• Tidak ada hasil yang ditemukan

Masalah Perdagangan Anak di Indonesia

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Masalah Perdagangan Anak di Indonesia"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

MASALAH PERDAGANGAN ANAK: KAJIAN KES TENTANG PEMAHAMAN PEGAWAI KERAJAAN, MASYARAKAT DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN SERTA POLA PERDAGANGAN

ANAK DI KOTA MEDAN, INDONESIA1

Adi Fahrudin, PhD2 Nurani Kusnadi, MSc

Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial Bandung Departemen Sosial Republik Indonesia

Nurolhuda Sarnon@Kusenin

Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak

Kertas kerja ini mengupas isu child trafficking yang berkaitan dengan pola

perdagangan anak di Indonesia. Kaedah kualitatif digunakan bagi tujuan

mengetahui sejauhmana

pengetahuan pegawai kerajaan dan pemahaman tokoh masyarakat mengenai situasi masalah perdagangan anak, peranan yang dilakukan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGOs) dalam masalah perdagangan anak. Pola dan kronologi anak menjadi mangsa child trafficking termasuk proses rekruitmen, pemindahtanganan, eksploitasi dan proses melepaskan diri juga dinyatakan dalam kertas kerja ini.

PENGENALAN

Dalam banyak isu berkaitan dengan perdagangan manusia (human trafficking) isu perdagangan anak (child trafficiking) menempati isu sentral. Hal ini kerana anak-anak merupakan aset dan modal masa depan keluarga, masyarakat dan negara. Namun demikian, realiti hari ini menunjukkan sebahagian masa depan mereka telah dimusnahkan oleh pelbagai sebab, terutamanya masalah kemiskinan. Fenomena kemiskinan telah memaksa anak-anak bekerja untuk memenuhi keperluan hidup mereka bahkan untuk menyara keluarga bahkan keluarga bertindak menggadaikan anak-anak mereka bagi memenuhi keperluan hidup sehari-hari. Banyak pihak telah memberikan perhatian yang serius mengenai isu perdagangan anak (child trafficking ) seperti Perserikatan

1 Kertas kerja dibentangkan dalam Seminar Kebangsaan “Psikologi dan Masyarakat” Anjuran Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 4-5 Oktober 2004.

(2)

Bangsa, United Nations Childrens Fund (UNICEF), Organisasi International untuk Migran dan End Child Prostitution In Asia Tourism (ECPAT). Meskipun begitu kajian akademik mengenai konsep trafficking itu sendiri masih diwarnai perdebatan kerana mengandungi pengertian yang amat luas. Terdapat beberapa konsep yang saling berkait seperti trafficking in person, migrants smuggling dan trafficking in children Bagaimanapun dalam penulisan ini, pengertian child trafficking atau trafficking in children merujuk kepada suatu kegiatan yang meliputi perekrutan (recruitment), pengangkutan (transportation), pengiriman (transfer), pemberian perlindungan (harboring) atau penerimaan (receipt) kepada kanak-kanak atau pemberian pembayaran atau keuntungan untuk mendapatkan agen dari orang yang memiliki kuasa atas kanak-kanak. Kanak-kanak dalam pengertian ini merujuk kepada individu yang berusia dibawah 18 tahun. Perdagangan seringkali digunakan untuk tujuan eskploitasi seksual misalnya dalam bentuk pelacuran dan paedophilia, serta bekerja pada tempat-tempat yang kasar yang memberikan gaji rendah seperti di bidang pertanian, perikanan, pembantu rumah tangga, pekerja restoran, tenaga penghibur, perkahwinan kontrak, pornografi, pengedar dadah, buruh anak, pengemis jalanan dan pelacur. Diakui secara luas, orang yang mengalami ancaman (critical incident) dalam kehidupannya atau pengalaman traumatik lainnya mempunyai risiko mengalami distres psikologikal. Anak-anak yang diperdagangkan khususnya bagi tujuan eksploitasi seksual selalu mengalami trauma. Trauma tersebut memberi pengaruh kepada emosi, fizik, kognitif dan kesejahteraan mental anak.

Mangsa selalu diliputi perasaan tidak percaya dengan apa yang sedang mereka alami. Mangsa menyesal, merasa tertipu, kecewa, dan sakit hati dengan pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain daripada itu, mangsa merasakan yang diri mereka tidak memahami bagaimana harus memulihkan keadaan. Mangsa pada umumnya kebingungan dan merasa masa depan yang mereka idam-idamkan telah musnah dan tiada harapan lagi. Dalam tempoh tersebut, mangsa biasanya memerlukan bantuan perlindungan dan penempatan sementara yang lebih selamat (shelter) (Adi Fahrudin et al., 2003).

(3)

terhadap populasi bermasalah seperti penyalahguna NAPZA, juvenile delinquency, runaway youth dan pelacur menunjukkan tingginya kuota individu-individu tersebut menjadi mangsa eksploitasi seksual semasa kanak-kanak (Ferrara, 2002; Finkelhor, 1984). Oleh sebab itu jika mangsa tidak ditangani secara serius maka akan memberi akibat buruk terhadap perkembangan dan kesejahteraan mental mangsa. Perkara yang tidak kurang penting selain intervensi psikososial terhadap mangsa adalah bagaimana tindakan pencegahan dapat dilakukan. Oleh sebab itu peranan pemerintah dan masyarakat dalam masalah perdagangan anak ini amatlah penting. Dari sudut peranan pemerintah khususnya pegawai polis atau pegawai kebajikan di lapangan, perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran dalam mengendalikan kes-kes child trafficking, begitu juga dengan organisasi bukan kerajaan yang mana mereka perlu turut memainkan peranan aktif dalam pencegahan, intervensi dan pemulihan psikososial mangsa. Peranan tokoh-tokoh masyarakat dalam perkara ini juga amat penting terutama semasa peringkat pencegahan. Manakala pemahaman mengenai pola rekruitmen, pemindahan dan bentuk eksploitasi terhadap anak yang diperdagangangkan juga sangat penting terutama untuk mencari model pencegahan, tindakan dan pemulihan mangsa yang sesuai. Oleh sebab itu fokus kajian ini ialah kepada pengetahuan mengenai masalah perdagangan anak yang melibatkan komponen pemerintah, masyarakat dan juga pola perdagangan yang menjadikan anak sebagai mangsa.

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk memperoleh data kualitatif tentang:

1. Pengetahuan pegawai kebajikan dan pegawai bahagian pemmampuan perempuan mengenai isu perdagangan anak.

2. Pemahaman tokoh masyarakat mengenai situasi masalah dan usaha yang telah dilakukan untuk mengatasi masalah perdagangan anak. 3. Peranan pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dalam masalah

perdagangan anak.

4. Pola dan kronologi anak menjadi mangsa child trafficking termasuk proses rekruitmen, pemindahtanganan, eksploitasi dan proses melepaskan diri.

KAEDAH KAJIAN

(4)

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Pemaparan dapatan kajian dibahagikan ke dalam 4 bahagian sesuai dengan tujuan kajian di atas. Dapatan kajian tersebut adalah sebagai berikut:

Pengetahuan Petugas Mengenai Child trafficking

Secara umum, pengetahuan petugas mengenai child trafficking sangat terbatas terutama yang berkaitan dengan punca masalah, proses dan akibat, daripada child trafficking itu sendiri. Bagaimanapun setelah dijelaskan pengertian dan bentuk child trafficking, mereka baru menyedari bahawa tugas yang mereka lakukan selama ini adalh berkaitan dengan menangani child trafficking seperti masalah anak yang dilacurkan, anak yang berkerja di bidang perikanan, dan anak yang bekerja dalam situasi terburuk. Tidak ada penjelasan secara terperinci mengenai nama program dan jenis kegiatan untuk menangani masalah child trafficking ini. Secara umum informan hanya mengatakan kegiatan kempen tentang perlindungan kanak-kanak dijalankan di setiap kawasan (sub district) dan daerah (district). Lembaga yang biasa bekerjasama dalam pelaksanaan tugas mereka antara lain ialah Ruangan Pelayanan Khusus (RPK) Bahagian Reserse dan Kriminal, Pejabat Polis Kota Medan, Pasukan Perlindungan Anak Indonesia (PPAI), badan bukan kerajaan dan rumah singgah (shelter) yang ada di Kota Medan. Antara bentuk kerjasama yang dijalankan ialah kempen dan penerangan, tenaga instruktur, khidmat rujukan dan perkhidmatan lanjutan (follow-up). Tiada penjelasan secara terperinci mengenai hasil yang diperoleh daripada usaha menangani masalah child trafficking. Informan hanya menyatakan bahawa mereka memperoleh pengetahuan daripada mengendalikan kes-kes berkaitan masalah perlindungan kanak-kanak. Rintangan yang dialami secara umum adalah masalah koordinasi, masa dan tiada peruntukkan khusus yang diperuntukkan dalam menangani masalah child trafficking. Usaha untuk mengatasi masalah rintangan yang dialami adalah mesyuarat koordinasi perlindungan anak dengan jabatan berkaitan, dan merujuk kepada NGO yang memberi perhatian khusus terhadap child trafficking . Sehingga ke hari ini, melainkan Kitab Undang-Undang Pidana (KUHP), belum ada lagi Undang-Undang atau Peraturan Daerah yang dijadikan dasar menangani masalah child trafficking. Bagaimanapun, Rancangan Peraturan Daerah (RANPERDA) berkaitan dengan masalah Perlindungan Kanak-Kanak sudah dibahas di Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD) Propinsi Sumatera Utara dan tinggal menunggu pengesahan.

Pemahaman Tokoh Masyarakat Mengenai Child trafficking

Bahagian ini memaparkan hasil Focus Group Discussion yang melibatkan tokoh-tokoh masyarakat dan relawan sosial masyarakat (community social volunteers). Berikut hasil-hasil FGD iaitu:

a. Masalah Child trafficking

(5)

yang dikeluarkan oleh pemerintah. Bagaimanapun beberapa kes terjadi yang dapat diaktegorikan sebagai child trafficking seperti anak yang bekerja di bidang perikanan di Pantai Timur Perairan Sumatera Utara. Selain itu, child trafficking difahami peserta FGD bukan hanya sexual exploitation tetapi juga yang berkaitan PRTA, buruh kanak-kanak, dan seumpamanya. Menurut peserta FGD, mangsa umumnya adalah orang miskin dan rata-rata mangsa dan keluarganya tidak tahu bahawa mereka menjadi mangsa trafficking. Banyak daerah di Sumatera Utara yang menjadi sumber perdagangan anak seperti daerah berasaskan pertanian dan daerah pegunungan. Terdapat juga beberapa kes yang ditemui merupakan anak yang bertindak sebagai trafficker kepada pihak lain. Ada juga ditemui orang dalam pihak berkuasa yang terlibat sebagai backing kepada trafficker sehingga menyukarkan lagi situasi child trafficking ini.

Karakteristik Sosio-Budaya Mangsa

Seluruh peserta FGD menyimpulkan bahwa faktor kemiskinan merupakan penyebab timbulnya child trafficking. Amat sukar menarik benang merah dan mengaitkan antara nilai, kebiasaan dan pandangan terhadap anak perempuan khususnya dalam masyarakat di Sumatera Utara. Hal ini kerana kebanyakan kes-kes child trafficking terjadi di Sumatera Utara dan berasal dari daerah lain seperti dari Pulau Jawa. Fenomena kemiskinan umumnya menyebabkan ibu bapa mengharapkan bantuan dari anak-anak mereka baik lelaki mahupun perempuan dalam meringankan beban hidup keluarga. Para ibu bapa yang miskin biasanya mengizinkan anak-anak mereka bekerja, diajak bekerja atau dijanjikan pekerjaan oleh orang lain. Situasi inilah yang menyumbang terjadinya trafficking. Bagaimanapun peserta FGD mengakui, ada fenomena yang relatif baru namun tidak tahu adakah ini budaya atau gejala sosial biasa. Pada sekitar tahun 2000, fenomena ini mula timbul dalam masyarakat pinggiran Kota Medan yang melibatkan kanak-kanak dibawah umur. Fenomena ini diyakini oleh peserta FGD sebagai bentuk trafficking berupa ekploitasi seksual di mana kanak-kanak bawah 18 tahun terlibat dalam tarian menyerupai

tarian bogel yang dikenali sebagai “Keyboard Mak Lampir” atau juga “Keyboard

Gesek”.

Pencegahan dan Mengatasi Child trafficking

(6)

dan keluarga. Bantuan lain juga diberikan seperti rawatan kesihatan dan penyediaan tempat perlindungan yang aman (shelter).

Peranan Pertubuhan Bukan Kerajaan dalam Masalah Perdagangan Anak

Terdapat 4 Pertubuhan Bukan Kerajaan yang memberikan perkhidmatan sosial kepada kanak-kanak di Medan dikaji dalam kajian ini. Masing-masing yang merupakan pengurus pertubuhan dijadikan informan pengumpulan data child trafficking iaitu daripada Yayasan KKSP-Pusat Pendidikan dan Informasi Hak Anak, Yayasan Kesejahteraan Masyarakat Indonesia (YAKMI), Yayasan Pusaka Indonesia dan Yayasan Bahtera Laju. Lima soalan utama diajukan kepada mereka iaitu berkaitan dengan penyiasatan kes, menangani, kerjasama, rintangan dan data mangsa child trafficking yang mereka tangani. Berikut dipaparkan ringkasan informasi yang diperoleh dari informan sesuai dengan urutan pertanyaan semasa temubual.

a. Penyiasatan kes

Keempat-empat informan menyatakan bahawa penyiasatan yang dilakukan adalah seperti pergi ke rumah ibubapa mangsa dan lingkungan tempat tinggal mangsa, turun ke lapangan untuk menyelamatkan mangsa penyiasatan ke lokasi untuk mengetahui fakta, latarbelakang mangsa dan keluarga, temubual dan pendampingan (mediation) mangsa, bekerja sama dengan NGO berkaitan kanak-kanak dan pihak polis Kota Medan.

b. Menangani child trafficking

Keempat-empat informan secara umum menyatakan dalam menangani child trafficking antara kegiatan yang dilakukan ialah advokasi dan menekankan undang-undang secara langsung kepada mangsa, hak-hak mangsa, pendidikan kepada masyarakat khususnya sumber atau punca terjadinya child trafficking, advokasi kepada pemerintah misalnya usaha menghasilkan Undang-Undang dan Peraturan Daerah, melindungi anak-anak yang menjadi mangsa dan meningkatkan pembinaan psikososial mangsa dan keluarga, merujuk kepada NGO lain jika diperlukan dan kepada pejabat Polis Medan.

c. Kerja sama Untuk Siasatan dan Menangani Child trafficking :

Keempat informan menyatakan dalam penyiasatan kes, mereka melakukan kerja sama dengan Ruangan Pelayanan Khusus (RPK) Bahagian Reserse dan Kriminal, Ibupejabat Polis Kota Medan dan juga dengan Yayasan Pusaka Indonesia terutama dalam investasi ke lapangan,dan menjemput mangsa di lokasi. Manakala dalam hal menangani pula, empat informan menyatakan mereka bekerja sama dengan Ruangan Pelayanan Khusus (RPK) Bahagian Reserse dan Kriminal, Ibupejabat Polis Kota Medan terutama dalam penyelidikan kes. Hanya yayasan YAKMI selain bekerja sama dengan polis, juga bekerja sama dengan Yayasan Pusaka Indonesia khususnya dalam hal advokasi undang-undang dan pelaksanaannya..

d. Rintangan Penyiasatan dan Menangani Child trafficking

(7)

dihadapi masalah kesukaran membongkar sendikat pelaku dan jaringan hubungan mereka, hal ini diperburuk lagi oleh tidak adanya kesamaan persepsi antara NGO, pemerintah dan pelaksana undang-undang mengenai child trafficking, serta masih rendahnya pemahaman tentang undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan kanak-kanak. Hal lain turut disampaikan oleh informan dari Yayasan Kesejahteraan Masyarakat Indonesia (YAKMI) bahawa mentaliti mangsa dan keluarga mangsa seringkali berubah menjadi materialistik sehingga menyukarkan proses menangani.

e. Data Mangsa Yang Diberi Perkhidmatan Oleh NGO

Keempat-empat informan menyatakan semua mangsa perempuan yang diberi perkhidmatan terdiri daripada 23 orang Pembantu Rumah Tangga Anak (PRTA) dan 72 orang Anak Yang Dilacurkan (AYLA). Dari segi usia pula, 23 orang yang menjadi PRTA berusia antara 15 – 18 tahun, manakala 72 orang AYLA berusia 11 – 14 tahun dan 15 – 18 tahun. Berdasarkan tahap pendidikan, hanya 2 orang AYLA yang diketahui tahap pendidikannya iaitu Sekolah Rendah dan Sekolah Lanjutan Tingkat Pertama, selebihnya tidak diketahui. Berdasarkan daerah asal, hanya satu NGO iaitu Yayasan Pusaka Indonesia yang dapat melaporkan daerah asal mangsa PRTA iaitu berasal Jawa Tengah 2 orang dan Jawa Barat 1 orang, dan AYLA berasal dari Medan sebanyak 12 orang. Faktor yang melatarbelakangi terjadinya child trafficking adalah status ekonomi keluarga. Umumnya mangsa berasal dari keluarga yang tidak mampu, anggota keluarga yang banyak, ibu bapa yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, keinginan memiliki barang mewah, serta keinginan memperoleh pekerjaan. Sementara status sosial pula, umumnya tahap pendidikan ibu bapa dan anak umumnya maksimum hanya tamat Sekolah Lanjutan Tingkat Pertama, berasal dari daerah pinggiran yang miskin, dan tidak mempunyai keterampilan. Meskipun secara terperinci tidak menjelaskan bagaimana aspek budaya berkaitan dengan child trafficking, namun informan menyatakan ibu bapa tidak mempunyai perencanaan masa depan mengenai anak-anak mereka dan budaya materialistik telah mempengaruhi persepsi dan nilai anak. Anak dianggap sebagai sumber rezeki dan pertolongan untuk membantu meringankan beban keluarga.

Pola dan Kronologi Mangsa Child Trafficking

Hanya 2 orang mangsa yang dapat diwawancara. Kedua mangsa sedang dilindungi oleh sebuah yayasan di kota Medan.

Mangsa ERN

(8)

Pada mulanya ibu bapa ERN tidak mengetahui bahawa dia diperlakukan sedemikian. Ibu bapanya hanya tahu ERN diasuh dan disekolahkan oleh Makciknya di Pulau Bangka. Namun setelah operasi polis terhadap pusat-pusat hiburan dijalankan barulah akhirnya diketahui bahawa anaknya dipaksa bekerja di pusat hiburan. Pihak polis akhirnya bekerjasama dengan NGO yang berkaitan di Pulau Bangka dan berhubung dengan NGO di Medan untuk memulangkan ERN ke pangkuan keluarga.

ERN tidak mengalami proses perlindungan kerana ERN terus dibawa ke rumah makciknya di Bangka. Selama dalam proses penempatan, ERN tidak mengalami ekploitasi fizikal berupa penyeksaan melainkan ekploitasi fizikal berupa bekerja sejak dari jam 9 pagi sampai jam 3 malam. Secara mental, ERN mengalami trauma, penyesalan dan takut dijual oleh makciknya kepada lelaki tua atau lelaki hidung belang. Secara sosial, ERN tidak ada pelwang berinteraksi dengan dunia luar dan pergaulan ERN sengaja dibatasi oleh makciknya agar ERN tidak menceritakan keadaan yang sebenarnya. Secara ekonomi, ERN bekerja dengan tidak memperoleh upah kecuali makan minum, kerana menurut makciknya gaji ERN sudah dibayarkan dengan memberikan kepada ibu bapanya. Secara seksual, belum terjadi ekploitasi seksual, kerana ERN baru 3 bulan mengikut makciknya. Namun menurut ERN, banyak pelanggan-pelanggan yang telah melakukan gangguan seksual (sexual harrasment) seperti memegang tangan, meraba, dan ucapan-ucapan yang berunsur seksual. Ketika hal ini diadukan oleh ERN kepada makciknya, makciknya mengatakan hal itu biasa dalam menjayakan sesuatu bisnes. Menurut ERN, dalam menghadapi situasi tersebut, perasaannya diliputi ketakutan meskipun yang dihadapinya adalah makcik kandungnya sendiri, rasa penyesalan dan merasa tertipu dengan pujuk rayu, dan ERN tidak menyangka makciknya tega berbuat begitu.

Untuk melepaskan diri dari masalah ini, ERN melakukan beberapa usaha seperti curi-curi menelefon dengan berniat untuk melarikan diri. Namun usaha tersebut sia-sia, kerana ERN tidak tahu hendak ke mana dan untuk kembali ke kampung asalnya, dia tidak mempunyai wang. Akhirnya ERN bertemu dengan seorang pelanggan yang baik hati. ERN menulis pada sehelai kertas mengenai masalah dan perasaannya dan meminta tolong agar disampaikan kepada pihak polis. Usaha ERN ini membuahkan hasil setelah pelanggan bar tersebut menyerahkan tulisan ERN tadi kepada pihak berkuasa polis (kawan baik pelanggan tersebut). Kemudian pihak polis mengadakan operasi ke pusat-pusat hiburan termasuk ke tempat makciknya ERN. Bermula dari situlah, ERN dibebaskan oleh pihak berkuasa polis. Setelah ERN dibebaskan, pihak polis bekerja sama dengan NGO di Pulau Bangka dalam memulangkan ERN ke pangkuan keluarga. NGO di Pulau Bangka melakukan koordinasi dengan NGO di Medan, dan akhirnya ERN dapat dipulangkan ke tempat asalnya di Tj Morawa. Namun kerana keadaan ibu bapa ERN dan juga untuk keselamatan ERN maka ERN atas persetujuan ibu bapanya bersedia dilindungi oleh sebuah yayasan di Medan.

(9)

psikososial dia dapat bersekolah kembali tmemandangkan ada yayasan yang bersedia menanggung dan membiayai pendidikannya. Dengan bersekolah, ERN berharap dapat bekerja dan dapat membantu kehidupan keluarganya yang miskin kelak . Selama proses wawancara, ERN menunjukkan rasa ceria dan memberi respon positif kepada setiap soalan yang diajukan. Menurut petugas yayasan yang turut terlibat dalam proses wawancara tersebut, ERN telah mengalami kemajuan jika dibandingkan saat baru dibebaskan. Pada saat itu, ERN trauma, takut sering berteriak, dan lebih banyak diam. Ketika hal ini ditanyakan kepada ERN, dia mengatakan bahawa dirinya telah beransur-ansur dapat melupakan kejadian tersebut, dan dia ingin mengharungi masa depan yang lebih baik.

Mangsa NLL

NLL berusia 16 tahun, pendidikan terakhir Sekolah Rendah, pekerjaan ibu bapa adalah petani, berasal dari Deli Serdang, alamat terakhir tidak dijelaskan namun menggunakan alamat sebuah yayasan di Medan. Kronologi menjadi mangsa trafficking bermula dari proses rekruitmen yang melibatkan seorang

wanita yang bernama samaran “BSR” dikenali oleh keluarganya. NLL bersama

adik-beradiknya diajak oleh wanita tersebut untuk membantunya berniaga di pasar malam di Kota Medan, namun mereka sebenarnya telah diambil oleh agen lain untuk dibawa ke Pekan Baru (Riau) dan dari Pekan Baru dibawa lagi oleh agen lain ke Batam untuk dipaksa bekerja di sebuah pusat hiburan.

NLL akhirnya sampai di Batam dan bekerja di pusat hiburan karoke. NLL dijadikan pelayan dan ditugaskan untuk melayani tetamu yang datang ke pusat karaoke. Pada mulanya ibu bapa mangsa hanya tahu anaknya bekerja dengan BSR membantu berniaga di pasar malam dan tidak mengetahui bahawa anaknya NLL sudah berada di Batam. Begitu juga jiran mangsa yang tidak mengetahui taktik BSR dalam merekruit kanak-kanak dibawah umur untuk dipaksa bekerja di Batam.

Selama dalam proses perlindungan, NLL tidak mengalami eksploitasi fizikal. Secara mental, NLL mengalami ketakutan, trauma, penyesalan. Secara sosial, NLL dikurung dan tidak ada peluang berinteraksi dengan dunia luar dan pergaulan sengaja dibatasi oleh agen agar NLL dan teman-temannya tidak menceritakan kaedaan yang sebenarnya. Secara ekonomi, NLL belum bekerja namun diberi wang sebagai sutau pujukan yang mereka akan menerima upah yang lebih besar jika sampai di Batam meskipun tidak dijelaskan apa jenis pekerjaannya. Secara seksual, belum terjadi eksploitasi seksual, kerana nampaknya agen tersebut sangat berhati-hati dalam melindungi mangsa.

(10)

menerima pelayan bonafid yang datang dari Singapura pada hujung minggu. Secara seksual, NLL mengatakan telah mengalami ekploitasi seksual kerana dipaksa melayani tetamu di pusat karaoke.

Menurut NLL, dalam menghadapi situasi ketika itu, perasaannya diliputi ketakutan yang mendalam, bingung dengan apa yang terjadi, menyesal dan tidak menyangka akan diperdagangkan ke Batam, dan berharap ada pihak lain yang menyelamatkan mereka.Untuk melepaskan diri dari masalah ini, NLL melarikan diri dari tempat tersebut (mess). Akhirnya NLL dibantu oleh seorang pemandu teksi. NLL melaporkan kepada pihak berkuasa polis di Sekupang Batam dan daripada situlah pihak polis bertindak membebaskan teman-teman NLL dan wanita lain yang disekap di mess tersebut. Pihak berkuasa polis dan juga NGO di Batam bekerjasama dalam penyiasatan dan operasi pembebasan mangsa trafficking dan bekoordinasi dengan NGO di Medan untuk memulangkan mangsa ke tempat asal mereka.

Kini, NLL tinggal di sebuah yayasan, sedangkan teman-temannya yang lain tidak mahu tinggal di yayasan dan memilih untuk tinggal bersama ibu bapa mereka di kampung (namun menurut petugas Yayasan, teman-teman NLL tidak berada di kampung, dan bekerja di Kota Medan tanpa diketahui tempat tinggalnya). NLL sudah mengikuti pendidikan formal yang dikelola oleh yayasan. NLL berharap dapat menamatkan persekolahan dan melanjutkan pendidikan yang lebih tinggi. NLL berharap kelak dia dapat bekerja untuk membantu keluarga. Selama proses wawancara, NLL nampak ceria, bersemangat, dan cerdas memberi respon kepada setiap soalan yang diajukan. Menurut NLL, keputusan peperiksaan akademiknya sangatbaik, dia mendapat nombor 2 di dalam kelasnya (dan ini dibenarkan oleh petugas yayasan yang mendampingi wawancara).

RUMUSAN

(11)

BIBLIOGRAFI

Adi Fahrudin. (2004). Masalah dan Rehabilitasi Psikososial Anak Yang Diperdagangkan. Makalah dipresentasikan dalam Seminar Nasional

“Mencari Model Menangani Child Trafficking ” anjuran Universitas Islam

Negeri Jakarta dan Departemen Sosial Republik Indonesia, Jakarta, 12 Juni 2004.

Adi Fahrudin, Meity Subardhini, Dayne Trikora Wardhani & Yeane EM Tungga. (2003). Psychosocial reaction, coping behavior and traumatic stress following natural disaster: case study in West Java. Laporan Hasil Penelitian. Bandung: Sekolah Tinggi Kesejahteraan Sosial

Adi Fahrudin. (2002). Street Childrens: Kajian kes di kalangan anak-anak pendatang asing di Kota Kinabalu, Sabah. Laporan Kajian Persendirian. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Edward, D. & Adi Fahrudin. (2004). Trauma, coping behavior and social functioning of the child sexual assault victims. Paper presented at 31st International Council on Social Welfare (ICSW) International Conference, Kuala Lumpur, 16-20 August 2004.

Ferrara, F. F. (2002). Childhood sexual abuse: Developmental effects across the lifespan. Brooks/Cole: Pacific Grove, CA.

Finkelhor, D. (1984). Child sexual abuse: New theory and research. New York: Free Press.

Fredy, J.R. & Donkervoet, J.C. (1995). Traumatic stress: An overview of the field. Dalam J. R. Freedy & S. Hobfoll (Eds.), Traumatic stress from theory to practice (pp. 3-28). New York: Plenum Press.

Caplan, G. (1968). Crisis intervention: an approach to community mental health. New York: Grunne Statton.

Koompraphant, S. et al. (2002). Case management guidelines for child protection and care services. Paper presented at the ILO-IPEC South Asian Technical Seminar on Psychosocial Rehabilitation and Occupational Integration of Child Survivors of Trafficking, Kathmandu, Nepal.

Koopman, C., Classen, C., Cardena, E., & Spiegel, D. (1995). When Disaster strikes, acute stress disorder may follow. Journal of Traumatic Stress, 8, 29-46.

Van der Kolk, B.A. (1996). Trauma and memory. Dalam B. Van der Kolk, A.C. McFarlane & Weisaeth, L. (Eds.), Traumatic stress: The effects of overwhelming experience on mind, body and society (pp.279-302). New York: Guildford Press.

Referensi

Dokumen terkait

Persamaan Pembangun disederhanakan dengan menggunakan pendekatan Boussinesq dan teori lapisan batas sehingga diperoleh persamaan pembangun dimensional dari aliran konveksi campuran

K keputihan dengan gonore perencanaan asuhan kebidanan keputihan dengan gonore adalah kolaborasi dengan dokter, jelaskan kepada pasien prosedur yang akan

Hasil pengukuran radiasi Radon dan Thoron pada beberapa pemukiman di kota Makassar, didapatkan bahwa ada beberapa rumah dengan tingkat konsentrasi Radon yang melebihi

Kajian ini telah menyampaikan usulan tentang panduan terhadap aspek- aspek yang penting dalam penyusunan laporan evaluasi seperti pengaruh kejadian eksterna dan akibat

Spesifikasi bentuk fungsional untuk fungsi keuntungan yang tak langsung atau untuk fungsi biaya yang tak langsung, bertentangan dari awalnya yang dilakukan dengan fungsi

Tujuan penelitian ini adalah untuk menganalisis tingkat efisiensi asuransi jiwa syariah dan melihat pengaruh variabel input dan variabel output terhadap

Hasil penelitian di atas, yang menunjukkan terdapat pengaruh metode eksperimen terhadap peningkatan hasil belajar IPS materi jual beli ditunjang oleh teori Sanjaya

Dari tulisan singkat di muka dapat diresume bahwa (1) Perubahan pandangan bukan sesuatu yang dapat terjadi begitu saja, perubahan perlu dituntun oleh visi,