• Tidak ada hasil yang ditemukan

ANALISIS TEKS PERBUALAN LAWAK HUMOR SATU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "ANALISIS TEKS PERBUALAN LAWAK HUMOR SATU"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

ANALISIS TEKS PERBUALAN LAWAK “HUMOR”: SATU PENELITIAN SOSIOLINGUISTIK KUALITATIF

Nurul Shahida Jamilnurulshahidajamil@gmail.com

Humour by Malay language given meaning as entertain but on the same time, it also brings pragmatic meaning. On this framework, I was concentrated on analysis conversation texts acted by famous humourist in Malaysia. They were known as JOZAN; it was combination names between Johan Raja Lawak and Zizan Raja Lawak. Recently, on February 2012, one comedy show named as

Lawak ke der” was held in Istana Budaya and JOZAN was a part of them. Their story surrounding

on the last examination tragedy when the bully was a Malay school boy named as Ismail or Mail Lambung and the sufferer was a Chinese boy named as Kuat Kin Chen or Ah Chai. Many of humour scenes had them performed until they make a promise to meet again on the same area after ten years. Then, after ten years, they met for each other but Kin Chen no longer a sufferer instea d he became a gangster same like Ismail. The aim of this analysis is investigate pragmatic meaning on humour Malay language using qualititative sociolinguistic approach. The analysis had shown that humour language is not urged to defend itself but also to bully back to other. So that, I was concerned to know how humour language can be the one of politeness or no. Data was acquired using electronic technology through downloading JOZAN part on youtube. Methodology on this analysis had used interaction approach and also using paradigm ethnomethodology. Data was analysis by using discourse text analysis with focused on Grice cooperative principle (1975), speech act Austin (1962) and Searle (1969), Lakoff politeness (1975) and Brown and Levinson (1978). As a result, humour by using language was a part of a politeness if consume utterance in positive way and the culture of humouring is defend self from suffered and so on.

1.0 PENDAHULUAN

*Nurul Shahida binti Jamil, pelajar tahun akhir siswazah di Jabatan Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan

(2)

Trudgill (1974:32) menyatakan bahawa “sociolinguistics is that part of linguistics which is concerned with language as a social and cultural phenomenon. It investigates the field of language

and society and has close connections with the social sciences, especially social psychology,

anthropology, human geography and sociology”. Ertinya, sosiolinguistik adalah sebahagian daripada

ilmu linguistik yang menekankan bahasa sebagai fenomena sosial dan budaya. Bidang ilmu ini

mengenalpasti bahasa dan masyarakat dan dalam masa yang sama turut mempamerkan hubungan

yang erat dengan ilmu sains sosial yang lain terutamanya dalam bidang psikologi sosial, antropologi,

geografi kemanusiaan dan sosiologi. Skop ilmu sosiolinguistik juga meluas dan oleh kerana itu, Ajid

Che Kob (1990:920) melihat kandungan buku-buku pengantar ataupun buku-buku pengenalan bagi

menetapkan konsep ilmu yang dimiliki oleh ilmu ini. Pendek kata, kajian sosiolinguistik ini boleh

menerapkan kaedah kualitatif atau kuantitatif dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temubual

langsung atau tidak langsung, menggunakan soal selidik dan sebagainya. Begitu digambarkan

mengenai meluasnya ilmu sosiolinguistik melalui pengkaedahan dan teknik yang boleh diaplikasikan

apabila mendalami bidang ilmu ini.

Namun, apa yang pasti, kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini adalah sedikit berbeza

dengan kajian sosiolinguistik yang menerapkan penggunaan soal selidik, kaedah pemerhatian

ataupun temubual kerana kajian ini menumpukan penelitian sosiolinguistik secara menerapkan

penelitian secara pendekatan interaksi atau interaction studies menggunakan analisis perbualan

melalui lakonan sketsa yang menggunakan genre lawak atau humor ini. Kotthoff (2011:315) melalui

karya the SAGE handbook of Sociolinguistics, menyatakan kaedah analisis interaksi boleh dilakukan

secara “…ethnography of communication and interactional sociolinguistic, ethnomethodology and conversation analysis, discourse analysis and gender studies” (2011:316). Selain itu, pengkaji

menggunakan paradigma analisis wacana serta etnometodologi dan analisis perbualan dalam

kerangka pendekatan metodologi sosiolinguistik kualitatif. Maka, kajian ini menumpukan kepada

menganalisis dialog perbualan lawak dalam pementasan sketsa komedi yang dilakonkan oleh Johan

Raja Lawak dan Zizan Raja Lawak (JOZAN) dengan menerapkan kaedah analisis teks di bawah

kerangka sosiolinguistik dalam memerhatikan penggunaan bahasa secara analisis interaksi.

1.1 KONSEP KAJIAN

Bahasa kolokial atau bahasa perbualan seharian digunakan sebagai alat atau medium perantaraan

bahasa. Interakasi antara penutur dan pendengar berlangsung secara sistematik yakni manusia itu

sendiri telah disetkan bilamana mahu bercakap dan bilamana mahu mendengar. Selain itu, fungsi

bahasa lisan bukan dilihat sebagai alat untuk menyampaikan wahana hiburan semata-mata. Malah,

(3)

perbualan jenaka ini. Dengan kata yang mudah, sesuatu lakonan berkeupayaan membawa pelbagai

ragam mesej dengan hanya menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian dan dalam masa

yang sama menerapkan elemen-elemen yang dapat menggambarkan budaya masyarakat, tingkah

laku secara perbuatan mahupun penggunaan berbahasa.

Lawak boleh dianggap dan ditakrifkan sebagai jenaka, kelakar dan perbuatan yang

menggelikan hati manakala melawak pula adalah satu perbuatan atau membuat sesuatu yang

menggelikan hati atau berjenaka. Dalam kajian ini, apa yang akan ditekankan adalah mengenai unsur

penggunaan bahasa yang dimainkan oleh watak pelajar sekolah menengah yang berkontra di antara

pembuli iaitu seorang pelajar Melayu dengan yang dibuli iaitu seorang pelajar Cina. Hal ini

ditonjolkan oleh permainan bahasa oleh watak yang sering dibuli yang mempertahankan dirinya

dengan menggunakan bahasa tersirat terhadap orang yang membulinya.

1.2 PERMASALAHAN KAJIAN

Permasalahan kajian ini dikatakan muncul akibat daripada persoalan yang membelenggui fikiran

mengenai adakah budaya buli-membuli yang menggunakan kata-kata perli-memerli dianggap satu

ciri kesantunan berbahasa? Di samping itu, adakah budaya melawak dalam masyarakat berbahasa

juga boleh diiktirafkan sebagai sebahagian daripada ciri kesantunan bahasa? Perbuatan melawak itu

sendiri sebenarnya bukan hanya ingin menghiburkan hati semata-mata, malah dengan melawak juga

seseorang boleh menjadi marah, berasa, kecewa, sedih dan sebagainya. Oleh yang demikian, amat

bersesuaian jika pengkaji mengkaji penggunaan bahasa melawak melalui pementasan sketsa yang

dilakonkan oleh pelawak yang terkenal pada masa kini. Kajian yang dijalankan ini juga lebih mirip

dengan analisis wacana kerana kajian ini mengkaji teks perbualan melawak dengan menggunakan

pendekatan kualitatif. Selain itu, kajian ini menganalisis data dengan menerapkan model-model

kesantunan berbahasa seperti prinsip kerjasama Grice, Model Lakoff (1973), Leech (1983) dan

model Brown dan Levinson.

1.3 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji telah menerapkan kaedah kualitatif ke arah membina hubungan yang harmoni antara

pengumpulan data, analisis dan teori yang diaplikasikan. Kaedah kualitatif dan kaedah kuantitatif

adalah berbeza dan hal ini boleh dibuktikan berdasarkan kenyataan ini bahawa “…features of

quantitative research, that its results can be summarized in numbers most often arranged in tables;

those of qualitative research require verbal expressions” (Have 2004:5). Dengan kata lain, kaedah

(4)

makna yang tersirat, mengkaji interpretasi yang pelbagai sifat, kaji bahasa konotasi dan sebagainya.

Sesungguhpun pengkaji menerapkan kaedah kualitatif, kajian ini sebenarnya tidak melibatkan kerja

di lapangan kerana data diperolehi secara dimuat turun melalui youtube.

1.3.1 Pengumpulan Data

Dalam pengumpulan data pula, kajian ini menggunakan paragdima etnometodologi iaitu sebuah

kajian tentang kehidupan masyarakat sosial yang memfokuskan kepada eksplorasi secara implisit.

Dengan kata lain, etnometodologi ditakrifkan sebagai implikasi konsep bagaimana untuk mengkaji

kehidupan sosial. Menurut Francis dan Hester (2004:20) etnometodologi adalah “…conception of sociology based on particular way of thinking about society, language and social interaction”.

Maka, etnometodologi dilihat lebih erat dengan kajian ini kerana meneliti aspek masyarakat, bahasa

dan interaksi sosial walaupun sebenarnya paragdima ini digunakan dalam bidang ilmu sosiologi.

Menurut Wardhaugh (1986:243), “… Ethnomethodology is that branch of sociology which in concerned, among other things, with talk viewed in this way. Ethnomethodologist are interested in

the process and techniques that people use to interpret the world around them and to interact with

that world”. Ertinya, etnometodologi yang sebahagian daripada sosiologi berminat dalam proses dan

teknik penggunaan masyarakat untuk mentafsir keberlangsungan dunia dan untuk bertindak sejajar

dengannya. Tambahnya lagi, (1986:244), ethnometodologi memerihalkan makna dan aktiviti yang

bermakna sebagai satu pencapaian masyarakat apabila mereka berhubung secara sosial. Malah,

maklumat common sense yang bermacam jenis boleh terdiri daripada pemahaman, resipi, maksim

dan kebermaknaan yang digunakan dalam kehidupan seharian sekaligus melibatkan juga jenis

masyarakat, objek dan peristiwa sebagai contoh di antara perbualan pelajar dengan pensyarah, bilik

darjah, makmal dan sebagainya. Kajian ini tidak menggunakan data rakaman perbualan secara

langsung kerana dari segi lakonan drama, filem atau pementasan sketsa juga boleh menonjolkan

masyar akat bahasa. Selain itu, kaedah lakonan ini menggunakan olahan situasi bertulis, yakni skrip

dialog yang diciptakan dan kemudiannya dilakon mengikut penghasilan skrip lakonan untuk

menghidupkan situasi yang sebenarnya. Di samping itu, kajian ini dapat menjimatkan kos dan masa

kerana data dikumpul secara menggunakan teknologi media elektonik yang moden pada era ini.

1.3.2 Latar Belakang Penceritaan Sketsa JOZAN dalam Lawak Ke Der

Cerita bermula apabila Kin Chen yang bermonolog sendiri menyatakan dia sudah tamat SPM dengan

melaungkan dari atas sebuah bangunan perumahan. Namun, Ismail datang mencarinya dengan

(5)

memaksa Kin Chen menjawab soalan bagi pihaknya. Setelah itu, Ismail memaksa Kin Chen menulis

surat untuk Sui Ling, seorang wanita Cina dan merupakan sepupu kepada Kin Chen. Ismail sangat

mencintai Sui Ling tetapi tidak tahu menulis surat kepadanya dalam bahasa Cina lantas memaksa

Kin Chen berbuat demikian. Selepas itu, Ismail dan Kin Chen mula menjalinkan persahabatan kerana

Kin Chen banyak menolong Ismail dan mereka membuat perjanjian untuk berjumpa di atas

bangunan yang sama 10 tahun kemudian. Selepas 10 tahun, keadaan cerita berubah dan menyaksikan

Kin Chen menjadi “Along” sementara Ismail pula menjadi samseng. Malah, kedua-duanya menjadi samseng besar di Kuala Lumpur. Pengakhiran cerita mereka menjadi kawan semula dalam satu

kumpulan samseng yang sama. Terdapat tiga buah lagu yang diselitkan dan begitu juga

dipertonjolkan juga konflik demiki konflik dalam slot lakonan Jozan. Kesimpulannya, lakuan

berbahasa mereka dilihat berjaya menciut hati para penonton dengan adegan spontan, guna bahasa

tersirat dan sebagainya.

1.3.3 Kaedah Pemaparan dan Analisis Data

Data dipaparkan dengan menggunakan analisis teks perbualan dialog yang menerapkan konsep bock

(1964) yang dipetik daripada Alias (1991). Konsep itu dinamakan sebagai situasi sosial dan

bentuknya adalah seperti yang berikut:

SITUASI “KELAS” Masa: Perjumpaan Kelas

Ruang: Bilik darjah Peranan : + guru

+ murid ± murid-guru

Selain itu, data dianalisis dengan melihat interaksi dua pihak antara penutur dan pendengar di

samping topik apa yang digunakan sepanjang perbualan dialog berlangsung. Analisis data juga

menerapkan konsep Hymes (1972) yang dipetik daripada buku sosiolinguistik suatu pengantar

(1995:62) yang menggunakan akronim SPEAKING yang mewakili setting, participant, end: purpose

and goal, act sequences, instrumentalities, norm of interaction dan genres. Di samping itu, analisis

data hanya dilakukan pada tahap mikro yang memperlihatkan situasi sosial yang tidak kompleks dan

rumit atau dengan kata lain situasi kongruen.

1.4 ANALISIS DATA TAHAP MIKRO

1.4.1 Penggunaan Kod

Kod merupakan sistem lambang bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap manusia yang lebih dikenal

dengan bahasa (Hetti dan Idris 2011:24). Penggunaan kod yang digunakan dalam perbualan antara

(6)

berbangsa cina, maka diperlihatkan adanya percampuran kod bahasa Melayu dengan bahasa

Inggeris. Antara bentuk leksikal yang banyak digunakan adalah seperti kata ganti nama diri you,

girlfriend, reject, last paper, handphone dan sebagainya. Terdapat juga beberapa babak yang

memperlihatkan adanya pembauran kod di antara bahasa Melayu dengan bahasa Cina. Walaupun

pertuturan bahasa Cina digunakan secara merepek namun penggunaan bahasa tersebut telah memberi

kesan kepada penonton kerana mereka geli hati dengan lakuan bahasa Cina yang ditutur secara ikut

suka hati sahaja. Berikut adalah contoh teks perbualan yang memperlihatkan adanya penggunaan

percampuran kod dan pembauran kod.

Data 1:

Pada ayat (1) dalam perbualan di bawah didapati bahawa penutur, yakni Ismail telah bertutur dalam

bahasa Cina. Pengkaji yakin bahawa apa yang dituturkan itu tidak membawa makna semantik namun

penutur hanya mahu menghiburkan para penonton dengan bertutur dalam bahasa Cina. Pada babak

ini juga didapati kedua-dua pelakon secara spontan turut ketawa sama dengan apa yang mereka

perkatakan itu. Pembauran kod juga dilihatkan dengan kata ganti nama you dan kata handphone.

Pengkaji yang sebagai penutur natif bahasa Melayu yakin bahawa pembauran kod seperti ini telah

menjadi kebiasaan dalam bahasa pertuturan manusia seharian.

Peristiwa tutur: Ismail membuli Kin Chen Masa : hari terakhir bersekolah

Situasi : di atas sebuah bangunan tinggi Peranan : Ismail dan Kin Chen

Ismail : kalau aku tak jumpe ko sape nak jawab ni? Dekat mane, dekat mane…

: ni hou se ko to li yau lo tau wa (1)

Kin Chen : you cakap ape?

Ismail : you jangan main-main. You jangan main-main sama saya ha!

Kin Chen : Tak, jangan buli la. Jangan buli la!

Ismail : mau kene…eee…eee…aku blasah kang. Aku perhati je perangai ko.

: dah la rambut tu macam handphone.

Data 2:

Situasi yang kedua ini pula memperlihatkan bahawa penutur, yakni Ismail mahu menghantarkan

jawapan peperiksaan dengan melipatkan kertas jawapan menjadi sebuah kapal terbang kertas.

Sementara itu, dia memaksa Kin Chen melenggahkan masa agar cikgu mereka dapat mengambil

(7)

Peristiwa tutur: memaksa Masa: semasa hari terakhir bersekolah

Tempat: di atas bangunan tinggi Peranan: Ismail dan Kin Chen

Ismail : kenapa, kenapa?

Kin Chen : cepat la, cepat la, cepat la. Ismail : cepat la ni.

Kin Chen : ini nak buat apa ni?

Ismail : saya mau hantar roket, ini jawapan semua dalam ni. Cakap kat cikgu sekejap, sekejap.

Kin Chen : cikgu! cikgu!…last paper… last paper…last paper!

1.4.2 Analisis Dapatan Kajian Data 1:

Dalam situasi ini, Ismail mencari Kin Chen dengan perasaan geram atau marah. Dia bercakap dengan

Kin Chen dengan nada tinggi dan kasar. Dia juga agak cemas kerana tidak dapat menjawab soalan

peperiksaan matematik. Lalu, Ismail datang ke atas bangunan yang sama untuk memaksa Kin Chen

menjawab soalan bagi pihaknya.

Peristiwa tutur: melepaskan perasaan geram Masa: semasa hari terakhir bersekolah

situasi: di atas bangunan tinggi Peranan: Ismail (penutur)

: Kin Chen (pendengar)

Perbualan antara Ismail dan Kin Chen

Ismail : You buat apa kat sini? (1)

Kin Chen : saya sudah bebas SPM.

Ismail : You sudah bebas, saya belum bebas. Ni semua sapa nak jawab?

Kin Chen : Cikgu peperiksaan memberikan awak dua jam untuk awak jawab, (2)

awak buat apa?

Ismail : aku pikir la.

Kin Chen : Pikir sampai dua jam ke? (3)

Ismail : Aku pikir ko kat mane.

Dalam perbualan (1), didapati bahawa penutur menggunakan ayat tanya kepada pendengar.

Pendengar memahami apa yang dikehendaki oleh penutur, namun pertanyaan dijawab bukan secara

langsung kepada penutur. Maka, pendengar didapati telah mematuhi maksim kualiti mengikut Grice

(8)

peperiksaan kecuali diri penutur yang masih tidak dapat menjawab soalan itu. Dalam perbualan (2),

penutur didapati melepaskan perasaan geramnya dengan membuat penegasan dan penutur memberi

penekanan kepada pendengar. Namun, pendengar dengan nada yang biasa dan dengan bersahaja

diamenjawab pertanyaan itu dengan tenang. Walaupun dia tahu yang penutur sering membulinya,

namun pendengar tidak membalasnya dengan lakuan tutur yang tidak sopan dan kasar seperti

penutur. Malah, penutur tidak berasa marah akan lakuan bahasa yang ditunjukkan oleh pendengar.

Dari segi lakuan bahasa tidak langsung, pendengar didapati tidak memberi jawapan yang tepat

kepada pertanyaan penutur. Pendengar mengungkapkan kata-kata itu dalam ayat (2) adalah tidak

salah kerana dia disebalik takut dengan penutur, dia menjawab dengan memerli penutur. Hal ini

menampakkan bahawa penutur dalam diam dibuli kembali melalui tuturan dan bukannya lakuan. Di

samping itu, pendengar sebenarnya dikatakan kurang memberi penekanan kepada penutur dan

pendengar mematuhi kesantunan positif. Mengikut Brown & Levinson (1978), kesantunan positif

walaupun pendengar tahu yang dia memang sedang dibuli tetapi dia masih mampu mempertahankan

dirinya dengan memerli penutur. Situasi dalam ayat (3) juga begitu kerana pendengar memerli

penutur melalui pertuturannya untuk menampakkan dia sebenarnya pun membuli kembali penutur

melalui kata-kata secara tidak langsung.

Data 2:

Dalam situasi perbualan yang memperlihatkan Kin Chen (sebagai penutur) yang berkehendak untuk

meminjam pen daripada Ismail (sebagai pendengar) selepas dia dipaksa untuk menjawab soalan

matematik bagi pihak pendengar. Akan tetapi, gaya tuturan penutur semasa bertutur dengan

pendengar menyebabkan dia sendiri tidak memahami apa yang diingini oleh penutut. Berikut adalah

butiran teks perbualan yang ditonjolkan:

Situasi perbualan: meminjam Masa: semasa hari terakhir bersekolah

Tempat: di atas bangunan tinggi Peranan: Kin Chen (penutur)

: Ismail (pendengar) Perbualan antara Ismail dan Kin Chen

Kin Chen: Ismail boleh tak pinjam [peennaa]?

Ismail: ape benda tu? ape benda tu? (1)

(9)

Satu hal yang jelas dalam budaya pertuturan masyarakat Cina, mereka sering menggunakan nada

kata yang berbunyi [na], [ma], [meh], [lo] dan sebagainya. Berdasarkan perbualan di atas,

disebabkan penutur berbangsa cina dan gaya percakapannya terbawa-bawa dalam bahasa Melayu

menyebabkan pendengar tidak dapat memahami apa-apa yang diinginkan oleh penutur. Pendengar

juga seolah-olah mendengar yang [pena] itu mungkin dalam bahasa Cina tetapi sebenarnya penutur

mahu meminjam pen daripada pendengar. Namun, demikian, penutur telah menyebabkan pendengar

menjadi kabur dan tidak akan matlamat yang ingin dicapainya. Dalam perbualan ini jelas telah

menyebabkan penutur mengingkari maksim cara. Dan dalam masa yang sama juga penutur

sebenarnya ingin mengena pendengar yang suka membulinya.

Jika diselidiki tiga konsep lakuan tutur Austin (1962) iaitu lakuan illokusyenari, lokusyenari

dan kesan lokusyenari, penutur sebenarnya telah memberi kesan kepada pendengar secara sengaja.

Hal ini yang demikian diperlihatkan oleh gaya pendengar yang terpinga-pinga dengan permintaan

penutur dan mungkin ini salah satu tindakan tersirat yang digunakan untuk mengena kembali

pendengar yang sering membulinya. Daripada lakuan illokusyenari, penutur menghajati sesuatu

daripada pendengar tetapi telah menggunakan lokusyenari dengan cara yang mengelirukan bagi

sebutan /pena/. Apa yang terkesan kepada pendengar adalah dia cuba untuk memahami apa yang

dihajati penutur itu dengan memintanya menerangkan kembali apa yang dia hajati sebenarnya. Jika

menurut Searle (1969), tindakan perbualan ayat (1) memperlihatkan ujaran direktif meminta.

Data 3:

Peristiwa tutur ini berlangsung semasa Ismail dan Kin Chen berjumpa selepas 10 tahun. Pada ketika

ini, Ismail dikenali sebagai Mael Lambung sementara Kin Chen dikenali sebagai Ah Chai. Mereka

telah menjadi sangat terkenal sebagai kaki samseng di Kuala Lumpur. Ketika mereka berborak,

tiba-tiba Ah Chai bertanya kepada Mael akan perihal ceritanya dulu dengan Siew Ling. Data perbualan

yang berikut merupaka kisah imbasan suatu ketika semasa Mael pergi ke rumah Siew Ling untuk

bertemu dengannya.

Peristiwa tutur: Perihal status Siew Ling Masa: Mengimbau kisah lama

(10)

Siew Ling : Eh, Mael. You buat apa kat sini?

Ismail : saya rindu sama kamu Siew Ling. (i)

: Siew Ling. Siew Ling. Itu anak saudara kamu kan. Katakan. Katakan. Itu anak

: saudara kamu, Siew Ling.

SiewLing : tidak Mael, itu anak saya. Maafkan saya Mael, saya sudah berkahwin. (ii)

Ismail : Siew Ling, you jangan tipu sama saya Siew Ling. Tolong, tolong jangan buat

: saya macam ni.

Siew Ling : kita tak boleh tau, saya sudah berkahwin. (iii)

Ismail : Siew Ling, you kahwin sama sapa. You cakap saya, saya pukul dia Siew Ling.

Siew Ling : Saya kahwin sama apek.

Ismail : Apek? Apek tua you kahwin Siew Ling?

Siew Ling : tak, ini apek muda.

Ismail : mana ada apek muda Siew Ling. (iv) Siew Ling : Ada.

Ismail : siapa?

Siew Ling : Khairul Fahmi Che Mat.

Ismail : Siew Ling, tolong kembali pada saya Siew Ling.

Siew Ling : tak boleh, saya sudah kahwin sama Apek. Kerajaan Kelantan baru bagi rumah.

Apabila diperhatikan dalam ayat perbualan (i), penutur telah bertanya kepada pendengar akan

keberadaanya di rumah penutur dengan menggunakan nada yang agak terkejut iaitu “eh, Mael”. Kata

/eh/ itu sendiri dalam budaya masyarakat Malaysia membawa suatu nada yang menunjukkan

perbuatan terkejut akan sesuatu perihal. Penutur bertanya “youbuat apa kat sini?” kepada pendengar, namun dia secara tidak langsung telah menyatakan perasaannya kepada penutur “saya rindu sama kamu”. Namun, disebalik perbualan ini, kita boleh mengetahui bahawa sebenarnya pendengar pergi ke rumah penutur untuk berjumpa dengannya dan untuk menyatakan perasaan rindunya. Lakuan

tutur yang dikemukakan dalam ayat (i) ini lebih menjurus kepada lakuan membuat pengakuan.

Dalam ayat perbualan (ii), didapati bahawa penutur iaitu Siew Ling telah memohon kemaafan

kepada pendengar iaitu Mael kerana statusnya yang sudah berkahwin dan telah menyebabkan

pendengar berasa kecewa dan marah. Di sini dalam ayat (ii) juga merupakan satu contoh bagi lakuan

(11)

menggunakan istilah lakuan yang bersifat representatif. Begitu juga dengan ayat perbualan (iii) yang

turut menggunakan bentuk ayat representatif kerana penutur menegaskan sekali lagi bahawa dia

sudah berkahwin dengan menggunakan kata penegas “tau”.

Dalam perbualan ayat (iv) pula memperlihatkan bahawa penutur iaitu Siew Ling seolah-olah

ingin mempermainkan pendengar iaitu Mael. Sungguhpun kita mengetahui bahawa “apek” dalam

budaya masyarakat Cina ialah orang tua, namun penutur menyatakan bahawa “apek” yang

dimaksudkan ialah seorang pemain bola sepak negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat yang

menggunakan gelaran nama sebagai “apek”. Realitinya, apek yang pemain bola sepak itu masih bujang dan belum berkahwin. Jelas, perbualan ini merupakan satu perbualan yang mampu membuat

penonton ketawa kerana tidak akan menyangka bahawa penutur bijak dalam untuk mengenakan

pendengar.

Jika dinilai dalam aspek kesantunan pula, kita ambil contoh daripada model kesantuan Brown

dan Levinson (1978), didapati bahawa penutur tidak menghormati apa yang dimahukan oleh

pendengar iaitu jawapan yang sebenar dengan siapa dia telah berkahwin. Tetapi sebaliknya, penutur

dilihat telah mempermainkan pendengar. Jadi, penutur telah mengancam air muka negatif pendengar

kerana menghalang kehendak jawapan yang dimahukan. Namun, memandangkan perbualan ini

bergenre melawak, jadi tidak menjadi kesalahan apapun kerana perbualan yang ditonjolkan dalam

ayat (iv) telah berjaya menciut hati penonton.

1.5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Lakuan berbahasa dalam analisis teks perbualan ini adalah berkenaan dengan lakuan mengarah,

memaksa dan membuat pengakuan. Situasi lakuan berbahasa bertempat pada lokasi di atas sebuah

bangunan kecuali pemaparan tempoh masa sahaja yang berubah. Hal ini boleh disaksikan bahawa

peristiwa tutur sebelum dan selepas 10 tahun dan semasa peristiwa hari terakhir mereka menjawab

soalan peperiksaan SPM. Pelbagai permainan nada dan intonasi yang ditonjolkan, ada ketika

menggunakan nada yang lembut, nada yang gembira, marah, menangis, ketawa dan sebagainya.

Permainan nada juga dilihat dalam kata yang tidak bermakna tetapi dari segi lakuan berbahasa ada

makna yang tersendiri seperti penggunaan [na] yang banyak digunakan dalam ciri pertuturan orang

Cina dan juga kata [eh] yang merujuk kepada nada terkejut.

Penglibatan peserta pula dilihat terdapat dua interaksi antara penutur dan pendengar yang

merupakan pelajar sekolah Menengah, seorang menjadi pembuli dan seorang lagi selalu dibuli.

(12)

beragama Islam dan seorang lagi berbangsa cina. Selepas 10 tahun, penglibatan peserta masih lagi

antara dua pihak ini tetapi watak yang dimainkan adalah sama iaitu menjadi gangster di Kuala

Lumpur yang masing-masing mempunyai kekuatan yang tersendiri. Budaya buli membuli yang

ditonjolkan dalam sketsa lakonan Jozan ini memperlihatkan bahawa penggunaan bahasa sebagai

medium kekerasan aktiviti membuli dan bukanlah perlakuan tingkah laku. Permainan bahasa dilihat

menjadi medium untuk memerli, mempertahankan diri dan merepek. Sebelah pihak yang dibuli

dilihat telah membuli balik secara menggunakan bahasa yang berimplikatur untuk mempertahankan

diri dan untuk memerli kembali sebelah pihak yang lain. Dalam dapatan data yang dikumpul ini,

kebanyakan penggunaan kata dalam budaya buli membuli tidak mencapai tahap kesantunan yang

maksimum kerana penggunaan bahasa dilihat bukan untuk memaparkan gejala kesopanan sebaliknya

untuk lakuan berbahasa mengikut prinsip Austin dan Searle.

Namun demikian, budaya memerli ini bukanlah menggunakan kata yang kasar, keras dan

kesat tetapi mengandungi budaya melawak atau berunsur jenaka pula. Diperhatikan bahawa budaya

melawak dalam masyarakat berbahasa sebenarnya boleh diiktiraf sebagai sebahagian daripada

kesantunan berbahasa jika menggunakan tutur kata yang positif dan baik. Dengan kata lain, budaya

melawak yang menggunakan kesantunan berbahasa dilihat bukan untuk menjatuhkan maruah orang

lain, membuat orang berasa marah atau kecewa dan sebagainya tetapi semata-mata untuk

menghiburkan hati sahaja. Selain itu, penggunaan kesantunan berbahasa dilihat untuk

mempertahankan dirinya daripada terus dimarahi oleh penutur dan setelah itu barulah pendengar

yang mempertahankan diri ini menggunakan bahasa untuk memerli kembali pihak lawannya.

Sebagai kesimpulan, pengkaji menyarankan agar sebuah kajian yang lebih telus dijalankan

dalam penelitian genre bahasa yang bersifat melawak ini kerana di dalamnya mengandungi pelbagai

mesej yang bukan sahaja dilihat secara positif malahan boleh juga menjadi negatif jika tidak kena

pada gayanya. Oleh itu, pengkaji berharap agar pewajaran kajian yang dijalankan ini menjadi

sebahagian penyampai ilmu yang mampu merencahkan lagi dunia penelitian sosiolinguistik yang

bersifat kualitatif. Pengkaji juga berharap agar kajian ini mampu menjadi perintis untuk sebuah

(13)

RUJUKAN

Ajid Che Kob. 1990. Kajian sosiolinguistik bahasa Melayu: Satu tinjauan. Jurnal Dewan Bahasa. 919-924.

Abdul Chaer dan Leonie Agustina. 1995. Sosiolinguistik suatu pengantar. Jakarta: Pt Rineka Cipta.

Alias Mohammad Yatim (terj. Fishman A. Joshua). 1991. Sosiologi Bahasa. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cooren François (edit Fitch L. Kristine dan Sander E. Robert). 2005. Handbook of language and

sosial interaction. New Jersey: Lawrence Erlbaum Associates.

Ferguson, A. C. (edit Coulmas Florian). 1981. Conversational Routine. Netherlands: Mouton Publisher.

Fasold, W. Fasold. 1990. The sociolinguistics of Language. UK: Blackwell Publisher.

Francis, D. & Hester, S. 2004. An invitation to ethnomethodolgy langiage, society and social interaction. London: Sage Publications Ltd.

Have, P. Ten. 2004. Understanding qualitative research and ethnometodology. London: Sage Publications Ltd.

Hetti Waluati Triana dan Idris Aman. 2011. Lakuan tutur menolak generasi muda: cermin budaya popular dalam interaksi sosial. Journal of Language Studies. 1(1):17-34

Marlyna Maros. 2007. Penyelidikan lakuan bahasa: pemilihan kaedah dan pola penemuan. Akademika 71:91-115.

Marlyna Maros, Aslinda John dan Mohd Baharim Mydin. 2010. Pola sapaan pelajar lelaki

dan perempuan di sebuah institusi pengajian tinggi: satu kajian sosiopragmatik. Journal of

Language Studies. 10(2): 77-96.

Nasariah Mansor, Faizah Ahmad dan Yusniza Yaakub. Ibid. Seminar on National Resilience. 337-352.

Nik Safiah Karim. 1981. Beberapa persoalan sosiolinguistik bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wodak, Ruth, Johnstone, B. dan Kerswill, P (edit). 2011. The SAGE of handbook sociolinguistics. London: SAGE publication.

Peter Trudgill. 1974. Sociolinguistic: An Introduction to Language and Society. England: Penguin Books Ltd, Harmondsworth, Middlesex.

Tengku Silvana Sinar. 2003. Teori dan Analisis wacana pendekatan sistematik-fungsional. Medan: Pustaka Bangsa Press.

Wardhaugh, R. 1986. An introduction to sociolinguistics. UK: Basil Blackwell.

Definisi cerita jenaka. 2010. sunburst88.blogspot.com/2010/11/definisi-cerita-jenaka.html. [2 JUN 2O12].

Referensi

Dokumen terkait

Variabel penelitian tersebut adalah variabel Kualitas Hasil Kerja ( ), Kuantitas Hasil Kerja ( ), Ketepatan Waktu Penyelesaian Hasil Kerja ( ), sebagai variabel –

Faktor yang mempengaruhi pembuatan snack adalah perbandingan bahan baku dengan terigu, pada proses blanshing berpengaruh untuk inaktifasi enzim serta terjadi

Hasil wawancara dengan Bapak Saiful staff Angkutan di Dinas Perhubungan Kota Malang pada 16 maret 2015.. penyelenggaraan angkutan orang tidak dalam trayek mengenai alih

Menurut Salafudin, dkk 2013 dalam penelitiannya menunjukkan bahwa penerapan sistem manajemen K3 pada PT PLN Persero area pengatur distribusi Jawa Tengan & D.I Yogyakarta telah

keuntungan agar dapat terus tumbuh dan berkembang, memaksimasi layanan kepada konsumen atau permintaan produk untuk setiap minggu harus dipenuhi pada minggu

Dalam kerja praktek yang telah dilakukan, penulis mengamati proses  pendeteksian level    baja cair dengan menggunakan EMLI dan pengaruh level   baja cair terhadap

Dalam perancangan ini dilakukan melalui perpaduan antara ilustrasi dengan narasi yang dapat membangun dan menggambarkan sebuah pesan ataupun makna yang

Adapun kelas yang menjadi sampel pada penelitian ini adalah peserta didik kelas VIII Dsebagai kelas eksperimen dan peserta didik kelas VIII Csebagai kelas