• Tidak ada hasil yang ditemukan

TAJUK 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TAJUK 1 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDI"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk 1

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN PENDIDIKAN

JASMANI SUAIAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah, bagi masyarakat kurang upaya dan juga untuk murid kurang upaya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. menjelaskan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia. 2. menghuraikan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di

sekolah bagi masyarakat kurang upaya dan murid kurang upaya di Malaysia. 3. menterjemahkan kandungan kurikulum secara umum dan spesifik kepada

aktiviti pembelajaran yang lebih bermakna.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sejarah dan Perkembangan

Pendidikan Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani di Sekolah

Masyarakat Kurang Upaya

(2)

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

Pendidikan Jasmani merupakan saatu mata pelajaran yang penting dalam

kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata pelajaran Pendidikan Jasmani tidak diuji dalam peperiksaan awam di Malaysia, subjek ini nyata signifikan kerana merupakan satu-satunya bidang pendidikan yang

menekankan elemen jasmani yang tidak disentuh oleh mata pelajaran lain dalam hal berkaitan dengan empat elemen penting pendidikan iaitu jasmani, emosi, rohani

dan intelek. Tambahan lagi, selain daripada merupakan bidang ilmu itu sendiri, mata pelajaran ini menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam untuk kesihatan di luar waktu sekolah

malah untuk amalan sepanjang hayat.

1.1 Sejarah perkembangan pendidikan jasmani suaian.

1.1.1 Dunia

Pada tahun 1883 Sekolah Perkins telah memperkenalkan pendidikan jasmani

untuk masalah penglihatan dalam bentuk latihan secara terbuka. Manakala pada tahun 1840, mereka telah pergi ke Boston untuk latihan gimnastik bagi murid

bermasalah penglihatan dan mereka telah dapat menyesuaikan diri dengan kategori tersebut.

Semasa abad ke-20, didapati ramai askar yang telah tercedera dan

(3)

pemulihan menjalani kehidupan seharian seperti sedia kala sebagaimana insan lain yang normal dikenali sebagai ’Therapeutic Recreation’. Konsep ’Therapeutic Recreation’ telah berkembang secara terancang di Amerika di mana hospital dan

sekolah meneruskan penggunaan kaedah rekreasi sebagai salah satu terapi. Ketika salah sebuah hospital di United Kingdom menggunakan model

’Therapeutic Recreation’ Amerika, konsep kesukanan dan pertandingan bagi orang kurang upaya telah disedari pertama kalinya oleh Guttmann di Hospital Stoke Mandeville, England. Walaupun objektif bagi intervensi Guttmann adalah

untuk menghasilkan aktiviti rekreasi terapi pada mulanya, beliau kemudiannya menyedari potensi sukan untuk pertandingan yang lebih luas lagi. Berikutan

peristiwa tersebut, Guttmann dan Pertubuhan Sukan Stoke Mandeville antarabangsa telah dikenali sebagai inspirasi dan pelopor perkembangan awal sukan bagi orang kurang upaya. Salah satu pertandingan antarabangsa yang

terawal untuk orang kurang upaya diadakan pada tahun 1948. Kelab-kelab sukan dan hospital-hospital dijemput pada tahun itu ke Stoke Mandaville yang

kebetulan pada tahun yang sama Sukan Olimpik turut diadakan di London.

1.1.2 Malaysia

Mata pelajaran pendidikan jasmani untuk kanak-kanak normal telah lama diajar di semua sekolah kerajaan dan swasta sejak sebelum merdeka lagi. Walau

bagaimanapun tahap pengajaran telah menurun secara mendadak selepas kemerdekaan terutamanya pada tahun 1970 an (Hamdan Mohd. Ali, 2002).

Antara masalah yang dikenalpasti ialah pengabaian mata pelajaran pendidikan

(4)

masyarakat sekolah dan ibu bapa, cuaca tidak mengizinkan dan guru yang tidak jelas dengan matlamat pendidikan jasmani (Hamdan 2002, de Vries 1995, Abu Bakar Miskon 1987, Daud Salleh 1985, Chee Swee Ming 1985). Begitu juga

dengan aktiviti pendidikan jasmani yang dijalankan di sekolah-sekolah khas, walaupun terdapat garis panduan yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling

Pendidikan Khas 1979-1991 tetapi sehingga kini belum terdapat satu garis panduan yang jelas mengenai pelaksanaan aktiviti tersebut di sekolah-sekolah khas (Unit Pendidikan Khas, 1992).

Pendidikan Jasmani Suaian merupakan kursus wajib yang diperkenalkan untuk semua bakal guru Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pendidikan khas

yang ditawarkan oleh Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Lebih seribu orang guru yang mempunyai pendedahan dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian telah dikeluarkan oleh UKM sejak kursus ini

diperkenalkan pada tahun 1995.

Sehingga kini, kanak-kanak berkeperluan khas tidak diabaikan kerana

Kementerian Pelajaran Malaysia turut mewujudkan mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian untuk memberi peluang kepada golongan ini mengalami proses pembelajaran yang merangkumi aspek psikomotor, kognitif dan afektif. Oleh

sebab itu, kita dapat lihat kelas khusus untuk Pendidikan Khas diwujudkan dan terdapat beberapa slot dalam pengajaran dan pembelajaran mereka melibatkan

Pendidikan Jasmani Suaian agar tahap psikomotor, kognitif dan afektif mereka dapat dikembangkan dengan seimbang.

Oleh sebab kanak-kanak Pendidikan Khas memerlukan pemerhatian

(5)

pembantu. Senario ini biasa dilihat, kanak-kanak yang terdiri daripada golongan ini akan dilatih di sekolah tentang cara bagaimana untuk menggunakan fizikal dan anggota badan mereka dalam pengurusan diri. Seterusnya, guru akan

menambahkan pengetahuan mereka dengan melatih kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Ianya boleh diaplikasikan dalam sukan dan permainan

yang dipelajari di sekolah. Contohnya menyambut bola besar (kemahiran motor kasar).

Setelah didedahkan dengan kemhiran-kemahiran tersebut, mereka

mampu melakukan aktiviti fizikal yang lebih berfokus seperti aktiviti dalam sukaneka dan juga bertanding di di peringkat lebih tinggi dalam bidang sukan

bagi membuka peluang kepada mereka mengembangkan bakat dan kemahiran yang diperolehi. Ternyata melalui Pendidikan Jasmani Suaian, murid berkeperluan khas dapat mengembangkan kemahiran yang ada dan melatih diri

mereka memaksimumkan penggunaan fizikal dengan betul dan selamat.

1.1.3 Prinsip dalam penyusunan pendidikan jasmani suaian

Dauer dan Pangrazi (1979) telah mencadangkan kurikulum yang dirangka adalah merupakan kesinambungan ke program pendidikan jasmani. Pemilihan

aktiviti pula adalah berdasarkan potensi individu dan pihak guru atau pengurusan perlu mempunyai kesedaran terhadap kurikulum tersembunyi

tersebut. Perancangan yang dibuat juga perlu berdasarkan kaedah kawasan lapangan mencakupi lebih daripada populasi supaya integrasi berlaku. Kurikulum juga perlu luas dan seimbang yakni tidak tersekat dan program

(6)

bersistematik serta menggalakkan pembelajaran motor.

1.2 Pendidikan Jasmani Untuk Masyarakat Kurang Upaya

Pendidikan Jasmani mampu menjadi medium atau alat untuk masyarakat kurang upaya untuk memperkembangkan aspek fizikal, mental dan sosial mereka.

Seperti yang kita sedia maklum, golongan masyarakat kurang upaya adalah agak lemah dalam ketiga-tiga aspek ini. Kekurangan daripada aspek fizikal akibat kecacatan dan kelemahan yang dipunyai oleh mereka dan ditambahkan

pula persepsi negatif masyarakat terhadap golongan ini menyebabkan tahap keyakinan diri mereka agak rendah dan membataskan pergaulan sosial mereka.

Oleh sebab itu, Pendidikan Jasmani mampu melatih mereka meningkatkan tahap keyakinan diri.

Melalui Pendidikan Jasmani, mereka boleh melakukan aktiviti fizikal yang

mempunyai bentuk yang hampir sama dengan aktiviti untuk individu yang normal kerana mereka juga seharusnya diberi peluang yang sama dengan rakan

sebaya yang lain. Tetapi mereka memerlukan kemudahan dan penyediaan aktiviti yang bersesuaian. Setiap aktiviti yang dirancang boleh diubah suai agar bersesuaian dengan mereka. Aspek-aspek lain yang boleh diambil kira ialah

pemilihan tempat untuk melakukan aktiviti, tempoh masa, kadar latihan dan sebagainya.

Selain itu, Pendidikan Jasmani juga dapat membantu memperkembangkan aspek fizikal masyarakat kurang upaya melalui aktiviti senaman, latihan fizikal dan kemahiran yang bersesuaian. Ini seterusnya

(7)

meningkatkan lagi tahap keyakinan diri mereka supaya dilihat sebagai individu yang normal dan diterima dalam masyarakat.

Penguasaan kemahiran yang diperolehi ini juga dapat memberi

pendedahan kepada mereka untuk berkomunikasi dan bersosial bersama-sama rakan sebaya serta masyarakat sekitar. Di samping itu juga, dengan kemahiran

tahap tinggi yang dikuasai dapat memberi peluang kepada mereka untuk mengasah bakat atau kemahiran bertanding ke peringkat yang lebih tinggi seperti sukan paralimpik iaitu sukan untuk golongan Orang Kurang Upaya.

1.3 Pendidikan Jasmani Suaian Untuk Murid Kurang Upaya

Menurut Auxter, Pyfer dan Huettig (1998), aktiviti jasmani yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar berkeperluan khas boleh membantu golongan ini mengurangkan kelemahan dan masalah fizikal yang dihadapi oleh mereka.

Kebiasaannya, kanak-kanak berkeperluan mempunyai masalah fizikal iaitu pertumbuhan otot, deria yang tidak sempurna, kognitif yang agak lemah dan

pergaulan sosial yang agak terbatas. Oleh sebab itu, aspek-aspek dalam Pendidikan Jasmani telah diserapkan dan wujudlah mata pelajaran Pendidikan Jasmani Suaian khusus bagi golongan ini.

Namun demikian, murid yang terdiri daripada golongan ini memerlukan pendekatan berbeza mengikut kemampuan mereka dan aktiviti yang disediakan

juga perlulah bersesuaian dengan tahap kebolehan mereka. Aktiviti Pendidikan Jasmani Suaian adalah melibatkan kanak-kanak berkeperluan khas, maka aktiviti fizikalnya juga diubah mengikut kesesuaian keperluan mereka. Guru-guru

(8)

seterusnya merangsang mereka melakukan aktiviti fizikal.

Murid-murid berkeperluan khas akan melakukan aktiviti fizikal dalam keadaan yang menyeronokkan iaitu tanpa tekanan dan paksaan. Mereka perlu

diajar secara berperingkat-peringkat. Antara lain Pendidikan Jasmani Suaian dilaksanakan untuk murid-murid kurang upaya di sekolah ialah:

1.3.1 merangsang penggunaan sistem pancaindera murid-murid kurang upaya.

1.3.2 melatih murid-murid kurang upaya menggunakan anggota badan

dalam melakukan aktiviti fizikal dengan betul.

1.3.3 membantu murid-murid dalam perkembangan kemahiran motor

halus dan motor kasar.

1.3.4 mengajar murid-murid kurang upaya untuk memanfaatkan fizikal mereka dalam melakukan aktiviti seharian sama ada di rumah

atau di sekolah dengan cara yang betul.

1.3.5 memberi pendedahan kepada mereka tentang permainan

tradisional, permainan, sukan dan rekreasi serta membawa mereka mengalaminya sendiri.

1.3.6 membantu mereka melakukan aktiviti fizikal dengan cara yang

selamat tanpa terdedah kepada kecederaan.

1.3.7 dapat mengesan bakat yang ada dalam diri agar guru mampu

memberi latihan yang bersesuaian dan bertanding ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

1.3.8 menghilangkan rasa tertekan, rendah diri serta kesedihan yang

dialami oleh mereka.

(9)

mereka dapat menguruskan diri mereka dengan baik.

1.3.10 mempertingkatkan tahap perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap.

1.3.11 sebagai medium atau ruang untuk murid-murid kurang upaya meluahkan atau mengekspresikan emosi dengan betul.

1.3.12 meningkatkan tahap keyakinan diri dan perasaan harga diri serta menimbulkan imej diri yang positif.

1.3.13 merangsang minda murid-murid kurang upaya menjadi kreatif

(10)

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan sejarah dan perkembangan Pendidikan Jasmani Suaian di Malaysia.

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted http://www.apens.org/whatisape.html

http://www.sharingsuccess.org/code/eptw/pdf_profiles/adaptivephysical.pdf http://www.specialchildren.about.com/od/specialeducation/g/APE.htm http://www.pecentral.org/adapted/adaptedsites.html

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Arthur S. Daniels & Evelyn A.Davies (2002). Adapted Physical Education (5th ed.). San Francisco, CA: Harper and Row Publishers.

Gallahue, D.L. & Donnelly, F.C. (2003). Developmental Physical Education For All Children (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Kelly, L.E.& Melograno, V.J. (2004). Developing The Phisical Education Curriculum: An Aqchievement-based Approach. Champaign, IL: Human Kinetics.

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San

(11)

Referensi

Dokumen terkait

Pada makalah ini telah dikembangkan suatu model persediaan untuk produk yang mendekati masa ka- daluwarsa dengan mempertimbangkan diskon pen- jualan tiga tahap, dimana

Pengenalan awal cerita dapat digambarkan di neraka, ketika para iblis menunjukkan kehebatannya sebagai iblis, setelah pengenalan tokoh iblis yang digambarkan oleh

Berdasarkan proses hasil penelitian berupa identifikasi permasalahan dan potensi (sumber daya), menganalisis serta mencari solusi, menghasilkan tiga kelompok usaha

Perusahaan bisa melakukan diversivikasi ke dalam bisnis yang berbeda untuk mengurangi risiko. Manajer sering kali memiliki insentif untuk melakukan diversifikasi untuk

Pada keseluruhannya program Karnival Kesenian dan Kebudayaan ini telah berjaya bukan sahaja memberi peluang untuk mengasah bakat dalam kalangan pelajar malah ia juga dapat

Satu hal yang mungkin kurang menyenangkan dari software media player ini adalah bahwa ia juga disertai iklan jika Anda menyukai versi gratis GOM Player, kami sarankan Anda

Berdasarkan hasil penelitian dapat ditarik kesimpulan bahwa kondisi sosial ekonomi masyarakat nelayan di Desa Boddia dilihat dari indikator pendidikan, pendapatan

108 PENGELOLA SITUS ATAU WEB D-III MANAJEMEN TEKNIK INFORMATIKA 1 DINAS KOMUNIKASI DAN INFORMATIKA , KABID. INFORMASI, KOMUNIKASI PUBLIK DAN KEHUMASAN