• Tidak ada hasil yang ditemukan

Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Simdrom Down. Nordin Tahir, IPG Kampus Ipoh"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Simdrom Down

• Sindrom Down berpunca daripada masalah yang

disebabkan daripada masalah berlebihan kromosom.

• Dalam kebanyakan kes ia melibatkan kepada kecacatan

dalam pasangan kromosom yang ke-21.

• Menurut kajian, ia berlaku dalam setiap 800 kelahiran.

• Akibat daripada Sindrom Down ini termasuklah terencat

akal, masalah ringan dan pertuturan dan perkembangan

motor yang lambat.

(2)

Kanak-kanak ini mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal

pasti antaranya:

• Mulut sentiasa terbuka atau tidak tertutup rapat.

• Lidah yang tebal, kasar dan pendek serta cenderung

untuk terjelir

• Mata sentiasa berair dan merah.

• Mata sepet dan bentuk muka yang kecil.

• Berbadan gempal dan pendek serta aan yang agak

bongkok.

• Suka bermanja, bermain dan dapat bergaul dengan

baik.

(3)

• Mereka juga selalunya mengalami masalah kataraks

mata, masalah jantung dan kecacatan usus.

• Sebelum ini, penghidap Sindrom Down kerap

meninggal dunia sebaik sahaja memasuki alam

dewasa disebabkan oleh masalah-masalah yang

dihadapi tetapi, kini dengan kemajuan perubatan

mereka boleh menjalani kehidupan yang sihat seperti

individu normal.

(4)

• Kanak-kanak Sindrom Down memerlukan penjagaan

yang lebih rapi.

• Disebabkan oleh keadaan fizikal muka mereka yang

rata, mereka cenderung mengalami masalah

penafasan dan sukar untuk makan.

• Mereka juga lemah dalam koordinasi mata dan otot

dan kurang upaya meneroka persekitaran.

• Walau bagaimanapun dengan sokongan ibu bapa dan

penjaga mereka boleh dibimbing dan diasuh untuk

berdikari dan menguasai kemahiran.

(5)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Guru perlu bersabar dalam menangani pembelajaran kanak-kanak yang mempunyai masalah Sindrom Down.

• Proses pengajaran perlu dijalankan dengan kadar yang perlahan mengikut kebolehan kanak-kanak tersebut.

• Ini juga memberi peluang bagi mereka mencapai kemahiran dan meningkatkan emosi mereka yang mereka juga berupaya untuk berjaya. • Setiap tugasan, aktiviti atau arahan perlu dirancang dengan rapi. Ia perlu

disampaikan dengan jelas, betul, khusus dan lengkap.

• Ini adalah kanak-kanak Sindrom Down sukar untuk memahami arahan dan perkataan. Setiap arahan perlu lengkap dengan butiran yang terperinci. Contohnya: “Ambil buku yang berwarna kuning di atas meja dan bawa buku itu kepada cikgu.”

(6)

• Guru perlu memberi bimbingan dan bantuan yang berkesan semasa pengajaran akademik.

• Kanak-kanak Sindrom Down kurang mempunyai keupayaan untuk mengingat dan memproses maklumat.

• Guru perlu menyediakan mereka dan menarik perhatian mereka.

• Guru juga boleh mengajar kemahiran mengingat yang mudah. Ia boleh dikaitkan dengan perkara yang mereka sukai.

• Masukkan elemen vokasional dan kemahiran kendiri di dalam kurikulum mereka.

• Ini adalah supaya mereka berupaya menjaga keperluan asas diri dan berupaya mencari kerjaya yang sesuai apabila tamat persekolahan nanti.

(7)

Autisme

• Autisme merupakan kecacatan mental seumur hidup yang terlalu sukar untuk dipulihkan.

• Kanak-kanak autisme ini menghadapi masalah komunikasi kerana mereka tidak boleh mengenali atau mentafsir air muka, gerak isyarat atau nada suara yang berlainan.

• Selain itu, kanak-kanak ini juga menunjukkan tabiat yang tidak suka bertentang mata dan tidak menunjukkan sebarang reaksi dalam apa-apa situasi.

• Mereka lebih minat kepada barang permainan daripada berinteraksi atau berhubung dengan orang di sekitarnya.

(8)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Pendidikan kanak-kanak ini berfokus kepada kemahiran-kemahiran kesediaan untuk berlajar, misalnya duduk dan memberi perhatian kepada guru, kemahiran psikomotor misalnya penggunaan alat, gunting, dan kemahiran sosial seperti berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya.

• Ia harus menekankan kemahiran yang dapat membantu kanak-kanak berdikari. Misalnya, membaca notis, surat khabar dan mengisi borang permohonan.

• Bimbing kanak-kanak ini mengurus diri misalnya, dengan membantu mereka menyediakan jadual kerja dan menyenaraikan perkara-perkara yang perlu dilakukan pada hari itu.

(9)

• Beri latihan dan peluang untuk mempraktikkan apa

yang telah mempelajari misalnya dengan mengulang

langkah atau konsep yang telah dipelajari.

• Kanak-kanak ini memerlukan rutin.

• Perubahan ialah sesuatu yang sukar diterima oleh

mereka.

• Amalan rutin harus dipraktikkan di dalam bilik

darjah.

(10)

Pintar Cerdas

• Kanak-kanak yang pintar cerdas berbakat dan berkebolehan memerlukan sokongan yang lebih daripada yang sedia ada dalam sesebuah bilik darjah untuk membantu mereka merealisasikan sepenuhnya potensi yang ada dalam diri mereka.

Kanak-kanak yang pintar cerdas menunjukkan ciri-ciri berikut:

• Menunjukkan kebolehan mempelajari sesuatu dengan lebih cepat jika dibandingkan dengan rakan sebaya.

• Menunjukkan keinginan untuk mengetahui yang lebih jika dibanding dengan rakan sebaya.

• Menetapkan matlamat yang tinggi untuk pencapaiannya.

• Motivasi yang tinggi dalam menghadapi tugasan yang mencabar.

• Kemahiran berbahasa, membaca dan perbendaharaan kata yang luas. • Kebolehan untuk memimpin.

(11)

Implikasi Kepada Pengajaran Dan Pembelajaran

Di Dalam Bilik Darjah

• Kanak-kanak pintar cerdas boleh dibantu melalui tiga jenis program:

i. Pengasingan,

ii. Pemecutan (acceleration) iii. Pengayaan

• Dalam program pengasingan, kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. • Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak

(12)

• Program pemecutan pula boleh dilaksanakan dengan dua cara.

• Satu cara ialah di mana kanak-kanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka.

• Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding rakan sebaya.

(13)

• Program pengayaan melibatkan pendekatan yang

menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di

dalam atau di luar kelas.

• Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke

muzium atau perpustakaan negara.

• Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti

lain yang memerlukan murid mencari maklumat yang

lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan

oleh murid secara bersendirian.

(14)

Kesimpulan

• Aspek penting dalam pengajaran kanak-kanak keperluan khas ialah sikap guru serta kemahiran guru dalam membantu kanak-kanak ini.

• Guru perlu percaya bahawa pendidikan adalah untuk semua kanak-kanak.

• Kerjasama antara guru pendidikan khas dan guru kelas biasa amat penting.

• Guru-guru ini seharusnya mempunyai kesanggupan untuk berkongsi kemahiran demi kebaikan kanak-kanak tersebut. • Hubungan yang baik dan kerjasama dengan ibu bapa, pihak

hospital dan kebajikan masyarakat juga penting dalam usaha membantu kanak-kanak ini.

(15)

• Guru perlu peka dan sensitif kepada keperluan kanak-kanak. • Misalnya, guru tidak harus membuat perbandingan antara

kanak-kanak.

• Dapatkan perhatian kanak-kanak berkeperluan khas dengan menghampiri mereka dan bukan dengan memanggil namanya beberapa kali secara negatif.

• Gunakan bahasa isyarat jika hendak menyuruh kanak-kanak supaya bertenang atau jangan bising.

• Seterusnya guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan ransangan misalnya kad-kad yang mudah untuk menarik minat dan perhatian murid.

(16)

• Kanak-kanak berkeperluan khas khas boleh

dibenarkan bekerja dalam kumpulan-kumpulan yang

dapat menerima dan membimbing mereka.

• Sekiranya kanak-kanak ini tidak dapat mencatat nota

atau melakukan sesuatu aktiviti spesifik, tugas itu

boleh diberikan kepada rakan sekelas untuk

membantu.

• Kesimpulannya, interaksi dengan persekitaran yang

menyokong dan pembelajaran yang aktif boleh

membantu perkembangan kanak-kanak ini.

(17)

Rujukan

• Jas Laile Suzana Jaafar (1996), Psikologi kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

• Haliza Hamzah, Joy N. Samuel, (2009), Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Izajah Sarjana Muda Perguruan, Edisi Kedua, Kumpulan Budiman SDN BHD, Kuala Lumpur.

• Mohd Sharani Ahmad (2006), Psikologi Kanak-kanak, PTS PROFESSIONAL , Plublishing SDN BHD.

Referensi

Dokumen terkait

Tujuan penelitian ini untuk mengetahui pengaruh profitabilitas, collateralizable assets, pertumbuhan perusahaan dan ukuran perusahaan terhadap kebijakan dividen pada

Obwohl die KIDRON Vermögens- verwaltung GmbH der Auffassung ist, dass die Angaben auf ver lässlichen Quellen beruhen, kann sie für die Qualität, Richtigkeit, Aktualität oder

1) Ibu Sarwati Rahayu, ST., MMSI sebagai dosen pembimbing yang selalu sabar dan telah bersedia untuk meluangkan waktu untuk membimbing, memeriksa, serta memberikan

Untuk meningkatkan kandungan biomassa, cadangan karbon dan serapan karbon dioksida pada hutan mangrove Desa Bontobangun Kecamatan Bontoharu Kabupaten Kepulauan Selayar perlu

Unit pengolahan air limbah pada sistem loop biofiltrasi, dapat mengombi- nasikan proses untuk beban organik tinggi, yaitu sistem hibrid UASB dan fixed bed biofilter

Penerapan Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Jigsaw terhadap Hasil Belajar Chest Pass pada Permainan Bola Basket Sudi Pada Siswa Kelas VII SMP Negeri 5 Sidoarjo..

Pada penelitian ini terdapat batasan berdasarkan sumber daya yang dibutuhkan oleh perusahaan untuk memproduksi Produk A dan B, yaitu terletak pada bahan baku,  jam kerja

Kami dari INDO ASIA yaitu lembaga profesional yang membantu pembentukan dan penguatan BUMDES menawarkan kerjasama dengan Pemberdayaan Masyarakat Desa (PMD) atau