• Tidak ada hasil yang ditemukan

Gaya Bahasa MINGGU 11

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Gaya Bahasa MINGGU 11"

Copied!
31
0
0

Teks penuh

(1)

Gaya Bahasa

Gaya atau khususnya gaya bahasa dikenali dalam bidang retorika dengan istilah ‘style’.

Hashim Awang (1987: 290 menyatakan bahawa gaya bahasa ialah cara menggunakan kata-kata dalam menyampaikan fikiran dan perasaan.

Gaya bahasa juga merupakan penyusunan kata sebagai satu cara yang baik dan berkesan untuk menyatakan sifat individu pengarang, fikiran dan tujuannya.

Slametmuljana (1969: 27) pula menyatakan gaya bahasa adalah ekspresi individual yang

berlandaskan bahasa sebagai sistem. Oleh itu, gaya bahasa dapat dirumuskan sebagai cara penggunaan bahasa untuk menyampaikan fikiran dan perasaan melalui cara yang

(2)

2

Ciri-ciri Gaya Bahasa

Sesuatu gaya bahasa yang baik mengandungi tiga unsur, iaitu:

• Kejujuran • Kesantunan • Menarik

Kejujuran bermaksud:

• Sanggup melakukan pengorbanan demi

menyatakan sesuatu secara ikhlas dan jujur. • Mematuhi peraturan dan kaedah yang betul

dalam berbahasa.

• Menggunakan bahasa yang jelas dan mengelakkan kekaburan.

(3)

Kesantunan

Dari segi gaya bahasa, kesantunan bermaksud: • Memberi penghargaan atau menghormati pihak

yang terlibat, misalnya pendengar dan pembaca. • Mewujudkan rasa nikmat melalui penggunaan

kata-kata.

• Menyampaikan sesuatu dengan jelas dari segi: Kejelasan:

- ketatabahasaan

- hubungan dengan fakta yang diungkapkan - urutan idea secara logis

- penggunaan kiasan dan perbandingan Kesingkatan:

- menggunakan kata secara efisien.

(4)

4 Menarik

Sesuatu gaya bahasa yang dikatakan menarik itu dapat diukur dari segi kewujudan

unsur-unsur yang berikut: 1. Bervariasi

2. Mengandungi humor yang sihat 3. Mempunyai pengertian yang baik 4. Mempunyai kekuatan (vitalitas)

(5)

Jenis-jenis Gaya Bahasa

Gaya bahasa boleh dibahagikan kepada:

1. Gaya bahasa berdasarkan acuan bukan bahasa.

2. Gaya bahasa berdasarkan acuan bahasa. 3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat. 4. Gaya bahasa retorik.

(6)

6

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan

Bukan Bahasa

1.

Berdasarkan pengarang

2

Berdasarkan masa

3. Berdasarkan medium atau wahana

4. Berdasarkan subjek atau perkara

5. Berdasarkan tempat

6. Berdasarkan khalayak

7. Berdasarkan tujuan

(7)

Gaya Bahasa Berdasarkan Acuan Bahasa

1. Gaya bahasa berdasarkan pilihan kata 2. Gaya bahasa berdasarkan nada

3. Gaya bahasa berdasarkan struktur kalimat 4. Gaya bahasa berdasarkan makna (langsung

atau tidak langsung)

Gaya Bahasa Berdasarkan Pilihan Kata

1. Gaya bahasa rasmi

2. Gaya bahasa tidak rasmi

(8)

8

Gaya Bahasa Berdasarkan Nada

1.

Gaya yang sederhana

2. Gaya mulia dan bertenaga

3. Gaya menengah

(9)

Gaya Bahasa Berdasarkan Struktur Kalimat

1. Klimaks 2. Antiklimaks 3. Paralelisme 4. Antitesis

5. Repitisi (perulangan): epizeuksis, tautotes, anafora, epistrofa, simplok, mesodiplosis, epanalepsis, dan anadiplosis.

(10)

10

Gaya Bahasa Klimaks

Gaya bahasa yang mengandungi urutan idea atau fikiran yang semakin penting dan

meningkat jika dibandingkan dengan gagasan sebelumnya. Contohnya:

1. Kita berdoa agar pada suatu waktu mereka dapat berdiri sendiri yang bukan bermakna mereka tidak akur dengan perjuangan kita

tetapi justeru inilah keadilan sosial yang selam ini kita perjuangkan.

2. Kesengsaraan membuahkan kesabaran, kesabaran pengalaman, dan pengalaman harapan.

(11)

Gaya Bahasa Antiklimaks

Dihasilkan melalui penggunaan ayat yang

berstruktur mengendur. Gagasan yang penting diolah kepada yang kurang penting secara

berurutan. Gaya ini kurang efektif kerana

gagasan yang penting ditempatkan pada awal kalimat sehingga pembaca atau pendengar tidak lagi memberi perhatian kepada

bahagian-bahagian lain atau yang berikutnya dalam ayat: Contohnya:

Dalam dunia pendidikan tinggi yang dicengkam rasa takut dan rendah diri, pembaharuan,

kebanggaan terhadap hasil pemikiran yang objektif atau keharusan mengungkapkan

(12)

12

Gaya Bahasa Paralelisme

Gaya bahasa yang berorientasikan kesejajaran dalam penggunaan kata atau frasa yang

mempunyai fungsi yang sama dalam bentuk gramatikal yang sama. Kesejajaran boleh juga wujud dalam bentuk anak ayat yang terhasil daripada induk ayat, contohnya:

1. Bukan sahaja perbuatannya itu harus dikutuk tetapi juga harus dibanteras. 2. Baik golongan kaya mahupun golongan

(13)

Gaya Bahasa Antitesis

Gaya yang mengandungi gagasan yang

bertentangan dengan menggunakan kata atau golongan kata yang berlawanan, contohnya: 1. Kaya-miskin, tua-muda, besar-kecil semuanya

mempunyai tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan dan kemajuan negara.

(14)

14

Gaya Bahasa Perulangan

Epizeuksis

Perulangan yang bersifat langsung, iaitu kata yang dipentingkan diulang beberapa kali secara berturut-turut, contohnya:

1. Kita harus belajar, belajar dan terus belajar untuk mencapai kejayaan.

2. Sesuatu yang baru biasanya mencerminkan

keharuan, dan keharuan pula selalunya pula memercikkan inspirasi, dan tidakkah itu akan memercikkan pula berbagai

bahan, fikirnya. Tidaklah memadai

dengan hanya menyatakan keharuan

(15)

Gaya Bahasa Tautotes (Tautologi)

Perulangan pengucapan kata yang sama secara berulang-ulang dalam susunan biasa (konstruksi) tanpa menjejaskan maknanya. Yang diulang ialah idea tanpa sebarang penekanan atau penjelasan terhadap pengucapan itu, contohnya:

1. Ia termenung, termenung mengenangkan orang yang jauh.

2. Dia menulis sebuah autobiografi tentang sejarah hidupnya.

(16)

16

Gaya Bahasa Anafora

Anafora ialah perulangan perkataan pada awal baris atau kalimat, contohnya:

1. Kalau tidak Johar, Johari Kalau tidak Johari, Hamid

Kalau tidak, Badariah dan Khamsiah 2. Senang-senang pinjam

Senang-senang kata hutang

(17)

Gaya Bahasa Epistrofa (Epipora)

Perulangan kata atau frasa pada akhir baris atau ayat secara berurutan, contohnya:

1. bumi yang kaudiami, itulah kediaman udara yang kauhirup, itulah kehidupan kasih yang kausirami, itulah kehidupan 2. Ketuaan emak

keuzuran emak keletihan emak

(18)

18

Gaya Bahasa Simplok

Perulangan pada awal dan akhir beberapa baris atau kalimat secara berturut-turut, contohnya:

1. saya tidak pandai menyanyi

sebarang nyanyi saya nyanyikan saya tidak pandai menari

sebarang tari saya tarikan 2. bukan hidup tanpa cubaan

(19)

Gaya Bahasa Epanalepsis

Perulangan pada kata terakhir daripada baris, klausa, dan ayat dengan ulangan kata pertama, contohnya:

Kita gunakan fikiran dan perasaan kita berceritalah padaku, berceritalah

(20)

20

Gaya Bahasa Mesodiplosis

Perulangan di tengah baris atau beberapa ayat secara berturutan, contohnya:

buruh kontrak jangan mencuri masa pegawai tinggi jangan mencuri masa

(21)

Gaya Bahasa Anadiplosis

Perulangan kata atau frasa terakhir dalam klausa atau ayat menjadi kata atau frasa pertama dalam klausa ayat yang berikutnya, contohnya:

1. dalam air ada wajah

dalam wajah ada kenangan dalam kenangan ada @@. 2. dalam syair ada kata

dalam kata ada makna

(22)

22

Gaya Bahasa Retorik

Gaya bahasa yang menggunakan bahasa yang jelas dan padat. Maknanya diwujudkan secara tersurat bukan tersirat, iaitu secara langsung berdasarkan lapisan luar makna bahasa. Gaya bahasa retorik boleh dibahagikan kepada:

1. Aliterasi 2. Asonansi 3. Susunan songsang 4. Elipsis 5. Eufimisme 6. Litotes

(23)

Aliterasi

Gaya yang menggunakan kata-kata yang dimulai dengan perulangan bunyi konsonan awal secara berturut-turut dalam rentetan kata atau suku kata. Unsur ini sering terdapat pada puisi, contohnya:

1. kan kubenamkan dadaku kaki kananku ke bulan kaki kiriku ke matahari kan kuhanyutkan hatiku

2. dalam memberi dan menerima momen semanis semulia ini

(24)

24

Asonansi

Gaya bahasa yang menggunakan perulangan bunyi vokal yang sama. Unsur ini sering juga terdapat dalam puisi, dan kadang-kadang dalam prosa, contohnya:

1. Melangkah gadis menahan denyutan pandangan terakhir terlempar ke nisan setangkai kemboja gugur perlahan

merangkaklah senja menutup pandangan 2. Dari darah, dari nanah yang punah di tanah

rangka manusia kehilangan nyawa disambar senjata

hasil manusia gila perang membunuh mesra bunga merah berkembang indah minta

(25)

Susunan Songsang (inversi)

Susunan songsang atau inversi ialah gaya

bahasa yang terhasil daripada pembalikan ayat atau rangkai kata dengan tujuan untuk

menimbulkan kesan tertentu. Dari segi

susunan ayat, susunan songsang ialah gaya yang menterbalikkan susunan biasa ayat, iaitu S + P kepada P + S, contohnya:

1. Seakan-akan halilintar, suara itu berdengung di telingaku.

2. Sesudah dibelek beberapa kali, dia menyarungkan kembali parang itu. 3. Terkenang dia akan mimpi semalam.

(26)

26

Elipsis

Terdapat penghilangan satu kata atau lebih dalam ayat yang lengkap. Namun, melalui intuisi, orang dapat mengisi tempat yang dikosongkan itu dengan maklumat atau pengertian yang tepat dengan mudah, contohnya:

1. Siakap senohong, gelama ikan duri @@@@@@@@@@@@@@@ 2. Pinggan tak retak, nasi tak dingin

@@@@@@@@@@@@@@@ 3. Ada ubi, ada batas

(27)

Litotes

Gaya yang digunakan untuk menyatakan

sesuatu dengan tujuan untuk merendahkan diri, contohnya:

1. Teratak inilah yang mampu kami peroleh bertahun-tahun lamanya.

2. Apalah ada padaku, harta tiada, budi pun kurang.

(28)

28

Eufimisme

Sejenis gaya kiasan halus yang biasanya berbentuk ungkapan atau simpulan bahasa yang mengandungi isi atau pengertian yang kurang menyenangkan. Dengan cara ini, pendengar tidak rasa tersinggung atau kecil hati, contohnya:

1. Mati : meninggal dunia atau

menghembuskan nafas

yang akhir.

2. Bini : isteri atau orang rumah 3. Berak : ke sungai besar

4. Bunting : berbadan dua, hamil 5. Haid : datang bulan, uzur

(29)

Gaya Bahasa Kiasan

Sejenis gaya bahasa perbandingan. Gaya

bahasa ini dibentuk berdasarkan perbandingan atau persamaan. Maksudnya dilihat dari segi yang tersirat bukan yang tersurat. Jenis-jenis gaya bahasa kiasan ialah seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, paradoks, dan kiasan

(30)

30

Simile

Sejenis gaya bahasa perbandingan peringkat termudah, iaitu perbandingan antara satu objek atau konsep lain secara langsung.

Perbandingan ini bersifat imaginatif dan eksplisit. Kata-kata perbandingan yang digunakan ialah seperti, umpama, bagai, macam, bak, ibarat, laksana, dan lain-lain, contohnya:

1. Beningnya laksana bulan di langit.

2. Seminggu tinggal di rumah mentua bagaikan mimpi ngeri kepada Fatin.

(31)

Metafora

Sejenis bahasa figuratif, iaitu bentuk kiasan

atau analogi yang melambangkan sesuatu bagi sesuatu yang lain. Gaya bahasa ini juga

dianggap paling singkat, padat, dan tersusun. Metafora biasanya dihasilkan daripada imej dan idea tanpa kata perbandingan secara langsung seperti dalam simile, contohnya:

1. Matahari yang beransur turun di ufuk kelihatan indah merah merona. Ia sebagai tanda layar malam akan dilepaskan tak lama lagi@..

2. Kata-kata bapa memukul habis kelakianku sebagai anaknya.

3. Jauh di lubuk hatinya, terpendam satu harapan menggunung.

Referensi

Dokumen terkait

Setelah dilakukan uji chi-square disimpulkan ada hubungan yang signifikan antara antara motivasi suami pada ibu hamil terhadap pemeriksaan kehamilan (ANC) di

Tanpa mengurangi arti Paragraf 1 Pasal ini, ketika Pihak memiliki bukti yang cukup bahwa suatu kapal yang akan masuk ke pelabuhan terlibat dalam IUU Fishing

Materi yang akan diberikan kepada siswa sesuai dengan kemampuan karakteristik anak. Selain itu harus ada media pendukung atau penunjang proses belajar mengajar.. 4

Dari peristiwa tersebut pihak TKKSWPLB berupaya meningkatkan kesadaran masyarakat dalam mengenal tempat wisata ini, dengan menggencarkan pemasaran melalui media

Dalam kegiatan Program Pengenalan dan Latihan Kependidikan (PPLK), sebuah program latihan mengajar yang dilaksanakan bagi para mahasiswa fakultas tersebut, para peserta ajar

Pusat dan Daerah Penghasilan dimana terealisasi lebih salur untuk jenis transfer DBH-SDA Minyak Bumi dalam rangka Otonomi Khusus kepada Provinsi Papua Barat Triwulan

Kegiatan pembesaran ini pakan merupakan faktor yang sangat penting untuk pertumbuhan ikan gabus, untuk pemberian pakan pada awal pembesaran disesuaikan dengan ukuran

bahwa untuk melaksanakan ketentuan Pasal 9 Peraturan Pemerintah Nomor 67 Tahun 2002 tentang Badan Pengatur Penyediaan dan Pendistribusian Bahan Bakar Minyak dan