• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENTERNAK DAN MENJUAL LINTAH DAN CACING BAGI TUJUAN PERUBATAN DAN KOSMETIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "MENTERNAK DAN MENJUAL LINTAH DAN CACING BAGI TUJUAN PERUBATAN DAN KOSMETIK"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

MENTERNAK DAN MENJUAL

LINTAH DAN CACING BAGI TUJUAN

PERUBATAN DAN KOSMETIK

Zulfaqar bin Mamat

Cawangan Syariah, Bahagian Penyelidikan

Abstrak

Kegiatan penternakan haiwan eksotik seperti lintah dan cacing semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat pada masa kini. Ia mula dijalankan secara komersil di Malaysia sejak dua tahun lalu berikutan permintaan tinggi terhadap haiwan tersebut daripada syarikat pengusaha ubat-ubatan tradisional. Cacing yang mempunyai kandungan protein yang tinggi boleh digunakan sama ada untuk tujuan perubatan mahupun kosmetik. Manakala, bagi lintah pula, is semakin popular digunakan sebagai produk kesihatan untuk lelaki dan wanita selain sebagai kosmetik dan bahan dalam bidang pertanian. Di negara-negara Barat seperti Britain, Jerman dan Russia, lintah dipelihara untuk tujuan penyelidikan sehingga berjaya menghasilkan produk berasaskan lintah yang boleh di-gunakan dalam perubatan moden termasuk pil untuk penyakit jantung. Artikel ini akan cuba menghuraikan berkaitan dengan status lintah dan cacing dari sudut hukum, penggunaannya dalam perubatan dan kosmetik serta hukum berjual beli dengan kedua-dua haiwan eksotik tersebut.

PENDAHULUAN

Sisipan Sabtu, Berita Harian pada 23 Disember 2007 memaparkan kisah usahawan Melayu yang memperolehi pendapatan lumayan hasil menternak lintah. Dikatakan bahawa sekilogram lintah boleh dijual dengan harga minima RM60.00 dan boleh mencecah antara RM120.00 hingga RM150.00 sekilogram'.

(2)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Berdasarkan prospek perniagaan yang menguntungkan, ramai di kalangan usahawan antaranya orang-orang Melayu mula berminat dengan penternakan lintah secara komersil. Banyak kursus telah di-anjurkan di seluruh negara tentang cara-cara penternakannya secara moden dan berteknologi, prospek pasaran dan produk-produk yang dikaitkan dengan penggunaan lintah.

Begitu jugalah halnya dengan penternakan cacing yang mula mendapat tempat di kalangan usahawan tempatan. Pada masa ini, cacing diternak di Malaysia hanya untuk menghasilkan baja kompos. Sungguhpun begitu, usaha dan kajian sedang dibuat untuk menjadikan cacing sebagai pellet makanan ikan atau ayam. Menurut Encik Zaisham bin Mamat dari Unit Kawalan Penyakit, Jabatan Pertanian Kelantan, di Indonesia cacing bukan hanya diternak untuk membuat Baja, tetapi is juga digunakan sebagai campuran dalam produk kosmetik dan ada yang diproses untuk dimakan sebagai jamu. Walau bagaimanapun proses penternakan cacing untuk produk kosmetik dan membuat jamu adalah berbeza daripada ternakan cacing untuk membuat baja. Memandangkan semakin ramai pengusaha yang terlibat dalam industri penternakan cacing di Malaysia pada masa ini, maka terdapat kebimbangan di kalangan pengusaha tentang lambakan cacing yang akan berlaku pada masa akan datang. Justeru, timbul cadangan agar cacing turut dijual untuk digunakan dalam proses pembuatan kosmetik atau dijual kepada pengusaha untuk dijadikan jamu atau sumber protein bagi manusia.

Apabila persoalan hukum tentang keharusan penggunaan lintah dan cacing ini semakin popular dan meluas, maka satu keputusan hukum yang khusus mengenai perkara ini perlu dikeluarkan sebagai panduan kepada masyarakat awam.

STATUS LINTAH DAN CACING SEBAGAI MAKANAN MANUSIA DARI SUDUT HUKUM FIQH

Menurut Dr. Wahbah al-Zuhaili dalam kitabnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh,2 para fugaha dalam membincangkan haiwan yang boleh di-makan membahagikannya kepada tiga kategori utama iaitu:

= Wahbah al-Zuhaili (Dr.), al-Filth al-Islami wa Adillatuh, Beirut : Dar al-Fikr, t.t, jil. 4, hal. 2790-2800.

(3)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

1. Haiwan akuatik (air) iaitu haiwan yang hanya hidup di dalam air sahaja. Terdapat dua pandangan fuqaha dalam menentukan ke-harusan memakan haiwan air ini.

i. Mazhab Hanafi berpendapat kesemua haiwan air adalah haram dimakan kecuali ikan. Sungguhpun begitu, ikan yang mati terapung di permukaan air adalah haram juga dimakan oleh manusia. Antara dalil yang digunakan ialah firman Allah SWT:

Si 17; /

Ks;

.1 i 410 j%:sel 3 b1.1L4 A x ' 41AJI.) -).3$_”1

• )

-

a--1 .)-1 1.)4tt‘a-••—'ml 1.3 . Ijact..)1.0 E AA- ,•„. AA" .1: -%* ° A 4 • to ;)_ 4 f*. .," • ‘.4 i- g' !;,' ":, )). • %4 0' *). (6. Maksudnya;

Dihctramkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) , dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) , dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu menengok nasib dengan undi batang-batang anak panah yang demikian itu adalah perbuatan fasik.

(Surah al-Maidah: 3) ii. Jumhur fuqaha berpendapat haiwan air sama ada ikan atau haiwan lain yang hanya hidup di dalam air seperti ketam, kerang, anjing laut dan lain-lain adalah halal dimakan tanpa disembelih, tetapi sesetengahnya diharamkan juga kerana

(4)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

beracun seperti ikan buntal, ular laut dan sebagainya. Dalam pada itu, Imam Malik memandang makruh memakan anjing laut kerana namanya yang sedemikian rupa. Antara dalil yang digunakan oleh jumhur ialah firman Allah SWT:

,,.■A"..") 01:4' ••••■••'-,J". f 4••••J. :.,••••■5 , i Maksudnya;

Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadanya kamu akan dihimpunkan.

(Surah al-Maidah: 96) 2. Haiwan darat iaitu haiwan yang hidup di daratan. Ia terbahagi

kepada tiga jenis iaitu:

i. Haiwan yang tidak mempunyai darah langsung seperti belalang, lalat, lebah, semut, ulat, labah-labah, kala jengking dan se-umpamanya. Tidak dihalalkan kepada manusia memakan haiwan-haiwan ini kerana is tergolong dalam kategori al-Khabais iaitu haiwan yang dipandang jijik oleh masyarakat Arab. Firman Allah SWT:

.°0/1.:^•' A '*" •' • 0;k4 A< A • i&L.J J.I.4S41c1)119j1J-rdj1 '')-,1‘•;?•Z)•■41 c;j6) !o. • ',Alt L.::: ;:s14 .1%, ■..g ti 4.4s, 7 • r I 1 1.' • „ ••• • , < •J 316'1 1-3 rt jb-r14'), t•41? . 1 t • ° "E•f ) 4 ..?01))_,)••• • •• 3 -.) 1Z -20 .1191■ „,„...•-• A r I 4;opY I

(5)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Maksudnya: Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah, (Mu-hammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. la menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik, dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Matra orang-orang yang beriman kepadanya, dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut Nur ( cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran) , mereka itulah orang-orang yang berjaya.

(Surah al-A'raaf : 157) Sungguhpun begitu, belalang dihalalkan memakannya kerana ada hadith yang khusus mengenainya. Sabda Rasulullah SAW:

L...1,-1

J

Maksudnya: Dihalalkan bagi kami dua jenis bangkai dan darah. Bangkai yang halal ialah belalang dan ikan, manakala darah yang halal pula ialah hati dan limpa.

ii. Haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir seperti ular,

cicak, tikus, kutu, landak, biawak, dhab dan seumpamanya.

Tidak dihalalkan kepada manusia memakan haiwan-haiwan ini kerana ia tergolong dalam kategori al-khabais dan

sesetengah-nya mempusesetengah-nyai racun yang memudaratkan manusia.

Sungguhpun begitu, sesetengah haiwan ini seperti dhab, landak (kunfuz), memerang (sammur), cerpelai (ibn irsin), rubah (thalabun) dihalalkan oleh sesetengah mazhab memakannya

kerana orang Arab mengkategorikannya sebagai al-Thayyibat

(6)

JURNAL PENYEL1DIKAN ISLAM

iii. Haiwan yang mempunyai darah mengalir. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu haiwan yang jinak dan haiwan buas.

Adapun haiwan yang jinak dalam kategori al-an'am adalah halal dimakan seperti unta, lembu dan kambing. Firman Allah SWT:

Maksudnya;

Dan binatang-binatang ternak itu, ia juga menciptakannya untuk kamu; terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah yang lain; dan daripadanya juga kamu makan.

(Surah al-Nahl : 5) Begitu juga dihalalkan memakan haiwan yang jinak dari kategori burung seperti ayam, merpati, itik dan sebagainya. Manakala haiwan buas yang bertaring seperti singa, harimau, musang, kera dan se-umpamanya serta burung yang menggunakan kuku sebagai pemangsa seperti helang, nasar dan kelawar adalah diharam memakannya kerana haiwan-haiwan ini memakan bangkai.

3. Haiwan dua alam iaitu haiwan yang boleh hidup di kedua-dua tempat, daratan dan air. Haiwan ini seperti katak, penyu, ketam, ular, buaya, anjing laut dan seumpamanya. Para fuqaha mempunyai tiga pendapat dalam perkara ini:

i. Fuqaha Hanafiah dan Syafi'iah berpendapat tidak halal me-makannya kerana ia dalam kategori al-khabaith dan sesetengah-nya mempusesetengah-nyai racun yang memudaratkan manusia;

ii. Fuqaha Malikiah berpendapat harus memakan katak, haiwan kecil ( ketam dan penyu kerana tiada nas yang mengharamkannya; dan

iii. Fuqaha Hanabilah pula menyatakan, setiap haiwan air yang hidup juga di daratan seperti burung air, penyu dan anjing taut adalah tidak halal memakannya kecuali selepas disembelih.

(7)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Adapun haiwan sedemikian yang tiada darah mengalir seperti

ketam maka harus memakannya tanpa sembelih menurut satu

pendapat dari Imam Ahmad. Fuqaha Hanabilah juga tidak

mengharuskan memakan katak dan buaya.

Secara umumnya, haiwan-haiwan yang diklasifikasikan oleh

para fuqaha sama ada halal atau haram dimakan adalah berdasarkan

kepada dalil-dalil yang jelas daripada Allah SWT dan keharusan serta

larangan yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW. Sementara

haiwan-haiwan yang tidak dinyatakan dalam kedua-dua sumber di

atas maka jumhur fuqaha (Hanafiah, Syafi'iah dan Hanabilah)

me-ngembalikannya kepada uruf (kebiasaan) masyarakat Arab. Oleh itu,

mana-mana haiwan yang dianggap tayyib oleh masyarakat Arab adalah

halal, manakala haiwan yang dianggap khabith oleh masyarakat arab

adalah haram. Ini kerana ayat al-Quran dalam Surah al-A'raaf, ayat

157 yang disebut sebelum ini adalah ditujukan kepada mereka pada

asalnya. Fuqaha Malikiah pula berpendapat semua haiwan yang tidak

dinyatakan pengharamannya dalam al-Quran dan hadith serta tidak

dipandang jijik oleh uruf masyarakat Arab atau bukan Arab maka

ianya halal dimakan.

Setelah meneliti kategori yang dikemukakan oleh fuqaha lintah

secara tabi'inya termasuk dalam kategori haiwan air kerana ia tidak

mampu hidup lama di daratan. Berdasarkan prinsip semua haiwan air

adalah halal kecuali yang beracun maka sekiranya dipastikan lintah

tidak beracun dan tidak dipandang jijik oleh uruf masyarakat maka

ia halal dimakan. Walau bagaimanapun, pemerhatian yang dibuat

setakat ini tidak mendapati ada di kalangan masyarakat Islam yang

menghalalkan memakan lintah. Sehubungan dengan itu, ia boleh

dianggap sebagai haiwan khabith yang tidak halal dimakan oleh umat

Islam. Sementara cacing pula merupakan binatang darat yang tidak

mempunyai darah. Para fuqaha kebanyakannya mengkategorikan

cacing dalam haiwan khabith walaupun tiada dalil yang jelas tentang

pengharamannya dari Quran atau hadith. Dalam kitab Sabil

Muhtadin karangan Syeikh Muhammad Arsyad Bin Abdullah

al-Banj ari ada menyebutkan3:

Al-Banjari, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah, Sabil al-Muhtadin, Dar al-Maa'rif, t.t, hal. 243.

(8)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

"...clan Karam cacing, sorok-sorok, cengkerik, semut, lipas, penyengat,

tebuan, kumbang, lalat, kerengga, nyamuk, ulat, pacat dan lain-lain".

PENGGUNAAN LINTAH DAN CACING UNTUK TUJUAN

PERUBATAN DAN KOSMETIK

Berasaskan konsep uruf yang disebut sebelum ini, bahawa lintah dan

cacing merupakan haiwan khabibt yang tidak boleh dimakan oleh orang

Islam, maka timbul pula persoalan sama ada ia juga dianggap sebagai

haiwan najis. Para fuqaha sebenarnya telah mempunyai pandangan

dalam hal ini iaitu:

1. Kesemua Imam mazhab bersepakat bahawa bangkai haiwan

akuatik sama ada ikan atau lain-lain adalah suci, ini bersandarkan

kepada sabda Rasulullah SAW berkaitan laut:

°cL°

( ol5j)

Maksudnya: la bersih airnya dan halal bangkai-bangkai di dalamnya.

2. Sementara bagi haiwan yang tidak mempunyai darah mengalir

termasuk cacing, para fuqaha berbeza pendapat tentang

kesucian-nya. Fuqaha Hanafiah dan Malikiah mengatakan haiwan jenis

ini adalah suci. Sementara fuqaha Syafi'iah pula menghukumnya

sebagai najis. Fuqaha Hanabilah pula berpendapat, haiwan yang

tidak mempunyai darah mengalir sekiranya lahir dari sumber

(makanan) yang suci maka dianggap suci, tetapi jika ia lahir dari

sumber yang naj is seperti ulat kebun dan lipas maka ia dianggap

naj is sama ada masih hidup atau mati4.

Sekiranya pandangan di atas diterima pakai, maka lintah dianggap

haiwan yang suci (tidak najis) walaupun tidak boleh dimakan,

manakala °acing pula adalah najis menurut fuqaha Syafi'iah, tetapi

tidak dianggap naj is oleh mazhab-mazhab lain. Oleh itu, penggunaan

lintah dan cacing untuk tujuan perubatan (bukan secara oral) dan

(9)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

untuk tujuan kosmetik adalah tidak menjadi halangan sekiranya

pan-dangan jumhur fuqaha ini dijadikan ukur rujuk

(bench

mark).

Walau bagaimanapun, Garis Panduan Bersama Kawalan

Ubat-Ubatan Dalam Islam yang pernah dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia (Jakim) sebelum ini berpendapat sebaliknya. Garis

Panduan tersebut semua ubat yang diperoleh sumbernya dari haiwan

darat atau air yang halal dimakan adalah harus dijadikan ubat, sementara

ubat yang diperoleh sumbernya dari haiwan darat atau air yang tidak

halal dimakan adalah najis dan tidak boleh digunakan kecuali dalam

keadaan perlu dan tiada pilihan5.

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan (MJKF)

Kali Ke-74 yang bersidang pada 30 Ogos 2006

ketika berbincang

mengenai

"Hukum Penggunaan anggota Atau Unsur Haiwan Yang Haram Dimakan Selain Daripada Anjing Dan Babi Untuk Tujuan Kosmetik"

dilihat selari dengan Garis Panduan sebelum ini kerana

dalam keputusannya menyatakan seperti berikut:

i. Islam amat menitikberatkan kebersihan, namun produk-produk yang dihasilkan atau diambil daripada anggota atau unsur haiwan yang halal dimakan tetapi sekiranya ia mendatangkan mudarat, penggunaannya adalah dilarang dalam Islam.

ii. Oleh itu, sebarang produk kosmetik atau sebagainya yang mengandungi bahan najis seperti anggota atau unsur haiwan yang haram dimakan atau yang memberi kemudaratan kepada manusia adalah haram juga digunakan.

Sementara itu, dalam satu lagi perbincangan MJKF Kali

Ke-69 pada 22-24 November 2005 berkaitan "Hukum Menggunakan

Alat-Alat Bantuan Untuk Tujuan Hubungan Kelamin" yang antara

lain menyentuh tentang penggunaan ubat sapu dari minyak lintah

telah memutuskan seperti berikut:

"Adalah harus menggunakan alat bantuan untuk tujuan hubungan kelamin selagimana ia tidak memudaratkan dan tidak najis".

Jabatan

Mufti Negeri Kedah dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa

Negeri pada 30 Januari 2008 ketika ditanya mengenai isu penggunaan

lintah ini telah mengemukakan jawapan berikut:

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/ubat.html, Canis Panduan Ubat-Ubatan Dalam Islam, hal. 1-8.

(10)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Merujuk kitab Hayat al-Hayawan al-Kubra "diharamkan me-makan lintah tetapi diharuskan berjual beli dengannya kerana manfaat yang ada padanya6".

Berdasarkan pandangan ulama' di atas maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah memutuskan bahawa hukum menternak lintah untuk tujuan perniagaan adalah harus. Walau bagaimanapun hukum memakan lintah adalah haram sama ada secara langsung atau melalui suntikan. Namun jika dibuat minyak atau seum-pamanya untuk kegunaan luar sahaja hukumnya adalah harus. Wallahua'lam.

Ringkasnya daripada perbincangan di atas, para fuqaha sepakat tentang kesucian haiwan air dan keharusan penggunaannya untuk tujuan perubatan dan kosmetik walaupun ia tidak boleh dimakan. Sementara haiwan darat yang haram dimakan selain babi dan anjing, terdapat dua pandangan fuqaha mengenai status kesuciannya di mana satu golongan menganggapnya sebagai najis dan ada satu golongan lagi menganggap sebaliknya. Implikasi daripada perbezaan ini ialah golongan yang menganggap haiwan tersebut sebagai naj is tidak mengharuskan ia digunakan untuk apa-apa tujuan perubatan atau kosmetik kecuali dalam keadaan perlu dan tiada pilihan lain, sementara golongan yang menganggapnya sebagai suci membenarkan ia diguna untuk tujuan perubatan atau kosmetik.

HUKUM BERJUAL BELL DENGAN CACING DAN LINTAH Perbezaan hukum di kalangan fuqaha tentang status kesucian haiwan-haiwan ini juga memberi kesan kepada hukum berjual beli dengannya. Para fuqaha membincangkan perkara ini dalam bab hukum berjual beli dengan barang yang tidak mempunyai nilai y.S) di nisi . syarak. Dalam hal ini, para fuqaha tidak mengharuskan berjual beli dengan barang yang tidak bermanfaat seperti semua jenis haiwan kecil haiwan buas yang tidak sesuai untuk berburu dan seumpamanya. Begitu juga, tidak boleh berjual beli dengan baja daripada najis menurut pendapat Imam Malik dan Syafi'i, manakala

(11)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Imam Abu Hanifah mengharuskannya berdasarkan amalan (urf) masyarakat yang berbuat demikian tanpa ada bantahan dari yang lain, maka ia dianggap sebagai ijma'7.

Mesyuarat Panel Kaj ian Syariah (PKS), Jakim Kali Ke-12 pada 13 September 1995 ketika membincangkan "Hukum Pembiakan Katak" telah memutuskan bahawa: "Hukum Pembiakan Katak (penjualan daging dan kulit) adalah diharamkan".

Sementara dalam satu lagi Mesyuarat PKS Kali Ke-31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai "Hukum menternak dan menjual cengkerik dan seumpamanya" panel memutuskan: "hukum menternak dan

men-jual cengkerik dan seumpamanya untuk perniagaan berdasarkan manfaatnya adalah harus".

Berdasarkan kepada penjelasan dan keputusan-keputusan ber-kaitan yang pernah dikeluarkan sebelum ini, maka bolehlah dikatakan bahawa lintah dan cacing pada masa kini sebenarnya bukanlah haiwan yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada manusia sama ada dari sudut perubatan, pertanian, kosmetik dan lain-lain. Sehubungan itu, pendapat yang mengharuskan berjual beli dengan kedua-dua jenis haiwan ini lebih sesuai diamalkan kerana kegunaannya adalah pelbagai dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Walau bagaimanapun, sekiranya ada bukti yang jelas menunjukkan ia di-gunakan atau dijadikan makanan yang diharamkan oleh Islam maka pada ketika itu berjual beli dengannya adalah haram sama sekali. Hal ini digiaskan kepada penjualan buah anggur, sekiranya ia dijual untuk tujuan dijadikan arak maka hukumnya adalah haram menurut pendapat Jumhur Ulama' daripada Malikiah, Hanabilah dan pendapat yang asah dan muktamad dari Syafi'iah, tetapi jika anggur tersebut dijual untuk tujuan lain maka penjualan itu harus dan sah menurut hukum syarale.

KEPUTUSAN FATWA KEBANGSAAN

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang di-kemukakan oleh semua ahli, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis 7 All Ahmad (Dr.), Fiqh al -Bai' wal- Istisaqi wa al-Tatbiq al-Mua'sir, (USA : Maktabah

Dar al-Quran, t.trkh), hal. 215-216.

Wazaratul al-Awqaf wa al-Shu'unil al-Islamiyyah, al-Mausuah al-Fiqhhiyyah, (Kuwait : t.cet, 1995 )jil. 9, hal. 208-210.

(12)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM

Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-81 yang bersidang pada 31 Mac 2008 memutuskan bahawa: "Walaupun uruf menganggap lintah dan cacing sebagai haiwan yang kotor dan najis serta tidak boleh dimakan, tetapi hukum asal dalam Islam menetapkan bahawa lintah dan cacing bukan merupakan haiwan yang dikategorikan sebagai najis. Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan sebagai bahan dalam kosmetik adalah harus, dan hukum menternak atau berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus". KESIMPULAN

Berdasarkan perbincangan di atas, para fuqaha sebenarnya telah meng-klasifikasikan haiwan-haiwan yang boleh dimakan mengikut jenis-jenisnya yang tersendiri berdasarkan dalil-dalil yang diambil daripada al-Quran dan hadith Nabi SAW. Manakala haiwan yang tidak disebut dalam kedua-dua sumber tersebut hukumnya adalah tertakluk kepada uruf masyarakat Arab atau masyarakat Islam. Lintah adalah haiwan air, manakala cacing adalah haiwan darat. Berdasarkan uruf masyarakat Islam, kedua-duanya tidak halal dimakan kerana termasuk dalam kategori haiwan khabibt.

Walau bagaimanapun, lintah tidak dianggap najis kerana is adalah haiwan air. Manakala cacing pula, para fuqaha berbeza pen-dapat mengenainya kerana ada yang menghukumkannya sebagai haiwan najis dan ada pula yang berpendapat sebaliknya. Implikasi daripadanya, para fuqaha turut berbeza pandangan dalam menentukan keharusan penggunaan produk yang dihasilkan daripada lintah dan cacing. Namun, j ika dilihat kepada manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan ini dari aspek kesihatan dan kehidupan manusia, maka keputusan Fatwa Kebangsaan yang mengharuskan berjual beli dan menggunakan produk daripada lintah dan cacing sama ada bagi tujuan perubatan mahupun sebagai bahan kosmetik dilihat sesuai dengan keperluan semasa.

(13)

JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM RUJUKAN

Al-Quran al-Karim Al-Hadith

Al-Banjari, Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah, Sabil al-Muhtadin, Dar al-Ma'arif.

Ali Ahmad (Dr.), Fiqh al—Bai' wal-Istisaqi wa al-Tatbiq al-Mua'sir, USA: Maktabah Dar al-Quran.

Wahbah al-Zuhaili (Dr.), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Beirut : Dar al-Fikr, jil. 4.

Wazaratul Awqaf wa Shu'unil Islamiyyah, Mausu`ah al-Fiqhhiyyah, Kuwait : t.cet, 1995.

http://www.islam.gov.my/e-rujukan/ubat.html, Garis Panduan Ubat-Ubatan Dalam Islam.

(14)

Referensi

Dokumen terkait

Latar belakang budaya tempat seseorang dibesarkan juga mempengaruhi motivasi berprestasi individu, apabila dibesarkan dalam budaya yang menekankan pada pentingnya

Kondisi SM Rimbang Baling sangat memprihatinkan saat ini, dan sangat disayangkan jika pada akhirnya, pemasalahan yang terjadi di kawasan konservasi menyebabkan

Untuk itu, para mahasiswa serta dosen Jurusan Teknik Geomatika memerlukan aplikasi yang dapat memberikan informasi lengkap tentang tugas akhir dan persebaran

Untuk menghindari kesalahan pembaca dalam memahami istilah yang dimaksud dalam judul “Tinjauan Hukum Islam Terhadap Keabsahan Akad yang Berlaku pada Tabungan Faedah Bank BRI

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan tentang Pengaruh Sosial Media Marketing Melalui Instagram Terhadap Brand Awareness Di Courtyard By

Pada saat Peraturan Daerah ini mulai berlaku, Peraturan Daerah Kabupaten Nomor 7 Tahun 2001 tentang Retribusi dan Sewa Pemakaian Kekayaan Daerah (Lembaran Daerah

Dalam melaksanakan penyelenggaraan Pemerintahan, Kecamatan Kembangbahu sesuai dengan Tugas Pokok dan Fungsi yang merupakan upaya - upaya khusus untuk melaksanakan

Terdapat peningkatan rata-rata yang signifikan penguasaan konsep siswa SMP akibat pengaruh skill representasi hands on activity se- besar 36,37 dengan N-gain rata-