• Tidak ada hasil yang ditemukan

HALIMATUS SAADIAH MOHAMAD SAFIR SITI FATIMAH SALLEH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HALIMATUS SAADIAH MOHAMAD SAFIR SITI FATIMAH SALLEH"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

48

REALITI PENYUSUAN ANAK SUSUAN PADA ZAMAN SILAM DAN

KONTEMPORARI: KAJIAN TINJAUAN

[THE REALITY OF WET-NURSING IN THE PAST AND

CONTEMPORARY: A REVIEW STUDY]

*1HALIMATUS SAADIAH MOHAMAD SAFIR

gmail.com @

7290 aadiah1 s

1DHAMIRAH NURSAKINAH MOHAMAD SAFIR

.com yahoo @ dhamirahnursakinah

1SITI FATIMAH SALLEH

@unisza.edu.my sitifatimah

1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,

21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA *Corresponding Author

ABSTRACT

The purpose of this study is to look at the practice of wet-nursing in the past by the Prophet Muhammad himself in comparison to breastfeeding today. Today’s generation is supposed to emulate the life of a breastfeeding baby in the style of the Messenger of Allah. Adopted breastfeeding should be designed to provide convenience to all parties as breastfeeding leaves the effects of mahram abuse and relationships within a family institution. This study used Sirah and Fiqh book analysis methods and interviews with selected respondents to view current wet-nursing practices. In view of the various phenomena of wet-nursing that occur today, referring to wet-nursing by the Prophet Muhammad SAW as the main support, the formation of more systematic wet-nursing standards should be emphasized to ensure the well-being of all.

Keywords: Wet-nursing in the past, Wet-nursing Today, Wet-nursing by Prophet Muhammad SAW

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat amalan penyusuan anak susuan zaman silam yang telah dialami sendiri oleh baginda Nabi Muhammad SAW berbanding dengan penyusuan anak susuan pada masa kini. Generasi pada hari ini seharusnya mencontohi kehidupan penyusuan anak susuan gaya Rasulullah SAW. Pengambilan anak susuan yang lebih teratur seharusnya dibentuk untuk memberi kemudahan kepada semua pihak kerana penyusuan anak susuan meninggalkan kesan pensabitan mahram serta hubungan dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Kajian ini menggunakan kaedah analisis kitab sirah dan fiqh serta temu bual bersama responden terpilih untuk melihat amalan penyusuan anak susuan pada masa kini. Melihat kepada kepelbagaian fenomena penyusuan anak susuan yang berlaku pada hari ini, wajar kita merujuk kepada penyusuan yang dilalui oleh Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai sandaran yang utama. Maka, pembentukan piawaian penyusuan anak susuan perlu diketengahkan untuk menjaga kemaslahatan semua pihak.

(2)

49

Kata Kunci: Penyusuan anak susuan zaman dahulu, penyusuan anak susuan masa kini, penyusuan anak susuan gaya Nabi Muhammad SAW.

PENGENALAN

Penyusuan dan pengambilan anak susuan telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Setelah dilahirkan, bayi Muhammad SAW telah berpindah dari tiga tangan. Dari tangan ibunya, kemudian datuknya dan kini ada di tangan Bani Sa’ad iaitu di tangan Halimah bin Abu Dzu’aib untuk disusui (Ridha’ Hasbullah, 2009). Namun begitu berbezaan penyusuan anak susuan pada waktu dulu dan kini telah berubah seiring kemajuan teknologi dan perkembangan dunia semasa. Kepesatan dan kemajuan telah membawa pelbagai perubahan dalam kehidupan termasuk penyusuan anak susuan. Hasil penyusuan antara ibu susuan dan anak susuan memberi kesan kepada jaluran mahram antara mereka. Berdasarkan temu bual bersama Mufti Wilayah Persekutuan (al-Bakri, 2016), tinjauan awal kajian ini mendapati tiada garis panduan atau piawaian yang dibentuk dalam membantu pemerkasaan terhadap proses penyusuan anak susuan. Kajian ini bertujuan memberi penekanan dan penelitian terhadap “hifzu al-nasl” iaitu penjagaan nasab dan keturunan dalam memelihara dhoruriyat al-khams menurut maqasid al-shariah.

Manakala membendung permasalahan dari terus berleluasa melalui kaedah قاَض ُرأمَ ألْا َعَسَّتا اَذإ

yang bermaksud sesuatu perkara apabila terlalu meluas maka demi kebaikan perlu disempitkan (Saduqi, 2002).

Oleh itu, satu pendekatan yang lebih bersistematik perlu diwujudkan bagi membendung dan menjaga keharmonian serta kesejahteraan institusi keluarga di masa kini dan pada masa hadapan.

PENSYARIATAN PENYUSUAN ANAK SUSUAN

Islam menganjurkan supaya umatnya supaya saling membantu. Begitu juga dalam penyusuan yang melibatkan antara anak susuan dan ibu susuan. Walaupun pada asalnya memberi penyusuan kepada anak itu merupakan tanggungjawab yang mesti disempurnakan seperti firman Allah (al-Baqarah, 233) yang bermaksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Sekiranya tidak mampu menyempurnakan penyusuan, ibu bapa bayi bertanggungjawab mencari, memilih serta memberi upah kepada ibu susuan. Susu ibu bukan untuk dikomersialkan, jauh sekali menjualnya kepada pihak lain. Menurut Pegawai Sains Pemakanan yang bertugas di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan (Zaiza, 2016) telah mengesahkan laporan berita harian Metro pada 3 April 2016 yang lalu berkaitan isu penjualan susu ibu. Walau bagaimanapun, menurut Mufti Wilayah Persekutuan (Zulkifli al-Bakri, 2016) dalam penjelasannya menjawab isu ini telah menyatakan bahawa penjualan susu ibu tidak dibenarkan berdasarkan penerangannya berteraskan dalil dan hujah

yang telah dimuatkan menerusi pautan Bayan Linnas

https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1407-irsyad-al-fatwa-ke-153-hukum-menjual-susu-ibu.

Perbuatan mengupah melambangkan keharmonian agama dalam menguruskan agenda hidup umatnya. Memberi upah lebih menonjolkan disiplin agama dan secara tidak langsung mencerminkan adab yang dibawa oleh Islam. Selaras dengan tuntutan agama berdasarkan firman Allah surah

(3)

(at-50

Talaq, 6) yang bermaksud: “kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antarakamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

Islam datang untuk mengatur urusan kehidupan manusia berpandukan lunas-lunas pensyariatannya. Islam juga menggalakkan penyusuan susu ibu dan sekiranya tidak mampu menyusu, maka tanggungjawab ibu bapa berusaha mencari wanita lain untuk menjadi ibu susuan. Apabila mengambil wanita lain sebagai ibu susuan, maka syariat Islam telah menggariskan bahawa penyusuan tersebut perlu diberi upah, bukan menjual susu ibu. Susu ibu ibarat sebahagian daripada anggota badan dan anggota badan tidak mungkin dijual beli kerana hukum jual beli anggota badan adalah haram. Berdasarkan kepada kaedah fiqh, asal kepada sesuatu perkara itu harus sehingga jelas pengharaman ke atasnya (Saduqi, 2002). Begitu juga dalam konteks hukum jual beli susu ibu tidak harus (Abdul Malik As-Sa’adi, 2019) kerana susu ibu merupakan sebahagian daripada anggota tubuh badan manusia.

Setiap yang haram itu diharuskan ketika darurat atau dalam erti kata lain mengikut keperluan sahaja kerana berdasarkan kaedah fiqh “darurat ditentukan mengikut kadarnya sahaja” (Saduqi, 2002). Jadi yang dimaksudkan dengan darurat itu adalah hajat dan keperluan yang bersangatan. Oleh itu, konsep mengupah itu lebih baik berbanding jual beli penyusuan kerana lebih dekat dan tenang dengan jiwa sesuai dengan saranan dan suruhan agama. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:“Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua belah pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya” (al-Talaq: 6).

Begitu juga firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Jika kamu ingin anakmu disusukan

oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut” (al-Baqarah: 233).

Menurut (as-Suyuthi, 2004) ‘pembayaran’ yang dimaksudkan dalam ayat ini membawa maksud ‘upah’ yang diberikan kepada ibu susu yang menyusui bayi. Konsep pah yang disarankan dalam islam jauh berbeza dengan jualan susu ibu yang berlaku hari ini.

PENSABITAN MAHRAM KERANA PENYUSUAN

Penyusuan yang melibatkan anak susuan dan ibu susuan memberi implikasi hukum berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Mereka yang haram dikahwini kerana keturunan, haram juga dikahwini kerana susuan” (al-Bukhari: 2645 dan Muslim: 3584).

Perkahwinan yang berlaku sesama mahram susuan akan memberi kesan terhadap status perkahwinan. Pasangan terpaksa berpisah kerana akad perkahwinan terbubar dengan sendirinya. Menurut kisah ‘Uqbah bin al-Harith dalam kitab (al-Darimi, 2000) beliau berkahwin dengan Ummu Yahya binti Abi Ihab dan selepas berlangsungnya perkahwinan, datang seorang hamba menyebut

kepada beliau, “Aku telah menyusui kamu berdua”. Kemudian ‘Uqbah bersegera menemui Nabi

Muhammad SAW lalu menceritakan apa yang telah berlaku. Baginda SAW terus membubarkan

perkahwinan tersebut dan kisah ini juga disebut dalam sahih Bukhari yang bermaksud: “Daripada

‘Uqbah bin al-Haris, beliau telah berkahwin dengan Ummu Yahya iaitu anak perempuan Abi Ihab, kemudian didatangi seorang wanita (hamba perempuan berkulit hitam) lalu berkata: sesungguhnya aku telah menyusui kamu berdua. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW, baginda berkata:

(4)

51

Bagaimana? Dikatakan Baginda membubarkan perkahwinan ‘Uqbah, lalu wanita itu mengahwini lelaki lain”.

Peristiwa ini jelas menunjukkan bahawa terdapat kepentingan dalam mengenal pasti pembuktian hubungan pensabitan mahram susuan. Rentetan itu, perlu kepada pembuktian pensabitan antara anak susuan dengan ibu susuan bagi pengendalian dokumentasi penyusuan anak susuan dalam kalangan penjaga dan ibu susuan kepada anak susuan. Ini sangat signifikan dan ianya selaras dengan tuntutan pensyariatan Islam demi menjaga kemaslahatan semua pihak.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah temu bual bersama beberapa responden yang terpilih dari kalangan ibu susuan dan anak susuan. Selain itu, menemu bual bersama individu terpilih dan beberapa orang tokoh turut dijalankan bagi melihat pandangan mereka melalui perbahasan ulama zaman silam dalam menghuraikan permasalahan penyusuan anak susuan. Selain itu, kajian ini turut menganalisis kitab fiqh, antara data dan fakta sejarah serta sirah penyusuan yang dilalui sendiri oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

PENYUSUAN ANAK SUSUAN DI KAMPUNG DAN DI BANDAR

Penyusuan anak susuan pada awalnya berlaku di kawasan pinggir kota atau di kampung. Merujuk kepada sirah kehidupan baginda Muhammad SAW dan sejarah telah membuktikan bahawa pada awalnya penyusuan anak susuan berlegar di sekitar perkampungan. Hal ini kerana suasana dan keadaan kampung yang lebih terjaga dan terpelihara meyakinkan mereka untuk mencari ibu susuan dan meninggalkan anak mereka di kampung. Penyusuan di kampung kebiasaannya individu tersebut dipilih untuk anak yang bakal disusui. Mereka terdiri daripada orang yang dikenali atau ahli keluarga yang terdekat. Berbeza keadaan dan suasana berbanding di bandar. Jika di bandar mereka tidak mengenali antara satu sama lain, tetapi susu ibu di beri dan di ambil atas permintaan dan keperluan bagi ibu susu dan anak susuan.

Hasil temu bual bersama pegawai sains pemakanan di Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan dan Kuala Lumpur berkenaan amalan penyusuan yang berlaku antara ibu susuan dan anak susuan sering berlaku di bandar-bandar utama, terutamanya bagi para ibu yang berkerjaya. Beliau berpendapat bahawa kekurangan ilmu pengetahuan tentang pengurusan penyusuan dan penguasaan hukum agama antara faktor yang membawa kepada permasalahan penyusuan secara terbuka pada masa kini (Zaiza, 2016).

PENYUSUAN ANAK SUSUAN ZAMAN SILAM BAGINDA NABI MUHAMMAD SAW

Sejarah telah merekodkan tentang amalan pengambilan anak susuan berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW. Baginda telah dihantar oleh ibunya ke kampung untuk disusui oleh ibu susuannya, Halimah binti Abu-Dhu’ayb. Wanita ini diberi gelaran al-Sa’diyah kerana berasal dari kabilah Bani Asad yang tinggal di kampung dan merupakan kabilah pedalaman yang terkenal dengan penyusuan anak susuan. Baginda diserahkan kepada keluarga kabilah tersebut (Husain, 1982).

Pada awalnya, (al-Mubarakfury, 1998) amalan penyusuan anak susuan hanya berlaku sekitar kampung dan kawasan yang berdekatan. Menjadi adat dan budaya masyarakat Arab, mereka akan

(5)

52

mencari wanita lain sebagai ibu susuan untuk menyusui bayi mereka. Ini kerana proses penyusuan yang berlaku dalam persekitaran perkampungan lebih terjaga, terpelihara dan mampu memberi kebaikan dan manfaat kepada kanak-kanak.

Hal ini dibuktikan lagi apabila baginda Nabi Muhammad SAW sendiri melalui fasa awal

kehidupan bersama ibu susuannya. Mengikut adat resam bangsa Arab, usaha memperoleh penyusu-penyusu untuk anak-anak mereka dari pedalaman adalah satu ikhtiar untuk mencegah daripada dijangkiti penyakit-penyakit yang terdapat di kawasan bandar yang mudah menular dan merebak pada kanak-kanak atau bayi. Selain itu, usaha ini juga dapat menguatkan pembinaan jasad anak-anak dan menguatkan otot-otot bagi bayi dan kanak-kanak yang masih kecil (Ridha, ‘Imaduddin, 2013)

Merenungi kelahiran insan mulia yang agung, bahkan baginda merupakan insan yang diutuskan sebagai contoh teladan buat sekalian alam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam Al-Quran dalam surah (al-Ahzab, 21). Firman Allah yang bermaksud: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat”.

Sesungguhnya segala perilaku Baginda Nabi Muhammad SAW baik dari segi kata-katanya, tingkah laku perbuatannya mahupun jalan kehidupannya, baginda Nabi Muhammad SAW adalah suri teladan ikutan buat kita. Begitu juga permulaan kehidupan baginda yang sudah lama tercatat dalam lembaran sejarah dan sirah kehidupan baginda yang ditonjolkan sejak bayi lagi. Jika diamati dari aspek penyusuan anak susuan zaman silam yang dibawa dan dilalui Baginda kekasih Allah, sekali gus digambarkan sendiri oleh tokoh teragung Nabi Muhammad SAW untuk diteladani pada umat manusia masa kini.

Baginda Nabi Muhammad SAW merupakan anak susuan kepada insan terpilih iaitu Halimah

As-Sa’diyah yang berasal dari perkampungan Bani Sa’ad. Nabi Muhammad SAW dibawa pulang oleh ibu sususannya. Sejak mengambil baginda, keberkatan dan barakah dalam keluarga ibu susuannya termasuk lah perkara luar biasa telah berlaku. Ternyata baginda adalah insan mulia kelahiran Agung yang dipilih oleh Allah SWT (al-Qarni, 2007).

Menerusi penyusuan Nabi Muhammad SAW yang dipilih ibu susuannya di mana kabilah ini dikenali antara bangsa Arab pada waktu itu serta baginda disusui di kampung. Keadaan dan suasana serta persekitaran kampung berperanan besar dan proses pemilihan ibu penyusuan itu sendiri. Nabi Muhammad tinggal bersama ibu susuan dan anak beradik susuan yang lain menjadikan mereka saling mengenali dan akrab antara satu sama lain. Adapun saudaranya yang sepenyusuan dari sebelah bani Sa’ad adalah Abdullah bin al-Harith, Anisah binti al-Harith, Jazimah binti al-Harith iaitu al-Syaima’. Beliaulah yang mengasuh Rasulullah SAW serta Abu Sufyan bin al-Harith bin Abdul Muttalib anak bapa saudara Rasulullah SAW juga sepenyusuan dengan baginda Nabi Muhammad SAW (Ridha,‘imaduddin, 2013).

Penyusuan anak susuan dan ibu susuan membentuk kepada pensabitan hubungan mahram susuan. Lazimnya penyusuan anak susuan berlaku dalam kalangan ahli keluarga terdekat dan disusui oleh individu yang dikenali dan dipilih oleh ibu bapa bayi. Mereka yang ada hubungan antara ibu susuan dan anak susuan lebih mengenali mahram susuan, lantaran saling mengenali antara satu sama lain. Namun begitu, perkembangan dan kepesatan dunia serta kemudahan teknologi pada hari ini antara penyebab berlakunya perbezaan terhadap penyusuan dan pengambilan anak susuan pada masa kini berbanding dahulu. Bagi anak susuan dan ibu susuan di tengah kota dan kesibukan bandar, mereka saling tidak mengenali, tetapi berhubung atas sebab keperluan susu semata-mata. Penyusuan

(6)

53

antara mereka meninggalkan kesan pensabitan mahram dan sebahagian mereka tidak mengenali antara satu sama lain.

PENYUSUAN ANAK SUSUAN SECARA JARAK DEKAT DAN JAUH

Wujud perbezaan antara penyusuan anak susuan yang berlaku pada masa dulu dan kini. Seiring dengan perkembangan dunia dan pelbagai medium pada masa kini, penyusuan anak susuan semakin bertambah, terutamanya di kawasan bandar. Bagi mereka yang bekerja dan yang masih dalam pengajian. Bagi menyempurnakan penyusuan, beliau (Mawaddah, 2019) ditinggalkan oleh ibunya kepada wanita Arab untuk disusui. Ibu susuannya adalah warga Arab Jordan. Selain itu, bagi memenuhi tuntutan dan komitmen harian, pengambilan susu ibu daripada wanita lain kebiasaannya terjadi sekali gus bertujuan memenuhi keperluan penyusuan bayi mereka (S.F. Salleh, 2019).

Medium dokumentasi anak susuan adalah untuk menjaga asas dalam maqasid iaitu pemeliharaan nasab melalui pengharaman disebabkan penyusuan. Ini kerana pengambilan ibu susuan (S.F. Salleh, 2014) akan memberi kesan dalam beberapa aspek hukum syarak, terutamanya dalam isu kekeluargaan. Selain pengendalian dokumentasi penyusuan, piawaian penyusuan anak susuan perlu juga dibentuk dan diketengahkan melalui jalinan dan jaringan pihak-pihak tertentu bagi pembentukan sistem penyusuan anak susuan yang lebih holistik (Ihsanuddin, 2018).

Pemberian susu secara eksklusif kepada bayi sangat di saran dan digalakkan. Hal ini

menyebabkan para ibu sanggup mengambil susu yang bukan miliknya untuk diberikan kepada bayi mereka. Islam memandang serius terhadap pembuktian penyusuan. Pembuktian melalui penyaksian dan pengakuan merupakan asas yang diperkenalkan oleh Islam sebagai garis panduan pengambilan anak susuan. Pengambilan susu ibu mudah diperoleh dari pihak tertentu mengikut kehendak dan keperluan ibu serta bayi. Ketiadaan pengawasan pihak berkuasa akan menimbulkan suasana tidak harmoni dalam sesebuah masyarakat dan implikasinya wujud kecelaruan dalam mengenal pasti mahram susuan (S.F. Salleh, 2014).

Pada mulanya penyusuan susu ibu berlaku dalam jarak yang dekat. Pelbagai kemudahan pengangkutan dan perkembangan teknologi telah membawa perubahan dalam aspek penyusuan susu ibu. Kini, penyusuan anak susuan berlaku dalam jarak yang jauh, bahkan berbeza negei dan negara (S. F. Salleh).

Jika dulu pengambilan anak susuan di kampung dalam jarak yang dekat. Perubahan dan kepesatan dunia masa kini telah mengakibatkan pengambilan anak susuan merentasi negeri malah negara. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang belajar dan bekerja jauh dari keluarga yang terdekat dan mengambil ibu susuan sebagai jalan alternative bagi menyusu anak mereka. Bagi memenuhi “supply and demand” antara anak dan ibu susuan, susu ibu dihantar melalui pelbagai medium. Susu di pos menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan juga khidmat penghantaran melalui pos. Susu yang dibekukan kemudian dihantar kepada mereka yang membuat permintaan.

Perbezaan keadaan dan suasana masyarakat sekarang yang berhadapan dengan kemajuan teknologi memerlukan kepada pengawalan melalui kaedah fiqhiyyah yang dikenali sebagai saddu al-zara’i (Saduqi, 2002). Kaedah ini berfungsi sebagai usaha dan langkah ke arah membendung sekali gus menghalang dari berlakunya sesuatu perkara dari terus berleluasa. Kaedah ini juga wajar di aplikasi dalam konteks penyusuan anak susuan, ekoran wujudnya amalan pengambilan anak susuan dalam kalangan masyarakat yang belum diurus pendokumentasiannya secara rasmi.

(7)

54

FAKTOR PERUBAHAN DAN PENGAMBILAN ANAK SUSUAN

Banyak faktor-faktor yang membawa kepada pengambilan anak susuan. Antara permasalahan yang biasa dialami oleh ibu seperti gagal mengawal tekanan menyebabkan kurang rangsangan penghasilan susu (Aslawati, 2019) sekali gus menyebabkan susu semakin sedikit, ibu tidak dapat menyusu dengan baik kerana mengalami komplikasi semasa bersalin (Nadhirah, 2019). Tetapi ada juga keadaan yang berpunca daripada bayi. Antaranya adalah seperti bayi pramatang (Nona, 2018) melaporkan kes berkenaan usus bayi akhirnya pecah berikutan pengambilan selain dari susu ibu. Bagi bayi yang tidak mampu menyusu seperti bayi lain dan dalam usaha menyempurnakan penyusuan terpaksa melalui cara lain dan sebahagian mereka perlu dirawat atau disusui dengan kaedah yang berbeza daripada bayi normal. Bagi memenuhi keperluan tersebut, mereka berhajat kepada ibu susuan.

Bayi yang tidak menerima susu ibu yang secukupnya sebaliknya diberi susu formula pada awal kelahiran atau diberi makanan selain daripada susu ibu sebelum mencapai usia yang sepatutnya berisiko menghadapi masalah. Perut bayi yang baru dilahirkan hanya boleh menerima susu ibu sebagai makanannya. Hal ini kerana usus bayi masih muda dan lembut masih terlalu awal untuk menerima makanan selain susu ibu (Aesyah, 2019). Walaupun permasalahan yang dialami mungkin puncanya berbeza, namun jalan penyelesaian adalah sama, iaitu menggantikan penyusuan susu ibu dengan mengambil ibu susuan. Bayi yang tidak dapat menerima susu ibu daripada ibu kandung atau ibu kandung yang tidak dapat menyusu anak sendiri akibat masalah atau komplikasi tertentu sewajarnya mengambil jalan terbaik dengan memilih wanita yang layak dan sesuai untuk dijadikan ibu susuan sebagai ganti kepada penyusuan asal (Aesyah, 2020)

KESEDARAN PENYUSUAN SUSU IBU

Kembali kepada fitrah asal penyusua, walaupun bagi melengkapi penysuan kepada anak itu merupakan tugas dan tanggungjawab yang mesti disempurnakan oleh ibu kepada anak, selari dengan saranan dan suruhan Allah dalam Al-Quran. FirmanNya dalam surah (al-Baqarah, 233) yang bermaksud: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu”.

Jika tidak mampu menyusu atau mengalami masalah kembalikan penyusuan asal kepada mengupah ibu susuan. Selaras dengan tuntutan agama berdasarkan firman Allah surah (at-Talaq, 6) yang bermaksud: “kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya”.

Berdasarkan sejarah, ayuhlah kita kembali kepada fitrah penyusuan yang telah digambarkan dalam lipatan sirah melalui perwatakan contoh teladan yang dibawa oleh Kekasih Allah iaitu Nabi Muhammad SAW dengan amalan penyusuan yang terbaik dengan pengambilan wanita terpilih untuk dijadikan ibu susuan.

POLISI KEBANGSAAN PENYUSUAN SUSU IBU

Polisi kebangsaan penyusuan susu ibu yang telah dikeluarkan oleh kementerian kesihatan (KKM) telah menggariskan bahawa “semua ibu digalakkan menyusu anak dengan susu ibu sahaja sejak lahir

(8)

55

sehingga umur 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun atau lebih”. Ini bermakna bayi yang baru lahir sehingga 6 bulan perlu pada susu ibu sahaja. Pada awal usia kelahiran, bayi tidak perlu kepada tambahan air lain atau susu tambahan dan makanan tambahan selain susu ibu.

SARANAN DARI WHO

Info daripada World Health Organization (WHO), tentang keburukan susu formula. WHO juga memberi saranan supaya memberikan SUSU IBU SAHAJA kepada bayi BAWAH 6 BULAN, dan meneruskan penyusuan sehingga umur 2 tahun.

Semua ibu mahu memberikan yang terbaik untuk anaknya. Masalah susu tidak keluar dan kurang serta ibu berkerjaya tidak menjadi alasan dan bukanlah halangan menggagalkan penyusuan kepada bayi mereka. Jika tidak dapat menyusu, sebagai jalan atau ikhtiar mendapatkan ibu susuan sebelum beralih kepada susu formula. Hal ini kerana usus bayi masih muda dan terlalu awal untuk menerima sumber makanan lain selain daripada susu ibu.

KESIMPULAN

Kesimpulannnya, antara piawaian yang mesti diketengahkan dalam pengendalian antara anak susuan dan ibu susuan ini adalah mereka mesti adakan pertemuan dan perjumpaan dan saling mengenali antara satu sama lain. Kedua, menyusui dalam erti kata lain bertujuan memelihara dengan hasrat mendidik bayi tersebut. Merujuk kepada penyusuan anak susuan yang telah dilalui baginda Nabi, ternyata teras penyusuan tersebut berdasarkan kepada konsep pemeliharaan dan pendidikan. Hal ini terbukti dengan jelas bahawa penyusuan bukan sekadar menyusu sahaja, bahkan penyusuan anak susuan ini merupakan penjagaan dan pemeliharaan serta pendidikan sekalig us meninggalkan kesan dalam perhubungan kekeluargaan dengan terjalinnya ikatan penyusuan melalui pensabitan mahram.

Menjaga pertalian yang terhasil dari penyusuan tersebut merupakan aulawiyat utama yang mesti

diperhalusi dengan sebaiknya.

Oleh sebab itu, bagi menyempurnakan penyusuan anak susuan adalah perlu difahami bahawa penyusuan anak susuan bukan seperti penyusuan biasa. Apabila melibatkan ramai orang dan banyak pihak, khasnya dalam pensabitan mahram dan hubungan kekeluargaan, maka proses penyusuan anak susuan sudah tentu memerlukan kepada tuntutan piawaian khas bagi melengkapi penyususan anak susuan yang bukan hanya tersusun dan bersistematik, bahkan yang mampu memenuhi tuntutan agama menurut Qawaid Fiqh serta Maqasid Syariah selaras keperluan semua pihak dari semua aspek secara holistik.

RUJUKAN

Al-Quran

As-Syeikh Ahmad Ridha’ Hasbullah, Darah & Air Mata Rasulullah SAW, cetakan (2009), terbitan Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur WP.

Aesyah Nadiah Ali, (Disember 2019), Pegawai Dietetik Klinik Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

(9)

56

Aidh Bin Abdullah Al-Qarni, Al-Quran Berjalan- Rahmat bagi Sekalian Alam, cetakan (2007), terbitan Al-Hidayah Publications, Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan.

Al-Bukhari, (2014) Sahih al-Bukhari, al-Jami’ al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar,

cetakan ke 2, Muassasah al-Risalah, Damascus Syria.

Abu Muhammad Abdullah bin Abdurrahman bin al-Fadhal bin Bahram al-Darimi, (2000) Sunan al-Darimi, Dar al-Ma’rifah, Lubnan.

Ihsanuddin Ismail, (Mac, 2018), Penolong Mufti Unit Istinbat, Pejabat Mufti Negeri Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Jalaluddin as-Suyuthi dan Jalaluddin Muhammad Ibnu Ahmad al-Mahally,

(2004), Tafsir al-Jalalain, Dar al-Hadi, Kaherah.

Muhammad Ridha Abdullah, Muhammad ‘Imaduddin Abd Latib, Insan Agung, Kelahiran yang dinanti, cetakan 2013, penerbitan mustread sdn. Bhd

Mawaddah Sofia Misbahalmunir, Disember 2019, Kuliah Syariah World Islamic Science and Education University (WISE).

Muhammad Husain Haikal, terjemahan Ali ‘Audah, (1982). Sejarah hidup Nabi

Muhammad SAW terbitan Dar al-Maarif Kaherah, Mesir. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, Kuala Lumpur.

Noraslawati Razak, (Ogos 2019). Pegawai Perubatan Pakar Anestesiologi Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Seminar Penyusuan Patuh Syariah.

Nadhirah Nordin, Ogos 2019, Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Nona, (20 Februari, 2019) https://www.nona.my/kejahilan-yang-membunuh-usus-bayi-malang-ini-cedera-akibat-petua-jaundis-ibu-ibu-muda-wajib-baca/

Nurul Zaiza Zainuddin, (Disember, 2016), 3 Petang, Pegawai Sains Pemakanan, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Safiyyu al-Rahman al-Mubarakfury, (2004), Sirah Nabawiyyah SAW. Judul asal

al-Rohiq al-Makhtum 1998, terjemahan Muhammad Ramzi Omar.

Siti Fatimah, (2014), Jurnal Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa USIM. Vol. 4. 2014 ISSN: 2232-1047.

Syeikh Abdul Malik As-Sa’adi, Bekas Mufti Iraq, (November 2019), Tabarbour Jordan.

Zulkifli Mohamad Al-Bakri, (Disember, 2016), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur.

PENGHARGAAN

Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) 1/2018 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Center for Research Excellence and Incubation Management (CREIM) UniSZA Tajuk: Pembinaan Model Pengurusan Pensijilan Dan Dokumentasi Anak Susuan Patuh Syariah

Referensi

Dokumen terkait

Jaringan tersebut disusun dari sekumpulan unit pemroses yang disebut neuron dan untuk meningkatkan kemampuannya, dilakukan proses pembelajaran dengan menggunakan

Jadi dapat dinyatakan, bahwa larutan jenuh suatu elektrolit yang sangat sedikit larut, hasil kali konsentrasi dari ion-ion pembentuknya untuk setiap suhu tertentu adalah

Apabila Tertanggung mengalami Cacat Total dan Tetap sebelum mencapai Batas Usia Pertanggungan dalam masa berlakunya Polis, kecuali karena alasan sebagaimana dimaksud pada

Pengeras suara (bahasa Inggris: loudspeaker atau speaker) adalah transduser yang mengubah sinyal elektrik ke frekuensi audio (suara) dengan cara menggetarkan komponennya

Khususnya ilmu fikih sebagai ilmu praktis yang secara langsung berhubungan dengan perilaku sosial keagamaan masyarakat muslim belum memiliki aturan khusus dalam

Badan Pusat Statistik Kabupaten Tapanuli Utara, 2014, Tapanuli Utara dalam.. Angka 2014 , Tapanuli Utara: BPS Taput bekerjasama dengan

Berbeda dengan temuan pada ekskavasi tahun 2009 yang didominasi temuan cangkang moluska, baik artefak maupun ekofak, ekskavasi tahun 2010 ini lebih didominasi

Temuan penelitian menegaskan bahwa tidak puasnya konsumen layanan mutasi pada kompetensi pegawai, sangat terkait erat dengan fakta bahwa kepuasan pada kinerja pelayanan