• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fesyen Pakaian Alternatif spp0106 pdf

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Fesyen Pakaian Alternatif spp0106 pdf"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

JPA(S)TT.193/37/Klt. 5 (7) Siri No.

KERAJAAN MALAYSIA

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2006

FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF SEBAGAI PAKAIAN SEMASA BEKERJA DAN MENGHADIRI UPACARA RASMI

TUJUAN

1. Surat Pekeliling ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai fesyen pakaian alternatif kepada pakaian sedia ada yang sesuai dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan menghadiri upacara rasmi.

LATAR BELAKANG

2. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985 telah menetapkan jenis pakaian yang boleh dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi. Di samping jenis pakaian tersebut, Kerajaan telah bersetuju untuk menggariskan fesyen pakaian alternatif yang sesuai dan boleh dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja dan semasa menghadiri upacara rasmi.

(2)

FESYEN PAKAIAN ALTERNATIF PEGAWAI LELAKI

3. Fesyen pakaian alternatif bagi pegawai lelaki adalah seperti berikut:

Bil Fesyen Contoh Syarat

1. Baju kemeja berlengan panjang:-

(a) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang tiga,

(b) berkolar baju Melayu cekak musang berbutang lima,

(c) berkolar Nehru berbutang terselindung,

(d) berkolar Mandarin berbutang tiga.

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Kemeja hendaklah dimasukkan

ke dalam (tuck in).

2. Nehru suit:-

(a) berbutang hadapan,

(b) berbutang terselindung.

Lampiran E

Lampiran F

Diperbuat dari jenis kain dan warna yang sesuai.

(3)

FESYEN PAKAIAN BATIK MALAYSIA ALTERNATIF PEGAWAI LELAKI

4. Pakaian batik Malaysia hendaklah dipakai oleh pegawai perkhidmatan awam semasa bekerja pada 1 hb. dan 15 hb. setiap bulan atau semasa menghadiri upacara rasmi yang mensyaratkan pemakaiannya. Sehubungan itu, fesyen pakaian batik Malaysia alternatif pegawai lelaki yang boleh dipakai pada hari atau upacara tersebut ialah:

Bil Fesyen Contoh Syarat

1. Baju kemeja batik Malaysia berlengan panjang:-

(a) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang tiga,

(b) berkolar Baju Melayu cekak Musang berbutang lima,

(c) berkolar Nehru butang terselindung,

(d) berkolar Mandarin berbutang tiga.

Lampiran G

Lampiran H

Lampiran I

Lampiran J

Berseluar panjang. Lengan baju jangan dilipat. Sekiranya dipadankan dengan kot, baju kemeja batik hendaklah dimasukkan ke dalam (tuck in).

PAKAIAN WANITA

5. Pegawai wanita boleh memakai pakaian sedia ada seperti pakaian kebangsaan baju kurung atau kebaya atau pakaian-pakaian kaum masing-masing

(4)

yang sesuai dipakai semasa bekerja atau semasa menghadiri upacara rasmi selaras dengan peraturan sekarang.

PENGECUALIAN

6. Pegawai yang disyaratkan memakai pakaian seragam dan dibekalkan dengan pakaian berkenaan hendaklah sentiasa memakainya semasa bekerja seperti yang ditetapkan dalam peraturan sekarang.

TARIKH KUATKUASA

7. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan.

PEMAKAIAN

8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

( DATO’ SRI ISMAIL ADAM)

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam MALAYSIA

Tarikh: 7 APRIL 2006

(5)

Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun

Semua Pihak Berkuasa Tempatan

(6)

Kemeja Berkolar Baju Melayu Cekak Musang (Berbutang Tiga)

Lampiran

(7)

Kemeja Berkolar Baju Melayu Cekak Musang (Berbutang Lima)

(8)
(9)

Kemeja Berkolar Mandarin (Berbutang Tiga)

(10)
(11)

Nehru Suit (Berbutang Terselindung)

(12)

Kemeja Batik Malaysia Berkolar Baju Melayu Cekak Musang (Berbutang Tiga)

(13)
(14)

Kemeja Batik Malaysia Berkolar Nehru (Berbutang Terselindung)

(15)

Kemeja Batik Malaysia Berkolar Mandarin (Berbutang Tiga)

Referensi

Dokumen terkait

Kegelisahan Jasser Auda terhadap tidak berfungsinya “hukum Islam” sebagaimana sudah diuraikan dalam pendahuluan merupakan alasan utama ditulisnya kajian

Tabel 5 menunjukkan bahwa persentase bayi yang mengalami asfiksia lebih banyak yang meninggal pada usia neonatal (62,07%) dari pada yang hidup (17,24%), sedangkan neonatal yang

Buku Pedoman Pembimbingan Akademik Bagi Mahasiswa ini memuat tentang proses atau mekanisme pembimbingan akademik, waktu pembimbingan akademik, hak dan kewajiban mahasiswa

Dari blok diagram diatas dijelaskan bahwa touchscreen yang akan mengirimkan perintah berupa step brightness yang dikirimkan pada Arduino melalui Ethernet berupa

Dengan adanya penelitian ini, diharapkan (1) guru dapat menerapkan metode sumbang kata Qurani dalam pembelajaran menulis puisi; (2) siswa mendapatkan pengajaran yang baik

Untuk mengkaji apakah Debt to Equity Ratio, Return On Equity, Total Asset Turn Over, dan Earning Per Share mempunyai pengaruh positif signifikan terhadap Return Saham

Logam memiliki hambatan yang sangat kecil. Dengan memberi beda potensial yang kecil saja antar dua ujungnya, arus yang mengalir cukup besar... Parameter kawat yang menentukan

Hasil dari wawancara terhadap 50 anak didik di LPKA menunjukkan adanya beberapa peningkatan dalam diri mereka setelah mengikuti program pembinaan pesantren yaitu sekarang mereka