• Tidak ada hasil yang ditemukan

isu murtad

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "isu murtad"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

PENDAHULUAN

Dewasa ini ramai dikalangan kita hangat membincangkan tentang isu murtad sama ada di kedai-kedai kopi mahupun di dalam media cetak mahupun media elektronik. Isu ini sebenarnya telah lama dibincangkan antara kalangan ilmuwan Islam tempatan bahkan diperingkat global bagi membendung umat Islam daripada kembali ke ajaran agama asal mereka seperti Kristian, Hindu dan banyak lagi agama yang terdapat di negara ini. Gejala murtad dikalangan umat Islam negara ini begitu hebat diperdebatkan lebih-lebih lagi ada segelintir pihak yang sengaja mengapi-apikan isu ini di mana mereka mengatakan ianya adalah untuk memperjuangkan hak asasi manusia seperti mana yang diperjuangkan di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan England yang terbukti bukannya negara Islam ataupun mudahnya kafir. Murtad atau keluar dari agama Islam merupakan satu jenayah besar dalam Islam; Ia dianggap kufur yang paling jijik dan keji, malah lebih keji dari kufur biasa, kerana orang murtad dianggap menghina Islam, menghina Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Sebab itu, orang murtad mesti dijatuhkan hukuman bunuh setelah disuruh bertaubat beberpa kali sedangkan dia tetap tidak mahu bertaubat. Murtad jika menjadi satu fenomena ia akan mengancam masyarakat muslim. Jika masyarakat itu telah membentuk negara muslim, ia akan mengancam identiti Negara tersebut. Maka fenomena murtad sangat berbahaya serta boleh mencetuskan perubahan identiti atau maruah sesebuah negara muslim. Dalam masyarakat hari ini, kita menangkap dan mengambil tindakan kepada penyalahgunaan dadah. Walaupun mudarat langsung itu kelihatan berlaku kepada diri individu, namun jika ia menjadi arus, ia akan mengancam identiti dan keseimbangan sesebuah masyarakat. Maka tidak hairan apabila murtad menjadi gelombang yang mengancam kestabilan maka Abu Bakar mengambil tindakan memerangi mereka. Hakikat ini tidak wajar dipertikaikan oleh seorang muslim.

Mengapakah murtad ini boleh berlaku dikalangan umat Islam di negara ini? Bagaimana caranya untuk kita mengatasi ataupun membendung perkara ini daripada terus berlaku? Umat Islam di negara ini perlu memantapkan diri dari segi akidah dan tauhid kepada Allah bagi mempertahankan kesucian agama Islam itu sendiri. Terdapat pelbagai faktor dan langkah bagaimana untuk mengatasi perkara ini antaranya adalah

(2)

dengan memantap dan memajukan diri melalui pembacaan buku atau kitab-kitab agama dan sering bertanyakan perkara-perkara tentang akidah kepada orang yang lebih arif seperti ustaz-ustaz yang bertauliah atau pun badan-badan agama yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

PENGERTIAN MURTAD

MURTAD adalah ungkapan yang menakutkan. Tidak ada mukmin yang sebenar tidak berasa sensitif atau ketakutan apabila perkataan murtad dikaitkan dengannya. Bahkan mukmin yang sejati apabila mendengar perkataan murtad atau kufur akan menyebut dalam jiwanya, “aku pohon perlindungan dengan Allah dari itu semua.” Allah berfirman dalam surah al-Baqarah: 217: (maksudnya) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati dalam keadaan kafir, maka mereka itu rosaklah amalan (yang baik) mereka di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya (selama-lamanya).

Dari sudut bahasa “Riddah” atau murtad bermakna “ruju” beralih daripada berpegang kepada sesuatu kepada yang lain. Dalam istilah syarak ia bermakna beralih daripada berpegang kepada agama Islam kepada menganut agama lain. Dalam pengertian ini Allah menyebutkan dalam surah al Baqarah ayat 217 seperti berikut

يفِ مْهُلُامَعْأَ ت

ْ ط

َ بِحَ ك

َ ئِـلَوْأُفَ رٌفِاكَ وَهُوَ ت

ْ مُيَفَ هِنِيدِ نعَ مْكُنمِ دْدِتَرْيَ نمَوَ

نَودُلِاخَ اهَيفِ مْهُ رِانّلا ب

ُ احَص

ْ أَ ك

َ ئِـلَوْأُوَ ةِرَخِلاوَ ايَنْدّلا

(3)

Sesiapa dari kalangan kamu yang murtad dari agamanya kemudian dia mati dalam kaadaan kafir, maka orang berkenaan amal usahanya yang baik menjadi lupus ; baik di dunia mahu pun di akhirat. Mereka menjadi penduduk neraka yang kekal di dalamnya selama-lamanya.

Murtad berlaku apabila seorang lelaki atau wanita Islam yang meyakini sesuatu yang bercanggah dengan hakikat akidah agama Islam yang asas dan teras atau dengan menuturkan perkataan , perbuatan atau tindakan meninggalkan perkara-perkara yang di anggap kufur dalam neraca penilaian Islam. Dengan tindakan berkenaan maka para pelakunya dianggap terkeluar dari lingkungan agama Islam yang sangat lapang.

Dalam petikan akhbar ‘online’ HarakahDaily.net terbitan 30 Mei 2007 ada menjelaskan tentang beberapa sebab serta perbuatan yang boleh menyebabkan seseorang atau sesuatu kumpulan itu terkeluar daripada agama Islam. Antaranya adalah yang pertama mempersekutukan Allah sama ada melalui I'tikad, ucapan ataupun perbuatan seperti sujud kepada berhala atau berjalan ke gereja dengan gaya serupa macam orang Nasrani. Perbuatan ini secara terang-terangan menunjukkan bahawa seseorang itu tidak lagi beriman kepada Allah sebagai pencipta alam semesta dan ianya dianngap bukan lagi beragama Islam. Sebab kedua yang membolehkan seseorang itu menjadi murtad adalah mengingkari agama Islam atau satu rukun daripadanya, atau mengingkari satu hukum Islam yang dapat diketahui secara jelas dan sahih. Sebagaimana yang telah diketahui oleh umat Islam, agama Islam telah menggariskan 5 rukun yang perlu dipatuhi oleh setiap insan yang beragama Islam iaitu mengucap dua kalimah syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadan, zakat dan yang terakhir adalah menunaikan haji di Baitullah. 5 rukun Islam ini perlu dipatuhi bagi mengelakkan diri umat Islam itu terpesong daripada ajaran agama Islam yang sebenar. Seterusnya adalah orang yang meng'itikadkan bahawa tidak wajib berhukum dengan hukum yang diturunkan Allah.

Mengikut pandangan ulamak Islam murtad boleh diterjadi melalui salah satu dari tiga perkara berikut lalui perkataan, ucapan dan kata-kata, melalui perbuatan atau tingkah laku dan melalui iktiqad, kepercayaan dan keyakinan dalam hati atau niat.

(4)

a) Melalui Perkataan / Ucapan dan Kata-kata.

Murtad boleh berlaku dengan perkataan atau ucapan dan kata-kata. Apabila ucapan dan kata-kata tersebut menolak hukum-hukum Islam dan prinsip-prinsip ajaran Islam yang diketahui oleh semua orang atau kata-kata yang menghina apa-apa ajaran Islam, hukum hakam Islam, menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan nabi-nabi lain, menghina Allah S.W.T. dan sebagainya, atau seseorang itu mengingkari wajib mengeluarkan zakat, wajib puasa, wajib sembahyang lima waktu, wajib haji dan lain-lain, atau dia berkata minum arak tidak haram, berzina harus, apatah lagi kalau suka sama suka, riba' diharuskan (tidak haram), dikatakan al-Quran bukan kalam Allah atau kata-kata yang merendahkan dan menghina Sunnah Rasulullah, umpamanya apabila diterang kepadanya bahawa mengerat kuku adalah Sunnah Rasulullah S.A.W. Apabila dia mendengar kata-kata itu, dia menjawab, "aku tidak akan kerat kuku, walaupun ia Sunnah Rasulullah (dengan niat mahu menghina sunnah tersebut)". Atau dia berkata, "sekiranya Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. menyuruh aku kerjakan anu-anu, aku tidak akan melakukannya". Atau dia berkata,"Aku tidak tahu adakah nabi itu manusia atau jin". Atau pun dia berkata,"Aku tidak tahu apa itu iman". Semua kata-kata di atas adalah ucapan yang menghina / mengejek ajaran Islam, maka dengan kata-kata sedemikian seseorang itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga seseorang yang zalim,apabila dia mendengar orang yang dizaliminya berkata,"Ini, (kezaliman yang dilakukan ke atasnya) adalah ketetapan Allah dan takdir Tuhan", maka orang zalim tadi sebaik sahaja mendengar kata-kata di atas dia terus berkata dengan sombong,"Aku lakukan itu bukan dengan takdir Allah S.W.T. tetapi dengan kuasa yang ada padaku", maka kata-kata orang zalim sedemikian itu boleh menjadi murtad.

Begitu juga kalau seseorang Islam menghalalkan hukum yang haram oleh Allah dan RasulNya atau sebaliknya mengharamkan sesuatu yang halal yang telah disepakati oleh para ulamak tetang halal atau haramnya perkara itu seperti dia menghalalkan zina, menghalalkan liwat, menghalalkan minum arak, atau mengharamkan perkahwinan, mengharamkan jual beli dan seterusnya. Maka sikap sedemikian boleh menjadi murtad.

(5)

Dalam buku Mustika Hadis, ada menyebut beberapa contoh kata-kata yang boleh membatalkan iman seseorang atau yang boleh menjadi murtad iaitu:

Kata-kata (menghina atau merendahkan) mana-mana hukum Islam seperti : 1. Hukum apa ini?

2. Hukum ini sudah lapuk.

3. Zaman sekarang tidak sepatutnya diharamkan riba' kerana menghalang kemajuan.

4. Dalam zaman serba maju ini kaum wanita tak perlu dibungkus-bungkus (tutup aurat dengan memakai telekong).

5. Berzina kalau suka sama suka apalah haramnya?

6. Minum arak kalau dengan tujuan hendak menyihatkan badan untuk beribadat apa salahnya.

7. Berjudi kalau masing-masing sudah rela menerima untung ruginya apa salahnya. 8. Kalau hendak sangat menurut hukum-hukum Islam, sampai kiamat kita tidak

maju.

9. Seseorang berkata,"Perbuatan yang demikian tidak beradab", apabila diceritakan bahawa Nabi Muhammad SAW selepas makan baginda menjilat sisa makanan dijarinya (sebelum dibasuh tangan).

10.Seseorang berkata,"Aku tidak mahu memotong kuku sekalipun sunnah", apabila diberitahu bahawa memotong kuku adalah sunnah.

11.Membaca ayat-ayat suci al-Quran, hadith nabi dan nama-nama Allah dengan cara mempersenda dan mempermain-mainkannya.

Ungkapan yang disebut di atas adalah beberapa contoh kata-kata yang boleh menjadi murtad.

a) Melalui Perbuatan atau Tingkah Laku.

Apabila seseorang Islam melakukan apa-apa perbuatan atau apa-apa tingkah laku yang boleh membatalkan imannya maka orang itu boleh menjadi murtad seperti sujud kepada berhala, matahari, bulan, manusia, kepada malaikat atau kepada mana-mana makhluk lain atau melakukan ibadat terhadap selain daripada Allah S.W.T. Seperti menyembah batu, pokok kayu dan lain-lain. Begitu juga mana-mana perbuatan yang

(6)

menghina, merendah dan mempersendakan Islam seperti mencampakkan al-Quran ke tempat-tempat kotor secara sengaja atau kitab-kitab hadith dan tafsir atau memijak-mijaknya dengan niat menghina. Dalam buku Mustika Hadith ada menyebut perbuatan yang boleh menjadi murtad seperti meletakkan ayat-ayat suci al-Quran, hadith-hadith nabi, nama-nama Allah, rasul-rasulNya, malaikat dan ilmu-ilmu agama di tempat najis atau kotor dengan tujuan menghina dan merendahkannya. Begitu juga seseorang yang meninggalkan sembahyang Fardhu atau puasa Ramadhan dalam keadaan mengingkari wajibnya atau mengatakan ia tidak wajib, maka dia boleh menjadi murtad kerana dia mengingkari satu perkara yang memang diketahui oleh orang ramai bahawa perkara itu adalah wajib ke atas setiap orang Islam. Tetapi kalau dia meninggalkan kerana malas, sedangkan dia yakin sembahyang atau puasa itu wajib, maka ia tidak menjadi murtad. Apa yang disebut adalah sebahagian dari contoh-contoh yang boleh memurtadkan seseorang Islam melalui perbuatan dan tingkah laku.

b) Melalui Akidah atau Kepercayaan atau Niat.

Murtad melalui akidah, kepercayaan atau niat akan berlaku apabila seseorang Islam mengingkari dalam hatinya mengenai kebenaran ajaran Islam seperti dia yakin ajaran Islam sama sahaja dengan ajaran agama lain, atau yakin bahawa agama lain lebih baik dari agama Islam, dia yakin hukum hudud (jinayah Islam) tidak layak dilaksanakan sekarang dalam masyarakat moden. Begitu juga apabila seseorang Islam yakin Allah tidak berkuasa, Allah tidak mencipta alam ini, Allah lemah, mempunyai sifat sama seperti makhluk dan lain-lain lagi. Demikian juga jika seseorang itu percaya bahawa Nabi Muhammad SAW bukan nabi akhir zaman, syariat dan ajaran Islam yang dibawa bukan untuk seluruh manusia, atau dia percaya hukum Islam yang dibawa oleh baginda adalah hukum-hukum lapok, tidak sesuai dengan keadaan zaman. Dia menghina apa-apa ajaran yang dibawanya, dia beriktikad tidak ada dosa dan pahala, tidak ada syurga dan neraka, manusia tidak dibangkit semula sesudah mati, beriktiqad agama orang kafir lebih baik dari agama Islam, atau berbalik-balik hati antara mahu manjadi kafir pada masa akan datang dan lain-lain lagi keyakinan dan iktikad yang salah.

(7)

Para Ulamak bersepakat meletakkan dua syarat bagi mengesahkan seseorang Islam dikira murtad;

1. Berakal, orang yang yang melakukan perkara-perkara yang boleh menjadikan murtad sama ada berbentuk kepercayaan, perkataan perbuatan ataupun meninggalkan sesuatu perbuatan perlu mempunyai akal yang waras dan boleh berfikir dengan baik untuk digelar murtad dan dijatuhkan ke atasnya hukuman murtad. Kanak-kanak, orang gila, dan orang yang pengsan tidak dikira murtad walaupun telah melakukan perkara-perkara yang menyebabkan murtad.

2. Pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih beriman. Ianya berdasarkan kepada firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 106

Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar.

SEBAB BERLAKUNYA MURTAD DAN CARA MENGATASINYA

Beberapa tahun kebelakangan ini, didapati kes-kes murtad di kalangan orang Melayu semakin bertambah. Fenomena ini tidak harus dibiarkan berterusan kerana ia

(8)

merupakan isu penting agama Islam dan orang Melayu sendiri. Menukar agama merupakan perkara yang dilarang keras oleh agama Islam dan bagi orang-orang Melayu ia merupakan perkara yang amat mengaibkan. Sekiranya tidak ditangani segera kita percaya ia akan berubah menjadi suatu gejala yang akan menggugat wibawa Islam sebagai agama persekutuan di samping melemahkan sendi kekuatan umat Melayu. Realiti baru yang perlu dihadapi masyarakat Malaysia khususnya dalam era globalisasi adalah kesan daripada fahaman-fahaman anti-agama seperti sekularisme, individualisme, hedonisme, materialisme, yang disogok dan dipaksakan kepada umat. Nilai-nilai negatif yang sebahagiannya disebar melalui media cetak dan elektronik mulai membudaya dalam masyarakat. Ini menyebabkan persepsi terhadap agama berubah. Nilai-nilai agama semakin tidak dihargai. Agama tidak dilihat sebagai tuntutan utama kehidupan, sebaliknya ia sekadar keperluan budaya yang bukan fundamental. Pandangan seperti ini mulai dianut khususnya oleh generasi muda. Antara lain mereka yang meninggalkan Islam adalah disebabkan oleh faktor perkahwinan. Jika kita teliti, ramai yang ingin meninggalkan Islam terdiri daripada mereka yang dahulunya beragama lain. Apabila berlaku perceraian, mereka hilang tempat bergantung. Masyarakat Islam pula ramai yang kurang prihatin terhadap saudara baru. Lalu mereka tiada pilihan, terpaksa kembali kepada keluarga asal atau masyarakat yang lebih memahami mereka. Selain itu kelemahan iman seseorang muslim itu juga turut menjadi faktor mengapa ramai dikalangan orang Islam di Malaysia keluar daripada agama Islam. Pemahaman dan bimbingan yang sempurna tentang akidah adalah intipati utama bagi memastikan seseorang muslim itu berpegang teguh serta taat kepada perintah ajaran agama Islam terutamanya bagi mereka yang baru memeluk agama Islam agar mereka dapat mendalami Islam dengan secukupnya dan tidak merasa terpinggir. Di samping itu kurangnya tenaga pengajar yang bertauliah juga menjadi salah satu faktor terjadinya murtad kerana bimbingan daripada mereka yang bertauliah daripada bidang agama cukup penting bagi mengelakkan terjadinya kekeliruan serta kekusutan yang boleh membawa kepada masalah yang lebih rumit. Selaras dengan apa yang disarankan oleh ajaran Islam yang menuntut kita sebagai muslim untuk menuntut ilmu bagi memenuhi tuntutan dunia dan akhirat. Selari dengan perkembangan teknologi dan era globalisasi, ramai di antara kita dapat mengakses maklumat dengan mudah melalui internet. Oleh itu kita sebagai umat Islam mestilah pandai serta bijak dalam mencari

(9)

maklumat berkaitan dengan Islam. Ketika inilah peranan guru agama yang bertauliah untuk menerangkan kekusutan yang kadangkala tidak dapat diperoleh melalui pembacaan sahaja.

Masalah lain yang mendorong kepada terjadinya murtad adalah paksaan daripada keluarga asal mereka sendiri untuk keluar daripada ajaran Islam dan kembali kepada agama asal. Konflik ini sering berlaku dikalangan saudara baru atau mereka yang baru menganut agama Islam di mana mereka kadang kala keliru dalam membuat keputusan sama ada memilih keluarga ataupun memilih agama Islam. Jadi, pelagai pihak khususnya Jabatan Agama Islam perlu membimbing dan menasihati mereka agar mereka tidak kembali ke ajaran agama asal.

Justeru itu, isu murtad perlu ditangani secara tegas tetapi penuh hikmah oleh semua pihak. Ketegasan amat perlu apatah lagi sekiranya ada pihak yang cuba mengambil kesempatan menguji tafsiran Perlembagaan Negara sebagai strategi perundangan untuk mempengaruhi orang Islam bertukar agama. Ketegasan juga amat perlu terhadap mana-mana pihak yang cenderung untuk memainkan emosi keagamaan dan menggunakan kekerasan yang boleh membawa kepada pertumpahan darah atas alasan membela atau mempertahankan penganut agama masing-masing.

Ketegasan dan sikap yang sungguh-sungguh juga diperlukan dari Pihak-Pihak berkuasa Islam, seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan-Jabatan Agama Islam Negeri bagi menangani gejala murtad yang kelihatan meningkat, secara bijaksana dan berkesan. Ia harus dilihat sebagai isu serius yang tidak boleh dipandang sepi. Selain dari melihat perundangan sebagai suatu langkah pengawalan, perhatian utama perlu diberikan kepada Gerakan Tarbiah Umat secara besar-besaran bagi mengukuh kesedaran dan kefahaman agama. Tumpuan utama haruslah diberikan terhadap generasi muda terutama golongan remaja. Usaha-usaha yang sedang dijalankan sekarang seperti kelas-kelas takmir, harus dinilai kembali bagi memastikan keberkesanannya. Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan digesa untuk menilai secara berterusan pendidikan Islam yang dilaksanakan sekarang di sekolah-sekolah bagi memastikan keberkesanannya dalam menimbulkan kefahaman dan kesedaran mendalam terhadap keunggulan Islam serta mendorong ke arah penghayatan.

(10)

Memandangkan undang-undang berkenaan agama Islam di negeri-negeri masih belum dapat diselaraskan sehingga kini dan gejala murtad semakin bertambah maka sudah tiba masanya untuk pihak yang berkenaan menyegerakan langkah-langkah ke arah penyelarasan dan penyeragaman undang-undang di seluruh negara agar tidak ada mana-mana pihak dapat mengambil kesempatan di atas kelemahan yang ada ini. Begitu juga di dalam isu murtad hanya ada beberapa negeri yang telah menggubal undang-undang mengenainya dan masih ada lagi negeri-negeri yang tidak ada peruntukan undang-undang untuk mengendalikan kes seumpama ini. Malah peruntukan undang-undang di beberapa buah negeri itu pun masih ada kelemahan di sana sini yang perlu diperbaiki segera. Justeru itu ABIM menyeru agar kelemahan-kelemahan yang ketara dapat diatasi segera dengan menggubal undang-undang atau memperkemaskinikan mana-mana enakmen yang sedia ada.

Selain daripada pendekatan undang-undang, peranan pertubuhan agama-agama lain adalah penting untuk mengurangkan ketegangan yang mungkin berlaku ekoran isu-isu yang melibatkan pelbagai agama. Majlis Antara Agama yang telah wujud perlu diberi nafas baru dan status yang lebih baik. Untuk itu alangkah baik sekiranya Majlis ini dapat diawasi oleh Jabatan Perdana Menteri dengan keanggotaan terdiri dari tokoh-tokoh yang mempunyai autoriti mewakili semua agama utama di negara ini di samping kempen besar-besaran mengajak umat agak menghayati nilai Islam dalam segenap bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan ajaran agama dari mana-mana bidang kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar diusahakan oleh seluruh institusi Islam, NGO muslim dan orang ramai.

Antara langkah-langkah lain yang boleh diguna pakai bagi mengatasi gejala ini daripada menular dikalangan umat Islam di Malaysia adalah, kerajaan dan pihak berkuasa agama perlu menggubal dan meluluskan undang-undang mengekang murtad yang saksama sebagai langkah-langkah pencegahan dan penggerunan deterrent demi menghalang merebaknya gejala murtad di kalangan orang-orang Islam.

Selain itu, kita juga boleh ,mengadakan kempen besar-besaran mengajak umat agak menghayati nilai Islam dalam segenap bidang hidup, dan tidak memisah-misahkan ajaran agama dari mana-mana bidang kehidupan adalah suatu kemestian yang wajar diusahakan oleh seluruh institusi Islam, NGO muslim dan orang ramai.

(11)

Di samping itu juga, seluruh jentera media massa haruslah tunduk kepada polisi penyiaran yang memantapkan pegangan keimanan rakyat terhadap agama Islam tulen khasnya dan tidak menjurus ke arah melemah, melonggar dan menyebarkan pemikiran Islam Liberal, progresif, pluralis, inklusif yang menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya dalam masyarakat.

Pendidikan Islam di Malaysia mestilah bebas dari campur tangan musuh Islam untuk merobek dan mengubahpinda ajaran Islam yang telah disempurnakan oleh ulama Islam leluhur. Kerajaan dan parti yang menguasai kerajaan pula perlu menerima Islam dalam versi politiknya dengan menerima pakai ajaran Islam yang syumul seperti yang dibawa oleh Muhammad. S.A.W.

Oleh kerana usaha memurtadkan umat ini merupakan perencanaan musuh global dari kalangan Zionist , Imprealist dan sekularis serta puak liberal yang tertipu dengan dakwaan dan ajakan memerangi terrorism maka tindakan membendung murtad mestilah dengan menimbulkan kesedaran yang mendalam di kalangan umat tentang perlunya mereka menjaga dan melindungi akidah pegangan agama mereka dengan bersungguh-sungguh.

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kita mendapati bahawa antara punca berlakunya murtad dikalangn umat Islam di negara ini adalah disebabkan oleh Institusi Islam ataupun sikap orang itu sendiri yang tidak berpegang kepada ajaran Islam sebenar sebagaimana yang telah disyariatkan. Pelbagai pihak terutamanya kerajaan haruslah bertanggungjawab memastikan bahawa ajaran Islam di negara ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa ragu-ragu dengan mendapat sokongan daripada kerajaan negeri serta umat Islam yang majoritinya mendiami bumi Malaysia. Golongan kafir melihat kelemahan ini

(12)

sebagai satu peluang bagi mereka untuk melemahkan agama Islam di seluruh dunia selaras dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 120

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

Oleh itu marilah kita bersatu padu menegakkan agama Allah yang maha suci ini dan meningkatkan kefahaman umat Islam serta bukan Islam tentang keindahan Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad S.A.W. agar tidak timbul lagi rasa syak wasangka tentang agama Islam yang syumul ini.

BIBLIOGRAFI

Harun Haji Salleh. (1992). Murtad. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Arieff Salleh Rosman. (2001). Murtad Menurut Pandangan Islam : Skudai : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

(13)

Ahmad Azam Abdul Rahman. (2000). GEJALA MURTAD- TINDAKAN TEGAS DAN MENYELURUH. Diperoleh pada Oktober 09, 2009, daripada World Wide Web: http://www.abim.org.my

Mohd. AsriI Zainul Abidin. (2007, Jun 03). Murtad: Antara emosi dan reality. Mingguan Malaysia. Diperoleh pada Oktober 09, 2009, daripada World Wide Web: http://www.utusan.com.my

Zaharuddin Bin Ab. Rahman. (2006, September 26). Diskusi Hukuman Murtad. Diperoleh pada Oktober 10, 2009, daripada World Wide Web:

Referensi

Dokumen terkait

PENERAPAN STRATEGI PQ4R (PREVIEW, QUESTION, READ, REFLECT, RECITE, REVIEW) UNTUK MENINGKATKAN KEMAMPUAN MEMBACA PEMAHAMAN SISWA KELAS 1V SEKOLAH DASAR Universitas

Dari banyaknya benda-benda di sekitar kita telah memberikan rasa senang itu, kita coba mengambilnya dan meletakkannya di tempat yang cukup cahayanya. Misalnya botol yang tergeletak

[r]

Dari hasil percobaan dapat terlihat bahwa ion-ion logam transisi yang dalam praktikum ini diwakili oleh logam Zn dan Ni cukup reaktif untuk bereaksi dengan berbagai

Rangkaian serangan bom di beberapa negara di kawasan dalam kurun waktu empat tahun terakhir hingga meletusnya pertempuran di kota Marawi, wilayah bagian selatan

School, it aims not to identify the components of securitization, instead it will argue that the e-waste issue will benefit from undergoing the process of

Pertanyaan merupakan salah satu bagian yang tidak dapat dilepaskan dari mekanisme pengawasan yang dijalankan oleh lembaga legislatif, di dalam setiap negara yang

Dimana saat ini ‘Kue Kekinian’ yang dimiliki Laudya Cynthia Bella dengan brand Bandung Makuta sebuah produk kue yang pertama kali diperkenalkan melalui media online