PERINGKAT KEPRIHATINAN GURU PEMULIHAN TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM i-think MENGGUNAKAN MODEL CBAM

10 

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Loading....

Teks penuh

(1)

1467

PERINGKAT KEPRIHATINAN GURU PEMULIHAN TERHADAP PELAKSANAAN PROGRAM i-THINK MENGGUNAKAN MODEL CBAM

Farah Ainaa Binti Ad’nan

Universiti Kebangsaan Malaysia cikgufarah169@gmail.com

Prof. Dr. Hj. Zamri Mahamod

Universiti Kebangsaan Malaysia d-zam@ukm.edu.my

Abstrak

Peranan guru sebagai agen transformasi pendidikan menuntut keprihatinan yang tinggi agar sesuatu perubahan pendidikan mampu memberi impak yang positif kepada murid-murid. Kajian ini bertujuan untuk menilai peringkat keprihatinan guru-guru Pemulihan terhadap pelaksanaan Program i-Think. Kajian ini mengguna pakai Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) untuk mengenal pasti peringkat keprihatinan (Stages of Concerns, Soc) guru Pemulihan dalam pelaksanaan Program i-Think. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan melibatkan 30 orang responden dalam kalangan guru-guru Pemulihan di Kuala Lumpur. Kaedah kuantitatif menggunakan soal selidik bertujuan untuk mengenal pasti tahap keprihatinan dan tafsiran data dibuat berdasarkan skor min bagi setiap peringkat keprihatinan bagi menghasilkan satu profil peringkat keprihatinan. Dapatan kajian menunjukkan peringkat keprihatinan guru Pemulihan terhadap pelaksanaan Program i-Think adalah berada pada tahap yang tinggi. Peringkat Keprihatinan Kendiri mencatatkan rekod purata skor min tertinggi yang menggambarkan guru-guru Pemulihan terlibat prihatin akan peranan yang perlu dimainkan dalam memastikan Program i-Think dapat memberi impak yang positif kepada murid.

Kata kunci: Tahap keprihatinan, guru Pemulihan, Program i-Think, Model CBAM Abstract

The role of teachers as transformation agent in education needs to have a high level of concern if they wish to make a positive impact on students. The purpose of this study is to evaluate the stage of concerns among remedial teacher towards the i-Think programme. This study used the Concerns-Based Adoption Model (CBAM) to identify the stages of concerns among remedial teachers towards the i-Think programme. This study involved 30 respondents of remedial teachers in Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. The quantitative data was collected using Stages of Concern Questionnaire (SoCQ) to identify the respondents’ stage of concern towards i-Think programme and data analysis had been made by using the mean score to produce a concerns-based profile. The quantitative findings show that the remedial teachers’ concern is in the high level. The result shows that remedial teachers focused more on self-concern in the i-Think

programme and they also felt eager to play their roles in producing positive impacts for the pupils by using the i-Think programme.

(2)

1468 PENGENALAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui beberapa fasa transformasi seiring dengan perkembangan ekonomi serta perubahan globalisasi yang berkehendakkan modal insan yang berdaya saing serta mempunyai kemahiran berfkir aras tinggi (KBAT). Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa komited memantau sebarang keperluan untuk penambahbaikan sistem pendidikan negara khususnya bagi aspek kurikulum. Sebagai contoh, KPM telah menambah baik kurikulum sedia ada melalui pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025) dengan penekanan terhadap 6 aspirasi murid yang salah satu daripadanya merupakan domain kemahiran berfkir. Elemen kemahiran berfikir merupakan salah satu elemen utama yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global (Norhailmi, 2017).

Namun demikian, terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kejayaan atau kegagalan pelaksanaan sesuatu program pendidikan dan salah satunya adalah faktor keprihatinan guru (Shurainee Hanim, 2014). Keprihatinan dikonsepsikan sebagai perasaan, pemikiran, dan reaksi individu terhadap sesuatu inovasi yang relevan dengan pekerjaan seharian mereka di mana individu yang terlibat dalam perubahan akan menghadapi peringkat keprihatinan yang berlainan (Hall dan Hord, 2011). Guru-guru dengan pelbagai pengkhususan sedar tentang kepentingan kemahiran berfikir namun masih tidak bersedia dan kurang berkemahiran tentang cara menyepadukan kemahiran berfikir dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (KPM, 2012). Di samping itu, peranan guru sebagai golongan pelaksana di peringkat sekolah dilihat masih berorientasikan peperiksaan. Dalam hal ini, sistem persekolahan masih kurang memberi penekanan terhadap tugas memperkembang daya pemikiran murid yang mana lebih tertumpu kepada penyediaan maklumat dengan tujuan menyediakan murid menghadapi peperiksaan dan menghabiskan sukatan (Rohaida dan Zamri, 2015). Menurut Zamri (2012) juga, kejayaan dan kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran tidak akan menjadi kenyataan sekiranya pengajaran guru masih menggunakan kaedah tradisional dan tidak mengambil kira aspek kemahiran berfikir sebagai aspek penting dalam mempengaruhi pencapaian murid. Tambahan pula, amalan pengajaran guru tidak berubah walaupun kurikulum dan bahan pengajaran telah diperbaharui (Noraini, 2013). Kebanyakan kajian keberkesanan pelaksanaan perubahan kurikulum menunjukkan pelaksanaannya tidaklah seperti yang dihasratkan kerana guru-guru dikatakan tidak memahami strategi pengajaran dan matlamat kurikulum yang disasarkan (Sharifah Nor Puteh etc al, 2012).

Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk menilai tahap keprihatinan guru-guru pemulihan dalam melaksanakan Program i-Think di dalam kelas pemulihan. Responden bagi kajian ini merupakan guru-guru Pemulihan di sekolah-sekolah rendah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang berjumlah 30 orang. Borang soal selidik secara atas talian telah dilengkapkan oleh para responden untuk memberi maklum balas berkaitan keprihatinan mereka terhadap pelaksanaan Program i-Think.

Program i-Think

Program i-Think merupakan kerjasama antara Agensi Inovasi Malaysia (AIM) dan Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) dalam usaha membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid-murid di Malaysia. Melalui program ini, pendekatan pembelajaran menggunakan lapan alat berfikir yang dikenali sebagai Peta Pemikiran (Thinking Map®) di samping teknik penyoalan berkesan telah diperkenalkan (BPK KPM, 2012). Perkara ini diketengahkan sebagai inisiatif menggalakkan KBAT dalam kalangan murid semasa proses pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah (Shamsazila et al, 2017). Guru-guru telah didedahkan dengan

(3)

1469

aplikasi program i-Think melalui kursus-kursus secara bersemuka yang telah dianjurkan oleh pihak KPM dengan kerjasama Agensi Inovasi Malaysia (AIM) mahupun pihak sekolah (Nik Rosnizasuzila etc al, 2015). Proses PdPc berteraskan kemahiran berfikir dan strategi berfikir memerlukan penggunaan strategi dan kaedah PdPc yang terancang agar dapat mengembangkan minda pelajar (KPM 2003).

Pelaksanaan program i-Think di sekolah-sekolah seluruh Malaysia bertujuan untuk mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid yang berinovatif pada masa hadapan (Rohaida dan Zamri, 2015). Antara faktor program ini diperkenalkan turut dinyatakan dalam salah satu 11 anjakan transformasi pendidikan yang mana keputusan pentaksiran antarabangsa Trends in International Mathematics and Science (TIMSS) dan Programme for International Student Assessment (PISA) menunjukkan bahawa pelajar di Malaysia sukar mengaplikasikan KBAT (KPM, 2012). Dalam konteks ini, guru dan murid akan menggunakan alat berfikir semasa proses PdPc di samping melaksanakan aktiviti KBAT (KPM, 2012). Justeru, jelaslah pelaksanaan program i-Think merupakan inisiatif kementerian membudayakan penggunaan alat berfikir semasa proses PdPc di dalam bilik darjah bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan berinovasi (Balakrishnan, 2014). Sebagai salah satu alternatif kepada pengukuhan pedagogi seseorang guru, teknik mengajar menggunakan peta pemikiran i-Think ini diharap dapat merubah perspektif dan amalan lama kerana teknik ini mempromosi satu suasana mengajar yang menyeronokkan murid-murid, ringkas, informatif dan menjimatkan masa serta bahan (Said et al., 2013).

Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM)

Model Penerimaan Berasaskan Keprihatinan atau Concerns-Based Adoption Model (CBAM) merupakan satu model yang digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan khususnya untuk menilai pelaksanaan sesuatu inovasi kurikulum atau program pendidikan (Sharifah Nor Puteh etc al, 2013). Model ini menumpukan usaha menjelas, mengukur dan menerangkan proses perubahan yang dialami oleh guru sebagai pelaksana sesuatu inovasi dalam pendidikan (Irene Ng, 2009). Model CBAM ini adalah unik berbanding model-model lain kerana mengambil kira perubahan daripada perspektif golongan pelaksana iaitu guru pada peringkat amalan di dalam bilik darjah di samping menyediakan kerangka teori beserta instrumen yang pernah digunakan oleh ramai pengkaji sebelum ini (Shurainee Hanim, 2014). Model keprihatinan yang diasaskan oleh Frances Fuller (1969) ini percaya bahawa sesuatu perubahan dalam pendidikan akan bermula daripada penerimaan seseorang individu khususnya guru dalam melaksanakan sesuatu inovasi. Justeru keprihatinan seseorang guru itu mempengaruhi kejayaan pelaksanaan sesuatu inovasi serta menentukan jenis intervensi yang mereka perlukan dalam menerima dan mengadaptasi perubahan tersebut (Archie et al, 2013).

Peringkat Keprihatinan atau Stages of Concerns (SoC)

Keprihatinan sering didefinisikan sebagai perasaan, pemikiran, dan reaksi individu terhadap sesuatu inovasi yang relevan dengan pekerjaan seharian mereka yang mana individu yang terlibat dalam perubahan akan menghadapi peringkat keprihatinan yang berlainan (Hall dan Hord, 2011). Model CBAM yang dikembangkan oleh Hall & Hord (2006) berasaskan model Fuller (1969) memfokus kepada tiga dimensi iaitu Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern-SoC), Peringkat Penggunaan (Level of Use- LoU) dan Konfigurasi Inovasi (Innovation Configuration - IC). Namun, dalam kajian ini pengkaji hanya akan memfokuskan kepada dimensi Peringkat Keprihatinan (Stages of Concern-SoC) sahaja. Dimensi Peringkat Keprihatinan atau Stages of Concerns (SoC) mengandungi enam peringkat iaitu peringkat Kesedaran, Maklumat, Peribadi,

(4)

1470

Pengurusan, Kesan, dan Pemfokusan Semula. Menurut Hall dan Hord (2011), peringkat keprihatinan atau SoC pada aspek Maklumat dan Peribadi adalah peringkat Keprihatinan Kendiri

(Self-Concern), aspek Pengurusan adalah Keprihatinan Tugas (Task-Concern), sementara aspek Kesan, Kolaborasi, dan Pemfokusan Semula adalah Keprihatinan Impak (Impact-Concern). Setiap individu yang terlibat dalam pelaksanaan sesuatu inovasi sebaiknya berganjak daripada Keprihatinan Kendiri kepada Keprihatinan Tugas, dan seterusnya kepada Keprihatinan Impak. Anjakan ini menghasilkan kejayaan sesuatu inovasi yang dibuat (Sharifah Nor et. al, 2011: Sharifah Nor et. al, 2012). Hall dan Hord (2011), turut menyatakan bahawa keprihatinan guru melibatkan perkembangan dalam sesuatu proses perubahan yang mana keprihatinan guru akan menunjukkan intensiti yang paling tinggi pada peringkat awal inovasi (Peringkat Keprihatinan Diri), namun apabila guru menjadi lebih berpengalaman dalam mengendalikan inovasi, intensiti akan beralih kepada Peringkat Keprihatinan Tugas dan seterusnya kepada Peringkat Keprihatinan Impak. Menurut Hall dan Hord (2011) lagi, individu-individu yang terlibat dengan sesuatu perubahan menghadapi tahap keprihatinan serta intensiti yang berbeza seperti dalam jadual berikut:

Jadual 1.1 Tahap Keprihatinan Inovasi

Tahap Keprihatinan Aspek Keprihatinan Definisi

Tiada Berkaitan 0 – Kesedaran Saya tidak prihatin atau mengambil berat tentang inovasi tersebut

Kendiri

1 - Maklumat Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang inovasi

2 - Peribadi Sejauh mana peranan saya berkaitan inovasi

Tugas

3 - Pengurusan Saya mampu menguruskan segala aspek berkaitan pelaksanaan inovasi

Impak

4 – Kesan Sejauh mana pelaksanaan inovasi memberi kesan kepada klien saya 5 - Kolaborasi Saya bersedia untuk bekerjasama

dengan pihak lain berkaitan inovasi 6 – Pemfokusan

Semula

Saya mempunyai idea tersendiri yang lebih baik berkenaan inovasi

Sumber: Terjemahan daripada Hall & Hord (2011)

Guru Pemulihan

Guru pemulihan merupakan guru yang terlatih dari institusi-institusi yang menawarkan kursus pendidikan pemulihan khas dari universiti mahupun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara serta mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) di sekolah rendah (Bahagian Pendidikan Khas, 2012). Oleh itu, guru Pemulihan diberi mandat untuk mengemudi program Pemulihan di sekolah masing-masing bermatlamat utama untuk memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan khas. Selain itu, program Pemulihan di bawah seliaan guru Pemulihan mempunyai objektif untuk

(5)

1471

membantu murid-murid agar mampu meneruskan pembelajaran di kelas biasa serta membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran. Dalam konteks kajian ini, guru Pemulihan merupakan guru-guru yang berjawatan guru pemulihan atau guru pemulihan NKRA yang ditempatkan di sekolah-sekolah rendah seluruh Malaysia.

METODOLOGI

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan berbentuk statistik deskriptif yang mana langkah mengumpul dan menganalisis data dilaksanakan berdasarkan instrumen soal selidik yang diedarkan secara atas talian. Kajian yang dijalankan memberi tumpuan kepada pengumpulan data secara kuantitatif. Menurut Noraini (2013), penyelidikan kuantitatif mementingkan objektif dalam pengumpulan data dan menganggap setiap fenomena yang berlaku dapat diterangkan dengan mengukur eleman-eleman yang terlibat. Reka bentuk kajian tinjauan pula berupaya menghurai, membanding dan meramal sikap, pendapat, tingkah laku dan ciri-ciri sesuatu populasi (Creswell 2012).

Instrumen soal selidik bagi kajian ini adalah berdasarkan model CBAM dan merupakan set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Mohd Mazhan (2013), yang lebih dikenali sebagai

Stages of Concern Questionnaire, SoCQ. Borang soal selidik SoCQ yang dibentuk mengandungi 35 item soal selidik berkaitan dengan tujuh tahap keprihatinan. Setiap pernyataan berpandukan kepada 8 skala mengikut intensiti yang berbeza iaitu daripada 0 hingga 7 pada skala Likert. Kesemua 35 item dalam soal selidik mempunyai kesahan (Cronbach Alpha dari 64 ke 83) dan kebolehpercayaan (ujian koefisien dari 65 ke 86) yang tinggi (Hall & Hord 2011). Data soal selidik yang telah dikumpul untuk kajian ini dianalisis menggunakan kaedah analisis skor min dan analisis item. Seterusnya, skor peratusan akan diplotkan dan disambung bagi mendapatkan profil umum peringkat keprihatinan guru Pemulihan dalam pelaksanaan Program i-Think. Berikut merupakan penetapan skala set soal selidik beserta interpretasi julat skor min yang digunakan dalam kajian ini:

Jadual 2.1 Penetapan skala Lapan Peringkat

Skala Pernyataan

Skala 0 Tidak berkaitan

Skala 1 Tidak Benar

Skala 2 Tidak Benar

Skala 3 Kurang Benar

Skala 4 Kurang Benar

Skala 5 Sangat Benar

Skala 6 Sangat Benar

Skala 7 Sangat Benar

(6)

1472 Jadual 2.2 Interpretasi julat skor min

Julat Tahap Skor Min

1.00 - 2.40 Sangat Rendah

2.41 – 2.80 Rendah

2.81 – 4.20 Sederhana

4.21 – 5.60 Tinggi

5.61 – 7.00 Sangat Tinggi

Sumber: Kamarul Azman et al (2011)

DAPATAN KAJIAN

Maklumat Demografi Responden

Seramai 30 orang guru Pemulihan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah terlibat dalam kajian ini, justeru maklumat demografi yang dikumpulkan adalah berkaitan jantina, umur, kaum, kelulusan akademik tertinggi, pengkhususan, pengalaman mengajar serta zon sekolah dihuraikan secara terperinci seperti dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1 Profil demografi responden

Penil aian Perin gkat Kepr ihati nan Penil aian perin gkat kepri hatin an guru pemu lihan terha dap pelaksanaan program i-Think diteliti berdasarkan min dan skor peratusan (Jadual 3.2) yang kemudiannya membentuk satu profil keprihatinan (Rajah 3.1) seperti berikut:

Faktor Demografi

Kategori Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 7 23.3%

Perempuan 23 76.7%

Umur 25 tahun dan ke bawah 1 3.3%

26 -30 tahun 8 26.7%

31 tahun dan lebih 21 70.0%

Kaum Melayu 25 83.3%

Bukan Melayu 5 16.7%

Kelulusan Akademik

Diploma Pendidikan 9 30%

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 17 56.7%

Sarjana Pendidikan 4 13.3%

Opsyen Pemulihan 23 76.7

Bukan Pemulihan 7 23.3%

Pengalaman Mengajar

5 tahun atau kurang 7 23.3%

Lebih dari 5 tahun 23 76.7%

Zon Sekolah Bangsar 9 30%

Pudu 9 30%

Sentul 7 23.3%

(7)

1473

Jadual 3.2 Min dan skor peratusan Tahap Keprihatinan responden

Tahap Keprihatinan Skor Peratusan Min Sisihan Piawai

Kesedaran 65.14% 4.56 0.937 Maklumat 71% 4.97 1.321 Peribadi 74.71% 5.23 1.342 Pengurusan 60.43% 4.23 0.987 Kesan 70.29% 4.92 1.092 Kolaborasi 63.29% 4.43 1.299 Pemfokusan Semula 65.57% 4.59 1.599

Rajah 3.1 Profil Peringkat Keprihatinan

Keputusan analisis di Jadual 3.2 mendapati keprihatinan peribadi menunjukkan intensiti yang paling tinggi (74.71%) manakala keprihatinan pengurusan mencatatkan intensiti yang paling rendah (60.43%). Item pernyataan ‘Saya ingin tahu bagaimana peranan saya akan berubah dalam pelaksanaan Program i-Think’ dalam konstruk keprihatinan peribadi mencatatkan skor min

tertinggi iaitu 5.37. Dalam hal ini, guru pemulihan yang terlibat mempunyai keprihatinan yang tinggi untuk memahami peranan dan tanggungjawab mereka dalam memastikan pelaksanaan program i-Think mencapai objektif yang dihasratkan. Di samping itu, mereka prihatin tentang keadaan peribadi, kemampuan diri serta kebajikan mereka untuk melaksanakan program i-Think

di dalam bilik darjah namun masih merasa sedikit sukar untuk menguruskan masa serta memberikan sepenuh komitmen terhadap pelaksanaan program i-Think.

65.14% 71% 74.71% 60.43% 70.29% 63.29% 65.57% 0% 20% 40% 60% 80% 100%

Kesedaran Maklumat Peribadi Pengurusan Kesan Kolaborasi Pemfokusan Semula

(8)

1474 PERBINCANGAN

Secara keseluruhannya, kajian mendapati guru-guru pemulihan yang terlibat mempunyai intensiti yang tinggi terhadap tahap keprihatinan Kendiri (Maklumat dan Peribadi) diikuti keprihatinan Impak (Kesan, Kolaborasi, Pemfokusan Semula) dan akhir sekali adalah Keprihatinan Tugas (Pengurusan) berdasarkan panduan interpretasi tahap keprihatinan inovasi terjemahan daripada Hall dan Hord (2011). Dalam konteks ini, guru-guru Pemulihan prihatin akan peranan yang perlu dimainkan dalam memastikan program i-Think dapat memberi impak yang positif kepada murid namun masih teragak-agak dalam hal-hal berkaitan pengurusan masa, bahan serta sumber maklumat dalam memastikan program i-Think berjalan dengan lancar. Keputusan kajian ini selari dengan kajian oleh Mohd Mazhan (2013) yang menggunakan CBAM untuk menilai peringkat keprihatinan guru dalam melaksanakan inovasi kurikulum Pemulihan Jawi j-QAF. Mohd Mazhan mendapati guru-guru terlibat masih belum bersedia untuk melonjakkan diri dalam proses perubahan kurikulum, kurang memahami kandungan kurikulum serta kurang menjalani latihan intervensi. Mereka memerlukan maklumat tentang inovasi kurikulum di samping ingin mengetahui kesan inovasi dan peranan mereka dalam melaksanakan inovasi.

Walau bagaimanapun, intensiti tahap keprihatinan Tugas dan Impak yang mencatatkan purata min skor lebih rendah pula memberi gambaran bahawa guru-guru Pemulihan masih agak lemah dalam hal-hal berkaitan pengurusan program i-Think semasa mengendalikan program pemulihan di sekolah. Di samping itu, guru-guru pemulihan terlibat juga kurang memberi perhatian terhadap kesan inovasi kepada murid serta kurang berkolaborasi sesama rakan guru untuk memantapkan pelaksanaan program i-Think. Perkara ini selari dengan dapatan kajian oleh Kamarul Azman (2013) yang mendapati responden kajian kurang memfokuskan perhatian ke atas proses dan tugas yang diperlukan dalam melaksanakan inovasi. Di samping itu, dapatan menunjukkan guru-guru telah prihatin tetapi mempunyai sedikit pengetahuan dan masih lagi mencari-cari maklumat berkaitan inovasi kurikulum tersebut.

KESIMPULAN

Kejayaan mahupun kegagalan dalam sesuatu perubahan kurikulum amat bergantung kepada komitmen pelaksana yakni guru-guru dalam konteks pendidikan di Malaysia. Pelaksanaan sesuatu inovasi atau perubahan kurikulum memerlukan pengguna mempelajari inovasi tersebut agar mereka boleh melaksanakannya secara berkesan (Sharifah Nor Puteh et al., 2012). Terdapat banyak inovasi kurikulum yang telah diperkenalkan gagal untuk diteruskan kerana guru kurang prihatin, kurang informasi, pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu perubahan dengan berkesan (Anderson 2010).

Hasil kajian ini telah menunjukkan peri pentingnya pelaksanaan kajian dan soal selidik berkaitan peringkat keprihatinan (SoC) dalam kalangan guru-guru secara berkala. Kajian ini secara implikasinya menunjukkan pelaksanaan program i-Think dalam kalangan guru-guru Pemulihan masih belum mencapai tahap kejayaan yang dihasratkan KPM. Dapatan kajian ini turut diharap dapat menjadi panduan kepada pihak-pihak berkaitan agar berusaha untuk memberikan intervensi bersesuaian dalam membantu guru-guru pemulihan memanfaatkan inovasi program i-Think ini.

(9)

1475 Rujukan

Anderson, S. E. 2010. Moving Change: Evolutionary Perspectives on Educational Change.

Second International Handbook of Educational Change, 23(1): 65-84.

Archie A. George, Gene E. Hall, Suzanne M. Stiegelbauer. Measuring Implementation in Schools: The Stages of Concern Questionnaire. Ed. ke-3. SEDL, 2013.

Balakrishnan, V. 2014. Aplikasi i-Think dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cresswell, J.W. 2008. Educational Research, Planning, Conducting and Evaluating: Quantitative & Qualititative Research. 3rd Edition. New Jersey: Pearson Merill Prentice Hall.

Fuller, F. F. 1969. Concern of Teachers: A Development Conceptualization. American Educational Research Journal, 6 (2): 207-226.

Hall, G. E, Dirksen, D. J. & George, A. A. 2006. Measuring Implementation in Schools: Levels of Use. Austin, Taxes: SEDL

Hall, G. E. & Hord, S. M. 2011. Implementing Change: Pattern, Principles and Potholes. 3rd Edition. New Jersey: Pearson Education, Inc.

Hall, G. E. & Hord, S.M. 2006. Implementing Change: Pattern, Principles and Potholes. United State of America: Allyn & Bacon.

Irene Ng. 2009. Using CBAM (Concerns-Based Adoption Model) to Understand the Implementation of the SAIL Approach Teaching and Learning Strategies and Practices.

International Association for the Scientific Knowledge. Teaching and Learning 2009 Conference on 9 December 2009.

Kamarul Azman Abdul Salam. 2013. Penggunaan CBAM untuk Menilai Pengajaran Guru dalam Inovasi Kurikulum Prasekolah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2003. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012. Membudayakan Kemahiran Berfikir. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2012. Program i-Think: Membudayakan Kemahiran Berfikir.

Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2013. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2025(Pendidikan Prasekolah hingga Lepas Menengah). Putrajaya: Bahagian Pendidkan Guru.

Mohd Mazhan Tamyis. 2013. Tahap Keprihatinan Guru j-qaf dalam Inovasi Program Pemulihan Jawi Sekolah Rendah. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(10)

1476

Muhamad Sidek Said, Mohamad Ab. Kadir & Mohamad Sabri Awang Hitam. 2013. Penilaian Pelaksanaan Program i-Think: Satu Pengenalan. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4 (1): 72-106.

Nik Rosnizasuzila Nik Hassan, Azlina Mohd Kosni & Zakiah Mohamad Ashari. 2015. Keperluan Modul i-Think dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah. Prosiding Seminar Antarabangsa Pascasiswazah Pendidikan Kali Kedua. Johor Bahru: Penerbitan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Noraini Idris. 2013. Penyelidikan dalam Pendidikan. Selangor: Mc Graw Hill Education.

Norhailmi Bin Abdul Mutalib. 2017. Pembelajaran Abad 21 Bukan Sekadar Susun Kerusi dan Meja. Perlis: Percetakan Perlis Sdn Bhd.

Rohaida Yusop & Zamri Mahamod. 2015. Keberkesanan Peta Pemikiran (i-Think) dalam Meningkatkan Pencapaian Penulisan Bahasa Melayu Murid Tahun 6. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 5 (2):31-37.

Shamsazila Sa’aban, Muhammad Faizal Abdul Ghani & Ghazali Darusalam. 2017. Pelaksanaan Program i-Think Di Sekolah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: Satu Kajian Awal. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 4 (1): 10-25.

Sharifah Nor Puteh, Kamarul Azman Abd Salam & Mohd Mazhan Tamyis. 2013. Concerns-Based Adoption Model (CBAM) untuk Menilai Pelaksanaan Perubahan Kurikulum. Jurnal Pemikiran dan Penelitian, 15 (2): 1-8.

Sharifah Nor Puteh, Nor Adibah Ghazali, Mohd Mazhan Tamyis & Aliza Ali. 2012. Keprihatinan Guru Bahasa Melayu dalam Melaksanakan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2 (2): 19-31.

Shurainee Hanim Binti Mohamad Nor. 2014. Tahap Keprihatinan Guru Matematik dalam Program Pemulihan Matematik (Linus-Numerasi) Sekolah Rendah. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tan, Y.L. & Lee, L.W. 2015. Profil Tahap Keprihatinan Guru Terhadap Inovasi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Berdasarkan Model Concern-Based Adoption Model (CBAM). Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3 (3): 1-21.

Zamri Mahamod. 2012. Inovatif P&P dalam Pendidikan Bahasa Melayu. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Figur

Memperbarui...

Referensi

Memperbarui...

Related subjects :