviti pembelajaran seni para siswa melalui karya menggambar perspektif sebanyak 44% dengan menggunakan Google Sketch Up. Hal ini kerana para siswa lebih mudah memahami dan menerapkan bahan untuk karya “menggambar perspektif” dengan menggunakan Google Sketch Up.

2.5 Google Maps

Selain Google Sketch Up, Google turut menyajikan perisian Google Maps. Google Maps adalah aplikasi peta online yang disediakan oleh Google. Melalui perisian Google Map tersebut, pelajar mendapat informasi tentang geografi pada hampir semua permukaan di bumi kecuali daerah kutub utara dan selatan. Google Maps dibuat dengan menggunakan kombinasi daripada gambar, peta, database, serta objek interaktif yang dibuat dengan bahasa pemprograman HTML, JavaScript dan AJAX, serta beberapa bahasa pemprograman (Mohd Syaiful Amri. 2009). Google Maps mempunyai banyak kemudahan yang bermanfaat tamsil nya dalam subjek geografi, pencarian lokasi dapat dilakukan dengan memasukkan kata kunci seperti nama tempat atau jalan, seterusnya dapat melakukan perhitungan jarak perjalanan dari satu tempat ke tempat lainnya. Google Maps diperkenalkan dalam sebuah posting blog di Google pada Februari 2005. Google maps merupakan revolusi tampilan peta di halaman web, yang memungkinkan pengguna melihat bahagian peta untuk bernavigasi, serta bersifat integrasi. Google Maps pada awalnya dikembangkan oleh dua bersaudara Denmark, Lars dan Jens Rasmussen. Mereka adalah pemilik perusahaan yang khusus tentang solusi pemetaan. Perusahaan tersebut kemudian diikiraf oleh Google pada bulan Oktober 2004, dan dua bersaudara kemudian menciptakan Google Maps.

(Kuswari Hernawati.2012). Kajian oleh Mohd Syaiful Amri (2009) menggunakan Google Maps API untuk menampilkan peta lokasi di Surabaya merupakan salah satu cara untuk penyajian informasi daerah di kota Surabaya secara visual dalam bentuk data dan atau informasi yang dikaitkan dengan kondisi geografi suatu wilayah. Sistem ini sering disebut sebagai Sistem Informasi Geografi. API atau Application Programming Interface digunakan sebagai penghubung suatu aplikasi dengan aplikasi yang lain bagi membolehkan programmer mengintegrasikan Google Maps ke dalam website masing-masing dengan menambahkan data sendiri. Hasilan akhir menggunakan Google Map API ini, ia dapat menampilkan lokasi dan informasi sesuatu tempat yang dikaji dengan jelas.

2.6 Instant Street View

Terkini Google Malaysia dengan kerjasama Pusat Pelancongan Malaysia menjalankan projek Instant Street View

yang merupakan satu perkhidmatan atas talian bertujuan memudahkan pengguna mengakses lokasi dan bangunan sebelum tiba ke sesuatu destinasi. Ia memberikan gambaran secara real view dan 360 darjah. Perkhidmatan ini diintegrasikan dengan Google Maps dan pengguna hanya perlu menaipkan lokasi pilihan

(http://kafeque.blogspot.com/2014/09/cara-menggunakan-google-street-view.html). Dari aspek pembelajaran,

(5)

29

2.7 Google-Translate

Google juga menawarkan perisian Google-Translate. Perisian Google Translation ini dilancarkan pada tahun 2007 dengan menggunakan sistem SYSTRAN dan menawarkan hampir 50 bahasa di seluruh dunia untuk diterjemahkan

.(http://www.anneahira.com/google-translate.htm). Ia membantu pengguna internet bagi memahami sesuatu

informasi jika ia tidak menguasai bahasa tersebut. Sehubungan dengan itu, perisian ini sangat membantu proses pembelajaran khasnya kepada pelajar yang lemah dalam aspek berbahasa. Pengguna hanya perlu membuka halaman http://translate.google.com/ dan di bagian From, pilih bahasa yang akan diterjemahkan. Misalnya English, pada bahagian To, pilih bahasa terjemahan seperti dalam Rajah 1.

Taip bahasa yang hendak di terjemah

dalam kotak translate (From)

Rajah 1. Perisian Google Translation

Masukkan teks yang hendak diterjemahkan dan klik Translate. Hasil terjemahan dipaparkan di sebelah kanan halaman Google Translate (internet.blogspot.com/2011/06/cara-menggunakan-google-translate.html). Novia Arifatun (2012) dalam kajiannya tentang kesalahan penterjemahan teks Bahasa Indonesia ke bahasa Arab melalui Google Translate: studi analisis sintaksis, merumuskan bahawa, penterjemahan teks Bahasa Indonesia ke bahasa Arab dengan menggunakan perisian google translate lebih tepat jika bahasa sumber diterjemahkan secara perkataan demi perkataan ke bahasa sasaran. Hasil terjemahan tidak tepat jika teks diterjemahkan per kalimat. Secara tuntas nya, perisian Google Translate masih sesuai dan boleh diguna pakai bagi pengguna selagi tidak menterjemahkan secara ayat demi ayat.

3. Sejauhmana Praktikaliti Perisian dalam P&P di Sekolah

Proses pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan mutunya dan dipelbagaikan penyampaian dan penerimaannya melalui beberapa teknik seperti berbantukan komputer dan perisian, melalui sistem rangkaian (networking), perisian dan pangkalan data atau maklumat atau melalui sistem internet, perisian dan pangkalan data. Penggunaan alat bantu mengajar ini dikatakan dapat meningkatkan minat serta meransangkan minda pelajar pada zaman siber ini dan telah dianggap dan diakui sebagai pemangkin proses pengajaran dan pembelajaran (Kamps, 1994; Slavin, 1995; Jonassen, 1996; Mackenzie &Jansen, 1998; Heinich et al, 1999) dalam Johari dan Fazliana (2011). Persoalan tentang sejauh mana semua perisian yang disediakan dalam laman sosial dapat diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah bergantung kepada penerimaan pelajar dan pelaksanaan guru dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakannya. Antaranya ialah capaian internet terhad, masa yang tidak mencukupi, silibus dan bebanan kerja guru yang banyak. (Siti Salwa Atan 2013). Selain itu, aspek kemahiran teknologi penting dalam menguasai penggunaan bahan sumber dan kemudahan aplikasi enjin pencarian yang terdapat di internet. Zamri dan Mohamed Amin (2008), mendapati sesetengah guru Bahasa Melayu tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan untuk mengendalikan P&P

(6)

30

menggunakan Web tool seperti mengendalikan Internet , e-mel, mengakses laman web yang boleh digunakan untuk mencari bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Pengetahuan yang terhad ini menyukarkan guru Bahasa Melayu menggunakan bahan berasaskan komputer dan Internet dalam pengajaran. Daripada segi kelengkapan peralatan, didapati kebanyakan sekolah luar bandar menghadapi masalah berkaitan capaian internet. Perkara ini telah menimbulkan satu dilema dalam kalangan pentadbir sekolah berkenaan dan guru selaku pelaksana (Norazilawati, 2013). Faktor – faktor seperti kurangnya kemudahan di sekolah seperti tiada bilik akses komputer, ditambah pula dengan capaian internet yang tidak stabil sedikit sebanyak mematahkan semangat guru untuk mengaplikasi pengajaran menggunakan internet seterusnya menggunakan perisian percuma yang disediakan oleh engin pencarian seperti Google.

4. Cadangan

Asniza dan Zaidatun (2011) mengatakan bahawa integrasi alatan rangkaian sosial yang dimanfaatkan oleh guru yang berkemahiran akan dapat meningkatkan pembelajaran murid dan memudahkan pembangunan kemahiran sepanjang hayat seperti kolaborasi, pemikiran kreatif dan pembinaan pengetahuan. Ini bukan membawa maksud kemahiran penting tidak boleh diajar tanpa teknologi, namun kerjasama antara murid daripada pelbagai latar belakang akan menambahkan dan mendalamkan lagi pengalaman murid. Robiah dan Nor Sakinah (2009) mengatakan dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan dan penguasaan ICT dalam kalangan murid. Perubahan harus berlaku dalam sistem mengajar dan belajar di bilik-bilik darjah yang mana pendekatan terkini teknologi adalah digalakkan kerana ia dapat memupuk minat serta menggalakkan murid lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran di samping menerapkan amalan pembelajaran sepanjang hayat. Menyedari hakikat ini, sewajarnya lebih banyak usaha dilakukan sebagai mengorak langkah seiring dengan zaman ledakan maklumat dengan menggariskan beberapa cadangan yang difikirkan bermanfaat dan releven untuk membantu dan mengubah corak pengajaran dan pembelajaran ke arah pembelajaran interaktif dan memanfaatkan teknologi. Antara cadangan yang utama ialah menyediakan tenaga pengajar yang kompeten dan mempunyai kemahiran teknologi maklumat. Usaha yang boleh dijalankan melalui kursus- kursus teknologi maklumat secara konsisten. Di samping itu penyediaan kemudahan yang lengkap perlu bagi merealisasikan hasrat menjadikan internet dan perisian digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran.Kajian oleh Zainudin dan Muhamad Azam (2011) mendapati, latihan atau kursus menggunakan komputer dan internet mungkin diperlukan oleh guru supaya komputer dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

4. Kesimpulan

Pada era globalisasi ini, internet memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu proses mendapatkan informasi. Penggunaan kemudahan teknologi internet dan perisian Google khasnya mampu menarik minat pelajar dan secara tidak langsung meningkatkan motivasi pelajar. Teknologi juga memudahkan pendidik dan pelajar mencari bahan pembelajaran bukan sahaja di dalam kelas tetapi di mana sahaja malah melangkaui sempadan tempat dan masa, berkongsi ilmu dan interaktif serta kreatif. Fokus penulis kepada Google sebagai enjin pencarian yang telah menyediakan pelbagai perisian yang dapat dimanfaatkan khasnya dalam dunia pendidikan. Perisian – perisian Google yang diterokai dalam analisis kajian lepas ini dengan memberi fokus kepada peranannya dalam pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah Google Dokumen, Google Form, Google Maps, Google Sketch Up, Google-Translate dan Google Instant Street View.

Rujukan

Anne Ahira. 2014 Mengenali Lebih Dekat Google Translate. http://www. anneahira. com/google-translate.htm

(7)

31

Asniza Musa & Zaidatun Tasir. 2011. Implikasi alatan rangkaian sosial terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.http://pdfscout.org/Implikasi-Alatan-Rangkaian-Sosial-Terhadap-Proses-Pengajaran-dan-Pembelajaran.

Cara menggunakan google street view Malaysia. http: //kafeque. blogspot.com/2014/09/ cara menggunakan -google-street-view.html

Dewi Masithah. 2012. Penerapan Google Sketch up dalam Pembelajaran Seni Budaya Menggambar Perspektif Untuk Meningkatkan Hasil Berkarya Siswa Kelas Xi-Ipa 4 Sman 1 Gedeng, Mojokerto. Jurnal Online Universitas Malang.

Ernita Tamba. 2012. Pemanfaatan Google Docs Untuk Sarana Penunjang Pendidikan Komunitas Pembelajaran Tik Studi Kasus: Smp N 1 Salatiga. Tesis Program Studi Teknik Informatika Fakulti Teknologi Informasi Universitas Kota SamarangAmerican Psychological Association. (1972). Ethical standards of psychologists. Washington, DC: American Psychological Association.

Johari Hassan dan Fazliana Rashidah Abdul Rahman. 2011. Penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pendidik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kuswari Hernawati. 2012 Aplikasi Perhitungan Jarak Antara Dua Waypoint Pada Google Maps. Prosiding Seminar Nasional Penelitian, Pendidikan Penerapan MIPA, Fakultas MIPA, Universitas Negeri Yogyakarta, Indonesia.

Mohd Aizuddin (2013). Peningkatan profesionalisma dalam penggunaan frog vle. http:// www.slideshare.

net/aizuddinbakar/.

Mohd Arif Ismail, Zamri Mahamod & Norizan Abd Razak. 2008. Multimedia dan aplikasinya dalam pemelajaran Bahasa Melayu. Dlm. Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis, 26-42. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

Mohd Syaiful Amri. 2009. Membangun Sistem Navigasi Di Surabaya Menggunakan Google Maps API. Jurnal Online, 5(5).

Muhammad Riza bin Fauzi. 2014. Penggunaan Google Form Sebagai Alat Evolusi Pembelajaran Mata Pelajaran Bahasa Indonesia: Studi Deskriptif Analitis Pada Kelas Viii Di Sekolah Menengah Pertama Negeri 1 Lembang. Tesis Universitas Pendidikan Indonesia.

Norazilawati Abdullah. 2013. Aplikasi Persekitaran Pengajaran Maya (Frog Vle) dalam Kalangan Guru Sains.

Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia .Vol.3 no.2 ISSN 2232-0393

Novia Arifatun. 2012. Kesalahan Penterjemahan Teks Bahasa Indonesia Ke Bahasa Arab Melalui Google Translate (Studi Analisis Sintaksis). Journal of Arabic Learning and Teaching LAA 11) (2012). http://journal.unnes.ac.id/sju/index.php/laa

Robiah Sidin dan Nor Sakinah Mohamad. 2007. ICT dalam pendidikan: Prospek dan cabaran dalam pembaharuan pedagogi. Jurnal Pendidikan, 32: 139-152.

Siti Salwa Atan & Jamaludin Badusah. 2013. Aplikasi Rangkaian Sosial Google Plus Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komponen Sastera. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu; Malay Language Education (MyLEJ) 3(1): 31-41

Siti Aminah Khasiman.2013. Tinjauan awal penggunaan frog vle di sekolah. http:// sekolahpenandaaras.

wordpress.com.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. 2008. Teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pemelajaran Bahasa Melayu: Teori dan Praktis. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.

(8)

32

Rujukan: Bab 5

Referensi

Dokumen terkait

Berdasarkan hasil penelitian perbandingan jumlah koloni bakteri saliva setelah mengkonsumsi minuman berkarbonasi pada anak-anak yang karies dan non karies (usia 6-12

Conclusion: The results of the study found various risk factors that contribute to the occurrence of green tobacco sickness including the level of education, the duration

Menurut Quraish Shihab, metode tahlili adalah menafsirkan ayat demi ayat sesuai dengan susunan dalam setiap surat. Penekanan dalam uraian-uraian Tafsîr itu adalah

Kepada pembaca yang tertarik pada teori graph disarankan untuk melakukan penelitian mengenai pelabelan super sisi ajaib pada kelas- kelas dari graph planar yang

Berdasarkan latar belakang masalah, maka yang menjadi rumusan masalah dalam penelitian ini adalah (a) apakah peningkatan kemampuan pemahaman matematis siswa yang

Artikel ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana kampanye yang dilakukan oleh gerakan sosial Women’s March Jakarta dalam mengontruksikan anti kekerasan seksual pada

Kebijaksanaan menurut James E.Anderson (Solichin, 2003: 2), adalah sebagai perilaku dari sejumlah aktor (pejabat, kelompok, instansi pemerintah) atau serangkaian aktor dalam sustu

Perbandingan hasil perhitungan dari metode Advance Use Case Point dan Revised Use Case Point dengan CV Gumcode Indonesia bertujuan untuk mengetahui faktor yang