• Tidak ada hasil yang ditemukan

PEMBELAJARAN INTERAKTIF BAGI TAJUK SAINS BAHAN BERASASKANFASA NEEDHAM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "PEMBELAJARAN INTERAKTIF BAGI TAJUK SAINS BAHAN BERASASKANFASA NEEDHAM"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

PEMBELAJARAN INTERAKTIF BAGI TAJUK SAINS BAHAN BERASASKANFASA NEEDHAM

Sulaiman Hasan, Zanaton binti H Iksan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Email: baitulhikmah11@gmail.com zanaton.iksan@ukm.edu.my

ABSTRAK

Kertas ini membincangkan tentang pembelajaran interaktif bagi tajuk sains bahan dalam FasaNeedham di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2.Pelajar-pelajar yang terlibat adalah dari aras tahun 5. Pembelajaran interaktif yang dimaksudkan disini adalah pembelajaran menggunakan perisian power point interaktif. Penggunaan bahan-bahan perisian semakin digemari dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan, pembelajaran interaktif dapat mengatasi masalah-masalah yang dihadapi dalam kaedah tradisonal secara talk and chalk. Elemen-elemen perisian power point yang menggabungkan teks, animasi, video dan audio dapat meransang deria pelajar dan dapat menvisualkan konsep abstrak yang sukar dijelaskan dengan perkataan. Kertas ini mengupas secara lengkap tentang penggunaan power point interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran sains bahan berasaskanFasa Needham. Justeru itu, kertas ini diharapkan dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru sains bagi tajuk sains bahan bagi pelajar-pelajar SK Bandar Tun Hussein Onn 2.

Kata kunci: pembelajaran interaktif, perisian power point, Fasa Needham, sains bahan

ABSTRACT

This paper discusses the interactive learning title material science in Phase Needham at Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2. The students involved were from the level of 5. Interactive learning meant learning using interactive PowerPoint software. The uses of software had increased in teaching and learning activities. This is due, interactive learning can overcome the problems faced in traditional methods, which istalk and chalk. Elements of power point software that combines text, animation, video and audio can stimulate students' senses and can visualizes abstract concepts which is hard to explain by words. This paper explorer uses of power point interactive in learning topic material science according to Phase Needham. Therefore, this paper is expected to be use in the teaching and learning of science teachers for title material science for students Sk Bandar Tun Hussein Onn 2.

Keywords: interactive learning, power point software, Phase Needham, materials

science

PENGENALAN

Dalam era ledakan teknologi masa kini, para guru sebagai penyampai ilmu di sekolah mestilah sentiasa menggunakan peluang yang ada dalam meningkatkan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Abdul Rahim, 1999 menyatakan bahawa bidang pendidikan menjadi medan untuk para pendidik sentiasa berusaha mencari pendekatan

(2)

bagi menyelesaikan pelbagai strategi dan teknik pembelajaran yang berkesan untuk pelajar. Ini kerana pelajar semakin terdedah dengan pelbagai perspektif, kebenaran, kenyataan, gambaran dan sebagainya (Tina,2002).

Menyedari tentang kepentingan bidang teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan, pihak kerajaan telah mewujudkan sekolah Bestari pada tahun 1999 sebagai langkah yang diharap dapat memberi tempat dan ruang yang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dalam sistem pendidikan. Ini bagi memastikan jurang digital digital di antara golongan kaya yang berkemampuan menggunakan teknologi berbanding golongan kurang berkemampuan.

Dapatan oleh Kulik et al., (1983) menjurus ke arah pembelajaran berbantukan komputer yang menunjukkan keberkesanan penggunaannya.Ini kerana komputer berupaya menyampaikan maklumat secara dinamis serta simbolik (Reif, 1985). Ini akan lebih memudahkan kepada pelajar untuk mendapatkan gambaran yang jelas tentang konsep-konsep yang berbentuk abstrak. Selain itu juga struktur-sturktur tiga dimensi juga dapat dijelaskan dengan bantuan komputer (Dori et al., 1994).Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pada masa kini sememangnya perlu dilakukan oleh guru bagi mendapatkan hasil-hasil yang positif dalam pengajaran yang dilakukan.

Pembelajaran menggunakan komputer yang menjadikan guru sebagai fasilitator dapat mengasah kemampuan pelajar dalam memahami konsep yang betul, menggunakan penalaran, dan mampu bekerjasama san juga dapat meningkatkan kemahiran abad ke -21 pelajar (Sungur & Tekkaya 2006). Salah satu daripada 5 proses yang dicadangkan oleh Gasser (2011) bagi meningkatkan kemahiran abad ke-21 ialah proses yang menyeronokkan. Pembelajaran berkomputer ialah proses pembelajaran yang menyeronokkan bagi pelajar sekaligus dapat meningkatkan kefahaman pelajar terhadap topik yang dipelajari.Bagi memastikan perkara ini berjaya direalisaikan sudah pasti penguasaan teknologi amat penting bagi pelajar dalam meneroka teknologi untuk mendapatkan pelbagai maklumat yang diperlukan. (Diknas 2009; Regan 2008; Vebrianto & Kamisah 2011; Nikitina 2006; Tan 2003; Norhayati et al. 2013)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS INTERAKTIF

Jirim adalah salah salah tajuksains bahan dalam matapelajaran sains.Subtopik ini diperkenalkan diperingkat sekolah rendah iaitu untukpelajar-pelajar tahun 5.Bagi

(3)

kebanyakan pelajar, sains merupakan matapelajaran yang sukar untuk dipelajari serta kurang diminati.Oleh yang demikian kaedah pembelajaran yang berkesan adalah perlu bagi meningkatkan pengetahuan dan penguasaan sertapemahaman mereka terhadap subtopik ini dan seterusnya memupuk minat pelajar terhadap sains.Ini bagi memastikan matlamat kurikulum Sains sekolah Rendah akan tercapai.

Matlamat Kurikulum Sains Sekolah Rendah adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti pelajar melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2014).Pelajar-pelajar di dalam satu kelas mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza-beza. Pelajar-pelajar yang cerdas akan belajar dan menyelesaikan latihan dengan cepat mengikut tahap pemahaman mereka. Namun demikian, sebaliknya bagi pelajar yang lemah.Pelajar yang lemah sangat lambat untuk mempelajari topik yang sukar mereka faham.Oleh yang demikian, tumpuan kepada kaedah pembelajaran yang dapat membantu pelajar lemah dan menarik minat mereka harus di dilaksanakan. Ini bagi memastikan matlamat yang digariskan oleh kementerian Pendidikan Malaysia dalam dokumen standard Kurikulum dan pentaksiran akan tercapai.

Menurut Leong Mei Wei (1998) terdapat banyak kelebihan penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran antaranya ialah dapat membantu pelajar yang lemah. Pelajar yang lemah dapat belajar mengikut kemampuannya. Pelajar ini juga boleh mengulangkaji pelajaran sehingga berjaya memahami topik yang dipelajari tanpa menggangu perjalanan pelajar lain yang lebih cerdas. Selain itu dengan menggunakan pembelajaran secara berkomputer pelajar akan lebih faham terdahap topik yang dipelajari. Ini kerana penggunaan grafik, animasi, warna, muzik, simulasi dan dialog akan mempercepatkan proses pemahaman topik tersebut.

Kaedah pembelajaran berbantukan komputer ini dapat mengatasi masalah guru dalam mengajar pelajar-pelajar yang mempunyai kebolehan berbeza.Jean Piaget (2007) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.Menurut Kalat (1999) kecerdasan adalah gabungan antara kebolehan umum dan kemahiran praktis.Pembelajaran berbantukan komputer dapat memberikan peluang kepada pelajar belajar dan memahami sesuatu konsep sains mengikut keupayaan sendiri. Menurut Rashidi (1986), kaedah pengajaran dan pembelajaran bebantukan komputer ini dapat mewujudkan

(4)

persekitaran pembelajaran yang baru dan suasana pembelajaran yang sihat seronok untuk pelajar. Walau bagaimanapun, Rashidi (1986) menyatakan sebenarnya komputer tidak boleh menggantikan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai fasilitator atau pembimbing yang bertanggungjawab untuk menggerakkan dan menghidupkan perbincangan dan penerokaan ilmu dikalangan pelajar. Pelajar dikehendaki mentafsir sendiri melalui garis panduan yang diberikan oleh guru.( Thomas, 1994). Memandangkan penggunaan komputer telah berkembang dengan pesat, maka tumpuan seharusnya diberikan untuk menghasilkan produk yang menggunakan perisian yang berkualiti (Yusuf Hashim, 1998). Oleh yang demikian kaedah ini wajar dijalankan bagi meninjau keberkesanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Tujuan kajian ini ialah untuk menghasilkan kaedah pembelajaran interaktif bagi tajuk sains bahan dalam Fasa Needham

TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini untuk menghasilkan kaedah pembelajaran interaktif bagi tajuk sains bahan dalam Fasa Needham

METHODOLOGI

Dalam kajian ini, seramai 80 orang pelajar dari kelas tahun 5 yang akan dijadikan sampel kajian. Semua sampel merupakan pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Hulu Langat, Selangor.Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik tahap kesukaran tajuk Jirim, ujian kefahaman Jirim dan soal selidik kefahaman Jirim serta soal selidik ciri-ciri pelajar dalam analisis keperluan.Dalam kajian ini juga kesahan isi kandungan berkaitan dengan kajian dan instrumen dinilai oleh guru pakar mata pelajaran sains dan juga pensyarah di universiti.

DAPATAN DAN HASIL

Kajian ini bertujuan menghasilkan kaedah pembelajaran interaktif bagi tajuk sains bahan dalam Fasa Needham. Hasil yang akan diperolehi ialah persembahan isi kandungan dalam setiap sub unit power point adalah mengikut fasa-fasa Needham (Needham 1987), iaitu orientasi, pencetusan idea, penstrukturan semula idea, aplikasi idea dan refleksi.

(5)

RUJUKAN

Abd. Rahim. 1999. Pendidikan Sejarah Falsafah, Teori dan Amalan. Kuala Lumpur: Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Diknas.2009. Rancangan Strategis departmen pendidikan nasional tahun

2010-2014.Jakarta : Departemen Pendidikan Nasional.

Gasser. K.W. 2011. Five Ideas for 21st century Math Classrooms. American Secondary

Education 39 (3) Summer 2011.

Jean Piaget. 2007. The Construction of Reality in the child. Routledge.

Kementerian pelajaran Malaysia.2014.Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kulik et al. 1983.Effects of computer-based teaching on secondary school students. Journal of Educational psycology vol 75(1), feb 1983: 19-26

Leng Mei Wei.(1998) Pengajaran dan pembelajaran kimia organik dalam mata

pelajaran kmia melalui perisian Laman Web. Tesis Sarjana UKM, Bangi. 1998.

Nikitina,S. 2006. Three strategies for interdisciplinary teaching : contextualizing,

conceptualizing, and problem-centring. Journal of Curriculum Studies 38 (3)

:251-271.

Norhayati Che Hat, Shaferul Hafes Sha’ari & Mohd Fauzi Abdul Hamid. 2013.

Persepsi pelajar terhadap pemggunaan animasi dalampembelajran bahasa arab.

Jurnal Teknologi (Social Sciences) 63 (1) : 25-29

Regan,B.2008. Why we need to teach 21st century skill-and how to do it.

www.mmischools.com. [20 septembebr2011].

Sungur,S., & Tekkaya, C.2006. Effects of problem-based learning and traditional

instruction on self-regulated learning. The Journal of educational Research 99(5)

: 307-320.

Tan,O.S.2004. Problem based learning innovation: using problem to power learning in

the 21st century. Singapore:GALE Cengage Learning.

Vebrianto,R., Kamisah Osman, Lee,C., & Masniani.2012. Kemahiran abad-21 isu dan

implementasinya. Proceedings International Seminar on Educational in

Referensi

Dokumen terkait

Bentuk perilaku manusia akibat perasaan bahagia yang terlalu berlebihan saat menggunakan gadget dan juga pengaruh dampak buruk yang ditimbulkannya tersebut akan

Daya Hambat Kombinasi Antara Fraksi Polar 29-32 Meniran (Phyllanthus niruri, L.) dengan Antibiotik Amoxicillin dan Chloramphenicol terhadap S.aureus dan E.coli.. Hasil

1) Pengembangan produk pangan dengan kombinasi beberapa bahan khusus diperlukan untuk mendapatkan produk yang mempunyai karakteristik fungsional dalam hal ini adalah

Berdasarkan tingkat kecemasan diketahui hampir seluruh ibu hamil mengalami kecemasan berat saat menghadapi persalinan, baik pada primigravida (ibu yang sedang hamil untuk

Hasil analisis ragam menunjukkan bahwa perlakuan cacing tanah dan jenis bahan organik secara interaksi pada tanah yang terkompaksi tidak berpengaruh nyata terhadap

tyrime daly- vavusių mokinių (iš jų 39,1 proc. vaikinų) iš dalies uždarą, kai jį gali peržiūrėti tik draugų draugai arba asmenys, kuriuos jie yra prijungę tinkle.

Yang dimaksud dengan pendapatan usaha untuk menentukan daur optimal pembangunan hutan tanaman pinus dalam penelitian ini adalah, pendapatan yang diperoleh dari hasil