• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAHAGIAN B. Oh, Nenek pasti kamu akan (26)! Kehidupan di kampung tidak semudah tinggal di flat."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

2

BAHAGIAN B

FRASA (8 markah)

ARAHAN : Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah ini dengan frasa yang paling

sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu di

tempat kosong yang disediakan.

(1) tugas seharian

(2) berasa kurang selesa

(3) mesra dapat dijalinkan

(4) meneruskan kehidupan

(5) peroleh banyak pengalaman

(6) di sungai dan panjat pokok rambutan

Siti

:

Siti selalu berfikir bagaimana agaknya kehidupan di Singapura pada masa

dahulu, Nek.

Nenek :

Oh, Nenek pasti kamu akan (26) ____! Kehidupan di kampung tidak

semudah tinggal di flat.

Siti

:

Namun, Siti pasti ia seronok sekali. Siti boleh pancing ikan (27) ____.

Nenek :

Walaupun seronok, Siti harus ingat, di kampung tiada bekalan elektrik dan

tiada paip air di dalam rumah.

Siti

:

Betulkah begitu, Nek? Tentu sukar untuk mereka melakukan (28) ____.

Nenek :

Walaupun hidup serba kekurangan, masyarakat kampung bersatu padu.

Semangat gotong-royong di antara jiran sangat diutamakan. Nenek rasa itu

adalah contoh yang baik bagi masyarakat zaman ini.

Siti :

Siti setuju, Nek. Kita harus mengekalkan nilai murni itu sesama jiran supaya

hubungan (29) ____ .

Nenek :

Pandai cucu Nenek. Kita juga harus mempunyai sikap bertanggungjawab

dan tolong-menolong antara satu sama lain.

Markah yang

diperoleh

(2)

3 Kefahaman 2: Rangsangan Grafik (10 markah)

Arahan: Teliti brosur yang berikut.

Lihat dunia dan timba ilmu melalui

jendela buku

100 pengunjung pertama akan berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah!!!

Datanglah bersama ahli keluarga anda! Ibu bapa jangan lepaskan peluang ini!

Terdapat pelbagai jenis buku cerita dari negara-negara di seluruh dunia.Sertailah aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan dan peroleh pengalaman yang luar biasa.

Aktiviti-aktiviti menarik:-

 Sesi Bercerita bagi kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun.

 Kuiz mengenai buku-buku cerita klasik Melayu. Setiap pemenang akan menerima hadiah sebuah buku nota.

 Cara membuat penanda buku dan jaket buku. Semua peserta akan dapat membawa pulang penanda buku yang telah siap dibuat.

Bengkel-bengkel khas terhad kepada 20 peserta sahaja:-

 Pertuturan dan Drama

Lakonan sketsa cerita pendek

Setiap peserta bengkel akan menerima sebuah beg cenderahati berisi alat tulis dan buku catatan.

Anjuran bersama:- Kelab Masyarakat Melati dan Persatuan Ulat Buku Sedunia

Potongan harga 50% bagi setiap pembelian kedua untuk semua buku cerita kanak-kanak. Tarikh: 31 Disember 2016

Tempat: Dewan Serbaguna Kelab Masyarakat Melati Masa: 11 pagi hingga 9 malam

Tiada bayaran masuk yang dikenakan.

(lihat halaman sebelah ) Untuk menyertai bengkel-bengkel, sila daftar di pejabat

Kelab Masyarakat Melati No 69, Jalan Setulang Empat

Singapura 901234.

Untuk keterangan lanjut, sila lungsuri lelaman www.kelabmasyarakatmelati.com atau hubungi talian 67890225

(3)

4

Arahan: Berdasarkan brosur di halaman 3, pilih jawapan yang paling sesuai bagi Soalan 30 hingga Soalan 32. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat yang kosong yang disediakan. Bagi soalan 33, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di halaman 5.

30 Tujuan utama Pameran Buku Kanak-Kanak Sedunia adalah untuk membolehkan para pengunjung_______________.

(1) menimba ilmu (2) membeli buku-buku (3) menerima cenderahati (4) membuat penanda buku

31 Sesiapa yang berminat untuk menyertai bengkel harus mendaftarkan diri dengan segera. Ini ialah kerana adanya_______________.

(1) cabutan bertuah

(2) aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan (3) tarikh tutup pendaftaran bagi bengkel

(4) had bagi bilangan peserta yang boleh menyertai bengkel

32 Pameran ini terbuka kepada semua lapisan usia. Buktinya ialah _______________. (1) ibu bapa tidak lepas peluang

(2) ahli keluarga boleh turut serta (3) sesi bercerita untuk kanak-kanak (4) kanak-kanak berumur 5 hingga 7 tahun

SOALAN JAWAPAN 30 31 32 Markah yang diperoleh

(4)

5

Ayah, marilah ikut saya pergi ke pameran itu. Terdapat beberapa aktiviti di sana. Banyak faedah yang kita boleh perolehi di sana. Antaranya ialah

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

______________________________________________________

33 Kamu mahu mengajak Ayah kamu ke pameran yang diadakan. Kamu ingin menyertai aktiviti-aktiviti yang diadakan. Untuk meyakinkan Ayah kamu itu, kamu harus menerangkan kepadanya dua faedah yang dapat diraih melalui lawatan ke pameran itu.

Gunakan informasi dalam brosur pameran ini untuk melengkapkan pesanan ringkas di bawah ini. (4 markah) Markah yang diperoleh

(5)

6 KEFAHAMAN 2 (22 markah)

Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

Amar duduk termenung di atas katil. Peristiwa yang terjadi masih segar di kotak fikirannya. “Amar, petang nanti kau boleh tolong ajar aku buat kerja sekolah?” tanya Razif.

“Boleh. Kau datanglah ke rumah aku. Kita boleh belajar bersama-sama,” jawab Amar. Sudah sejam Amar menunggu tetapi Razif belum datang lagi. Dia cuba menelefon Razif tetapi tiada jawapan.

“Dia hendak belajar atau tidak? Buang masa aku sahaja,” kata Amar pada dirinya sendiri. Perasaan marah mula bersarang di hatinya. Tiba-tiba, telefon rumahnya berdering. Amar mengangkat gagang telefon itu.

“Amar, aku tidak dapat datang. Ada perkara penting yang harus aku buat di rumah,” kedengaran suara Razif.

Belum sempat Amar bertanya, Razif meletakkan gagang telefon. Tanpa berlengah, Amar bergegas ke rumah Razif dengan perasaan yang amat marah sekali. Setibanya di hadapan pintu rumah Razif, kemarahannya semakin meruap apabila melihat Razif sedang menonton televisyen.

“Kau biarkan aku tunggu kau berjam-jam sementara kau duduk senang-lenang di rumah. Ini bukan pertama kali kau buat begini. Kau bukan kawan yang baik!” herdik Amar kepada Razif.

Razif cuba menjelaskan perkara yang sebenar tetapi Amar tidak mahu mendengarnya. Amar terus meninggalkan rumah Razif.

Setelah kejadian itu, Razif tidak datang ke sekolah selama dua hari. Amar berasa hairan. Dia pun ke rumah Razif selepas waktu sekolah. Razif kelihatan penat dan dirinya tidak terurus. Mukanya juga pucat sekali.

“Kenapa dengan kau, Razif? Kau sakitkah?” tanya Amar.

Belum sempat Razif menjawab, kedengaran suara ibu Razif memanggilnya. Amar mengikut Razif ke dalam bilik. Amar terperanjat melihat ibu Razif terlantar di katil. Ibu Razif telah diserang sakit jantung ketika Razif hendak ke rumah Amar kelmarin. Razif terpaksa menjaga ibunya sehingga ayahnya pulang dari bertugas di luar negara.

Amar mula sedar akan kesilapannya yang menuduh kawan baiknya itu tanpa usul periksa. Dia meminta maaf daripada Razif dan berjanji akan menolong Razif dengan kerja sekolahnya yang tertunggak. Amar begitu menyesal. Dia telah melukakan hati rakan baiknya, Razif.

(6)

7

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 6, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

34 Nyatakan perasaan Amar ketika menunggu kawan baiknya yang belum datang.

(2 markah) Markah yang diperoleh

35 Berikan dua bukti yang menunjukkan Amar tidak percaya pada Razif. (4 markah) Markah yang diperoleh

36 Menurut Razif, apakah yang menyebabkan dia tidak dapat pergi ke rumah Amar untuk

belajar? (2 markah) Markah yang diperoleh

37 Menurut pendapat Amar, Razif bukan kawan yang baik. Berikan dua sebab mengapa Amar berpendapat sedemikian. (4 markah) Markah yang diperoleh

(7)

8

38 Berikan dua contoh yang menunjukkan Amar ialah seorang kawan yang prihatin.

(4 markah) Markah yang diperoleh

39 Razif ialah seorang anak yang bertanggungjawab. Nyatakan dua bukti yang menyokong

pernyataan ini. (4 markah) Markah yang diperoleh

40 Terdapat perkataan dalam petikan yang mempunyai maksud yang sama dengan frasa di bawah. Kenal pasti perkataan tersebut. Kemudian tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan. (2 markah)

(a) mengeluarkan kata-kata yang keras dan kasar

______________________________________________________________

(b) terletak atau terbaring ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh Selesai

(8)

9

SEMESTRAL ASSESSMENT 1, 2016

PRIMARY 5 STANDARD MALAY

ANSWER KEY (Booklet B)

Q26-Q29

FRASA

Q26

2

Q27

6

Q28

1

Q29

3

Q30-Q32

RANGSANGAN GRAFIK

Q30

1

Q31

4

Q32

2

Q33

i)....ialah setiap pemenang kuiz akan menerima hadiah sebuah buku

nota dan semua peserta akan dapat membawa pulang penanda buku

yang telah siap dibuat.

Q34-Q41

KEFAHAMAN 2

Q34

Amar berasa marah (2m)

Q35

Amar tidak mahu mendengar kata-kata/penerangan Razif(2m) dan

Amar terus meninggalkan Razif(2m)

Q36

Ada perkara penting yang harus dia buat di rumah(2m)

Q37

Razif membiarkan Amar menunggunya berjam-jam dan Razif pula

duduk senang-lenang di rumah(2m) dan itu bukan kali pertama Razif

lakukan perkara sebegitu(2m)

Q38

Melawat Razif di rumahnya selepas sekolah dan bertanyakan khabar

Razif(2m) serta menolong Razif dengan kerja sekolahnya yang

tertunggak(2m)

Q39

Razif tidak pergi ke rumah Amar untuk membuat kerja sekolah kerana

Ibunya sakit(2m) dan menjaga Ibunya sehingga ayahnya pulang dari

bertugas di luar negara(2m)

Q40a

herdik

Q40b

terlantar

Referensi

Dokumen terkait

Adanya fluktuasi nilai tukar mata uang tertentu yang terjadi di pasar foreign exchange bisa menimbulkan risiko kerugian bagi banyak perusahaan yang memiliki eksposur

Berdasarkan tabel diatas diperoleh hasil perhitungan analisis determinasi diketahui bahwa R square (R 2 ) sebesar 0,189 atau sebesar 18,9% gaya kepemimpinan

Berdasarkan latar belakang masalah tersebut, maka penulis tertarik untuk melakukan penelitian yang penulis tuangkan dalam bentuk skripsi dengan judul “Nilai-Nilai

01 Persentase pemangku kepentingan yang menerima bimbingan/pelayanan penyusunan laporan dana kampanye, audit dana kampanye, pendaftaran Partai Politik dan Anggota DPD sesuai

Perbedaan dengan penulisan ini adalah David Brain Kasidy Marpaung menekankan pada Polri dalam memberantas tindak pidana narkotika di Provinsi DIY., sedangkan penulisan

Pengembangan kompetensi tersebut diharapkan dapat menjadi bekal bagi peserta didik untuk berkomunikasi dalam kehidupan bermasyarakat secara cerdas, santun, dan bermartabat

Metode Simpleks merupakan salah satu metode yang tepat untuk digunakan pada linear programming yang memiliki variabel lebih dari dua dengan fungsi kendala yang

Alasan penulis memilih variabel resiko audit, kompleksitas tugas, dan jasa-jasa selain jasa audit sebagai variabel independen adalah berdasarkan penelitian terdahulu