• Tidak ada hasil yang ditemukan

International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "International Conference on Global Education V Global Education, Common Wealth, and Cultural Diversity"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENGGUNAAN PETA PEMIKIRAN I-THINK TERHADAP PENCAPAIAN DAN MINAT PELAJAR DALAM PENDIDIKAN SEJARAH

Muhammad Faiz Bin Tamdjis Anuar Ahmad

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

The purpose of this research is to analise the usage of the I-Think map as a tool in the 21st Century Learning for a History lesson. The research that is carried out was Experiment Quasi method. The instruments for this research consist of questionaires, Form 4 History post and pre test, lesson plans and interview protocols. The data analysis was done based on the marks that were obtained during the pre and post tests and questionaires. Research samples were 50 Form 4 students from 2 secondary schools in Seremban, Negri Sembilan. The findings of this research shows that there are significant differences towards the increament of the ability to remember the History concept and the students achievement after using the I-Think map. Besides that, the students interests generally is at the high level. The I-Think map is vital in increasing the teachers pedagogy ability by diversitying the teachers skills for the 21st Century Learning which is parallel to the technology development and information explosion era that are being faced at the moment.

Keywords: Pedagogy, Thinking Map, I-Think, Achievement, Interest PENGENALAN

Dalam menghadapi gelombang globalisasi yang cukup mencabar dan getir ini memerlukan rakyat yang patuh dan taat kepada negara. Ia mampu dicerna dan diterapkan melalui pengukuhan pendidikan sejarah. Negara-negara maju seperti United Kingdom, Jerman, Perancis, Amerika Syarikat, Korea dan Jepun telah mewajibkan mata pelajaran Sejarah dalam kurikulum pendidikan kebangsaan negara masing-masing (Mohamad Johdi, 2000). Demi mengekalkan keunggulan dan kedaulatan negara bangsa, negara-negara maju ini amat teliti dengan realiti bukti, kebenaran fakta dan kejituan interpretasi. Negara-negara berkenaan telah berjaya ke persada kegemilangan melalui prinsip sedemikian.

Antara matlamat utama dalam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mata pelajaran Sejarah adalah untuk melahirkan insan yang mantap jati diri, setia kepada negara dan bangsa Malaysia. Pemupukan semangat patriotik dalam kalangan generasi muda adalah matlamat utama dalam mata pelajaran Sejarah. Pemerkasaan keperibadian bangsa Malaysia tercinta dapat dipupuk melalui pemahaman dan penghayatan sejarah

(2)

jatuh bangun negara. Penekanan juga diberikan kepada aspek kemahiran pemikiran, menganalisis dan menilai fakta sejarah secara rasional berteraskan kemahiran pelestarian pemikiran dalam pendidikan sejarah. (Kamarul Afendey & Ishak, 2013)

Pengajaran kemahiran berfikir telah diperkenalkan dalam semua mata pelajaran sekolah di Malaysia. Namun begitu, menurut VanSledright, 2004 dalam Noria Munirah, 2015, guru masih tidak begitu cenderung untuk menekankan aspek membimbing murid menguasai beberapa kemahiran yang sememangnya terdapat dalam kemahiran pemikiran sejarah seperti mengumpul data, meneroka bukti, membuat tafsiran, membuat imaginasi, menganalisis, merumus dan membuat penilaian. Kesukaran dalam menerapkan elemen kemahiran pemikiran sejarah menyebabkan terdapat segelintir guru yang menganggap bahawa murid-murid mereka tidak berkeupayaan melibatkan diri dalam pemikiran sejarah kerana kelemahan mereka untuk mengaitkan elemen terebut dengan hal ehwal politik dan ekonomi.

Pernyataan Masalah

Pendidikan Sejarah merupakan satu mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang sering dikritik oleh kebanyakan pelajar sebagai satu mata pelajaran yang membosankan dan sukar difahami (Mahzan et.al. 2014). Penggunaan buku teks semata-mata dan sebagai satu-satunya bahan dalam pengajaran dan pembelajaran tidak mungkin dapat memperluaskan kefahaman pelajar dalam mata pelajaran Sejarah dan ia menjadi punca mengapa ramai pelajar tidak berminat untuk belajar Sejarah dengan bersungguh-sungguh (Agus & Johdi 2009). Keadaan menjadi lebih bermasalah apabila guru Sejarah tidak mengambil inisitif yang lebih kreatif untuk merangsang minat pelajar dalam pembelajaran Sejarah (Mahzan et. al. 2014). Memandangkan pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai konsep dalam mata pelajaran Sejarah adalah wajar dilakukan oleh para guru Sejarah (Zahara & Nurliah 2009).

Menurut Wineburg (2001) pula, kemahiran pemikiran sejarah tidak wujud secara semulajadi tetapi perlu dipupuk dari luar seperti mengumpul, membaca serta menganalisis pelbagai bahan bukti sejarah. Untuk mencapai kemahiran ini, maka sumber sejarah seperti dokumen, artifak dan dapatan baharu yang terdapat di muzium mahupun arkib perlu ditonjolkan dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah. Namun,

(3)

bagi Levesque (2008), murid jarang diberikan peluang untuk mengeksploitasikan sumber sejarah dan muzium, arkib serta tempat bersejarah.

Hakikatnya, kaedah dan pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah hingga kini lebih tertumpu kepada kaedah ‘chalk and talk’ dan pembelajaran yang hanya berpusatkan guru tanpa penglibatan murid secara aktif di dalam bilik darjah, khususnya ketika proses penerapan kemahiran berfikir dijalankan. Kajian yang dijalankan oleh Subadrah Nair pada tahun 2005 berkaitan pembelajaran sejarah mendapati bahawa kaedah yang paling popular dalam kalangan guru Sejarah ialah kaedah berkhutbah atau kaedah kuliah, manakala bentuk penyampaian pula masih berpusatkan guru. Hal ini turut selaras dengan pendirian Khoo Khay Kim (2000) yang menyatakan menerusi kajiannya bahawa pembelajaran sejarah hanya menekankan aspek hafalan fakta, tarikh-tarikh penting, serta konflik dunia yang berlaku berabad-abad lamanya menyebabkan pandangan murid terhadap proses perkembangan negara menjadi sempit dan menyifatkan bahawa belajar sejarah sangat menjemukan dan tidak merangsang aktiviti berfikir.

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mengingati konsep Sejarah dan minat pelajar untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Objektif Kajian

Secara khusus, terdapat tiga objektif utama yang mendasari kajian ini iaitu : i. Untuk mengenal pasti sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan dalam

peningkatan keupayaan dalam mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan peta pemikiran I-Think dilaksanakan.

ii. Untuk mengenal pasti sama ada wujudnya perbezaan yang signifikan dalam peningkatan keupayaan mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar dalam kalangan murid yang mengikuti dan tidak mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan peta pemikiran I-Think.

iii. Untuk mengenalpasti sama ada minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah meningkat atau tidak selepas pengajaran dengan menggunakan peta pemikiran I-Think.

Persoalan Kajian

(4)

dikemukakan :

i. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan keupayaan dalam mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan peta pemikiran I-Think dilaksanakan?

ii. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam peningkatan keupayaan mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar dalam kalangan murid yang mengikuti dan tidak mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan peta pemikiran I-Think?

iii. Adakah minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah meningkat atau tidak selepas pengajaran dengan menggunakan peta pemikiran I-Think?

Hipotesis Kajian

i. Ho1 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan keupayaan dalam mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan peta pemikiran I-Think dilaksanakan.

ii. Ho2 : Tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan keupayaan mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar dalam kalangan murid yang mengikuti dan tidak mengikuti kaedah pembelajaran berasaskan peta pemikiran I-Think.

iii. Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah meningkat atau tidak selepas pengajaran dengan menggunakan peta pemikiran I-Think.

KAJIAN LITERATUR

Kemahiran Pemikiran Sejarah

Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) adalah satu proses kognitif untuk meneroka dan mempelajari Sejarah yang bersifat kompleks dan abstrak. Selain itu, KPS ialah suatu kemahiran yang dominan dalam memahami sejarah. (Yeager dan Foster, 2001). Berdasarkan kenyataan Cercadillo (2006) pula, melalui kemahiran ini murid mampu membezakan perkara yang signifikan dengan yang tidak signifikan. Proses membezakan ini tidak dapat dilihat tetapi dapat dirasai apabila ia wujud. Terdapat lima kemahiran khusus dalam KPS yang menjadi pemboleh ubah bersandar dan diukur dalam kajian ini. Kemahiran tersebut ialah memahami kronologi, meneroka bukti, membuat interpretasi, membuat imaginasi dan merasionalisasikan peristiwa bersejarah. (Pusat Perkembangan Kurikulum 2003). i. Memahami kronologi – merupakan kemahiran asas dalam KPS. Ia melibatkan

aktiviti memahami kronologi yang mendorong murid untuk mengetahui kejadian peristiwa yang lepas berdasarkan susunan tarikh, tempat, pelaku dan peristiwa yang menjawab persoalan bila, mana, siapa dan apa (when, where, who, what). ii. Meneroka bukti – aspek ini melibatkan kebolehan dan keupayaan untuk mengenal

(5)

pasti sumber primer dan sekunder bagi membuktikan kehadiran peristiwa sejarah yang dipelajari. Kemahiran dalam aspek ini menuntut guru untuk mencari, membaca dan menganalisis bahan-bahan yang berkaitan dengan topik yang diajar. Tidak terhad kepada penggunaan buku teks semata-mata.

iii. Membuat interpretasi – kemahiran ini memerlukan murid memberi maksud kepada fakta sejarah yang telah disahkan. Aspek kemahiran ini menjawab persoalan kenapa atau mengapa (why). Guru boleh menggalakkan murid-murid memberi sebab kejadian sesuatu peristiwa sejarah dengan menggunakan bukti yang telah diperoleh.

iv. Membuat imaginasi – murid-murid boleh membayangkan diri berada dalam peristiwa sejarah yang hendak dikaji. Murid boleh mengvisualkan peristiwa sejarah supaya mereka mempunyai perasaan empati dan dapat menjawab persoalan kenapa (why) dan bagaimana (how) dengan bermakna.

v. Merasionalisasikan – kemahiran ini merupakan KPS yang tinggi dan mencakupi keempat-empat KPS di atas. Kemahiran ini memperlihat keupayaan murid untuk membuat pertimbangan yang wajar dan bernas untuk memberi makna kepada peristiwa sejarah. Pertimbangan tersebut merangkumi peristiwa sejarah, bukti sejarah dengan keadaan pada masa kini dan masa hadapan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid-murid menyelesaikan masalah berdasarkan peristiwa Sejarah yang dikaitkan dengan keadaan yang berlaku pada masa kini dan masa hadapan.

Menurut Warren (2007), kelima-lima KPS boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu KPS asas dan KPS lanjutan. KPS asas melibatkan aktiviti pembacaan buku teks atau bahan-bahan yang disediakan untuk amalan kemahiran meneroka bukti. KPS lanjutan pula menuntut murid-murid menggunakan pengetahuan dalam KPS asas untuk membandingkan fakta yang diperoleh melalui amalan kemahiran membuat interpretasi, membuat imaginasi dan membuat rasionalisasi. (Bain, 2000).

Penguasaan Konsep Sejarah dalam Mata Pelajaran Sejarah

Penguasaan konsep sejarah menjadi kemahiran yang amat penting dalam pendidikan Sejarah. Hal ini adalah kerana, mata pelajaran Sejarah mempunyai banyak idea yang abstrak serta konsep yang sukar untuk difahami dan konsep ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan daya pemikiran seseorang individu dan membentuk daya intelektual pelajar (Mahzan, Razak & Muhaimi 2014). Memandangkan pembelajaran menggunakan konsep merupakan satu bahagian penting dalam proses berfikir, maka penekanan kepada teknik pengajaran yang membolehkan pelajar menguasai konsep dalam mata pelajaran Sejarah adalah wajar dilakukan oleh para guru Sejarah (Zahara & Nurliah 2009).

(6)

Seiring dengan perkembangan dan keperluan semasa dalam sistem pendidikan negara, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 telah menetapkan elemen kemahiran berfikir aras tinggi sebagai salah satu daripada enam ciri utama yang perlu dimiliki oleh setiap murid bagi bersaing pada peringkat global. Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan mampu mencipta sesuatu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013). Sememangnya, konsep KBAT ini secara tidak langsung amat berkait rapat dengan pendekatan peta pemikiran I-Think dalam mata pelajaran Sejarah.

Kajian terhadap pemikiran sejarah di negara Barat juga telah dijalankan oleh Shemilt pada tahun 1980. Beliau telah menjalankan kajian penilaian terhadap kurikulum kebangsaan di United Kingdom melalui program “School Council Project History 13-16” dan ia menekankan sifat semulajadi sejarah, penggunaan sumber dan penglibatan aktif murid mampu memberi kesan kepada konsep sejarah dalam kalangan mereka. Kajian perbandingan tersebut menunjukkan bahawa murid yang mengikuti program itu dapat menguasai konsep penting dalam sejarah dengan berkesan, sekaligus yakin terhadap keupayaan murid melibatkan diri dalam pemikiran sejarah.

Seterusnya, Hugo (1989) telah menjalankan kajian di Amerika Syarikat melibatkan sampel seramai empat orang guru dengan 300 orang murid dengan menggunakan satu program yang dikenali sebagai “Dialogue with Thinking Skills” dengan menggunakan kaedah kualitatif, iaitu mengumpul data daripada pemerhatian, temu bual dan rakaman audio mengenai tingkah laku murid. Hasilnya, terdapat peningkatan dalam akademik murid. Kajian mengenai kemampuan murid untuk menaakul bukti yang berbentuk dokumentari telah dijalankan oleh Rouet, Britt, Mason dan Perfetti pada tahun 1996. Tujuan kajian mereka adalah untuk melihat cara-cara murid mengkoordinasi apa-apa yang dipelajari daripada pelbagai dokumen sejarah dan menggunakannya untuk membuat penaakulan dan penyelesaian masalah sejarah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid harus didedahkan dengan pelbagai jenis dokumen khususnya sumber pertama kerana ia mendorong cara murid membuat penaakulan bahan dokumen dalam menyelesaikan permasalahan sejarah.

Pemilihan Pedagogi dan Hubungannya dengan Pencapaian Dan Minat Pelajar

Setiap guru mempunyai kaedah pengajaran masing-masing berdasarkan keupayaan dan persediaan mengajar yang telah dirancang sebelum proses pembelajaran

(7)

dan pemudahcaraan (PdPc). Namun begitu, pemilihan pedagogi ini akan menentukan pencapaian dan minat pelajar dalam mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut.

Menurut Subadrah et. al (2005), dalam kajiannya iaitu Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pembelajaran Sejarah menyatakan penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham telah membantu subjek Kumpulan Eksperimen untuk mendapat pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan berbanding subjek Kumpulan Kawalan yang diajar menggunakan pendekatan tradisional yang disokong ujian-t (t=27.105; df=68; p=0) . Kajian Subadrah et. al (2005) juga menyatakan penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah sangat berkesan dan dapat membantu pelajar memahami konsep dan menguasai isi kandungan tajuk pelajaran Sejarah dengan baik.

Pernyataan ini disokong dengan kajian yang dilakukan oleh Mahzan,Razak & Muhaimi (2014) iaitu mata pelajaran Sejarah mempunyai banyak idea yang abstrak serta konsep yang sukar untuk difahami. Konsep ini memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan daya pemikiran seseorang individu dan membentuk daya intelektual pelajar. Dengan menggunakan kaedah peta minda, segala nota Sejarah yang dipenuhi dengan fakta dapat dipendekkan dengan menggunakan pelbagai simbol, warna, corak dan sebagainya. Hal ini akan memudahkan pelajar untuk mengingati segala fakta yang telah dipelbagaikan melalui peta minda. Pernyataan ini dibuktikan melalui dapatan kajian iaitu majoriti pelajar mengakui bahawa penggunaan peta minda mempunyai banyak manfaat termasuklah membantu pelajar mengingati fakta Sejarah (97%, n=29), membantu pelajar untuk membuat ulang kaji pelajaran yang efektif (90%, n=27), memudahkan ulang kaji (70%, n=21), dan membantu pelajar untuk menguasai konsep-konsep dalam pembelajaran Sejarah (80%, n=24). Ini menunjukkan bahawa penggunaan kaedah peta minda boleh membantu pelajar faham tentang pembelajaran Sejarah.

Zaharah & Nurliah (2009) dalam kajiannya iaitu Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Mata Pelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua menunjukkan bahawa pelajar-pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga menyatakan pelajar-pelajar juga menunjukkan sikap yang positif terhadap mata pelajar-pelajaran Sejarah iaitu menunjukkan minat untuk belajar mata pelajaran Sejarah (Zaharah et. al 2009). Secara keseluruhan, skor min tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah ialah 3.55 yang berada pada tahap

(8)

sederhana positif (Zaharah et. al 2009).

Kajian yang dilakukan oleh Zurainu dan Abdull Sukor (2012) dalam keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham dalam pengajaran Komsas Bahasa Melayu mendapati bahawa 80 orang murid eksperimen yang terdiri daripada murid Cina dalam dua buah kelas di sekolah-sekolah menengah jenis kebangsaan telah berjaya mengenal pasti bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan yang didedahkan dengan pengajaran konstruktivisme Lima Fasa Needham (1987) dengan kumpulan yang didedahkan dengan pengajaran konvensional dalam Komsas Bahasa Melayu. Daripada ujian-t yang telah dijalankan, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham (Needham 1987) memberi kesan yang sangat positif dan signifikan bagi meningkatkan prestasi murid bukan Melayu dalam Komsas Bahasa Melayu.

Kajian yang dilakukan oleh A. Rahman Haron, Jamaludin Badusah dan Zamri Mahamod (2015) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dengan pendekatan SALAK DIDIK mendapati bahawa selepas kumpulan eksperimen diberi pendedahan tentang elemen SALAK DIDIK, berlaku perubahan dalam skor pemarkahan, min dan sisihan piawai. Terdapat perbezaan pencapaian penulisan karangan dengan penggunaan elemen SALAK DIDIK dengan hasil pembelajaran menunjukkan pencapaian murid kumpulan eksperimen adalah lebih signifikan berbanding kumpulan kawalan dalam ujian pos. Ini menunjukkan bahawa pencapaian kumpulan eksperimen adalah lebih tinggi dalam penulisan karangan berbanding kumpulan kawalan. Ujian pos menunjukkan terdapat perbezaan min yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan.

Kajian yang dilakukan oleh Yahya Othman dan Azmey Othman (2012) mendapati bahawa penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran karangan argumentatif di sebuah sekolah menengah Arab di negara Brunei Darussalam menunjukkan prestasi sampel daripada kumpulan eksperimen lebih tinggi dan signifikan berbanding prestasi sampel daripada kumpulan kawalan. Dapatan kajian ini menunjukkan peta minda merupakan salah satu alternatif P&P yang dapat digunakan oleh para guru dalam mengajarkan pelajaran karangan. Penggunaan peta minda mampu menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, dengan menggunakan peta minda, para murid akan terlibat secara aktif dan mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

(9)

METODOLOGI KAJIAN

Bagi mengenalpasti item-item pencapaian dan minat pelajar, pengkaji akan menggunakan kaedah kuantitatif dalam pelbagai bentuk instrumen. Kajian yang akan dijalankan ialah dengan menggunakan Kuasi-Eksperimen. Kajian akan dijalankan ke atas 60 orang pelajar Tingkatan 4 untuk menerapkan penggunaan peta pemikiran I-Think ke dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bagi meningkatkan pencapaian dan minat pelajar di dua buah sekolah menengah yang mempunyai Tingkatan Empat di sekitar daerah Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dalam reka bentuk kajian ini, bagi menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara skor-skor tahap kebolehan kedua-dua kumpulan responden, maka analisis perbezaan ujian-t akan digunakan. (Chua, 2011).

Persampelan dan Sampel Kajian

Sampel kajian terdiri daripada 60 orang pelajar Tingkatan Empat daripada dua buah sekolah menengah di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Subjek daripada sekolah A dipilih sebagai Kumpulan Eksperimen dan subjek daripada sekolah B dipilih sebagai Kumpulan Kawalan. Setiap sekolah mewakili satu kumpulan kajian agar pengajaran yang diberikan kepada satu kumpulan tidak mempengaruhi kumpulan lain. Subjek

60 orang pelajar

Kumpulan Eksperimen (30 orang) Kumpulan Kawalan (30 orang)

Ujian Pra Ujian Pra

Penggunaan Peta Pemikiran I-Think

Tidak Menggunakan Peta Pemikiran I-Think

(10)

daripada kedua-dua kumpulan merupakan pelajar yang mempunyai tahap pencapaian yang sederhana dalam mata pelajaran Sejarah berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016.

Instrumen Kajian

Instrumen kajian ini terdiri daripada soal selidik untuk mengukur tahap minat pelajar, ujian pencapaian sejarah tingkatan empat (ujian pra dan ujian pasca) dan persediaan mengajar.

Tatacara Penganalisisan Data

Selepas proses pengumpulan data dilakukan, penyelidik akan melakukan proses menganalisis data. Data kuantitatif akan dianalisis dengan menggunakan Statitical Package for Social Science (SPSS) versi 23.

Analisis deskriptif seperti kekerapan, peratusan, min, median, varians dan sisihan piawai akan digunakan untuk memberi gambaran umum tentang data yang diperoleh. Statistik inferensi yang digunakan dalam kajian ini adalah ujian t.

Interpretasi Skor Min Deskriptif

Skor Min Interpretasi Skor Min

1.00 hingga 1.804 Sangat Rendah

1.805 hingga 2.604 Rendah

2.605 hingga 3.404 Sederhana

3.405 hingga 4.204 Tinggi

4.205 hingga 5.00 Sangat Tinggi

Sumber : Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (BPPDP), KPM (2006)

Kesahan Dan Kebolehpercayaan

Bagi mendapatkan kesahan ujian pra dan pasca, pengkaji memastikan tajuk-tajuk yang dipilih adalah bersesuaian dengan tahap kebolehan pelajar Tingkatan Empat. Dua orang guru Sejarah yang terlatih yang mempunyai pengalaman lebih daripada 15 tahun serta menjadi ketua panitia sekolah serta mengajar mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat telah menyemak soalan struktur dan esei untuk memastikan soalan-soalan tersebut sesuai dengan kebolehan pelajar Tingkatan Empat. Jawapan dan pemberian markah untuk soalan struktur dan esei dalam ujian disediakan oleh pengkaji setelah berbincang dengan dua orang guru berpengalaman untuk memastikan tahap

(11)

soalan setaraf dengan kebolehan pelajar Tingkatan Empat. Guru tersebut tidak mempunyai kaitan dengan responden kajian. Jumlah markah untuk soalan struktur ialah 30 markah dan soalan esei ialah 20 markah. Jumlah keseluruhan markah ialah 50 dan didarab dengan 2 untuk mendapat 100 markah.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Pencapaian ujian Pra bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen

Analisis inferensi digunakan untuk menjawab persoalan dan menguji hipotesis yang telah dikemukakan. Fokus utama adalah mengkaji perbezaan pencapaian akademik dalam Pendidikan Sejarah antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan. Ujian yang digunakan ialah ujian-t. Daripada Jadual 1 menunjukkan persamaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pra. Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor ujian Pendidikan Sejarah (dengan sisihan piawai) bagi murid kumpulan eksperimen dan murid kumpulan kawalan. Min skor Pendidikan Sejarah bagi murid kumpulan eksperimen ialah (M = 29.93, SP = 14.645), manakala min skor Pendidikan Sejarah bagi murid kumpulan kawalan ialah (M = 40.80, SP = 13.032), t = -3.104 p = 0.055.

Jadual 1: Ujian-t perbezaan antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen dalam ujian pra

Kumpulan min s.p Nilai -t Signifikan

Kawalan (n=30) 29.93 14.645 -3.104 0.05

Eksperimen (n=30) 40.80 13.032

p > .05

Pencapaian ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen

Dari segi ujian pos pula dapatan kajian boleh dilihat daripada Jadual 2 menunjukkan perbezaan yang signifikan antara pencapaian kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pos. Daripada analisis yang telah dijalankan, hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam ujian pos. Min skor Pendidikan Sejarah bagi murid kumpulan pos eksperimen ialah (M = 62.47, SP = 11.799). Manakala min skor

(12)

Pendidikan Sejarah bagi murid kumpulan pos kawalan ialah (M = 41.87, SP = 12.605), t = -6.573 p = 0.00. Dapatan kajian ini menunjukkan min pencapaian kumpulan eksperimen lebih tinggi berbanding min kumpulan kawalan. Oleh yang demikian hipotesis nul ditolak, iaitu Ho1 tidak terdapat perbezaan min yang signifikan dalam peningkatan keupayaan dalam mengingati konsep Sejarah dan pencapaian pelajar sebelum dan selepas penggunaan peta pemikiran I-Think dilaksanakan.

Jadual 2: Ujian-t perbezaan antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Eksperimen dalam ujian pos

Kumpulan min s.p Nilai -t Signifikan

Kawalan (n=30) 41.87 12.605 -6.573 .00*

Eksperimen (n=30) 62.47 11.799

*p< .05

Tahap minat pelajar terhadap penggunaan peta I-Think di dalam proses pembelajaran Pendidikan Sejarah

Tahap minat pelajar digambarkan melalui analisis dapatan dari soal selidik. Dapatan kajian menggambarkan minat yang positif oleh pelajar terhadap penggunaan peta I-Think.

Jadual 3: Analisis soal selidik terhadap tahap minat pelajar dalam penggunaan peta I-Think Bil. Item Kumpulan Eksperimen (n=30) min s.p 1

Pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think membuatkan saya lebih ingin belajar dan berjaya dalam mata pelajaran sejarah.

4.47 .629

2 Saya suka mengikuti mata pelajaran sejarah

menggunakan peta pemikiran I-Think. 4.37 .556 3 Kadang-kadang penggunaan peta pemikiran I-Think

menyusahkan saya mempelajari sejarah. 2.10 1.062 4 Setiap pelajar harus tahu menggunakan peta

pemikiran I-Think dalam pelajaran mereka. 4.47 .681 5 Penggunaan peta pemikiran I-Think kurang berguna

dalam proses pembelajaran. 1.83 .986 6 Pembelajaran berbantukan peta pemikiran I-Think

amat menyeronokkan, mudah dan realistik. 4.23 .568 7

Saya dapat meningkatkan penguasaan konsep dan fakta dalam sejarah dengan menggunakan peta pemikiran I-Think.

4.43 .679

8 Saya suka membuat latihan menggunakan peta

(13)

9 Pengajaran guru dengan menggunakan peta

pemikiran I-Think lebih berkesan. 4.47 .776

10

Saya lebih mudah mengingati fakta dalam sejarah dengan penggunaan peta pemikiran I-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah.

4.50 .572

Jumlah 3.92 .334

Jadual 3 menunjukkan analisis soal selidik bagi kumpulan eksperimen kajian rintis. Sebanyak 10 item kenyataan dikemukakan kepada pelajar dan pelajar memberi maklum balas kepada item soal selidik tersebut dengan menggunakan skala Likert yang mempunyai nilai 1 hingga 5 di mana 1 mewakili sangat tidak setuju 5 mewakili sangat setuju dan nilai 3 merujuk kepada nilai keseimbangan antara dua ekstrim ini.

Dari analisis item, didapati bahawa kesemua item bagi kumpulan tersebut menunjukkan nilai min yang tinggi iaitu melebihi 3 (nilai ekstrim setuju dan ke atas ). Hanya item 3 dan 5 sahaja (item: Kadang-kadang penggunaan peta pemikiran I-Think menyusahkan saya mempelajari sejarah; Penggunaan peta pemikiran I-Think kurang berguna dalam proses pembelajaran) menunjukkan nilai min yang rendah (secara puratanya menghampiri nilai 2 – tidak setuju). Dapatan dari item-item ini menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar, berdasarkan persepsi mereka telah menyatakan peta I-Think merupakan satu pendekatan pembelajaran yang menarik dan tidak membosankan.

Secara keseluruhannya, pelajar menunjukkan tindak balas yang positif terhadap penggunaan peta I-Think. Nilai min bagi kumpulan tersebut menunjukkan sebahagian besar bilangan pelajar gembira dengan pengajaran menggunakan peta I-Think dan menunjukkan kesediaan mereka untuk mengikuti proses pembelajaran yang menggunakan peta I-Think.

Perbincangan

Perbincangan kajian ini mengkaji kesan pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think ke atas pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos. Kajian ini juga membincangkan tahap minat pelajar terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam kalangan pelajar yang dirawat.

Hasil dapatan kajian ini iaitu berdasarkan keputusan ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pos. Min pencapaian ujian pos lebih besar berbanding dengan min pencapaian ujian pra. Perbandingan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos menunjukkan perbezaan yang besar. Hasil dapatan ini menunjukkan bahawa penggunaan peta pemikiran I-Think memberi kesan yang sangat positif dan signifikan bagi meningkatkan

(14)

pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sejarah. Dapatan ini adalah selaras dengan dapatan kajian Subadrah et. al (2005), Zurainu dan Abdull Sukor (2012) dan Yahya Othman dan Azmey Othman (2012) yang menunjukkan perbezaan yang signifikan pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pos. Hal ini menunjukkan penggunaan peta pemikiran I-Think berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar.

Manakala tahap minat pelajar terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran sejarah secara keseluruhannya pada tahap sederhana positif dengan min = 3.92. Pelajar dapat menerima penggunaan peta pemikiran I-Think sebagai teknik pengajaran kerana mudah mengingat fakta, menarik dan tidak membosankan. Sikap positif yang ditunjukkan oleh pelajar yang mengikuti pengajaran ini jelas dilihat dari segi kesungguhan dan minat mereka melakukan tugasan melibatkan peta pemikiran I-Think. Penerimaan yang positif terhadap penggunaan peta pemikiran I-Think dalam proses pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam usaha guru menarik minat pelajar mempelajari mata pelajaran sejarah menggunakan peta pemikiran I-Think. Dapatan ini adalah sama dengan dapatan yang diperolehi oleh Mahzan, Razak & Muhaimi (2014) dan Zaharah & Nurliah (2009) yang menunjukkan skor tahap minat pelajar adalah sederhana positif. Secara keseluruhan, pelajar boleh menerima dengan baik penggunaan peta pemikiran I-Think sebagai satu teknik pengajaran dalam mata pelajaran sejarah. Oleh itu, para pendidik harus melakukan perubahan dan inovasi dalam kaedah pedagogi masing-masing bagi mencapai anjakan paradigma pedagogi dunia pendidikan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, penggunaan peta pemikiran I-Think sebagai salah satu teknik pengajaran sejarah sangat berkesan dalam meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Dapatan kajian jelas menunjukkan berlakunya perubahan sikap pelajar terhadap mata pelajaran sejarah selepas didedahkan kepada pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think. Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah telah meningkat dengan ketara selepas diajar menggunakan peta pemikiran I-Think. Kebanyakan pelajar telah menunjukkan minat yang tinggi terhadap mata pelajaran sejarah yang secara tidak langsung telah meningkatkan pencapaian mata pelajaran sejarah tersebut. Justeru, para guru hendaklah mengambil inisiatif untuk mendedahkan teknik pengajaran menggunakan peta pemikiran I-Think terhadap semua mata pelajaran sebagai satu kaedah berkesan meningkatkan minat dan pencapaian pelajar. Para guru sejarah juga hendaklah kreatif dan inovatif dalam menjalankan tanggungjawab mereka

(15)

sebagai seorang pendidik seiring dengan era globalisasi.

RUJUKAN

A.Rahman Haron (et. al.) (2015). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam SALAK DIDIK dengan elemen nyanyian dan elemen pantun. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 5 Bil. 1.Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Agus (et. al.) (2009). Kaedah kumpulan kecil dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah. dlm Razaq (et. al.) (2009). Strategi dan model pembelajaran sejarah. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pekan Baru : Universitas Riau

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2012). Program i-THINK. Membudayakan Pemikiran Berfikir. Putrajaya Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bain, R.B. (2000). Into the breach : Using research and theory to shape history instruction.

In stearns, P.N., Seixas, P., and Wineburg, S. (eds) Knowing teaching and learning history : National and International Perspectives. New York : New York Press. Beyer, B.K. 1984. Improving Thinking Skills -Defining The Problem. Phi Delta Kappan

65(7).

Cercadillo, L. (2006). Maybe they haven’t decided yet what is right : ‘English and Spanish

Persepective on teaching historical significance’. Teaching History

Chua Yan Piaw. (2011). Kaedah Penyelidikan (Edisi Kedua). McGraw-Hill (Malaysia) Sdn.Bhd.

Kamarul Afendey Hamimi & Ishak Saat. 2013. Kemahiran Pelestarian Pemikiran dalam Pendidikan Sejarah. Kertas kerja dibentangkan di Seminar Pendidikan Sejarah dan Geografi 2013. Anjuran Pusat Perkembangan Kurikulum, di Institut Penyelidikan Bioteknologi, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, pada 29-30 Ogos, 2013. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2002. Modul Kemahiran Berfikir Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.

2013-2025.

Koestler Arthur. 1991. Using your Mind Effectively. New York: Mc Graw-Hill

Mohd Johdi Salleh. 2000. Kurikulum Sejarah Sekolah Menengah : Perspektif Pelajar-Pelajar.Kertas Kerja Pusat Pendidikan dan Pembangunan Insan: Universiti Islam Antarabangsa.

Mohd Mahzan Awang (et. al.) (2014). Penggunaan peta minda oleh pelajar pintar cerdas dalam pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol. 39(2), Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Noraini Idris. (2013). Penyelidikan eksperimen. (Dlm.) Noraini Idris.(2013). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw-Hill Education (Malaysia) Sd. Bhd. Poh Swee Hiang. 2000. Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif. Kuala Lumpur

:Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 4. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ruggeiro, Vincent Ryan. 2004. The Art of Thinking. 7th Edition. New York: Pearson. Sidney, Parnes. 1997. Creative Behaviour Guidebook. New York: Scribner’s.

Subadrah Nair. (2005). Penggunaan model konstruktivisme lima fasa NEEDHAM dalam pembelajaran Sejarah. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 20, Pulau

(16)

Pinang : Universiti Sains Malaysia.

Wineburg, S. (2001). Making Historical Sense. In Stearns, P.N. Seixas, P. and Wineburg, S. (eds.). Knowing Teaching and Leraning History : National and International Perspectives . New York : New York University Press.

Yahya Othman (et. al.) (2012). Keberkesanan Penggunaan Peta Minda Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Karangan Argumentatif Di Sebuah Sekolah Menengah Arab Di Negara Brunei Darussalam. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 2 Bil. 2. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Yeager, E.A., and Forster, S.J. (2001). The role of empathy ini development of historical understanding. In Davis Jr, O.L., Anneyeager, E., Foster, S.J. (eds). Historical Empathy and Perspectives Taking in the Social Studies, USA : Rowman and Little Field

Zaharah Aziz (et. al.) (2009). Penggunaan peta konsep untuk meningkatkan pencapaian matapelajaran Sejarah bagi pelajar Tingkatan 2. Jurnal Pendidikan Malaysia, Vol. 34(1), Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zurainu Mat Jasin (et. al.) (2012). Keberkesanan Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham Dalam Pengajaran Komsas Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, Vol. 2 Bil. 1. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.

Referensi

Dokumen terkait

Pada indikator 2 kedua subjek dengan IQ tinggi mampu membuat simbol- simbol matematika saat menuliskan informasi yang diperoleh dari soal (M1 dan M2) dan ketika

Metodologi yang digunakan menerapkan teknik terbaru dalam pembuatan program sehingga diharapkan dapat lebih baik dalam menganalisis kebijaksanaan, mengkaji dampak lingkungan dan

Diantaranya dari rancangan tahap compress file zip untuk prototyping sistem operasi sama halnya dengan compress file system , lau tahap persiapan dan memasuki

memberi pelayanan kesehatan yang aman, bermutu, antidiskriminasi, dan efektif dengan mengutamakan kepentingan pasien sesuai dengan standar pelayanan Puskesmas;.. memberikan

Dengan membuat short movie yang mengangkat fenomena orang tua yang selalu marah kepada anaknya yang mendapat nilai ulangan yang tidak bagus, diharapkan orang tua

Dengan menggunakan metode FMEA maka dapat diperoleh dan dipilih 3 faktor penyebab cacat yang memiliki nilai RPN terbesar dari setiap cacat dominan, sehingga dapat

Perbedaan antara penelitian kedua dengan penelitian yang akan dilakukan adalah pada penelitian kedua lebih di fokuskan pada tindakan monopoli yang mengganggu

Prota disusun oleh guru kelas dengan menjabarkan alokasi waktu untuk merancang dan memanajemen waktu berdasarkan kalender pendidikan yang telah disesuaikan oleh sekolah sehingga