• Tidak ada hasil yang ditemukan

1.3 Melaporkan diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "1.3 Melaporkan diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran."

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

SEMESTER PERTAMA 2015/2016

1

1 | PENDAFTARAN

Jika anda telah membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ke UPM, anda perlu mengambil tindakan berikut:

Pastikan ejaan nama dan nombor kad pengenalan anda di dalam Surat Tawaran Kemasukan adalah betul. Jika berlaku kesilapan, sila buat pembetulan pada Borang Pembetulan Nama /Kad Pengenalan, Semester Pertama 2015/2016 (P4/PS/BR11/AMB) semasa pendaftaran.

2 | PEMERIKSAAN PERUBATAN

Semua pelajar baharu yang akan mendaftar untuk semester sesi akademik 2015/2016 diwajibkan membuat pemeriksaan perubatan. Pemeriksan perubatan boleh di buat di:

Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia atau Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Para pelajar yang berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan di PKU sebelum hari pendaftaran adalah digalakkan untuk berbuat demikian bagi membantu kelancaran proses pendaftaran.

Bagi yang tidak berkesempatan, pemeriksaan perubatan akan dilakukan di Pusat Kesihatan Universiti selepas hari pendaftaran. Para pelajar akan diberikan temujanji secara berjadual mengikut kolej kediaman masing-masing.

Bagi pelajar kampus UPM Bintulu ( sila rujuk Lampiran 6 untuk pengisian borang pemeriksaan perubatan).

Sila lengkapkan Surat Akuan Memberi Kuasa[Lampiran 3, Surat Akuan Bebas Dari Dadah [Lampiran 4) Bahagian A dan B dari Borang Laporan Pemeriksan Perubatan [Lampiran 5] yang disertakan sebelum anda menjalani pemeriksaan perubatan. Bahagian C, D dan E perlu dilengkapkan oleh Pegawai Perubatan yang membuat Pemeriksaan Perubatan anda.

Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray beserta Surat Akuan Kuasa [Lampiran 3 dan Akuan Bebas Dadah [Lampiran 4] hendaklah diserahkan ke Pusat Kesihatan Universiti, UPM (Kampus Serdang) atau Klinik Satelit, UPM Kampus Bintulu untuk pelajar Kampus Bintulu,Sarawak.

Sila ambil perhatian bahawa Laporan Pemeriksaan Perubatan dan filem x-ray adalah penting untuk pendaftaran anda. Sekiranya Laporan Pemeriksaan Perubatan, Surat Akuan Kuasa, Surat Akuan Bebas Dari Dadah dan filem x-ray anda tidak dapat diserahkan pada hari pendaftaran ianya mestilah diserahkan selewat-lewatnya DUA MINGGU selepas tarikh pendaftaran.

Sila ambil perhatian bahawa calon yang ditawarkan program pengajian dalam bidang Agrobio diwajibkan mengambil suntikan Anti Tetanus Toxoid sebagai satu langkah pencegahan.

Suntikan ini akan dilaksanakan oleh pihak universiti setelah pelajar mendaftar di UPM. 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5 2.6 2.7 2.8

Menjalani pemeriksaan perubatan termasuk x-ray dada (Perkara 2).

Mengisi dan mengembalikan Surat Akuan Kuasa [Lampiran 3 dan Akuan Bebas Dadah [Lampiran 4] disertakan bersama Borang Laporan Pemeriksaan Perubatan [Lampiran 5]/Borang Laporan

Pemeriksaan Perubatan (Lampiran 6 (Kampus Bintulu) .*Perlu dicetak secara berasingan dan tidak dicetak depan/belakang.

Melaporkan diri pada tarikh dan masa yang dinyatakan dalam Surat Tawaran. Membayar yuran pengajian (Perkara 4).

Membuat Kad Pelajar (Perkara 5).

Mengembalikan borang Maklumat Peribadi Pelajar semasa pendaftaran di kolej (No.Rujukan Kod Doku-men : OPR/KOLEJ/BR01/PEN002). 1.1 1.2 1.4 1.5 1.6 1.3

(2)

SEMESTER PERTAMA 2012/2013

2

SEMESTER PERTAMA 2015/2016

FAQ PEMERIKSAAN PERUBATAN

1. Q : Saya telah menjalani pemeriksaan perubatan 3 bulan yang lepas .Bolehkah saya menggunakan pemeriksaan tersebut untuk pendaftaran ini?

A : X-ray boleh digunapakai selama 6 bulan. Pelajar perlu membawa filem dan

laporan X-ray semasa hari pendaftaran. Ujian makmal dan ujian fizikal perlu diulang di PKU.

2. Q : Adakah gambar diperlukan?

A : Ya. Gambar diperlukan untuk mengenalpasti pelajar yang sebenar. 3. Q : Adakah saya perlu membayar bagi tujuan pemeriksaan perubatan ini?

A : Ya.Ini kerana pemeriksaan perubatan tidak termasuk di dalam yuran perubatan. 4. Q : Bolehkah saya membuat pemeriksaan kesihatan di tempat selain dari PKU UPM?

A : Boleh. Anda boleh melakukannya di Klinik Kesihatan/Hospital Kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja.

5. Q : Adakah pemeriksaan perubatan boleh dilakukan sebelum hari pendaftaran?

A : Boleh. Ia amat digalakkan kepada pelajar yang tinggal berhampiran dengan kampus UPM Serdang.Pelajar boleh berbuat demikian selepas menerima surat tawaran.

6. Q : Bolehkah saya mendaftar sebelum melakukan pemeriksaan perubatan? A : Boleh, dengan syarat memenuhi keperluan kursus yang ditawarkan.

7. Q : Bilakah saya boleh melakukan pemeriksaan perubatan selepas hari pendaftaran? A :Pelajar akan dipanggil secara berperingkat ke PKU UPM mengikut kolej dengan bantuan Pembantu Universiti di kolej kediaman anda.

8. Q : Berapakah jumlah bayaran yang diperlukan untuk pemeriksaan perubatan ini?

A : Bayaran yang akan dikenakan di Pusat Kesihatan Universiti, UPM adalah sebanyak Rm 68.90 (kampus Serdang sahaja) dan bayaran hendaklah dilakukan secara tunai. 9. Q : Saya adalah calon pelajar OKU,perlukah saya melakukan pemeriksaan perubatan?

A : Perlu. Sila lampirkan laporan kesihatan anda yang terkini dari Hospital yang berkenaan.

10. Q : Mengapa pelajar diberikan suntikan ATT?

A : Suntikan ATT (Anti Tetanus Toxoid) diwajibkan kepada pelajar AGROBIO sebagai langkah pencegahan penyakit kancing gigi.

(3)

SEMESTER PERTAMA 2015/2016

3

3 | LAPOR DIRI /PENDAFTARAN

Semua pelajar baharu dikehendaki melaporkan diri pada tarikh berikut untuk urusan pendaftaran: UPM KAMPUS SERDANG, SELANGOR

SILA RUJUK JADUAL 3 atau

PADA SURAT TAWARAN

TARIKH TEMPAT / KOLEJ

29 & 30 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad)

KOLEJ SRI RAJANG

TARIKH TEMPAT / KOLEJ

29 & 30 Ogos 2015 (Sabtu & Ahad)

UPM KAMPUS BINTULU, SARAWAK 3.1

3.2

3.3

3.4

3.5

Sila lapor diri pada tarikh, masa dan tempat seperti dalam Surat Tawaran Kemasukan. Sila rujuk lokasi pendaftaran dan lapor diri pelajar baharu Semester Pertama Sesi 2015/2016 (JADUAL 3) di muka surat 51. Pelan tunjuk arah ke kolej adalah seperti Lampiran 1, 1(a) dan 2 di muka surat 31,32 dan 33. Sila bawa dokumen berikut semasa mendaftar:

i) Surat Tawaran Kemasukan /online ke Universiti ii) Kad Pengenalan

iii) Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan lain yang berkaitan

iv) Salinan Surat Tawaran Biasiswa /Pinjaman /Dermasiswa /Jaminan KWSP dan sebagainya (jika ada) v) Dua (2) set salinan dokumen berikut yang telah disahkan untuk tujuan permohonan biasiswa /

pinjaman:

- Sijil kelahiran diri dan ibu bapa;

- Sijil keputusan peperiksaan PMR /SPM /STPM /Diploma dan sijil aktiviti kokurikulum.

- 1 salinan Penyata Pendapatan (Borang J /Penyata Gaji /Kad Pesara Kerajaan) yang terkini ibu bapa /penjaga /suami isteri.

(Bagi ibu bapa /penjaga /suami /isteri yang bekerja sendiri dan tidak mempunyai dokumen berkenaan, sila sediakan surat pengesahan pendapatan yang disahkan seperti di perkara

6.10(g) dengan menyatakan nama dan nombor kad pengenalan, berkaitan dengan pemohon dan jumlah pendapatan bulanan)

vi) Gambar Pasport

8 keping gambar warna ukuran pasport (berlatarbelakangkan warna biru)

Catatan : Sila tuliskan no. matrik, nama dan no. kad pengenalan di belakang setiap keping gambar.

Setiap pelajar baharu hendaklah membawa pakaian dan barang berikut semasa datang ke Universiti: i) Pakaian sendiri yang sesuai untuk kegunaan harian dan majlis rasmi (Sila rujuk Jadual 2, 2(a) dan 2 (b) di muka surat 22 dan 23)

ii) Pakaian sukan seperti baju kemeja T, ‘track bottom’ dan kasut sukan iii) Keperluan harian lain dan sebagainya

Penerbangan Terus ( UPM Kampus Bintulu, Sarawak ) Malaysia Airlines System

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Bintulu

HARI BERLEPAS TIBA

Setiap Hari 11.35 Pagi 1.45 Petang

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Bintulu

HARI BERLEPAS TIBA

Setiap Hari

7.30 Pagi 8.25 Pagi 11.35 Pagi 12.35 T/Hari 4.50 Petang 5.50 Petang

PEJABAT MAS Pejabat Kuala Lumpur 03-21655319 Hotline 1-300-88-3000

(4)

SEMESTER PERTAMA 2015/2016

4

3.7 Urusan Imigresen - Dokumen Perjalanan Terhad

Pelajar yang bukan berasal daripada Sarawak adalah diwajibkan membuat permohonan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) di Pejabat Imigresen yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing bagi memudahkan urusan permohonan Pas Pelajar.

Calon pelajar adalah dikehendaki untuk mengemukakan dokumen berikut semasa membuat permohonan Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) di Pejabat Imigresen :

Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) ini hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaan oleh pihak Imigresen di mana-mana pintu masuk Lapangan Terbang di Sarawak.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi 086-855357 (HEP, Kampus Bintulu). 3.7.1

3.7.2

3.7.3 3.7.4

2 salinan kad pengenalan (sila bawa bersama kad pengenalan dan sijil lahir asal) 2 keping gambar berukuran pasport

Mengisi borang IM.42-Pin 1/97 di Pejabat Imigresen

Bayaran RM5.00 untuk proses Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)

Salinan surat tawaran universiti (bagi calon pelajar yang belum genap umur 18 tahun)

3.8 Cadangan Tempat Penginapan Pengiring

Bagi ibu bapa yang turut mengiringi pelajar baharu mendaftar di UPM Kampus Bintulu memerlukan tempat tinggal, tuan/puan boleh membuat tempahan penginapan di hotel/ rumah tumpangan yang berdekatan dengan UPM Kampus Bintulu dengan jarak sekitar 5 hingga 15 km.

HOTEL ALAMAT NO. TELEFON KADAR BAYARAN PENGINAPAN

Parkcity Everly Hotel Plot No. 1 Lot 3062, Jalan Tanjung Batu 086-318888 RM120.00 – RM338++

New World Suite Park City Commercial Centre 086-331122 RM175.00 (Deluxe Room)

Plaza Hotel Taman Sri Dagang 086-335111 RM150.00 – RM165.00

Li Hua Hotel Berjaya Commercial Centre 086-335511 RM75.00 – RM85.00

Kingtown Inn No 93 Jalan Keppel Bintulu 97000 Sarawak 086-333666 RM80.50 – RM92.00

Riverfront Inn No. 256, Taman Sri Dagang 086-333111 RM80.50 – RM120.75

Kemena Inn Jalan Keppel Bintulu 97000 Sarawak 086-331533 RM65.00 – RM80.00

Walden Inn No. 31, Medan Jaya Commercial Centre 086-314991 RM55.00 – RM85.00

Midming Inn Medan Jaya Commercial Centre 086-330155 RM60.00 – RM85.00

Ocean Inn No. 31-32, 1Jaya Commercial Centre st Floor, Medan 086-318686 RM68.00 – RM118.00

Kemena Hotel Assyakirin Commerce Square 086-319222 RM108.00 – RM422.00

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran pelajar baharu di UPMKB dan maklumat mengenai tempat-tempat menarik di Bandar Bintulu, sila layari Laman Web www.btu.upm.edu.my dan klik di ruangan Minggu Perkasa Putra.

Tempahan Tiket 3.6

Tempahan tiket penerbangan Air Asia /MAS boleh di buat melalui UPMholdings : 3.6.1

HOTLINE : 03-8942 9146/ 91469

(Cik Hartima Abu Talib) Email: ticket.upmholdings@gmail.com Air Asia

Dari KLIA 2 – KUL ke Bintulu

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching ke Bintulu

HARI BERLEPAS TIBA

Setiap Hari 9.25 Pagi 10.20 Pagi

4.20 Petang 6.30 Petang

HARI BERLEPAS TIBA

Setiap Hari 7.05 Pagi 8.55 Pagi

i) ii) iii) iv) v)

PEJABAT AIR ASIA Pejabat Kuala Lumpur 03-86604162

Hotline 03-87754000 www.airasia.com

(5)

SEMESTER PERTAMA 2015/2016

5

PERKHIDMATAN TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN UNTUK PELAJAR BAHARU SERTA AHLI KELUARGA OLEH UPM HOLDINGS SDN BHD

Penerbangan: Air Asia/MAS

i) Pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan tempahan tiket yang ditawarkan oleh UPMHoldings (syarikat milik penuh UPM).

ii) Pemohon hendaklah menghantar e-mel maklumat seperti: a. Nama (mengikut kad pengenalan)

b. No. Kad pengenalan c. Alamat semasa

d. Destinasi penerbangan (penerbangan sehala/penerbangan pergi balik) e. Tarikh & masa penerbangan

Atau

Mengisi borang tempahan UPMHoldings yang disertakan.

iii) Individu yang membuat tempahan dikehendaki membuat bayaran dengan kadar segera dan pihak UPMHoldings hanya akan membuat pebelian tiket setelah menerima bayaran daripada pelanggan.

iv) Pembayaran tunai boleh didepositkan kepada akaun CIMB: 8002163746 di atas nama UPM Holdings Sdn Bhd. Salinan bukti pembayaran hendaklah “dihantar” melalui e-mel atau faks kepada UPMHoldings bagi tujuan rekod UPMHoldings.

v) Setelah pengesahan pembayaran diterima, pihak UPMHoldings akan memaklumkan

nombor tempahan penerbangan sebagai rujukan semasa mendaftar masuk diterminal pelepasan. vi) Sebarang penukaran tarikh penerbangan atau nama penumpang perlu dimaklumkan

kepada pihak UPMHoldings dengan kadar segera sebelum pembelian tiket

dilaksanakan. Kos pertukaran nama/tarikh setelah pembelian dibuat akan dikenakan caj bergantung kepada harga semasa dan kekosongan tempat duduk serta terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan.

vii) Individu yang membuat pembelian tiket melalui UPMHoldings mestilah mendaftar

masuk diterminal perlepasan sekurang-kurangnya satu (2) jam awal dari waktu penerbangan. viii) UPMHoldings tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi

berpunca daripada kelewatan penerbangan, kegagalan individu masuk dan lain-lain kerugian yang berpunca daripada kecuaian pelanggan.

ix) Segala pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembelian tiket, sila hubungi: a. Cik Hartima Ab. Talib hartima.upmholdings@gmail.com b. En. Muhamad Hanif Mohd Yusof hanif.upmholdings@gmail.com c. Pn. Azean Irdawati Mukhtar azean.upmholdings@gmail.com Tel.: 03-8942 9146/9149

Referensi

Dokumen terkait

Analisis ini digunakan dengan menggunakan tabel distribusi frekuensi untuk melihat penyebaran data dalam satu varibel. Menurut Sugiono menyatakan bahwa penelitian

i) Pelajar mesti telah membuat pembayaran secara penuh untuk yuran semester semasa dalam masa satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran semester berkenaan. Rebat pembayaran

Wawancara merupakan suatu teknik pengumpulan data melalui cara Tanya-jawab kepada narasumber agar pewawancara dapat menemukan informasi yang diperlukan dalam

Dalam konteks penelitian ini instagram dengan akun @Instanusantaramalang adalah bagian dari kekuatan teknologi yang dapat memberikan stimulus bagi para konsumen dengan

Pelajar baharu tidak berpenaja yang menarik diri selepas tempoh 14 hari dari tarikh pendaftaran dikehendaki menjelaskan semua yuran semester berkenaan dengan kadar

Note : Sila bawa salinan dokumen yang dinyatakan di atas semasa Hari Pendaftaran dan telah DISAHKAN BENAR SEPERTI DOKUMEN ASAL OLEH PEGAWAI

i) Pelajar mesti telah membuat pembayaran secara penuh untuk yuran semester semasa dalam masa satu (1) bulan dari tarikh pendaftaran semester berkenaan. Rebat pembayaran

LULUS BERSYARAT-HARGA SEMAKAN PPPA AKAN DINYATAKAN DI DALAM SURAT MAKLUMAN.. SILA GUNAKAN