• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kurikulum Tersembunyi

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kurikulum Tersembunyi"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

1.0 APA ITU KURIKULUM?

1.1 Definisi Kurikulum

Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang kurikulum tersembunyi adalah lebih baik kita mengetahui terlebih dahulu tentang apa yang dimaksudkan dengan kurikulum. Dalam dunia pendidikan, seseorang tenaga mengajar perlu mempunyai satu panduan atau pedoman yang akan memandu hala tuju mereka di dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Perancangan atau hala tuju ini sangat penting bagi memastikan tenaga pengajar tersebut tidak terpesong dari matlamat asal yang telah ditentukan. Panduan atau pedoman kepada guru atau tenaga pengajar semasa melaksanakan pembelajaran dan pengajaran dikenali sebagai “kurikulum”.

Dalam kurikulum, terdapat semua maklumat berkaitan proses pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran. Seseorang tenaga pengajar tidak boleh lari daripada mengikuti dan melaksanakan kurikulum seperti yang telah dipersetujui. Perkataan ‘kurikulum’ berasal daripada bahasa Latin iaitu ‘curere’. Perkataan ini mambawa maksud ‘laluan’ atau ‘jejak’. Secara lebih luas ia membawa maksud ‘jurusan’, manakala dalam Bahasa Inggeris ‘kurikulum’ mengandung pengertian ‘jelmaan’ atau ‘metamorfosis’. Paduan makna daripada kedua-dua bahasa ini menghasilkan satu makna ‘kurikulum’ iaitu’laluan dari satu peringkat ke satu peringkat’. Perluasan makna ini memberikan pengertian ‘kurikulum’ dalam

(2)

perbendaharaan kata bahasa Inggeris sebagai jurusan pengajian yang diikuti di sekolah’.

Selain itu, Nicholls, S.H. dan Nicholls, A. dalam Penerokaan Teori Kurikulum, mentakrifkan kurikulum sebagai semua peluang pembelajaran yang dirancang oleh guru-guru untuk murid sekolah. Hirst memberikan definisi kurikulum sebagai satu program yang disusun oleh guru untuk membolehkan murid mencapai objektif yang dirancangkan. Menurut Tyler juga dalam Penerokaan Teori Kurikulum , kurikulum ialah segala pembelajaran yang dirancang dan diarah oleh sekolah bagi mencapai matlamat pendidikan. Definisi ini meliputi objektif pendidikan, segala pengalaman yang terancang dan penilaian pencapaian murid-murid. Kurikulum juga boleh didefinisikan sebagai pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula oleh murid. Pengetahuan dan pengalaman yang dibina semula ini dibentuk dengan bersistem di bawah naungan sekolah untuk mempertingkat kemajuan murid mengawal pengetahuan dan pengalaman sendiri. Hakikatnya, kurikulum mengaitkan proses pembinaan semula pengetahuan dan pengalaman murid dengan kebolehan murid itu sendiri.

1.2 Konsep Kurikulum

Setelah meneliti pelbagai jenis definisi, kurikulum bolehlah difahamkan sebagai rancangan merangkumi aktiviti akademik seperti matapelajaran, kursus

(3)

sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada akademik atau bukan akademik yang boleh membantu para murid mencapai perkembangan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman-pengalaman yang dirancangkan itu hendaklah secocok dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan murid.

1.3 Objektif Kurikulum

Kurikulum yang telah dirancang dan dilaksanakan untuk murid-murid di sekolah mempunyai beberapa objektif. Antara objektif utama ialah :

a) Berhasrat menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

b) Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta memiliki ilmu pengetahuan yang benar.

c) Bertujuan memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan setiap individu.

d) Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan uantuk membolehkan pembelajaran maksimum tercapai.

e) Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni melalui matapelajaran yang disediakan.

(4)

g) Berhasrat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan Negara.

h) Melahirkan insan yang beragama, mempunyai kemantapan jiwa dan bersedia untuk berbakti.

1.4 Jenis-jenis Kurikulum

Warwick dalam Mohd Daud Hamzah(1993) menerangkan bahawa terdapat tiga dimensi atau aspek kurikulum yang jelas untuk mencapai objektif-objektif di atas. Tiga dimensi itu ialah kurikulum formal, kurikulum ideal dan kurikulum tersembunyi atau juga dikenali sebagai kurikulum terpendam.

a) Kurikulum Formal

Kurikulum formal merujuk kepada semua aktiviti yang berlaku secara nyata di sekolah. Hal ini merangkumi segala aktiviti bilik darjah, kegiatan luar bilik darjah serta sukan dan permaianan yang telah dirancang oleh pihak tertentu dan dikawal selia oleh guru. Aktiviti yang berlaku ini boleh diibaratkan seperti kandungan geologi bumi, di mana setiap lapisan yang terdapat dalam bumi adalah saling berkaitan antara satu sama lain dari lapisan kerak hinggalah ke teras dalam. Begitu juga dengan kurikulum di sekolah, kita boleh ibaratkan satu lapisan mewakili satu bentuk satu aspek kurikulum yang saling berkaitan .

(5)

b) Kurikulum Ideal

Prinsip-prinsip yang terlibat dalam sesuatu kurikulum akan menjamin kesepaduan kurikulum secara keseluruhannya. Prinsip-prinsip inilah yang terkandung dalam kurikulum ideal. Kurikulum ideal ini sepatutnya mengandungi pandangan-pandangan daripada semua pihak yang terlibat dalam sistem persekolahan, iaitu pengetua, guru besar, guru, nazir, kakitangan sumber ibu bapa dan sebagainya. Tanpa kurikulum ideal, kurikulum formal tidak mempunyai asas serta kekurangan arah yang tertentu. Kurikulum ideal ini merupakan satu batu induk bagi kurikulum formal.

c) Kurikulum Tersembunyi

Dimensi ketiga kurikulum ialah kurikulum tersembunyi. Kurikulum ini merupakan pengalaman pembelajaran yang dipelajari secara tidak langsung oleh para murid dan kesannya adalah di luar kawalan guru. Pembelajaran sampingan berlaku disebabkan cara kurikulum itu disusun dan kaedah-kaedah pengajaran yang diterapkan oleh guru dan persekitaran di sekolah.

(6)

2.0 KURIKULUM TERSEMBUNYI

Kurikulum dan sekolah saling lengkap melengkapi. Setiap sekolah di Malaysia mengikuti kurikulum yang sama , dirancang oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK). Melalui kurikulum yang dibina inilah pihak sekolah dapat membekalkan ilmu dan pengalaman kepada para murid. Di sebalik kurikulum yang direkabentuk dan disusunatur persembahannya terdapat satu lagi kurikulum yang tersembunyi. Menurut Roland Meighan dalam Ishak Ramly(2003), beliau menyatakan kurikulum tersembunyi ialah segala amalan-amalan di sekolah yang kadangkala dilakukan tanpa difikirkan tujuannya. Kesimpulannya, tidak terdapat definisi yang tepat dan khusus bagi kurikulum tersembunyi kerana kedudukan, makna, fungsi dan peranannya dalam pendidikan adalah pelbagai arah , tidak khusus dan pelbagai objektif. Terdapat dua jangkaan kurikulum tersembunyi iaitu jangka masa panjang dan jangka masa pendek.

2.1 Konsep Kurikulum Tersembunyi

Istilah kurikulum tersembunyi merujuk segala perkara yang dapat mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran serta sistem persekolahan yang bertujuan untuk meningkat dan mendorong pertumbuhan pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum tersembunyi ini berlaku secara terselindung atau tidak rasmi dalam organisasi sekolah, sistem sekolah atau sistem pendidikan.

(7)

Kepelbagaian kurikulum tersembunyi ini telah membawa pelbagai implikasi serta perubahan dalam mewariskan tradisi bagi mengekalkan struktur sosial masyarakat. Kurikulum tersembunyi boleh berlaku secara adaptasi, asimilasi, interpretasi dan asosiasi rukun serta susila hidup yang bersistem dan berpelembagaan kepada generasi baru yang menjadi pewaris masyarakat. Menyedari akan hakikat bahawa kurikulum pendidikan mempunyai matlamat mengubah murid dari segi pemikiran, perasaan, perbuatan dan kepercayaan kepada satu tahap yang diperakukan masyarakat maka mahu ataupun tidak, sekolah telah mengambil alih dalam banyak perkara pendidikan daripada institusi-institusi keluarga, masyarakat, kebudayaan dan sebagainya. Ini bermakna dalam konteks khusus, kurikulum tersembunyi telah berlaku dan dapat diertikan sebagai menyediakan pengalaman murid yang tidak diduga yang timbul daripada sesuatu kurikulum, serta juga pengalaman yang timbul daripada beberapa situasi dan pola budaya yang terdapat di sekolah. Apa yang mungkin dialami oleh murid dalam kurikulum tersembunyi ialah mereka dilatih untuk hidup dalam masyarakat dan diberi latihan yang lebih bersifat ‘soft skils’ atau kemahiran insaniah untuk masa hadapan dan memberi kepuasan kepada mereka sepanjang berada di sekolah. Hakikatnya, walaupun tidak distrukturkan secara kemas dan tersusun dalam pelaksanaan kurikulum rasmi sekolah, tetapi kurikulum tersembunyi ini dapat menentukan keberkesanan pengalaman sekolah yang dilalui oleh setiap murid.

(8)

2.2 Pelaksanaan kurukulum tersembunyi

Pelaksanaan Kurikulum tersembunyi ini sering menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat sekolah, sama ada pihak pentadbir, guru pekerja sekolah dan murid. Persoalan yang timbul ialah dari manakah datangnya kurikulum tersembunyi ini, adakah dari murid, guru atau orang-orang berkepentingan mendapatkan ganjaran dan kedudukan seperti PIBG dan lain-lain.

Untuk mengetahuinya, saya memetik pendapat Kliebard dan Bellack dalam Inilah Kurikulum Sekolah (2003) yang telah mengemukakan tiga dimensi kurikulum tersembunyi iaitu:

a) Kurikulum tersembunyi menunjukkan perlakuan hubungan sekolah yang meliputi interaksi sosial guru, murid, struktur kelas, keseluruhan pola organisasi bdan murid sebagai mikro kosmos sistem nilai sosial. b) Kurikulum tersembunyi dapat menjelaskan sejumlah proses

pelaksanaan di dalam ataupun di luar sekolah yang meliputi hal-hal yang mempunyai nilai tambah, sosialisasi dan pengekalan struktur organisasi kelas.

c) Kurikulum tersembunyi meliputi perkara-perkara yang dapat membezakan tingkat kesengajaan yang dimiliki masyarakat yang diperoleh secara incidental dan pola-pola kesejagatan ini sama-sama berperanan membentuk dan mengekalkan pola serta perlakuan manusia. Kurikulum tersembunyi sama-sama berperanan dalam menentukan perubahan fungsi nilai sosial pendidikan.

(9)

Secara terhad kurikulum tersembunyi meliputi pengelompokan murid berdasarkan kemampuan, hubungan guru dengan murid, peraturan kelas, isi buku teks secara implisit, perbezaan peranan murid berdasarkan jantina dan struktur kenaikan kelas. Manakala dalam konteks yang lebih luas kurikulum tersembunyi ini meliputi hasilan sosiopolitik, kepercayaan, nilai, adat budaya, sikap dan kekuasaan. Jelaslah di sini semua perkara yang dapat mempengaruhi pelaksanaan kurikulum rasmi dan pendidikan dapat dikelompokan sebagai kurikulum tersembunyi.

2.3 Aspek Kurikulum Tersembunyi

Seperti mana yang kita tahu kurikulum tersembunyi tidak direncanakan atau diprogramkan tetapi kehadirannya sudah cukup untuk mempengaruhi tingkah laku murid. Terdapat dua aspek dalam kurikulum tersembunyi yang menjalankan tugas ini iaitu:

a) Aspek Relatif Tetap

Meliputi ideologi, keyakinan, nilai budaya masyarakat yang mempengaruhi sekolah. maksudnya di sini, masyarakat merupakan pihak yang menetapkan pengetahuan yang harus diwarisi dan yang tidak perlu diwariskan kepada generasi muda yang memimpin dan menerajui masyarakat. Selain itu, sistem pengurusan kelas, aturan yang diterapkan serta pengelompokan murid juga telah membawa implikasi pengaruh kepada murid.

(10)

b) Aspek Berubah-ubah

Meliputi angkubah organisasi sistem sosial dan kebudayaan. Perkara ini termasuklah pengelolaan kelas oleh guru, penyampaian dan kaedah pengajaran yang hendak digunakan dan sistem kenaikan kelas, yang mungkin berdasarkan bilangan jantina dalam kelas, markah pencapaian dan lain-lain. Manakala sistem sosial pula meliputi hubungan murid dengan guru, murid dengan murid, guru dengan pentadbir sekolah, guru dengan murid dan sebagainya. Angkubah kebudayaan pula membawa pengertian segala sistem keyakinan dan nilai yang didukung masyarakat dan sekolah.

2.4 Bagaimana Kurikulum Tersembunyi Berlaku?

Kita sedia maklum bagaimana kurikulum yang direkabentuk oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) berfungsi dan dilaksanakan di sekolah secara terancang. Namun kurikulum yang kita sediakan itu jarang-jarang berfungsi seperti yang diharapkan kerana sebahagian besarnya ilmu pengetahuan yang agak terpisah daripada situasi yang boleh digunakan secara terus. Oleh yang demikian, kerelevanan ilmu itu sukar dilihat oleh murid. Nilai-nilai hidup yang akhir-akhir ini diserapkan ke dalam kandungan pelajaran di sekolah juga didapati bukan sahaja terlalu ideal tetapi terlalu janggal dari segi pengajarannya sehinggakan murid merasai pembelajaran seperti mempelajari ilmu yang bersifat

(11)

akademik. Justeru, sebahagian proses pembelajaran boleh berlaku melalui cara-cara lain daripada pengajaran formal yang berlandaskan kurikulum. Proses pembelajaran ini ialah kurikulum tersembunyi yang banyak terdapat di sebalik mata pelajaran yang dipelajari di sekolah. Pembelajaran ini banyak membantu murid bukan sahaja untuk lulus dalam peperiksaan tetapi yang lebih penting adalah untuk memastikan murid-murid memperoleh kejayaan dalam hidup. Persoalannya bagaimana proses pembelajaran ini boleh berlaku? Oleh itu, seterusnya kita lihat beberapa cara dan situasi yang telah menerapkan kurikulum tersembunyi ini.

2.4.1 Interpretasi Pelajar

Pertama, ialah melalui interpretasi murid terhadap pelajaran yang diajar secara formal. Penjelasan guru tentang sesuatu isi pelajaran seringkali disalahfahami dan kadang-kadang diterokai secara mendalam oleh murid sehinggakan perkara yang ditemui oleh murid itu berlainan sekali daripada yang ingin disampaikan oleh guru. Contohnya, dalam pelajaran subjek sejarah terdapat peristiwa-peristiwa peperangan dan penaklukan. Apa yang penting untuk disampaikan mengikut preskripsi kurikulum mungkin perkaitan dan kesinambungan daripada perpektif masa, tetapi murid mungkin tersilap dalam menyusun fakta yang boleh membawa implikasi berlainan terhadap fahaman dan penghayatan peristiwa yang dipelajarinya. Murid juga berkemungkinan mendalami dan membuat beberapa andaian yang membolehkan dia terus

(12)

menilai dan akhirnya melakukan interpretasi yang berlainan. Hasilnya, murid bukan sahaja telah melalui proses penghayatan yang terfikir oleh perancang kurikulum dan guru malah murid juga telah sampai ke suatu tahap dalam membuat pendirian tersendiri berkenaan peristiwa itu dan ini diserapkan sebagai sebahagian daripada falsafah hidupnya.

2.4.2 Guru Sebagai Model

Guru-guru secara langsung atau tidak langsung, di dalam atau di luar bilik darjah memainkan peranan penting dalam mendidik para murid di sekolah. Sepanjang menjalankan tugas sebagai seorang pendidik sudah pastinya akan tersisip pembelajaran secara tidak formal oleh guru atau kurikulum tersembunyi. Contohnya, kita lihat melalui situasi disiplin, apabila seseorang murid tidak manyiapkan kerja yang diberi untuk disiapkan di rumah mungkin guru menasihati murid berkenaan mengubah sikap ataupun guru tersebut mungkin mendenda murid tersebut. Tindakan yang dilakukan oleh guru bukan sahaja menjadi pengajaran kepada murid berkenaan, malah menjadi pengajaran kepada murid-murid lain juga. Nilai dan norma masyarakat yang disampaikan melalui tunjuk ajar sebegini mampu menjadi teladan kepada murid dan menjadi pegangan kepada mereka dalam menilai perkara baik dan buruk. Selain itu, guru juga sinonim bertindak sebagai mentor kepada murid. Peranan guru sebagai mentor tidak terbatas kepada tugas mengajar matapelajaran sahaja. Malah guru sebenarnya memainkan peranan lebih daripada yang tercatat dalam tugas rasmi

(13)

guru. Situasi mentor dan pementoran ini boleh wujud dalam keadaan formal dan tidak formal. Peranan guru sebagai mentor adalah untuk membimbing murid membina konsep kendiri positif. Misalnya, seorang guru matematik dan sains berperanan sebagai mentor, maka dia perlu menjadi orang yang lebih analitis dan saintifik sebelum muridnya. Semua guru sebenarnya memegang peranan sebagai mentor dan memiliki kualiti mentor yang positif secara tidak langsung kerana guru merupakan role model kepada murid-murid di sekolah.

Saya bawa satu contoh situasi kes pementoran dan kurikulum tersembunyi ini berlaku. Seorang murid A yang berada dalam dilema sama ada ingin terus bertanggungjawab mengetuai pasukan bahas sekolah atau memberi tumpuan pada peperiksaan SPM. Sindiran guru Y apabila markah peperiksaan bulanannya merosot memberi tekanan kepadanya. Oleh itu, dia berjumpa kaunselor dan menyatakan dia dapat memperbaiki bahasa inggerisnya sejak menyertai bahas. Cikgu K yang banyak membimbingnya sejak tingkatan 3. Cikgu K selalu menggunakan bahasa Inggeris apabila mereka hendak meluahkan perasaan. Murid A sudah menang peringkat daerah dan membanggakan semua orang, namun berbeza dengan cikgu Y yang tidak suka. Maka, siapa sebenarnya mentor murid ini? Jawapannya ialah cikgu K kerana beliau telah berjaya mendorong, memberi keyakinan dan mengoptimumkan potensi murid tersebut walaupun hanya dengan kata-kata. Dengan ini, murid telah beroleh satu keyakinan dan dapat mengekalkan potensi diri untuk masa hadapan.

(14)

2.4.3 Suasana Bilik Darjah

Ketiga, bilik darjah sebenarnya boleh dianggap sebagai arena yang memboleh dan meluangkan masa murid berinteraksi dan menimba kemahiran hidup yang berlaianan dalam konteks sosial. Walaupun prioriti persekolahan dikatakan mempelajari perkara-perkara yang berbentuk akademik, namun pengajaran untuk hidup, iaitu kemahiran hidup sebagai sebahagian daripada masyarakat dan untuk survival tidak ketinggalan. Pengajaran seperti ini diperoleh dalam konteks sosial iaitu menerusi aktiviti sosial murid mencuba pelbagai cara untuk terus hidup bersama. Contohnya, kita lihat situasi di kantin murid-murid ini akan beratur semasa membeli makanan walaupun ia bukan satu peraturan yang termaktub dalam kuriklum yang direncanakan namun, dalam konteks sosialnya beratur itu mewujudkan sifat tolak ansur dan kesabaran. Dengan ini, murid bukan sahaja dapat memuaskan kehendaknya tetapi juga kehendak organisasinya iaitu rakan murid yang lain. Peranan yang dimainkan oleh setiap murid ialah peranan yang sesuai dengannya dan peranan ini diasaskan kepada kedudukan murid dalam kumpulan itu. Konflik akan sering berlaku dan ia akan diselesaikan dengan menggunakan mekanisme sistem sosial yang sedia ada. Perkara penting di sini ialah dalam memainkan peranan sebagai ahli kumpulan, murid mempelajari norma dan nilai hidup masyarakat agar mereka dapat meneruskan ‘hidup bersama’.

(15)

2.4.4 Konsep Diri

Seterusnya, melalui gaya kepimpinan stimulasi inspirasi yang dimainkan oleh guru juga ini tersisip kurikulum tersembunyi dengan kemas. Sepertimana yang kita tahu, bagi seseorang murid di sekolah, guru-gurunya adalah konsep dirinya yang utama. Oleh yang demikian guru-guru perlu menjalankan fungsi membantu murid mempunyai konsep diri positif selain daripada menjalankan fungsi sebagai pengajar matapelajaran. Menurut Bandura dalam Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan, pembelajaran sosial berlaku melalui pemerhatian. Oleh itu, manusia dan haiwan boleh belajar dengan memerhatikan orang lain. Kalau manusia boleh belajar dengan memerhati, sudah tentu mereka menumpukan perhatian, membentuk imej, mengingat, menganalisis dan membuat keputusan yang memberi kesan ke atas pembelajaran. Dalam pembinaan konsep kendiri yang positif murid akan mengambil kira tiga sumber utama iaitu yang pertama, pendapat orang lain iaitu cara individu lain menganggap , bercakap dan melayan diri seseorang murid itu. Contohnya apabila murid itu sering mendengar guru memujinya sebagai pelajar pintar, dengan ini timbul keyakinan dalam dirinya sebagai orang pintar. Kedua ialah penilaian dengan individu lain iaitu bagaimana seseorang murid itu memerhati dan membandingkan dirinya dengan individu lain di sekelilingnya. Individu-individu ini merupakan sumber inspirasi konsep dirinya yang utama. Misalnya, apabila seseorang murid itu hendak mengetahui sejauh mana dia mempunyai

(16)

sesuatu bakat dan kebolehan, oleh itu dia akan membandingkan dirinya dengan murid-murid di sekelilingnya. Salah satu cara perbandingannya ialah dengan menyertai sesuatu pertandingan dan sekiranya dia memenangi pertandingan tersebut maka dia mendapat gambaran tentang kepintaran dan kebolehannya dan akan menjadi sumber konsep kendiri yang penting baginya. Yang terakhir ialah melalui penilaian dengan diri sendiri. Sumber ini menyatakan bagaimana seseorang murid itu mentafsir perilaku dengan pemikirannya sendiri. Pentafsiran yang dilakukan ini akan membentuk konsep diri murid itu sendiri. Sebagai contoh, seseorang murid itu percaya perbuatan tidak menyiapkan kerja-kerja rumahnya adalah buruk dan tanda seorang pemalas, dan apabila dia melakukan perbuatan tersebut dia akan berasa tidak seronok kerana sudah melihat ciri-ciri orang yang pemalas ada pada dirinya. Dengan ini guru-guru memainkan peranan dalam membina anggapan-anggapan positif ke atas diri murid berkenaan. Ini kerana, sedar atau tidak, di sekolah murid akan berasa yakin dan bangga apabila guru yang memberi pendapat yang baik tentang dirinya.

Guru perlu memastikan dia mempunyai tingkah laku dan perwatakan yang positif waima dari segi pakaian supaya murid dapat yakin dengan tegurannya dan menirunya. Segala tindakan yang ditunjukkan oleh guru kepada muridnya hendaklah sesuatu yang boleh dicontohi oleh murid, walaupun kita tahu hubungan seorang guru dengan seorang murid tidak akan berkekalan kerana murid akan terus membesar. Namun, perlu diingat bahawa guru yang menjadi model dan pembimbing kepada seseorang murid akan bertukar dari semasa ke

(17)

semasa. Hasil daripada proses interaksi dan sanjungan ialah murid dengan sendirinya mempelajari norma dan nilai yang didokongi oleh model tersebut.

Menyedari akan hal ini, pemilihan seseorang guru itu sangat penting kerana sekiranya guru tidak didokongi oleh satu cara hidup yang sesuai dengan budaya masyarakatnya maka dia tidak sesuai mengajar kerana tingkahlakunya akan ditiru atau diteladani oleh murid yang berlawanan norma dan nilai masyarakatnya. Guru-guru juga seharusnya mengawasi murid-murid yang lebih dewasa kerana murid-murid ini akan menjadi model dan penasihat kepada murid yang lebih muda. Konsep diri yang terbentuk dalam diri murid ini akan membawa dirinya bersama pengalaman-pangalaman yang ada pada masa hadapan sama. Mereka mungkin memiliki segala pengetahuan dan kemahiran ketika di sekolah tetapi semuanya tidak akan bermakna sekiranya tiada keyakinan diri untuk mempraktikkan ilmu yang diperoleh itu. Oleh itu, bentuklah konsep diri yang positif dalam diri mereka.

2.4.5 Iklim Sekolah

Sekolah boleh diibaratkan sebagai pasar, penjara, gedung ilmu dan pelbagai lagi. Semua perbandingan mengenai ethos ini mencerminkan iklim atau suasana sesebuah sekolah. Jika di dalam sesebuah sekolah itu kita dapati pelajarnya berkeliaran atau ponteng kelas dan guru tidak dapat menggunakan kuasanya untuk mententeramkan situasi ini, maka ciri pasar akan tertera pada sekolah ini. Berbeza dengan sekolah yang menjalankan fungsi seperti yang

(18)

diharapkan dan mempunyai mekanisme kawalan seperti ganjaran dan dendaan dengan berkesan serta setiap individu menjalankan tugas masing-masing, maka sekolah ini akan dilabel sebagai gedung ilmu.

Setiap pelaksanaan yang berlaku di dalam sesebuah sekolah akan mencerminkan setiap individu yang berada didalamnya. Dengan ini, kita dapat melihat cara sesebuah sekolah mentadbir murid-muridnya. Meninjau sekolah-sekolah ini, kita akan terasa setiap sekolah-sekolah mempunyai suasana yang berbeza dan tersendiri. Perbezaan-perbezaan iklim sekolah ini mungkin dapat dikelompokkan mengikut penekanan yang diberikan kepada tiga jenis tindakan sosial iaitu tindakan instrumental, tindakan ekspresif dan tindakan moral.

Di sini kita dapat lihat kurikulum tersirat ini dilaksanakan oleh setiap individu di dalam sekolah sama ada para guru, pihak pentadbir dan murid-murid. Contohnya kita lihat sekolah yang banyak melahirkan murid cemerlang. Biasanya cara pentadbiran yang di bawa oleh sekolah seperti ini menekankan kepada tindakan instrumental iaitu semua aktiviti yang dijalankan diarahkan kepada satu matlamat untuk masa hadapan. Tindakan ini berbentuk kognitif dan juga yang menolong dalam pembentukan murid yang bertanggungjawab. Murid-murid di sekolah ini biasanya belajar bersama-sama rakan, merujuk kepada buku-buku di perpustakaan, menyoal guru, menjemput pegawai kerajaan untuk menerangkan sesuatu isu seperti dadah, menjalankan kerja lapangan bagi merekod sejarah setempat dan sebagainya. Dengan ini, sekolah dapat menjadikan murid lebih berdikari, yakin dan sentiasa ke hadapan.

(19)

Selain itu, sekolah juga tidak dapat lari daripada situasi yang menekankan tindakan ekspresif, di mana tindakan yang dibuat itu ialah untuk melahirkan perasaan dan proses ini memberikan kepuasan kepada diri sendiri. Dalam hal ini, tindakan itulah juga adalah matlamatnya, misalnya menyanyi, membaca, membuat bising, menolong kawan dan tindakan-tindakan sepertinya merupakan aktiviti yang mengurangkan ketegangan dan menimbulkan kepuasan. Tindakan ini tidak bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan peraturan. Seterusnya, sekolah juga ada mengamalkan tindakan moral yang bertujuan menyatupadukan semua individu sebagai satu kumpulan yang bersefahaman tentang perkara sama ada yang salah atau yang benar. Setiap sekolah mempunyai mekanisme bagi menghindar perbuatan yang merosakkan dan menggalakkan perbuatan yang bermanfaat. Ethos sesebuah sekolah biasanya dipengaruhi oleh faktor-faktor sejarah, lokasi, jenis dan latar belakang murid mengikut status sosioekonomi keluarga.

Justeru, jelas bentuk-bentuk iklim atau suasana yang di cipta oleh sekolah banyak mempengaruhi murid kerana mereka tidak dapat lari daripada mengikut kehendak kumpulan dan organisasi. Dalam hal ini, semua rancangan yang datang dari luar, tingkah laku guru-guru dan arahan-arahan daripada pihak sekolah akan di interpretasikan dalam konteks budaya dan iklim sekolah dan terus meresap dan mempengaruhi dalam pembentukan sahsiah dan peribadi murid-murid. Oleh itu, penting bagi pihak guru dan pentadbir sekolah untuk mewujudkan satu iklim pembelajaran yang sihat di sekolah kerana persekitaran

(20)

merupakan salah satu faktor terbesar yang mempengaruhi diri seseorang individu.

2.4.6 Pelaksanaan Aktiviti

Seperti mana yang kita ketahui aktiviti ko-kurikulum merupakan kurikulum yang telah dirancang seperti mata pelajaran juga. Namun di sebalik pelaksanaan aktiviti seperti ini banyak tingkah laku dan sikap yang terbentuk selain daripada yang telah dirancang. Persatuan bahasa melayu umpamanya, objektif utamanya adalah untuk meningkatkan kemahiran pelajar dalam penggunaan bahasa Melayu melalui aktiviti-aktiviti bahasa seperti penulisan esei, deklamasi sajak dan drama. Namun, tanpa kita sedar penyertaan pelajar dalam aktiviti seperti ini contohnya dalam drama adalah cara terbaik mengajar murid untuk melihat sesuatu melalui kaca mata orang lain iaitu setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza. Lebih signifikan lagi, murid dapat membayangkan perasaan orang lain dan bermakna mereka perlu meletakkan diri mereka sebagai orang itu dan berada dalam situasinya. Apabila mereka memilki kemahiran ini, mereka akan lebih berfikiran terbuka, tidak mementingkan diri sendiri dan menghormati perasaan orang lain. Aspek kemahiran ini merupakan salah satu cara dalam pembentukan akhlak murid-murid.

Selain itu, persatuan-persatuan lain juga seperti persatuan Bulan Sabit Merah dan Kadet Remaja Sekolah mempunyai matlamat mereka yang tersendiri.

(21)

Walaupun matlamat-matlamat yang termaktub ini cuba dicapai, terdapat matlamat-matlamat lain yang tidak ditulis juga dicapai. Misalnya, peristiwa-peristiwa seperti hari terbuka atau hari sukan sekolah dan sebagainya. Pada masa ini semua persatuan akan menjalankan aktiviti-aktiviti masing-masing dan ketika inilah pelbagai tingkah laku instrumental, tingkah laku ekspresif dan tingkah laku moral yang tidak dirancang berlaku. Murid biasanya tidak sedar mereka secara sukarela telah menyediakan satu rancangan dan menyelenggarakan aktiviti yang dirancangkan. Kemahiran merancang dan menyelenggarakan aktiviti, khususnya dalam mengatur perkara-perkara yang perlu dilakukan dan memastikan wujudnya perhubungan yang baik antara ahli-ahli bukanlah matlamat sebenar persatuan. Namun begitu, kemahiran yang diperoleh ini bukan sahaja berguna pada masa persekolahan malah akan membantu mereka pada masa hadapan.

Selain itu, dari sudut tingkah laku moral sudah tentu jelas dengan adanya aktivit-aktiviti kumpulan dengan adanya sikap kerjasama, tolong-menolong, mengambil inisiatif memajukan diri sendiri dan berbagai-bagai lagi yang disemai secara tidak langsung. Manakala tingkah laku antimoral seperti tidak mahu bekerjasama, menghalang sesuatu rancangan daripada dijalankan, menyakiti hati kawan wajar dijadikan pengajaran dan teladan. Secara umumnya, setiap tingkah laku yang berlaku akan membentuk personaliti murid itu sendiri.

(22)

Sekiranya sebelum ini kita mengetahui proses P&P yang berlaku merupakan sebahagian daripada kurukulum yang telah direncanakan, maka kita juga boleh melihat bagaimana proses ini menerapkan nilai-nilai, kemahiran insaniah, tingkah laku dan segainya. Contohnya, kemahiran membuat ramalan dan akibat. Tiada subjek khusus yang mengajarkan tentang ramalan kesan dan akibat. Ramalan tentang sesuatu perkara yang akan terjadi merupakan sebahagian daripada sains, sebahagian daripada matematik dan sebahagian lagi daripada bayangan untuk mencipta gambaran dalam pemikiran tentang apa yang akan berlaku seterusnya. Dengan ini, murid dapat membuat ramalan tentang hidupnya dengan mengaplikasikan kemahiran yang diperoleh. Manusia jarang-jarang berfikir ke depan. Dengan adanya kemahiran ini murid boleh mentafsir masa hadapannya. Misalnya, “Apa yang akan berlaku sekiranya dia tidak belajar?”. Maka secara tidak langsung dia dapat meramal dan mengetahui akibatnya dan membuatkan dia sedar betapa pentingnya untuk belajar.

Dalam sesi P&P murid juga dilatih untuk menjadi lebih kreatif dan kritis dalam menggunakan kognitif mereka. Untuk menjadi kreatif mereka perlu memahami proses kreativiti itu sendiri. Idea kreatif itu sebenarnya hasil daripada memanipulasikan pengetahuan yang ada dengan cara tertentu. Manakala kreativiti biasanya muncul sebagai respon untuk sesuatu masalah dan untuk menjadi kreatif murid perlu mencari dan menyelesaikan masalah untuk diatasi. Sebahagian besar daripada kita sebenarnya tidak menyedari bahawa perkara inilah yang diterapkan dalam mata pelajaran Matematik sebenarnya iaitu bagaimana untuk menaakul dan menyelesaikan masalah. Selain daripada mata

(23)

pelajaran matematik, subjek lain juga ada menerapkan nilai sebegini misalnya, dalam subjek Bahasa Melayu apabila pelajar diminta untuk membuat karangan yang bertajuk cara-cara mengatasi kesesakan jalan raya, murid perlu berfikir bukan sahaja dari satu sudut tetapi dari keseluruhan sudut masalah atau berfikir di luar situasi yang juga dikenali sebagai thinking outside the box.

Selain itu, penggunaan jadual bertugas di dalam kelas juga dapat menerapkan kebersihan dalam diri murid dan erti tanggungjawab. Contohnya, apabila guru masuk ke dalam kelas sebelum memulakan P&P, guru akan bertanya tentang kebersihan kelas secara tidak langsung mengingatkan murid yang bertugas tentang tanggungjawab mereka untuk menjaga kebersihan kelas pada hari tersebut. Penerapan nilai-nilai sebegini dapat membentuk akhlak dan peribadi yang mulia. Secara praktisnya, banyak nilai-nilai yang diserapkan secara tidak langsung dalam proses P&P di dalam kelas selain daripada yang dinyatakan. Antaranya ialah cara untuk berkomunikasi, cara untuk menghargai diri sendiri dan nilai kasih sayang sesama makhluk.

(24)

3.0 KESIMPULAN

Dapatlah dirumuskan di sini kurikulum tersembuyi adalah perlakuan, perancangan dan tindakan menggubal, membina dan melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat. Pembelajaran daripada kurikulum tersembunyi ini sama pentingnya dengan kurikulum tersurat. Sebagai warga pendidik kita seharusnya tahu apa yang kiata mahu murid-murid kita belajar. Apabila kita peka dengan keadaan ini maka kita dapat menggunakan sebaik mungkin peluang daripada kurikulum tersurat untuk menyisipkan kurikulum tersurat ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kurikulum tersembunyi ini mempunyai pertalian yang erat dengan pengalaman persekolahan individu. Jika seseorang individu itu mengikuti perjalanan sistem pendidikan yang diterjemahkan dalam pelbagai reka bentuk kurikulum maka dia akan memperoleh ilmu dan pengalaman persekolahan yang akan menjadi ingatan , panduan dan pegangan hidup sehingga kanak-kanak itu dewasa. Pelaksanaan kurikulum tersembunyi ini mempunyai pengaruh dan peranan yang besar dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat. Amalan dan kebiasaan tradisi ini akan membawa implikasi dan kestabilan dan keharmonian pada masyarakat.

(25)

Justeru, dalam melaksanakan kurikulum tersembunyi ini para guru sewajarnya mengambil sedikit masa untuk menerangkan dan menjelaskan kepada murid-murid tentang manfaat daripada setiap pelajaran yang disampaiakan di sekolah. Dengan ini, murid akan sedar bahawa setiap perkara yang dilakukan di sekolah bukanlah sesuatu yang sia-sia tetapi berguna untuk diri mereka sendiri, keluarga, masyarakat dan masa hadapan mereka. Mereka juga mungkin akan lebih teruja dan berkeinginan untuk belajar dan terus belajar kerana mereka tahu setiap perkara yang mereka lakukan akan memberi impak kebaikan bukan sahaja pada diri sendiri malah kepada orang di sekelilingnya.

Referensi

Dokumen terkait

Leukosit adalah sel darah yang tidak bewarna,tidak memiliki inti dan tidak memiliki bentuk yang tetap.Pengamatan sel darah putih dengan menggunakan mikroskop akan terlihat seperti

Mata Diklat ini membekali peserta dengan kemampuan untuk membentuk motivasi dan persepsi diri yang sehat sebagai PNS Profesional Pelayan Publik dalam menerapkan

Skripsi yang berjudul PENGEMBANGAN MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS KOMPUTER MATA PELAJARAN FIQIH MATERI WUDU DAN TAYAMUM KELAS VII DI MTsN 2 PALANGKA RAYA Oleh:

2. Pada contoh tanah yaitu Nematoda jenis Nematoda A, Nematoda C, Nematoda D, Nematoda E, Nematoda I, Nematoda K. Pada contoh akar dan tanah nematoda yang ditemukan yaitu Nematoda H,

Telah dilakukan sintesis serbuk grafena alam berfasa reduced Graphene Oxide (rGO) dari arang bambu Kuning (Bambusa Vulgaris), Ori (Bambusa Bambos Miq) dan Petung (Dendrocalamus

Peneliti menyusun skripsi dengan judul Pengaruh Motivasi dan Lingkungan Kerja terhadap Kepuasan Kerja pada Karyawan PT Samudra Teknindo Hydraumatic Jakarta. Skripsi

Kanker Penis adalah kanker yang sangat ganas pada alat reproduksi pria, dan kalau tidak segera ditangani bisa memicu kanker pada organ tubuh yang lain dan dapat menyebabkan

Upaya yang dapat dilakukan dalam mengatasi kendala terhadap tindak pidana illegal logging antara lain Pembaharuan Hukum, Menambah Jumlah Polhut (Polisi Hutan),