• Tidak ada hasil yang ditemukan

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LEMBARAN PENERANGAN PRODUK. CIMB Islamic Bank Berhad"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

LEMBARAN PENERANGAN PRODUK

(Sila baca Lembaran Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk memohon

Pembiayaan Pembelian Saham–i (SPF-i) – Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS). Sila pastikan anda juga membaca terma-terma di surat tawaran. Sila dapatkan penjelasan daripada institusi anda jika anda tidak memahami mana-mana bahagian dalam

dokumen ini atau terma-terma am)

CIMB Islamic Bank Berhad

Pembiayaan Pembelian Saham-i (SPF-i) – Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS)

Tarikh: ___________

1. Apakah produk ini?

Pembiayaan Pembelian Saham-i (SPF-i) – “Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) adalah satu kemudahan yang dijamin oleh cagaran untuk memudahkan langganan saham Skim Opsyen Saham Pekerja (ESOS) (“kemudahan”).

2. Apakah konsep Shariah yang digunakan?

Konsep Shariah yang digunakan adalah Murabahah yang menggunakan struktur Komoditi Murabahah. Ini adalah kontrak jualan di mana pembeli membeli aset (komoditi) daripada penjual dengan bayaran secara tangguh dan seterusnya menjual aset (komoditi) tersebut kepada pihak ketiga (selain daripada penjual asal) pada harga yang lebih rendah dengan tujuan mendapatkan tunai.

3. Apakah yang saya perolehi dari produk ini?

Had Kemudahan Fleksibel : Min: RM50,000

Maksimum: tertakluk kepada kelulusan pihak pengurusan Bank

Margin Kemudahan (MOF) : Sehingga 80% daripada harga ESOS

Jenis Cagaran : Saham ESOS (tertakluk kepada sekuriti patuh Shariah sahaja)

Kadar Keuntungan Semasa : BR + ...% setahun (BR kini adalah 4.00% setahun)

Kadar Keuntungan Siling : 11% setahun

(2)

Contoh :

Jumlah Kemudahan : RM80,000

Tunai/Saham permulaan yang didepositkan (cagaran permulaan) : RM20,000

Margin Kemudahan 80%

Margin semasa = Baki tertunggak

Jumlah cagaran

= RM80,000 X 100

RM20,000 + RM80,000

= 80%

4. Apakah obligasi-obligasi / tanggungjawab-tanggungjawab saya?

Perlu mengekalkan kedudukan margin sepanjang tempoh kemudahan berdasarkan kepada paras peratusan margin

yang telah ditentukan oleh pihak Bank. Jika pada bila-bila masa paras peratusan margin akaun anda berada di bawah peratusan yang telah ditetapkan, pihak Bank akan mengenakan Panggilan Margin dan anda dikehendaki untuk membetulkan kedudukan tersebut dengan segera.

Tiada bayaran bulanan tetap. Anda boleh membuat sebarang bayaran pada bila-bila masa sepanjang tempoh

kemudahan secara tunai atau melalui hasil jualan daripada saham dibeli melalui akaun SPF-i – ESOS anda. Amaun keuntungan yang perlu anda bayar akan dibilkan pada hari terakhir setiap bulan. Sebarang jumlah yang tidak dibayar akan diklasifikasikan sebagai sebahagian dari jumlah amaun tertunggak (termasuk wang pokok).

Mesti membayar jumlah kemudahan tertunggak termasuk wang pokok, keuntungan atau sebarang amaun lain yang

(3)

5. Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar?

No. Yuran Caj

1. Yuran Pembrokeran Komoditi RM35 untuk setiap RM1,000,000 daripada jumlah kemudahan.

2. Duti Setem Seperti di dalam Akta Duti Setem (Disemak semula pada 1989) dan

Perintah lain dibawahnya:

Perjanjian Utama – Ad-valorem (0.4% daripada jumlah

kemudahan)

Perjanjian Subsidiari – Nominal (RM10 setiap satu)

6. Bagaimana jika saya gagal menunaikan obligasi-obligasi / tanggungjawab-tanggungjawab saya?

Anda perlu mendeposit wang tunai tambahan atau melupuskan saham yang sedia ada di dalam akaun SPF-i –

ESOS anda untuk membetulkan kedudukan akaun anda dalam masa yang telah ditetapkan oleh Bank, sekiranya anda gagal berbuat demikian, cagaran anda boleh dijual paksa untuk membetulkan kedudukan akaun anda kepada paras margin yang ditetapkan.

Jika MOF anda melebihi nisbah Jualan Paksa seperti yang ditetapkan oleh pihak Bank, pihak Bank mempunyai

hak untuk menjual paksa sekuriti di dalam SPF-i – ESOS akaun anda tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Jika berlaku keingkaran di atas amaun tertunggak, anda akan dikenakan caj pampasan seperti berikut:-

Ta’widh (pampasan) terhadap pembayaran lampau tempoh bagi Harga Jualan Bank pada kadar sehingga 1%

sepanjang tempoh kemudahan.

Ta’widh (pampasan) terhadap pembayaran lampau tempoh bagi Harga Jualan Bank pada kadar sehingga

kadar Pasaran Wang Antara Bank Islam

(

Islamic Interbank Money Market or IIMM) semasa, apabila matang

atau pada akhir tempoh atau apabila berlaku Peristiwa Keingkaran pembayaran.

Bank berhak mengenakan Gharamah (penalti) dengan syarat caj yang digabungkan tidak melebihi 8% dan

bahagian Gharamah tersebut akan didermakan kepada badan amal yang diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Bank

7. Bagaimana jika saya menyelesaikan pembiayaan sebelum tempoh matang?

Anda boleh membuat penyelesaian awal dengan memberikan notis bertulis 30 hari sebelum itu kepada pihak Bank

atau tempoh yang lebih singkat bergantung kepada budi bicara pihak Bank.

Apabila anda membuat penyelesaian awal, pihak Bank akan memberikan Ibra’ (rebat) pada sebarang jumlah ke

atas Harga Jualan Bank berdasarkan kepada pelbagai keadaan dan kaedah, dan formula yang digunakan oleh

(4)

8. Apakah risiko-risiko utama?

Faktor-faktor risiko utama adalah turun naik harga-harga saham dan keadaan pasaran yang tidak menentu. Pihak Bank berhak untuk menglikuidasi sebahagian atau keseluruhan sekuriti yang diperuntukkan di dalam Akaun SPF-i – ESOS anda sekiranya anda gagal untuk membetulkan kedudukan akaun, sekalipun ia melibatkan kerugian besar pada nilai saham yang dicagarkan.

9. Adakah saya memerlukan seorang penjamin atau cagaran?

Keperluan untuk penjamin adalah tertakluk kepada penilaian kredit individu. Saham ESOS anda akan dicagarkan kepada Bank sebagai cagaran.

10. Apakah yang perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memaklumkan kepada pihak Bank tentang sebarang perubahan maklumat peribadi anda untuk memastikan semua urusan surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

11. Di manakah saya boleh mendapatkan bantuan dan pembelaan?

Jika anda mempunyai masalah dalam membuat pembayaran balik, anda perlu menghubungi kami seawal mungkin untuk membincangkan alternatif pembayaran balik. Anda boleh menghubungi kami di:

Customer Resolution Unit

19th Floor, Menara Bumiputra Commerce 11, Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Call Centre No: 1-300-880-900 Fax No: 03-2691 3248 Email: CRU@cimb.com

Selain itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan percuma mengenai pengurusan wang, kaunseling kredit dan penstrukturan semula hutang untuk individu. Anda boleh menghubungi AKPK di:

(5)

Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel No: 1-800-88-2575 Email: enquiry @akpk.org.my

Jika anda ingin membuat aduan mengenai produk atau perkhidmatan yang disediakan oleh kami, anda boleh menguhubungi kami di:

Customer Resolution Unit

19th Floor, Menara Bumiputra Commerce 11, Jalan Raja Laut

50350 Kuala Lumpur

Call Centre No: 1-300-880-900 Fax No: 03-2691 3248 Email: CRU@cimb.com

Jika soalan atau aduan anda tidak dapat penyelesaian yang memuaskan dari kami, anda boleh menghubungi Bank Negara Malaysia atau TELELINK di:

Block D, Bank Negara Malaysia Jalan Dato' Onn

50480 Kuala Lumpur Tel No: 1-300-88-5465 Fax No: 03-2174 1515

(6)

12. Di manakah saya boleh mendapat maklumat lanjut?

Jika anda memerlukan maklumat tambahan, sila rujuk laman web kami di http://www.cimbislamic.com

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan selanjutnya, anda boleh menghubungi kami di:

Shirley Too Sueh Nee Angeline Lim Siew Cheng Santha Maria George Ziti Akhtar Mohd Yusof

03-26193714 / 017-4036692 03-26192083 / 012-6811010 03-26192079 / 012-9727590 03-26192084 / 012-3194419 suehnee.too@cimb.com angelinesc.lim@cimb.com santha.george@cimb.com ziti.yusof@cimb.com

13. Lain-lain pakej pembiayaan saham yang disediakan

Pembiayaan Pembelian Saham-i (SPF-i) – Tawaran Awam Permulaan (IPO)

NOTA PENTING:

JUALAN SECARA PAKSA TERHADAP CAGARAN ANDA AKAN DILAKSANAKAN JIKA ANDA TIDAK MENAMBAH DALAM JANGKA MASA YANG DIPERUNTUKKAN PADA AKAUN SPF-i ANDA.

TINDAKAN UNDANG-UNDANG AKAN DIKENAKAN TERHADAP ANDA JIKA ANDA GAGAL UNTUK MEMBETULKAN MARGIN AKAUN ANDA

Referensi

Dokumen terkait

Teknik pengumpulan data melalui supervisi kelas dengan tahapan mensupervisi guru dalam proses pembelajaran dan pengamatan pembelajaran di kelas, untuk

Guru adalah merupakan ujung tombak, penentu pencapaian tujuan pendidikan untuk itu, guru harus memiliki dedikasi yang tinggi, pengetahuan yang dalam tentang ilmu

1. Diharapkan kepada pengurus BKPRMI Kabupaten Rokan HIlir untuk terus mengajak dan memperhatikan proses dalam perekrutan kader-kader demi kemajuan BKPRMI.. Hendaknya DPD

Dari hasil pengamatan dan perhitungan didapat solusi untuk mengurangi waktu hambatan yang terjadi saat proses produksi, sehingga waktu hambatan dapat dikurangi sebesar 91,61

Sebagaimana dapat dilihat pada tabel di atas, jumlah kalori pada detritus yang terbentuk pada bulan Mei dari proses dekomposisi serasah yang gugur dari seluruh luasan

Sampai dengan awal tahun 1999, akumulasi pencadangan piutang adalah sebesar Rp. Pada bulan Juli 1999, karena situasi dan kondisi yang tak dapat dihindari,

Dalam tahapan pemodelan ini akan menggunakan teknik metode data mining dengan metode association rule dengan cara menemukan aturan asosiatif atau pola kombinasi merek baju

Pada variabel faktor-faktor penentu yang digunakan untuk mengukur frekuensi yang tertinggi pada indikator faktor fasilitas (X1.1) dengan dimensi jawaban responden dengan