• Tidak ada hasil yang ditemukan

azaizham

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "azaizham"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Bab I

1.0 Pengenalan

Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai latar belakang kajian. Seterusnya pengkaji akan memberikan permasalahan dalam kajian yang akan dilakukan. Pengkaji juga menyatakan objektif kajian ini dilakukan, persoalan kajian, skop atau batasan kajian serta kepentingan kajian.

1.1 Latar Belakang Kajian

Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf, di petik daripada riwayat-riwayat mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah.

Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu dari sudut pendidikan, akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Ini berdasarkan dalil Al-Quran surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah:

اريدن نيملاعلا نوكيل هدبع ىلع ناقرفلا لرن يدلا كربت

Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.

Selain itu juga keunikan al-Quran juga dari sudut ilmu qiraatnya yang memerlukan seseorang menguasai beberapa ilmu untuk memantapkan penguasaan bacaan al-Quran

(2)

mengikut ayat yang diturunkan oleh Allah S.W.T. Contohnya beberapa ilmu qiraat al-Quran iaitu ilmu tajwid, Qiraat Sab’ie, tarannum dan lain-lain lagi.

Untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dalam pendidikkan negara kerajaan telah menggubal falsafah pendidikan negara. FPN menyatakan pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis ari segi intelek, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

1.2 Kenyataan Masalah

Pada masa kini ini masyarakat sering membicarakan mengenai isu kelemahan pelajar-pelajar sekolah menguasai bacaan al-Quran. Kelemahan ini sekaligus menyebabkan ilmu al-Quran semakin terpinggir dalam arus masyarakat yang moden ini. Pelajar-pelajar daripada sekolah harian biasa atau sekolah menengah bukan aliran agama mempunyai masalah dalam penguasaan tulisan jawi dan membaca al-Quran berbanding dengan sekolah menengah aliran agama.

Masalah ini boleh dikategorikan kepada beberapa masalah iaitu masalah pelajar yang tidak langsung boleh membaca al-Quran, boleh membaca al-Quran tanpa tajwid dan tidak boleh membaca al-Quran secara bertarannum. Namun ada sesetangah pelajar tingkatan satu yang boleh membaca iqra’ pada tahap satu.

Masalah pelajar-pelajar tidak dapat menguasai asas al-Quran pada peringkat sekolah rendah lagi. Apabila pelajar-pelajar menyambung pelajaran peringkat menengah mereka tidak dapat mengikuti sukatan pelajaran yang telah ditetapkan pada peringkat sekolah menengah.

Pelajar-pelajar Islam juga dikenal pasti kurang berminat terhadap al-Quran kerana menumpukan kepada pelajaran yang lain sesuai dengan minat dan keperluan semasa. Sekiranya mata pelajaran al-Quran di jadikan pelajaran wajib untuk memasuki sesebuah universiti pasti para pelajar akan lebih memberi perhatian kepada ilmu al-Quran.

(3)

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dilakukan untuk melihat pencapaian pelajar di dalam Kelas Kemahiran Al-Quran serta tahap penguasaan pelajar dalam bacaan al-Quran:

1. Mengetahui kelemahan pelajar dalam menguasai matapelajaran kemahiran al-Quran. 2. Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar kelas kemahiran

al-Quran.

3. Mengetahiu kaedah penyampaian pengajaran guru.

4. Menilai tahap penguasaan di kalangan pelajar mempunyai latar belakang pendidikan aliran agama dengan kelas aliran biasa

1.4 Persoalan Kajian

1. Apakah tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di kalangan pelajar di SMK dan SMKA.

2. Sejauhmanakah perbezaan tahap penguasaan matapelajaran kemahiran al-Quran di antara pelajar yang mempunyai latar belakang pendidikan kelas aliran agama dengan kelas aliran bukan agama.

3. Apakah yang mempengaruhi tahap penguasaan matapelajaran kelas kemahiran al-Quran.

1.5 Skop Dan Batasan Kajian

(4)

1) Kajian ini hanya dijalankan di sekolah menengah di Daerah Sabak Bernam, Selangor. 2) Pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar-pelajar Kelas Kemahiran al-Quran

tingkatan 2

3) Kajian ini hanya terbatas kepada item-item yang di senaraikan didalam soal selidik

1.6 Kepentingan Kajian

Al- Quran merupakan kalam Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara mutawatir melalui perantaran malaikat Jibril dan membacanya merupakan suatu ibadah. Setiap orang Islam wajib membaca serta mempelajari al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan bacaan dalam solat. Jika seseorang itu tidak mempalajari al-Quran, maka dia tidak akan dapat solat dengan sempurna. Kepentingan kajian tetang pencapaian pelajar Kelas Kemahiran al-Quran adalah untuk:

1. Meningkatkan pencapaian pelajar dalam menguasai ilmu al-Quran, menghayati dan mengamalkan bacaan al-Quran dengan fasih dan bertajwid serta mampu untuk mengajarkan kepada orang lain.

2. Guru perlu mengenal pasti kaedah yang sesuai untuk meningkatkan penguasaan pelajar dalam ilmu al-Quran.

(5)

Bab II

Sorotan Kajian-kajian Lalu (Literature Review) 2.0 Pengenalan

Dalam bab ini akan menceritakan tentang minat dan sikap pelajar tehadap al-Quran, Kelas Kemahiran al-Quran, kaedah pengajaran dan pembelajaran al-Quran dan kajian-kajian lepas.

2.1 Minat dan Sikap Pelajar Terhadap Tilawah al-Quran

Minat dan sikap pelajar merupakan faktor yang menentukan pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan sikap dalam pendidikan menurut Rammers & Gage (1943), sikap mempunyai peranan yang tersendiri dalam merealisasikan objektif pengajaran bagi semua mata pelajaran. Kajian yang dibuat oleh Juriah (1975) tentang masalah pencapaian murid-murid bukan Melayu dalam peperiksaan MCE 1974, mendapati sikap pelajar mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hamid Awang (1977) membuat kajian tentang kaedah belajar dan sikap pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Universiti Teknologi Malaysia mendapati sikap dan kaedah belajar mempunyai kaitan yang rapat dengan pencapaian mereka. Menurut beliau, pelajar yang sikapnya positif, mempunyai kaedah belajar yang baik, serta mempunyai hubungan yang baik dengan pensyarah dan sebaliknya.

Menurut Aminah Idris (1997) yang menjalankan kajian tentang minat pelajar terhadap program Tilawah al-Quran memberikan min antara 3.63 hingga 4.0. Berdasarkan keputusan ini menunjukkan pelajar berminat terhadap pelajaran Tilawah al-Quran, mengulangkaji

(6)

pelajaran, membaca Quran di waktu lapang dan menonton siaran berkaitan Tilawah al-Quran. Manakala hasil kajian tentang sikap memberikan min antara 1.33 hingga 2.99. Keputusan ini menunjukkan pelajar bersikap sederhana positif terhadap program tilawah al-Quran. Mereka didapati bosan untuk belajar al-Quran, sebilangan kecil ponteng kelas, hampir separuh tidak menyiapkan tugasan dan kebanyakkan daripada mereka kurang berbincang dengan rakan dan guru berkaitan dengan Tilawah al-Quran.

Daripada tinjauan kajian lepas, dapatlah dirumuskan bahawa pelajar yang mempunyai sikap positif terhadap pelajaran mereka didapati mempunyai tahap pencapaian yang lebih baik di dalam pembelajaran mereka berbanding dengan pelajar yang bersikap antagonis terhadap pembelajaran al-Quran. Begitu juga pelajar yang berminat dan bersikap positif pembelajaran Tilawah Quran mempunyai pencapaian yang baik dalam bidang Tilawah al-Quran.

2.2 Kelas Kemahiran al-Quran

Al-Quran merupakan kalam Allah yang di turunkan kepada Rasulullah S.A.W melalui perantaraan malaikat Jibril A.S. (ABIM 2003) mentakrif al-Quran menurut bahasa beerti bacaan manakala dari segi istilah ia membawa erti kalam Allah yang bermukjizat di turunkan kepada nabi Muhamad di tulis dalam beberapa mashaf, di petik daripada riwayat-riwayat mutawatir dan membacanya merupakan satu ibadah.

Isi kandungan al-Quran merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan manusia iaitu dari sudut pendidikan, akhlak, ekonomi, politik dan sosial. Ini berdasarkan dalil Al-Quran surah Al-Furqan ayat 1 firma Allah:

اريدن نيملاعلا نوكيل هدبع ىلع ناقرفلا لرن يدلا كربت

Maksudnya:Maha suci (tuhan) yang menurunkan Furqan (Quran) kepada hambaNya, supaya dia memberi peringatan kepada seluruh alam.

Peranan pendidikan Islam sangat besar dalam mendidik manusia supaya mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Islam adalah cara hidup yang merangkumi seluruh amalan kehidupan hidup di dunia yang akan dihisab di akhirat. Berdasarkan firman Allah

(7)

dalam surah Al-Zalzalah ayat 7 dan 8 yang bermaksud: “Sesiapa yang melakukan amalan kebaikan walau sebesar zarah maka dia kan dipertontonkan balasannya.”

Oleh yang demikian itulah Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Jabatan Pendidikan Islam (JAPIM) dan Moral telah mewujudkan Kelas Kemahiran al-Quran (KKQ). KKQ telah di laksanakan di sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986 sebagai sebahagian aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan jawatankuasa pelancarangan pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas ini di perluaskan ke kelas aliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatan pelajaran yang di tetapkan.

Kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran juga adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di SMKA dan KAA berdasarkan pekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87) kelas ini hendaklah dilaksanakan di sekolah tertentu. Untuk merealisasikan perjalanan kelas ini jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di bawah senarai perjawatanan tahun 2002. JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khas kepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan SMK yang mempunyai aliran KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang berkaitan.

Status murid yang dipilih untuk mengikuti kelas ini dari kalangan murid yang baik dan lancar membaca al-Quran. Pelajar-pelajar kelas ini akan mengikuti peperiksaan khas yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan) meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-sab,ie.

2.3 Objektif Kelas Kemahiran al-Quran

Setelah mempelajari Kemahiran al-Quran murid dapat:

1. Membaca dan menghafal surah-surah tertentu daripada al-Quran secara bertajwid dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

(8)

3. dan menghayati perkara-perkara yang berkaitan dengan al-Quran merangkumi aspek sejarah penulisan, pengumpulan, pembukuan, surah dan asbabun-nuzul.

4. Mengetahui dan membezakan wajah-wajah bacaan Qiraat Sabie. 2.4 Peperiksaan dan Penilaian

Bagi mata pelajaran Kelas Kemahiran al-Quran, ia mempunyai peperiksaan dan penilaian secara khusus. Penilaian dilakukan oleh guru Kelas Kemahiran al-Quran itu sendiri dan peperiksaan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara peperiksaan dan penilaian yang dilakukan kepada pelajar:

1. Setiap murid yang mengikuti kelas ini akan mengikuti Peperiksaan Khas yang dilaksanakan semasa tingkatan tiga dan juga tingkatan lima

2. Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (anika pilihan) meliputi aspek hafazan, tajwid, tarannum, ulum quran dan qiraat sabie. Semua soalan disediakan oleh Jawatankuasa Khas di Kementerian Pelajaran Malaysia.

3. Peperiksaan Lisan akan dilaksanakan oleh guru yang mengajar mengikut panduan yang telah ditentukan. Panduan dan format ujian akan dihantar kepada guru berkenaan. Markah yang telah siap akan dihantar kepada Kementerian untuk disatukan dengan markah peperiksaan objektif.

4. Peperiksaan objektif dilaksanakan serentak di seluruh negara. Skrip jawapan calon akan dihantar kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk diperiksa dan diberi markah.

5. Murid yang lulus dalam peperiksaan tersebut akan dianugerahkan sijil yang ditandatangani oleh timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (JAPIM) yang merupakan pengerusi Jawatankuasa Khas Kelas Khas Kemahiran Membaca dan Menghafaz Al-Quran.

2.5 Status Dan Peranan Guru Kelas Kemahiran Al-Quran

Guru Al-Quran adalah jawatan Over & Above diberi kepada sekolah menengah harian biasa yang mempunyai KAA dan juga SMKA. Di antara tugas dan tanggungjawab guru Al-quran ialah:

(9)

1. Melaksanakan Kelas Kemahiran al-Quran.

2. Mereka boleh (dengan budibicara) diminta mengajar mata pelajaran lain seperti Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekiranya masih terdapat kekosongan dalam jadual mereka.

3. Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek khas yang berkaitan dengan Al-Quran seperti Kelas Pemulihan dan sebagainya.

4. Membimbing murid-murid membaca AL-Quran.

5. Menanam minat murid dan warga sekolah kepada Al-Quran sehingga terbentuk masyarakat celik Al-Quran.

6. Bertanggungjawab membasmi buta Al-Quran di kalangan pelajar.

7. Menjadi tempat rujukan warga sekolah berkaitan dengan Al-Quran dan aspek kemahiran Al-Quran.

8. Mematuhi arahan pengetua sekolah dan menjalankan tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.

2.6 Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran

Ahmad Mohd Salleh (1997) mendefinisikan kaedah pengajaran sebagai segala kegiatan terarah yang dijalankan oleh guru dalam rangka menyampaikan pengajaran yang berkesan. Manakala Rashidi Azizzn dan Abd Razak Habib (1998) mendefinisikan kaedah mengajar bermakna tindakan-tindakan yang dilakukan oleh guru dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan dua definisi tersebut, kaedah pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk membantu murid-murid memperoleh maklumat, pengetahuan, ketrampilan, kebiasaan, sikap, minat dan nilai-nilai yang digunakan.

Menurut Aminah Idris (1997) hasil kajiannya mencadangkan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disarankan supaya lebih banyak menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Dalam pembelajaran berkumpulan, pelajar-pelajar turus (naqib) dilantik dan dikehendaki membantu guru untuk membimbing pelajar-pelajar dalam kumpulannya. Aktiviti pemulihan hendaklah diberikan kepada pelajar yang lemah. Guru-guru disarankan agar mengadakan aktiviti-aktiviti pengukuhan seperti menentukan ayat-ayat yang perlu dibaca pleh pelajar secara individu dan secara bantuan rakan sebaya atau ibu bapa pelajar.

(10)

Aminah Idris (1997) dalam kajiannya tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran mendapati guru kerap menggunakan kaedah menyoal, kaedah membaca beramai-ramai, kaedah perbincangan kumpulan dan menyelesaikan hukum tajwid. Kaedah-kaedah lain seperti talaqqi mushafahah, tasmic, tadarrus dan latih tubi amat jarang digunakan

kerana bilangan pelajar di dalam kelas terlalu besar iaitu antara 40-49 orang.

Jamaluddin Ridhwan (1997) menjelaskan kaedah pengajaran dan pembelajaran Tilawah al-Quran yang boleh digunakan oleh guru; pertama: Kaedah Talaqqi yang bermaksud guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar, kemudian pelajar mengikut contoh bacaan guru secara beramai-ramai, kumpulan atau individu. Guru meneliti bacaan pelajar sehingga bacaan pelajar fasih dan lancar. Kedua: Kaedah Mushafahah iaitu guru memberikan contoh bacaan kepada pelajar secara individu dan pelajar mengikut bacaan guru. Ketiga: Kaedah Tiqrar yang bermaksud bacaan berulang-ulang. Guru memperdengarkan bacaan dan pelajar mengikut bacaa guru secara individu, kumpulan atau kelas secara berulang-ulang. Keempat: Kaedah Halaqah / Tadarrus. Pelajar membaca secara berganti-ganti di dalam kumpulan. Seorang pelajar akan membaca dan akan disemak oleh rakan-rakan dalam kumpulan tersebut. Kelima: kaedah Tasmic iaitu pelajar mendengarkan bacaan

dihadapan guru dan guru menilai bacaan pelajar. Keenam: Kaedah Tatbiqi Tajwid. Kaedah ini merupakan latihan yang diberikan kepada pelajar dengan memberikan petikan ayat al-Quran dan pelajar dikehendaki menjelaskan hukum tajwid yang terkandung di dalam ayat tersebut.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada kajian-kajian yang telah dilakukan, dapatlah disimpulkan bahawa keberkesanan sesuatu kaedah pengajaran bergantung kepada banyak faktor, samada yang terdapat pada guru, pada pelajarmahupun pada fizikal bilik darjah. Pemilihan sesuatu kaedah atau gabungan beberapa kaedah pengajaran tertentu memerlukan guru membuat guru membuat beberapa pertimbangan penting. Setiap kaedah mempuyai kebaikan dan kelemahan yang tersendiri. Sesuatu kaedah yang sesuai bagi seseorang guru mungkin tidak sesuai dengan guru yang lain atau guru yang sama tetapi dalam situasi yang berlainan. Perkara penting yang perlu diberikan perhatian ialah sesuatu kaedah yang dipilih perlu mengambil kira peringkat kebolehan pelajar, objektif pengajaran yang dirancangndan alat bantu mengajar.

(11)

Bab III

Metodologi Kajian

3.0 Pengenalan

Bab ini menjelaskan kaedah kajian yang meliputi reka bentuk kajian, instrumen kajian, populasi dan sampel kajian, prosedur kajian dan tatacara analisa data kajian.

3.1 Reka bentuk kajian.

Kajian ini menggunakan kaedah tinjaun yang dijalankan dalam bentuk soal selidik dan ujian pencapaian sebagai alat mengumpul maklumat. Selain itu, kaedah penilaian juga dilakukan melalui markah peperiksaan yang diperolehi oleh setiap pelajar.

3.2 Populasi Dan Persampelan

Penyelidik melakukan penyelidikan tentang pencapaian pelajar dalam Kelas Kemahiran al-Quran di sekolah menengah di Selangor. Penyelidik telah memilih dua buah sekolah di daerah Sabak Bernam iaitu SMK Seri Bedena Sg. Besar dan SMKA Simpang Lima , Sg. Besar. Penyelidik memilih dua sekolah yang mempunyai aliran yang berbeza iaitu sekolah aliran agama dan bukan aliran agama.

Sasaran terdiri daripada pelajar tingkatan tiga di SMK dan SMKA tersebut. Kedua-dua sekolah tersebut terletak di luar bandar. Sampel dipilih secara rawak tanpa mengira kelas, latar belakang serta pencapaian akademik pelajar.

(12)

Para pelajar ini telah mengikuti kelas Kemahiran al-Quran sejak dari tingkatan satu lagi. Kini, mereka yang berada di tingkatan tiga akan menhadapi peperiksaan KKQ yang dijalankan khas untuk pelajar tingkatan 3 dan pelajar tingkatan 5.

3.3 Instrumen

Alat kajian yang dilakukan terdiri daripada satu set soal selidik untuk untuk pelajar , satu set ujian pembacaan petikan al-Quran secara bertajwid. Untuk satu set soal selidik adalah berkaitan latar belakang pelajar dan pengajaran dan pembelajaran kelas kemahiran al-Quran di sekolah. Manaka ujian pembacaan petikan ayat al-Quran dihadapan penyelidik.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data.

Penyelidik telah melakukan penyelidikan di dua buah sekolah yang berbeza. Penyelidik telah memilih pelajar tingkatan satu sebagai sample. Seterusnya penyelidik memberi penerangan kepada pelajar tujuan penyelidikan ini dan menerangkan cara menjawab soal selidik. Selepas itu, penyelidik menjalankan ujian bacaan terhadap sampel. Penyelidik melihat dan mendengar sendiri bacaan pelajar. Setiap pelajar yang di uji membaca mengambil masa selama 3 minit seorang.

Selain itu data dikumpul melalui markah peperiksaan tilawah al-Quran yang diberikan oleh guru Kelas Kemahiran al-Quran kepada setiap pelajar di sekolah yang terpilih dalam menjalankan kajian ini.

3.5 Kaedah Menganalisis Data

Penyelidikan ini adalah dijalankan mengikut kaedah kualitatif yang memberi tumpuan kepada pengumpulan data secara terperinci tentang penguasaan murid tahun satu dalam bacaan al-Quran secara bertajwid. Semua maklumat yang dikumpul adalah melalui soal selidik dan pemerhatian. Contohnya pemerhatian untuk mengetahui adakah pelajar membaca bacaan

(13)

ayat al-Quran terpilih dengan baik, penyelidik menggunakan skor 1 tidak memuaskan, 2 memuaskan, 3 sederhana, 4 baik dan 5 sangat baik.

Penyelidik telah menganalisis data yang dikumpul melalui komputer menggunakan sistem SSPS

Rujukan

Abd Halim El-Muhammady. 1990. Al-Quran Dan Pembelajarannya Di Malaysia. Jurnal Pendidikan Islam 3: 1 – 11

Ahmad Mohd Salleh. 1997. Pendidikan Islam : Falsafah, Pedagogi Dan Metodologi. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd.

Aminah Idris. 1997. Penilaian Program Tilawah al-Quran Sek. Men. Rendah. Tesis Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hamid Awang. 1997. Kebiasaan dan Sikap Pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam

Tahun Dua Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Pendidikan Universiti

Malaya, Kuala Lumpur.

Rammers, H.H. & Gage, N.L. 1943. Education Measurement and Evoluation New York: Herpe and Bros.

Referensi

Dokumen terkait

Tuliskan secara ringkas tentang prototipe yang dihasilkan dari riset ini dengan fokus menyangkut spesifikasi teknis seperti : bentuk, dimensi, fungsi, dsb. Jumlah

Tabel 6 berisikan tujuh intent yang didapat dari iceberg concept lattices dengan minimal support 64% dan merupakan sub faktor yang dinilai lebih penting

Acuity in calculating arc length in polar coordinate and parametric form Kuliah, latihan soalsoal serta memberikan soal tugas Waktu: 1.40 menit Presentation, exercises and

Permasalahan dalam penelitian ini adalah Bagaimana proses bisnis pengajuan kenaikan pangkat PNS pada Dinas Pertanian, Perkebunan dan Ketahanan Pangan Kabupaten Bone

Bagaimanakah hasil nilai trend linier untuk perubahan kenaikan muka laut di Laut Utara Jawa dengan pengamatan Satelit Altimetri Jason-2 selama tahun 2008-2012..

Dengan memahami materi dari buku modul online, peserta didik dapat mengidentifikasikan jenis peralatan dan bahan dalam merangkai bunga yang akan digunakan

faktor yang memengaruhi ekspor tekstil china Regresi Data Panel dengan metode Gravity Model Variabel PDB, nilai tukar rill, keanggotaan dalam perjanjian perdagangan dan

Seperti pada penelitian Karim dkk [5], antenna LPDA cetak yang dibuat memiliki rentang frekuensi yang luas yaitu pada rentang UHF (0,5 GHz – 3 GHz) dengan nilai