• Tidak ada hasil yang ditemukan

MENEROKA DIMENSI WAKAF INSTITUSI PENDIDI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "MENEROKA DIMENSI WAKAF INSTITUSI PENDIDI"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

MENEROKA DIMENSI WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI DI MALAYSIA

Oleh:

Rusnadewi Abdul Rashid1 Rohayati Hussin2

ABSTRAK

Institusi wakaf mempunyai potensi yang besar dalam usaha membangunkan ekonomi masyarakat dan negara. Ia merupakan satu pendekatan yang relevan dan berciri dinamik dalam menyusun sosio-ekonomi masyarakat dan seterusnya memberikan impak positif dalam kemajuan sesebuah negara. Dilihat dari sudut lakaran sejarah, peranan wakaf bagi membangunkan dan memartabatkan institusi-institusi pengajian serta melahirkan ribuan cendekiawan terkenal dan tersohor di seluruh dunia terutama dalam bidang keagamaan sudah tidak dapat dinafikan lagi. Bertitik-tolak dari itu, lonjakan seterusnya perlu dilakukan bagi meningkatkan serta memperluaskan lagi instrumen wakaf pendidikan di negara ini kepada tahap yang lebih tinggi dengan merealisasikan wakaf institusi pendidikan tinggi bagi menjamin kesinambungan pendidikan yang sebelum ini hanya terhad kepada peringkat rendah dan menengah sahaja. Agenda mewujudkan institusi pendidikan tinggi melalui konsep wakaf yang diilhamkan dari universiti-universiti terkenal dunia seperti Universiti Al-Azhar dan Universiti Cardova ini bukan sahaja menjadi wacana bagi mengatur serta memperbaiki kembali kedudukan masyarakat yang kurang seimbang dari sudut sosio-ekonomi terutama dari aspek keperluan bagi hak mendapat pendidikan, malah ia mampu meringankan kos kerajaan kerana keupayaannya menjana pendapatan sendiri.

Perkataan Teras : wakaf, institusi pendidikan tinggi, undang-undang

(2)

1. PENDAHULUAN

Asal disyariatkan wakaf adalah sebagai sedekah yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ia mesti dibuat bagi tujuan kebaikan, sama ada untuk orang Islam ataupun bukan Islam (dzimmi) (Abu Zahrah. M, 2007). Maka, wakaf adalah salah satu bentuk sedekah jariah yang membolehkan pewakaf mendapat pahala berterusan seperti yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda, “apabila mati seorang anak Adam, maka terhentilah amalnya kecuali tiga perkara iaitu, sedekah yang berterusan (wakaf),

ilmu yang berguna dan terus diamalkan serta anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Rasulullah SAW merupakan perintis kepada amalan wakaf berdasarkan hadis yang

diriwayatkan oleh ‘Umar bin Syaibah daripada ‘Amr bin Sa’ad bin Mu’az yang bermaksud:

“Kami bertanya tentang wakaf yang terawal dalam Islam? Orang-orang Ansar

mengatakan adalah wakaf Rasulullah SAW.” (Hadith Riwayat Al-Syaukani).

Wakaf menurut seksyen 2(1) Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) ditakrifkan sebagai menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949. Atas dasar kesedaran tentang amalan mulia serta faedahnya untuk pembangunan ummah, amalan wakaf di negara ini kini dilihat semakin meningkat hari demi hari.

Dari perspektif ekonomi, wakaf adalah salah satu bentuk sistem jaminan sosial yang

(3)

kewangan negara. Pemerkasaan ekonomi umat Islam secara menyeluruh melalui instrumen

wakaf dilihat mampu menggembeling modal yang besar secara berkelompok. Dalam keadaan

pemilikan aset yang terhad oleh orang melayu serta kemampuan ekonomi yang rendah

berbanding bangsa lain, maka mekanisme wakaf perlu diperkasakan. Ia bertujuan memberi

ruang dan peluang kepada orang melayu seluruhnya untuk turut sama melibatkan diri dalam

pembangunan ekonomi negara berdasarkan kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Selain itu, amalan wakaf juga mampu menanam semangat sedia berkorban dan

memupuk budaya bantu-membantu oleh golongan yang mempunyai kemampuan dari sudut

kekayaan dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Semangat ini sangat penting untuk

pembangunan ekonomi di kalangan ahli masyarakat bagi membentuk sebuah masyarakat

yang lebih seimbang dari faktor ekonomi. Perasaan hasad dengki juga boleh dielakkan kerana

amalan wakaf boleh menjalinkan hubungan kerjasama yang erat antara sesama ahli

masyarakat.

Sistem jaminan sosial melalui berwakaf ini perlu diperkuatkan dalam pelbagai aspek

termasuk dalam institusi-institusi ibadah, perniagaan, rawatan kesihatan, pendidikan serta

(4)

2. WAKAF INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI

Keperluan pendidikan yang baik bukan sahaja mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dari sudut pengetahuan dan kemahiran, malah ia menjurus kepada penerapan sahsiah dan nilai murni diri. Kualiti dan keupayaan modal insan sebegini mampu mendorong kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan negara (Hashim. R, 1990). Bagi masyarakat Islam pula, pelaburan dari sudut pendidikan bukan sahaja tertumpu kepada pencapaian akademik yang bersifat keduniaan sahaja, namun ia juga bertujuan merangka kelahiran insan yang lebih baik dari aspek keagamaan. Ini terbukti apabila orang-orang melayu zaman dahulu lebih berminat untuk memberikan pendidikan berteraskan keagamaan kepada anak-anak mereka. Hasil kesedaran tentang kepentingan pendidikan ini jugalah yang membuka jalan kepada mereka yang berkemampuan pada waktu itu untuk mewakafkan tanah serta pelbagai harta benda yang lain bagi kegunaan pendidikan. Sehubungan itu, jika diperhatikan, dana pendidikan Islam zaman lampau kebanyakannya bergantung penuh kepada dana wakaf sehingga melahirkan cerdik pandai dalam semua disiplin ilmu.

(5)

Sultan Alam Shah) di Selangor (Kim. K.K, 1980). Justeru melihat kepada kejayaan institusi-institusi pendidikan tersebut, maka tradisi keagamaan ini sangat wajar diteruskan.

Berdasarkan fakta, sumbangan wakaf dalam menyediakan pendidikan kepada umat Islam di negara ini amat banyak. Ia dibuat dalam pelbagai bentuk seperti wakaf asrama pelajar, biasiswa, bangunan serta kelengkapan pelajaran seperti buku-buku, meja-meja belajar dan sebagainya. Kepentingan wakaf dalam perkembangan pendidikan telah terbukti sepertimana kata-kata Profesor Hassan Langgulung:

“Kalau kita selidiki sejarah pendidikan Islam, terutamanya dalam zaman kegemilangannya, kita dapati sangat erat hubungan pendidikan dengan sistem

wakaf yang merupakan salah satu ibadat yang berkaitan dengan harta benda”.

(Langgulung. H, 1987)

(6)

Penyediaan institusi pendidikan tinggi melalui konsep yang sama juga telah diperkembangkan oleh masyarakat barat dan ia dikenali sebagai “endowment.” Ini jelas apabila pembangunan universiti seperti Harvard, Oxford, Cambridge, Yale dan Stanford telah dilakukan melalui kaedah tersebut (Md Yusof, A, et.al, 2014). Jika dilihat kepada Dana Endowmen Universiti Havard, dalam tahun 2008, sejumlah US$1.8 billion telah disumbangkan kepada pihak Universiti untuk pelbagai aktiviti dan keperluan (Wafa, S.M.G et. al, 2010). Selain itu, universiti-universiti lain di dunia yang juga menggunakan dana wakaf ialah Universiti Cardova di Andalusia, Al-Jamiah al-Islamiyyah di Madinah serta Madrasah Nizamiyyah di Baghdad.

(7)

Bagi mengembangkan lagi potensi penjanaan pendapatan bagi penubuhan Institusi pendidikan tinggi wakaf di Malaysia, kaedah “wakaf kaki” yang sudah popular sejak zaman berzaman boleh digunakan untuk mengumpul dana kewangan. Kaedah wakaf kaki ini dilaksanakan mengikut persetujuan pewakaf untuk membeli ruang atau keluasan sesuatu bangunan atau hartanah yang akan dibangunkan dan mewakafkannya kembali kepada institusi berkenaan. Dana kewangan berasaskan wakaf kaki ini pastinya dapat meringankan beban pembangunan institusi tersebut dalam tempoh jangka masa panjang berbanding jika menggunakan dana kewangan yang diperolehi melalui pinjaman dari institusi kewangan seperti bank bagi tujuan pembangunan infrastruktur ( Ismail. M, 2014 ).

Selain itu, konsep wakaf dalam institusi pendidikan tinggi juga dikenal pasti sangat berkesan untuk mengukuhkan dana sesebuah universiti. Justeru itu, institusi pengajian tinggi (IPT) mempunyai pilihan dan digesa mengambil peluang untuk memperkasa ekonominya melalui kaedah wakaf (Mokhtar Ismail, 2014). Menurut Profesor Noor Inayah Yaakub (2014), Indeks Pencapaian Utama (KPI) ke atas institusi pengajian tinggi (IPT) Malaysia perlu kepada penggubalan untuk menjana pendapatan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan. Terdapat beberapa universiti di Malaysia yang serius menjadikan konsep wakaf sebagai kaedah penjanaan kewangan universiti seperti Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaysia (UM).

(8)

pelopor kepada wakaf pendidikan negara dan akan dijadikan panduan untuk penubuhan wakaf institusi pendidikan tinggi di masa akan datang.

3. MASALAH PENGURUSAN WAKAF

Sungguhpun kepentingan dan manfaat wakaf adalah amat besar kepada masyarakat dan negara, namun masih ada segelintir masyarakat yang masih ragu-ragu untuk mewakafkan harta mereka terutama bagi tujuan penubuhan institusi pendidikan tinggi yang sememangnya memerlukan sumber kewangan yang besar serta melibatkan prosedur dan pematuhan undang-undang yang ketat.Terdapat kebimbangan sekiranya harta wakaf tersebut disalahguna atau terbiar tanpa diusahakan sehingga tidak memenuhi hasrat pewakaf untuk mendapat ganjaran pahala seperti yang diharapkan. Secara umumnya, terdapat beberapa faktor yang menjadi masalah yang menyebabkan masyarakat tidak yakin dan kurang berpuas hati dalam soal pengurusan wakaf di Malaysia. Antara yang perlu diberi perhatian ialah berkaitan isu perundangan dan masalah pengurusan.

(9)

remedi-remedi sivil yang dipohon dalam sesuatu litigasi wakaf seperti kaveat, estoppel dan injunksi, ataupun pertikaian yang membabitkan bukan Islam. Hal ini menjadikan Mahkamah Sivil sebagai platform yang lebih kompeten untuk mendengar dan membicarakan pertikaian tersebut. Menurut Siti Mashitoh Mahamood (2006), walaupun dijelaskan pada awalnya bahawa peruntukan-peruntukan berkaitan wakaf telah dikodifikasikan dalam undang-undang Pentadbiran Agama Islam negeri, namun terdapat beberapa statut lain yang berkaitan yang perlu dirujuk sama, khususnya Kanun Tanah Negara 1965 kerana perkara wakaf amat berkaitan dengan persoalan tanah. Ini adalah kerana dalam keadaan-keadaan tertentu, kewujudan akta-akta ini boleh mengganggu gugat kelangsungan pengamanahan wakaf yang dibuat.

Selain itu, masalah timbul apabila sebahagian daripada negeri-negeri tidak mempunyai undang-undang khusus mengenai wakaf kecuali Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan. Melihat kepada pengurusan wakaf di Semenanjung Malaysia dari perspektif penguatkuasaan undang-undang wakaf, keperluan untuk menggubal undang-undang yang khusus berkaitan wakaf adalah sangat diperlukan untuk menjamin kepada pembangunan dan pengurusan wakaf yang mapan. Kekurangan peruntukan undang-undang dalam bentuk statut khas wakaf ini kadangkala mengakibatkan tanah wakaf ditadbir mengikut apa-apa sahaja undang-undang yang bersesuaian. Walaupun ada beberapa negeri yang mempunyai undang-undang khusus berkaitan dengan pentadbiran wakaf, namun timbul pula isu dari sudut ketidak seragaman antara undang-undang tersebut kerana ia terletak di bawah pentadbiran negeri masing-masing (Chik. M.N, 2007).

(10)

khusus berkaitan wakaf adalah sangat diperlukan untuk menjamin kepada pembangunan tanah wakaf yang mampan dan juga tanggungjawab sebagai Muslim (Mohamad, N.A, et. al, 2012).Tambahan lagi, dengan adanya undang-undang khas dan khusus tentang wakaf akan mengurangkan masalah dan pertikaian di antara orang Islam dan bukan Islam yang mungkin akan menghalang kepada pembangunan dan perkembangan tanah wakaf di Malaysia.

Justeru itu, disebabkan masalah bidang kuasa mahkamah serta masalah kekurangan undang-undang wakaf dalam banyak negeri, perlu ada satu undang-undang dan akta yang khusus dan seragam untuk memastikan institusi wakaf dapat ditadbir dengan baik. Urus tadbir harta wakaf yang merupakan harta awam khususnya dalam menjaga kepentingan agama mesti

dibuat dengan benar-benar telus dan teratur supaya keyakinan umat Islam kepada institusi

agama ini dapat dipertahankan malah kelangsungan harta yang disumbangkan dalam bentuk

wakaf ini dapat dikendalikan dengan lebih berkesan. Apabila institusi wakaf ini terbukti dapat

ditadbir dengan cekap dan berkesan, sudah pasti kecenderungan umat Islam untuk melaksana

tanggungjawab agama ini secara berterusan akan semakin bertambah.

4. PENUTUP

Usaha melestari sistem wakaf institusi pengajian tinggi dalam pelbagai bidang di negara ini adalah sangat penting dalam membantu masyarakat terutama bagi yang kurang

berkemampuan bagi mendapatkan hak pendidikan yang sepatutnya. Institusi wakaf

pendidikan peringkat tinggi ini dihasratkan agar menjadi nafas baru kepada negara untuk

memberi peluang bagi memangkin modal insan selaras dengan kemajuan masyarakat dan

(11)
(12)

RUJUKAN

Aminah Md Yusof, Ismail Omar dan Julaida Johan. (2014). Endowment and Waqf in Higher Education. Dlm. Land Questions Aspect of Land Management and Development. Johor: Muafakat Jaya Percitakan Sdn.Bhd. pp. 199.

Hassan Langgulung. (1987). Asas-asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Husna. pp.159.

Khoo Kay Lim. (1980). Perkembangan Pelajaran Agama dalam Pendidikan ke Arah Perpaduan. Awang Had Salleh (pnyt.). Pp. 10.

Muhammad Abu Zahrah. (2007). Terj. Muhammad Yusuf Sinaga. Wakaf Menurut Agama dan Undang-undang. Selangor: Khazanah Intelektual.

Rusnadewi Abdul Rashid. (2012). Konflik bidang Kuasa Mahkamah dalam Hibah, Wasiat, Wakaf dan Pusaka selepas Pindaan Perkara 121 (1A). 1ShLR. pp. Xx-xxxix.

Rosnani Hashim. (1990). Ekonomi dan Pendidikan: Peranan Institusi Wakaf.Jurnal Pendidikan Islam, 3 (1). pp. 40-50.

Latiff Azha, Sayin Baharuddin, Sayurno, S.S. Salahuddin, M. Rani Afandi dan Hamid Afifah H. (2013).The Practice and Management of Waqf Education in Malaysia. Procedia - Social and Behavioral Sciences.

Siti Mashitoh Mahamood. (2006). Waqf In Malaysia: Legal and administrative Perspective. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya Press. p.p 27-38.

Mohamad, Nor Asiah and Syed Abdul Kader, Sharifah Zubaidah and Ali, Zuraidah. (2012). Waqf lands and challenges from the legal perspectives in Malaysia, IIUM- Toyo University Joint Symposium Sustainable Build Environment.

Mohamad Sahar Mat Din. (2014).Wakaf, Zakat Kurang Berkesan Di Malaysia. http://www.sinarharian.com.my/wakaf-zakat-kurang-berkesan-di-malaysia-1.238109

Mokthar Ismail. (2014). Memperkasa Ekonomi dan Kewangan Institusi Pengajian

Tinggi Islam (IPTI) di Malaysia: Pandangan Dan Cadangan.Conference of Management and

Muamalah (CoMM) 26 & 27 May 2014. Organised by Faculty of Management and Muamalah International Islamic University College Selangor.

Noor Inayah Yaakob. (2014). Mencorakkan Kejayaan Wakaf Pendidikan. Utusan

(13)

Referensi

Dokumen terkait

Integrasi sifat fisik dan kimia pada progam bertujuan untuk mengetahui nilai sifat fisik dan kimia buah stroberi berdasarkan umur simpan 0, 1 dan 2 hari yang

Tidak ada hubungan antara variabel karakteristik laboratoris yaitu jumlah leukosit, troponin I, CK-MB, SGOT, dan SGPT serta variabel klinis, seperti lama sakit sebelum masuk

Penelitian ini lebih memfokuskan penelitian pada unggahan di media sosial instagram, oleh karena itu hasil penelitian Rulli Nasrullah yang berjudul Konstruksi Identitas

Penelitian bertujuan untuk menganalisis pengaruh penanaman modal dalam negeri (PMDN), upah minimum (UMP) dan belanja modal (BM) terhadap daya serap tenaga kerja

untuk membiayai kegiatan infrastruktur energi dan non-energi dibandingkan total pinjaman proyek diluar Alutsista dan Almatsus dalam APBN 2014 dan APBN 2015 telah

Aplikasi yang dirancang merupakan sebuah perangkat lunak berbasis website dimana akan dapat digunakan secara online oleh para pelajar sekolah menengah dalam

Terdapat satu kajian yang dilakukan oleh Norhayati Abdul Rahman (2000), tetapi kajian ini hanya sekadar menyentuh tentang imej bangsa Brunei dalam puisi Melayu moden. Justeru,

Nampak oleh seseorang yang melakukan penangkapan bahwa tidak masuk akal untuk dilakukan oleh agen kepolisian sebagai