• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERINGKAT DIPLOMA (LEPASAN SPM DAN PRA-DIPLOMA) PERINGKAT IJAZAH (LEPASAN STPMASASIMATRIKULASI) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERINGKAT DIPLOMA (LEPASAN SPM DAN PRA-DIPLOMA) PERINGKAT IJAZAH (LEPASAN STPMASASIMATRIKULASI) PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH"

Copied!
37
0
0

Teks penuh

(1)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

78

Modul

3

PEMBANGUNAN PROFESIONALISME

PERINGKAT DIPLOMA

(LEPASAN SPM DAN PRA-DIPLOMA)

PERINGKAT IJAZAH

(LEPASAN STPM/ASASI/MATRIKULASI)

PENERAPAN ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH

KEPIMPINAN

KOMUNIKASI

ETIKA DAN MORAL PROFESIONAL

PEMIKIRAN KRITIS DAN KEMAHIRAN MENYELESAIKAN

MASALAH

(2)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

79

MODUL 3 DIPLOMA/IJAZAH : PROFESIONALISME

PENGENALAN

Modul ini mendedahkan konsep profesionalisma dalam membentuk seorang mahasiswa yang holistik dan mapan. Profesionalisma merupakan sifat-sifat kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu sebagaimana yang sewajarnya terdapat pada seorang profesional. Ia merupakan elemen penting dalam menjayakan sesebuah organisasi sama ada dalam konteks kepimpinan atau keusahawanan.

MATLAMAT

Untuk mencapai matlamat universiti dalam melahirkan graduan profesional yang mempunyai daya kepimpinan dan keusahawanan tinggi berdasarkan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalisme.

OBJEKTIF

1. Memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan profesionalisme dalam kepimpinan.

(3)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

80 KANDUNGAN DAN JADUAL PERLAKSANAAN

UNIT KAEDAH PELAKSANAAN

KETERANGAN BAHAN/PERALATAN TEMPOH

1 UNIT 1 :

 Semua mahasiswa Lepasan Diploma

 Semua mahasiswa semester 3 Peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Profesional

(4)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

81

UNIT 1 : CERAMAH

TAJUK CERAMAH : PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF :

 Memberikan pendedahan tentang keprofesionalisme kepimpinan.

 Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap tokoh-tokoh keusahawanan di

peringkat Negara dan Antarabangsa

 Untuk mencapai matlamat universiti dalam membentuk keprofesionalisme

(5)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

82

NOTA CERAMAH UNIT 1

PROFESIONALISME DAN KEPIMPINAN

PENDAHULUAN

Setiap manusia mempunyai tugas kepimpinan. Seseorang suami, isteri, pegawai kerajaan, ketua parti politik, ketua kampung, pelajar dan individu biasa mempunyai tugas kepimpinan terhadap kelompok atau terhadap individu lain. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim; “Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap

pemimpin akan ditanya bagaimana kamu memimpin.” Justeru itu setiap manusia yang

memimpin adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang berada di bawah pimpinannya. Ketua negara bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Ketua keluarga adalah pemimpin dalam keluarganya. Majikan pula bertanggungjawab menjaga pekerjanya.

DEFINISI KEPIMPINAN

(6)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

83 KONSEP KEPEMIMPINAN

De Pree (1989), menyatakan kepemimpinan merupakan satu seni, kepercayaan, suara hati dan bukan sekadar perkara-perkara yang perlu dilaksanakan. Kepemimpinan yang berseni itu diterjemahkan dalam bentuk kata-kata dan amalan-amalan. Ringkasnya, walaupun terdapat banyak takrifan tentang kepimpinan, dua definisi operasional yang dipersetujui ialah:

(i) Kepimpinan ialah fungsi kumpulan: ia berlaku dalam proses dua atau lebih orang berinteraksi untuk mencapai matlamat, dan

(ii) Pemimpin secara sengaja mempengaruhi tingkahlaku orang lain (Hersey & Blancard,1982). Seperkara lagi, kepemimpinan juga berkaitan dengan memperkenalkan sesuatu yang baru atau cuba memperbaiki keadaan sedia ada (Stogdil, 1974).

Kefahaman terbaharu tentang kepemimpinan adalah berkaitan dengan visi (Bennis dan Nanus, 1983), yang mana berkemampuan pemimpin itu mewujudkan serta menjelaskan visinya dan seterusnya mampu diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh ahli-ahli dalam organisasinya. Hart (1998), berpendapat kepemimpinan sebenarnya berlaku apabila ahli-ahli dalam kumpulan itu menerimanya sebagai pemimpin. Menurut Bass (1990), kepemimpinan dianggap sebagai satu faktor yang paling kritikal dalam menentukan kejayaan dan kegagalan sesebuah organisasi. Kesan kepemimpinannya adalah secara tidak langsung yang mana pemimpin menterjemahkan makna kepemimpinan dan mampu mewujudkan impak terhadap penghasilan organisasi.

(7)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

84

Menurut Idris Zakaria (1996), setiap manusia adalah pemimpin. Dalam konteks ini, seseorang itu sekurang-kurangnya menjadi pemimpin kepada dirinya sendiri atau kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keluarga, masyarakat dan negara. Dalam Islam, konsep khalifah dan kekhalifahan sentiasa bergerak seiring dengan persoalan kepemimpinan kerana Islam menegaskan bahawa setiap manusia yang akil baligh adalah khalifah yang diberi tanggungjawab untuk memakmurkan bumi ini melalui pendekatan “amar makruf nahi mungkar”.

Justeru itu pemimpin adalah inidividu yang menjadi ketua ke atas sesuatu komuniti (kelompok) yang besar atau kecil. Pemimpin juga merupakan individu yang bertanggungjawab mempengaruhi orang-orang bawahan atau para pengikutnya untuk menggerakkan mereka melaksanakan sesuatu tugas bagi mencapai matlamat organisasi. Mereka juga berusaha sedaya upaya untuk menanamkan keyakinan, membimbing dan menjadi sumber inspirasi atau contoh kepada pengikutnya. Seorang pemimpin yang baik perlu memenuhi prasyarat tertentu seperti memiliki keupayaan fizikal dan spiritual yang ampuh, mempunyai visi dan berupaya mempelopori anjakan paradigma ke arah kecemerlangan organisasi dan yang lebih penting memiliki keperibadian mulia (Idris Zakaria, 1996).

Oleh itu dapat dirumuskan kepemimpinan sebagai:

1. Percampuran teladan, pujukan dan paksaan yang mendorong orang melakukan apa yang anda hendak lakukan.

2. Proses menggunakan kuasa untuk mendapatkan pengaruh (interpersonal influence).

3. Kepimpinan adalah penonjolan personaliti. 4. Biasanya dikaitkan dengan karisma dan visi.

5. Pemimpin adalah seorang yang akan diikuti ke tempat yang anda tidak akan pergi bersendirian.

(8)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

85

7. Pemimpin bukan dilahirkan tetapi dibina dalam diri melalui penambahan ilmu dan bakat yang sedia serta diperkukuhkan dengan pengalaman yang sesuai.

PEMIMPIN, PENGURUS DAN PENGIKUT DALAM ORGANISASI

Kepimpinan dan pengurusan organisasi yang efektif dan efisyen memerlukan seorang pengurus dan pemimpin yang cekap dan berwibawa. Namun persoalannya, bagaimana pengurus berbeza daripada pemimpin? Pengurus yang efektif tidak semestinya merupakan seorang pemimpin yang efektif dan sebaliknya seorang pemimpin yang cekap dapat disamakan dengan seorang pengurus yang efektif. Adalah malang jika pengurus, pentadbir, penyelia, dan para eksekutif tertinggi melepaskan tanggungjawab mereka tanpa menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap. Pengurus yang paling baik perlu memiliki daya kepimpinan yang efektif.

Pengurus perlu menangani kompleksiti harian yang rutin dan pemimpin yang cekap dapat menguruskan dan menumpukan perhatian dalam menyelaras perubahan secara efektif. Pengurus amat menekankan perancangan dan belanjawan rutin, manakala pemimpin pula menyediakan arahan dan visi organisasi. Pengurus juga perlu menstruktur dan menstafkan organisasi dengan memilih pekerja yang berkebolehan mengetuai aktiviti dan sebaliknya pemimpin mendorong pengikutnya merealisasikan visi yang telah dibentukkan tersebut. Pemimpin yang berkesan selalu menfokuskan pergerakan organisasi ke arah masa depan yang lebih ideal dan memotivasikan mereka bagi menangani sebarang halangan dalam proses tersebut.

Perbezaan yang paling nyata antara seorang pengurus dan pemimpin dapat dilihat pada sumber kuasa dan paras kepatuhan yang diberikan oleh pengikut dan pekerja dan kuasa merupakan daya potensi dalam mempengaruhi perangai atau kelakuan orang lain.

(9)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

86

organisasi tidak boleh mengecualikan peranan yang dimainkan oleh pemimpin dan pengikutnya. Hanya pengikut yang efektif berkebolehan berfikir secara berdikari dan pada masa yang sama memberi sumbangan kepada matlamat organisasi. Seorang pengurus mempunyai dua peranan, yakni memimpin bawahan membuat segala laporan kepada beliau dan beliau juga akan membuat laporan kepada ketuanya. Dalam perkara tersebut, beliau bertindak sebagai seorang pemimpin dan juga sebagai seorang pengikut yang dipimpin oleh pihak lain. Dalam hal ini, pengikut mestilah menjalankan segala tanggungjawab secara berhati-hati.

Selain itu, ancaman sering dihadapi oleh pengikut yang efektif dalam sesebuah organisasi kerana terdapat segelintir pengikut yang tidak sehaluan dengan mereka. Golongan ini selalu mempersembahkan semangat dan penglibatan yang kurang menyenangkan kepada organisasi, kakitangan dan idea serta produk sesebuah organisasi. Pengikut yang efektif selalu menguasai kemahiran yang berguna untuk diimplementasikan kepada organisasi. Piawai kerja mereka selalu lebih tinggi daripada apa yang dijangkakan walaupun tidak mendapat sebarang pujian dan ganjaran. Mereka tahu bahawa sumbangan mereka kepada organisasi adalah penting sekali dan dalam proses tersebut, mereka telah dapat mempelajari cara kepemimpinan yang efektif lagi unik (Mohd. Hizam dan Zafir, 2002).

KEPIMPINAN CEMERLANG

(10)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

87 a. Kompeten Kepimpinan:

Berikut adalah antara kecekapan yang perlu ada pada seorang pemimpin:

1. Ketahui dan hargai kelemahan dan kekuatan sendiri serta berusaha membaikinya.

2. Menerima dan bertanggungjawab dalam urusan kumpulan. 3. Kepimpinan melalui teladan.

4. Menentukan tugas difahami, diawasi dan dicapai dengan kejayaan.

5. Fahami ragam ahli dan ambil berat tentang kebajikan orang bawahan terdahulu.

6. Membina kepimpinan ahlai atau persatuan dalam penyediaan pelapis.

7. Mengenal pasti potensi dan melatih ahli kumpulan bagi membolehkan prestasi ditahap optimum.

8. Layan dan hukum anggota dengan adil dan wujudkan suasana kerjasama dan saling mempercayai.

9. Ikut saluran komunikasi dalam pengurusan dan pimpinan.

10. Jangan suruh orang lain buat kerja yang anda sendiri tidak rela membuatnya. 11. Libatkan anggota dalam semua tahap tugas dan beri penerangan semula

tentang misi atau tugas apabila berlaku perubahan serta gambaran keseluruhan prestasi semasa.

(11)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

88 b. Kualiti Dalam Kepimpinan

Ciri-ciri kualiti yang patut diberi perhatian di dalam kepimpinan;

1. Dorongan kendiri dan ahli-ahli

2. Keberanian, ketabahan, kecekalan fizikal dan mental 3. Cekap membuat keputusan yang berkesan

4. Bertanggungjawab 5. Sihat dan cergas 6. Amanah

7. Waras penilaian 8. Ilmu pengetahuan 9. Taat setia

10. Tidak mementingkan diri 11. Azam kemahuan yang tinggi 12. Setia kawan yang kukuh 13. Kemahiran berkomunikasi 14. Sabar

15. Beriman

16. Keterbukaan dan ketegasan 17. Inisiatif

(12)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

89 c. Sikap Pemimpin

Seterusnya, Mohd. Hizam dan Zafir (2002) menyatakan bahawa para penyelidik telah mengutarakan sifat-sifat asas yang perlu ada pada seorang pemimpin. Antaranya ialah:

i. Desakan

Pemimpin mempunyai keinginan untuk mencapai kejayaan dalam tugas-tugas mereka. Mereka pandai mengambil peluang dan kesempatan serta berusaha untuk mencapai matlamat organisasi.

ii. Motivasi

Pemimpin yang baik bukan hanya berkeinginan untuk berjaya sahaja, malah mereka menginginkan kuasa, iaitu lebih suka memimpin daripada dipimpin oleh orang lain.

iii. Kejujuran dan Keikhlasan

Pemimpin yang baik bersifat jujur dan ikhlas. Mereka melakukan apa yang mereka janjikan. Sifat ini sangat penting kerana kejujuran dan keikhlasan seseorang pemimpin membolehkan orang lain percaya kepadanya.

iv. Keyakinan Diri

(13)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

90 v. Kebolehan Kognitif

Pemimpin berusaha untuk menunjukkan kebijaksanaan, persepsi yang tepat dan kemahiran dalam menjalankan tugas tetapi mereka tidak semestinya pintar. Mereka dapat menunjukkan kebolehan menganalisis, membuat pertimbangan dan kebolehan berfikir secara strategi.

d. Komunikasi Kepimpinan

Kajian pakar psikologi dalam bidang komunikasi seperti Redding (1972) mendapati, seorang pemimpin yang efektif memiliki ciri-ciri berikut, antaranya:

i. Kemahirankomunikasi

Seorang pemimpin sewajarnya pandai menerangkan dengan jelas arahan dan dasar-dasar organisasi. Malah mereka merasakan suatu keseronokan untuk berbincang dengan orang yang dipimpin. Dalam konteks ini, pemimpin yang mengekalkan komunikasi vertikal dan/atau komunikasi horizontal akan menjamin hubungan baik antara pihak atasan dan bawahan.

ii. Kemahiran interpersonal:

(14)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

91 iii. Kemahiran menjalin hubungan

Jalinan hubungan amat penting kerana kejayaan sesuatu pencapaian matlamat adalah bergantung kepada sokongan dan kerjasama orang lain.

iv. Kemahiran mendengar

Seorang pemimpin yang bijak berkomunikasi adalah pemimpin yang pandai mendengar empati dan sedia membuka telinga kepada orang bawahan mereka. Mereka sanggup melayan soalan-soalan yang

dianggap ‘bodoh’, cadangan dan rungutan dengan sikap bertimbang

rasa.

v. Kemahiran memproses maklumat

Justeru itu, pemimpin yang berkesan merupakan pemimpin yang berupaya untuk mendengar, menerima dan mempunyai persepsi yang tepat terhadap maklumat yang diterima. Ini bermakna pemimpin tersebut mampu untuk memproses maklumat dengan cara mengupas, mempertimbangkan secara saksama tentang maklumat yang diterimanya dan mengaitkannya dengan pengalaman peribadinya serta individu yang menjadi pimpinannya. Beliau juga sentiasa mendiagnosis interaksi komunikasi dengan menilai motif di sebalik maklumat yang diterimanya, membezakan fakta, pemerhatian dan andaian dalam maklumat yang diterima serta menggunakan kriteria yang bersesuaian untuk menilai kesimpulan utusan maklumat yang diterima.

KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

(15)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

92

kumpulan berinteraksi sesama mereka untuk mencapai matlamat kumpulan. Organisasi adalah satu unit sosial yang sengaja di bentuk untuk mencapai sesuatu matlamat yang memerlukan keberkesanan dan kecekapan.

Dalam pengurusan organisasi pemimpin menjadi pemandu kepada pengikut untuk mencapai misi organisasi. Mereka juga menjadi pengatur, pembentuk dan perancang sesuatu aktiviti. Pemimpin perlu berlandaskan sistem pentadbiran yang telah ditetapkan. Dalam mengurus organisasi pemimpin tidak boleh sewenang-wenangnya merubah sesuatu polisi atau peraturan tanpa mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan dalam organisasi.

Dalam mengurus organisasi pemimpin mestilah berlandaskan struktur, polisi dan misi yang bertulis. Ini membolehkan pemimpin dapat mengawal tingkahlaku pengikut dengan cekap kerana wujudnya peraturan yang perlu diikuti oleh semua. Selain itu pemimpin dapat memandu pengikut mencapai misi dan visi organisasi dengan lebih mudah di mana pemimpin dan pengikut saling memahami dan tahu tanggungjawab masing-masing. Oleh itu kegagalan pemimpin memimpin organisasi bukanlah kelemahan pemimpin semata-mata, tetapi kegagalan semua pihak.

Pemimpin organisasi yang ada kaitan dengan badan-badan kerajaan, adalah bertanggung jawab menyampaikan maklumat dan dasar kerajaan kepada rakyat dan dalam masa yang sama mendapatkan maklumat daripada rakyat untuk dipertimbangkan oleh pihak atasan. Peranan pemimpin dalam organisasi seperti ini ialah untuk memastikan tanggung jawab yang diamanahkan bagi membantu rakyat terbanyak dilaksanakan selancar mungkin.

Organisasi korporat pula memerlukan pemimpin yang dapat merancang, dan mengurus organisasi ke arah mengaut keuntungan dan dalam masa yang sama memastikan kepuasan pelanggan.

(16)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

93

Bulan Sabit Merah dan sebagainya. Peranan kepimpinan dalam organisasi seperti ini ialah untuk memastikan aktiviti-aktiviti dapat dirancang dan dilaksanakan demi memenuhi kehendak dan matlamat bersama.

Justeru itu boleh dirumuskan peranan pemimpin dalam mengurus sesuatu organisasi itu bergantung kepada jenis organisasi itu sendiri. Organisasi yang berbeza memerlukan peranan dan stail kepimpinan yang berbeza juga.

PERANAN TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN TERHADAP ORGANISASI

Peranan dan tanggungjawab asas kepimpinan ialah untuk membangun, menyalur dan memperkembangkan sumber yang sedia ada dalam diri manusia iaitu pengikut. Adalah satu kegagalan dalam mengurus organisasi, pemimpin dalam kepimpinannya tidak mampu dan berupaya membangkit, membentuk, menyalur dan mengembangkan potensi dan sumber yang sedia ada pada diri pengikutnya. Sesebuah organisasi menjadi cemerlang sekiranya memiliki pemimpin cemerlang dengan mengimplikasikan kepimpinan yang menepati kehendak dan aspirasi organisasi dan pengikutnya.

Oleh itu peranan dan tanggungjawab pemimpin ialah:

1. Membentuk Visi dan Objektif Organisasi:

Pemimpin berperanan dan bertanggung jawab membentuk visi dan objektif bagi mencipta kejayaan dan meningkatkan produktiviti organisasi yang dipimpinnya.

2. Menyampai dan menjelaskan pelaksanaan visi dan objektif kepada warga organisasi

(17)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

94

peranan penting dalam meyakinkan pengikutnya untuk bergerak dan merealisasikan visi dan objektif ini.

3. Menggembleng kepakaran kesemua warga organisasi

Dalam membina satu pasukan yang teguh, pemimpin perlu menggembleng semua tenaga dalam organisasi berdasarkan kepakaran masing-masing untuk bersama-sama berganding bahu merealisasikan visi dan objektif organisasi. Pemimpin seperti nakhoda, mengemudikan seluruh anak kapal bagi mengharungi cabaran organisasi dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi. Seorang pemimpin perlu mempunyai kebolehan untuk menyusun organisasi sebaik yang mungkin. Firman Allah dalam ayat 4 Surah As-Shaff yang mafhumnya;

“Sesungguhnya Allah menyukai hambanya yang berperang (bekerja) dijalanNya

dalam barisan yang teratus seakan-akan mereka seperti satu bangunan yang

(18)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

95

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEPIMPINAN DALAM ORGANISASI

Organisasi diwujudkan untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Tercapai atau tidaknya matlamat organisasi bergantung kepada keberkesanan kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin dalam organisasi tersebut. Organisasi memerlukan kepimpinan efektif yang akan membawa organisasi ke arah kecemerlangan dan keberkesanan.

Pemimpin yang berkesan mesti memiliki ciri-ciri berikut:

1. Berilmu Pengetahuan

Seorang pemimpin hanya akan dapat melaksanakan peraturan dan prosedur sekiranya dia berilmu. Tanpa pengetahuan, seseorang pemimpin akan membawa organisasinya ke arah kemunduran dan kegagalan.

2. Adil

Pemimpin yang adil dapat memastikan organisasinya berada dalam keadaan yang harmoni, toleransi dan bebas daripada ketegangan, konflik yang boleh memecah-belahkan pengikut-pengikutnya.

3. Kesanggupan

Pemimpin mesti sanggup melaksanakan segala arahan dan perancangan yang telah ditetapkan oleh organisasinya, sanggup melakukan segalanya bagi kepentingan organisasi.

4. Kuat

(19)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

96 5. Kecerdasan

Pemimpin perlu lebih cerdas(tinggi IQ) daripada pengikutnya kerana ia akan memotivasikan pengikutnya untuk melaksanakan sebarang perubahan positif.

6. Keperibadian

Pemimpin perlu mempunyai inisiatif dan kemampuan peribadi dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yang diamanahkan serta menonjolkan sikap yang tidak mudah mengaku kalah.

7. Kemampuan Menyelia

Kebolehan menyelia segala aktiviti yang akan dilaksanakan oleh pengikut adalah sangat penting bagi memastikan matlamat organisasi tercapai.

8. Kebijaksanaan

Pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan yang tinggi sangat penting dalam menyelesaikan masalah pengikut. Kebijaksanaan pemimpin akan menyebabkan pengikut mempunyai rasa hormat yang tinggi.

9. Kematangan Sosial dan Emosi

Pemimpin perlulah mempunyai kekuatan emosi khususnya apabila berhadapan dengan situasi yang konflik. Kematangan sosial pula akan memudahkan proses pertukaran maklumat, pembentukan idea dan membina hubungan.

10. Bersikap positif terhadap orang lain

(20)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

97

Nik A. Rashid (1993) menulis terdapat enam ciri-ciri pemimpin yang dikaji ole Dr.

Karim Zaidan dari iaitu waqi’iyah, thabat wal murunah, inqilabiyyah, alamiyyah,

syumuliyyah dan al-‘adalah. Berikut adalah keterangan tentang ciri-ciri pemimpin yang berkesan;

i. Waqi’ilah – Pemimpin mestilah pandai bertindak mengikut keadaan semasa dan tempat. Pemimpin juga tidak rigid dan mampu mengubah cara mengikut kesesuaian. Mereka juga boleh beradaptasi dengan suasana baru dan mampu menggunakannya untuk kelebihan diri dan organisasi.

ii. Thabat wal murunah – Pemimpin perlu tetap dan fleksibel. Seorang pemimpin hendaklah mempunyai pendirian yang tetap dan pada masa yang sama mempunyai pendekatan yang berhikmah dan berbeza untuk sesuatu perkara. Pemimpin perlu mampu membuat orang bawahan melakukan tugasan dengan cara-cara yang berlainan. Mereka menggunakan konsep individual defferences dalam pendekatannya.

iii. Inqilabiyyah – Pemimpin tidak mencampur-adukkan perkara yang elok dan maksiat di dalam pentadbirannya. Pemimpin menegakkan Islam di atas kejatuhan jahiliah.

iv. Alamiyyah – Pemimpin juga dapat diterima oleh semua golongan manusia tidak kira agama, bangsa atau negara. Pemimpin mempunyai hubungan yang baik dengan semua, juga mempunyai imej yang sesuai untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa.

v. Syumuliyyah – Pemimpin mesti menyeluruh. Seorang pemimpin seelok-eloknya adalah seorang all-rounder. Ini memudahkan pemahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu pemasalahan orang bawahannya.

(21)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

98

KEWIBAWAAN DALAM KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI

Kejayaan ataupun kegagalan sesebuah organisasi atau perkumpulan itu banyak bergantung pada kewibawaan seseorang pengurus dan bagaimana sesebuah organisasi tersebut di arah, diurus, ditadbir dan dikawal selia. Oleh itu, pengurus mesti mempunyai kewibawaan yang ampuh dan kemampuan mengurus dan memimpin yang unggul di samping daya motivasi yang tinggi untuk diteladani oleh anggota organisasi yang lain. Menurut Aidit Ghazali (2001), kewibawaan seringkali dikaitkan dengan keupayaan dan kemampuan yang tidak diragukan lagi dalam melaksanakan sesuatu.

Keistimewaan ini seterusnya akan menyebabkan mereka diyakini untuk dipertanggungjawabkan dan menjadikan mereka dihormati, malah arahan mereka dipatuhi oleh orang lain. Dalam organisasi, kewibawaan menjadi asas yang penting dan merupakan alat yang membolehkan pengurus berupaya menjalankan kebijaksanaannya untuk mewujudkan suasana yang dapat meningkatkan prestasi seseorang pekerja.

Kewibawaan difahami sebagai “kebolehan orang atasan berlandaskan jawatannya yang

formal dalam membuat keputusan yang akan memberikan kesan kepada pegawai

rendah”. Kewibawaan dalam konteks ini amat kuat pengaruhnya sehingga berlaku

keadaan pemimpin atas membuat keputusan, pegawai bawahan terpaksa mengorbankan pendirian mereka dan mematuhi keputusan tersebut.

Barnard (1938) pula berpendapat satu-satu arahan akan diliihat sebagai kewibawaan apabila empat syarat berikut dipenuhi:

i. Pegawai rendah berkebolehan dan berkemampuan untuk mengerti cara arahan yang dikomunikasikan.

ii. Ketika membuat keputusan dia mempercayai arahan itu selari dengan tujuan organisasi.

(22)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

99

vi. Ia secara mental atau fizikal berkebolehan memenuhi arahan itu.

Dalam Islam, kewibawaan seseorang dilihat dari perspektif keperibadian (sakhsiyyah), kemahiran, pencapaian, kelayakan dan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin atau pengurus. Al-Farabi menyatakan, seorang pemimpin yang berwibawa adalah seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna (Idris Zakaria, 1996).

Sebagai rumusannya, kewibawaan merupakan sifat yang dimiliki oleh seseorang sama ada atas kapasiti beliau sebagai seorang yang berkedudukan, berpangkat tinggi atau diberi kuasa dan kelayakan oleh undang-undang. Kewibawaan seseorang juga terhasil dari kemampuan, kelayakan akademik, kecemerlangan kerja dan akhlak yang dimiliki. Hasilnya, kewibawaan menyebabkan seseorang itu dihormati, disegani, disanjungi dan dipatuhi. Jika seseorang yang berwibawa itu menjadi ketua, keputusan mereka dihormati dan dipatuhi tanpa bantahan. Jelasnya, kewibawaan merupakan sifat istimewa yang semula jadi atau terhasil dari proses-proses tertentu yang seringkali dikaitkan dengan keunggulan, kecemerlangan dan karismatik.

Mengikut Ahmad Atory Hussain (1986), dalam struktur organisasi kewibawaan menjadi asas yang penting dan merupakan alat yang membolehkan seseorang pemimpin mengendalikan organisasi dengan baik. Oleh itu, seseorang pemimpin yang berwibawa adalah seorang pemimpin yang dapat mengarah organisasi keseluruhannya ke arah matlamat yang telah ditetapkan. Pemimpin yang berwibawa juga mempunyai sifat yang unggul sehingga beliau dihormati dan disegani oleh ahli organisasi. Arahan dan keputusan yang dikeluarkan oleh pemimpin yang berwibawa akan dipatuhi oleh orang bawahannya tanpa bantahan atau keraguan.

(23)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

100

keputusan selari dengan kehendak dan matlamat organisasi. Ia juga mestilah mampu berkomunikasi dengan baik dan sempurna dengan ahli organisasi yang lain. Seterusnya, pemimpin yang berwibawa mestilah seorang yang mempunyai akhlak yang mulia dan keperibadian (syakhsiyyah) yang unggul.

KEPIMPINAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

Kepimpinan dari perspektif Islam difahami menerusi pendapat Al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Mawardi, yang menyimpulkan bahawa seorang pemimpin merupakan individu yang mempunyai keperibadian yang unggul dan akhlak yang mulia. Ibnu Sina menyatakan seorang pemimpin yang berwibawa mestilah mempunyai kebolehan dan keistimewaan melebihi orang lain supaya ia boleh memimpin rakyat dan negara. Islam telah

mengetengahkan konsep “insan kamil” (manusia sempurna) sebagai pemimpin yang

berwibawa yang hanya dapat dizahirkan oleh para nabi dan rasul. Sementara Al-Farabi mengatakan bahawa pemimpin yang unggul adalah seorang yang berfikiran tinggi, memiliki sifat mulia serta akhlak terpuji dan fizikal yang sempurna. Manakala al-Mawardi dalam bukunya Al-ahkam as-Sultaniyah menjelaskan beberapa kriteria seorang pemimpin yang berwibawa iaitu:

i. Hendaklah seseorang yang adil dengan erti kata yang sebenarnya dalam semua tindakan sama ada pada dirinya atau kepada orang lain.

ii. Mempunyai ilmu agama (faqih) yang sempurna hingga melayakkan beritijihad dalam sesuatu perkara apabila ia perlu berbuat demikian.

iii. Hendaklah mempunyai anggota badan yang sempurna supaya ia dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lancar.

(24)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

101

v. Mempunyai fikiran yang baik supaya ia dapat mengatasi segala masalah rakyat dan mengendalikan kebajikan mereka.

vi. Berani berjihad memerangi musuh kerana mahu menjamin keselamatan rakyat.

Sebagai rumusannya, pemimpin berwibawa sama ada dari perspektif ilmu pengurusan atau Islam merupakan seorang yang berkelayakan dari segi kemahiran dan pengetahuan, berkemampuan melaksanakan tanggungjawab dan mempunyai karektor yang sempurna. Beliau juga merupakan seorang yang dihormati dan disegani bukan saja kerana pangkat, tetapi juga kerana akhlak dan keperibadiannya yang unggul. Lazimnya keputusan, tindakan dan arahan yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin yang berwibawa akan dipatuhi dan tidak dibantah atau dipertikaikan serta diterima oleh ahli-ahli organisasi yang lain.

Secara umum terdapat tiga (3) aspek utama, ciri-ciri pemimpin berwibawa, iaitu (i) kelebihan dalam penggunaan pemikiran yang rasional; (ii) kelebihan dalam rohaniyah (spiritual) dan; (iii) kelebihan dalam badaniyyah (fizikal). Jadi, antara ciri-ciri utama pemimpin berwibawa ialah individu itu mesti mempunyai kelebihan-kelebihan yang disebutkan tadi mengatasi orang lain.

Ahmad Atory Hussin (1986), menjelaskan maksud kelebihan dalam penggunaan pemikiran rasional adalah kelebihan dalam menerapkan ilmu pengetahuan untuk mencapai matlamat atau cita-cita organisasi, masyarakat dan negara yang dipimpin supaya berhasil dengan baik. Kelebihan rohaniyah pula ialah kelebihan dalam akhlak dan etika yang bersifat tanggungjawab pada tugas yang diamanahkan. Sementara itu, kelebihan badaniyyah ialah kesempurnaan anggota badan, kesihatan fizikal dan kemampuan tenaga agar kepemimpinan tersebut lebih bersifat dinamis dan efisyen. Ketiga-tiga ciri ini akan membentuk kekuatan, pengaruh dan karisma.

(25)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

102

sempurna. Al-Farabi menyebutnya sebagai “ar-rais al- awwal” (pemimpin ulung) yang boleh difahami sebagai pemimpin yang berwibawa untuk sebuah negara yang digelar

“baldatun thayyibatun wa rabbun Ghafur” (negara makmur yang dirahmati Allah). Teori

ini sebenarnya terlalu unggul untuk diaplikasikan di abad ini kerana ciri-ciri yang disebutkan di atas hanya dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Namun begitu, terdapat dua belas ciri pemimpin yang berwibawa diketengahkan oleh Al-Farabi, iaitu:

i. Kemampuan fizikal – Hendaklah sempurna tubuh badan, sihat dan bertenaga atau berkemampuan supaya ia dapat menjalankan tugasnya dengan mudah. ii. Kuat ingatan – baik hafalan (ingatan) tentang sesuatu yang ia telah faham, lihat

dan juga bukan seorang yang pelupa.

iii. Kecerdasan akal – Baik kefahamannya serta dapat menggambarkan setiap sesuatu yang ia lafazkan atau ucapkan, serta tahu apa yang harus dibuat.

iv. Bijaksana – Bijaksana dan cerdik bila mendengar sesuatu. Walaupun hanya dengan reaksi sahaja, ia boleh memahami sesuatu perkara.

v. Cintakan ilmu pengetahuan – Sangat suka atau berminat pada ilmu pengetahuan, senang menerima ilmu dan tidak berasa penat dalam menimba ilmu pengetahuan.

vi. Luas pengetahuan dan peka dengan sesuatu situasi semasa – Dapat membuat penjelasan atau huraian yang jelas berhubung dengan sesuatu perkara yang berlaku secara cepat, jelas dan tepat.

vii. Bersederhana – Hendaklah tidak bersikap buruk, lebih-lebih lagi dalam hal mengenai makan minum dan hubungan kelamin serta menjauhkan diri dari melakukan sesuatu yang hanya untuk bersuka-suka.

viii. Cintakan kebenaran – Memiliki sifat kebenaran dan cintakan kebenaran. Bencikan pembohongan serta orang-orang yang bersifat demikian.

ix. Berhemah tinggi – Memiliki jiwa besar atau berhemah tinggi hingga dapat menggelakkan diri dari melakukan perkara remeh-temeh.

(26)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

103

xi. Adil kepada semua pihak – Bersikap pro keadilan dan anti kezaliman dan penindasan, tidak mudah dipengaruhi oleh perkara-perkara yang buruk. Sebaliknya mudah diseru kepada kebaikan, keadilan dan seumpamanya.

xii. Berani dan berazam tinggi – Mempunyai keazaman yang kuat dan berani menghadapi sesuatu perkara yang dirasakan perlu dilakukan dan tidak mudah lemah semangat atau jiwa.

Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa Islam menekankan ciri-ciri kekuatan fizikal dan spiritual secara bersepadu, akhlak yang mulia, kemahiran, ilmu pengetahuan dan komitmen yang tinggi untuk menjadi seorang pemimpin yang berwibawa. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa individu yang bergelar pemimpin berwibawa itu merupakan seorang insan yang memiliki sifat keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain dalam sesuatu kelompok. Kewibawaan yang dimiliki akan membantu seseorang pemimpin itu dalam memimpin keluarga, masyarakat dan negara dengan lebih sempurna. Sebagaimana yang telah ditegaskan, kewibawaan merupakan satu asas penting yang membolehkan seseorang pemimpin mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta memupuk motivasi ahli-ahli organisasi dalam melaksanakan amanah yang diberikan. Sesuatu kemahiran dalam apa jua bidang yang dimiliki oleh seseorang pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaanya. Jadi, kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh seseorang pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaanya dalam mentadbir dan menguruskan organisasi.

KESIMPULAN

(27)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

104 RUJUKAN

Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad. (1998). Komunikasi untuk Pemimpin. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Atory Hussain (1986), Tingkahlaku Organisasi Dalam Pengurusan Moden.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Aidit Ghazali (1991). Islamic Thinkers on Economic, Administration and Transaction.Kuala Lumpur : Quil Publishers.

Barnard, G. (1938). The Function of Executive . Cambridge : Harvard University,

Bass, B.M. dan Avolio (1990). Bass & Stogdill’s handbook of leadership: theory,

research, and managerial application. 3rd edition. New York: The Free Press.

De Pree (1989). Leadership is an art. New York: Donideday.

Hart, A. N. dan Bredeson, P.V. (1998). The Principalship: A theory of professional learning and practice. USA : McGraw-Hill.

Hersey, P, Blanchard,K.H (1982). Grid ® principles and situationalism: Both: A response to Blake and Mouton Group and Organization Studies, 7, 207-210.

Idris Zakaria (1996), Kepimpinan Negara : Persamaan Pemikiran Plato, Al-Farabi dan Ibnu Sina, Pemikir (Oktober-Disember 1996). Kuala Lumpur: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, hal. 104.

Mohd. Hizam Hanafiah dan Zafir Mofh. Makhbul (2002). Pengurusan Organisasi. Kuala Lumpur : McGraw Hill.

Nik A. Rashid Ismail (1993). Kepemimpinan : Ulasan Teori dan Kajiannya Di Malaysia. Dlm. Psikologi Melayu, diselenggara oleh Abdul Halim Othman. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Redding, W.C. (1972). Communication Within The Organisation. New York: Industrial Communication Council.

(28)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

105

UNIT 2 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 1 (LDK 1)

NAMA LDK : ETIKA KEUSAHAWANAN

BILANGAN AKTIVITI : 03

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang etika keusahawanan yang

(29)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

106

LDK 1

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : BRUCE AL-MIGHTY

EDARAN/PERALATAN : KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, PEN

MARKER DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 60 MINIT

TUJUAN:

Mengenali dan merasai bagaimana menjadi seorang yang mempunyai kedudukan, kuasa dan tanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir organisasi.

ARAHAN:

1. Fasilitator akan menceritakan serba sedikit mengenai filim ”Bruce Al-Mighty”. Seorang manusia yang meminta kepada tuhannya agar memberikannya sedikit kuasa agar dia dapat melakukan pengaturan dan membuatkan dunia ini lebih baik dengan pengurusan dan tanggungjawabnya.

2. Fasilitator akan memecahkan pelajar kepada kumpulan kecil (mengikut nombor KP).

(30)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

107

portfolio-portfolio berikut (dua kumpulan sastu portfolio). Masa perbincangan selama 20 minit.

- Aku seorang Rektor UiTM - Aku seorang Ketua Polis Negara - Aku seorang Menteri Pengajian Tinggi - Aku seorang Ketua Agama

4. Keempat-empat kumpulan akan menampalkan kertas mahjung mereka di dinding secara bersebelahan. Semasa setiap kumpulan membuat pembentangan, fasilitator akan melakukan provokasi terhadap idea-idea mereka dan dilakukan juga oleh kumpulan lain.

5. Setiap kumpulan akan membentangkan selama 10 minit (termasuk provokasi dan soal jawab) 40 minit (4 kumpulan 10 minit).

RUMUSAN

Fasilitator akan membuat rumusan selama 10 minit.

- Bukan mudah melaksanakan sesuatu tugasan yang diamanahkan

- Belajarlah memahami tugasan orang lain dan bukannya hanya pandai mengkritik sahaja

- Inovasi dan kritis memerlukan penerimaan tanggungjawab

(31)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

108

LDK 1

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : SAHAM X DAN Y

EDARAN/PERALATAN : KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, PEN

MARKER DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 60 MINIT

TUJUAN:

Memahami konflik dalam perniagaan samada mengejar keuntungan semata-mata atau memikirkan juga mengenai tanggungjawab sosial.

ARAHAN:

(32)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

109

LDK 1

AKTIVITI : 03

NAMA AKTIVITI : RUMUSAN LDK 1

EDARAN/PERALATAN : TIADA

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 10 MINIT

TUJUAN:

(33)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

110

UNIT 3 : LATIHAN DALAM KUMPULAN 2 (LDK 2)

NAMA LDK : KEUSAHAWANAN DAN BUDAYA KORPORAT

BILANGAN AKTIVITI : 03

TEMPOH MASA : 2 JAM

OBJEKTIF LDK :

 Untuk mencapai matlamat universiti dalam membentuk budaya

keusahawanan dan inovasi di kalangan pelajar.

 Memberikan pendedahan dan kesedaran mengenai kepentingan pemikiran

kritis dalam perniagaan dan keusahawanan.

 Memberikan pendedahan kepada pelajar terhadap tokoh-tokoh

(34)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

111

LDK 2

AKTIVITI : 01

NAMA AKTIVITI : THE APPERENTICE

EDARAN/PERALATAN : KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, PEN

MARKER DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 60 MINIT

TUJUAN:

Mengenali tokoh-tokoh penting yang berjaya pada dekad ini melalui kaedah pencapaian inovasi dalam kerjaya orgranisasi mereka (pemikiran kritis).

ARAHAN:

1. Fasilitator akan menerangkan serba sedikit kepentingan inovasi dalam pekerjaan, organisasi dan negara.

2. Peserta diminta berpecah kepada kumpulkan kecil (4 atau 5 kumpulan) dan menamakan tokoh- tokoh inovasi yang dikenali untuk dibincangkan selama 30 minit.

(35)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

112

Penyelidikan perlu meliputi maklumat-maklumat berikut dan maklumat lain yang dirasakan bersesuaian.

- Biodata tokoh – dari asal usul beliau dan keluarga. - Senarai inovasi yang diketengahkan

- Kesan inovasi tersebut kepada organisasi, negara, alam sekitar atau hubungan sesama manusia

Antara tokoh-tokoh tersebut adalah; a. Donald Trump

b. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari c. Tan Sri Ananda Krishnan

d. Tan Sri Tony Fernandez e. Tan Sri Robert Kuok f. Tan Sri Goh Chok Tong, dll

4. Setiap kumpulan dinasihatkan untuk melantik seorang ketua dan menyenaraikan hasil perbincangan ke kertas mahjong yang dibekalkan untuk pembentangan. (Peserta digalakkan menggunakan internet atau sumber maklumat lain untuk mendapatkan maklumat berkenaan).

5. Fasilitator akan memecahkan pelajar kepada kumpulan kecil (mengikut nombor KP).

RUMUSAN

(36)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

113

LDK 2

AKTIVITI : 02

NAMA AKTIVITI : PERNIAGAAN KAMI

EDARAN/PERALATAN : KERTAS A4, KERTAS MAHJONG, PEN

MARKER DAN PITA PELEKAT

BILANGAN PESERTA : 20 30 0RANG

TEMPOH MASA : 60 MINIT

TUJUAN:

Mengetahui asas perancangan perniagaan.

ARAHAN:

1. Peserta diminta berpecah kepada kumpulkan kecil (4 atau 5 kumpulan) dan membincangkan rancangan perniagaan yang akan dijalankan oleh kumpulan. Antaranya;

- Perniagaan Ikan Arowana - Perniagaan Telefon Bimbit - Perniagaan Tekstil

- Perniagaan ”Home Stay”, atau

- lain-lain perniagaan yang sesuai

(37)

Institut Kepimpinan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar © Hak Cipta Terpelihara Universiti Teknologi MARA 2012

114

- Produk atau perkhidmatan yang ditawarkan - Carta Organisasi Syarikat

- Latar Belakang dan Logo Syarikat

- Sumber Kewangan (nyatakan organisasi kewangan yang membantu dana perniagaan anda – jumlah dana dan bayaran balik)

- Pelan Perniagaan ( meliputi dalam dan luar negara) - Sasaran Pengguna

- Senaraikan anggaran Perbelanjaan serta ROI

3. Kumpulan diberikan masa 30 minit untuk membincangkan dan menyediakan pelan perniagaan tersebut.

4. Kumpulan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan untuk dikongsi bersama kumpulan lain.

5. 10 minit diperuntukkan untuk pembentangan dan soal jawab. (7 minit pembentangan, 3 minit soal jawab).

RUMUSAN

Referensi

Dokumen terkait

Para santriwati memang sadar handphone dilarang dibawa masuk ke pondok, karena di pondok juga disediakan alat komunikasi berupa telepon untuk para santriwati

Author Hmmm oke baik bapak, jadi intinya adalah kita harus lebih banyak mempertahankan konsumen yang loyal sembari kita mencari member yang baru ya... baik Pak Fredy,

Berdasarkan hasil penelitian yang telah dilakukan di Badan Penanaman Modal dan Pelayanan Perizinan Terpadu Kabupaten Jepara, diketahui bahwa rata- rata kinerja

Secara spesifik tujuan dari penelitian ini antara lain: melakukan pembuktian ilmiah non- eksperimental dengan melakukan analisis kualitatif berdasarkan

Besarnya radio interference (RI) seperti halnya audible noise (AN) yaitu yang dipengaruhi oleh gradient tegangan permukaan konduktor, jumlah berkas, diameter

Ciri umum dari aliran filosofis antara lain banyak ungkapan dan istilah yang digunakan samar-samar terkadang hanya dipahami oleh kalangan tertentu, terutama yang memahami dan

The Pentium was manufactured in a silicon gate BiCMOS process with 0.8µm linewidths, required 18 mask layers and had 1 polysilicon layer and 3 metal layers, the Pentium had

امويدننيم يداننجنم غنني وننيلم ساننهب .هننبورب توروننت انناضوج ني ساهب حلطصا نغد نكاياكد املسإ امااضا نرجاغف ناد نيافمثف نغد .ثيااضابس ناد ،لوسر ،باتك ،ةكائلم