• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERKEMBANGAN ICT DALAM SISTEM PENDIDIKAN TINGGI DI ABAD 21: ICT SEBAGAI AGEN PERUBAHAN PENDIDIKAN

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PERKEMBANGAN ICT DALAM SISTEM PENDIDIKAN TINGGI DI ABAD 21: ICT SEBAGAI AGEN PERUBAHAN PENDIDIKAN"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

PERKEMBANGAN ICT DALAM SISTEM PENDIDIKAN TINGGI DI ABAD 21: ICT SEBAGAI AGEN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Hamdan Zakaria1, Hasnida Ibrahim2 2

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis Emel: padelauh@gmail.com 1

Politeknik METrO Johor Bahru, Emel: hasnidaibrahim83@gmail.com

Abstrak

Teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) adalah satu integrasi antara teknologi komputer dan pemprosesan maklumat. ICT diaplikasikan sebagai penggunaan komputer dan perisian untuk mengubah, menyimpan, melindungi, memproses, memindah, melihat dan mendapatkan maklumat tanpa mengira tempat dan masa. Kemunculan ICT secara asasnya telah berjaya mengubah amalan dan prosedur hampir semua bidang termasuklah sistem pendidikan. Peranan ICT dalam sistem pendidikan menjadi semakin penting di abad ke 21. Kertas kerja ini membincangkan perkembangan ICT dalam sistem Pendidikan Tinggi terhadap kurikulum serta kaedah pengajaran dan pembelajaran. Di antara cabaran perkembangan ICT ialah mengubah sistem industri penerbitan buku, mengurangkan kadar perjumpaan bersemuka semasa proses PdP, integriti dan sikap pensyarah merosot. Walaubagaimanapun, dapatan kajian menunjukkan kemunculan ICT berjaya mengubah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih baik selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025 (PPPM (PT) mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu.

Kata Kunci: ICT, Proses Pengajaran dan Pembelajaran, Pendidikan Tinggi

PENGENALAN

Sistem pendidikan tinggi Malaysia telah melalui pelbagai proses transformasi supaya sentiasa relevan dan berdaya saing seiring dengan persaingan global. Pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) atau PPPM (PT) pada 7 April 2015 telah menggariskan 10 lonjakan asas yang memfokuskan kepada aspirasi pihak berkepentingan dalam pendidikan tinggi dan pengukuhan ekosistem. Lonjakan ini mendorong kecemerlangan berterusan dalam sistem pendidikan tinggi. Lonjakan ini juga menjelaskan kaedah untuk menangani isu berkaitan prestasi utama sistem, terutamanya kualiti dan kecekapan serta pengaruh persekitaran global yang semakin mencorakkan landskap pendidikan tinggi. Perkembangan Institusi Pendidikan Tinggi di Malaysia, adalah seiring dengan arus pemodenan. Ini berdasarkan kepada penstrukturan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) ke arah pusat penyelidikan dan pembangunan serta melahirkan sumber manusia dalam pelbagai cabang ilmu dan kemahiran di samping percambahan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS).

PPPM (PT) 2015-2025 mentransformasikan sistem pendidikan tinggi Malaysia untuk menghadapi cabaran baharu. Melalui lonjakan ke 9 iaitu pembelajaran dalam talian secara global, model pembelajaran teradun iaitu blended learning menjadi pendekatan pedagogi utama untuk semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) bersesuaian dengan trend terkini perkembangan teknologi abad 21. Pelajar mendapat manfaat daripada prasarana siber yang mantap untuk menggunakan teknologi melalui kaedah e-pembelajaran. Bagi mencapai hasrat ini, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bekerjasama dengan IPT untuk membina keupayaan komuniti akademik, meneroka penubuhan platform e-pembelajaran dan menjadikan pembelajaran dalam talian sebagai komponen penting pendidikan tinggi dan pembelajaran sepanjang hayat.

(2)

Teknologi maklumat dan komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT) telah diperluaskan tidak hanya terhad di kawasan bandar, malah ianya menjadi tumpuan di kawasan luar bandar. Inisiatif kerajaan Malaysia memperkenalkan ICT merupakan platform terbaik untuk semua masyarakat menggunakan kemudahan teknologi untuk pelbagai tujuan. ICT ditakrifkan sebagai bentuk alatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, menyimpan, memindah dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik, (Analisa, Rosseni, Siti Zuraida, Nor Syazwani, Helmi, Nor Mohamad & Ahmad Syukri 2015). Penggunaan ICT dapat meningkatkan prestasi dan menjadikan sumber maklumat diuruskan dengan lebih sistematik dan pantas.

Penggunaan ICT dalam sistem pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) bermaksud menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan proses PdP. IPT perlu merealisasikan PPPM (PT) menerusi objektif strategik ke 4 iaitu mengolah reka bentuk sistem pendidikan selaras dengan perkembangan ICT kini yang secara tidak langsung memberi impak besar dalam sistem pendidikan abad 21. Menurut Rogayah dan Mohd Aderi (2016), dunia teknologi kini mentransformasikan pendidikan khususnya aspek proses PdP yang menekankan elemen integrasi teknologi dalam pendidikan. Hujah ini disokong oleh Shah Rulbani, Mohd Isa & Khadijah (2017) menyatakan bahawa perkembangan dan kepesatan ICT pada zaman globalisasi kini menuntut IPT membuat anjakan paradigma dalam penyampaian sistem pendidikan agar terus relevan.

ICT SEBAGAI AGEN PERUBAHAN

Penggunaan ICT dalam pelbagai urusan kita pada masa kini dilihat sebagai suatu perkara yang telah menjadi kebiasaan. Sekiranya pada masa dahulu penggunaan ICT adalah sebagai suatu pilihan, tetapi pada masa kini penggunaan ICT bukan lagi merupakan suatu pilihan malah penggunaan ICT telah menjadi suatu keperluan. Tempias perkembangan ICT ini juga telah memberi kesan secara langsung terhadap proses PdP. Integrasi ICT dalam proses PdP telah menyaksikan perubahan daripada penggunaan papan hitam dan kapur kepada penggunaan Internet dan slaid powerpoint sebagai alat bantu mengajar.

Dalam bidang pendidikan, peranan teknologi kian hari menuntut perubahan yang lebih drastik dan efisyen demi mencapai kecemerlangan. Hal ini bagi memastikan sistem pendidikan berkembang pesat selaras dengan era globalisasi yang menuntut transformasi dan inovasi dalam pendidikan. Malah penggunaan ICT menjadi semakin penting kerana mampu menyediakan iklim pengajaran dan pembelajaran yang proaktif (Gabare 2014). Selain itu di antara peranan ICT dalam proses PdP ialah mengorganisasi dan mengukuh pemikiran pelajar, membantu pelajar menganalisis dan menilai pemikiran, membantu pelajar membuat visualisasi, menyampaikan pemikiran secara tepat dan jelas dan meningkatkan motivasi dalam pembelajaran.

Kajian lepas menunjukkan ICT telah berjaya menjadi agen perubahan dalam sistem pendidikan. Menurut Syed Ismail & Ahmad Subkhi (2010), pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam PdP boleh menjadikan persekitaran pembelajaran lebih canggih, futuristik dan sesuai dengan era teknologi maklumat. Kajian ini disokong oleh Hussain (2011) menyatakan pengintegrasian ICT dalam proses PdP merupakan salah satu ciri-ciri pembelajaran abad 21 bagi melahirkan generasi muda yang mampu bersaing di masa hadapan seterusnya membantu meningkatkan kemahiran, motivasi, pengetahuan dan maklumat. Proses PdP yang menggunakan teknologi membolehkan sesi pembelajaran menjadi lancar, menjimatkan masa, tenaga serta sumber-sumber kewangan (Khadijah 2014).

Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk :

1. Membincangkan impak perkembangan ICT terhadap kurikulum dan kaedah PdP dalam sistem Pendidikan Tinggi.

(3)

IMPAK PERKEMBANGAN ICT TERHADAP kurikulum

Kurikulum adalah core kepada business pendidikan. Kurikulum merupakan satu rancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran, nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadi pilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepada satu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhi keperluan individu dan negara (Syed Kamaruzaman, Julismah, Habib, Mohd Faisal & Parwazalam, 2011)

Proses PdP konvensional menumpukan kepada isi kandungan kurikulum semata-mata. Kandungan kurikulum diterjemahkan melalui buku atau modul sebagai rujukan pelajar. Pensyarah menyampaikan kurikulum melalui proses PdP iaitu terhad kepada sesi kuliah dan tutorial. Kontemporari ini, kurikulum mengutamakan kompetensi dan prestasi. Rekabentuk kurikulum lebih menekankan keupayaan pelajar untuk mengaplikasikan kandungan kurikulum berbanding kefahaman semata-mata. Kurikulum Berasaskan Kompetensi (KBK)

Kurikulum abad 21 dibentuk selaras dengan perkembangan ICT supaya relevan dan koheran dengan keadaan semasa dan boleh memenuhi matlamat-matlamat yang ditentukan. Garis panduan tentang bentuk, isi dan pelaksanaan kurikulum itu pastinya ditentukan oleh senario yang dapat dilihat dari aliran pembangunan dan kemajuan teknologi.

Kurikulum Berasaskan Kompetensi (KBK) merupakan gabungan dari pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang direfleksikan dalam kebiasaan berfikir dan bertindak. Kompetensi bermaksud pengetahuan, kemahiran dan kemampuan yang dikuasai oleh seorang yang telah menjadi sebahagian daripada dirinya sehingga ia dapat melakukan perilaku-perilaku yang kognitif, afektif dan psikomotorik dengan sebaik-baiknya (Zulfikar Ali Buto 2014).

Menurut Fadhilah, Nurahimah, & Rafisah (2017), perkembangan ICT menyebabkan berlakunya perubahan kurikulum konvensional kepada kurikulum berasaskan kompetensi. Terdapat beberapa aspek yang terkandung dalam konsep KBK iaitu pengetahuan, pemahaman, kemampuan, nilai, sikap dan minat. Ciri-ciri KBK ialah;

 Berorientasikan pada hasil pembelajaran iaitu learning outcomes.  Kaedah pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.  Sumber PdP bukan hanya dari pensyarah semata-mata.

 Penilaian menekankan kepada pencapaian Course Learning Outcome dan Program Learning Outcome.

Literasi Maklumat

Kurikulum yang direncanakan mestilah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi selaras dengan perkembangan ICT. Fokus pengisian kurikulum semestinya lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan berbagai-bagai kemahiran generik bertujuan memenuhi matlamat mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif.

Menurut Mohammad Rezal, Emma & Mohd Yusof (2016), di dalam era globalisasi, ICT menjadi alat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Kuasa sebenar seseorang individu sebenarnya terletak kepada tahap pengetahuan mereka samada untuk kegunaan sendiri, ditambah nilai untuk perkongsian ilmu, penyebaran ilmu bermanfaat atau persaingan dalam perniagaan dan keusahawanan dan berbagai tujuan lain. Ilmu itu menjadi pengaruh yang kuat dalam menjayakan sesuatu program, agenda atau tugasan dan penulisan. Manusia yang berilmu dan mempunyai daya kepimpinan menjadi faktor ikutan kepada mereka yang kurang berilmu yang bertindak sebagai pengikut atau backup. Kemahiran mendapatkan ilmu menjadi teras kepada literasi maklumat.

Literasi maklumat adalah keupayaan seseorang untuk mendapatkan data untuk diolah menjadi ilmu dan maklumat yang relevan untuk digunakan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah

(4)

serta menghasilkan ilmu baru untuk dikongsi atau disebarkan kepada orang lain. Ia juga boleh didefinisikan sebagai keupayaan untuk mengakses dan menilai maklumat bagi membantu membuat pemilihan dan penyelesaian masalah secara efektif (Mohammad Rezal, 2016).

Literasi maklumat dalam kandungan kurikulum bertujuan untuk memastikan para pelajar yang tamat pengajian tidak hanya menunjukkan kemahiran dan pengetahuan dalam domain subjek mereka tetapi juga memiliki kemahiran generik. Hasil kajian Norazila, Jamsari, Nazri & Nur Atiqah (2015) menunjukkan Jabatan Pendidikan Tinggi meletak standard bagi semua kurikulum dalam pendidikan tinggi di Malaysia harus mempunyai rekabentuk yang menerapkan kemahiran generik yang meliputi;

• kemahiran berfikir, bertindak, mengadaptasi, menyelesai masalah dan membuat keputusan • kemahiran interpersonal dan berkomunikasi

• kemahiran ICT, multimedia dan kemahiran pengurusan maklumat • kemahiran kepimpinan

• Kemahiran keusahawanan

Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan telah memberikan impak kepada kurikulum yang menjurus kepada kebolehpasaran pelajar. Adalah menjadi satu keperluan kepada IPT untuk memastikan para pelajar dapat mencapai tahap literasi maklumat yang sesuai iaitu keupayaan untuk mengenal pasti, mencari dan menilai maklumat yang dipelajari sebagai persediaan di alam pekerjaan. Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan tinggi membantu meningkatkan kemahiran generik dalam kalangan pelajar. Kemahiran generik dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketrampilan di alam pekerjaan. Pekerja yang berketrampilan menjadi aset kepada majikan seterusnya dapat memajukan diri dan memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan.

IMPAK PERKEMBANGAN ICT TERHADAP PROSES PdP

Pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek penting dalam pelaksanaan kurikulum. Menjelang abad 21, pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Perkembangan ICT juga turut memberi impak kepada kaedah PdP. Kaedah PdP berpusatkan pelajar diaplikasikan bagi mencapai matlamat dan objektif kurikulum. Melalui perkembangan teknologi, proses PdP menggalakkan pelajar lebih memiliki tanggungjawab untuk mengurus pembelajaran mereka. Berbanding sebelum ini, kaedah PdP berpusatkan pensyarah yang mana pelajar bergantung sepenuhnya kepada pensyarah untuk mendapatkan ilmu.

Proses PdP pada abad 21 dibantu oleh perkembangan ICT seperti penggunaan Internet dan Web 2.0. Ini bukan bertujuan menggantikan pensyarah dengan penggunaan teknologi tetapi untuk menimbulkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih menyeronokkan, berkesan dan lebih bermakna kepada pelajar. Teknologi Web 2.0 merupakan satu revolusi kepada penggunaan internet dan web yang mempunyai ciri perkongsian maklumat, mudah dikenali, reka bentuk berpusatkan pengguna dan kerjasama di World Wide Web. Laman Web 2.0 membolehkan pengguna berinteraksi dan bekerjasama antara satu sama lain atau dalam erti kata lain media sosial (Sharifah Nor & Kamarul Azman 2011)

Kaedah PdP Berpusatkan Pelajar

Perkembangan teknologi dunia yang pesat, yang dibawa oleh Revolusi Industri ke-4 mengubah aspek kehidupan dalam semua bidang termasuklah bidang pendidikan. Justeru itu, kaedah PdP perlu disesuaikan dengan perkembangan teknologi dan persekitaran pelajar agar seiring dengan peredaran zaman. Ini merangkumi pengintegrasian kemahiran abad 21 dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dalam pelaksanaan kurikulum. Kemahiran ini merangkumi kreativiti, inovasi, komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, kerja berpasukan, keupayaan membuat keputusan, keupayaan membuat kajian dan penyelidikan, dan penyelesaian masalah.

(5)

Menurut Abdull Sukor, Mohd Izam, Nurahimah & Mohd Isha (2016), perkembangan ICT memberi peluang pembelajaran yang lebih meluas kepada pelajar. Mereka bukan sahaja belajar tentang isi kandungan malah fokus kepada penjanaan ilmu dan penyelesaian masalah dalam dunia sebenar melalui penggunaan ICT. Kaedah PdP berpusatkan pelajar dapat diterapkan oleh pensyarah melalui strategi pembelajaran yang berfokuskan kepada:

 Pembelajaran Kendiri  Pembelajaran Kolaboratif  Pembelajaran Berasaskan Projek  Pembelajaran secara Inkuiri-Penemuan  Penyelesaian Masalah

 Pembelajaran Masteri  Konstruktivisme

 Pembelajaran Penerokaan

Teknologi mempunyai keupayaan dalam menggalakkan transformasi pendidikan. Melalaui kaedah PdP berpusatkan pelajar dapat meningkatkan keupayaan, kecekapan dan hasil berfokuskan kurikulum.

Pensyarah memainkan peranan lebih penting kepada pelajar dengan melibatkan pelajar sepenuhnya secara aktif dalam semua aktiviti sama ada di dalam atau di luar kuliah. Pensyarah berperanan sebagai pemudahcara pembelajaran dan berperanan sebagai pembekal maklumat. Pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang oleh guru bagi membina dan mengukuhkan minat pelajar terhadap pembelajaran. Pelajar dibimbing supaya bersedia menerima pengajaran dan berupaya untuk meneruskan pembelajarannya sendiri. Pelajar ketika itu perlu dilatih untuk berdikari, yakin pada diri sendiri dan meningkatkan rasa tanggungjawab (Abdull Sukor, Mohd Izam, Nurahimah & Mohd Isha 2016)

Teori Pembelajaran Konstruktivisme

Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan tinggi menyebabkan pelaksanaan PdP adalah berasaskan kepada pendekatan konstruktivisme. Proses PdP yang menggunakan kemudahan ICT menyokong kepada teori pembelajaran konstruktivisme.

Teori pembelajaran konstruktivisme mengutamakan penekanan kepada aktiviti pelajar. Fokus utama teori ini kepada aktiviti mental pelajar, bukan kepada tingkah laku. Pembelajaran dari perspektif konstruktivisme dilihat sebagai satu proses di mana pengalaman yang diperolehi pelajar adalah berkaitan dengan pengetahuan. Berdasarkan kajian McBrien dan Brandt (1997), proses PdP bagi setiap pelajar membina pengetahuan berlangsung secara aktif. Pendekatan konstruktivisme telah memberi impak positif terhadap proses PdP. Ini kerana dalam mengaplikasikan pendekatan ini, pelajar didedahkan dengan aktiviti kompleks seperti membuat perhubungan, merefleksi, bertanya dan menjawab soalan, menghuraikan isi pelajaran, berbincang, berinkuiri, menyelesaikan masalah mengkonstruk idea, menganalisis dan mensintesis idea (Abdull Sukor, Mohd Izam, Nurahimah & Mohd Isha, 2016).

Di antara kelebihan teori pembelajaran ini ialah pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah yang diberikan semasa proses PdP. Pelajar mencapai tahap pemikiran yang lebih tinggi berbanding pelajar yang hanya menerima ilmu tanpa berfikir. Selain itu, pelajar juga akan lebih bersikap positif kerana penglibatan pelajar adalah secara aktif dan maksimum untuk membentuk pengetahuan. Pelajar berpeluang berinteraksi secara dua hala dengan pensyarah dan rakan yang lain. Konstruktivisme juga menggalakkan pembelajaran seumur hidup iaitu lifelong learning. Ini kerana, pelajar dilatih untuk mendapatkan maklumat dengan menyelesaikan masalah yang berlaku di sekeliling mereka, (Zurainu Mat Jasin& Abdull Sukor Shaari, 2012).

Kajian Syahida Nadia Zakaria (2015), menunjukkan teori pembelajaran konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pensyarah berperanan sebagai fasilitator yang membantu

(6)

pelajar membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah. Pensyarah juga mengenal pasti pengetahuan sedia ada pelajar dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut. Interaksi sosial dilihat memainkan peranan penting dalam proses pembelajaran ini (Abdull Sukor, Mohd Izam, Nurahimah & Mohd Isha, 2016).

Proses PdP Fleksibel

Pendidikan fleksibel adalah pendidikan yang direka bentuk untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk belajar pada bila-bila masa, tanpa kekangan dari segi lokasi dan terbuka untuk semua lapisan masyarakat atau dengan kata lain anytime, anywhere, anyone. Pendidikan fleksibel ini mengiktiraf kaedah pembelajaran berasaskan teknologi atau alam maya di samping kaedah PdP secara bersemuka atau face to face.

Menurut Nabila, Helmi, Mohd Jasmy & Nur Atikah (2017), pendidikan kini makin berubah sejajar dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih pada era globalisasi kini. Teknologi maklumat dalam pendidikan berkembang dengan pesat pada era kini. Perkembangan dunia teknologi dalam kehidupan masa kini secara tidak langsung memberi impak terhadap sistem pendidikan yang bertunjangkan teknologi pendidikan. Antara teknologi pendidikan yang sedang hangat dibangunkan adalah Massive Open Online Learning Courses atau lebih dikenali sebagai MOOC. Di Malaysia, MOOC telah dijalankan melalui platform Open Learning yang memberikan pengiktirafan dan kredit melalui polisi yang dikeluarkan oleh Malaysia Qualification Agency. MOOC merupakan salah satu platform dalam persekitaran pembelajaran yang baru digunakan di peringkat pengajian tinggi di Malaysia. MOOC telah membuka ruang suasana pembelajaran yang lebih terbuka, kondusif dan fleksibel kepada semua lapisan masyarakat secara percuma (Michael et.al., 2016)

Menurut Mohd Nasran Abd Halim, Mohd Isa Hamzah & Zolkepeli Haron (2016), melalui perkembangan ICT, aktiviti pembelajaran adalah bersifat fleksibel iaitu tidak lagi terhad di dalam bilik kuliah semata-mata. Sesuai dengan perubahan teknologi ini, pendekatan PdP turut melalui evolusi tersendiri di mana kaedah yang lebih kreatif dan inovatif telah dihasilkan dalam penyampaian ilmu kepada pelajar. Perubahan kaedah yang lebih kreatif dan inovatif dalam aktiviti pembelajaran ini memberikan peluang dan fleksibiliti kepada semua ahli akademik terutamanya kepada warga kerja untuk melanjutkan pengajian tanpa meninggalkan kerjaya mereka.

Pendidikan tinggi tidak lagi dilihat semata-mata disampaikan sepenuhnya di dalam bilik kuliah atau secara konvensional sebaliknya kini dijalankan secara jarak jauh atau kelas diikuti secara alam maya atau virtual classroom dengan adanya bantuan ICT (Yuan & Ryan Baker, 2015). Penggunaan ICT dan telefon pintar juga kini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada medium penyampaian pembelajaran yang menyokong kepada kaedah pembelajaran secara pembelajaran teradun iaitu blended learning.

E-pembelajaran atau e-learning merupakan satu bentuk rangkaian atau pembelajaran atas talian yang menggunakan teknologi multimedia sebagai medium tambahan pembelejaran yang mengambil alih kaedah formal (Yuan & Ryan Baker, 2015). KPT juga telah membangunkan dasar yang dikenali sebagai Dasar e-pembelajaran Negara (DEPAN) pada tahun 2011 sebagai panduan kepada IPT dalam melaksanakan e-pembelajaran. e-pembelajaran dikaitkan dengan penggunaan ICT dalam memudah cara dan mempelbagaikan aktiviti PdP. Menurut Mohamed Amin Embi (2011), hampir semua IPT (90%) sudah mempunyai polisi e-pembelajaran mempunyai pelan implementasi mereka sendiri. Pembelajaran atas talian dapat mewujudkan interaksi yang efektif di antara pelajar dan pensyarah. Ruang chat, forum perbincangan dan instant messaging yang ada dalam sistem LMS misalnya memberi interaksi yang efektif untuk pelajar-pelajar bagi menggantikan perbincangan dalam kelas. Hujah ini disokong oleh Abu Bakar & Zaidah (2017), menjelaskan bahawa pembinaan komuniti atas talian sebegini meningkatkan lagi keberkesanan perisian atas talian yang digunakan dalam e-pembelajaran. Kesan penggunaan dan kemampuan pelajar dalam mengoptimumkan kelebihan

(7)

teknologi di IPT amat menggalakkan. Jika gaya pembelajaran seperti ini berterusan, e-pembelajaran akan menjadi antara pemangkin utama sistem pendidikan pada tahun-tahun mendatang.

Perkembangan ICT juga menyebabkan IPT dapat melaksanakan Pembelajaran Jarak Jauh (PJJ) atau Open and Distance Learning (ODL). PJJ merupakan kaedah pengendalian pengajian secara ODL yang dilaksanakan secara tidak bersemuka. PJJ adalah satu kaedah PdP yang ditawarkan kepada pelajar tanpa memerlukan pelajar berada secara fizikal di tempat program pengajian tersebut ditawarkan. Pengendalian program secara PJJ biasanya melibatkan perancangan yang tersusun dan diatur untuk menyediakan bahan dan instrumen pengajaran seperti bahan cetak (buku, jurnal, nota, pita rakaman dan video) atau media komunikasi elektornik (internet, sidang video, sidang audio, faks, telefon) dan sebagainya kepada pelajar dan melibatkan proses PdP yang terancang di mana pengajar dan pensyarah tidak berada di tempat yang sama (Yusuf & Sharifah 1990).

Melalui pendekatan menggunakan ICT telah memberi nilai tambah dan meningkatkan persekitaran pembelajaran bercorak interaktif dan kolaboratif bagi menghasilkan proses PdP yang lebih efektif. Melalui pendekatan ini, para pelajar boleh mengakses maklumat atau bahan pembelajaran secara atas talian pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas kelas atau di dalam atau di luar kampus. Kaedah ini juga dilihat dapat memberi fleksibiliti kepada pelajar kerana tempoh masa pertemuan bersemuka dikurangkan dan diganti dengan komunikasi melalui platform e-pembelajaran. Melalui penggunaan teknologi, IPT telah memperluaskan ruang lingkup PdP luar kampus bukan sahaja kepada pengajian luar kampus malah pengajian dalam kampus juga turut memanfaatkan kemudahan ICT . CABARAN PERKEMBANGAN ICT DALAM PENDIDIKAN TINGGI

Dalam era globalisasi yang berpaksikan perkembangan ICT, pembangunan pendidikan mementingkan pembudayaan ICT dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Dalam sistem pendidikan tinggi, perkembangan terkini menyaksikan ICT menjadi alat pemangkin utama untuk menyebar dan menyimpan maklumat dan seterusnya membantu pelajar membina pengetahuan baru. Namun demikian terdapat beberapa cabaran timbul hasil perkembangan ICT dalam sistem pendidikan tinggi. Industri Penerbitan Buku

Perkembangan teknologi yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu telah banyak mengubah keadaan persekitaran industri penerbitan buku, (Hesmondhalgh, 2013). Daripada format kandungan, sehinggalah kepada proses penghasilan buku, yang melibatkan penyuntingan, perekaan, percetakan dan pengedaran, hampir kesemuanya telah berubah ke arah berkomputer dan digital (Thompson, 2012). Kewujudan e-buku sebagai contoh, telah menyebabkan proses pembacaan, pembelian dan penyimpanan buku menjadi lebih mudah. Kesannya, di beberapa buah negara maju, pembacaan melalui e-buku semakin berkembang dan kewujudan peranti-peranti elektronik seperti telefon pintar dan peranti yang khusus untuk pembacaan juga didapati banyak mempengaruhi keinginan seseorang itu untuk membaca (Bain & Company, 2011).

Dari segi proses penghasilan buku pula, perkembangan teknologi digital dilihat telah mengubah keadaan operasi dan pengurusan kandungan, termasuk aktiviti yang berkaitan dengan penjualan dan pemasaran buku. Seperti yang dinyatakan oleh Thompson (2012), hari ini, pengurusan pentadbiran, stok dan kandungan di dalam sesebuah syarikat penerbitan banyak bergantung kepada teknologi komputer dan digital. Ini menjadikan pengurusannya lebih sistematik, cekap dan efisyen. Penjualan dan pemasaran buku menerusi dalam talian juga turut berkembang pesat dengan wujudnya Internet dan media sosial.

Namun demikian, perkembangan teknologi ini dilihat membawa cabaran-cabaran baharu, (Fadli Abdullah & Md Sidin Ahmad Ishak, 2016). Penurunan yang agak signifikan dalam penjualan buku secara ‘brick-and-mortar’ kesan daripada munculnya kedai-kedai buku dalam talian, peningkatan permintaan terhadap format kandungan berbentuk digital sebagai alternatif kepada kandungan yang berbentuk cetak, dan juga kewujudan percetakan digital yang membolehkan buku dicetak dalam

(8)

kuantiti yang sedikit mengikut kehendak pelanggan, telah menjadikan keadaan pasaran buku lebih kompetitif, (Hetherington, 2014). Perubahan perubahan ini dilihat mengubah keadaan persekitaran strategik industri penerbitan buku secara keseluruhannya.

Perjumpaan Tidak Bersemuka

Perkembangan ICT dalam sistem pendidikan menyebabkan sesi perjumpaan bersemuka antara pelajar dan pensyarah semakin menurun. Menurut satu kajian, e-pembelajaran dilihat gagal merevolusikan pengajaran dan pembelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Kebarangkalian tahap kesahan terhadap sesuatu perkara tidak dapat dijelaskan secara mendalam kerana kurangnya perjumpaan bersemuka (Farah & Md Yusoff 2017). Perjumpaan tidak bersemuka juga boleh menyebabkan kadar keciciran pelajar yang tinggi.

Pelaksanaan PJJ juga mempunyai isu tersendiri iaitu berkaitan dengan kadar keciciran pelajar yang tinggi dan kadar pelajar yang bergraduat mengikut jadual adalah rendah. Di antara faktor penyumbang kepada isu ini ialah masalah dalam pengajian kerana kurang pertemuan dengan pengajar, sukar mendapat sokongan dan perkhidmatan ketika diperlukan, kurangnya latihan dalam aspek teknikal dan sebagainya. (Mohd Nasran, Isa & Zolkepli 2015)

Integriti Pensyarah

Helmi & Norazah (2015) menganggap penggunaan e-learning sebagai pelengkap kepada kaedah PdP yang dilaksanakan secara bersemuka atau kaedah konvensional. Namun demikian, tanpa kita sedari penggunaan e-pembelajaran menyebabkan integriti pensyarah semakin merosot. Pensyarah didapati tidak fokus kepada proses PdP apabila kerap mengadakan sesi PdP melalui kaedah e-learning berbanding pelaksanaan dalam bilik kuliah. Pensyarah juga mengambil kesempatan dalam urusan menggantikan kuliah sekiranya ditangguhkan kerana urusan rasmi. Penggantian kuliah dilaksanakan melalui medium e-learning. Bukan itu sahaja, kualiti etika yang dipersembahkan juga kelihatan semakin merundum apabila pihak pengurusan akademik dilihat semakin bimbang terhadap disiplin pensyarah yang menggunakan e-pembelajaran, (Norazah, Helmi, Mohamed Amin, 2015).

Sikap Pensyarah dan Kekangan Masa

Pendidikan fleksibel merupakan idea baharu yang pada dasarnya agak rumit untuk dilaksanakan, namun tidak mustahil untuk direalisasikan. Pendekatan e-learning yang digunakan tidak sepenuhnya mendapat sokongan pensyarah kerana ramai dalam kalangan mereka yang sudah selesa dengan kaedah tanpa penggunaan LMS (Nabila, Helmi, Mohd Jasmy & Nur Atikah, 2017).

Menurut kajian yang dijalankan oleh Mohamed Amin Embi (2011), terdapat juga pensyarah yang tidak mempunyai kemahiran mencukupi dalam mengendalikan IT, staf akademik juga sibuk dengan penyelidikan dan penerbitan, dibebani dengan beban pengajaran yang banyak serta skeptikal dengan e-learning. Hal ini menjadi cabaran kepada pihak KPT dalam menyediakan sistem pembelajaran yang mengikut keperluan piawaian kurikulum, teknologi semasa dan kemahiran yang diperlukan oleh pensyarah.

KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan, penggunaan ICT dapat memberikan impak yang positif terhadap penambahbaikan kurikulum Pengajian Tinggi. Sebelum kemunculan ICT, penggunaan sumber rujukan dan bahan pengajaran agak terbatas dalam kalangan ahli akademik. Namun demikian, dengan perkembangan dan meluasnya ICT kini, mampu memacu komunikasi dan akses kepada sumber yang lebih futuristik dan kemampuan menyokong pembelajaran berkualiti untuk terus berkembang.

Kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti-aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kreativiti-kreativiti dapat dipupuk apabila

(9)

individu tersebut diberi galakan. Perkembangan ICT membantu membangunkan kurikulum yang holistik dan bersepadu yang dapat melahirkan insan yang berguna selaras dengan apa yang disasarkan PPPM (PT) 2015-2025. Pendekatan dalam proses PdP sentiasa melalui proses evolusi dan ianya akan berterusan tanpa henti. Seiring dengan perkembangan ICT abad 21, menyebabkan aktiviti PdP menjadi dinamik dan secara tidak langsung meningkatkan keberkesanan proses pemerolehan ilmu. ICT harus diterimapakai dan diaplikasi ke tahap mana ia menyumbangkan kepada keperluan serta misi dan visi institusi. Selain itu, usaha memperkembangkan ICT harus terus dikekalkan serta sumber sedia ada diaplikasikan ke tahap maksima yang mungkin agar mendapat kelebihan persaingan sama ada dari pihak tempatan mahu pun antarabangsa. Gandingan bersepadu industri, kurikulum yang mantap, sistem penyampaian yang baik dan disokong oleh perkembangan ICT dalam sistem pendidikan tinggi tentunya berupaya mewujudkan ekosistem yang dapat melahirkan pelajar yang cemerlang.

RUJUKAN

Abu Bakar Zakaria & Zaidah Mamat. (2017). Pelaksanaan e-pembelajaran dalam proses pengajaran dan pelajaran pensyarah di Politeknik Hulu Terengganu.e-Proceeding National and Invention Competition Through Exibition 2017.

Abdull Sukor Shaari, Mohd Izam Ghazali, Nurahimah Mohd Yusof & Mohd Isha Awang. (2016). Amalan Pedagogi Berpusatkan Pelajar Dan Masalah Yang Dihadapi Guru-guru Pelatih Program Pensiswazahan Guru Untuk Mengamalkan Pedagogi Berpusatkan Pelajar semasa Praktikum. International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.

Analisa Hamdan, Rosseni Din, Siti Zuraida Abdul Manaf, Nor Syazwani Mat Salleh, Intan Farahana Kamsin, Helmi Norman, Nor Mohamad Ismail & Ahmad Syukri Mohamad Zaid. (2015). Pengintegrasian Teknologi Web 2.0 dalam Mencapai Pembelajaran Bermakna. Sains Humanika Journal. 5(1): 51-59.

Bain & Company. (2011). Publishing in the digital era: A Bain & Company study for the Forum d’Avignon. Retrieved from Bain & Company website: http://www.bain.com/ Images/BB_Publishing_in_the_digital_era_4_11.pdf

Dasar e-pembelajaran Negara (DePAN) Retrived from

https://smart2.ums.edu.my/pluginfile.php/2/course/section/2/dasar_e-pembelajaran_negara_depan.pdf

Embi, M.A. (2010). Amalan, Keberkesanan & Cabaran Pelaksanaan e-pembelajaran di IPT Malaysia. Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, KPTM.

Fadhilah Razali, Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman (2017). Kefahaman Guru pada Pelaksanaan Kurikulum 2013 dalam Membuat Modul Pembelajaran di SMKN 3 Kota Banda Aceh. Proceedings of ICSoTL 2017.

Fadli Abdullah & Md Sidin Ahmad Ishak. (2016). Kesan Perkembangan Teknologi Terhadap Industri Penerbitan Buku di Malaysia. Jurnal Pengajian Media Malaysia. Vol 15, No. 2, 2016: 71–86 Farah Nurshahira Zulkifli & Md Yusoff Daud. (2017). Transformasi Pendidikan: Isu Dan Cabaran

Pendidikan Abad Ke-21 Melalui Aplikasi Massive Open Online Courses (MOOC) Di Malaysia.Simposium Pendidikan diPeribadikan: Perspektif Risalah An-Nur (SPRiN2017) Gabare, C. Gabarre, S., Rosseni Din, Parilah Mohd Shah & Aidah Abdul Karim (2014). iPads in the

foreign language classroom: A learner’s perspectives: The Southeast Asian Journal of English Language Studies. 20 (1), 115-128.

Helmi Norman & Norazah Nordin. 2015. An Asia-Europe Massive Open Online Course for Lecturer Training: Development of Pedagogical Strategies for MOOCs.Proceeding of Public University Dean’s Council 2015 Seminar.

(10)

Hetherington, D. (2014). Book publishing: New environments call for new operating models. Publishing Research Quarterly, 30(4), 382-387. doi: 10.1007/s12109-014-9379-y

Hussain RM. (2011). An empirical study of the relationship between motivation to transfer and transfer of training. Far East Journal of Psychology and Business 5(1), 47-56.

Kaware, S.S. (2015). ICT Application in Education an Overview. International Journal of Multidisplinary Approach and Studies. 02(1).

Khadijah Abdul Razak, Tengku Norhayati Tengku Othman, Mohd Isa Hamzah & Hafizah Zulkifli. (2014). Information and Communication Technology among Excellent Islamic Education Teachers in Selangor in Selangor Malaysia. International Education Studies. 7(13).

McBrien, J. L., dan Brandt, R. S. (1997). The language of learning: A guide to education terms. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development.

Michael A Kerrison, Julia Leong Son, Barney Grainger, Caroline Tutty. (2016). Massive OpenOnline Courses (Moocs) And Their Role In Promoting Continuing Education. International Journal of Continuing Education and Lifelong Learning. 8(2), 106-127.

Mohammad Rezal Hamzah. (2016). Faktor Peramal Tingkah Laku Pencarian Maklumat Kesihatan Di Media Sosial Dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam Malaysia. Tesis. Universiti Kebangsaan Malaysia

Mohammad Rezal Hamzah, Emma Mohamad & Mohd Yusof Abdullah. (2016). Pengaruh Literasi Kesihatan Terhadap Tingkah Laku Pencarian Maklumat Kesihatan dalam Kalangan Pelajar Universiti Awam. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication. Jilid 32 (2) 2016: 405-424

Mohd Nasran Abd Halim, Mohd Isa Hamzah & Zolkepeli Haron. (2016). Pendekatan Fleksibel dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Sepanjang Hayat di Malaysia. Retrived from umcced.edu.my/psh2016/web_paper/2.1.4.pdf

Nabila Atika Razali, Helmi Norman, Mohd Jasmy Abd Rahman & Nur Atikah Jamilluddin. (2017). Pendekatan Pembelajaran dalam Persekitaran Massive Open Online Courses bagi Peringkat

Pengajian Tinggi. Retrieved from

https://seminarserantau2017.files.wordpress.com/2017/09/77-nabila-atika-razali.pdf

Norazah Nordin, Helmi Norman & Mohamad Amin Embi. (2015). Technology Acceptance of Massive Open Online Courses in Malaysia. Malaysian Journal of Distance Education. 17(2), 116.

Norazah Nordin, Helmi Norman, Mohamed Amin Embi, Ahmad Zamri Mansor & Fazilah Idris. (2016). Factors for Development of Learning Content and Task for MOOCs in an Asian Context. Journal of International Education Studies. 9(5), 48-61.

Norazila Mat, Jamsari Alias, Nazri Muslim & Nur Atiqah Abdullah. (2015). Experiental Learning dan Service Learning: Ke arah meningkatkan Kemahiran Insaniah Pelajar UKM. Jurnal Personalia Pelajar. 18(1)

Shah Rulbani Zakaria, Mohd Isa Hamzah & Khadijah Abdul Razak. (2017). Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Zon Selatan. Artikulasi Membina Ummah 3(1),2017 29-41.

Syahida Nadia Zakaria. (2015). Kesan Pendekatan Konstruktivisme Dan Pendekatan Tradisional Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Komponen Sastera Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM. Vol.5, Bil.2:12-21

Sharifah Nor Puteh & Kamarul Azman Abd Salam. (2011). Tahap Kesediaan Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Kesannya Terhadap Hasil Kerja dan Tingkah Laku Murid Prasekolah. Jurnal Pendidikan Malaysia, 36(1): 25-34

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Maskon. (2010). Guru dan cabaran semasa. Selangor: Terbitan Multimedia Sdn Bhd.

Syed Kamaruzaman Syed Ali, Julismah Jani, Habib Mat Som, Mohd Faisal Mohamed &

Parwazalam Abdul Rauf. (2011). Tahap Perancangan Dan Persediaan Guru Terhadap Kandungan Pelajaran Dalam Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Jasmani Tingkatan 4 Bagi Tunjang Kecergasan Fizikal. Jurnal Pendidikan, 31.

Thompson, J. B. (2012). Merchants of culture: the publishing business in the twenty-first century (2nd ed.). Cambridge: Polity Press

(11)

Yuan Wang dan Ryan Baker. (2015). Content or platform: Why do students complete MOOCs?. MERLOT Journal of Online Learning and Teaching; 11(1):1-18.

Yusuf Hashim & Sharifah Alwiah Alsagoff. (1990). Pendidikan Jarak Jauh: Teori dan Amalan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.

Zulfikar Ali Buto (2014). Refleksi Kurikulum Pendidikan Pusat Dengan Kurikulum Pendidikan Negeri Dalam Persaingan Moden. JuKu: Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik.

Zurainu Mat Jasin& Abdull Sukor Shaari. (2012). Keberkesanan model konstruktivisme lima fasa Needham dalam pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (5): 79-92.

Referensi

Dokumen terkait

Hal ini sejalan dengan penelitian yang dilakukan oleh Pinakesti (2016) menyebutkan adanya hubungan yang negatif dan signifikan antara pengungkapan diri (self-

dankonsistensaatpenelitikembalikelapanganmengumpulkan data, makakesimpulan yang dikemukakanmerupakankesimpulan yang kredibel. Analisis data kuantitatif. Data

Pemberian rumput yang dikeringkan tanpa pencampuran dengan hijauan pakan legume memungkinkan semakin turunnya kandungan nutrient hijauan pakan yang diberikan, sehingga

Bentuk kesadaran lain adalah bahwa rasa syukur dari diri pemberi kepada yang diberi tersebut merupakan diri sendiri, sehingga ungkapan terima kasih dalam

Di samping itu hasil tersebut dapat terdeteksi dari matrik plot (Gambar 4), yang menunjukkan pola hubungan antara peubah r#spon dan peubah predi ktor tekanan Darwin

d) Provide extensive two way communications. Jalinlah komunikasi dua arah di organisasi tanpa memandang rendah bawahan. Jadikan semua unsur dalam organisasi sebagai suatu

pemakaian 2012 abu² tgn I dari baru kond bgs sgt tdk kecewa hrg 160jt nego. Warna Hitam Mulus, Ban Baru, KM Rendah Jual Cepat. 93 Orsinil Putih Jl. JAYA ABADI

Manometer kolom cairan biasanya digunakan untuk pengukuran tekanan yang tidak terlalu tinggi (mendekati tekanan atmosfir). Manometer adalah alat yang digunakan secara luas