• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengamalan Pelajar Terhadap Rukhsah Solat Jamak & Qasar Melalui Program Usrah di Pusat Islam Politeknik (PTSS)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengamalan Pelajar Terhadap Rukhsah Solat Jamak & Qasar Melalui Program Usrah di Pusat Islam Politeknik (PTSS)"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Pengamalan Pelajar Terhadap Rukhsah Solat Jamak & Qasar Melalui

Program Usrah di Pusat Islam Politeknik (PTSS)

Solhal Huda Sahidan1*, Norhafizah Mohd Ghazali1, dan Muhammad Hafiz Mohd Ghazali2

1Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Pauh Putra. 2Pusat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sejauh mana kefahaman dan tahap pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar melalui program usrah di Pusat Islam Lukman al-Hakim, PTSS. Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif. Responden kajian terdiri daripada 175 orang pelajar semester satu yang mengikuti program usrah sesi Disember 2018. Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul maklumat dan data dianalisis menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0. Hasil kajian ditunjukkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Kajian mendapati kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar berada pada tahap yang tinggi dengan nilai min ialah 4.09. Manakala, tahap pengamalan pelajar berada juga pada tahap tinggi dengan nilai min ialah 3.83. Ujian Kolerasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah di Pusat Islam, PTSS. Oleh itu, program usrah ini wajar diteruskan kerana memberi impak positif dalam membangunkan diri pelajar ke arah penghayatan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian.

PENGENALAN

Solat merupakan kewajipan utama bagi setiap Muslim sebagaimana yang terkandung dalam Rukun Islam. Ianya mempunyai kedudukan yang tinggi berbanding ibadah lain. Ibadah solat merupakan suatu manifestasi perhubungan insan kepada Allah SWT. Menurut Kamus Dewan (2010) [1], solat merupakan sembahyang iaitu perbuatan menyembah Allah SWT dan secara khususnya solat lima waktu yang wajib dikerjakan dalam sehari semalam. Solat menurut syarak ditakrifkan sebagai ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan, dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat yang khusus (Rohidzir, 2011) [2]. Al-Quran banyak menjelaskan tentang kepentingan dan kebaikan ibadah solat kepada manusia antaranya (surah al-Baqarah ayat 153, surah al-Nisa’ ayat 103, surah al-Mu’minun ayat 1 hingga 2 dan surah al-Ankabut ayat 45). Menyedari peri pentingnya perintah tersebut, tuntutan melaksanakan ibadah solat adalah wajib dalam apa jua keadaan sekalipun. Namun, dalam keadaan tertentu seperti musafir Allah SWT memberikan keringanan dalam melaksanakannya. Ini kerana, musafir walau dengan apa cara dan tujuan sekalipun adalah sebahagian daripada kesusahan yang menyebabkan seseorang hilang tumpuan dan ketenangan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“dan ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama”.

(Surah al-Hajj: 78) Jelas apabila terdapat kerumitan, syariat memberi kelonggaran dalam melaksanakan perintah agamanya supaya semua hukumnya dapat diterima dan mampu dilaksanakan. Justeru itu,

(2)

seharusnya kita tidak boleh mengabaikan kefardhuan solat ketika bermusafir apabila keringanan telah diberikan.

Latar Belakang Rukhsah

Rukhsah merupakan keringanan yang dikurniakan oleh Allah SWT dalam melakukan amal ibadah kerana sebab-sebab tertentu atau keuzuran (Sayyid Sabeq, 1999) [3]. Berdasarkan dalil daripada al-Quran dan hadith, rukhsah solat diberikan kepada orang yang bermusafir dengan dua cara iaitu mengurangkan bilangan rakaat (qasar) dan menghimpunkan dua solat (jamak). Solat jamak dan qasar

Jamak terbahagi kepada dua jenis iaitu jamak takdim dan jamak ta’khir. Jamak takdim bermaksud melaksanakan solat yang kedua ke dalam solat yang pertama manakala jamak ta’khir ialah melaksanakan solat yang pertama ke dalam waktu solat yang kedua (Zulkifli, 2015) [4]. Manakala qasar ialah melakukan solat yang empat rakaat, iaitu Zohor, Asar dan Isyak dengan dua rakaat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa memendekkan solat”. (Surah al-Nisa’: 101)

Islam meletakkan syarat-syarat tertentu dalam pelaksanaan solat jamak dan qasar antaranya jarak perjalanan mestilah melebihi dua marhalah atau 81 kilometer dan lebih serta bertujuan baik. Selain itu, bagi solat jamak hendaklah dilaksanakan secara berturutan dan masih dalam waktu musafir.

Program usrah di Pusat Islam

Program usrah merupakan program yang mewajibkan semua pelajar Muslim semester satu di politeknik mengikutinya. Program ini diadakan pada setiap semester bermula Sesi Disember 2017 selama tiga belas minggu. Sampel dalam kajian ini adalah pelajar semester satu sesi Disember 2018. Melalui program ini, pelajar diberi bimbingan asas fardhu ain dan dipantau oleh penyelia serta dibantu oleh naqib dan naqibah. Adalah penting bagi setiap pelajar Muslim memahami konsep asas Islam yang merangkumi akidah, syariah dan akhlak. Topik-topik yang dibincangkan di dalam usrah seperti solat, bersuci dari hadas dan adab-adab.

Penyataan masalah

Fokus utama kajian ini dijalankan adalah untuk :

Solat merupakan suatu kewajipan terhadap semua mukallaf. Pengamalan solat fardhu yang lemah dalam kalangan pelajar sering ditimbulkan oleh pelbagai pihak. Menurut Dr. Jailani Abdul Kadir, pengerusi Pusat Islam Lukman al-Hakim, terdapat segelintir pelajar yang menggunakan kemudahan Pusat Islam untuk mengadakan perbincangan namun tidak mengendahkan seruan azan dan tidak menunaikan solat. Kajian-kajian lepas juga menunjukkan hasil dapatan yang kurang memuaskan berkaitan pelaksanaan solat fardhu dalam kalangan pelajar.

Menurut Hasna (2016) [5], pengetahuan pelajar yang tinggi tentang solat masih belum menghasilkan amalan solat yang konsisten. Hal ini dibuktikan dengan pelaksanaan solat pelajar yang sederhana dan masih perlu diperbaiki. Dapatan menunjukkan bahawa faktor dominan seseorang pelajar menunaikan solat ialah didikan ibubapa manakala faktor dominan pelajar

(3)

meninggalkan solat pula ialah sikap malas. Sikap sebegini tidak sepatutnya wujud dalam diri pelajar kerana solat merupakan tiang agama.

Shukri & Yahya et.al. (2014) [6] mendapati penghayatan solat dalam kalangan mahasiswa masih rendah, pelaksanaan solat tidak dianggap penting di samping solat dianggap bukan keutamaaan. Kesan pengabaian solat menimbulkan pelbagai masalah sosial dalam masyarakat. Isu sumbang mahram, minum arak, berjudi, berzina dan bersekedudukan merupakan salah laku yang melanggar batas agama. Hal ini telah diakui menerusi firman Allah SWT dalam surah al-Ankabut ayat 45 yang mana solat mampu berperanan mencegah perbuatan keji dan mungkar.

Dalam erti kata lain, dalam keadaan tiada halangan syarak untuk mengerjakan solat pun masih ada sebahagian Muslim tidak menunaikan solat apatah lagi dalam keadaan musafir. Justeru itu, kajian ini dilihat penting bagi melihat keberkesanan program usrah di Pusat Islam PTSS dalam meningkatkan pengetahuan dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat ketika musafir. Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti pengamalan pelajar politeknik terhadap solat jamak dan qasar setelah mengikuti program usrah di Pusat Islam, PTSS. Objektif kajian ini secara khusus adalah untuk:

1. Mengenal pasti sejauhmana kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar. 2. Menganalisis tahap pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar.

3. Mengenal pasti terdapat hubungan yang menentukan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah di Pusat Islam, PTSS.

TINJAUAN LITERATUR

Kajian oleh Taufik Ismail et al. (2018) [7] mengenai tahap pengetahuan, pemahaman dan pengamalan melalui program latihan pemantapan kerohanian pelatih Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) Tabung Haji mendapati melalui LDK dan ceramah terdapat peningkatan kefahaman item solat jamak dan qasar iaitu 71.1% pada minggu keenam berbanding 55.7% pada minggu keempat program. Berdasarkan kajian, pemantapan kerohanian perlu mencapai peratusan 90 peratus kerana aspek fardhu ain merupakan asas yang perlu dikuasai dalam diri pelatih.

Bahan bantu pembelajaran berinteraktif seperti aplikasi teknologi turut mempengaruhi pembelajaran dan minat pelajar. Nurkaliza, Hailruddin dan Rafiza (2015) [8], menjelaskan kekangan untuk memperolehi bahan bantu pembelajaran mendorong pengkaji untuk membangunkan aplikasi ‘Jamak Qasar Apps’ berasaskan elemen multimedia. Ini kerana, penekanan terhadap solat jamak dan qasar masih berkurangan berbanding bahan pembelajaran yang lain. Kelebihan aplikasi ini adalah penggunaan elemen animasi 2D untuk menunjukkan proses perlaksanaan solat jamak dan qasar. Jelas pada masa kini kecenderungan pelajar lebih tertumpu kepada aplikasi teknologi interaktif seperti ini. Oleh itu, ianya sangat membantu dalam mengukuhkan proses pembelajaran dalam menunaikan solat jamak dan qasar.

Seterusnya kajian oleh Muhsin (2017) [9], berkaitan penentuan jarak perjalanan untuk solat jamak dan qasar kajian perbandingan antara Ibn Taimiyah dan Ibn Hazm, pengkaji membincangkan secara umum berkaitan solat jamak dan qasar, aspek perbandingan (fiqh muqaran) dan kaedah pendalilan bagi kedua-dua tokoh. Kajian mendapati pendapat Ibn Taimiyah membolehkan solat jamak dan qasar tanpa mengambil kira jarak perjalanan asalkan berlakunya safar. Manakala, Ibn Hazm berpendapat solat jamak dan qasar boleh dilakukan apabila jarak perjalanan mencapai tiga mile jauhnya.

(4)

Hasil daripada beberapa literatur menunjukkan terdapat kajian lepas berkaitan solat jamak dan qasar telah dijalankan sebelum ini. Namun, kajian-kajian tersebut lebih menjurus kepada bahan bantu pembelajaran berkaitan solat jamak dan qasar, perbincangan dari segi fiqh (penentuan jarak musafir) dan kajian berkaitan tahap pengetahuan dan pengamalan pelajar. Walaubagaimanapun kajian terhadap tahap pengetahuan dan pengamalan pelajar hanya tertumpu di sesebuah institusi dengan latar belakang responden yang berbeza. Justeru itu, ia tidak boleh dijadikan ukuran untuk menggambarkan situasi sebenar di semua institusi. Pengkaji juga berpandangan, kajian berkaitan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap solat jamak dan qasar serta hubungannya dengan program usrah yang dijalankan di Pusat Islam (PTSS) perlu dilakukan. Ini kerana, penilaian keberkesanan sesuatu program perlu dilihat bagi meningkatkan keberkesanan dan penambahbaikannya

METODOLOGI KAJIAN

Kaedah Kutipan Data Dan Sampel Kajian

Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang melibatkan pelajar semester satu di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis. Rasional pemilihan responden adalah kerana mereka terlibat dengan program usrah di Pusat Islam Lukman Al-Hakim (PTSS). Kaedah persampelan mudah digunakan dan jumlah sampel dalam kajian ini adalah seramai 175 orang pelajar daripada keseluruhan populasi iaitu 320 orang (Krejcie & Morgan, 1970) [10].

Instrumen Kajian

Proses pengumpulan data bagi kajian ini adalah menggunakan instrumen soal selidik. Borang soal selidik yang diedarkan kepada responden mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A demografi pelajar, bahagian B kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar, bahagian C tahap pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar, dan bahagian D hubungan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah. Soalan berkaitan demografi pelajar menggunakan skala pengukuran nominal. Soalan di bahagian berikutnya menggunakan skala likert yang merupakan skala pengukuran jenis ordinal. Skala likert yang digunakan ialah format skala likert lima mata dengan kaedah skornya ialah sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

Kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu intrumen adalah penting bagi memastikan dapatan yang diperolehi boleh dipercayai dan tidak dipersoalkan (Kerlinger & Lee, 2001) [11]. Oleh itu, kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang sampel bagi memastikan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan menepati kajian. Ujian Cronbach`s Alpha telah dijalankan dan seandainya nilai r menunjukkan nilai yang tinggi, maka instrumen yang digunakan adalah tinggi nilai kebolehpercayaannya. Ringkasan analisis ditunjukkan seperti Jadual 1 dan 2. Didapati Cronbach’s Alpha bagi setiap bahagian memberikan petunjuk yang baik tentang kebolehpercayaan instrumen tersebut.

Jadual 1 Interpretasi skor alpha-cronbach Nilai koefisien α Interpretasi

≥ 0.9 Sangat baik

≥ 0.8 Baik

≥ 0.7 Diterima

(5)

≥ 0.5 Lemah

≤ 0.5 Ditolak

Jadual 2 Ujian kebolehpercayaan instrumen kajian Pemboleh ubah Bilangan item Cronbach’s alpha Kefahaman pelajar

terhadap solat jamak

dan qasar. 10 .772

Pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat

jamak dan qasar. 9 .726 Persepsi pelajar

terhadap rukhsah solat 10 .861

Prosedur Analisis Data

Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS 23.0 for Windows). Analisis data daripada borang soal selidik ini melibatkan penggunaan statistik deskriptif untuk memperihalkan data-data asas responden kajian, iaitu yang berkenaan dengan demografi responden. Manakala analisis data bagi bahagian B, bahagian C dan bahagian D menggunakan nilai peratusan, kekerapan dan min. Interpretasi skor min telah diambil daripada kajian Jamil (2002) dan ditunjukkan seperti dalam Jadual 3. Analisis korelasi turut digunakan untuk mengkaji nilai darjah hubungan yang menentukan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah di Pusat Islam (PTSS).

Jadual 3 Penilaian skor min Skor min Interpretasi 3.67 hingga 5.00 Tinggi 2.34 hingga 3.66 Sederhana 1.00 hingga 2.33 Rendah

DAPATAN KAJIAN Profil responden kajian

Jadual 4 menunjukkan profil responden kajian secara terperinci. Jantina responden yang terlibat adalah lelaki 35.4% (62 orang) dan perempuan 64.6% (113 orang). Terdapat tiga kategori umur responden iaitu 18 tahun sebanyak 4.6% (8 orang), 19 tahun sebanyak 60% (105 orang) manakala 20 tahun dan ke atas sebanyak 35.4% (62 orang). Responden dibahagikan kepada lima jabatan iaitu 25.1% (44 orang) adalah Jabatan Perdagangan, 41.7% (73 orang) adalah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, 4.0% (7 orang) adalah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, 14.9% (26 orang) adalah Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual manakala 14.3% (25 orang) adalah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Berdasarkan pendidikan agama didapati 9.1% (16 orang) mendapat pendidikan agama di sekolah rendah agama, 85.7% (150 orang) mendapat pendidikan agama di sekolah menengah, 4.6% (8 orang) mendapat pendidikan agama di rumah manakala 0.6% (1 orang) mencatatkan tiada. Sekolah terakhir responden mencatatkan 85.1% (149 orang) Sekolah Menengah Kebangsaan Harian, 2.9% (5

(6)

orang) Sekolah Berasrama Penuh, 3.4% (6 orang) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, 1.1% (2 orang) Sekolah Menengah Teknik manakala 7.4% (13 orang) mencatatkan lain-lain.

Jadual 4 Demografi responden

Ciri-ciri Keterangan Kekerapan Peratus

Jantina Lelaki 62 35.4 Perempuan 113 64.6 Umur 18 tahun 8 4.6 19 tahun 105 60.0 20 tahun dan ke atas 62 35.4 Jabatan Perdagangan 44 25.1 Pelancongan & Hospitaliti 73 41.7 Tekonologi Maklumat & Komunikasi 7 4.0 Rekabentuk & Komunikasi Visual 26 14.9 Kejuruteraan Mekanikal 25 14.3 Pendidik an agama Sekolah Rendah Agama 16 9.1 Sekolah Menengah 150 85.7 Rumah 8 4.6 Tiada 1 0.6 Sekolah terakhir SMK Harian 149 85.1 SBP 5 2.9 SMKA 6 3.4 SM Teknik 2 1.1 Lain-lain 13 7.4

Kefahaman Pelajar Terhadap Solat Jamak Dan Qasar

Dapatan kajian menunjukkan kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar berada pada tahap sederhana dan tinggi. Kefahaman pelajar terhadap item “Terdapat dua jenis solat jamak iaitu jamak taqdim dan jamak ta’khir” adalah tinggi iaitu memperolehi min skor 4.73. Manakala item “Jarak perjalanan yang dibolehkan untuk jamak dan qasar ialah 89 km” berada pada tahap sederhana iaitu 3.29. Secara keseluruhannya, dapatan daripada analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar adalah tinggi apabila nilai min keseluruhan yang dihasilkan ialah 4.09.

Jadual 5 Kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar

Bil Item Min Interpretasi

1 Saya tahu ada kemudahan solat jamak dan qasar dalam

Islam. 4.58 Tinggi

2 Jarak perjalanan yang dibolehkan untuk jamak dan qasar

ialah 89 km. 3.29 Sederhana

3 Perjalanan yang tidak bertujuan maksiat antara syarat

diharuskan solat jamak dan qasar. 4.31 Tinggi 4 Solat qasar ialah memendekkan solat yang empat rakaat 4.61 Tinggi

(7)

menjadi dua rakaat.

5 Qasar tidak boleh dilakukan setelah masuk waktu solat

tetapi belum memulakan perjalanan. 3.44 Sederhana 6 Seorang yang solat secara qasar boleh menjadi makmum

kepada imam yang bermukim. 3.37 Sederhana

7 Solat jamak ialah himpunkan dua solat dalam satu

waktu. 4.53 Tinggi

8 Terdapat dua jenis solat jamak iaitu jamak taqdim dan

jamak ta’khir. 4.73 Tinggi

9 Menghimpunkan solat yang kedua dalam solat yang

pertama adalah jamak taqdim 4.01 Tinggi

10 Solat Asar tidak boleh dijamakkan dengan Solat Maghrib 3.98 Tinggi

Min keseluruhan 4.09 Tinggi

Tahap Pengamalan Pelajar Terhadap Solat Jamak Dan Qasar

Jadual 6 menunjukkan dapatan bagi pengamalan pelajar terhadap solat jamak dan qasar adalah berada pada tahap sederhana dan tinggi. Item “Saya boleh menyebut lafaz niat solat jamak ta’khir” berada pada tahap yang tinggi iaitu mencatatkan min skor 4.15. Manakala item “Saya melaksanakan solat jamak dan qasar apabila bermusafir” berada pada tahap sederhana iaitu 3.04. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan tahap pengamalan pelajar terhadap solat jamak dan qasar berada pada tahap yang tinggi dengan min keseluruhan ialah 3.83.

Jadual 6 Tahap pengamalan pelajar terhadap solat jamak dan qasar

Bil Item Min Interpretasi

11 Saya boleh menyebut lafaz niat solat jamak taqdim. 4.11 Tinggi 12 Saya boleh menyebut lafaz niat solat jamak ta’khir. 4.15 Tinggi 13 Saya boleh menyebut lafaz niat solat qasar. 4.10 Tinggi 14 Saya pernah melaksanakan solat secara jamak. 4.07 Tinggi 15 Saya pernah melaksanakan solat secara qasar. 3.97 Tinggi 16 Saya pernah melaksanakan solat jamak dan qasar. 3.96 Tinggi 17 Saya sentiasa menunaikan solat lima waktu apabila

bermusafir. 3.69 Tinggi

18 Saya yakin dengan kemudahan solat jamak dan qasar

dalam Islam. 3.46 Sederhana

19 Saya melaksanakan solat jamak dan qasar apabila

bermusafir. 3.04 Sederhana

Min keseluruhan 3.83 Tinggi

n=175

Hubungan Kefahaman Dan Pengamalan Pelajar Dengan Program Usrah Di Pusat Islam Lukman Al-Hakim, PTSS

Jadual 7 menunjukkan dapatan bagi persepsi pelajar dengan program usrah (jamak dan qasar) di Pusat Islam adalah berada pada tahap sederhana dan tinggi. Item “Program usrah membantu saya memahami cara pelaksanaan solat jamak dan qasar dengan betul” berada pada tahap yang tinggi iaitu mencatatkan nilai min skor 4.47. Manakala item “Saya dapat memahami dengan baik topik solat jamak dan qasar semasa usrah” berada pada tahap sederhana iaitu 3.22. Hal ini menunjukkan masih terdapat pelajar yang dapat memahami sepenuhnya. Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan persepsi pelajar terhadap program usrah (jamak dan qasar) di Pusat Islam politeknik berada pada tahap yang tinggi dengan min keseluruhan ialah 4.16.

(8)

Jadual 7 Persepsi pelajar terhadap program usrah (jamak dan qasar)

Bil Item Min Interpretasi

20 Saya berminat dengan topik berkaitan solat

jamak dan qasar. 4.34 Tinggi

21 Saya memahami dengan baik penerangan berkaitan topik solat jamak dan qasar.

4.16 Tinggi

22 Naqib dan naqibah dapat membimbing dengan

baik topik solat jamak dan qasar. 4.17 Tinggi 23 Saya berpeluang bertanyakan soalan berkaitan

solat jamak dan qasar semasa usrah. 4.29 Tinggi 24 Saya memahami dengan baik topik solat jamak

dan qasar semasa usrah.

3.22 Sederhana 25 Saya dapat menghafal lafaz niat solat jamak dan

qasar semasa sesi praktikal. 4.02 Tinggi

26 Saya dapat mempraktikkan cara solat jamak dan qasar semasa sesi praktikal.

4.08 Tinggi 27 Program usrah membantu saya memahami cara

pelaksanaan solat jamak dan qasar dengan betul.

4.47 Tinggi 28 Pengetahuan berkaitan solat jamak dan qasar

bertambah setelah mengikuti program usrah. 4.45 Tinggi 29 Saya bermotivasi untuk melaksanakan solat

jamak dan qasar apabila bermusafir. 4.35 Tinggi

Min keseluruhan 4.16 Tinggi

n=175

Ujian pekali kolerasi Pearson telah dijalankan bagi mengetahui nilai kekuatan hubungan yang menentukan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah di Pusat Islam. Kekuatan hubungan di antara pemboleh ubah dalam kajian ini dianggar dengan menggunakan skala kekuatan yang dicadangkan oleh Davies (1971) [12] dan ditunjukkan seperti Jadual 8.

Jadual 8 Kekuatan korelasi antara dua pemboleh ubah Nilai pekali Tafsiran deskriptif 0.70 – 1.00 Amat tinggi 0.50 – 0.69 Tinggi

0.30 – 0.49 Sederhana tinggi 0.10 – 0.29 Rendah

0.01 – 0.09 Diabaikan Ujian Pekali Korelasi

Kefahaman Pengamalan Program Usrah Kefahama n Korelasi Pearson 1 .287** .313** Sig. (2-tailed) .000 .000 Bilangan 175 175 175 Pengamal Korelasi .287** 1 .568**

(9)

an Pearson

Sig. (2-tailed) .000 .000

Bilangan 175 175 175

Program

Usrah Korelasi Pearson .313** .568** 1 Sig. (2-tailed) .000 .000

Bilangan 175 175 175

**. Korelasi adalah signifikan pada aras 0.01 (2-tailed).

Hasil kajian mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah di Pusat Islam Lukman Al-Hakim, PTSS.

Perbincangan Dan Kesimpulan

Analisis deskriptif menunjukkan bahawa kefahaman pelajar tehadap solat jamak dan qasar adalah berada pada tahap tinggi. Ini memberi gambaran bahawa pelajar mempunyai kefahaman yang memuaskan terhadap rukhsah solat jamak dan qasar. Dapatan kajian menunjukkan terdapat tiga item yang melibatkan kefahaman pelajar terhadap solat jamak dan qasar berada pada min sederhana walaupun min keseluruhan berada pada tahap tinggi. Item ini melibatkan kefahaman pelajar terhadap jarak perjalanan yang dibolehkan untuk solat jamak dan qasar, solat qasar dengan berimamkan imam yang bermukim dan solat apabila masuk waktu tetapi belum memulakan perjalanan bermusafir. Perkara ini menunjukkan bahawa kefahaman pelajar perlu diperkukuhkan lagi dengan usaha-usaha yang dilakukan secara berterusan. Antara langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kefahaman pelajar adalah melalui pelaksanaan secara praktikal semasa PdP bagi solat jamak dan qasar.

Dapatan kajian ini juga menunjukkan tahap amalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar berada pada tahap yang tinggi. Terdapat item mencatatkan nilai min sederhana manakala item-item lain berada pada nilai min yang tinggi. Item yang menunjukkan nilai min yang sederhana ialah mengenai pelaksanaan solat jamak dan qasar ketika bermusafir dan keyakinan terhadap rukhsah solat jamak dan qasar. Perkara ini dilihat bahawa perlunya usaha dalam menerapkan nilai pentingnya solat dalam kehidupan Muslim dan yakin dengan keringanan atau rukhsah yang diberikan oleh Allah SWT.

Analisis korelasi mendapati terdapat hubungan yang signifikan dan positif antara kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap rukhsah solat jamak dan qasar dengan program usrah di Pusat Islam. Nilai pekali kolerasi 0.313 menunjukkan tahap kolerasi sederhana tinggi bagi pembolehubah kefahaman dan nilai pekali kolerasi 0.568 bagi adalah kuat (Davies, 1971) bagi pembolehubah pengamalan. Hal ini menunjukkan bahawa program usrah di Pusat Islam dapat membantu menambahkan kefahaman dan meningkatkan amalan pelajar tentang topik yang dipelajari. Justeru, program usrah ini wajar diteruskan dan diperluaskan lagi skop pembelajarannya. Pengkaji mengharapkan hasil kajian ini menjadi dorongan kepada semua pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pengajian Am, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin untuk meneruskan usaha menjayakan program usrah ini yang telah menampakkan keberkesanannya dari segi peningkatan kefahaman pelajar terhadap amalan solat musafir. Kesimpulannya, terdapat peningkatan kefahaman dan pengamalan pelajar terhadap solat jamak dan qasar melalui program usrah yang dijalankan. Oleh itu, penambahbaikan boleh diambil bagi menambah baik program usrah di PTSS pada masa akan datang

(10)

RUJUKAN

Dewan. (4th ed.). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2010)

Rohidzir Rais. Anda bertanya ustaz menjawab mengenai solat. Selangor: PTS Publishing House. (2011)

Sayyed Sabiq. Fiqh sunnah juz al–awal. Dar al-fathi lil i’lam al-a’rabi. Kaherah Mesir. (1999) Zulkifli Mohamad al-Bakri. Al-Fiqh Al-Manhaji: Ibadat dalam Fiqh Al-Syafi’i. Selangor: Darul

Syakir Enterprise. (2015)

Hasna Bidin. Pelaksanaan solat dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Negeri Johor. Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia. (2016)

Shukri Ahmad, Yahya Don, Wan Abdul Rahman Khudri Wan Abdullah, Madiha Mohammed Ibrahim & Shahril Fazli Mat Hussain. Penghayatan solat dan pengimarahan masjid: Kajian dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia. Proceeding of the Social Sciences Research ICSSR 2014 (e-ISBN 978-967-11768-7-0), 786-797. (2014)

Taufik Ismail, Zulkhairi M. Fadzillah, Ramlee Abdullah, Halida Baharuldin, Muhammad Sabri Sahrir. Tinjauan tahap pengetahuan, pemahaman, dan pengamalan melalui program latihan pemantapan kerohanian dalam kalangan pelatih skim latihan 1 Malaysia Tabung Haji. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah (e-ISSN 2289-8042) V.5, Bil. 1. (2018)

Nurkaliza Khalid, Hailruddin Jaafar & Rafiza Kasbun. Proceeding of International Conference on Information Technology & Society (IC-ITS 2015) (e-ISBN:978-967-0850-07-8), 286-291. (2015)

Muhsin. Penentuan jarak tempuh perjalanan untuk jamak dan qasar shalat bagi musafir (Studi komparatif antara Ibnu Taimiyah & Ibnu Hazm). Banda Aceh. (2017)

Krejcie, R.V. & Morgan, D.W. Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610. (1970)

Kerlinger, F.N. & Lee, H.B. Foundation of behavioral research. Fort Worth, USA: Harcourt College Publishers. (2001)

Referensi

Dokumen terkait

yang berhubungan dengan kegiatan berkaitan dengan Hutan dan Lingkungan sekitar kita,, Mohon dijawab dengan pilihan : 1.. apa yang kita BICARAKAN hari ini akan menjadi bahan

Hasil dari penelitian ini ialah layanan informasi online yang dapat memvisualisasikan rute sesuai dengan keberangkatan dan tujuan pengguna Trans Padang.. Selain itu, terdapat

Dalam sistem SCADA terdapat terdapat Human Machine Interface ( HMI ) yang merupakan kumpulan dari layar, tampilan grafik, sakelar-sakelar, keyboard, dan peralatan

Diantara toko pendidikan itu di Medan, Sumatera Utara, terdapat seorang sosok perempuan yang berjuang demi memajukan pendidikan bangsa Indonesia Pejuang itu adalah Ani

Gambar 2 Pendapatan usaha BAg tahun 2011-2016 Bisnis BAg dalam pengangkutan batubara selama ini diperoleh dari kontrak pada harga jasa pengangkutan per ton batubara yang ditetapkan

Berdasarkan hasil penelitian mengenai pembelajaran PPKn kelas XI melalui e-learning pada masa pandemi Covid-19 di SMA Negeri Karya Sakti memberikan implikasi jika

Terhadap kendaraan angkutan barang sebagaimana dimaksud dalam Pasal 32 ayat (2) Peraturan Daerah ini, yang karena tingkat kebutuhannya serta efisiensi waktu