• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bunuh diri tekanan desakan atau kecelaru

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Bunuh diri tekanan desakan atau kecelaru"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Bunuh diri; tekanan, desakan atau kecelaruan?

Artikel ini telah diterbitkan oleh Majalah Dakwah, Mac/April 2017, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Putrajaya. Hal 56-58.

Oleh: Khairul Hamimah Mohd Jodi & Faridah Che Hussain

Akhir-akhir kini semakin kerap terpampang laporan di dada akhbar semasa mengenai kejadian individu membunuh diri. Antara kejadian terkini ialah pada Oktober 2016 seorang lelaki dipercayai membunuh dirinya kerana bakal dikenakan penjara akibat menjual rokok seludup. Jika kita lihat lima tahun kebelakangan ini, setiap tahun akan terdapat paparan kes bunuh diri yang melibatkan pelajar, suri rumah, suami, isteri, lelaki, wanita, ahli perniagaan, penganggur, balu dan sebagainya sehingga terdapat ibu atau bapa yang melibatkan anaknya utuk membunuh diri. Kejadian membunuh diri ini dilakukan oleh pelbagai individu tanpa mengira usia, status pekerjaan, bangsa, jantina dan agama.

Malaysia yang kini melalui arus permodenan dan masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum, terdedah kepada stress yang tinggi dan tidak juga terlepas daripada mengalami senario tingkah laku bunuh diri.

Pada tahun 2007 sahaja seramai 731 individu dilaporkan telah membunuh diri yang dilaporkan di Kementerian Kesihatan. Pada tahun 2013 pula, 178 kes kejadian bunuh diri atau cubaan untuk membunuh diri yang dicatatkan manakala 191 kes dicatatkan pada tahun 2014. Seterusnya sehingga Oktober 2015, sebanyak 130 kes bunuh diri direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46 adalah wanita, 34 daripadanya ialah daripada bangsa Melayu, 42 kaum India, 47 dari kaum Cina dan selebihnya (tujuh) adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

(2)

diperolehi kerana kebanyakan kes bunuh diri di Malaysia dikelaskan sebagai kes kematian tak diketahui (undetermined deaths).

Kita lihat laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia ‘Preventing Suicide,A Global Imperative’, dianggarkan lebih daripada 800,000 orang di seluruh dunia membunuh diri setiap tahun. Ini bersamaan dengan kadar 1 kematian akibat bunuh diri bagi setiap 40 saat. Manakala bagi setiap 1 kes kejadian bunuh diri, terdapat lebih daripada 20 kes cubaan bunuh diri. Di peringkat global, bunuh diri merupakan antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur di antara 15-29 tahun. Menurut laporannya lagi pada tahun 2014 menunjukkan negara berpendapatan rendah mempunyai bilangan yang ramai membunuh diri berbanding dengan negara yang berpendapatan tinggi.

Apa itu bunuh diri ?

Apa itu bunuh diri? Bunuh diri boleh dimaksudkan apabila individu itu mengambil nyawanya sendiri dengan sengaja, secara sedar dan berniat untuk mati. Dia akan melakukan dengan pelbagai cara untuk mengakhiri kehidupan pelbagai cara, sama ada terjun daripada tempat yang tinggi, minum racun, menyuntik racun ke dalam badan, mengambil ubat berlebihan, mengelar tangan sendiri, menggantungkan diri, melemaskan diri sendiri, membakar diri, menikam/menembak diri sendiri dan pelbagai lagi. Apa yang penting ialah nyawanya mesti ditamatkan kononnya itulah penyelesaian terbaik bagi dirinya.

(3)

kerja, kegagalan akademik, kehilangan orang yang disayangi,ketidakmampuan individu itu menghadapi tekanan kehidupan yang dialami serta mempunyai sejarah bunuh diri dalam keluarga. Kita juga tidak boleh menafikan pengaruh nilai-nilai sekular yang cuba menyerap masuk tanpa disedari dalam kehidupan umat Islam masa kini. Itu hanyalah sebahagian kes yang dapat dikenal pasti, bagaimana pula dengan kes-kes terpencil yang tidak dilaporkan oleh media? Walaupun wujud pelbagai faktor, namun yang paling penting ialah lemah dan rapuhnya pegangan agama merupakan sebab utama mereka mengambil jalan mudah kerana tidak mampu berfikir secara waras.

Dalam Islam, kelakuan membunuh diri ini merangkumi membunuh diri dan cubaan membunuh diri. Hanya cubaan membunuh diri ini tidak semestinya membawa maut. Di Malaysia, bunuh diri merupakan satu bentuk jenayah di bawah Seksyen 309 dan siasatan dikendalikan oleh pihak polis.

Larangan bunuh diri

Semua agama melarang penganutnya membunuh diri. Islam secara jelas dan nyata tidak membenarkan penganutnya mengambil nyawa sendiri tanpa sebab kerana nyawa ialah hak milik Allah SWT. Tindakan ini sangat dibenci oleh Allah SWT dan berdosa besar apabila dilakukan malah akan disumbatkan ke dalam neraka. Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 32 yang bermaksud: “…barangsiapa yang membunuh seorang manusia, bukan kerana orang itu (membunuh) orang lain (qisas), atau bukan kerana membuat kerosakan di

muka bumi, maka seakan-akan dia telah membunuh manusia seluruhnya…” firman-Nya lagi

dalam Surah al-Nisa' ayat 29 yang bermaksud:“..Dan janganlah kamu membunuh diri kamu, sesungguhnya Allah amat penyayang kepada kamu..”. Nabi Muhammad SAW turut mengajar

umatnya menghindari perbuatan terkutuk ini kerana balasan dan azabnya yang sangat dasyat. Lihat sahaja sabdanya yang bermaksud: “Orang yang mencekik dirinya (bunuh diri) maka dia akan mencekik dirinya di neraka, dan orang yang menusuk dirinya maka dia akan

menusuk dirinya di neraka.” (Bukhari). Sabdanya lagi: “Sesiapa yang menjatuhkan dirinya

dari puncak bukit kerana membunuh diri, maka dia akan berulangkali jatuh ke dalam api

(4)

akan berada di tangannya dan dia akan meneguknya berulangkali di dalam neraka

selamanya, sesiapa yang membunuh dirinya dengan menggunakan besi, maka besi itu akan

berada di tangannya dan dia akan memukul kepalanya dangan besi itu berulangkali di

dalam neraka selamanya (Muslim, Darimi, Ahmad).

Berdasarkan maksud ayat al-Quran dan hadis di atas, amat malang kepada mereka yang membunuh diri kerana berdosa besar dan kekal selamanya di dalam neraka. Sanggupkah anda mencekik leher berulang kali di dalam neraka disebabkan oleh tindakan anda sendiri yang dilakukan tanpa berfikir dengan waras akan akibatnya? Malah, azab yang dikenakan ini akan kekal buat selama-lamanya. Sehari di neraka adalah umpama seribu tahun hidup di dunia ini, justeru mampukah kita menghadapinya?

Tekanan, bagaimana menanganinya?

(5)

Selain itu, jika kita berhadapan dengan individu yang berniat untuk membunuh diri, terdapat beberapa langkah untuk mencegahnya. Bawalah mereka ke tempat selamat agar mudah untuk mereka meluahkan masalah, cuba yakinkan dirinya untuk berjumpa dengan kaunselor, pegawai psikologi, psikiatri dan NGO (Befrienders) untuk tujuan tersebut. Bercakaplah dengan mereka agar mereka dapat meluahkan perasaan, jangan memandang remeh niat mereka untuk membunuh diri dan jadilah seorang pendengar kerana mereka sebenarnya ingin anda mendengar masalah yang dialami. Secara perlahan-lahan yakinkan diri mereka bahawa Allah SWT tidak akan menguji hamba-Nya di luar kemampuannya sebagaimana yang disebut dalam surah al-Baqarah, ayat 286.

Referensi

Dokumen terkait

Metode kegiatan dengan melakukan design thinking , sosialisasi, pelatihan penggunaan alat produksi, penurunan kadar air dalam ikan asin agar dapat bertahan lebih lama, pemeriksaan

Hasil menunjukkan perbandingan bengkuang dan terung belanda memberikan pengaruh nyata terhadap overrun, waktu pelelehan, padatan terlarut, kadar air, total gula, total asam,

Pelaksanaan supervisi manajerial adalah kegiatan profesioal yang dilakukan pengawas sekolah dalam rangka membantu kepala sekolah guna meningkatkan mutu dan efektifitas

Berdasarkan data tersebut yaitu kelompok 7 memiliki sampel air kosan di Pondok Cina, kelompok 8 memiliki sampel air sumur di Beji, kelompok 9 memiliki sampel air sumur di Rumah

Hal ini dilakukan mengingat target sasaran dari PBTY 2017 adalah masayarakat umum bukan hanya masyarakat keturunan tionghoa saja, sehingga pesan-pesan tentang

Saat diskusi tahun lalu saya telah mengingatkan, bahwa sumber daya budaya yang terkelola dengan baik, lebih mudah untuk dikemas dan ditawarkan sebagai paket wisata.. Sehingga

Nilai-nilai karakter yang dapat dipetik dari Wu Li adalah: mengajarkan murid untuk belajar dengan rasa percaya diri, mandiri, kerja keras, kritis, kreatif, bersemangat,

Dan strategi komunikasi untuk memperkuat kapasitas kelembagaan melalui peningkatan sumberdaya manusia pada pengelolaan lahan gambut di sektor pertanian adalah peningkatan