• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Hak Dan Tanggung Jawab Kontraktor"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

KONTRAKTOR KONTRAKTOR

PENGENALAN

DEFINISI

Kontraktor dapat didefinisikan sebagai satu badan atau pihak yang

bertanggungjawab untuk merealitikan gambar atau lukisan yang disediakan oleh perekabentuk kepada bentuk dan saiz sebenar yang telah ditetapkan mengikut kontrak. Kontraktaor juga merupakan agen atau pihak utama yang

bertanggungjawab untuk melaksanakan idea yang diterjemahkan dalam bentuk lukisan kepada bentuk dan spesifikasi sebenar sesuatu binaan.

Segala kerja pembinaan yang dijalankan adalah menjadi tanggungjawab kontraktor dan kontraktor akan mendapat balasan atau keuntungan yang berbentuk bayaran daripada pihak majikan atau gunawan. Bayaran yang dikenakan ini adalah sebagai balasan terhadap perkhidmatan kontraktor dan ia telah ditentukan dengan

persetujuan kedua-dua pihak yang terlibat iaitu pihak kontraktor dan pihak gunawan.

Perjanjian akan wujud dengan syarat-syarat tertentu antara pihak kontraktor dan gunawan serta beberapa pihak lain yang terlibat yang mana kemudiannya perjanjian ini akan membentuk satu dokumen kontrak. Sepanjang proses pembinaan ini dijalankan dokumen kontrak ini merupakan asas yang menjadi rujukan kepada sebarang masalah yang timbul baik dipihak kontraktor ataupun pihak-pihak lain yang terlibat.

JENIS-JENIS KONTRAKTOR

Secara umumnya kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu : Kontraktor utama (main contractor)

Domestik subkontraktor (domestic subcontractor) Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Kontraktor-kontraktor ini akan bekerjasama bagi melaksanakan projek pembinaan supaya berjalan lancar dan dapat disiapkan mengikut masa sebagaimana yang telah diperuntukan dalam dokumen kontrak untuk pambinaan tersebut. Setiap jenis kontraktor tersebut telah diperuntukan syarat-syarat tertentu dalam perlaksanaan kerja serta kontrak yang telah ditandatangani. Segala peruntukan syarat-syarat ini

(2)

telah jelas dinyatakan dalam sesuatu dokumen kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor dan pihak gunawan.

1. Kontraktor Utama (main contractor)

Kontraktor utama merupakan seseorang yang pakar dan berpengetahuan dalam bidang pembinaan dan kerja-kerja kejuruteraan awam ataupun kedua-duanya sekali. Kontraktor utama ini akan menandatangani kontrak antara pihak kontraktor dan pihak gunawan atau majikan. Kontraktor utama ini akan melaksanakan projek pembinaan sehingga selesai sebagaimana yang terkandung dalam dokumen kontrak. Kontraktor utama akan melaksanakan proses pembinaan ini samada dengan menggunakan tenaga kerja yang dimilikinya sendiri ataupun mengambil subkantraktor ataupun kedua-duanya sekali.

2. Domestik kontraktor (domestic contractor)

Domestik kontraktor adalah terdiri daripada berbagai jenis kontraktor yang melakukan kerja mengikut tred-tred tertentu mengikut kepakaran dan keupayaan masing-masing. Domestik kontraktor dapat dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu :

i) Subkontraktor kerja dikenali sebagai subkontraktor bahan dan buruh dan membekalkan semua bahan dan buruh yang terlibat untuk sesuatu kerja subkontrak.

ii) Subkontraktor bahan dimana ia membekalkan bahan-bahan binaan untuk tempoh pembinaan dijalankan. Ia biasanya akan dipilih oleh pihak majikan dan ianya dikenali sebagai pembekal dinamakan.

iii) Subkontraktor buruh dimana kontraktor ynag membekalkan buruh untuk melaksanakan kerja kontrak bangunan. Ianya membekalkan buruh mahir, separa mahir dan kurang mahir.

3. Subkontraktor dinamakan (nominated subcontractor)

Subkontraktor dinamakan adalah merupakan subkontraktor yang dilantik oleh pihak gunawan. Kontraktor ini menjalankan kerja-kerja pembinaan mengikut kepakaran masing-masing. Subkontraktor dinamakan ini biasanya melakukan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal serta perkhidmatan bangunan seperti :

Sistem bekalan air Sistem hawa dingin Lif dan Eskulator

(3)

Sistem pemasangan elektrik

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA DAN SUBKONTRAKTOR

Secara umumnya hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak ini akan berlandaskan kepada kontrak yang telah dipersetujui antara kedua dua pihak. Syarat-syarat kontrak yang terlibat ialah kontrak kerja subkontrak yang dibuat diantara kontraktor utama dan subkontraktor disamping kontrak utama.yang terbentuk antara

kontraktor utama dan majikan.Syarat- syarat kontrak yang terbentuk antara pihak kontraktor utama dan subkontraktor ialah seperti subkontraktor akan melaksanakan semua kerja berdasarkan lukisan dan spesifikasi yang telah ditetapkan, membuat semua bayaran yang berkaitan dengan insuran dan wang tahanan, mengemukakanl mengambil pekerja yang komprehensif dan syarat-syarat tambahan yang lain jika terdapat peruntukan tersebut antara pihak kontraktor utama dan sub kontraktor. Selain dari peruntukan syarat-syarat kontrak tersebut kedua- dua pihak juga perlu mematuhi common low dan statut (peruntukan oleh kerajaan persekutuan, negeri, tempatan).Peruntukan dibawah commmon low ialah seperti undang-undang tort contohnya kacau ganggu, manakala statut pula ialah peruntukan atau akta-akta tertentu untuk sesuatu perkara contohnya akta keselamatan sosial pekerja 1969.Dalam industri binaan jika sesuatu projek berkenaan adalah kepunyaan kerajaan maka ianya tertakluk kepada peruntukan common law dan statut manakala jika projek tersebut dibawah hak milik pihak persendirian maka ianya hanya tertakluk kepada statut sahaja. Ini telah dinyatakan dalam Borang kontrak PAM Fasal 18(1).

Hak dan tanggungjawab yang telah diperuntukan dan sepatutnya dilaksanakan adalah tertakluk kepada syarat- syarat yang ditandatangani atau dipersetujui oleh semua pihak.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB SUBKONTRAKTOR TERHADAP KONTRAKTOR UTAMA Dalam borang PAM Fasal yang berkaitan dengan hak dan tanggungjawab

subkontraktor ialah Fasal 27(a-g). Dalam Fasal 27(a)(i-xi) ini telah memperuntukan hak-hak dan tangungjawab bagi pihak subkontraktor.

HAK SUBKONTRAKTOR

Subkontraktor mempunyai hak tertentu apabila ia menandatangani kontrak dengan kontraktor utama di bawah peruntukan yang dinyatakan sebelum ini. Diantara hak yang biasa wujud didalam sesuatu kontrak ialah:

(4)

1. Mendapat kemudahan dalam melaksanakan kerja subkontrak

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapat kemudahan melaksanakan kerja subkontrak dari kontraktor utama. Kemudahan ini termasuklah kemudahan

peralatan dan pengurusan. Kemudahan peralatan ialah kemudahan menggunakan kelengkapan kontraktor utama untuk melaksanakan kerja subkontrak, manakala kemudahan pengurusan pula ialah berbentuk kemudahan untuk mendapatkan lukisan- lukisan kerja subkontrak, khidmat penyeliaan tapak, pejabat tapak dan sebagainya. Jika subkontrak kerja keseluruhan digunakan maka hak untuk

mendapatkan kemudahan hanya terhad kepada penggunaan akses jalan, peranca dan bekalan elektrik serta air. Manakala mempunyai hak yang lebih luas. Hak mendapat bahan dan peralatan yang sesuai serta kemudahan pengurusan perlu diberi oleh kontraktor utama.

Subkontraktor mempunyai hak yang sama dikalngan mereka. Jika berlaku ketidakadilan sehingga mengganggu perjlanan kerja subkontrak mereka boleh mengadu kepada kontraktor utama untuk kemudahan yang lebuh baik. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak dapat mengambil tindakan dari segi kontrak kerana tiada peruntukan yang khusus. Ia hanya berlandaskan kepada

perikemanusiaan dan amalan yang biasa di jalankan oleh ahli ikhtisas. 2. Mendapatkan bayaran

Subkontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan bayaran bagi kerja subkontrak yang telah dilaksanakan. Bayaran tersebut adalah merangkumi :

i. Bayaran interim

ii. Bayaran tambahan didalam perubahan kerja subkontrak

iii. Bayaran kerugian yang disebabkan oleh tindakan kontraktor utama Kelulusan pembayaran ini akan tertakluk kepada kerja subkontrak yang

dilaksanakan. Jika tidak memenuhi syarat kontrak maka subkontrak tidak layak menerima bayaran. Hak yang terlibat berkenaan dengan bayaran ini ialah: i. Jumlah yang sewajarnya

ii. Tempoh sesuatu pembayaran

iii. Kaedah bayaran oleh kontraktor utama

Faktor-faktor ini perlu diambil dan dipertimbangkan oleh kontraktor dengan adil. Mengikut amalan biasa bayaran akan dibuat apabila subkontraktor menghantar satu tuntutan balik.

Hak subkontraktor untuk mendapatkan bayaran ini telah dinyatakan dengan jelas dalam Borang PAM Fasal 27(a)(vii), (b), (c).

(5)

Kes-kes yang menjadi rujukan berkenaan dengan fasal 27 (c) ialah:

i. Gilbert- Ash (Northern) Ltd V Modern Engineering (Bristol) Ltd [1973] 3 All ER 195 ii. Morttam Consultant Ltd V Bernard Sunley & Sons Ltd [1975]

iii. LIR 197

3. Menagguhkan perlaksanaan kerja subkontrak

Subkontraktor juga mempunyai hak untuk menagguhkan kerja subkontrak yang tidak mengikut kontrak asal. Diantara sebab-sebabnya ialah kegagalan kontraktor utama membayar kerja subkontrak bagi subkontraktor yang terlibat.Walaupun dalam PAM Fasal 27 (c) telah dinyatakan bahawa jika kontraktor utama gagal membuat pembayaran terus kepada subkontraktor, arkitak akan membuat pembayaran terus, tetapi ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada subkontraktor seperti masalah kewangan.

Oleh sebab itu subkontraktor yang terlibat berhak untuk menangguhkan kerja buat sementara waktu sehingga selesai masalah yang dihadapi, mengikut persetujuan pihak yang majikan serta pihak-pihak lain yang bertanggungjawab keatas projek pembinaan yang dijalankan.

4. Mendapatkan Lanjutan Masa

Lanjutan masa juga boleh diperolehi oleh subkontraktor jika ia berpunca dari sebab-sebab yang munasabah contohnya kejadian bencana alam seperti banjir atau hujan yang tidak berhenti yang menyebabkan kerja-kerja pembinaan tidak boleh

dijalankan. Selain dari itu lanjutan masa juga boleh diberi kepada subkontraktor yang mana kesilapan atau masalah yang menyebabkan kelewatan itu berpunca daripada kontraktor utama contohnya tiada bekalan bahan binaan yang mencukupi dari pembekal bahan binaan yang telah diberi tugas untuk membekalkan bahan-bahan binaan tempatan. Pada kebiasaannya lanjutan masa ini diperolehi jika berlaku perkara yang tidak dapat dielakkan seperti yang terdapat dalam peruntukan kontrak utama sebagaimana yang telah dinyatakan diatas.

Dalam Borang PAM peruntukan berkenaan dengan lanjutan masa yang menjadi hak kepada subkontraktor telah dinyatakan dengan jelas dalam Fasal 27 (a)(v dan vi) dan (d)(i) manakala fasal 27 (d)(ii) pula memperuntukan apabila timbulnya masalah dari pihak subkontraktor setelah mendapatkan lanjutan masa.

Kes yang berkaitan dengan lanjutan masa ini ialah kes Percy Bilton Ltd V Greater London Council (1982) 20 BLR 1

(6)

Subkontraktor bertanggungjawab untuk melaksanakan kerja subkontrak yang telah diberi sepertimana yang telah dijanjikan dalam peruntukan syarat-syarat kontrak antara pihak kontraktor utama dan pihak subkontraktor. Dalam PAM Fasal (1) telah diperuntukan tanggungjawab kontraktor dimana kontraktor itu perlu menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak majikan. Tetapi bagi pihak subkontraktor pula mereka harus menyiapkan kerja dengan sempurna sehingga memuaskan hati pihak kontraktor utama sebagaimana yang telah diperuntukan dalam Fasal 27 (a)(iii) yang mana pihak kontraktor utama harus

dipertanggungjawabkan jika kerja yang dilakukan oleh subkontraktor tidak memuaskan hati pihak majikan. Oleh sebab itu tanggungjawab subkontraktor adalah besar dalam menjaga kepentingan kontraktor utama. Antara beberapa tanggungjawab subkontraktor yang biasa wujud dalam subkontrak ialah : 1. Pematuhan kepada nilai kuantiti

Kuantiti kerja subkontrak dan bahan yang digunakan perlu mengikut penentuan yang telah ditetapkan dalam dokumen kontrak yang telah ditanda tangani oleh subkontraktor. Ini kerana untuk menjamin kualiti binaan yang dibuat adalah

terjamin dan selamat digunakan dengan baik dan sempurna mengikut tempoh yang ditetapkan.Dalam PAM Fasal 6 (1), (2), dan (3) telah diperuntukan dengan jelas bahawa pematuhan kepada mutu kerja dan nilai adalah amat penting Oleh yang demikian menjadi satu kewajipan kepada subkontraktor mendapat bahan dan melaksanakan kerja subkontrak dengan baik.

2. Menjaga kepentinan awam

Subkontraktor perlu sentiasa memastikan kepentingan awam tidak terjejas akibat dari kerja subkontrak yang dilaksanakannya dan ini secara tak langsung ia akan menjaga kepentingan kontraktor utama. Kepentingan ini merangkumi kerosakan harta benda, keselamatan, keselesaan dan seumpamanya. Dalam hal ini

subkontraktor perlu menginsurankan kerja yang akan dibuat kemudian pula perlu mengemukakan polisi insuran terhadap kontraktor utama sebagai syarat terdahulu sebelum memulakan kerja. Ini telah dinyatakan dengan jelas dalam PAMFasal (18) dan (19) serta Fasal 27 (a)(iv), yang mana menyatakan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran sebelum memulakan sesuatu kerja pembinaan. Dalam PAM Fasal 20 juga telah memperuntukan bahawa kontraktor perlu mengambil insuran kerja sebelum memulakan kerja pembinaan. Peruntukan dan syarat undang-undang yang berkaitan kepentingan awam perlu dipatuhi untuk menjamin keselamatan serta kepentingan pihak awam.

3. Menjaga Kebersihan Tapak Bina

Bahan buangan atau lebihan dari sesuatu kerja subkontrak yang dijalankan perlu dibersihkan semula oleh subkontraktor. Subkontraktor perlu memastikan hal ini dilakukan diakhir kerja subkontrak tanpa menjejaskan harta pihak lain ditapak bina.

(7)

Jika tidak dilaksanakan kontraktor utama layak mengambil orang lain untuk melakukan obligasi itu dan potongan pembayaran akan dibuat mengikut

perbelanjaan yang ditanggung. Walau bagaimanapun subkontraktor tidak boleh dibebankan oleh pembersihan tapak akibat dari kerja pihak lain, contohnya subkontraktor lain.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA TERHADAP SUBKONTRAKTOR

HAK KONTRAKTOR UTAMA 1. Memeriksa kerja subkontrak

Kontraktor utama mempunyai hak untuk memeriksa kerja subkontrak yang telah dilaksanakan oleh subkontraktor. Pemeriksaan boleh dibuat pada bila-bila masa diperlukan samada diminta oleh gunawan atau tidak. Walau bagaimanapun hak ini adalah tertakluk kepada kerja subkontrak yang telah dilaksanakan sahaja.

Pemeriksaan ini tidak boleh dibuat keatas kelengkapan yang digunakan. Walaupun demikian kontraktor utama boleh menasihati bagi penggunaan peralatan yang sesuai demi kepentingan kerja subkonrak berkenaan.Sekiranya pihak subkontraktor gagal melaksanakan kerja dengan baik maka pihak kontraktor utama perlu

bertanggungjawab jika pihak majikan tidak puas hati. Ini juga telah dinyatakan dengan jelas dalam PAM Fasal 27(a)(iii). Oleh sebab itu kontraktor utama berhak sepenuhnya untuk memeriksa kerja yang dilakukan oleh pihak subkontraktor dibawah pengawasannya.untuk memuaskan hati pihak majikan.

2. Menolak kerja subkontrak

Kerja subkontrak yang tidak memenuhi mutu yang telah ditetapkan dari segi bahan yang digunakan, penyempurnaan terhadap penyiapannya boleh ditolak oleh

kontraktor utama. Kontraktor utama berhak membuat penolakan kerana kontraktor utama yang akan bertanggunjawab keatas kerja yang dilakukan oleh subkontraktor. Penolakan ini boleh didalam bentuk keseluruhan atau sebahagian daripada kerja subkontrak yang berkenaan. Penolakan oleh kontraktor utama ini akan

menyebabkan samada subkontraktor akan membuat semula kerja yang tidak memuaskan hati kontraktor tersebut atau subkontraktor akan dikategorikan tidak dapat menyiapkan kerja dengan sempurna dan PAM fasal 27 (a)(vi) akan

berkuatkuasa. 3. .Menolak bayaran

Menolak bayaran ini bermaksud menolak mana-mana wang subkontraktor yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepadanya. Penolakan ini dibuat adalah dengan beberapa sebab seperti subkontraktor enggan memperbaharui insuran atau enggan

(8)

menjelaskan apa-apa bayaran yang dikenakan keatasnya yang mana ianya berkaitan dengan kontraktor utama atau pihak majikan.Pada kebiasaannya hak menolak bayaran sebahagian daripada bayaran kemajuan yang berupa wang tahanan boleh dilakukan. Kaedah penolakan ini sebenarnya dikenali sebagai set-off. Ini telah dinyatakan didalam PAM Fasal (20) serta Fasal (19) dan(20) yang mana ianya menyentuh tentang pembaharuan insurans yang mana kaedah set-off digunakan. Walaupun demikian penolakan wang tahanan tidak boleh melebihi nilai peratusan yang diperuntukan dalam kontrak utama. Kontraktor utama juga berhak menolak sesuatu bayaran jika subkontraktor gagal memenuhi obligasinya, samada dilakukan sendiri atau oleh kotraktor utama atau pihak lain yangg diambil oleh kontraktor utama.

4. Mengambil subkontraktor lain

Hak mengambil subkontraktor lain untuk menyelesaikan kerja yang tertanggung oleh sesuatu subkontraktor boleh digunakan oleh kontraktor utama. Segala bayaran yang berkaitan boleh dipotong dari bayaran yang sepatutnya dibayar kepada subkontraktor yang pertama. Walaupun demikian ia perlulah menyatakan bahawa subkontraktor telah berlaku cuai sehingga menjejaskan kepentingan kontraktor utama dari pandangan gunawan serta pihak berkuasa yang lain.

Selain dari itu, pihak kontraktor tama juga boleh mengambil subkontraktor lain jika subkontraktor yang ada tidak mempunyai kepakaran didalam sesuatu projek yang terdapat pelbagi jenis elemen yang memerlukan kepakaran yang khusus.

5. Menamatkan kontrak

Penamatan kontrak boleh dibuat oleh kontraktor utama jika kontraktor gagal menjalankan obligasi yang sepatutnya. Penamatan ini tertakluk kepada oblogasi yang besar mengikut syarat subkontrak sahaja tetapi tidak meliputi yang kecil contohnya tidak mengikut arahan dari segi kualiti bahan dan mengikut masa yang ditetapkan.

TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR UTAMA 1. Menyelaras Subkontraktor

Kontraktor utama mempunyai tanggungjawab untuk menyelaras semua subkontraktor dibawahnya. Langkah ini perlu dilakukan untuk memastikan

perjalanan kerja subkontrak memenuhi kehendak kontrak utama dan subkontrak. 2. Menyediakan kelengkapan kerja

Kelengkapan kerja perlu disediakan oleh kontraktor utama kepada subkontraktor terutamanya subkontraktor kerja. Kelengkapan yang disediakan mestilah

(9)

mencukupi dan sesuai dengan kerja dan produktif. Selain dari itu kontraktor utama juga perlu menghubungkan subkontraktor dibawahnya dengan pihak perunding. Hal

ini perlu dilakukan untuk memudahkan pemeriksaan dan pengiktirafan kerja subkontrak yang talah dilaksanakan.

3. Menyelesaikan Masalah subkontraktor

Kontraktor utama perlu menyelesaikan sebarang kerimitan yang timbul dikalangan subkontraktor. Kontraktor utama perlu menasihati dan menyelesaikan masalah yang dihadapi jika ianya berpunca daripada tindakannya.ianya akan menjamin kelancaran kerja dan tingkat kualiti akhir.

4. Mengawasi Kerja subkontrak

Kontraktor utama juga perlu dari masa kesemasa mengawasi kerja subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontrak yang dilaksanakan oleh subkontraktor. Sehubungan dengan itu kontraktor utama perlu menyediakan wakil ditapak untuk memudahkan subkonraktor mendapatkan maklumat yang sepatutnyaHAK

DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP PIHAK LAIN 1. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap pekerjanya.

Hak-hak kontraktor terhadap pekerjanya adalah kontraktor berhak untuk

mengambil pekerja yang komprehensif dan dapat melakukan kerja dengan baik. Jika terdapat pekerja yang tidak memuaskan hati kontraktor atau yang

menimbulkan masalah maka kontraktor berhak untuk memecat pekerja tersebut tetapi mengikut persetujuan pihak majikan terlebih dahilu. Dalam PAM fasal (19) dan (20) telah dinyatakan mengenai peruntukan-peruntukan mengenai perkara ini. Kontraktor juga mesti bertanggungjawab sepenuhnya keatas kebajikan pekerjanya yang mana kontraktor perlu menginsurankan pekerjanya serta membayar caruman wang PERKESO. Selain dari itu kontraktor juga perlu memastikan bahawa pekerja yang diambil bekerja adalah dapat melaksanakan kerja dengan baik dan berkesan supaya kerja yang dilaksanakan dapat memuaskan hati pihak majikan.

Hak-hak dan tanggungjawab ini amat penting kerana untuk menjamin kedua-dua pihak dapat bekerjasama dan mendapat keuntungan atau balasan masing-masing yang setimpal deangan apa yang diberikan. Apabila kedua-dua pihak berpuas hati maka segala kerja dapat dilaksanakan dengan sempurna.

2. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap majikan

Dalam melaksanakan sesuatu kontrak hak dan tanggungjawab pihak-pihak utama sering dipertikaikan dan masalah inilah yang seringkali timbul. Walau

(10)

tanggungjawab yang sama rata. Dalam memperkatakan hak dan tanggungjawab kontraktor dan majikan ini kedua-dua pihak mempunyai peranan dan hak yang sama pentingnya.

Hak kontraktor ke atas majikan adalah mendapatkan bayaran atau balasan daripada kerja majikan yang telah dilaksanakan. Selain dari itu kontraktor juga berhak untuk mendapatkan insuran kontraktor boleh mendapatkan insuran kerja dari pihak majikan sekiranya mengikut PAM Fasal (20)(b)dan (c) yang mana memperuntukan bahawa kontraktor berhak mendapatkan insuran kerja yang diperuntukan kepadanya sekiranya pihak majikan menggunakan Fasal (20)(b) dan (c).

Tanggungjawab kontraktor terhadap majikan pula ialah melaksanakan kerja yang diberikan dengan baik sehinga memuaskan hati majikan Ini tertakluk kepada PAM Fasal (1)(i) dan (ii). Selain dari itu pihak kontraktor juga perlu menginsurankan segala kerja majikan yang akan dilaksanakan. Ini tertakluk kepada Fasal (20)(a) yang mana pihak majikan tidak mengambil sebarang insuran kerja. Oleh sebab itu adalah menjadi tanggungjawab kontraktor untuk mengambil insuran tersebut. Selain dari itu pihak kontraktor juga mempunyai tanggungjawab dan hak untuk menyiasat dan meneliti segala maklumat yang diberikan sebelum memasuki tender yang ditawarkan oleh majikan. Ini adalah untuk tidak menimbulkan segala masalah yang tidak dapat dielakkan keatas tanggungjawab masing-masing setelah

perlaksanaan pembinaan ini dijalankan.

3. Hak dan tanggungjawab kontraktor terhadap kumpulan perekabentuk.

Kumpulan perekabentuk adalah terdiri daripada Arkitek, Jurutera, Juruukur Bahan dan beberapa ahli profesional yang lain. Mereka adalah pihak yang

bertanggungjawab yang mana menterjemahkan idea yang disampaikan oleh pihak majikan atau gunawan kedalam bentuk lukisan kerja. Kemudian melalui lukisan-lukisan ini maka kontraktor akan membina dan menyiapkan kerja tersebut manjadi sebuah bangunan atau binaan lain. Pihak kumpulan perekabentuk ini juga akan berurusan dengan kumpulan pereka bentuk secara tidak angsun dan ini

menyebabkan mereka juga tidak lepas daripada hak dan tanggungjawab masing-masing.

Kontraktor mempunyai hak untuk mendapatkan lukisan-lukisan yang jelas dan baik daripada pihak pereka bentuk ini. Selain dari itu pihak pereka bentuk juga perlu memastikan lukisan kontrak adalah tidak bercanggah dengan dokumen kontrak. Walaupun percanggahan antara dokumen kontrak dengan lukisan ini ,jika berlaku tidak menyebabkan mana-mana pihak dipersalahkan kecuali majikan tetapi menjadi tangunggjawab bersama untuk memastikan agar ianya tidak berlaku.

Dalam PAM Fasal (1)(2) menyatakan dengan jelas bahawa menjaditanggungjawab kontraktro untuk memberitahu jiak terjumpa, tetapi bukan menjadi tanggungjawab

(11)

kontraktor untuk menyemak kesilapan tersebut. Masalah ini boleh dirujuk kepada kes London Borough of Merton V Stanley Huge Leach Ltd (1985) 32 BLR 51. Hak dan tanggungjawab ini amat penting supaya tiada kerumitan yang akan berlaku dan wujudnya kerjasama antara kedua-dua pihak ini.

HAK DAN TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR TERHADAP INSTITUSI KEWANGAN Hak kontraktor keatas institusi kewangan adalah sangat penting yang mana ianya merupakan satu hak yang diperolehi oleh kontraktor tetapi dibuat dalam konsep serah hak. Konsep serah hak adalah satu konsep dimana hak pihak tertentu diserahkan kepada satu pihak lain untuk menguruskannya. Jadi bagi pihak

kontraktor hak atau balasan yang diperolehi daripada majikan telah diserah hakkan kepada pihak institusi kewangan berupa modal duluan untuk melaksanakan kerja majikan. Dalam PAM Fasal (17)(1) dan (2) telah diperuntukan berkenaan sub sewa atau serah hak ini.

Setelah mendapat hak tersebut maka kontraktor perlu bertanggungjawab untuk menjalankan kerja dengan baik dan memuaskan hati pihak kontraktor. Kontraktor juga perlu berurusan dengan pihak institusi kewangan secara baik dan perlu

mendapatkan satu jaminan bank atau insurans. Jika seseorang kontraktor tidak banyak menimbulkan masalah dengan pihak bank maka ini akan menyenangkan lagi pihak bank dan juga pihak kontraktor turutamanya untuk berurusan degannya seterusnya kerana pihak institusi kewangan telah memberi kepercayaan kepada pihak kontraktor.

Referensi

Dokumen terkait

Penerapan pembelajaran ekspresi musik yang mencakup pratek bermain instrument musik dan ragam lagu-lagu yang mencakup lagu wajib nasional, lagu daerah, di Sanggar

Tujuan dari skripsi ini adalah: (1) Mengetahui nilai-nilai yang mendorong orang berziarah ke Masjid Agung Demak, (2) Mengetahui motivasi dan respon peziarah melakukan wisata

Radioisotop 198Au yang dihasilkan dikarakterisasi dengan mengukur aktivitas, waktu paruh, energi, yield, kemurnian radionuklida dan kemurnian radiokimia serta ukuran

Penilaian validator disimpulkan bahwa pembelajaran dengan perangkat yang dikembangkan efektif yang ditandai keberhasilan meningkatkan pencapaian aktivitas belajar

Memiliki keluarga sakinnah merupakan dambaan semua pasangan suami istri baik yang baru menikah atau yang sudah menjalani kelurga. BP4 merupakan institusi pemerintahan yang

Besaran biaya bahan bakar minyak (dalam rupiah/km) untuk setiap jenis kendaraan yang dikaji dapat dihitung dengan mengalikan besaran tingkat konsumsi bahan bakar

ARIMA merupakan salah satu metode dalam analisis data time series yang banyak digunakan untuk menganalisis data secara statistik untuk mendapatkan model terbaik

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan, didapatkan kesimpulan bahwa tidak terdapat pengaruh penggunaan LKS berbasis keterampilan berpikir kreatif pada