• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pendahuluan: (Shad [38] : 29)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pendahuluan: (Shad [38] : 29)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)Pendahuluan: Potensi keagungan peribadi setiap muslim berkait rapat dengan kesetiaannya kepada Al-Quran, keseluruhan hidupnya bersama Al-Quran, iaitu mempelajari pembacaannya, merenungi maknanya, mengamalkan perintahnya, menjauhi larangannya, menghafal ayat-ayatnya serta bersedia menyebarkan ilmu yang berkait dengan Al-Quran kepada ahli keluarga dan masyarakat keseluruhannya. Ini disebabkan Al-Quran itu membawa keberkatan. Allah SWT berfirman : “Ini adalah sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu penuh dengan keberkatan supaya mereka memerhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapatkan pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran”. (Shad [38] : 29) Barangsiapa yang mencari kecukupan hidup, Al-Quran akan mencukupinya, barangsiapa yang mencari kesembuhan, Al-Quran akan memberikan kesembuhan, barangsiapa yang meminta perlindungan dari yang menurunkan Al-Quran, nescaya Dia (Allah SWT) akan memberikan perlindungan. Oleh sebab itu Ibnu Abbas ra berkata, “Barang siapa yang mengikuti Al-Quran, maka Allah SWT akan mengurniakan petunjuk, meneguhkannya di dunia dan membahagiakannya di akhirat. Dan barangsiapa berpaling dari Al-Quran maka Allah SWT akan menyesatkannya di dunia, menjadikan kehidupannya sempit dan menghinanya di akhirat.. Keutamaan orang yang membaca Al-Quran dan mengkajinya. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud : “ Sesungguhnya orang-orang yang membaca kitab Allah (Al-Quran) dan mereka mendirikan solat serta membelanjakan rezeki yang kami berikan kepada mereka secara tersembunyi dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak rugi. Sebab iti Allah akan mencukupkan pahala mereka serta menambahkan kurnia-Nya kepada mereka, sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengampun dan Maha Berterima Kasih”. ( Fathir : 29-30 ) Pengajaran daripada ayat ini ialah: 1. Allah SWT memuliakan orang-orang yang suka membaca Al-Quran sama seperti orangorang yang mendirikan solat dan menginfakkan harta pada jalan Allah. 2. Orang-orang membaca Al-Quran itu diberikan ganjaran yang besar seperti orang yang berniaga yang mengharapkan perniagaannya untung, maju dan tidak rugi.. 1.

(2) 3. Orang yang membaca Al-Quran diberkan pengampunan di samping Allah SWT akan berterima kepadanya. “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya”. ( Riwayat Bukhari ) Kesimpulannya : 1. Islam memberikan suatu pandangan yang istimewa kepada orang yang mempelajari Al-Quran atau yang mengajarnya. 2. Hadis ini menggalakkan supaya semua muslim mempelajari kandungan Al-Quran, kemudian mengajarkan kepada orang lain supaya ia menjadi orang yang mulia di sisi Allah SWT. Orang yang selalu membaca Al-Quran dibangkitkan bersama malaikat pencatat amalan. Sepertima maksud Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim: “Orang yang pintar membaca Al-Quran (dibangkitkan) bersama para malaikat Pencatat yang mulia lagi patuh. Sedang orang yang membaca Al-Quran dengan merangkak, iaitu sukar mengeluarkan bunyinya akan memperoleh pahala dua kali ganda”.. Keistimewaan Al-Qiraat Ilmu Qiraat yang dianggaap asing oleh masyarakat Melayu sebenarnya telah berkembang luas di zaman Rasulullah SAW. Sebagimana diketahui Al-Quran dan Qiraat adalah satu kombinasi yang tidak boleh dipisahkan. Demikian juga dengan ilmu Tajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran. Seseorang yang membaca Al-Quran tanpa Tajwid ia tidak dinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadah, bahkan berdosa di sisi syara’.. Menyebar luaskan Ilmu Qiraat kepada masyarakat Seharusnya menjadi tanggungjawab dan amanah semua pihak samada pemerintah, agensiagensi kerajaan, pihak swasta dan orang-orang perseorangan untuk menyebarkan ilmu Qiraat ini kepada seluruh masyarkat. Perlu ada kemudahan tempat mengaji di setiap taman atau kawasan perumahan bagi setiap peringkat umur. Tugas mengajar ilmu ini merupakan fardhu kifayah. Setiap tempat pengajian Al-Quran mesti mampu mengajar Qiraat.. 2.

(3) Langkah-Langkah dan strategi ke arah keberkesanan pengajaran dan pembelajaran ilmu Qiraat kepada masyarakat awam 1.. Guru dan murid perlu memelihara adab:a. Kedua-dua pihak mesti mempunyai niat yang ikhlas kerana Allah SWT sematamata. Pahala amalan seseorang itu bergantung kepada apa yang diniatkan. b. Sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia dan terpuji, bersifat zuhud, pemurah, sentiasa memelihara silaturrahim dan menjauhkan diri dari sebarang kemungkaran terhadap Allah SWT. c. Sebagai guru sentiasa menyambut baik orang yang datang belajar kepadanya. d. Sentiasa menasihati pelajar-pelajar. e. Sentiasa merendah diri dan tawadhuk. f.. Bersikap dedikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.. g. Persekitaran yang luas dan selesa untuk pergerakan guru dan pelajar. h. Sentiasa tekun dan sabar dalam menyampai dan menerima ilmu. *. Hati yang suci bersih dalam menyampaikan ilmu serta menuntut ilmu laksana tanah yang subur sangat baik untuk bercucuk tanam.. 2. Disiplin diri yang tinggi samada dari segi pengurusan masa serta kawalan diri semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan.. 3.. Persiapan peralatan oleh guru dan pelajar ilmu Qiraat :a. Menggunakan musyhaf AL-Quran Resam Uthmani yang besar dan jelas. b. Al-Quran 10 Qiraat. c. Buku-buku rujukan mengenai Ilmu Qiraat. d. Buku nota, alat-alat tulis dan pen warna untuk dijadikan simbol bagi perbezaan bacaan setaip Qiraat di dalam musyhaf e. Papan putih, marker dan pemadam.. 3.

(4) Menguasai istilah-istilah asas dalam pengajaran ilmu Qiraat  Adalah menjadi prasyarat untuk mendalami istilah-istilah asas sebelum mendalami perbahasan dengan lebih lanjut.  Pengajaran perlu diadakan serentak antara teori dan praktikal bagi mengelakkan penyalahgunaan istilah-istilah tersebut.  Memahami istilah-istilah asas dalam pengajian Ilmu Qiraat Contoh : BIL. USUL. KETERANGAN. 1. Naqal. Memindahkan harkat hamzah kpd huruf sukun. 2. Ibdal. Menukar hamzah kepada huruf mad. 3. Imalah. Bacaan hampir kepada kasrah. CONTOH. CONTOH BACAAN WARSH. ‫وَاَرْض‬. ‫ُ ِ

(5) ُ ن‬ َ. َ ُ‫َو‬. **Perhatian. 4. •. Semua istilah tersebut perlu bertalaqi dan bermusyafahah dengan guru dan memerlukan latihan.. •. Penggunaan istilah secara teori dan praktikal amat penting bagi memastikan pembacaan qiraat yang tepat dan betul.. •. Segalanya tidak akan terhasil dengan mempelajarinya secara bersendirian .. •. Contoh Perincian Riwayat Qolun :.

(6) Sesi Pengajaran dan Pembelajaran a.. Guru dan murid memulakan pengajaran dengan membaca Al Al-Fatihah Fatihah untuk memohon keberkatan dan rahmat Allah SWT.. b.. Fasa I. - Penerangan usul Qiraat dan istilah istilah-istilah istilah Qiraat serta contoh di dalam AlAl Quran, kira-kira kira 30 minit pertama.. c.. Fasa II. ayat-ayat ayat yang terdapat Qiraat yang dipelajari serta - Guru membacakan ayat menerangkan khilaf yang terdapat serta usul yang berkenaan. Pelajar mengulangi bacaan guru secara berkumpulan dan individu.. d.. Fasa III. -. e.. Fasa IV. Pelajar membaca bacaan masing masing-masing masing berdasarkan Qiraat yang dipelajari. Semasa pelajar membaca bacaan sendiri, guru dan pelajar-pelajar pelajar lain menyemak dan sama sama-sama memberi teguran sekiranya terdapat sebarang kesilapan. - Setelah semua pelajar memperdengarkan bacaan masing masing-masing, masing, mereka membentuk kumpulan kumpulan-kumpulan kumpulan kecil seramai 3 orang satu kumpulan untuk menyediakan bacaan pada keesokkan harinya. • •. 5. Sesi perbincangan ini dipantau oleh guru dan peranan guru di sini sebagai fasilitator. Al-Quran Quran 10 Qiraat dari buku-buku buku teks Qiraat dijadikan rujukan dalam sesi ini..

(7) •. f.. Fasa V. g.. Setiap guru Al-Quran dan Qiraat mesti terus belajar untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran. Amalan ini akan menjadi motivasi dan teladan kepada semua pelajar dan masyarakat amnya. •. -. Penglibatan setiap pelajar sangat aktif dan menyeronokkan kerana bimbingan dari rakan-rakan lebih menarik dan berkesan. Rakan pembimbing pula di dalam masa yang sama akan memahirkan lagi penguasaan mereka dalam ilmu Qiraat. Hasilnya, persiapan untuk bacaan pada keesokan harinya lebih mantap dan menyakinkan.. Sekiranya terdapat sebarang permasalahan oleh guru, guru akan menelefon ustaz untuk mendapatkan kepastian tanpa bertangguh. Dengan bantuan ustaz yang sangat mahir dalam bidang ini, menyebabkan segala persoalaan dapat di atasi serta merta, Alhamdulillah. Cara ini amat menyakinkan pelajar-pelajar tentang ilmu yang disampaikan.. Bilangan Guru Al-Quran (sehingga sesi Julai 2011). (Raub). yang. meneruskan. pembelajaran. di. UIA. PENGAJIAN. LELAKI. PEREMPUAN. JUMLAH. QIRAAT 7. 2. 2. 4 ( semuanya mengajar). TAJWID. 2. 8. 10. JUMLAH. 4. 10. 14. Mempromosikan imej organisasi Bagi memastikan ilmu Al-Quran dan Qiraat mendapat tempat di hati masyarakat, beberapa langkah telah diambil : a. Mengadakan majlis ihtifal tahunan dan silaturrahim dalam bentuk pertandingan. Antaranya: -. 6. Tilawah Al-Quran Hafazan surah-surah pendek Hafazan surah-surah panjang Bacaan Qiraat.

(8) b. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar Qiraat memperdengarkan bacaan dalam majlis rasmi di masjid atau dewan orang ramai. c. Kelas Asas Rawatan Islam ( syifa’ ) mengajar doa-doa untuk pelindungan diri. Doa-doa sangat penting dalam kehidupan seharian. d. Mengadakan program Tadarus Al-Quran dan Khatam Quran setiap bulan Ramadhan. e. Menganjurkan program cuti sekolah kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. f.. Menubuhkan kumpulan khidmat masyarakat terutama kumpulan menguruskan jenazah dan tahlil (perempuan) yang dianggotai oleh pelajar Al-Quran dan Qiraat.. g. Mengadakan program bacaan Yassin mingguan pada setiap hari Jumaat di kelas Al-Quran dan Qiraat yang dihadiri oleh pelajar Al-Quran dan Qiraat dewasa (kaum ibu) serta ahli masyarakat setempat. h. Imam di masjid membawa bacaan Qiraat semasa solat berjemaah. i.. Mengajar ilmu Qiraat kepada pelajar-pelajar yang telah khatam riwayat Hafs.. Potensi perkembangan Ilmu Qiraat Dalam Era Globalisasi Potensi untuk ilmu Qiraat untuk terus berkembang maju adalah amat cerah. Berikut adalah fakta yang menyokong kenyataan di atas : a. Percetakan Al-Quran dalam pelbagai riwayat yang membantu umat Islam mendalami ilmu Qiraat. b. Rakaman suara i. Riwayat Hafs : Oleh ratusan Qurra’ ii. Warsy : Syeikh Mahmud Khalil al-Husari dll iii. Qalun : Muhammad Abu Sunainah, Dr.’Ali ‘Abd al-Rahman al-Hudhaifi iv. Al-Duri : Dr.’Abd al-Rahman al-Hudhaifi dan Mahmud Khalil al-Husari c. Penubuhan institusi-institusi antaranya: i. ii.. Ma’had Qiraat al-Azhar yang ditubuhkan pada 1946M/ 1365H Kuliyyah al-quran wa al-Dirasat al-Islamiyah, Universiti Islam Madinah, Saudi Arabia pada 1394H. iii. Universiti Al-Quran al-karim wa al-`Ulum al-Islamiyah, Sudan pada 1990M/1410H. iv. kuliyyah Al-Quran al-karim li al-Qiraat wa’Ulumiha. Universiti Al-Azhar cawangan Tanta pada 1992M.. 7.

(9) v. Kuliyyah al-‘Ulya li al-Quran al-karim,Yaman pada 1994M. vi. Jabatan al-Qiraat al-Quraniyyah di Universiti al-Balqa’ al-Tatbiyyah, Jordan pada 2000M vii. Darul Quran, JAKIM, Maahad Tahfiz, Universiti awam dan swasta di Malaysia.. Harapan •. Mengharapkan supaya wujudnya kesedaran di kalangan masyarakat awam tentang kepentingan ilmu Qiraat.. •. Kesedaran orang yang berilmu menurunkan ilmu Qiraat kepada orang awam.. •. Kesedaran pihak berkuasa untuk berusaha memperluaskan ilmu ini.. •. Pembelajaran di universiti tempatan untuk orang awam dan pelajar seperti di UIA.. •. Mengadakan kursus-kursus, diskusi dan seminar sekerap mungkin.. •. Berdoa supaya Allah SWT menberikan taufik dan hidayahnya kepada kita semua untuk mencintai Al-Quran dan Ilmu Qiraat. Insyallah.. Penutup. “Hanya kepada Engkau-lah kami menyembah dan hanya kepada Engkau-lah kami memohon pertolongan”. Al-Fatihah : ayat 5 Ini adalah perjanjian seorang muslim dengan Tuhannya untuk mempersembahkan seluruh amalnya semata-mata untuk Allah SWT dan tidak mempersekutukannya dengan yang lain. Hamba beribadah dengan mengajukan permohonan dan permintaan, sementara Allah SWT memberikan pertolongan dan kekuatan. Ayat tersebut selaras dengan makna firman Allah SWT dalam sebuah hadis Qudsi, “Ini (adalah perjanjian) antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi segala yang diminta”. Perjanjian ini merupakan inti ajaran para nabi dan misi para Rasul. Ayat itu adalah perjajian kudus yang diikrarkan oleh setiap muslim di dalam setiap rakaat dalam solat. Dengan demikian, jiwanya sentiasa terpaut dengan perjanjian agung itu. Demi janji itu manusia diciptakan, para Rasul diutuskan, kitab-kitab suci diturunkan, syurga dibentangkan, neraca amal perbuatan ditegakkan, para makhluk dibangkitkan dari kubur, amal perbuatan diperlihatkan dan para saksi dihadirkan. Dengan ayat itu kebenaran dan kebahagiaan terwujud. Segala persoalan menjadi mudah dan kejahatan akan terhindar. Tiada seorang pun mendapat redha, rahmat, pengampunan, pertolongan, hidayah dan kekuatan dari Allah kecuali dengan ayat tersebut. Insyallah. 8.

(10) Bibliografi. 1.. Ilmu Qiraat Al-Quran : Pelajar Qiraat Sabah (Qiraat Tujuh), disusun oleh Drs.Abdul Malik Yamint : Penerbitan Pustaka Antara 1985.. 2.. Tarikh Al-Quran dan Rasm Uthmani Jilid 1, oleh ustaz Mohd Rahim Jusoh bin Musa : Pustaka Khodim Al-Mushaf.. 3.. Pengenalan Ilmu Qiraat oleh ustaz Mohd Rahim Jusoh bin Musa : Mahsuri Timur Sdn.Bhd.. 4.. Usul Al-Qiraat Nafi’ Al-Makrani Dan Toriq Al-Syatibiah Jilid I oleh ustaz Mohd Rahim Jusoh bin Musa : Pustaka Haji Abdul Majid.. 5.. Usul Qiraat Ibnu Kathir dan Abu Amru Jilid 2 oleh ustaz Mohd Rahim Jusoh bin Musa : Pustaka Khodim Al-Mushaf.. 6.. Manhaj Qiraat 10 oleh Haji Mohd Nazri bin Abdullah : Percetakan Sala Sdn.Bhd.. 7.. Dinamika Ilmu Qiraat Quraniyyah oleh ustaz Sabri bin Muhammad : Universiti Kebangsaan Malaysia. 8.. Ilmu Qiraat Suatu Pengenalan oleh Ab. Malek bin Ab. Manaf : Al-Jenderaki Enterpise. 9.

(11) SEMINAR QIRAAT PERINGKAT KEBANGSAAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UAIM) TARIKH : 19 – 20 NOVEMBER 2011 TEMPAT : AUDITORIUM UTAMA, UIAM. TAJUK : KAEDAH YANG BERKESAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ILMU QIRAAT KEPADA ORANG AWAM : SATU KAJIAN. PEMBENTANG : PN.HJH SITI ZAINAB BT SUBOH MANTAN PENGETUA KANAN SMK.MAHMUD RAUB, PAHANG DARUL MAKMUR.

(12)

(13)

Referensi

Dokumen terkait

"Maukah kuceritakan kepadamu tentang amalmu terbaik dan paling bersih dalam pandangan Allah swt, serta orang yang tertinggi derajatnya di antaramu, yang lebih baik

Maka tidak terdapat perbedaan kinerja perusahaan perbankan sebelum dan sesudah berlakunya Undang-Undang No.36 Tahun 2008 berdasarkan NPM sehingga hasil pengujian

Adapun saran-saran yang ingin peneliti sampaikan berkenaan dengan kesimpulan di atas adalah sebagai berikut: (1) karena keterampilan menyimak cerita anak pada

Larangan ini disebutkan dalam nash lain, seperti firman Allah SWT: Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia -

Manna’ Al-qattan mengatakan bahwa, Al-qossul Qur’an merupakan informasi Al-qur’an untuk mengetahui mengenai keadaan Umat Manusia, serta peristiwa-peristiwa lainya

Selain belajar menceritakan pengalaman, dalam bab ini kalian juga dapat belajar menggunakan huruf kapital, membaca cerita tokoh idola serta membuat karangan sederhana...

: PERATURAN BUPATI BONE B0LANGO TENTANG PERUBAHAN KEEMPAT ATAS PERATURAN BUPATI BONE BOLANGO NOMOR 43 TAHUN 2020 TENTANG PENJABARAN ANGGARAN PENDAPATAN DAN BELANJA

jika dilihat dari tabel 2 yaitu jumlah pelanggan kartu prabayar dan pangsa pasar.. operator seluler di Indonesia, dapat dilihat bahwa PT. Telkomsel merupakan. operator seluler