• Tidak ada hasil yang ditemukan

LUTPI MUSTAFA. MOHD SHAFIEE HAMZAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "LUTPI MUSTAFA. MOHD SHAFIEE HAMZAH"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

1

PERKATAAN AL-SAFF AYAT KE EMPAT DALAM SURAH AL-SAFF DAN

HUBUNGANNYA DENGAN DAKWAH

[THE WORD ‘AL-SAFF’ TAKEN FROM THE SURAT AL-SAFF, VERSE 4

AND ITS RELATION TO DA’WAH]

1LUTPI MUSTAFA

dlupyys@gmail.com

*1 MOHD SHAFIEE HAMZAH

mshafiee@unisza.edu.my

1 Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak,

21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA * Corresponding Author

ABSTRACT

The study discusses about the word ‘saff’ taken from the Surat al-Saff, verse 4 and its relation to da’wah. This method of study is actually content analysis which uses qualitative method, having to do with library reference. The objective of this study is to explain the meaning of the word ‘saff’ and its relation to da’wah. The study analysis is carried out using the inductive dan deductive methods in order to produce a good study outcome. The finding in study concludes that the word ‘saff’ is related to da’wah and struggle. In this study, the word ‘saff’ is interpreted as the line-up is solat, struggle,

jama’ah and unity of ummah. The study board suggests that more detailed studys should be

conclucted on this verse in order to know the figurative and literal meaning as well as the lessons that can be derived.

Key Words: Surat al-Saff, da’wah, unity of ummah

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan mengenai perkataan Saff yang diambil dari Surah al-Saff, ayat keempat dan hubungan dengan dakwah. Kaedah kajian ini merupakan analisis kandungan yang menggunakan metode kualitatif yang terarah kepada rujukan perpustakaan. Objektif kajian ini menjelaskan maksud perkataan saff dan hubungan dengan dakwah. Analisis kajian ini dibentuk dengan menggunakan metode induktif dan deduktif bagi merumuskan hasil kajian yang baik. Dapatan dalam kajian ini merumuskan bahawa perkataan saff mempunyai kaitan dengan dakwah dan perjuangan. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan sebagai barisan solat, saff dengan maksud perjuangan, jama’ah dan kesepaduan ummah. Kajian ini mencadangkan supaya kajian-kajian lebih terperinci dilakukan mengenai ayat ini untuk mengetahui maksud yang tersurat dan tersirat serta pengajaran yang baik.

(2)

2

Kata Kunci: Surah al-Saff, dakwah, kesepaduan ummah

PENGENALAN

Ayat keempat dalam Surah al-Safff ini menyatakan tentang perjuangan dakwah yang perlu berada dalam satu barisan yang tersusun kukuh dan kuat agar tidak dapat tumbangkan oleh musuh-musuh yang datang menjelma.

ٌصوحصْرَم ٌناَيْ نح ب ْمحَّنََّأَك اًّفَص ِهِليِبَس ِفِ َنوحلِتاَقح ي َنيِذَّلا ُّبِحيُ ََّللَّا َّنِإ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berjuang di jalanNya dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (al-Saff: 4).

MAKSUD AYAT

Ayat ini terkait dengan kecintaan Allah terhadap mereka yang berjuang dan berjihad di jalanNya dalam satu saff yang kuat dan tersusun. Ibn Kathir (1988) menafsirkan bahawa ayat ini merupakan berita baik dari Allah tentang kecintaanNya terhadap orang-orang beriman yang berjuang dalam satu saff berhadapan dengan musuh-musuh Allah. Mereka berjihad di atas jalan Allah menentang kaum kufur agar kalimahNya tetap utuh dan sentiasa berada di atas ubun-ubun. Allah menyukai mereka yang meneruskan perjuangan itu kerana berada dalam satu kelompok jama’ah bagaikan satu bangunan yang berdiri kukuh, kuat dan tidak mungkin dapat diruntuhkan.

Sebab itu, perjuangan Islam merupakan perjuangan untuk mencari keredaan Allah yang memerlukan cara dan kaedah yang tertentu. Menurut Yusuf al-Qardawi (2009), perjuangan dalam gerakan Islam harus berdasarkan strategi dan perancangan untuk membangunkan sasaran-sasaran agar dapat direalisasikan. Manakala Khatib al-Sharibini (1285H) dalam huraiannya mengenai ayat ini memperkatakan tentang sifat kesempurnaan Allah, iaitu (ّ بُحلا) yang melahirkan sifat cinta kepada hambaNya yang berjuang dan berjihad di atas jalanNya dalam satu organisasi yang kemas tersusun dan Allah pasti memudahkan jalan untuk mencapai redhaNya. Apabila berlalunya peristiwa hijrah, di sana Allah telah mengurniakan pelbagai nikmat kepada anggota jama’ah yang mengikut baginda s.a.w. dengan memberi pertolongan dan kekuatan yang tidak diperoleh sebelum ini. Lalu Allah memfardukan jihad ke atas mereka melalui beberapa ayat, termasuk ayat di atas (al-Syafi’i, 2006). Ayat ini melanjutkan bicaranya dengan menyebut: (ٌّصوُص ْرَمّ ٌناَيْنُبّ ْمُهَّنَأَكّ اًّفَص) yang bererti: “Berada dalam satu barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” Menjelaskan ayat ini, al-Sa’d (2002) dalam tafsirnya menghuraikan tentang gesaan Allah terhadap hamba-hambaNya supaya terus istiqamah berada di atas jalanNya, di samping mengajar mereka cara-cara perjuangan dengan membina saff yang tersusun kukuh dan kuat. Manakala Abu Hatim (1997) dalam pandangannya menjelaskan, bahawa Allah Taala telah mengatur segala urusan orang-orang mukmin dengan membina saff dalam perjuangan dan dalam mendirikan solat. Pandangan beliau ini merumuskan tentang maksud perkataan al-Saff (ّ فصلا) yang dapat dibahagikan kepada dua, iaitu saff dalam perjuangan dan saff dalam mendirikan solat.

(3)

3

Menjelaskan ayat: (ٌّصوُص ْرَمٌّناَيْنُّبّْمُهَّنَأَك) iaitu: “Seperti bangunan yang tersusun kukuh” bahawa ayat ini menggambarkan usaha sepakat dan kerjasama yang erat dilakukan oleh para pejuang di sepanjang jalan untuk meninggikan agama Allah sebagai satu binaan yang tersusun kukuh dan kuat yang tidak mungkin dapat dirobohkan. Memimpin pandangan Sayyid Qutb (1988), tafsirannya adalah terarah dan beliau menjelaskan, andai kata batu-bata itu tidak tersusun rapi, sama ada terkeluar ke hadapan atau ke belakang atau batu-bata itu terpisah dari pegangan batu-bata di bawahnya atau di atasnya atau di sebelahnya. Maka struktur bangunan itu tidak lagi kuat dan tidak selamat lagi digunakan, kerana susunan bangunan itu akan menjadi senget dan berat sebelah, tidak seimbang dan pasti akan tumbang. Sesungguhnya contoh perbandingan ini merupakan gambaran tentang hakikat yang sebenar, iaitu gambaran tentang tabiat sebuah jama ’ah yang terikat kukuh di antara para anggotanya, ikatan sebuah perasaan, ikatan ukhuwah dan ikatan harakah di bawah satu sistem amal jama’i yang tersusun untuk mencapai matlamat keredaan Allah.

DESKRIPSI PERKATAAN SAFF DAN HUBUNGANNYA DENGAN DAKWAH

Ayat di atas menyebut perkataan (اًّفَص) yang diterjemahkan dengan makna barisan. Para ilmuwan Islam dalam kalangan ulama tafsir telah menjelaskan pengertian perkataan saff ini dalam empat keadaan, iaitu saff dalam ibadat solat, saff dengan makna perjuangan, saff dengan makna jama’ah Islam dan saff dengan makna kesatuan ummah. Penjelasan mengenai makna-makna saff ini adalah sebagaimana berikut:

Saff dengan Makna Barisan

Saff dengan makna barisan dalam ibadat solat telah dijelaskan oleh al-Suyuti (2003) dalam kitabnya

al-Durr al-Manthur al-Tafsir bi al-Ma’thur. Menunaikan ibadat solat secara berjama’ah memerlukan

keteraturan dan penyusunan saff yang dibina dalam keadaan rapat, kedudukan kaki adalah sama dan tiada kelompangan di antara seseorang jama’ah. Arahan membetulkan saff telah dijelaskan dalam sebuah hadith, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

ِةَكِئ َلََمْلا ِفوحفحصِب َنوُّفحصَت اََّنَِّإَف َفوحفُّصلا اوحميِقَأ ِبِكاَنَمْلا َْيَْب اوحذاَحَو

اوحرَذَت َلََو ْمحكِناَوْخِإ يِدْيَأ

ِفِ اوحنيِلَو َلَلَْلْا اوُّدحسَو

اَبت حَّللَّا حهَعَطَق اًّفَص َعَطَق ْنَمَو َلَاَعَ تَو َكَراَبَ ت حَّللَّا حهَلَصَو اًّفَص َلَصَو ْنَمَو ِناَطْيَّشلِل ٍتاَجحرح ف

َلَاعَتَو كر

Maksudnya: “Hendaklah kamu luruskan saff, sesungguhnya kamu berbaris bersama saff para malaikat, samakan di antara bahu-bahu kamu dan penuhi ruang-ruang kosong, lembut tangan saudara kamu, jangan biarkan ruang-ruang kosong untuk syaitan, sesiapa yang menyambung saff, maka Allah akan menyambungkannya dan sesiapa yang memutuskan saff, maka Allah akan memutuskannya.” (Ahmad, 2009).

Hadith ini membicarakan tentang kepentingan meluruskan saff ketika menunaikan solat dan memenuhi ruang-ruang saff yang kosong di antara ahli jama ’ah adalah termasuk dalam perkara membetulkan saff. Menurut Abd al-Rahman Abadi (2005), maksud hadith di atas mengenai menyambung saff dijelaskan sebagai mereka yang datang pada saff tersebut dan kemudian memenuhi

(4)

4

ruang-ruang kosong di celah-celah antara para jama ’ah solat. Maksud Allah menyambungnya dijelaskan sebagai Allah menyambung dengan rahmatNya sehingga selesai menunaikan solat. Manakala maksud sesiapa yang memutuskan saff pula ialah mereka yang tidak memenuhi ruang-ruang saff yang kosong. Dengan sebab itu, Allah akan memutuskan rahmatNya dan tidak akan memeliharanya. Di dalam sebuah hadith yang lain, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

محكَبْولحق فِلَتْختَف اْوحفِلَتَْتَ َلََو اْوحوَ تْسا

Maksudnya: “Luruskan lah saff kamu dan jangan bercerai-berai, nanti hati-hati kamu pula akan tercerai-berai.” (Muslim, 1996).

Meluruskan dan membetulkan saff merupakan amalan yang sangat dituntut sebelum mendirikan solat secara berjama’ah. Amalan ini diajar oleh Nabi s.a.w. secara praktikal dan baginda tidak akan menunaikan solat sehingga baginda berpuas hati melihat saff para jama’ah itu sempurna. Oleh itu, setiap kali menunaikan ibadat ini para imam disunatkan untuk memberi peringatan kepada para makmum supaya membetulkan saff. Manakala para makmum hendaklah menoleh ke kiri kanan sahabat mereka agar merapatkan dan meluruskan saff sehingga bahu dan tumit mereka bersentuhan tanpa ada ruang di antara mereka untuk syaitan berdiri di celah mereka.

Pentingnya meluruskan saff sehingga amalan ini dianggap sebagai sebahagian daripada mendirikan solat, sebagaimana dinyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

ِةَماَقِإ ْنِم ِفوحفُّصلا َةَيِوْسَت َّنِإَف ْمحكَفوحفحص اوُّوَس

ِةَلََّصلا

Maksudnya: “Luruskan saff-saff kamu, kerana meluruskan saff itu termasuk dalam mendirikan solat.” (al-Bukhari, 1986).

Persoalan memelihara dan merapatkan saff dalam solat perlu dilihat dari sudut kesatuan umat Islam yang bermula dari ibadat solat. Dengan pembinaan saff-saff yang betul ini melambangkan ikatan persaudaraan umat Islam terjalin dari sudut zahir dan batin (Hasna, 2016). Namun, persoalan ini kian terabai dan diambil mudah. Ramai dalam kalangan ahli jama’ah tidak menghiraukan tuntutan ini sebagaimana yang berlaku di masjid-masjid hari ini. Saff-saff solat mereka kelihatan renggang, tidak betul dan tidak sekata. Apa yang mengecewakan, terdapat dalam kalangan imam sendiri yang tidak mengambil cakna mengenai perkara ini. Sedangkan dalam hadith-hadith Nabi s.a.w. mengenai persoalan merapatkan saff sangat menitik-beratkan kesempurnaannya (Ari Syaeful, 2017) sehingga terdapat hadith-hadith berbentuk ancaman terhadap mereka yang tidak lurus dalam saff solat.

Di antara hadith tersebut sebagaimana yang diriwayatkan dari al-Nu’man bin Bashir r.a. bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

َْيَْب الله َّنَفِلاَخحيَل ْوأ محكحفْوحفحص َّنُّوَسحتَل

محكِهْوحجحو

(5)

5

Maksudnya: “Hendaklah kamu meluruskan saff-saff kamu atau Allah akan memperselisihkan di antara wajah-wajah kamu.” (Muslim, 1996).

Menurut Imam al-Nawawi (T.th), menjelaskan maksud ‘perselisihan wajah’ di sini adalah terarah kepada permusuhan dan kebencian, perubahan wajah secara zahir akan terkesan kepada hati secara batin. Manakala al-Qurtubi menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan ‘perselisihan hati’ pada hadith di atas adalah sikap seseorang jama ’ah yang tidak meluruskan saffnya dengan berdiri ke hadapan atau ke belakang yang menunjukkan kesombongan dalam hatinya yang tidak mahu teratur. Sikap seumpama ini akan merosakkan hati dan akan menimbulkan gejala perpecahan (al-‘Asqalani, 1986).

Di antara kesan buruk dengan sebab perbuatan yang tidak merapatkan saff atau menyambung saff ialah:

a. Kedudukan saff yang tidak betul menyebabkan solat menjadi tidak sempurna, sebagaimana

dijelaskan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

لََّصلا ِةَماَقِإ ْنِم ِفْوحفُّصلا َةَيِوْسَت َّنِإَف ْمحكَفْوحفحص اْوُّوَس

ِة

ِةلََّصلا ِماََتَ ْنِم ِِّفَّصلا َةَيِوْسَت َّنِإَف :ٍظْفَل ِْفَِو

Maksudnya:“Betulkan saff-saff kamu, kerana meluruskan saff-saff termasuk dalam perkara menegakkan solat, dalam lafaz yang lain: Kerana meluruskan saff termasuk kesempurnaan solat.” (al-Bukhari, 1986).

b. Keadaan saff yang tidak betul dan tidak sempurna merupakan punca perpecahan umat Islam.

Perkara ini dijelaskan oleh Nu’man bin Bashir r.a. dalam sebuah hadith dengan sanad yang sahih:

حسَر َلَبْ قَأ

َفْوحفحص َّنحمْيِقحتَل ِاللهَو ًثالََث ْمحكَفْوحفحص اْوحمْيِقَأ َلاَقَ ف ِهِهْجَوِب ِساَّنلا ىَلَع ملسو هيلع الله ىلص الله حلْو

حالله َّنَفِلاَخحيَل ْوَأ ْمحك

حهَتَ بْكحرَو ِهِبِحاَص ِبِكْنَِبِ حهَبِكْنَم حقِزْلح ي َلحجَّرلا حتْيَأَرَ ف َلاَق ْمحكِبْوحلح ق َْيَْب

ِهِبْعَكِب حهَبْعَكَو ِهِبِحاَص ِةَبْكحرِب

Maksudnya: “Rasulullah s.a.w. pernah menghadap ke arah jama ’ah solat dan bersabda: Betulkan saff-saff kamu (diulang tiga kali), demi Allah..! Apabila kamu tidak menegakkan saff kamu nanti Allah akan mencerai-beraikan hati kamu. Nu’man berkata: Aku melihatkan sendiri masing-masing di antara kami saling merapatkan bahunya dengan bahu sahabatnya, lututnya dengan lutut sahabatnya dan tumitnya dengan tumit sahabatnya.” (Abu Dawud, 1990).

c. Susunan saff dalam ibadat solat yang tidak betul dan tidak lurus pasti tidak akan mendapat rahmat dari Allah, sebagaimana yang dijelaskan dalam sebuah hadith sahih:

ًةَجْرح ف َّدَس ْنَمَو َفْوحفُّصلا َنْوحلِصَي َنْيِذَّلا ىَلَع َنْوُّلَصحي حهَتَكِئلََمَو َالله َّنِإ

ًةَجَرَد اَِبِ حالله حهَعَ فَر

(6)

6

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya selalu mendoakan orang-orang yang menyambung saff-saff dalam solat, sesiapa yang mengisi kekosongan saff akan diangkat satu darjat oleh Allah.” (Ibn Majah, 2015).

Menurut al-‘Asqalani (1986), berdasarkan keterangan hadith-hadith di atas, melurus, membetul dan merapatkan saff dalam ibadat solat secara jama’ah menghukumkannya sebagai wajib dan tidak menyempurnakannya adalah haram.

Saff dengan Makna Perjuangan

Saff dengan makna perjuangan dalam peperangan untuk menegakkan agama Allah, kerana mereka yang berjuang dan berjihad di jalan Allah memerlukan kepakaran dan strategi untuk menghadapi barisan musuh, memerlukan kekuatan dan kecekalan, tidak boleh terburuh-buru, saling berganding bahu dan bantu-membantu. Perkara ini dijelaskan oleh al-Baghawi (1993) bahawa maksud dari ayat di atas ialah mereka yang berada di dalam satu saff perjuangan dan tidak mungkin akan bergoyah dari tempat tersebut.

Manakala al-Qurtubi (1988) menjelaskan makna saff sebagai perjuangan menentang musuh-musuh Allah, di mana Allah menyifatkan hubungan orang-orang mukmin bagaikan sebuah bangunan kukuh dalam perjuangan mereka dan dalam solat mereka. Beliau kemudian mengukuhkan makna saff ini sebagai pembuktian bahawa perjuangan dalam keadaan berjalan lebih baik daripada menunggang.

Menurut Jainudin (2017) dalam kajiannya mengenai konsep jihad menurut Surah al-Saff, beliau merumuskan bahawa surah ini menceritakan tentang barisan perjuangan dalam menegakkan agama Allah dengan tawaran pahala yang Allah janjikan kemenangan apabila mengikuti seruanNya dengan menggadaikan harta dan jiwanya semata mata demi perjuangan dakwah.

Dengan demikian, konsep perjuangan dalam Islam mestilah menepati al-Qur’an dan al-Sunnah serta ijmak ulama supaya konsep tersebut tidak disalah-tafsirkan (Ramlan, 2016) sebagai golongan teroris yang menafsirkan perjuangan itu sebagai jihad semata-mata yang menghalalkan pembunuhan dan pertumpahan darah (Muhd Imran, 2018).

Perkataan Saff diertikan Sebagai Jama’ah

Perkataan saff diertikan sebagai jama’ah dalam kalangan orang-orang Islam yang berjuang di jalan Allah. Ini kerana konsep jama’ah adalah konsep penyusunan idea dan pendapat untuk membentuk

Wahdat al-Fikri dan Wahdat al-‘Amali yang memerlukan kesatuan dalam apa jua tindakan supaya

perjuangan yang dilakukan itu terarah dan menepati objektif. Menjelaskan perkara ini, Sayyid Qutb (1998) dalam huraiannya menjelaskan bahawa perkataan saff di dalam Surah al-Saff bererti jama’ah Islam.

Penghuraian ayat di atas terkait dengan perkataan saff ini menerangkan bahawa dalam sebuah jama’ah tidak boleh terdapat percanggahan yang boleh membawa kepada permusuhan yang pada akhirnya mengakibatkan hancurnya jama ‘ah tersebut. Perkara ini ditegaskan oleh al-Maraghi (1946) dalam tafsirnya, bahawa pertentangan yang menyebabkan rosaknya hubungan dalam jama ’ah akan

(7)

7

membawa kepada kelemahan dan kegagalan serta kehancuran. Dengan itu, konsep berjemaah sangat penting dan merupakan perkara asas dalam sesuatu pengurusan.

Menurut Said Hawa (1981), di antara ciri-ciri sesebuah jama ’ah Islam ialah menggunakan al-Qur’an dan al-Sunnah sebagai sumber rujukan yang dibangunkan untuk menegakkan agama Allah dan membina Dawlah Islamiyah di atas muka bumi. Jama ’ah tersebut hendaklah memahami Islam secara syumul dan pendekatan dakwah yang diamalkan adalah bersifat komprehensif, tidak terbatas hanya kepada sesebuah negara atau suku bangsa. Ini kerana, dakwah Islam adalah dakwah untuk sekalian alam yang menekankan semua umat Islam adalah Wahdat al-Ummah dan sentiasa bergerak ke arah matlamat yang satu.

Manakala Mustafa Masyhur (1995) yang mengulas ciri-ciri sebuah jama’ ah Islam mesti mengikut kaedah perjuangan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. ketika berdakwah, sama ada sebelum hijrah atau selepas hijrah sehingga tertegaknya sebuah negara Islam. Kaedah dakwah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. adalah secara berperingkat-peringkat, beransur-ansur, jelas dan terang ketika membawa risalah dakwah, dilaksanakan secara berhikmah dan sentiasa berwaspada dalam setiap langkah serta mengambil kira faktor persekitaran.

Oleh itu, sesebuah jama ’ah yang di dokong memerlukan sistem pengurusan yang baik dan berkesan, sama ada dari sudut organisasinya atau pelaksanaan programnya atau perancangan yang diatur. Namun, terkadang sistem pengurusan memerlukan maslahat (Abdul Hadi, 2016) dan kesesuaian mengikut situasi setempat, supaya penyampaian dakwah dapat diterima oleh masyarakat dengan sempurna.

Saff dengan Makna Memelihara Kesatuan Umat Islam

Perkataan saff diertikan dengan makna perintah dan anjuran memelihara kesatuan ummah dan menjauhkan dari perpecahan, perbalahan dan perselisihan sehingga membawa kepada pergaduhan, sebagaimana yang ditegaskan dalam al-Qur’an:

َتْعاَو

َب َفَّلَأَف ًءاَدْعَأ ْمحتنحك ْذِإ ْمحكْيَلَع َِّللَّا َتَمْعِن اوحرحكْذاَو اوحقَّرَفَ ت َلََو اًعيَِجَ َِّللَّا ِلْبَِبِ اوحمِص

ًنًاَوْخِإ ِهِتَمْعِنِب محتْحَبْصَأَف ْمحكِبوحلح ق َْيْ

Maksudnya: “ Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara.” (Ali Imran: 103).

Menjelaskan ayat ini, Syeikh al-Sa’di dalam tafsirnya menegaskan, bahawa perpecahan dan permusuhan dalam kalangan kaum muslimin akan merosakkan hubungan mereka dan memutus ikatan ukhuwwah sesama mereka, mereka akan bersikap individualistik dan bekerja berdasarkan hawa nafsu sendiri, perkara ini akan memberi bahaya kepada maslahat umum.

Dalam sebuah hadith, sebagaimana yang diriwayat dari Nu’man bin Basyir, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

(8)

8

ْمِهِِّداَوَ تَو ْمِهِححُاَرَ ت ِفِ َيِْنِمْؤحمْلا ىَرَ ت

ىَّمحْلْاَو ِرَهَّسلِبِ ِهِدَسَج حرِئاَس حهَل ىَعاَدَت اًوْضحع ىَكَتْشا اَذِإ ِدَسَْلْا ِلَثَمَك ْمِهِفحطاَعَ تَو

Maksudnya: “Kamu akan melihat orang-orang mukmin dalam hal saling mengasihi, mencintai, dan menyayangi bagaikan satu tubuh. Apabila ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuhnya akan ikut terjaga dan panas (turut merasakan sakit).” (al-Bukhari, 1986).

Gambaran kesatuan umat Islam dan melarang daripada melakukan perpecahan telah dijelaskan dalam sebuah hadith, sebagaimana hadith yang diriwayat darri Abu Musa, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

َ ب حهحضْعَ ب ُّدحشَي ِناَيْ نح بْلاَك ِنِمْؤحمْلِل حنِمْؤحمْلا

ِهِعِباَصَأ َْيَْب َكَّبَشَو اًضْع

Maksudnya:

“Orang-orang mukmin sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang satu sama lain saling menguatkan, sambil Rasulullah s.a.w. memasukkan jari-jari tangannya.” (al-Bukhari, 1986).

Contoh perbandingan Rasulullah s.a.w. ini sungguh tepat, kerana ribuan batu-bata yang berselerak di tepi-tepi jalan tidak mempunyai apa-apa nilai kerana tidak dimanfaatkan. Tetapi apabila batu-bata tersebut diikat dan disusun dengan teratur dan rapi, maka ianya akan membentuk suatu dinding yang kuat untuk membina sebuah bangunan kukuh yang tidak mungkin dapat dirobohkan. Gambaran ini sama dengan gambaran yang terdapat dalam Surah al-Saff ayat yang keempat ini, bahawa sikap tolong-menolong dan bantu-membantu di atas jalan Allah untuk keperluan saudara seagama termasuk alam konsep jihad. Perkara ini termasuk dalam perkara melepaskan kesusahan yang dihadapi oleh saudara Muslim, nanti kita akan dilepaskan dari kesusahan pada hari akhirat, benarlah sabda Nabi s.a.w.:

َمَو ِةَماَيِقلْا ِمْوَ ي ِباَرحك ْنِم ًةَبْرحك حهْنَع حالله َسْفَ ن َايْنُّدلا ِباَرحك ْنِم ًةَبْرحك ٍنِمْؤحم ْنَع َسَّفَ ن ْنَم

ْن

ِفِ ِهْيَلَع حالله َرَّسَي ٍرِسْعحم ىَلَع َرَّسَي

ِفِ حالله حهََتََس اًمِلْسحم ََتََس ْنَمَو ِةَرِخَْلَاَو اَيْ نُّدلا

اَيْ نُّدلا

ِهيِخَا ِنْوَع ِفِ حدْبَعلْا َناَك اَم ِدْبَعْلا ِنْوَع ِفِ حاللهَو ِةَرِخَْلَاَو

Maksudnya:

“Sesiapa yang melapangkan seorang mukmin dari satu kesusahan dunia, Allah akan melapangkannya dari salah satu kesusahan di hari kiamat, sesiapa yang meringankan penderitaan seseorang, Allah akan meringankan penderitaannya di dunia dan akhirat, sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat, Allah akan menolong seorang hamba selama hamba itu menolong saudaranya.” (Muslim, 1996).

Implementasi Saff Sebagai Perjuangan Dakwah Terfokus

Muqatil Ibn Hayyan menjelaskan, bahawa ayat ini terkait dengan rungutan orang-orang mukmin mengenai amalan yang paling disukai oleh Allah untuk mereka amalkan. Kemudian Allah

(9)

9

menunjukkan kepada mereka amalan yang paling disukai melalui firmanNya ini: Bahawa Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam keadaan saff yang teratur. Mereka telah diuji oleh Allah melalui peperangan Uhud, namun mereka berpaling dari Rasulullah s.a.w. dan meninggalkan baginda.

Di dalam sepotong hadith yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: “Terdapat tiga kelompok orang yang Allah akan tertawa kepada mereka, iaitu orang yang bangun tengah malam, orang-orang berada dalam saff jama’ah untuk mendirikan solat dan orang-orang yang berada dalam saff untuk berperang.” (Ahmad, 2009).

Menjelaskan perkataan (اًّفَص) dalam ayat di atas, Ibn ‘Abbas r.a. menafsirkan dengan makna tetap berdiri teguh di atas agama Allah, tidak tumbang-ambing dan masing-masing dengan peranan serta mempunyai ikatan yang erat di antara satu sama lain.

Terkait dengan ayat ini, Qatadah cuba menjelaskan maksud contoh perbandingan yang dikemukakan oleh Allah (صْوُص ْرَمٌّناَيْنُبّمهَّنأَك) - Bahawa hubungan akrab dan erat di antara orang-orang Muslim sesama Muslim bagaikan satu bangunan yang tersusun kukuh. Seseorang kontraktor yang membina sebuah bangunan mengarahkan para pekerjanya agar melakukan kerja-kerja pembinaan mengikut segala arahan yang ditetapkan. Penggunaan segala bahan material adalah mengikut klasifikasi yang ditetapkan seperti adunan pasir dan simen serta bahan-bahan yang lain. Tujuannya adalah untuk menjaga supaya bangunan yang dibina berdiri kukuh dan tidak mungkin akan runtuh.

Demikian juga, bahawa Allah Yang Maha Perkasa tidak suka seandainya perintahNya tidak dipatuhi dan apatah lagi diabaikan. Dia telah membariskan orang-orang mukmin dalam peperangan dan ibadat solat dalam satu saff supaya mereka dapat memusatkan ubudiyyah mereka kepadaNya. Dengan sebab itu, ayat ini secara tidak langsung mengarahkan supaya setiap Muslim wajib berpegang teguh pada perintah Allah, kerana Dia adalah Tuhan yang menjadi pelindung kepada setiap hamba berpegang teguh kepadaNya.

Hubungan Ayat dengan Dakwah

Ayat di atas menjelaskan bahawa Allah amat mencintai orang-orang yang berjuang dan berjihad di jalanNya, iaitu mereka yang melakukan perjuangan dakwah untuk menyeru manusia ke pangkuan Allah (Levis B. Ch. Pellot and J.Schacht, 1965). Sama ada mereka menggunakan senjata yang berada di medan juang menghadapi musuh atau menggunakan ucapan dan perkataan yang dilakukan secara berjama’ah dalam satu saff organisasi yang tersusun kukuh. Perjuangan dakwah juga boleh diaplikasikan dalam bentuk tulisan yang dihasilkan melalui buku-buku dan karya-karya yang ditulis. Syarat untuk mendapatkan kecintaan dari Allah bukan hanya semata-mata berjuang di atas jalanNya, bahkan harus bersatu dalam satu saff perjuangan yang disokong oleh mereka yang mempunyai kepimpinan yang terancang. Perbandingan yang dinyatakan dalam ayat di atas sungguh menakjubkan. Saff perjuangan yang dibina bagaikan sebuah bangunan yang kukuh sebagai perlambangan tentang ikatan anggota jama ‘ah dan ikatan perjuangan yang tersusun dan terancang. Ini kerana, tidak mungkin sesebuah bangunan itu akan dapat berdiri kukuh andai kata batu-batanya rapuh dan kualiti pasir yang diadun dengan simen tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan, pasti bangunan itu akan mudah roboh dan runtuh. Begitu juga dalam dakwah, bahawa setiap individu Muslim yang terbina di atas jalannya seharusnya mempunyai iman yang mantap dan dikuasai dengan keikhlasan yang benar-benar hebat.

(10)

10

Pentingnya konsep berjemaah dalam perjalanan dakwah ke jalan Allah dijelaskan dalam beberapa hadith, di antaranya ialah hadith yang diriwayatkan oleh al-Turmidhi:

إ

ةعاملْا مزليلف ةنلْا ةحوببِ دارا نم دعبأ يْنثلَا نم وهو دحاولا عم ناطيشلا ناف ةعاملْبِ مكيلعو ةقرفلاو مكيا

Maksudnya: “Jauhkan kamu dari perpecahan dan hendaklah kamu bersama jama ’ah, kerana syaitan bersama dengan orang yang kesepian, namun dia menjauhkan diri ketika orang itu berdua, oleh itu sesiapa yang mahukan hidup di tengah syurga, maka dia hendaklah bersama dengan jama ’ah.”(Turmidhi, 1996).

Sabda Rasulullah s.a.w.:

وأ

نبِ نيرمأ ِّللَّا سمبخ مكرمآ نً

ةعاطلاو عمسلاو ةعاملْبِ

ف ِّللَّا ليبس فِ داهلْاو ةرجلهاو

إ

برش ديق ةعاملْا نم جرخ نم هن

لإا ةقبر علخ دقف

هقنع نم ملَس

إ

اولاق عجري نأ ِّلَ

و الله لوسر يا

إ

و لاق ماصو ىِّلص ن

إ

ملسم هنأ معزو ىِّلصو ماص ن

Maksudnya: “Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan aku dengannya, iaitu: tetap bersama jama’ah, dengar dan patuh, berhijrah dan berjihad di jalan Allah. Maka sesungguhnya sesiapa yang keluar meninggalkan jama’ah sekadar sejengkal, maka dia telah mencabut ikatan Islam dari tengkoknya sehinggalah dia kembali semula bersama jama’ah, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, sekali pun orang itu bersolat dan berpuasa? Baginda menjawab: Ya, sekalipun dia berpuasa dan bersolat, dia menyangka seorang Muslim.” (Ahmad, 2009).

Dalam hadith yang diriwayatkan dari Jabir bin Abd Allah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

ِةَماَيِقْلا ِمْوَ ي َلَِإ َنيِرِهاَظ ِِّقَْلْا ىَلَع َنوحلِتاَقح ي ِتَِّمحأ ْنِم ٌةَفِئاَط حلاَزَ ت َلَ

Maksudnya: “Akan sentiasa ada satu golongan dari umat ku, yang sentiasa berjuang di atas kebenaran berterusan secara nyata sehingga ke hari kiamat.” (Muslim, 1996).

Kefahaman tentang konsep perjuangan secara berjemaah ini digambarkan oleh kata-kata Umar al-Khattab r.a.:

ةرامبإ لَإ ةعاجَ لَو ةعامبج لَإ ملَسإ لَ

Maksudnya: “Tidak sempurna Islam melainkan dengan jama ’ah, tidak sempurna jama ’ah melainkan dengan kepimpinan.”(al-Darimi, 1987).

(11)

11

Menurut Jamil Farooqui (2014) dalam kajiannya berjudul The Sociological Approach to

Islamic Da‘wa menjelaskan bahawa tiga aspek dakwah yang sangat terkesan kepada hubungan sosial

dan kehidupan individu yang perlu diberi perhatian, iaitu:

“First, the significance of da‘wah from the sociological perspective is the nature of intellectual interaction where there is an exchange of ideas and ideals affecting the mind-set of individuals. Second, it is a vital form of social transformation which takes place at the intellectual level and proceeds to the physical level. Third, it has a distinct method based on the communicator, content, recipient and the style of communication.”

Setiap individu dakwah masing-masing mempunyai peranan untuk membina nilai upaya dengan kemampuan dan kebolehan yang ada (Abdul Ghafar dan Jaffary, 2009), kerana di sana terdapat pelbagai cabang-cabang dan juzuk-juzuk dakwah. Ada dalam kalangan mereka yang mampu bercakap, berceramah dan berpidato, tetapi mereka lemah ketika berhujah, ada dalam kalangan mereka yang boleh melakukan program dan aktiviti lasak, tetapi mereka lemah berhadapan dengan orang ramai. Ada dalam kalangan mereka yang hebat memberi pandangan dan kritikan, tetapi mereka tidak mampu untuk berdialog dan berdiskusi, ada pula dalam kalangan mereka yang banyak memberi sumbangan harta benda dan wang ringgit, tetapi mereka tidak petah bercakap dan diajak bicara. Oleh itu, kemampuan dan kebolehan adalah individual skills yang tetap memberi saham kepada perjuangan walau sekecil mana sumbangan yang dihulurkan.

PENUTUP

Kajian mengenai perkataan saff, ayat keempat dalam Surah al-Saff dan hubungan dengan dakwah merumuskan bahawa perkataan saff sememangnya mempunyai kaitan dengan dakwah. Dalam kajian ini, perkataan saff dijelaskan dengan empat pengertian, iaitu saff dengan makna barisan dalam ibadat solat, saff dengan makna perjuangan, saff dengan makna jama ’ah dan saff dengan makna kesatuan ummah. Keempat-empat makna ini merupakan elemen yang mempunyai kaitan dengan dakwah. Menjelaskan perkara ini, saff dalam ibadat solat merupakan asas kekuatan di antara Muslim, manakala perjuangan, jama’ah dan kesatuan ummah adalah sinonim dengan dakwah. Rahsia mengapa Allah mengumpamakan saff perjuangan itu dengan sebuah bangunan yang kukuh dapat dijelaskan bahawa setiap individu Muslim tidak cukup hanya menjadi individu yang bersifat sendirian, melainkan dia harus bersinergi dan saling mengisi dan melengkapkan perbezaan untuk mencapai hasil yang lebih besar untuk melihat orang lain beramal soleh. Sudah tentu, bangunan yang dibina kukuh itu pasti akan bertahan lama dan tidak mengalami kerapuhan dan kerosakan pada musim panas atau hujan. Begitu juga dengan barisan dakwah, kekuatan akidah adalah asas perjuangan untuk membina kejayaan, kerana dalam perjuangan terdapat pelbagai tribulasi yang datang dari pelbagai sudut dan ruang-lingkup kehidupan. Oleh itu, prinsip istiqamah dan komitmen dalam perjuangan adalah perlu.

(12)

12

RUJUKAN

al-Tabari, Ibn Jarir. 1988. Jami’ al Bayân ‘An Ta’wil Ayi al-Qur’an. Bayrut: Dar al-Fikr.

Abadi, Abu ‘Abd al-Rahman Sharf al-Haq al-‘Azim Abadi. 1990. ‘Aun al-Ma’bud ‘Ala Sharh Sunan

Abi Dawud. Bayrut: Dar Ibn Hazm.

Abdul Hadi Sirat, Nurul Hilmiyah dan Muhammad Hakimi Mohd. Shafiai. 2016. Al Maslahah Based

Quality Management: A Theoretical Overview. American Journal of Applied Sciences 2016,

13 (3): 243.250

Abdul Ghafar Don dan Jaffary Awang. 2009. Knowledge Management and its Impact on Islamic

Da’wah A Historical Perspective. Journal of Islamic and Arabic Education 1 (2), 2009 61-68.

Abu Hatim, Abd al-Rahman bin Muhammad bin Idris al-Razi Ibn Abi Hatim. 1997. Tafsir al-Qur’an

al-Azim Musnadan ‘An Rasul Allah s.a.w. wa al-Sahabat wa al-Tabi’in. al-Riyad: Maktabat

Nazar Mustafa al-Baz.

al- Sa’di. Abdul Rahman al-Sa’di. Taysir Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan.

‘Asqalani, Ibn Hajar. 1986. Fath Bari. Bab Taswiya Sufuf. Qahirah: Dar Rayyan li al-Turath.

al-Baghawi, Abu Muhammad al-Husayn bin Mas'ud. 1993. Tafsir al-Baghawi (Mu’alim al Tanzil). Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah.

al-Darimi, Abdullah bin Abdul Rahman. 1987. Sunan al-Darimi. Bayrut: Dar al-Kutub al-‘Arabi. Maraghi, Ahmad Mustafa Maraghi. 1946. Tafsir Maraghi. Qahirah: Mustafa Babiy

al-Halabiy.

Nawawi, Yahya bin Sharif Abu Zakariyya. 1996. Shar Nawawi ‘Ala Muslim. Bayrut: Dar al-Khayr.

al-Qaradawi, Yusuf. 2009. Fiqh al-Jihad: Dirasah Muqaranat li-Ahkamihi wa-Falsaffatihi fi Daw

al-Quran wa-al-Sunnah. Qahirah: Maktabah Wahbah.

al-Sayuti, Jalal al-Din al-Sayuti. 2003. al-Durr al-Manthur al-Tafsir bi al-Ma’thur. Tahqiq: ‘Abd Allah bin Abd al-Muhsin al-Turki. Qahirah: Markaz Hijr li Buhuth wa Dirasat al-‘Arabiyyat wa Islamiyyat.

al-Sa’d, Abd al-Rahman bin Nasir al-Sa’d. Taysir al-Karim al-Rahman fi Tafsir Kalam al-Mannan.

al-Sharibini, Muhammad bin Ahmad al-Khatib al-Sharibini Shams al-Din. 1285H. al-Siraj al-Munir

fi I’anah Ala Makrifat Ba’d Ma’ani Kalam Rabbi Hakim Khabir. Matba’at Bulaq

al-Amiriyyah.

al-Syafi’i, Abu Abd Allah Muhammad bin Idris al-Syafi’i. 2006. Tafsir al-Imam al- Syafi’i. Tahqiq: Ahmad bin Mustafa al-Farran. al-Saudiyyah: Dar al-Tadmuriyyah.

al-Turmidhi, Abu Isa. 1996. Jami’ al-Turmidhi. Bayrut: Dar al-Gharab al-Islami.

Bahri, Ari Syaeful. 2017. Pendapat Ulama dan Penerapan Metode Tekstual-Konsekstual Terhadap

Ilzaq. Tesis Sarjana Fakulti Usuluddin dan Filsaffat, Universitas Islam Negeri Syarif

Hidayatullah, Jakarta.

Bidin, Hasna. 2016. Pelaksanaan Solat Dalam Kalangan Pelajar Muslim Di Kolej Komuniti Negeri

Johor. Tesis sarjana falsaffah, Fakulti Tamadun Islam Universiti Teknologi Malaysia.

Ibn Hanbal, Ahmad bin Hanbal. 2009. Musnad Imam Ahmad bin Hanbal. Tahqiq: Shu’ayb al-Arna’ut. Bayrut: Muassasah al-Risalah.

(13)

13

Ibn Majah, Muhammad bin Yazid. 2015. Sunan ibn Majah. al-Riyad: Dar al-Hadharah li Nashr wa al-Tawzi’.

Farooqui, Jamil. 2014. The Sociological Approach to Islamic Da‘wa. Journal of Islamic in Asia, Vol. 11, No. 2, IIUM.

Levis B. Ch. Pellot and J.Schacht e.d.s. 1965. The Encyclopedia of Islam, J.2, New Edition, E.J. Brill. Masyhur, Mustafa .1995. Min Fiqh al-Dakwah. Qahirah: Dar al-Tawzi’ wa al-Nashr al-Islami. Muhd Imran Abd Razak, Rahimin Affandi Abdul Rahim, Mohd Anuar Ramli, Siti Maimunah Hj.

Kahal dan Rabiatul Adawiyyah Mohamed Ratha. 2018. Analisis Fahaman Ekstremis Agama

dan Media Sosial Di Malaysia (Analysis Of Extreme Religion Followers And Social Media In Malaysia). Asian Journal of Environment, History and Heritage June 2018, Vol. 2, Issue. 1,

p. 91-103.

Muhammad Nasib al-Rifa’i. 2007. Ringkasan Tafsir Ibnu Kathir. Jakarta, Gema Insani Press

Peran, Mohd Jainudin. 2017. Konsep Jihad Menurut Surah As Shaff. Tesis Sarjana, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, Universitas Islam Negeri Ar-Raniry Darussalam, Banda Aceh.

Ramlan, Tengku Erwinsyahbana dan Nurul Hakim. 2016. The Concept of Jihad In Islam. IOSR Journal Of Humanities And Social Science (IOSR-JHSS) Volume 21, Issue 9, Ver. 7 (Sep. 2016) PP 35-42.

Said Hawwa. 1981. Durus fi al-Amal al-Islami. Qahirah: Dar ‘Ammar li al-Nashr wa al-Tawzi’ Sayyid Qutb. 1988. Fi Zilal al-Qur’an. Qahirah: Dar al-Shuruq.

Referensi

Dokumen terkait

Ekstrak etanol kunyit putih memiliki efek analgetik terhadap nyeri pada tikus yang diinduksi dengan metode Tail Immersion dengan dosis efektif adalah 80

Model kredibilitas Bühlmann parametrik dengan klaim berdistribusi Binomial Negatif- Lindley dapat diaplikasikan untuk data yang memiliki overdispersi. Penduga kuantitas Bühlmann

Berbeda dengan Heriyatno (2009), Apriani (2011) menjelaskan bahwa selain faktor pemberian pakan ternyata faktor suhu udara juga berpengaruh terhadap produksi susu, hal ini

SEMUA KLENTING – KLENTING RIBUT , MERASA DIRINYA YANG TERPILIH KEMUDIAN DATANG KLENTING KUNING DENGAN BERSAHAJA. K.kuning

Jadi kesimpulannya, meningkatnya pertikel-partikel halus di atmosfer baik yang berasal dari alam ataupun lingkungan berhubungan erat dengan berkurangnya jarak

Tiap desa per kecamatan pesisir memiliki alat tangkap yang berbeda-beda dan umumnya hasil tangkapan mereka adalah ikan teri, ikan tengiri, ikan tongkol, udang donggol,

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan tentang proses pembelajaran melalui penerapan strategi TANDUR pada konsep sistem ekskresi manusia siswa Kelas IX- 2 SMP

Penelitian yang telah dilakukan memberikan ke- simpulan bahwa gambaran komunikasi interperson- al guru mata pelajaran dengan guru BK di SMP Neg- eri  masuk pada kategori