• Tidak ada hasil yang ditemukan

KONSTRUK, ITEM, DAN KRITERIA DALAM PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN AFEKTIF PEMBELAJARAN SEJARAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KONSTRUK, ITEM, DAN KRITERIA DALAM PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN AFEKTIF PEMBELAJARAN SEJARAH"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

702

KONSTRUK, ITEM, DAN KRITERIA DALAM PEMBINAAN INSTRUMEN PENILAIAN AFEKTIF PEMBELAJARAN SEJARAH

Hamzah Bin Zainuddin Dr Mohd Mahzan Bin Awang

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Abstrak

Terdapat empat kriteria afektif yang penting dalam pembelajaran Sejarah iaitu minat, sikap, konsep diri, dan nilai. Penilaian afektif dalam Sejarah bertujuan untuk memperolehi maklumat tentang minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Ia bertujuan untuk meningkatkan minat pelajar untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah. Dapatan ini agar dapat mengukur sikap dan cara yang sesuai untuk menentukan strategi pembelajaran yang tepat untuk pelajar. Seterusnya, adalah untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri pelajar sendiri, Kajian ini adalah penting digunakan untuk menentukan pendekatan yang sesuai dilalui oleh pelajar untuk menentukan tahap pencapaian dan untuk memupuk patriotisme serta sahsiah pelajar. Pengukuran afektif dapat dilakukan dengan pengskoran dan pengamatan. Terdapat sepuluh langkah yang harus diikuti dalam pengembangan instrumen afektif iaitu menentukan spesifikasi instrumen, menulis instrumen, menentukan skala pengukuran, menentukan sistem pengskoran, meneliti instrumen, melakukan kesahan muka, menganalisis instrumen, menyusun instrumen, melaksanakan pengukuran, dan menafsirkan hasil pengukuran.

Kata kunci: penilaian, afektif, patriotisme, sahsiah

1.0 Pengenalan

Tujuan pembelajaran meliputi tiga domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor. Aspek kognitif dan psikomotor sudah dilaksanakan oleh para pendidik, manakala aspek afektif belum diberi perhatian sewajarnya seperti kedua aspek tersebut. Masalah penilaian afektif merupakan hal yang penting, namun implementasinya masih kurang kerana merancang pencapaian tujuan pembelajaran afektif tidak semudah seperti pembelajaran kognitif. Domain afektif harus nampak dalam proses dan hasil belajar yang dicapai oleh pelajar kerana hasil pembelajaranya perlu dinilai. Menurut Popham 1995 dalam Djemari Mardapi (2004) domain afektif menentukan keberhasilan seseorang. Orang yang tidak memiliki kemampuan afektif yang baik, sukar mencapai kecemerlangan

(2)

703

dalam pelajaran. Hasil belajar kognitif dan psikomotor akan lebih berkesan jika sekiranya pelajar mempunyai kemampuan afektif yang tinggi.

Oleh kerana itu pendidikan harus disampaikan dengan memberikan perhatian yang lebih baik berkaitan dengan domain afektif ini. Pencapaian kemampuan kognitif dan psikomotor dalam pembelajaran Sejarah tidak akan memberi manfaat bagi masyarakat, apabila tidak diikuti dengan kemampuan afektif. Kemampuan patriotisme pelajar dapat membentuk sahsiah pelajar yang akan digunakan untuk membantu orang lain. Selain itu pengembangan domain afektif di sekolah akan membawa pengaruh yang sangat positif dalam kehidupan pelajar dan diamalkan di rumah maupun di lingkungan luar. Melalui tulisan ini akan dibincangkan konsep afektif, kriteria afektif, penilaian afektif dan pengembangan instrumen penilaian afektif.

1.2 Konsep Afektif

Afektif berkaitan dengan emosi seperti perasaan, nilai, apresiasi, motivasi dan sikap. Menurut taksonomi Krathwohl (1961) terdapat lima kategori utama afektif dari yang paling mudah hingga kompleks iaitu penerimaan, tanggapan, penghargaan, mengorganisasi, dan mengcirikan berdasarkan nilai-nilai atau internalisasi nilai.

Receiving (penerimaan) adalah kesediaan untuk menyedari adanya suatu fenomena di persekitarannya. Contohnya memberi perhatian terhadap orang lain dengan saksama. Dalam pengajaran bentuknya berupa mendapatkan perhatian, mempertahankannya, dan mengarahkannya. Tugas pendidik adalah mengarahkan perhatian pelajar empati terhadap fenomena yang menjadi objek pembelajaran afektif.

Responding (tanggapan) adalah memberikan reaksi terhadap fenomena yang ada di ruang lingkupnya. Pada peringkat ini pelajar tidak sahaja memperhatikan fenomena khusus tetapi ia juga memberi tindak balas. Hasil pembelajaran pada peringkat ini adalah menekankan kepada pemerolehan respon, berkeinginan memberi respon, atau kepuasan dalam memberi respon. Contohnya mengambil bahagian di kelas, bertanya tentang konsep pemikiran sejarah, teori dan sebagainya agar memperoleh pemahaman, dan menerapkannya. Tugas

(3)

704

pendidik dalam hal ini adalah berupaya agar pelajar minat dalam mempelajari mata pelajaran Sejarah.

Valuing (penghargaan) berkaitan dengan harga atau nilai yang diterapkan pada suatu objek, fenomena, atau tingkah laku. Contohnya peka terhadap perbezaan individu dan budaya, menunjukkan kemampuan menyelesaikankan masalah, mempunyai komitmen. Penilaian berasaskan pada internalisasi dari serangkaian nilai tertentu yang diekspresikan ke dalam tingkah laku. Dalam tujuan pembelajaran penilaian ini diklasifikasikan sebagai sikap.

Organization (pengorganisasian) berkaitan dengan menggabungkan nilai-nilai yang berbeza, menyelesaikan konflik, dan membentuk suatu sistem nilai-nilai yang konsisten. Contohnya mengakui adanya keperluan keseimbangan antara kebebasan dan tanggungjawab, menyelaraskan antara keperluan organisasi, keluarga dan diri sendiri.

Characterization by a Value or Value Complex (mengcirikan berdasarkan nilai-nilai) berhubungan dengan memiliki sistem nilai yang mengendalikan tingkah-lakunya sehingga menjadi pegangan untuk gaya hidupnya. Contohnya menunjukkan kesungguhannya semasa bekerja sendiri, kooperatif dalam kegiatan kelompok, objektif dalam menyelesaikan masalah, menghargai orang berdasarkan keperluan. Menurut Sukardi (2008) dalam konteks penilaian pembelajaran penggunaan indikator pada setiap tahap domain afektif, juga dapat digunakan sebagai acuan dalam membuat item-item ujian sesuai dengan tahap pengetahuan pelajar.

Hasil Pembelajaran

John P. Miller (2002), seorang ahli pendidikan dari Ontario Institute for Studies in Northwestern Center, menawarkan sejumlah model pembelajaran yang mampu memupuk daya kreatif pelajar sehingga dapat memupuk nilai pribadi yang cerdas sekaligus memiliki keluhuran budi. Ia menyampaikan gagasan tersebut dalam sebuah buku berjudul ―Humanizing The Class Room; Models of Teaching in Affective Education.‖ Dalam buku tersebut, Miller memperkenalkan 17 model pembelajaran yang dapat dipilih oleh para pendidik dalam penerapan di kelas sesuai dengan kesesuaian pelajar dalam lingkungan persekitarannya.

(4)

705

Zaenal Arifin. (2009) menjelaskan ada dua hal yang berhubungan dengan penilaian afektif yang harus dinilai. Pertama, kompetensi afektif yang ingin dicapai dalam pembelajaran meliputi tingkatan pemberian respons, apresiasi, penilaian dan internalisasi. Kedua, sikap dan minat pelajar terhadap mata pelajaran dan proses pembelajaran. Dalam proses pembelajaran terdapat empat ciri – ciri afektif yang penting iaitu sikap, minat, konsep diri dan nilai.

Menurut Nana Sudjana (2008) hasil penilaian afektif dapat dilihat melalui hasil belajar nilai psikomotor jika pelajar menunjukkan perilaku atau perbuatan tertentu sesuai dengan makna yang terkandung dalam nilai afektif sehingga akan nampak seperti berikut:

Hasil belajar afektif Hasil belajar psikomotor

Kemahuan untuk menerima pelajaran dari guru

Segera memasuki kelas pada waktu guru datang dan duduk di barisan hadapan dengan mempersiapkan keperluan belajar

Perhatian pelajar terhadap apa yang dijelaskan guru

Mencatat bahan pelajaran dengan baik dan sistematik

Penghargaan pelajar terhadap Guru Sopan, ramah dan hormat kepada guru pada saat guru menyampaikan isi pelajaran

Hasrat untuk bertanya kepada Guru Mengangkat tangan dan bertanya kepada guru mengenai bahan pelajaran yang belum jelas Kemahuan untuk mempelajari

bahan pelajaran lebih lanjut

Keperpustakaan untuk belajar lebih lanjut atau meminta maklumat daripada guru tentang buku yang harus dipelajari atau segera membentuk kumpulan untuk berbincang. Kemahuan untuk menerapkan hasil

pelajaran

Melakukan latihan diri dalam menyelesaikan masalah berdasarkan konsep bahan yang telah diperolehnya atau mempraktikkan dalam kehidupannya.

Senang terhadap guru dan mata pelajaran yang diajarkan

Akrab, bergaul dan berkomunikasi dengan guru dan bertanya atau meminta saranan bagaimana menguasai mata pelajaran yang diajar.

(5)

706 Penilaian Afektif

Prespektif kajian ini adalah khusus untuk melihat ciri penilaian afektif dan pembinaan instrumen yang boleh dijalankan untuk menilai penilaian afektif pelajar. Terdapat lima ciri penilaian afektif yang penting, iaitu sikap, minat, konsep diri, nilai, dan moral.

1. Sikap

Sikap merupakan suatu kencendrungan untuk bertindak secara suka atau tidak suka terhadap suatu objek. Sikap dapat dibentuk melalui cara mengamati dan meniru sesuatu yang positif, kemudian melalui penguatan serta menerima informasi verbal. Perubahan sikap dapat diamati dalam proses pembelajaran, tujuan yang ingin dicapai, keteguhan dan konsisten terhadap sesuatu. Penilaian sikap adalah penilaian yang dilakukan untuk mengetahui sikap pelajar terhadap mata pelajaran, suasana pembelajaran, guru, dan sebagainya. Menurut Fishbein dan Ajzen (1975) sikap adalah suatu keadaan untuk merespon secara positif atau negatif terhadap suatu objek, situasi, konsep, atau orang. Sikap pelajar terhadap objek misalnya sikap terhadap sekolah atau terhadap mata pelajaran. Sikap pelajar ini penting untuk ditingkatkan (Popham, 1999). Sikap pelajar terhadap mata pelajaran, misalnya mata pelajaran sejarah harus lebih positif setelah pelajar mengikuti pembelajaran sejarah berbanding sebelum mengikuti pembelajaran. Perubahan ini merupakan salah satu indikator keberhasilan pendidik dalam melaksanakan proses pembelajaran.

2. Minat

Menurut Getzel (1966), minat adalah suatu pendirian yang terhasil melalui pengalaman yang mendorong seseorang untuk memperoleh objek khusus, tindakan, pemahaman, dan keterampilan untuk tujuan perhatian atau pencapaian. Penilaian minat dapat digunakan untuk:

a. mengetahui minat pelajar sehingga mudah untuk mengikuti alam pembelajaran, b. mengetahui bakat dan minat pelajar yang sebenarnya,

(6)

707 3. Konsep Diri

Menurut Smith, konsep diri adalah perubahan yang dilakukan individu terhadap kemampuan dan kelemahan yang dimiliki. Sasaran, arah, dan usaha konsep diri pada dasarnya seperti penilaian afektif yang lain. Sasaran konsep diri terhadap orang tetapi boleh juga institusi seperti sekolah. Arah konsep diri nilai positif atau negatif, dan keupayaannya boleh dinyatakan daripada rendah hingga ke peringkat tinggi. Konsep diri ini penting untuk menentukan tahap pelajar, iaitu dengan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan dapat memilih alternatif yang tepat bagi pelajar. Selain itu informasi konsep diri penting bagi sekolah untuk memberikan motivasi belajar yang tepat kepada pelajar.

Penilaian konsep diri dapat dilakukan dengan penilaian kendiri. Kelebihan dari penilaian kendiri adalah sebagai berikut.

a. Guru mampu mengenal kelebihan dan kekurangan pelajar. b. Guru mampu merefleksikan kompetensi yang sudah dicapai. c. Pelajar belajar bersikap terbuka dengan orang lain.

d. Pelajar mampu menilai dirinya. e. Pelajar dapat mencari jati diri.

4. Nilai

Nilai menurut Rokeach (1968) merupakan suatu keyakinan tentang perbuatan, tindakan, atau perilaku yang dianggap baik dan tidak baik. Selain itu, sikap prihatin pada suatu organisasi merupakan keyakinan yang spesifik terhadap situasi. Ketinggian nilai adalah cenderung menjadi idea, nilai dapat juga dilihat daripada sikap dan perilaku kearah nilai positif dan negatif. Seterusnya, keunggulan nilai dapat dilihat tinggi atau rendah bergantung kepada situasi dan nilai yang diterima. Definisi lain tentang nilai disampaikan oleh Tyler (1973:7), iaitu nilai adalah suatu objek, aktiviti, atau idea yang dinyatakan oleh individu dalam menentukankan minat, sikap, dan kepuasan. Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa manusia belajar menilai suatu objek, aktiviti dan idea sehingga objek ini menjadi penentu penting minat, sikap, dan kepuasan. Oleh itu, pendidikan harus membantu pelajar menemukan dan menguatkan nilai yang bermakna dan

(7)

708

signifikan bagi pelajar untuk memperoleh kebahagiaan personal dan memberi manfaat positif kepada masyarakat.

5. Moral

Piaget dan Kohlberg banyak membahas tentang perkembangan moral anak. Namun Kohlberg mengabaikan masalah hubungan antara judgement moral dan tindakan moral. Ia hanya mempelajari prinsip moral seseorang melalui penafsiran respon verbal terhadap dilema hipotetikal atau dugaan, bukan pada bagaimana kehendak seseorang bertindak. Moral berkaitan dengan perasaan salah atau benar terhadap kebahagiaan orang lain atau perasaan terhadap tindakan yang dilakukan diri sendiri. Misalnya menipu, membohongi atau melukai orang lain baik fizikal atau mental. Moral juga sering dikaitkan dengan keyakinan agama seseorang, iaitu keyakinan akan perbuatan dosa dan pahala. Jadi moral berkaitan dengan prinsip, nilai, dan keyakinan seseorang.

Menurut Andersen (1980) ada dua kaedah yang dapat digunakan untuk mengukur penilaian afektif, iaitu kaedah tinjauan dan kaedah laporan diri. Penggunaan kaedah tinjauan berdasarkan pada dapatan bahawa ciri – ciri afektif dapat dilihat dari perilaku atau perbuatan yang dilakukan atau reaksi psikologi. Menurut Lewin (dalam Andersen, 1980), perilaku seseorang merupakan fungsi dari watak kognitif, afektif, dan psikomotor Jadi tindakan atau perbuatan seseorang ditentukan oleh watak dirinya dan keadaan persekitarannya.

Pengembangan Instrumen Penilaian Afektif

Instrumen penilaian afektif berhubung rapat dengan pengamatan sikap, minat, konsep diri, nilai, dan moral. Terdapat sebelas langkah dalam mengembangkan instrumen penilaian afektif iaitu:

1. Spesifikasi instrumen

Ditinjau dari tujuannya ada lima jenis instrumen pengukuran penilaian afektif, iaitu instrumen sikap, minat, konsep diri, nilai dan moral.

a. Instrumen sikap

Instrumen sikap bertujuan untuk mengetahui sikap pelajar terhadap suatu perkara contohnya sikap terhadap kegiatan sekolah, mata pelajaran, guru dan sebagainya.

(8)

709

Sikap terhadap mata pelajaran yang positif atau negatif. Hasil pengukuran sikap berguna untuk menentukan strategi pembelajaran yang tepat.

b. Instrumen minat

Instrumen minat bertujuan untuk memperolehi maklumat tentang minat pelajar terhadap mata pelajaran bagi digunakan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran.

c. Instrumen konsep diri

Instrumen konsep diri bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Pelajar melakukan perubahan secara objektif terhadap potensi yang ada dalam dirinya. Kepribadian potensi pelajar sangat penting untuk menentukan tahap pendidikannya. Kekuatan dan kelemahaan pelajar digunakan untuk menentukan program yang sesuai untuk dirinya.

d. Instrumen nilai

Instrumen nilai bertujuan untuk mengungkap nilai dan keyakinan pelajar. Maklumat yang diperolehi berkaitan nilai dan keyakinan yang positif dan negatif. Hal-hal yang bersifat positif akan diperkuatkan manakala sifat negatif akhirnya akan dihapuskan.

e. Instrumen moral

Instrumen moral bertujuan untuk menilai moral. Nilai moral seseorang diperoleh melalui pengamatan terhadap perbuatan yang dilakukan dan laporan diri melalui pengisian soal selidik. Hasil pengamatan dan hasil soal selidik menjadi ukuran tentang moral seseorang.

2. Penulisan instrumen

Penilaian afektif pelajar dilakukan dengan menggunakan instrumen penilaian afektif seperti berikut :

a. Instrumen sikap

Definisi konseptual: Sikap merupakan kecenderungan bertindak balas secara konsisten tentang sesuatu perkara yang disukai atau tidak disukai. Instrumen sikap bertujuan untuk mengetahui sikap positif dan negatif pelajar terhadap suatu perkara contohnya kegiatan sekolah.

(9)

710

Definisi operasional: sikap adalah perasaan positif atau negatif terhadap suatu perkara. Perkara tersebut mungkin berkaitan dengan kegiatan atau mata pelajaran. Cara yang mudah untuk mengetahui sikap pelajar adalah melalui soal selidik. Pertanyaan tentang sikap meminta responden menunjukkan perasaan yang positif atau negatif terhadap suatu perkara atau suatu tindakan. Persoalan yang sering digunakan pada pertanyaan sikap ialah menyatakan perasaan seseorang, menerima-menolak, meminati - tidak meminati, baik-buruk, diperlukan - tidak diperlukan.

Contoh indikator sikap terhadap mata pelajaran sejarah contohnya. *Membaca buku sejarah

* Melakukan interaksi dengan guru sejarah * Menyiapkan tugasan sejarah

Contoh pernyataan untuk soal - selidik: * Saya senang membaca buku sejarah

* Saya jarang bertanya pada guru tentang mata pelajaran sejarah * Saya tidak suka pada tugasan mata pelajaran sejarah

b. Instrumen minat

Instrumen minat bertujuan untuk memperolehi maklumat tentang minat pelajar terhadap suatu mata pelajaran yang bertujuan digunakan untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.

Definisi konseptual: Minat adalah keinginan yang tersusun melalui pengalaman yang mendorong individu mencari sesuatu perkara, aktiviti, konsep, dan keterampilan untuk tujuan mendapatkan perhatian atau penguasaan. Definisi operasional: Minat adalah keingintahuan seseorang tentang keadaan suatu perkara. Contoh indikator minat terhadap pelajaran sejarah:

* Memiliki buku catatan mata pelajaran sejarah. * Berusaha memahami sejarah

Contoh pernyataan untuk soal - selidik:

* Nota catatan pelajaran sejarah saya terdapat lakaran tentang hal-hal yang penting

(10)

711 c. Instrumen konsep diri

Instrumen konsep diri bertujuan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Maklumat kekuatan dan kelemahan pelajar digunakan untuk menentukan program yang sesuai diikuti oleh pelajar. Definisi konsep: konsep diri merupakan persepsi seseorang terhadap dirinya sendiri yang berkaitan keunggulan dan kelemahannya. Definisi operasional konsep diri adalah pernyataan tentang tahap kemampuan diri sendiri terhadap pelajarannya.

Contoh indikator konsep diri:

* Memilih mata pelajaran yang mudah difahami * Mudah memahami mata pelajaran

Contoh pernyataan untuk instrumen:

* Saya sukar mengikuti mata pelajaran sejarah * Saya mudah memahami bahasa Inggeris

Nilai merupakan konsep penting dalam pembentukan kompetensi pelajar. Kegiatan yang diminati pelajar di sekolah dipengaruhi oleh nilai pelajar terhadap kegiatan tersebut. Semua ini dipengaruhi oleh nilai pelajar, iaitu yang berkaitan dengan penilaian baik dan buruk. Nilai seseorang pada dasarnya dapat dilihat melalui tindakannya. Nilai berkaitan dengan keyakinan, sikap dan aktiviti atau tindakan seseorang. Tindakan seseorang terhadap sesuatu merupakan refleksi dari nilai yang diamalkannya.

Definisi konseptual: Nilai adalah keyakinan terhadap suatu pendapat, kegiatan, atau perkara. Definisi operasional nilai adalah keyakinan seseorang tentang keadaan suatu perkara atau kegiatan. Misalnya keyakinan akan kemampuan pelajar dan keyakinan guru. Kemungkinan ada yang berkeyakinan bahawa prestasi pelajar dapat tingkatkan atau ada yang berkeyakinan bahawa guru sukar melakukan perubahan. Instrumen nilai bertujuan untuk mencari nilai dan keyakinan individu. Maklumat yang diperolehi adalah nilai dan keyakinan yang positif dan yang negatif.

Contoh indikator nilai adalah: * Menyakini keberhasilan pelajar

* Menunjukkan keyakinan atas kemampuan guru.

(11)

712

* Saya berkeyakinan bahawa prestasi belajar pelajar sukar untuk ditingkatkan. * Saya berkeyakinan bahawa usaha guru sudah maksimun.

Selain melalui soal - selidik penilaian afektif pelajar, sikap, minat, konsep diri, dan nilai dapat dilihat melalui pengamatan. Pengamatan sifat afektif pelajar dijalankan di tempat dimana kegiatan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan . Untuk mengetahui keadaan penilaian afektif pelajar perlu ditentukan dulu indikator dan bahagian yang akan diukur dan guru harus mencatat setiap perilaku yang dilakukan oleh pelajar yang berkaitan dengan indikator tersebut.

e. Instrumen Moral

Instrumen ini bertujuan untuk mengetahui moral pelajar. Contoh indikator moral yang sesuai dengan definisi tersebut adalah:

* Memegang janji

* Prihatin terhadap orang lain

Contoh pernyataan untuk instrumen moral

* Apabila berjanji kepada orang yang lebih tua, saya berusaha menepatinya. * Apabila menghadapi kesusahan, saya selalu meminta bantuan orang lain. 3. Skala Instrumen Penilaian Afektif

Skala yang sering digunakan dalam instrumen penilaian afektif adalah Skala Thurstone, Skala Likert, dan Skala Beza Semantik.

4. Sistem pengskoran

Sistem pengskoran yang digunakan bergantung kepada skala pengukuran. Apabila digunakan skala Thurstone, maka skor tertinggi ialah 7 dan skor terendah 1. Demikian pula untuk instrumen dengan skala beza semantik iaitu tertinggi 7 terendah 1. Untuk skala Likert, pada awalnya skor tertinggi ialah 5 dan terendah 1. Dalam pengukuran sering terjadi kecenderungan responden memilih jawapan pada tiga 3 (tiga) untuk skala Likert. Untuk menghindari hal tersebut skala Likert dimodifikasi dengan hanya menggunakan empat pilihan, agar jelas sikap atau minat responden.Skor perolehan perlu dianalisis untuk tahap pelajar dan kelas, iaitu dengan mencari purata (mean) dan selisih skor.

(12)

713 5. Mengkaji instrumen

Mengkaji instrumen adalah menilai apakah: a) pertanyaan/pernyataan sesuai dengan indikator, b) bahasa yang digunakan komunikatif dan menggunakan tatabahasa yang tepat, c) butir pernyataan tidak tepat, d) format instrumen menarik untuk dibaca, e) pedoman menjawab atau mengisi instrumen jelas, dan f) jumlah butir dan/atau panjang ayat pertanyaan ata pernyataan tepat sehingga tidak menjemukan untuk dibaca dan dijawab. Kesahan dilakukan oleh pakar dalam bidang yang diukur. Bahasa yang digunakan adalah yang sesuai dengan tahap responden. Hasil dapatan selanjutnya digunakan untuk memperbaiki instrumen. Masa pengisian instrumen sebaiknya tidak lebih dari 30 minit. Langkah pertama dalam menulis suatu pertanyaan atau pernyataan ialah maklumat yang ingin diperolehi, struktur pertanyaan, dan pemilihan kata-kata. Pertanyaan yang diajukan mestilah tepat, iaitu mengarahkan jawapan responden pada arah tertentu, positif atau negatif.

Beberapa hal yang harus diperhatikan dalam menggunakan ayat - ayat untuk suatu soal - selidik, iaitu:

a. Gunakan ayat - ayat yang sederhana sesuai dengan tahap pendidikan responden b. Pertanyaannya janganlah tidak jelas

c. Hindari pertanyaan pengandaian.

Hasil kajian instrumen digunakan untuk memperbaiki instrumen. 6. Menyusun atur instrumen

Setelah instrumen diperbaiki seterusnya instrumen disusun, iaitu menentukan format tata letak instrumen dan urutan pertanyaan atau pernyataan. Format instrumen harus dibuat menarik dan tidak terlalu panjang, sehingga responden tertarik untuk membaca dan mengisinya.

7. Kesahan instrumen

Setelah disusun instrumen dibuat kesahan muka kepada responden, sesuai dengan tujuan penilaian adakah sesuai kepada pelajar, guru atau ibu bapa pelajar. Oleh itu, perlu dipilih sampel yang ciri - cirinya mewakili populasi yang ingin dinilai. Apabila yang ingin dinilai adalah pelajar Sekolah Menengah maka sampelnya juga pelajar Sekolah Menengah. Sampel yang diperlukan sekurag -

(13)

714

kurangnya 30 orang pelajar boleh juga diambil dari satu sekolah atau lebih. Pada masa pengujian instrumen perlu dicatat saranan - saranan dari responden seperti ketepatan pengisian instrumen, kejelasan ayat yang digunakan dan masa yang diperlukan untuk mengisi instrumen. Instrumen yang digunakan disarankan bukan padaa masa responden dalam keletihan. Masa yang sesuai diperlukan hanya lebih kurang 30 minit sahaja.

8. Analisis hasil kesahan muka

Analisis hasil kesahan meliputi pelbagai variasi jawapan setiap item pertanyaan atau pernyataan. Jika menggunakan skala instrumen 1 sampai 7, dan jawapan responden bervariasi dari 1 sampai 7, maka item pertanyaan atau pernyataan pada instrumen ini dapat dikatakan baik. Namun apabila jawapannya hanya pada satu pilihan jawapan sahaja, Indikator yang digunakan adalah besar perbezaannya. Apabila perbeazaan item instrumen lebih dari 0.30, item instrumen adalah baik. Indikator lain yang diperhatikan adalah indeks ketekalan yang dikenal dengan indeks reliabilitasi. Batas indeks reliabilitasi ini sekurang - kurangnya 0,70. Apabila indeks ini lebih kecil dari 0,70, kesalahan pengukuran akan melebihi batas. Oleh karena itu perlulah mempunyai indeks ketekalan instrumen iaitu 0,70.

9. Penambaikan instrumen

Penambahbaikan dilakukan terhadap item – item pertanyaan atau pernyataan yang tidak baik, berdasarkan analisis hasil kesahan muka. Ada kalanya hasil instrumen baik, namun hasil dapatan empirikal tidak baik. Untuk itu item pertanyaan atau pernyataan instrumen harus diperbaiki. Penambahbaikan termasuk mengakomodasi saranan - saranan dari responden yang menduduki ujian.. Instrumen sebaiknya dilengkapi dengan pertanyaan terbuka.

Pelaksanaan pengukuran perlu memperhatikan masa dan ruangan yang digunakan. Masa pelaksanaan bukan pada waktu responden penat. Ruang untuk mengisi instrumen harus memiliki cahaya (penerangan) yang cukup dan pengudaraan yang baik. Tempat duduk juga diatur agar responden tidak terganggu satu sama lain. Di kehendaki agar responden tidak saling bertanya pada responden yang lain agar jawapan terhadap soal selidik tidak sama atau homogen. Pengisian

(14)

715

instrumen perlulah dengan penjelasan tentang tujuan pengisian, manfaat bagi responden, dan pedoman pengisian instrumen.

10. Penafsiran hasil pengukuran

Hasil pengukuran berupa skor atau angka. Untuk menafsirkan hasil pengukuran memerlukan suatu kriteria. Kriteria yang digunakan tergantung pada skala dan jumlah item pertanyaan atau pernyataan yang digunakan. Contohnya apabila mengunakan skala Likert yang berisi 10 item pertanyaan atau pernyataan dengan 4 (empat) pilihan untuk mengukur sikap pelajar. Skor untuk item pertanyaan atau pernyataan yang bersifat positif:

Penilaian tahap afektif pelajar selain menggunakan soal - selidik juga boleh dilakukan melalui tinjauan atau pengamatan. Misalnya indikator pelajar berminat pada mata pelajaran sejarah adalah kehadiran di kelas, kerajinan dalam mengerjakan tugas-tugas, banyaknya bertanya, dan catatan nota pelajaran. Hasil tinjauan akan melengkapi maklumat dari hasil soal - selidik. Dengan demikian maklumat yang diperolehi akan lebih tepat.

Rumusan

Hasil belajar menurut Bloom (1976) dapat dilihat melalui prestasi belajar, mudah belajar,dan hasil afektif. Andersen (1981) sependapat dengan Bloom bahawa ciri – ciri manusia meliputi cara yang berfikir, membuat dan perasaan. Keberhasilan pembelajaran pada tahap kognitif dan psikomotor dipengaruhi oleh keadaan afektif peelajar. Pelajar yang memiliki minat belajar dan sikap positif terhadap pelajaran akan merasa senang mempelajari mata pelajaran tertentu, sehingga dapat mencapai hasil pembelajaran yang optimal.

Refleksi

Model Aplikasi Kurikulum Pengembangan Afektif

Reigeluth menawarkan sebuah model aplikasi untuk merancang pengembangan kurikulum berkait dengan dimensi afektif. Model tersebut dapat digambarkan dalam pola sebagai berikut:

1. Breadth of the Dimension, mengarah kepada apakah kurikulum yang dirancang nanti akan lebih komprehensif/menyeluruh iaitu meliputi semua

(15)

716

dimensi (seperti moral, sosial, emosional) atau terbatas hanya ditujukan kepada satu atau dua dimensi.

2. Nature of Topic, mengarah kepada apakah topik-topik di dalamnya diajarkan dengan mengutamakan kognitif atau afektif. Ini kerana domain afektif dan kognitif sangat berhubungan erat.

3. Integration of Curriculum, mengarah kepada bagaimana atau apakah topik dan program afektif terintegrasi dalam subjek - subjek lain dalam kurikulum atau terpisah dalam satu program

dan tidak terintegrasi dengan subjek lain.

4. Durasi kurikulum, mengarah kepada seberapa sering dimensi afektif diajarkan. Dalam One Shot Curriculum topik atau dimensi diajarkan sekali dan mungkin digunakan untuk keperluan khusus atau terbatas. Dalam Pervasive Curriculum, topik diajarkan terus menerus selama pembelajaran berlangsung di sekolah dan elaboratif.

5. Personal Focus of the Curriculum mengarah kepada apakah sebuah program ditujukan untuk menguasai topik internal-intrapersonal atau sosial-interpersonal. 6. Instructional Method atau metode pembelajaran mudah berlaku atau tidak berlaku. Metode langsung bererti mengarah kepada aktif atau strategi khusus yang direncanakan untuk digunakan dalam intervensi pembelajaran seperti permainan peranan, latihan membangun keterampilan.

7. Orientation of the Topic, mengarah kepada apakah tujuan yang ingin dicapai dalam sebuah topik mengarah kepada sebuah problem (seperti kenakalan anak, kehamilan remaja) atau mengarah kepada pemberian kesempatan seperti pengembangan hobi dan menemukan teman baru. Jika berkait dengan masalah apakah topik tersebut ditujukan untuk mencegah atau menyelesaikan masalah.

Penutup

Pendidikan afektif berarti pendidikan untuk pengembangan sosial individu, perasaan, emosi, moral, etika. Kita juga memerlukankan generasi yang produktif dan juga sihat secara mental dan jujur dan dapat menjaga diri mereka dan keluarga mereka. Taksonomi afektif meliputi lima kategori yang merefleksikan konsep kebersamaan, iaitu menerima, merespon, menilai,

(16)

717

mengorganisasi, dan mengcirikan dengan sebuah nilai atau nilai yang kompleks. Terdapat tujuh hal yang perlu diperhatikan dalam merancang kurikulum pengembangan pendidikan afektif, yakni keluasandimensi, topik, integrasi, masa kurikulum, fokus personal kurikulum, metode pembelajaran, dan orientasi topik. Artikel semoga dapat memberi bermanfaat untuk peningkatan pemahaman kita sebagai guru tentang pentingnya memperhatikan domain afektif dalam pembelajaran serta memberikan inspirasi dalam menemukan strategi pembelajaran afektif.

RUJUKAN

Allen, Mary. Yen., & Yen, Wendy. M. (1979). Introduction measurement theory. Berkeley, California: Brooks/Cole Publishing Company.

Andersen, Lorin. W. (1981). Assessing affective characteristic in the schools. Boston: Allyn and Bacon. Djemari Mardapi. 2004. Penyusunan Tes Hasil Belajar. Yogyakarta: Program Pascasarjana Universitas Negeri Yogyakarta.

Djemari Mardapi. (2004). Penyusunan Tes Hasil Belajar. Yogyakarta: Program Pascasarjana Universitas Negeri Yogyakarta.

Gable, Robert. K. (1986). Instrument development in the affective domain. Boston: Kluwer- Nijhoff Publishing.

Nana Sudjana. (2008). Penilaian Hasil Proses Belajar Mengajar. Bandung: Remaja Rosdakarya

Mueller, D. J. (1986). Measuring social attitudes. New York: Teachers College, Columbia University.

Krathwohl, D. R., Bloom, B. S., & Massia, B. B.,( 1964). Taxonomy of Educational Objectives: The Classification of Educational Goals, Handbook II: Affective domain, New York: Longman,

Charles M., (1999). "Instructional-Design Theories And Models", vol. II, A New Paradigm of Instructional Theory, London: Lawrence Erlbaum Associates. 1999.

Zaenal Arifin, (2009). Evaluasi Pembelajaran Prinsip Teknik. Prosedur. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian ini telah dikembangkan sebuah instrumen penilaian berupa format dan penilaian portofolio untuk mata pelajaran mikroprosesor, dimana penilaian

Untuk mengetahui kesesuaian penyusunan instrumen penilaian sikap pada RPP yang dibuat oleh guru mata pelajaran IPA kelas VIII semester genap di SMP swasta Surakarta tahun

Penilaian yang telah dilakukan dan mendapati bahawa modul pembelajaran yang dibina adalah sesuai untuk digunakan oleh pelajar bagi mempelajari mata pelajaran

Hasil penelitian menunjukkan bahwa: 1) Bentuk instrumen penilaian afektif dalam pembelajaran PAI di SMAN 1 Yogyakarta meliputi: penilaian akhlak mulia dan

kepraktisan perangkat dan instrumen penilaian pembelajaran. Uji kepraktisan perangkat dan instrumen penilaian karakter demokratis dilakukan selama lima kali pertemuan

Bagaimanakah pembinaan yang dilakukan oleh pengawas sekolah kepada guru mata pelajaran pada SMA Negeri yang ada di Kabupaten Bone dalam melakukan

Implementasi Instrumen Penilaian Diri Pada Sikap Sosial Untuk Pembelajaran Berbasis Masalah Pada Mata Pelajaran Pendidikan Agama Islam di SMPN 48 Surabaya ....

Dalam penerapan proses penilaian ranah afektif pada mata pelajaran SKI yakni dengan menyiapkan perencanaan, saya menyiapkan yang namanya RPP sebagai acuan seorang guru untuk memulai