• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

KEBERKESANAN GAYA HEADCOUNT JBM DALAM PROGRAM PENGUNJURAN PRESTASI PENCAPAIAN MURID SEKOLAH

KEBANGSAAN PEKAN SATU,

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN, MALAYSIA

Jaafar Bin Matusin

Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia

Abstrak

Strategi headcount akademik adalah merupakan satu program pengurusan data markah untuk membantu guru dan sekolah membuat pengunjuran pencapaian murid berdasarkan kemampuan mereka. Kajian ini bertujuan menilai keberkesanan program strategi headcount yang dijalankan dengan menggunakan Headcount JBM di Sekolah Kebangsaan Pekan Satu, Wilayah Persekutuan Labuan, Malaysia. Headcount JBM merupakan satu kaedah pengunjuran prestasi yang lebih mudah diurus, santai dan senang untuk difahami. Kajian ini melibatkan analisis dokumen keputusan peperiksaan awam iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah lima belas tahun

Headcount JBM digunakan, guru lebih mudah melakukan pengunjuran dan memantau

pencapaian murid. Malah korelasi antara data markah dan pengujaran guru terhadap TOV yang disasarkan, lebih jelas dan terbukti berkesan.

Kata kunci: Headcount; Prestasi; Markah; Unjuran

1.0 PENGENALAN

Program headcount ini sebenarnya telah diperkenalkan sejak 15 tahun yang lepas. Sejak berrugas di SK Rancha-Rancha saya telah diminta oleh Guru Besar ( semasa itu saya masih lagi guru biasa ) untuk membina satu instrumen yang mudah untuk digunakan oleh semua , termasuk pentadbir dan guru. Pada masa tersebut ,banyak perisian yang diperkenalkan dengan menggunakan kemudahan ict yang moden bagi melihat perkembangan murid. Namun demikian , penggunaannya amat terhad dan tidak dapat digunakan secara serentak melihat nilai yang sedia ada , sasaran dan perbandingan pencapaian murid.

Sehubungan dengan itu, instrumen ini dibina dan ternyata ianya lebih mudah digunakan berdasarkan unjuran dan sasaran yang diharapkan.

2.0 ISU BERKAITAN TAJUK

Apabila kita menggunakan sistem yang sedia ada ataupun sistem yang menggunakan ict , kita tidak dapat melihat pencapaian dan unjuran secara serentak

(2)

setiap pencapaian murid. Malahan kita tidak dapat melihat pencapaian murid secara serentak pada satu satu masa. Mungkin ada sistem yang sentiasa ditambah baik atau dinaik taraf tetapi pada ketika ini, saya masih belum terjumpa sistem yang berkenaan. Memang dengan menggunakan ict ianya nampak lebih mudah, namun ada batasan-batasan yang tidak dapat kita elakkan. Tetapi dengan menggunakan instruman headcount JBM ini, ianya dapat di aksess bila-bila sahaja, di mana-mana jua , malau walau dengan apa cara sekalipun. Ianya amat mudah dan mesra kepada pengguna, kepada guru ,bahkan kepada pentadbir sekolah.

2.1 ASPEK UTAMA YANG DIBINCANGKAN

Headcount merupakan satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensio kerjaya setiap murid mulai Tahun 1 hingga ke Tahun 6 di peringkat sekolah rendah dan Tingkatan 1 hinggalah ke Tingkatan 6 peringkat sekolah menengah.

Salamiah (2003) mendifinisikan headcount sebagai proses mengenal pasti, merasional dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap murid supaya guru dapat menyenarai dan menetapkan unjuran pencapaian mata pelajaran bagi murid tersebut di dalam kelas yang diajarnya.

Pengukuran dan penilaian akan menjadi lebih bermakna apabila di analisis dan diuruskan dengan tujuan untuk melihat perkembangan potensi murid dari segi akademik dan berusaha ke arah penambahbaikan mereka . Menurut Peter F. Druker, “ If you can’t measure it , you can’t manage it “

Banyak penulisan dan pendapat lain yang diketengahkan , menjurus bagaimana kita mengenalpasti potensi sedia ada dan merancang potensi tersebut ke pencapaian yang lebih baik di masa hadapan. Namun demikian pernyataan-pernyataan tersebut pada peringkat teori sahaja tetapi implimentasi pada arena yang sebenar kurang dijelaskan.

Sehubungan dengan ituperlu adanya kerangka instrumen yang boleh digunakan bagi menyokong teori-teori yang diketengahkan. Instrumennya biarlah mudah dan boelh digunakan di mana-mana sahaj dalam apa jua keadaan.

3.0 TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Pembinaan instrumen ini bertujuan untuk memudahkan membina pengunjuran pencapaian dan memantau perkembangan prestasi murrid secara mudah dan lebih

(3)

Objektif yang hendak dicapai dengan adanya instrumen ini ialah : 1. Memudahkan membuat unjuran pencapaian murid ; 2. Memudahkan memantau prestasi murid secara individu ;

3. Memudahkan memantau prestasi murid / sekolah secara keseluruhan ;

4. Memudahkan guru / pentadbir merangka program-program intervensi berdasarkan pencapaian murid secara individu atau keseluruhan;

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk kuantitaf dengan menggunakan kaedah tinjauan . Kaedah ini menjurus tinjauan kepada pemahaman dan penggunaan headcount di kalangan pentadbir dan guru-guru di sekolah. Dapatan-dapatan tinjauan ini digunakan untuk melihat kefahaman dan pengetahuan pentadbir dan guru tentang haedcount dan instrumen yang sedang digunakan.

4.1.1 SAMPEL KAJIAN

Sampel pembinaan instrumen ini terdiri daripada 15 orang Guru Besar dan 30 orang guru Tahun 6 di sekolah sekolah rendah di Wilayah Persekutuan Labuan.

5.0 STRATEGI PEMBINAAN INSTRUMEN

Bagi melihat keperluan pembinaan instrumen ini , tindakan yang dilaksanankan adalah seperti berikut:

1. Mengenalpasti pengetahuan dan kefahaman pentadbir tentang headcount 2. Mengenalpasti pengetahuan dan kefahaman guru tentang headcount 3. Menyediakan instrumen

4. Menyediakan Data TOV 5. Menyediakan Data ETR

6. Menyediakan Data bagi setiap murid 7. Merefleksi pencapaian murid.

5.1 Dapatan Tinjauan ( Sebelum Penyediaan Instrumen Headcount JBM )

5.1.1 Pentadbir ( Pengetahuan tentang Headcount ) Bilangan

Responden Tahu Tidak Tahu

15 0 15

5.1.2 Pentadbir ( Kefahaman dan applikasi Headcount ( sebarang perisian ) ) Bilangan

Responden

Kurang faham ( Hanya ada data headcount sahaja )

Faham

( Dapat menggunakan Data Headcount )

(4)

15 12 3

Didapati pentadbir , khususnya Guru Besar tahu tentang headcount. Tetapi pengetahuan yang ada hanyalah sekadar permukaan sahaja iaitu pada peringkat data sahaja. Tetapi masih ramai yang tidak dapat menggunakan data sebagai melihat unjuran dan prestasi murid.

5.2.1 Guru ( Pengetahuan tentang Headcount ) Bilangan

Responden Tidak Tahu Tahu

30 0 15

5.2.2 Pentadbir ( Kefahaman dan applikasi Headcount ( sebarang perisian ) ) Bilangan

Responden

Kurang faham ( Hanya ada data headcount sahaja )

Faham

( Dapat menggunakan Data Headcount )

30 24 6

Tinjauan mendapati bahawa, di kalangan guru sendiri pun pengetahuan tentang headcount hanyalah pada peringkat data sahaja. Tetapi guru tidak menggunakan sebarang instrumen yang boelh mengukur perkembangan prestasi murid dengan lebih mudah dan teratur.

(5)

Instrumen seumpama ini disediakan untuk guru menyediakan pencapaian sedia ada , menyatakan pengunjuran dan seterusnya memantau perkembangan prestasi murid secara lebih mudah.

Instruman ini dibina secara cetakan pada kertas bagi setiap orang murid. Setiap orang murid akan menggunakan instrumen yang sama mengikut subjek yang telah ditetapkan dalam peperiksaan umum di sekolah rendah ataupun dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ).

Di dalam sehelai kertas ini , ianya akan diwakili oleh data TOV ( Take Off Value ) , ETR ( Expected Targeted Result , OTI ( Operational Targeted Increment ) OTR ( Operational Targeted Result ) dan AR ( Actual Result ) bagi setipap murid untuk

6 Kertas peperiksaan yang telah ditetapkan.

Di dalam instrumen ini juga terdapat jalur-jalur yang perlu dilengkapkan mengikut item dan gred –gred yang di capai.

(6)

5.4 Menyediakan Data ETR

5.5 Menyediakan Data bagi setiap murid

(7)

Gambarajah di atas menunjukkan data lengkap markah ( TOV , ETR , OTI ) bagi seorang murid. Jika dilihat daripada rekod yang dibuat oleh guru, jika pencapaian murid atau pergerakan markah ke kiri bermakna pencapaian murid tersebut akan semakin hampir atau telah menepati sasaran pada fasa-fasa yang tertentu. Tetapi jika pencapaian murid atau pergerakan markah ke arah ke kanan, pencapaian murid tidak menghampiri sasaran atau tidak mencapai sasaran yang telah ditetapkan pada fasa-fasa yang tertentu.

Selain daripada itu, kita juga boleh melihat pencapaian murid bagi semua mata pelajaran yang telah di tetapkan. Kemungkinan-kemungkinan murid mencapai baik pada matapelajaran tertentu tetapi tidak pada mata pelajaran lain.

Jika keadaan seumpama ini berlaku , pentadbir atau guru boleh melaksanakan tindakan tindakan intervensi bagi melihat kelemahan murid pada mata pelajaran tertentu ataupun boleh melaksanakan tindakan-tindakan pengukuhan dan pengayaan bagi mata pelajaran yang mencapaian sasaran .

Pola ini akan dapat dilihat secara berterusan pada fasa-fasa atau ujian ujian tertentu sehingggalah pada peperiksaan yang sebenar.

6.0 Dapatan Tinjauan ( Sebelum Penyediaan Instrumen Headcount JBM )

6.1.1 Pentadbir ( Pengetahuan tentang Headcount ) Bilangan

Responden Tahu Tidak Tahu

15 0 15

Kir i

(8)

6.1.2 Pentadbir ( Kefahaman dan applikasi Headcount ( sebarang perisian ) ) Bilangan

Responden

Kurang faham ( Hanya ada data headcount sahaja )

Faham

( Dapat menggunakan Data Headcount )

15 0 15

Didapati pentadbir , khususnya Guru Besar tahu tentang headcount. Tetapi pengetahuan yang ada hanyalah sekadar permukaan sahaja iaitu pada peringkat data sahaja. Tetapi masih ramai yang tidak dapat menggunakan data sebagai melihat unjuran dan prestasi murid.

6.2.1 Guru ( Pengetahuan tentang Headcount ) Bilangan

Responden Tidak Tahu Tahu

30 0 15

6.2.2 Pentadbir ( Kefahaman dan applikasi Headcount ( sebarang perisian ) ) Bilangan

Responden

Kurang faham ( Hanya ada data headcount sahaja )

Faham

( Dapat menggunakan Data Headcount )

30 0 30

Setelah diperkenalkan instrumen seumpama ini, pentadbir ( Guru Besar ) dan guru-guru lebih memahami headcount bukan sahaja pada peringkat data sahaja. Bukan pada sasaran yang akan di capai sahaja. Malahan responden mendapati bahawa Instrumen Headcount JBM ini mereka dapat merasai pergerakan prestasi murid sepanjang tahun sehinggalah kepada pepriksaan yang sebenar. Mereka dengan mudah menggunakannya dan dapat melihat pencapaian murid pada satu helaian kertas dengan mudah.

7.0 KESIMPULAN

Sememangnya tidak dapat dinafikan , terkini kefahaman tentang headcount di kalangan pemimpin serta guru di sekolah semakin baik. Selain menggunakan data yang ada, ditambah dengan perisian tertentu yang digunakan bagi mengunjurkan pencapaian sertiap tahun. Namun perlu dilihat dari sudut memahami data dan mengaksess perisian tertentu bagi melihat pencapaian murid. Terdapat kekangan yang sering dihadapi , namun dengan menggunakan Headcount JBM ini , ianya amat mudah dibina , mudah

(9)

difahami dan mudah untuk di aksess, tanpa sebarang kekangan atau halangan.

8.0 CADANGAN KAJIAN SELANJUTNYA

Instrumen seumpama ini di bina dengan melihat kelengkapan asas yang mudah dan tanpa sebarang bahan sokongan yang diluar kemampuan dan dihalangai oleh kecapaian yang terhad. Adalah baik sekiranya instrumen seumpama ini di kongsikan terutama pada sekolah-sekolah luar bandar yang kemudahannya adalah terhad. Sekiranya ianya dapat difahami dan digunakan dengan baik, insyaallah prestasi murid dapat dipantau dan dapat mencapaii sasaran yang telah ditetapkan.

BIBLIOGRAFI

Bahagian Sekolah , Kementerian Pendidikan Malaysia (2007) , Memperkasa

Kepimpinan Instruksional Di Sekolah , Perniagaan Rita Kuala Lumpur.

Ishak Ramly, 2003 , Inilah Kurikulum Sekolah , Kuala Lumpur , PTS Publications & Distrubutors Sdn. Bhd

Jemaah Nazir Sekolah (2004), Standard Kualiti Pendidikan Malaysia – Sekolah Instrumen Pemastian Standard SKPM

Referensi

Dokumen terkait

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

MAKMAL NO. AMALI PENYELARAS/ PENGAJAR BIL. KOD PROGRAM/ MAJOR/ KLASIFIKASI/ KUOTA BIL. ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID ( PUAN ) JURIDAH BINTI MD RASHID (

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan