Latar Belakang FPK
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
dibentuk
berdasarkan
ideologi
dan
falsafah yang termaktub dalam Laporan
Pendidikan dan Akta Pendidikan, Rukun
Negara, serta ideologi dan budaya
masyarakat Malaysia.
Falsafah
Pendidikan
Kebangsaan
diumumkan
secara
rasminya
pada
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencari kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan
1. Pendidikan Suatu Usaha Berterusan 2. Memperkembangkan Potensi Individu
3. Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu 4. Insan Yang Seimbang dan Harmonis
5. Unsur Intelek 6. Unsur Rohani 7. Unsur Emosi 8. Unsur Jasmani
9. Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan 10. Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan 11. Rakyat Malaysia yang Berketrampilan
12. Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia 13. Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
14. Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri
15. Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan terhadap Keharmonian dan Kemakmuran Keluarga, Masyarakat dan Negara
“Apakah itu falsafah?”
Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani philos (cinta) dan sophia (ilmu). Dalam bahasa yang mudah, falsafah bererti ‘mencintai ilmu dan kebijaksanaan’.
Falsafah merangkumi pendekatan bersepadu kita terhadap kehidupan dan dunia. Pendekatan ini melibatkan usaha untuk menemui apa itu hakikat dan apa yang bernilai dalam kehidupan manusia. Oleh itu, ahli falsafah sentiasa mengemukakan masalah, memberi dan menjustifikasikan penyelesaian terhadapnya, dan seterusnya, melibatkan diri dalam perbincangan yang panjang lebar tentang keseluruhan proses tersebut.
Dalam falsafah, kita sentiasa
bertanya soalan seperti yang
berikut:
Siapa saya?
Dari mana saya berasal?
Mengapa saya di sini?
Ke mana saya akan pergi?
CABANG FALSAFAH
1. ONTOLOGI / METAFIZIK
Memberi perhatian utama kepada
realiti atau kewujudan yang mutakhir.
Mempersoalkan perkara-perkara
seperti alam, jiwa atau roh dan
kehidupan.
Apakah dia alam jagat?
Apakah dia hidup?
Apakah dia kebebasan
manusia?
Termasuk soalan-soalan yang
mempersoalkan tentang kewujudan
Tuhan.
Memberi perhatian kepada
konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat
diukur seperti realiti, perubahan, kendiri,
jiwa dan sebagainya.
2. EPISTEMOLOGI
Mengenai teori pengetahuan dan perihal
pengetahuan:
Apakah sumber-sumber pengetahuan?
Sejauh manakah sumber pengetahuan
tersebut boleh dipercayai?
Apakah yang dapat diketahui oleh
seseorang?
Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah
yang kita ketahui?
Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains)
Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai. Tugas ahli epitemologi
memberi perhatian kepada apa yang
dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi seperti perasaan, penngamatan, pengukuhan dan mempersoalkan adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak oleh ahli psikologi.
3. AKSIOLOGI
Mempersoalkan tentang baik atau
buruk, benar atau salah, cantik atau
hodoh.
Perkara-perkara lain yang berkaitan
dengan nilai.
Boleh dibahagikan kepada dua cabang:
a)
Etika
Etika:
memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.
mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan
kehidupan.
Estetika:
Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas 1979).
4. LOGIK
Kaedah yang digunakan oleh ahli
falsafah untuk berfalsafah.
Peraturan-peraturan yang
membolehkan mereka membuat
cadangan dan hujah-hujah
MAZHAB-MAZHAB
UTAMA FALSAFAH
Falsafah Tradisional:
Perennialisme dan Essentialisme.
Berdasarkan Idealisme & Realisme
Falsafah Moden:
Progressivisme, eksistensialisme
dan rekonstruktivisme
Essentialisme
Essentialisme berpunca daripada realisme dan
idealisme.
Ia adalah teori yang mencadangkan penyampaian budaya dan pengetahuan teras kepada setiap
generasi baru sebagai tujuan utama pendidikan. Memandangkan essentialisme bertujuan untuk
menggalakkan pertumbuhan intelek individu serta mendidik individu yang berketerampilan, dengan tumpuan diberi kepada pengajaran mata pelajaran tradisional yang asas seperti Membaca, Menulis dan Mengira (3M) di samping mata pelajaran
Kesusasteraan, Bahasa Asing, Sejarah, Sains, Seni dan Muzik.
Guru dianggap sebagai berwibawa dalam
bidang mata pelajaran dan pengajaran.
Guru mempunyai kawalan bilik darjah dan
membuat keputusan mengenai kurikulum
tanpa banyak input daripada pelajar.
Guru
juga
bertanggungjawab
untuk
mengajar nilai-nilai tradisional. Justeru guru
dianggap sebagai contoh teladan.
William Bagley
(
1874
-
1946
) merupakan
seorang ahli essentialis yang terkenal.
Perennialisme
Perennialisme berpunca daripada realisme.
Ahli perennialis mempercayai bahawa tujuan
utama pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan ilmu yang sejagat dan abadi.
Fokus perennialisme adalah pada perkembangan peribadi. Oleh sebab manusia ialah manusia, maka mereka hendaklah diajarkan hal-hal berkaitan dengan manusia dahulu, bukannya hal berkenaan dengan mesin atau teknik.
Justeru tajuk-tajuk liberal seharusnya diajar terlebih dahulu, dan bukannya tajuk-tajuk vokasional.
Progressivisme
Progressivisme berkembang daripada pragmatisme yang kemudian dikembangkan oleh John Dewey. Ahli progressivis mempercayai bahawa kebenaran adalah relatif dan tentatif.
Ilmu membawa seseorang ke arah pertumbuhan dan perkembangan. Memandangkan pengetahuan boleh menerangkan realiti masa kini, maka kanak-kanak hendaklah diajarkan cara berfikir berbanding dengan hal yang perlu difikirkan.
Oleh sebab, progressivisme mempercayai bahawa kanak-kanak akan memilih yang paling baik bagi diri mereka maka kurikulum hendaklah berdasarkan minat, kandungan antara disiplin, dan aplikasi masalah manusia.
Ahli progressivis menganggap peranan guru
sebagai pembimbing untuk penyelesaian
masalah dan inkuiri saintifik.
Kebanyakan
ahli
progressivis
bersetuju
dengan
pendekatan
induktif
yang
menggalakkan
pelajar
untuk
memberi
penjelasan
sendiri
dan
pemahaman
fenomena.
Dengan
cara
ini,
pelajar
dapat
mengaplikasikan pengetahuan baru yang
dibentuk ke dalam bidang kajian yang lain.
Eksistentialisme
Eksistentialisme memberi fokus pada fitrah kewujudan manusia. Ahli eksistentialis berpandangan bahawa manusia dilahirkan tanpa sebarang tujuan.
Mereka melihat realiti sebagai subjektif dan didefinisikan oleh individu sendiri. Oleh yang demikian, seseorang bertanggungjawab kepada diri sendiri dan dengan demikian bebas untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar.
Menurut ahli eksistentialis, guru atau sistem sekolah tidak berhak untuk menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid.
Memandangkan setiap individu bertanggungjawab atas pendidikan masing-masing, maka kurikulum eksistentialis tidak mempunyai mata pelajaran yang khusus.
Namun, mata pelajaran yang bersifat emosional, estetik dan berfalsafah seperti kesusasteraan, drama, perfileman dan seni adalah sesuai. Mata pelajaran ini menggambarkan keadaan manusia dan keadaan membuat pilihan.
Rekonstruktionisme
Rekonstruktionisme adalah hasil progressivisme.Rekonstruktionisme memberi syor untuk membaiki dan membina semula masyarakat. Ia melihat pengasasan corak budaya baru serta penghapusan penyakit sosial sebagai tujuan utama pendidikan.
Ahli Rekonstruktionisme melihat sekolah sebagai pemangkin penting untuk meningkatkan keadaan manusia melalui pembaharuan pendidikan dan sosial.
Rekonstruktionisme berusaha untuk menggunakan sekolah untuk mencipta sebuah masyarakat baru. Justeru fungsi utama sekolah, termasuklah seperti yang berikut:
i) Untuk mengenal pasti masalah sosial yang memberi sumbangan kepada krisis budaya, dan
Kurikulum rekonstruktionis menekankan sains sosial dan kaedah kajian sosial. Ia berfokus pada
kecenderungan kini dan masa depan, serta pada isu nasional dan internasional.
Kemahiran dan mata pelajaran yang diajarkan
adalah yang dapat mengenal pasti dan membantu menyelesaikan masalah masyarakat.
Pembelajaran adalah aktif dan ada hubungan dengan masyarakat hari ini dan masa depan. Guru tidak harus takut tentang komitmen untuk membantu membina sebuah masyarakat baru. Mereka harus bertugas sebagai agen perubahan dan pembaharuan. Mereka juga membantu pelajar
Idealisme
Salah satu falsafah tertua di dunia
(Plato, Rene'Descartes, Baruch Spinoza, G.
Berkeley, I. Kant, G.F.Hagel dan S.T. Coleridge) Bertentangan pendapat antara mereka
Bersetuju bahawa jiwa atau kerohanian manusia penting dalam kehidupan
Alam jagat pada hakikatnya bukan kebendaan Ia merupakan satu sistem yang memberi
penekanan kepada kepentingan fikiran, jiwa dan kerohanian
Persoalan Metafizik
Dalam Mazhab Idealisme
Asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal, atau dalam bentuk fikiran dan bukan material
Unsur terpenting dalam kehidupan ialah
kerohanian manusia dan semua kewujudan boleh diperturunkan kepada kerohanian.
Idealis tidak menafikan kewujudan alam fizikal, tetapi mereka menganggap kewujudan alam fizikal tidak nyata secara muktamadnya.
Semua benda hanya satu anggapan atau
satu sari pemikiran. Hanya fikiran sahaja
yang nyata atau pun benar. Oleh itu semua
benda hendaklah diperturunkan kepada
fikiran atau kerohanian.
Van Scottes et al (1979) berpendapat
kepentingannya tentang akal dan idea, maka
tumpuan dalam pendidikan ialah melatih
akal, menyuburkan roh dan menguasai idea.
Idealis menganggap manusia mempunyai
akal dan jasad, atau jasad, akal dan roh.
Kanak-kanak adalah sebahagian daripada
alam kerohanian mutlak, dan
mempunyal tujuan kerohanian yang perlu
dipenuhi mengikut kebolehan dan
keupayaan mereka. Pendidikan mestilah
berusaha memupuk kekariban antara
pelajar, unsur-unsur kerohanian tabii dan
memberi penekanan dalam keharmonian
antara manusia dan alam jagat.
Idealis mempercayai dua konsep yang penting iaitu kebebasan dan rasionaliti, dan perkaitan antara mereka.
i) Kebebasan :
Amalan kehendak dalam membuat keputusan sendiri dan mesti diikuti dengan tanggungjawab terhadap akibat yang mungkin timbul hasil
daripada tindakan yang dilakukan.
ii) Rasionaliti :
Proses mancari dan mengeluarkan idea. Idea adalah satu kemungkinan dalam diri
kanak-Persoalan Epistemologi Dalam
Mazhab Idealisme
Pengetahuan boleh diperolehi dengan
cara seIain daripada kaedah saintifik.
Ia boleh diperolehi melalui keimanan,
keautoritarian, taakulan dan intuisi.
Plato: Pengetahuan sebenar adalah
hasil pemikiran taakulan. Pengetahuan
lebih baik dikeluarkan daripada pelajar
sendiri berbanding dengan
Persoalan Aksiologi
Dalam Idealisme
Nilai dan etika adalah mutlak.
Oleh itu, apa yang dikatakan baik, benar dan cantik, secara asasnya tidak berubah daripada
satu generasi kepada satu generasi yang lain atau daripada satu masyarakat kepada satu masyarakat yang lain.
Nilai dan etika bukan ciptaan manusia, tetapi sebahagian daripada tabii alam ciptaan Tuhan.
Kebenaran, kebaikan dan kecantikan adalah nilai yang tidak berubah
Oleh kerana Tuhan merupakan sumber
nilai, maka manusia hanyalah dianggap
berakhlak apabila mereka hidup mengikut
kehendak Tuhan.
Oleh kerana idealis (Van Scottes, Kraft
dan
Haas
(1979))
menganggap
nilai
sebagai mutlak, maka dasar dan kaedah
persekolahan mestilah menggambar dan
memperkembangkan nilai-nilai tradisi yang
dianggap
oleh
masyarakat
sebagai
Apabila kerohanian diberi perhatian yang
lebih, dunia ini akan menjadi lebih rasional
dan sempurna dan kejahatan akan hilang
sedikit demi sedikit.
Dalam sistem persekolahan, tidak terdapat
pelajar yang benar-benar jahat, tetapi hanya
mereka
yang
melanggar
atau
tidak
memahami
sepenuhnya
susunan
moral
Amenuel Kant:
Apabila
seseorang
pelajar
berkelakuan
kurang baik, guru mungkin bertanya tentang
kelakuan pelajar itu.Tetapi pernahkah guru
bertanya diri sendiri sama ada dia telah
menunjukkan contoh yang baik untuk diikuti
oleh pelajarnya?
Idealis secara umumnya bersetuju bahawa
pendidikan tidak hanya memberi tekanan
kepada perkembangan akal sahaja, tetapi
juga perlu menggalakkan pelajar memberi
Falsafah Pendidikan Timur
Falsafah Pendidikan Timur boleh
dikategorikan kepada tiga mazhab:
i) Konfusianisme,
ii) Nasionalisme dan Internasionalisme
iii) Falsafah Pendidikan Islam.
Konfusianisme
Pengasas agung Konfusianisme ialah Konfusious, atau lebih dikenal sebagai Kung Fu ‘Tze (551 – 479 SM).
Prinsip utama pendidikan adalah pada hal
pemikiran berfokus, menegakkan kebenaran, dan mempercayai kebaikan (jen).
Menurut Konfusionisme, kepentingan pendidikan terletak pada hal mengubah tingkah laku manusia supaya menjadi warga yang memiliki kelakuan mulia, mematuhi undang-undang, setia kepada kewibawaan dan mencintai negaranya.
Sehingga tahun 1911, ajaran Konfusianisme kuat mempengaruhi sistem pendidikan di negara
China.
Namun, Falsafah Barat mula mempengaruhi sistem pendidikan di China ketika Kuomintang mengambil alih pemerintahan kerajaan.
Beberapa banyak idea yang diperkenalkan oleh
Hushi (1891 – 1962), seorang pengikut setia John Dewey, ialah pragmatisme dan progressivisme
dalam kurikulum sekolah di China.
Kaedah induktif digunakan bagi penyelidikan bahasa. Pengintegrasian kemanusiaan dengan
sains untuk mengembangkan keseluruhan potensi individu menjadi tumpuan utama.
Nasionalisme dan Internasionalisme
Rabindranath Tagore (1861 – 1941), ahli falsafah
dan penyair terkenal dari India, mentafsirkan
pendidikan sebagai proses yang bermatlamat untuk menghasilkan individu dengan penaakulan sempurna yang berupaya mencapai semua aspek, termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani serta yang ada hubung kait dengan pengalaman hidup amali.
Pendidikan nasionalisme harus bermatlamat
untuk menyemai ideal dan tradisi sesebuah negara.
Selain itu, pendidikan harus berdasarkan
pengetahuan sejarah, geografi, kesusasteraan,
Pendidikan
internasionalisme
harus
cuba
memupuk
hubungan
baik,
persaudaraan, harmoni, dan keamanan
antara negara di dunia.
Justeru pendidikan harus berdasarkan
pengetahuan sebenar dan harus ada
hubungan langsung dengan budaya
dan tradisi rakyat negara lain.
Falsafah Islam
Falsafah Islam adalah berdasarkan ajaran Islam, diperoleh daripada al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Ibn Rushd, yang juga terkenal di Barat sebagai Averroes, ialah ahli pemikir Muslim agung dan terkenal sebagai ahli sains yang ternama, serta seorang doktor yang ulung dan Hakim Besar (Kadi Agung) Khalifah di Andalusia semasa abad ke-12.
Dia mempunyai pengaruh besar terhadap
pemikiran Barat.
Beliau berpendapat bahawa agama dan falsafah adalah saling bersetuju. (Raslan, 1997; Ead,
Pandangan Pendidikan Islam dalam
penyebaran pengalaman &
kebudayaan:
pengalaman dlm bentuk
kemahiran/pengetahuan teknikal yang
kandungannya sentiasa berubah dari
semasa ke semasa
Pengalaman berasaskan nilai-nilai yang
tetap yang terdapat dalam al-Quran dan
Sunah
Islam tidak berpegang kepada teori kesalahan (manusia menghabiskan seluruh hidupnya untuk memperbaiki kesalahan tersebut).
Kanak-kanak dilahirkan suci, bersih & terserah kepada alam sekeliling untuk mencorakkan penghidupannya. Manusia sebagai khalifah.
Manusia diberi akal dan pengetahuan dalam menghambakan diri kepadaNya. Dengan ini, manusia bertanggungjawab kepadaNya di atas segala tindakan.
Manusia bertugas sebagai khalifah Tuhan di muka bumi (tunduk dan patuh perintah Tuhan).
Dasar Pendidikan Islam
(Hassan Langgulung, 1979)
Keesaan Tuhan (Tauhid).
Kepercayaan kpd pesuruh-pesuruh yag diangkat oleh Tuhan di antara bangsa-bangsa di dunia.
Kepercayaan kepada wahyu Tuhan kepada Nabi-Nabi.
Manusia semula jadi tidak berdosa dan mempunyai potensi tidak terbatas dalam perkembangan moral dan kerohanian. Setiap orang bertanggungjawab terhadap tindakannya sendiri Kehidupannya sesudah mati.
Persamaan dan persaudaraan sejagat antara semua umat Islam.
Setiap orang mesti mempercayai 6 perkara ini sebelum dia disebut beriman.
Matlamat Pendidikan Islam
Untuk mewujudkan perkembangan yang seimbang di dalam diri individu dengan nilai-nilai Islam (akal fikiran)
Penghasilan individu yang beriman, berpengetahuan, berakhlak tinggi dan beramal salih (masyarakat yang hidup harmoni, menghormati dan berkerjasama sal.)
Tidak menghalang umatnya mempelajari bidang2 ilmu atau pengetahuan yang lain.
Pengetahuan yang terpisah dpd keimanan adalah pengetahuan tidak sepenuhnya (kejahilan baru).
Tidak mengamalkan pengetahuan-bukan ajaran Islam Matlamat Pendidikan Islam:
Melahirkan manusia bertakwa
Melahirkan manusia ta'abbudi (meletakkan segenap hidupnya kepada mencari keredaan Allah s.w.t.
Pembentukan Kurikulum
Pendidikan Islam
Perkara yang perlu didahulukan:
Pengajaran al-Quran, Hadis dan juga bahasa Arab dan cabang2nya
Bidang ilmu yang meliputi kajian tentang manusia sebagai individu dan juga sebagai anggota
masyarakat.
Kemanusian (al-ulum al-insaniyah) - psikologi, sosiologi, sejarah, ekonomi dll.
Bidang ilmu mengenai alam tabii (sains natural) (al-ulum al-kauniyah) yang meliputi astronomi, biologi, botani dll.