• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAHAP SEJARAH PERKEMBANGAN KAPITALISME D

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAHAP SEJARAH PERKEMBANGAN KAPITALISME D"

Copied!
19
0
0

Teks penuh

(1)

TAHAP SEJARAH PERKEMBANGAN KAPITALISME DI EROPAH I. Tahap masyarakat feudal

 Ciri-ciri utama masyarakat feudal

a) Sebahagian besar penduduk bekerja sebagai petani kepada pembesar @ tuan tanah

b) Sebahagiannya -> tukang, penenun dan bidang kemahiran lain. c) Cukai tanah dan bayaran perlindungan dibayar kepada pembesar

@ tuan rumah.

d) Sekelompok penduduk dikenali sebagai saudagar (perniaga) e) Aktiviti utama pedagang

 Membeli barang dengan harga yang murah tetapi menjualnya pada harga yang mahal.

f) Penemuan dunia baru dan VASCO DE GAMA seperti Selatan Benua Amerika dan negeri-negeri di Lautan Hindi telah membekalkan barangan seperti berlian, emas, rempah yang diperlukan di eropah.

g) Para pedagang eropah mendapat barangan tersebut samada melalui peperangan, perampasan dan kekerasan. Kepulauan nusantara ditakluk Portugis. Penaklukan Sepanyol pula tertumpu di Amerika Syarikat.

II. Perkembangan awal perindustiran

 Wilayah eropah telah dikuasai penguasa atau pembesar-pembesar daerah mengikut sempadan masing-masing, terutama dalam hal pengutipan cukai.

 Dalam keadaan ini, golongan saudagar atau para pedagang telah mendapati banyak masalah- pemerasan.

 Maka, demi menjamin perniagaan mereka, para saudagar telah menyokong raja-raja yang kuat untuk menggulingkan raja-raja wilayah kecil. Maka berlakunya peperangan di Eropah yang memihakkepada eperluan dan kepentingan golongan saudagar.

 Apabila raja kecil yang lemah disingkirkan, sempadan wilayah telah digabungkan dan wujudlah negara seperti ENGLAND, PERANCIS & BELANDA.

 Kestabilan wilayah sempadan negara ini telah menyemarakkan lagi aktiviti perdagangan dan perniagaan terutama di luar Eropah:

(2)

o Saudagar sepanyol membuka ladang tebu di hindi barat

o Hamba abdi dipaksa bekerja di ladang kopi, tebu, tembakau dan kapas, semua hasil bahan mentah ini dibawa balik ke eropah untuk diproses menjadi barangan siap.

III. Tahap revolusi indrusti (kapitalisme)

 Apabila tercetusnya Revolusi Industri pada akhir abad ke-18, hasil keuntungan yang berganda melalui kegiatan tahap awal perindustrian telah menyemarakkan lagi penciptaan mesin-mesin baru & pembangunan peralatan saintifik. Ini telah meningkatkan lagi tahap pengeluaran perindustrian.

 Rekaan2 baru seperti steam engine & mesin penenun kain (spinning jenny) telah memberi kesan besar kepada golongan petani & masyarakat eropah amnya – berlakunya transformasi ekonomi :

 Buruh desa (peladang) berpindah ke bandar2 perindustrian baru untuk menyertai sektor perkilangan

 Pekerjaan di ladang mula dilakukan oleh mesin

 Oleh kerana pekerja tidak memiliki sebarang modal, maka apa yang mampu mereka tawarkan adalah tenaga buruh untuk dijual  Keadaan ini menjadikan mereka bergantung hidup kepada kilang,

terpaksa bekerja dalam tempoh yang lama dan menerima upah yang rendah.

 Tahap inilah yang Marx panggil sebagai tahap Sistem Kapitalisme - iaitu suatu corak pengeluaran secara besar-besaran di mana modal (capital) menjadi unsur penting untuk mendapatkan keuntungan.

 Disamping masyarakat berkembang, sistem kapitalisme juga turut berkembang dengan tertubuhnya syarikat pelaburan & perusahaan seperti syarikat besi dan keluli & sistem kewangan seperti bank.

 Masyarakat industri pada waktu ini telah didominasi oleh dua golongan kapitalis yang sangat berpengarauh iaitu KAPITALIS INDUSTRI (menguasai kilang2 perusahaan) dan KAPITALIS KEWANGAN (memiliki bank2 & sistem kewangan).

 Persaingan sengit telah berlaku antara para Kapitalis Industri dalam memasarkan barangan kilang keluaran mereka. Kapitalis kecil yang lemah dan tidak mendapat sokongan kapitalis kewangan-bankrupt.

(3)

 Oleh sebab itu bagi menyelamatkan keadaan ini, sejarah eropah telah mewujudkan tindakan imperialism & kolonialisme dilakukan oleh kerajaan2 eropah yang disokong oleh para kapitalis in i- menjajah NEGARA SEDANG MEMBANGUN (NSM) samada Afrika, Amerika Latin & Asia.

 Ringkasnya, walaupun NSM telah merdeka, hubungan kerjasama dengan bekas negara penjajah atau hubungan (core-perphery) ini telah mencetuskan keadaan ketidakseimbangan antara Negara Maju dengan Negara Mundur-menyukarkan NSM untuk berdikari & maju seiring dengan Negara Maju.

 Dalam keadaan inilah lahir teori atau model pembangunan ekonomi perindustrian yang cuba mencadangkan atau memberi gambaran bagaimana kemajuan – pembangunan ekonomi dan perindustrian itu boleh diaplikasikan oleh kebanyakan NSM.

BEBERAPA PERSPEKTIF UTAMA PEMBANGUNAN EKONOMI PERINDUSTRIAN

i. TEORI PERTUMBUHAN NEO-KLASIK

 Pendekatan ini membela pasaran bebas dimana teori ini menekankan konsep utama seperti ‘kedaulatan pengguna’, pemaksimum keuntungan, perusahaan bebas & Pertandingan Sempurna (harga produk ditentukan oleh pihak syarikat bkn pihak kerajaan) – iaitu bagaimana sumber yang terhad bertindak balas secara cekap melalui sistem harga & kuasa penawaran & pemintaan di pasaran.

 Mengikut teori ini, individu & firma adalah rasional dari segi ekonomi – akan cuba mengumpul modal & keuntungan dengan cara paling cekap. Inilah tujuan utama di sebalik pembangunan ekonomi industri tersebut.

 Kedaulatan pengguna dianggap sebagai titik utama teori ini samada di peringkat mikro atau makro. Pengeluar akan bertanding sesame sendiri terhadap barangan yang akan dikeluarkan.

 Harga, samada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa ditentukan oleh penawaran & permintaan – kuasa pasarran & pertandingan bebas.

 Negara mengikut pendekatan ini akan bergerak secara Linear

(4)

 Teori neo-klasik tulen atau konservatif tidak menggalakkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi- jika ada krisis, kuasa pasaran akan membetulkan keaaan. Campur tangan kerajaan kalau terpaksa hanya di paras minima sahaja.

ii. TEORI NEO KLASIK ALIRAN LIBERAL – KEYNES

Setelah berlakunya ‘kemelesetan besar’ pada tahun 1930-an, pandangan ekonomi Keynes menjadi lebih praktikal kerana :

 Kerajaan harus campur tangan dalam aktiviti ekonomi demi menghadapi masalah dan kelemahan sistem ekonomi bebas

laissez faire dalam usaha mencapai kebajikan sosial.

 Akhirnya kebanyakkan negara kapitalis maju kerana kerajaan campur tangan dalam pembangunan ekonomi terutama melalui dasar fisikal, melabur dalam perusahaan yang boleh mendatangkan pulangan keuntungan yang maksimum, tidak membantu pengeluar yang kurang cekap – akhirnya mengiikut andaian teori ini, taraf hidup akan meningkat secara automatik dan faedah akan dinikmati oleh seluruh penduduk.

 Di peringkat antarabangsa, Teori Ricardo menganjurkan perdangan bebas berasaskan konsep ‘Faedah Bandingan’ (Comparatvie advantage). Mereka juga menyokong penghapusan tariff serta perlindungan & menggalakkan NSM mengamalkan strategi pertumbuhan yang berorientasikan eksport.

 Ringkasnya, teori ini menerima keadaan politik & ekonomi dunia yang sedia ada : tidak menuntut perubahan radikal ekonomi tempatan – status quo – pertumbuhan tinggi korea selatan dan brazil dikatakan kejayaan teori dalam pembangunan perindustrian.

iii. TEORI MODENISASI (Pendekatan Tahap-Tahap Pertumbuhan Oleh ROSTOW)

 Tokoh utama ialah W.W Rostow dalam karya “The Stages of Economic Growth” dan popular pada tahun 1960-an. Mengikut Rostow, masalah utama pembangunan ekonomi perindustrian yang terpaksa dihadapi NSM atau Negara Mundur ialah kekurangan modal.

(5)

1) Pertumbuhan merupakan satu masalah dan tahap-tahapnya patt dibahagikan mengikut jangka masa tertentu ;

Tahap Masyarakat Tradisional – wujudnya fahaman tidak saintifik

Tahap Peralihan Prasyarat Untuk Pelancaran – perubaha berlaku di sektor pertanian tetapi teknologi masyarakat masih tradisional – biayai modal asing

Tahap Pelancaran – tahap paling penting di mana berlakunya revolusi industry dan perkembangan beberapa sektor utama – pertumbuhan lebih dari 10% kemenangan pihak modenis mengalahkan phak tradisi. Jangka masa 10-20 tahun.

Tahap Kematangan – sektor ekonomi perindustrian berkembang pesat dan teknologi moden dgunakan lebih meluas. Sturktur & kualiti tenaga buruh berubah – tenaga mahir bertambah & gerakan kesatua sekerja meningkat. Muncul pentadbir & pengurus professional – matlamat lebih tinggi.

Tahap Penggunaan Massa Yang Tinggi – tahap kualiti pengeluaran & perkhidmatan – banyak sumber diperuntukkan untuk kebajikan & keselamatan.

 Pendekatan pembangunan nilai (modenisasi)

o Tokoh MC CLELLAND

 Menumpukan perhatian kepada beberapa factor asas seperti nilai, perlakuan, sikap dan etika individu dan komuniti dalam sesebuah Negara yang boleh mempengaruhi tahap dan bentuk pembangunan.

 Pendekatan ini mengatakan perubahan sikap dan sifat-sifat tertentu individu komuniti dan masyarakat.

 Ciri2 utama

- Individualism

- Kerajinan dan ketekunan - Semangat bersaing - Kebebasan individu

- Nilai-nilai positif- pembangunan perindustrian yang dinamik.

(6)

-iv. PENDEKATAN TEORI PERGANTUNGAN (mengkritik Teori Modenisasi)

 Teori ini diperkenalkan oleh ANDRE GUNDER FRANK

o Bukunya “The development of under development” (1966)

o Capitalism and under development latin America (1967)

 Pemikiran ini diteruskan lagi oleh DOS SANTOS (1969), Samir Amin (1972) dan Wallerstein dalam konteks system dunia moden.

 Mengikut teori ini, perubahan ekonomi-politik dan sosial di dunia ke-3adalah merupakan kesan utama dari perkembangan keluar system kapitalis Eropah Barat melalui pembentukan suatu sistenm sasaran dunia yang terbentuk dengan acara imperialism dan kolonialisme.  Mengikut Frank (1967), tiada pilihan lain bagi NSM untuk maju slain

daripada terpaksa bergantung dengan negara maju. Bagaimana ini terjadi? Frank mengemukakan analisis geo-ekonomi hubungan antara satellite dan metropolis.

 Dunia ke-3 adalah merupakan kawasan pinggir (satelit) yang diserap masuk ke dalam ekonomi dunia sejak awal zaman penjajahan lagi. Penyerapan tersebut sekaligus merubah negara berkenaan menjadi negara ekonomi kapitalis.

 Dengan penyerapan tersebut, wujud satu rangkaian hubungan antara pusat (metropolis) yang mengeksploitasi modal ke atas kawasan pinggir dan setiap lebihan yang terdapat di kawasan pinggir akan dialirkan ke luar pusat.

 Oleh itu, mengikut Frank, tiadak banyak peluang bagi Negara Dunia Ketiga boleh mencapai pembangunan yang berlanjutan dalam sistem ini & Negara Dunia Ketiga akan terus bergantung.

 Wallerstein (1978) kemukakan konsep Sistem Dunia Moden. Analisis beliau mirip dengan analisis Frank (1976). Bezanya, Wallerstain kemukakan model tiga peringkat hubungan pengeluaran mengikut tiga tahap pencapaian ekonomi iaitu;

 Pinggir

 Semi-Pinggir

 Pusat

 Mengikut Wallerstein, dunia ekonomi kapitalis terbentuk melalui sistem pensejarahan. Ia mula wujud pada abad ke-15/16 di Eropah.

(7)

komoditi, buruh) dan proses polarisasi kelas-kelas & rantau ekonomi (pusat-semi pinggir-pinggir) setiap masa.

 Sistem ini dibangunkan & berkembang meliputi seluruh dunia. kemajuan yang dicapai oleh sistem ini adalah melalui hasil pusingan krisis yang berterusan yang dialami olehnya (Macridis & Brown, 1986:483).

 Perkembangan dunia ekonomi kapitalis – melibatkan pencapaian institusi-institusi utama dunia moden iaitu kelas sosial, kumpulan etnik/nasional, keluarga hinggalah negara.

 Ringkasnya, sistem kapitalis bukan sahaja mampu membentuk tingkah laku, pola hubungan sosial dan budaya sesebuah masyarakat malahan ia juga mampu membentuk identity sesebuah negara iaitu negara ekonomi kapitalis.

 Dalam keadaan begini, kuasa dan kemantapan sistem kapitalis sangat sukar digugat kerana kekukuhannya sudah sampai ke akar umbi pemikiran individu dan masyarakat.

 Penduduk sesebuah negara bangsa akan terus bergantung dan mengamalkan sistem ekonomi kapitalis ini.

 Dalam keadaan ini, tidak mudah untuk NSM tidak bergantung dengan negara maju bagi pembangunan ekonomi dan perindustriannya.

KULIAH 3

(TAYLORISME & ISU KAWALAN BURUH)

1)

PENGENALAN

 Kawalan pekerjaan biasanya menimbulkan 2 persoalan utama;

 Bagaimanakah kilang moden menstruktur pekerjaan atau merekabentuk pekerjaan ?

 Mengapa ia dibentuk sedemikian rupa?

 Graeme Salaman (1992) dalam eseinya bertajuk Work Design and Corporate Strategies mengatakan terdapat dua pendekatan utama menjelaskan reka bentuk pekerjaan :

I. Kawalan pengurusan yang ketat akan menyebabkan alienasi, terbiar dan kualiti buruh yang rendah.

(8)

 Friedman (1977) menamakannya sebagai Direct Control dan Responsible autonomy.

 Bagi kebanyakkan para kapitalis, isu kawalan terus pekerja penting, hal ini kerana :

I. Mencapai keuntungan maksima II. Memuaskan hati Shareholder

III. Boleh mengekalkan paras pengeluaran kilang IV. Meningkatkan tahap kemahiran (skill)

V. Menyeragamkan tingkahlaku pekerja VI. Kualiti pekerja meningkat

2. Ciri-Ciri Kemunculan Industri Birokrasi & Kawalan

Organisasi industri muncul secara evolusi sejak zaman Revolusi Industri seperti berikut :

i. Pekerjaan telah menjadi suatu yang tersusun. Akibatnya buruh dijual dan dibeli sama seperti komoditi pengeluaran yang lain dalam proses pengeluaran. Maka timbul idea tentang The Design Of Work, penstrukturan organisas, kontrak pekerjaan dan sebagainya.

ii. Wujud pengkhususan dalam pekerjaan di kilang-kilang. Bagi pihak pengurusan, sikap dan tingkahlaku para pekerja boleh menyokong kepada pencapaian matlamat keuntungan syarikat.

iii. Sebaik sahaja seorang pekerja memasuki kilang untuk bekerja, “masa” bukan lagi menjadi milik mereka tetapi milik pihak pengusaha. Justeru itu, kerja dapat mengoptimumkan guna tenaga buruh, mesin serta ruang agar output meningkat.

iv. Sebaik sahaja rekabentuk kerja selesai, maka setiap bahagian dalam kilang akan saling bergantung. Jika sesuatu bahagian tidak berfungsi maka keseluruhan operasi kilang akan tergendala. Oleh itu, aliran kerja yang lancar memerlukan tenaga kerja yang berdisiplin, bertanggungjawab dan bermoral terhadap pekerjaan.

v. Walau bagaimanapun, pengenalan kepada pengkhususan kerja telah menimbulkan pula masalah kawalan dan koordinasi yang terpaksa dihadapi oleh para pengusaha kilang. Akhirnya Taylor memperkenalkan Pengurusan Saintifik atau juga dikenali sebagai TAYLORISME.

3. PRINSIP² UTAMA TAYLORISME

(9)

 Pihak pengurusan mesti melihat kerja individu hingga ke tugas yang sekecil-kecilnya

ii. Pemisahan antara pengurusan dan pengeluaran

 Bagi Taylor, pemisahan ini penting kerana Taylor selalu menganggap pekerja terlalu bodoh untuk memahami kerjanya sendiri. Untuk itu pekerja perlu diarah.

iii. Pemisahan antara direct & indirect labour

 Kerja bersifat intensif buruh perlu dilakukan oleh pekerja kurang mahir.

iv. Tahap kemahiran pekerja yang minimum dan tempoh latihan oleh organisasi

(10)

4. Tiga Konsep Utama Yang Dicadangkan Litler (1978)

Bagi Mengkaji Proses Buruh Dalam Taylorisme

i. Pembahagian teknikal kerja buruh (the technical division of labour) Majikan telah menetapkan jenis kerja, mesin, bangunan kepada para pekerja dan para pekerja tidak perlu mencadangkan apa-apa lagi.

ii. Struktur ragam kawalan : a. Kawalan birokratik  Heirarki jawatan

 Prosidur/peraturan b. Kawalan teknikal

 Koordinasi mesin

 Ruang

 Buruh

c. Kawalan ideologi  Autokratik

 Patricialism iii. Hubungan pekerjaan

Hubungan hegemonic – kuasai pekerja secara halus seperti insentif rumah dan bonus

Responsive – selalu mengutamakan kerjasama

Pemisahan pekerja antara aspek ragam pengeluaran dan pentadbiran

5.

Kritikan Terhadap Proses Buruh Taylorisme

 Braverman (1974) mengatakan akibat lima prinsip Taylorisme iaitu deskilling.

 Sistem kawalan yang diamalkan oleh Taylorisme tidak cukup untuk mengubah proses buruh melalui modal tetapi system kawalan tersebut mengakibatkan deskilling.

 Persolannya, mengapakah timbul keperluan bagi para kapitalis untuk deskill work?

 Sebab-sebab kata Braverman (1974) ialah :

(11)

 Asas kemahiran adalah pemilikan pengetahuan dan pengalaman yang ada pada buruh.

 Kemahiran adalah asas kuasa – pekerja mahir boleh tawar menawar.

 Pembangunan teknologi assembly line dalam kilang Ford telah mengakibatkan buruh berada di samping mesin bukan bekerja kreatif secara sendirian.

 Kawalan proses buruh secara keseluruhan berfungsi.

Menurut Perrow (1979);

I. Pengkhususan mengakibatkan seni kerja merosot

II. Pengurusan sebenarnya tidak banyak untung tetapi yang sebenarnya untung adalah juru teknik.

(12)

Kuliah 4

(KONSEP FORDISME DALAM PERINDUSTRIAN)

1. PENGENALAN

 Fordisme adalah merupakan simbol transformasi industri yang berasaskan kraft kepada industri pengeluaran massa dan penggunaan massa dalam ekonomi.

 Pegeluaran secara Fordism berkembang ke Amerika Syarikat (1940an-1960an)

 Henry Ford pengasas kilang kereta Ford Model T di Michigan telah berjaya mencipta suatu bentuk pengeluaran berskala besar dan membangun organisasi industri besar yang berorientasikan fungsi ‘pengkhususan’ dalam pembahagian kerja buruh.

 Fordism – berdasarkan pelaburan modal yang tetap terutama pelaburan bagi bangunan kilang dan teknologi - ‘assembly line’, kuantiti pengeluaran yang besar, yang boleh mengurangkan kos pengeluaran.

2. Perbezaan Antara Taylorisme Dan Fordisme :

 John Alien (1992) telah membezakan antara pendekatan Ford dan Taylor dalam proses pengeluaran berikut:

a) Taylor menyusun para buruh mengelilingi alat-alat mesin tetapi Ford menggantikan sebahagian besar tenaga buruh manual dengan teknologi baru.

b) Kelajuan kadar kerja (the pace of work) – bagi Taylor ditentukan oleh supervisor dan para pekerja tetapi di kilang Ford, kelajuan kerja ditentukan oleh kelajuan aliran pemasangan (the assembly line) itu sendiri.

 Pada zaman kemajuan kekemasan kilang Ford pada tahun 1941 berjaya keluarkan 300,000 buah kereta model T.

 Selepas perang Dunia Ke-2 berjayakeluarkan 2 juta buah kereta.

 Jesteru, zaman selepas perang, pengeluaran secara berskala besar ini dikenali sebagai FORDISM.

3. Empat Makna Fordisme

(13)

1. Fordism sebagai suatu bentuk proses buruh – ia merujuk kepada bagaimana tugas buruh dibangunkan oleh pengurusan kilang melalui kawalan teknologi, kerja dilakukan oleh semi-skilled atau

unskilled labour, pengurusan menggunakan rantaian hierarki dan autoriti untuk mengawal buruh – justeru proses buruh ini tidak jauh berbeza dengan pengurusan Taylorisme.

2. Sektor fordis sebagai sektor industri utama yang mampu menjana pertumbuhan industri lain dalam ekonomi.

 Sektor fordis mempu generate growth dalam industri lain yang berkaitan dengan pengeluaran kereta.

 Contohnya, hubungan rangkaian dengan kilang pembekal seperti besi keluli, kilang getah, kilang plastic, kaca dan elektronik.

 Rangkaian industri perkhidmatan seperti bengkel baik-pulih dan, alat ganti dan sebagainya.

3. Organisasi Fordis sebagai kuasa hagemoni dalam industri.

 Disamping bertindak sebagai sektor dominan, Fordis juga dilihat mampu mempengaruhi industri di luar sektor pengeluaran massa menyesuaikan kaedah pengurusan Fordis misalnya prosidur ‘collective bargaining’, kontrak pekerjaan, hirarki pengurusan dan inovasi teknologi pengeluaran – iaitu mampu mempengaruhi perkembangan ekonomi perindustrian.

4. Fordisme sebagai sistem regulasi industri

 Peranan pemerintah dalam polisi perindustrian bagi memastikan pengeluaran massa stabil.

 Proses Buruh Fordisme – mirip proses buruh Taylorisme justeru boleh mengakibatkan ‘deskilling’. Seperti kata Baverman(1974) :

(14)

KULIAH 5

(KONSEP POST FORDISME)

1. PENGENALAN

 Konsep pengeluaran Fordism akhirnya dikritik kerana proses dan pengurusan pengeluarannya yang dianggap ‘rigid’. Misalnya:

“….The assembler...had only one task…to put two nuts and two bolts or perhaps to attach one wheel to each car. He didn’t order parts, procure his tools, repair his equipment, inspect for quality, or even understand what workers on either side him doing…the assembly workers had the lowest status in the factory” (Womack, Jones and Roos, 1990)

 Pekerja assembly line bekerja dalam suasana pengeluaran massa yang tidak selesa.

 Pekerjaan memerlukan tumpuan fizikal dan mental membosankan.

 Ford mengalami kadar tidak datang kerja dan berhenti kerja yang tinggi misalnya 380% dalam tahun 1913 (malahan pada masa kini kilang jenis fordis mengalami kadar yang tinggi dalam kehadiran bekerja terutama bila setiap kali pertukaran giliran shift kerja)

 Bagi mengatasi masalah ini Ford memperkenalkan polisi bayar gaji berganda iaitu $5.00 sehari kepada pekerja tidak mahir di kilangnya – produktiviti meningkat tetapi ianya masih ‘degrading’ buruh.

 Justeru akibat perkembangan masa dan perubahan corak pengurusan kilang pengeluaran keran kecanggihan teknologi timbul konsep pengeluaran baru iaitu POST-FORDISM atau Pengeluaran Fleksibel.  Post-Fordis mengandaikan bahawa zaman persaingan sengit para

(15)

 Pengeluaran Post-Fordis sebenarnya dibantu oleh teknologi terkini-ICT-dan kemampuan pekerja menggunakannya.

 Pada masa kini mana-mana organisasi yang berbelanja ke atas a computer workstation and software (<> $ 20,000.00) akan mempunyai kelas pertama sistem fungsi utama. Sistem ini membolehkan reka

 Seperti kata Shoshana and Zuboff (1988) dalam buku mereka, “The Age of the smart machine”,

“efficient operations in the modern workplace call for a more equal distribution of knowledge, authority, and responsibility, This means “dismantling the very same managerial hierarchy that once brought greatness”.

 Contohnya, sistem pengeluaran IBM di Dallas, Texas adalah contoh proses pengeluaran berasaskan ‘virtual network or self-organizing system’. Setiap orang dalam organisasi boleh bertindak sebagai berpengetahuan dan mempunyai kemampuan diri dan hala tuju yang sangat tinggi.

 Seterusnya keadaan ini mengurangkan jumlah tenaga kerja kurang mahir di kilang dan seterusnya merosotkan pengaruh kesatuan sekerja dan akhir mengurangkan upah di Negara-negara Maju.

Contoh Post Fordism : Jepun

 Post-Fordism berkembang di Jepun selepas perang dunia ke-2. Ini berikutan :

 Perubahan terhadap struktur syarikat dn pertukaran kesatuan sekerja bebas kepada kesatuan sekerja pro-managemnet

 Berkembang multi-skilled workers – lelaki dan jawatan tetap.  Berkembang unskilled workers – kebanyakannya wanita.

 Teknologi import akhirnya membolehkan Jepun replicate, absorb

(16)

 Prinsip asas POST FORDISM adalah memperkenalkan proses pengeluaran yang fleksible dan reorganizing the labour force.

 Kereta Toyota – pengeluaran kilang secara kecil-keilan di merata tempat misalnya enjin di Jepun, tayar di Petaling Jaya, dan assemble di Segambut atau Shah Alam. Uniformiry & Standardisation Flexible & Small Batch

Production Dan Jenis

Dalam Stok Barangan Yang Rosak Serta Merta Direject Kehilangan Banyak Masa

Ditentukan Oleh Sumber Ditentukan Oleh Permintaan Integrase Secara Menegak

(17)

B. Proses Buruh

(based on job design criteria) Bayaran personal (yag detail) system bonus Pengkhususan kerja yang tinggi Tidak melakukan pembatasan

kerja Tiada atau hanya sedikit sahaja

latihan semasa bekerja Tempoh latihan semasa bekerja yang panjang Organisasi buruh yang

No job security High employment security for core workers (pekerjaan sepanjang hayat)

C. RAGAM KAWALAN (MODE OF CONTROL)

1. Kawalan Teknikal

Fordisme Post Fordisme

Pekerja ikut kelajuan mesin Mengikut kelajuan kumpulan pekerja

Pekerja adalah sebahagian

daripada mesin Mesin automasi

speeding Mengikut kesesuaian kerja

Pekerja alienated Bekerjasama rapat

(18)
(19)

C. RAGAM KAWALAN (MODE OF CONTROL)

2. Kawalan Birokratik

Fordisme Post Fordisme

Hierarki organisasi menegak –

formal Hierarki mendatar – walaupun kawalan ketat tetapi ada autonomi

Jaringan perintah dari atas ke

bawah Semi outonomous – pekerja diberi kebebasan menyelia kumpulan mereka

Setiap tugas telah ditetapkan oleh pengurus prosedur yang seragam dan standart

Pekerja sendiri terlibat dalam kawalan kualiti perancangan serta pengawasan pengeluaran Masa latihan yang pendek Masa latihan yang panjang –

fungsi fleksibel Disiplin pekerja diutamakan –

pengawasan penyeliaan. Disiplin diutamakan tetapi aspek kerja kumpulan, bertanggungjawab, membuat keputusan sendiri.

C. RAGAM KAWALAN (MODE OF CONTROL)

3. Kawalan Ideologi (Pemerintah)

Fordisme Post Fordisme

Regulation Deregulation re-regulation

Rigidity Flexibility

Collective bargaining Division individualization local or firm-based negotiations

Socialization of welfare (the

welfare state) Privatization of collective needs and social security

centralization Decentralization

The subsidy state The entrepreneurial state Indirect intervention in market

Referensi

Dokumen terkait

KETUJUH : Bantuan Penyiapan Akreditasi Program Studi pada PTAIS ini dibebankan pada Daftar Isian Pelaksanaan Anggaran (DIPA) Direktorat Jenderal Pendidikan

Berhak menerima laporan penggunaan dana Bantuan Kegiatan Lembaga Organisasi Kemahasiswaan Perguruan Tinggi Agama Islam Tahun Anggaran 2009 dari PIHAK

Defenisi bentuk normal kedua menyatakan bahwa tabel dengan kunci utama gabungan hanya dapat berada pada 1 NF, tetapi tidak pada 2 NF, sebuah tabel relasional berada

Upaya yang dilakukan oleh Unpad untuk melakukan percepatan dalam hal riset dan publikasi ilmiah dilakukan melalui implementasi Program Academic Leadership Grant

mahasiswa dapat mengakses server lokal dengan alamat tertentu http://krs.politama.ac.id/ atau langsung ke alamat IP server Politama http://192.168.1.2/ dan mengisi

tujuan pembelajaran dinilai sangat baik seperti 57.7% dari 26 siswa, dinilai baik sekitar. 42.3% dari

Tekanan darah pasien hipertensi sebelum dilakukan pemberian air rebusan bawang putih Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan dari 17 responden sebelum

Thesis, Dept Of Language, Literacy and Arts Education, University..